unit kawalan teks al-quran, bahagian kawalan penerbitan dan

20
Bab 6 Unit Kawala n Teks Al-Quran, Bahagian Kawalan Pe nerbita n dan Teks Al-Quran, Kementeria n Dalam Negeri

Upload: lydat

Post on 13-Jan-2017

338 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 105

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Bab 6Unit Kawalan Teks Al-Quran, Bahagian Kawalan Penerbitan

    dan Teks Al-Quran,Kementerian Dalam Negeri

    RASM UTHAMANI - 6.indd 2 28/08/1432 08:19:11

  • 106

  • 107

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Bab 6

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    6.1 Pendahuluan6.1.1 Cadangan untuk mewujudkan peruntukan undang-

    undang bagi mengawal dan memelihara kesucian al-Quran di Malaysia adalah hasil dari rungutan dan aduan orang ramai terhadap pencemaran al-Qran terutamanya dari penyusunan, penulisan, pengedaran, penjualan dan lain-lain perkara berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran. Perkara ini dikemukakan dalam Persidangan Raja-raja Melayu Kali ke-129 pada 8 Februari 1984. Persidangan tersebut telah membuat keputusan supaya digubal suatu peruntukan undang-undang bagi maksud tersebut.

    6.2 Akta 326 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 dan Peraturan-peraturan Pencetakan Teks Al-Quran6.2.1 Pada tahun 1986 telah digubal suatu peruntukan

    undang-undang yang dikenali dengan Akta 326, Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 yang diwartakan pada 15 Mei 1986. Akta ini mengandungi 25 seksyen yang merangkumi peruntukan mengenai pengurusan, penguatkuasaan, bidangkuasa dan pengecualian. Selain itu terdapat Peraturan-peraturan Percetakan Teks Al-Quran 1986 bagi perlaksanaan Akta ini.

    107

    RASM UTHAMANI - 6.indd 4 28/08/1432 08:19:11

  • 108

    Panduan Rasm Uthmani

    RASM UTHAMANI - 6.indd 5 28/08/1432 08:19:15

    Panduan Rasm Uthmani

    6.3 Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran6.3.1 Bagi melaksanakan peruntukan undang-undang

    yang terkandung dalam Akta 326 dan Peraturan-per-aturannya, maka Kerajaan telah menubuhkan suatu Lembaga yang dikenali dengan nama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran pada tahun 1987. Tugas pertamanya dapat dimulakan pada 8 Oktober 1987. Keanggotaannya terdiri dari kalangan Sahibus Samahah Mufti atau Sahibul Fadilah Kadi Besar yang mewakili setiap negeri di Malaysia.

    6.3.2 Fungsi Lembaga tersebut adalah seperti berikut:

    i. Menerima dan menimbangkan permohonan Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran atau membatalkan mana-mana lessen yang di keluarkan jika pelesenannya melanggar syarat-syarat pengeluaran.

    ii. Menerima, menimbang dan memperakui ke-sahihan pruf akhir teks al-Quran sebelum ia dicetak atau diterbit.

    iii. Menerima, menimbang dan memperakui per-mohonan mengimport teks al-Quran setelah mem-perakui secara bertulis bahawa ayat-ayat al-Quran yang terkandung di dalamnya adalah betul.

    iv. Meneliti dan memperakui kesahihan teks al-Quran yang dikemukakan untuk tujuan jualan, edaran atau terbitan oleh mana-mana orang di Negara ini.

    6.4 Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran (Lajnah Tashih Al-Quran)6.4.1 Sejarah Penubuhan

    Cadangan pembentukan jawatankuasa kecil ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Pertama Lembaga pada 8

    108

    RASM UTHAMANI - 6.indd 7 28/08/1432 08:19:26

  • 109

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Oktober 1987 yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Datuk Azizan Zainul Abidin, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, pada ketika itu.

    Keanggotaannya adalah terdiri dari kalangan huffaz d an pakar dalam bidang al-Quran dan mula berfungsi pada 19 Mac 1988.

