kawalan rumpai

21

Upload: ngothu

Post on 20-Dec-2016

289 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kawalan Rumpai
Page 2: Kawalan Rumpai

i

PRAKATA

Buku nota bersaiz poket atau “Pocket Book” bertajuk Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini diterbitkan bagi memudahkan semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera. “Pocket Book” ini mengandungi teknologi-teknologi berkaitan penyelenggaraan kebun getah iaitu kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit dan serangga perosak utama tanaman getah. Kandungan dalam “Pocket Book” ini adalah adaptasi dan olahan semula dari buku Manual Teknologi Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun 2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.

Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan “Pocket Book” Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini dapat memberi maklumat dan menjadi panduan khususnya kepada agen pengembangan dan pengguna-pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil getah menghayati dan mengam alkan teknologi-teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil

Page 3: Kawalan Rumpai

ii

dan pendapatan mereka. Kepada semua penulis buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak langsung mereka telah menyumbang dalam proses pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penerbitan “Pocket Book” ini.

Datuk Dr Salmiah Ahmad Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

Disember 2010

Page 4: Kawalan Rumpai

iii

SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Prakata Senarai Kandungan Pendahuluan

KAWALAN RUMPAI DI KAWASAN TANAMAN GETAH Kebaikan Rumpai Kesan-kesan Rumpai Kepada Tanaman Getah Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah Dewasa Jenis Rumpai Kaedah Mengawal Rumpai Kekerapan Merumpai Kaedah Penyemburan Racun Rumpai Faktor-Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Penyemburan Langkah-langkah Keselamatan Bagi Penggunaan Racun Rumpai

PENUTUP

iiii1

1

2

2

3359

10

13

13

15

Page 5: Kawalan Rumpai

SENARAI JADUAL

Jadual 1. Jadual Kawalan Rumpai Dengan Semburan Racun Herba

Jadual 2. Racun Rumpai Bagi Kawasan Getah Dewasa

Jadual 3. Kekerapan Merumpai Bagi Tanaman Getah Dewasa

SENARAI RAJAH

Rajah 1. Jenis-Jenis Rumpai Di Dalam Tanaman Getah

Rajah 2. Alat Penyembur Racun dan Jenis Nozel

Rajah 3. Pekerja Meracun Lengkap Dengan Pakaian dan Peralatan Pelindung

iv

7

8

9

4

12

15

Page 6: Kawalan Rumpai

PENDAHULUAN

Penanaman getah mempunyai dua objektif utama, iaitu untuk mencapai kematangan awal dan memperolehi hasil yang maksimum. Semua tumbuhan termasuk getah memerlukan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi membolehkan mereka membesar ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat ditambah dengan pembajaan diberi pada kadar, jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi perkara yang menganggu pertumbuhan pokok getah adalah penyakit pokok getah. Mengenal pasti jenis penyakit yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan jenis racun dan kadar yang sesuai.

KAWALAN RUMPAI DI KAWASAN TANAMAN GETAH

Rumpai adalah tumbuhan yang tidak dikehendaki atau tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak sepatutnya ia tumbuh.

1

Page 7: Kawalan Rumpai

2

Kebaikan Rumpai

Kewujudan rumpai dalam ladang getah masih diperlukan dan mempunyai beberapa faedah antaranya:-

• Rumpai membantu mengurangkan hakisan tanah dengan mengurangkan impak langsung air hujan pada permukaan tanah. • Rumpai menyejukkan permukaan tanah dengan mengurangkan impak langsung sinaran matahari pada permukaan tanah. • Membantu mengekalkan kelembapan tanah. • Menambah jirim organik tanah daripada pereputan daun-daun. • Membekalkan makanan untuk haiwan. • Beberapa spesis rumpai digunakan dalam perubatan tradisional.

Kesan-Kesan Rumpai Kepada Tanaman Getah

• Bersaing dengan tanaman getah untuk mendapatkan cahaya, zat, air dan kawasan pertumbuhan. • Membantutkan tumbesaran pokok getah. • Melambatkan pokok getah mencapai kematangan.