    6.4.2 Fungsi dan Bidangkuasa Lajnah

    1. Bertanggungjawab menyemak semua teks/bahan al-Quran yang dikemukakan oleh Urusetia.

    2. Bertanggungjawab menyediakan laporan penye-makan teks/bahan al-quran secara sistematik dan berkesan.

    3. Bertanggungjawab membuat resolusi keputusan penyemakan teks/bahan al-Quran.

    4. Melaporkan segala keputusan dan resolusi penyemakan kepada Lembaga.

    5. Terlibat dalam perlaksanaan aktiviti yang ber-kait an dengan pendedahan Rasm Uthmani kepada masyarakat awam yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

    6. Bertanggungjawab menyediakan kertas-kertas kerja yang diperlukan oleh Urus setia Lembaga berhubung dengan penyelarasan pengawalan teks al-Quran.

    7. Bertanggungjawab dalam membuat kajian dan mencadangkan kaedah penyemakan teks al-Quran yang efisyen dan sistematik bagi me-ningkatkan lagi kualiti penyemakan teks al-Quran di Malaysia.

    8. Menerima dan memberi maklumbalas yang bersesuaian berhubung dengan aduan orang ramai mengenai al-Quran.

    9. Menghadiri bengkel, mesyuarat, seminar yang diadakan dari masa ke semasa.

    109

    RASM UTHAMANI - 6.indd 6 28/08/1432 08:19:15

  • 110

    Panduan Rasm Uthmani

    10. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

    6.5 Urus Setia Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran.6.5.1 Sejarah Penubuhan

    Urus setia kepada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran telah diwujudkan pada tahun 1987. Urus setia ini berperanan dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Lembaga berdasarkan per untukan undang-undang sedia ada. Urus Setia ini diletakkan di bawah Kementerian DAlam Negeri di Bahagian B pada tahun 1987 hingga 1993 yang ditempatkan di Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

    Bermula tahun 1984 Urus Setia ini diletakkan di Bahagian C, Kementerian Dalam Negeri yang dikenali sebagai Unit Kawalan Al-Quran yang ditempatkan di Tingkat 11, Bangunan Arab Malaysia Berhad (AMDB), Kompleks Damai, Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Kini Unit Kawalan Teks Al-Quran, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran adalah di ba wah Kementerian Dalam Negeri, yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

    6.5.2 Objektif

    i. Untuk memastikan teks dan bahan al-Quran yang dicetak, diterbit, diimport dan diedar dalam Negara ini tidak mengandungi apa-apa kesilapan dan kesalahan dalam menjaga kesucian al-Quran.

    6.5.3 Tanggungjawab

    Tanggungjawab yang diamanahkan kepada Lembaga adalah suatu tugas yang amat berat. Keadaan ini dapat

    110

    RASM UTHAMANI - 6.indd 9 28/08/1432 08:19:45

  • 111

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    dikenal pasti sebaik sahaja Lembaga melaksanakan tugasnya yang pertama. Beberapa perkara yang telah dikenal pasti dari penilitian ialah:

    i. Memastikan Kaedah Penggunaan Rasm dan Dhabt dengan Betul

    Terdapat ketidakselarasan dari segi kaedah penulisan, penandaan (Istilah Dhabt) dan teknik pemisah dan penyambungan perkataan:

    a. Kaedah Penulisan

    Terdapat cara penulisannya mengikut kaedah Qiasi (Imlai) atau bercampur antara Qiasi (Imlai) dan Istilahi (Uthmani) sepenuhnya.

    b. Kaedah Penandaan (Istilah Dhabt)

    Terdapat ketidakselarasan pada cara penan-daan al-Quran yang terdapat di Malaysia contohnya tanda sukun (mati), ada yang menggunakan separuh bulat, bulat sepe-nuhnya dan sebagainya. Terdapat tanda tasydid bagi huruf-huruf yang tidak se-penuhnya diletakkan tanda tersebut dan tanda waqaf (berhenti) yang terdapat pelbagai cara tanda dan tempat letaknya.

    c. Penentuan Ayat

    Terdapat juga ketidakselarasan dalam kaedah menentukan sesuatu ayat. Ada yang menomborkan mengikut tertib ayat dalam sesuatu surah, tidak berterusan nombor dalam satu ayat atau tidak langsung meletakkan sebarang nombor.

    Setelah Lembaga dapat mengenal pasti per-masalahan tersebut, maka dalam tindakan

    111

    RASM UTHAMANI - 6.indd 8 28/08/1432 08:19:35

  • 112

    Panduan Rasm Uthmani

    keduanya yang bermula pada 14 Januari 1988, Lembaga memutuskan supaya se mua bentuk teks al-Quran yang akan dicetak, diterbit atau diimport hendaklah menggunakan Rasm Uthmani Riwayat Hafs dari Asim.

    Antara bentuk-bentuk kesalahan yang dapat dilihat pada penulisan al-Quran adalah seperti ayat tidak bernombor, nombor ayat tidak berterusan, titik bertukar dan tulisan bercampur aduk antara Imlai dan Uthmani.

    Contoh dapat di lihat pada Lampiran 6a, 6b, 6c, 6d dan 6e.

    ii. Penyelarasan Rasm Al-Quran di Malaysia

    Dalam usaha Lembaga untuk menangani permasalah rasm al-Quran di Malaysia, pelbagai langkah telah diatur dengan melibatkan peran-cangan jangka pendek dan jangka panjang. Langkah awal yang telah diambil ialah dengan mengadakan kursus mengenai rasm al-Quran untuk Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tashih. Program ini di atur supaya kedua-dua komuniti tersebut dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

    Oleh itu, pada 20 hingga 25 Februari 1989 bersamaan 14 hingga 19 rejab 1409 telah di-adakan kursus yang bertajuk Kursus Kaedah Penulisan Al-Quran Rasm Uthmani di Pusat Latihan Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Penceramah dan fasilitatornya dijemput khas dari Timur Tengah. Antaranya ialah Syeikh Ali Abdul Rahman al-Huzaifi, Imam Masjid al-Haram, Syeikh Othman Taha dan Syeikh Ahmad Salim al-Sanaie dari Percetakan Malik Fahd.

    112

    RASM UTHAMANI - 6.indd 11 28/08/1432 08:20:04

  • 113

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Setelah Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tashih al-Quran mendapat pendedahan yang sewajarnya, maka langkah seterusnya ialah mengatur program penerangan Rasm Uthmani mulai Febuari 1989 hingga November 1991 selama satu hari bagi setiap aktiviti. Mulai 11 Disember 1991 hingga November 1994 Kursus Rasm Uthmani dilaksanakan selama dua hari. Walau bagaimanapun mulai tahun 1995 pendekatan ini diubah kepada Bengkel Modul Peekaderan Al-Quran Rasm Uthmani. Dan mulai tahun 2003 penerangan mengenai Rasm Uthmani diteruskan lagi melalui program-program Seminar Al-Quran Rasm Uthmani, peringkat Negeri yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melalui Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan.

    iii. Penyemakan dan Pengawalan

    Selain menangani masalah Rasm al-Quran, tugas utama Lembaga ialah mengawal kesucian teks al-Quran. Dalam hal ini, Lembaga mendapati ada kesalahan-kesalahan pada teks al-Quran yang dijual dan diedar di Malaysia. Antara kesalahan utama ialah tertinggal ayat, perkataan, huruf, tanda atau terdapat kekotoran pada sesuatu pencetakan al-Quran.

    Dalam menangani masalah kesilapan atau kesalahan dalam sesuatu teks al-Quran yang akan dicetak atau diterbitkan, maka Lajnah Tashih Al-Quran yang diwujudkan itu telah mula menjalankan fungsinya sejak 19 Mac 1988. Pada awal pembentukannya, keanggotaannya hanya seramai 7 orang. Pada bulan Mei 1988 keahliannya ditambah sebanyak 8 orang men-jadikan jumlah keseluruhannya seramai 15

    113

    RASM UTHAMANI - 6.indd 10 28/08/1432 08:19:54

  • 114

    Panduan Rasm Uthmani

    orang dan pada tahun 1995 seramai 15 orang lagi ditambah menjadikan keseluruhan jumlah Ahli Lajnah Tashih Al-Quran seramai 30 orang sehinggalah sekarang. Mereka ini terdiri dari kalangan huffaz dan pakar dalam bidang al-Quran.

    Walau bagaimanapun memandangkan bebanan tugasan yang semakin meningkat, Ahli Lembaga dalam mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Bil. 49 / 3. 2008 pada 7 hingga 8 September 2006 di Hotel Marriot, Putrajaya, Ahli Lembaga telah bersetuju menambah jumlah keahlian Ahli Lajnah kepada seramai 35 orang.