Page 8: Kawalan Rumpai

3

• Menyukarkan kerja membaja dan kawalan penyakit. • Memberi perlindungan kepada makhluk perosak tanaman getah. • Menyebabkan kebakaran pada musim kering.

Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah Dewasa

Naungan dalam getah matang adalah lebih tinggi berbanding getah muda. Oleh itu, pertumbuhan semula rumpai selepas dikawal adalah lebih lambat berbanding dalam kawasan getah muda.

Jenis Rumpai. Rumpai yang selalu didapati di kawasan getah matang dan tua adalah dari jenis pokok berkayu dan paku-pakis (Rajah 1).

Eleusine indica Ischaemum muticum Mikania micrantha(Selaput Tunggul) (Rumput Kemarau) (Rumput Sambau)

Page 9: Kawalan Rumpai

4

Pennisetum Melastoma Clidemia Hirta polystachion malabathricum (Akar Kala) (Rumput Ekor (Senduduk) Kucing)

Chromolaena Stenochlaena Nephrolepis odorata palustris biserrata (Pokok Kapal (Paku Miding) (Paku Anjing) Terbang)

Rajah 1. Jenis-Jenis Rumpai Di Dalam Tanaman Getah.

Page 10: Kawalan Rumpai

5

Pennisetum Melastoma Clidemia Hirta polystachion malabathricum (Akar Kala) (Rumput Ekor (Senduduk) Kucing)

Chromolaena Stenochlaena Nephrolepis odorata palustris biserrata (Pokok Kapal (Paku Miding) (Paku Anjing) Terbang)

Kaedah Mengawal Rumpai

Mengawal rumpai di ladang perlu kerap dilakukan supaya tidak mudah baginya untuk tumbuh semula. Usaha seperti ini dapat mengurangkan kesan saingan rumpai ke atas pokok getah.

Terdapat dua bidang di mana kawalan rumpai diperlukan – rumpai yang tumbuh di kawasan antara barisan dan rumpai yang hidup sepanjang baris tanaman atau teres. Mengikut amalan, kawasan antara barisan ditanam dengan kekacang penutup bumi dan mengawal rumpai yang didapati tumbuh dicelah-celah kekacang penutup bumi adalah terhad. Untuk mengurangkannya daripada berlaku, tindakan merawat benih kekacang sebelum ditanam adalah disyorkan. Kawasan yang tidak ditanam dengan kekacang penutup bumi sudah pasti akan dipenuhi oleh rumpai yang memerlukan pengawalan minimum. Rumpai seperti ini perlu dikawal dengan menebas supaya ianya tidak mencapai ketinggian 60 sentimeter.

Membersihkan rumpai di antara barisan secara menyeluruh tidak digalakkan, terutamanya di lereng-lereng bukit, kecuali bagi rumpai keras seperti Imperata cylindrica. Rumpai yang tumbuh di baris tanaman

Page 11: Kawalan Rumpai

6

selebar dua meter atau teres memerlukan kawalan maksimum. Ini boleh dilakukan secara manual dengan cangkul atau semburan racun rumpai kimia. Pada masa kini, kerja manual dengan mencangkul didapati agak mahal dan lambat diusahakan. Tambahan pula, pertumbuhan semula rumpai adalah sungguh cepat oleh kerana tunggul-tunggul rumpai yang tinggal di dalam tanah boleh mengeluarkan pucuk-pucuk baru dalam beberapa hari sahaja. Kaedah ini boleh juga merosakkan akar pokok getah dan dengan itu, ianya tidak disyorkan.

Tempoh kesan kawalan dengan menggunakan semburan racun rumpai adalah panjang, dan terdapat beberapa kes di mana ianya mencapai sehingga tiga bulan atau lebih. Akar pokok tidak terjejas dan kosnya adalah lebih murah.