    Dengan keprihatinan dan usaha gigih yang digemblengkan itu, mudah-mudahan cita-cita untuk memastikan kesahihan semua bentuk teks al-Quran yang berada di Malaysia dapat dilaksanakan.

    iv. Pemantauan dan Pelupusan Ayat-ayat al-Quran Yang Tidak Mematuhi Peruntukan APTQ 1986 dan Yang Mengandungi Ke-salahan.

    Bagi memast ikan set iap teks/bahan a l -Quran yang berada di negara ini bersih dari sebarang kesilapan dan kesalahan, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran turut melaksanakan aktiviti naziran dan pemantauan dari masa ke semasa di seluruh negara. Aktiviti ini dijalankan secara berkala dan secara ber-sepadu dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Kastam Di Raja Malaysia.

    114

    RASM UTHAMANI - 6.indd 13 28/08/1432 08:20:25

  • 115

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Selain itu, bagi memastikan ayat-ayat al-Quran sentiasa terpelihara pihak KDN juga mengambil tanggungjawab untuk melupuskan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sama ada yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran ataupun yang mengandungi kesalahan semasa proses pencetakan dijalankan. Pelupusan yang dibuat adalah melalui kaedah pembakaran menggunakan inciwater yang telah dilaksanakan pada Mei 2009.

    6.6 Mujamma Madinatul Munawwarah6.6.1 Pengenalan

    Kerajaan Arab Saudi telah menubuhkan Mujamma Madinatul Munawwarah yang mana fungsinya adalah mengurus pencetakan mushaf al-Quran. Mujamma ini dilengkapi dengan teknologi pencetakan yang canggih dan termoden. Penubuhan ini adalah selaras dengan keperluan umat Islam secara keseluruhannya memandangkan setelah pencetakan al-Quran tersebar luas sama ada yang bermotifkan keuntungan ataupun tidak, didapati para penerbit dan pencetak kurang memberikan perhatian dalam usaha memelihara, me-ngawal, meneliti, mentasheh dan mengulang semak al-Quran. Sehubungan dengan itu, penubuhan Mujamma ini adalah bertepatan bagi memastikan al-Quran dicetak dengan sempurna dan terpelihara.

    Mujamma ini memiliki ciri-ciri pengawalan pencetakan yang canggih dan moden. Penerbitannya diselaraskan dan dipantau oleh para ulamak dan pakar dalam pelbagai bidang yang diperlukan bagi mencetak al-Quran. Ini adalah bagi menjamin mashaf al-Quran yang dikeluarkan adalah yang terbaik dan menjadi contoh serta rujukan kepada umat Islam terutamanya pencetak dan penerbit al-Quran di seluruh dunia.

    115

    RASM UTHAMANI - 6.indd 12 28/08/1432 08:20:14

  • 116

    Panduan Rasm Uthmani

    Penulisan khat yang dipilih bagi penerbitan mashaf ini adalah ditulis oleh penulis khat terkenal iaitu Syeikh Othman Taha al-Dimashky kerana ia cantik, jelas dan kurang mengandungi kesalahan.

    Setelah itu pihak Mujamma telah menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Akademik Al-Quran yang bertanggungjawab bagi menguruskan penyeliaan projek selepas penyemakan naskhah asal dari mashaf tersebut ditasheh dengan cermat dan teliti sehingga sempurna pencetakannya.

    6.6.2 Keanggotaan

    Ahli Jawatankuasa Tertinggi Akademik Al-Quran adalah terdiri dan dianggotai oleh ulama-ulama dan pakar-pakar dalam bidang ilmu yang berkaitan dengan mashaf iaitu:

    i. Tajwid, Qiraat, Rasm, Dhabt, Bilangan Ayat, Wuquf, Tafsir, Feqh, Lughah (Bahasa Arab) Nahu dan Saraf.

    ii. Ahli Jawatankuasanya juga terdiri dari Huffaz Al-Quran al-Mutqin.

    6.6.3 Pelaksanaan

    Memandangkan kebanyakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Al-Quran ini berada di Kuliah Al-Quran, Universiti Islam Madinah, pihak Mujamma telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa Perlaksanaan Projek. Mereka bertanggungjawab untuk memastikan projek ini dilaksanakan dengan amanah dan teliti. Untuk itu setiap ahli diberikan satu naskhah mashaf asal, lalu disemak dengan teliti dari awal hingga akhir mashaf.