Page 12: Kawalan Rumpai

7

Jadual 1. Jadual Kawalan Rumpai Dengan Semburan Racun Herba

Tahun

Rumpai di Garisan

Tanaman (Bilangan Pusingan)

Rumpai di Antara Barisan

(Bilangan Pusingan)

1 Empat ke enam Enam

2 Empat ke enam Empat

3 Empat Tiga

4 Empat Dua

5 Empat Satu

6 Tiga Satu

7 Dua Satu

8 Dua Satu

9 Satu -

Di peringkat awal pertumbuhan pokok getah, kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi ketika pokok bertambah tua, kekerapannya akan berkurangan. Ini disebabkan oleh kesan naungan pokok getah ke atas pertumbuhan rumpai (Jadual 1).

Racun rumpai untuk digunakan mengikut jenis rumput adalah seperti Jadual 2.

Page 13: Kawalan Rumpai

8

Jadual 2. Racun Rumpai Bagi Kawasan Getah Dewasa

Jenis rumpai Jenis racun rumpai Contoh nama dagangan

Kadar sehektar

Kadar bagi 18 liter

(Penyembur galas)

Campuran Rumput dan

Glifosat isopropilamina (ipa)

Roundup 3.0 liter 120ml

Rumpai Daun Lebar

Glufosinat ammonium Basta 15 3.3 liter 132 ml

Kecil Glifosat ipa + 2,4-0 ipa Hat-Trick 3.0 liter 120ml

Fluroksipir + glifosat ipa

Starmix 1.5 liter 60ml

Glifosat ipa + metsulfuron metil

Roundup + 1.5 liter +

60ml +

Ally 200F 0.075 kg

3g

Rumput Kasar: Glifosat ipa Roundup 3.0 liter 120ml

Lalang, rumput ekor

Glifosat trimesium Touchdown 3.0 liter 120ml

kucing, rumput kemarau, dll

Imazapir Assault 100A 5.0 liter 200 ml

Rumpai Berkayu: Triklopir Garlon 250 2.0 liter 80ml

Pokok kapal terbang,

Fluroksipir Starane 200

1.25 liter 50ml

senduduk, akar kala,

Oicamba dimetilamina Banvel400 2.0 liter 80ml

mempelas, dll. Pikloram triisopranol amina Tordon 101 2.0 liter 80ml + 2,4-0 triisopranol amina Metsulfuron metil Ally200F 0.15 kg 6g

Paku-Pakis: Glufosinat ammonium Basta 15 6.0 liter 240 ml

Resam, paku miding, paku anjing,resam ribu, dll

2,4-0 dimetilamina + natrium klorat

2,4-0 Amine + Sodium chlorate

3.0 liter + 20 kg

120ml+ 800 g

Page 14: Kawalan Rumpai

9

Kekerapan Merumpai

Beberapa faktor boleh mempengaruhi kekerapan merumpai iaitu :

• Umur pokok getah dewasa (JaduaI 3). • Kekerapan dan hujan lebat. • Kaedah kawalan rumpai yang diamalkan. • Jenis dan ketebalan rumpai. • Jenis dan kadar racun rumpai yang digunakan.

Umur pokok Kekerapan merumpai dalam

(tahun) setahun (kali/tahun) 5 2 6 2 7 2 8 1 9 1

10 dan ke atas 1 Catatan : Mengandaikan pokok getah mencapai dewasa pada umur 5 tahun selepas tanam.

Jadual 3. Kekerapan Merumpai Bagi Tanaman Getah Dewasa

Page 15: Kawalan Rumpai

10

Kaedah Penyemburan Racun Rumpai

Menyembur racun rumpai hendaklah dilakukan mengikut sistem supaya kesan semburan dapat menghapus rumpai sepenuhnya dan pada masa yang sama mengelakkan pembaziran campuran racun rumpai.

Bagi semburan menyeluruh, kawasannya perlu dibahagikan mengikut blok. Lebarnya adalah sekali ganda lebar saiz semburan nozel, dan biasanya adalah empat meter. Apabila menyembur rumpai di alur tanaman atau di teres, penyembur hendaklah berjalan sepanjang alur dan melepaskan semburan pada masa yang sama. Sebuah pam galas dengan muatan 18 liter yang dilengkapi dengan nozel jet kipas untuk semburan menyeluruh dan jet pembias untuk semburan alur tanaman boleh digunakan (Rajah 2).