    Setiap masalah yang terdapat pada penulisan mashaf akan diambil perhatian dan dibincangkan. Setelah dibincangkan sekiranya semua ahli bersetuju dengan

    116

    RASM UTHAMANI - 6.indd 15 28/08/1432 08:20:45

  • 117

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    cadangan penyelesaian masalah tersebut, keputusan akan ditandatangani oleh Ketua Lajnah dan diserahkan kepada Mujamma. Setelah tugasan pensahihan naskhah asal selesai, naskhah yang telah disemak itu akan dicetak sebagai ujian lalu diserahkan kepada Lajnah untuk disemak semula seperti cara di atas.

    Sesungguhnya mashaf mujamma telah disemak lebih dari dua ratus kali. Setelah ia dicetak mashaf tersebut dibaca dengan lambat ketika penyemakan dibuat berdasarkan pemerhatian yang halus dan teliti bagi setiap nas al-Quran, ayat-ayat, kalimah-kalimah, huruf demi huruf, harakah demi harakah di samping penelitian terhadap istilah-istilah dan simbol-simbol yang didapati dalam al-Quran.

    Setiap langkah dan tindakan yang diambil adalah ber-dasarkan persetujuan sebulat suara semua ahli Lajnah. Mana-mana perhatian yang tidak didapati secara ijma adalah ditolak. Jika didapati khilaf dalam satu-satu masalah maka dirujuk kepada sumber asal dari kitab-kitab ahl al-ilmi terdahulu.

    6.6.4 Penutup

    Tidak dapat dinafikan bahawa system pembelajaran pada zaman yang serba moden dan mempunyai ke-canggihan teknologi telah dapat memudahkan sese-orang itu mempelajari bahasa-bahasa yang hendak dipelajarinya. Walaupun begitu, dalam tilawah dan hafazan al-Quran, amalan Badinda Rasulullah SAW dan para Qurra yang mengambil bacaan dan menyampaikan pula bacaan mereka hingga ke hari ini masih boleh dilaksanakan kerana selain ia Sunnah Muakkad, ia juga dikira ibadah.

    Sehubungan dengan itu diharapkan dengan adanya Buku Panduan Rasm Uthmani ini akan dapat mencapai beberapa objektif murni ini iaitu:

    117

    RASM UTHAMANI - 6.indd 14 28/08/1432 08:20:34

  • 118

    Panduan Rasm Uthmani

    i. Buku ini dapat menjadi panduan dan rujukan kepada mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu-ilmu berkenaan Rasm Uthmani.

    ii. Dengan adanya buku ini dapat menghilangkan kekeliruan para pembaca alQuran kerana didalam buku ini menghuraikan secara panjang lebar mengenai aspek-aspek penting kaedah penulisan Rasm Uthmani dan Istilah Dhabt al-Quran.

    iii. Seterusnya diharapkan akan dapat membantu perkembangan ilmu al-Quran itu sendiri agar dapat difahami dan dihayati oleh seluruh umat Islam di negara ini.

    Sabda Rasulullah SAW

    : ,

    . (Riwayat Muslim)

    Yang bermaksud: Daripada Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: Qari yang bertajwid lagi tadabbur bacaannya di akhirat kelak akan bersama-sama dengan para Rasul dan malaikat yang setia. Sementara Qari yang tersekat-sekat, baginya dua pahala (iaitu pahala membaca dan pahala susah yang dihadapinya)

    118

    RASM UTHAMANI - 6.indd 17 28/08/1432 08:21:01

  • 119

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Lampiran 6a

    Ayat tidak bernombor

    119

    RASM UTHAMANI - 6.indd 16 28/08/1432 08:20:56

  • 120

    Panduan Rasm Uthmani

    Lampiran 6b

    Nombor ayat tidak berterusan

    120

    RASM UTHAMANI - 6.indd 19 28/08/1432 08:21:07

  • 121

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Lampiran 6c

    Titik bertukar

    121

    RASM UTHAMANI - 6.indd 18 28/08/1432 08:21:03

  • 122

    Panduan Rasm Uthmani

    Lampiran 6d

    Tulisan bercampur aduk antara Imlai dan Uthmani

    122

    RASM UTHAMANI - 6.indd 21 28/08/1432 08:21:08

  • 123

    Unit Kawalan Teks Al-Quran

    Lampiran 6e

    Titik tertinggal

    Kalimah terpisah Ayat tertinggal

    123

    RASM UTHAMANI - 6.indd 20 28/08/1432 08:21:07

  • 124