Campuran racun boleh dibancuh dengan banyak dalam drum 200 liter atau kuantiti kecil sebanyak 18 liter dengan menggunakan tin minyak tanah yang mempunyai muatan 20-liter.

Ketika membuat campuran racun rumpai, air yang telah disukat hendaklah disediakan terlebih dahulu.

Page 16: Kawalan Rumpai

11

Mengawal rumpai dengan kimia bukan sahaja mahal tetapi turut berbahaya kepada kesihatan dan mengakibatkan pencemaran alam. Oleh itu, penggunaannya perlu diminimumkan seperti.

Sekiranya lebih daripada satu bahan kimia digunakan, ianya perlu dilarutkan satu persatu untuk mengelak terjadinya pemendakkan.

Campuran hendaklah selalu dikacau dan kemudiannya ditapis ketika dipindahkan ke dalam pam sandang.

Untuk mendapatkan keputusan yang baik, penyemburan sepatutnya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan peruapan campuran kimia semburan.

Kesan semburan ke atas rumpai adalah selama dua hingga tiga bulan mengikut keadaan naungan. Walau bagaimanapun, penyemburan semula hanya dilakukan apabila kadar pertumbuhan rumpai mencapai 60 peratus.

Apabila terdapat hanya sejenis rumpai yang tumbuh di ladang, gunakan jenis racun rumpai yang berkesan untuknya dan elak menggunakan campuran racun rumpai biasa.

Page 17: Kawalan Rumpai

12

Jenis alat penyembur galas. Alat penyembur jenis galas selalunya diperbuat daripada tembaga, keluli atau plastik.

Jenis Nozel. Nozel juga ada berbagai jenis nozel iaitu jenis kipas, kon dan pembias dengan berbagai saiz. Nozel jenis kipas atau pembias sesuai untuk meracun di lorong pokok getah dan nozel jenis kon untuk semburan rumpai berkelompok atau setempat.

Alat penyembur Jenis-jenis nozel racun jenis galas

Rajah 2. Alat Penyembur Racun dan Jenis Nozel.

Kadang kala, kekerapan menggunakan sesuatu jenis racun rumpai untuk spesis rumpai tertentu mungkin menyebabkan pengumpulan sesuatu spesis yang rentan kepada racun tersebut. Pemerhatian ke atas perkara ini perlu diteliti untuk mengelakkan pembaziran.

Page 18: Kawalan Rumpai

13

Faktor-Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Penyemburan

• Alat penyembur dan nozel yang bersesuaian dan dalam keadaan baik. • Tekanan pam yang sesuai. • Kepantasan perjalanan yang berpatutan. • Kerataan penyemburan racun rumpai.

Biasanya kadar isipadu air yang diperlukan adalah kira-kira 450 liter sehektar keseluruhannya jika menggunakan nozel 5/64 inci.

Langkah-Langkah Keselamatan Bagi Pengguna Racun Rumpai

• Simpan racun di tempat berkunci dan jauh daripada bahan makanan dan kanak -kanak. • Baca label dengan teliti sebelum mengguna- kan racun. • Gunakan pakaian dan peralatan pelindung apabila menyedia dan menyembur racun. • Pastikan alat penyembur berkeadaan baik. • Jangan menyembur racun bertentangan dengan angin. • Jika nozel tersumbat, basuh dengan air dan gunakan anak mancis atau ranting kecil

Page 19: Kawalan Rumpai

14

yang ditajamkan dan jangan ditiup atau menggunakan dawai. • Jangan merokok, makan atau minum semasa meracun. • Jika racun terkena kulit, basuh segera dengan air bersih. • Jika racun terkena pakaian, tanggalkan pakaian berkenaan dan cuci bahagian badan yang terkena racun serta cuci pakaian tersebut dengan segera hingga bersih. • Jika racun terkena mata, cuci segera dengan air bersih sekurang-kurangnya lima belas minit. • Bekas racun yang tidak dipakai lagi hendaklah dibasuh tiga kali dan dirosakkan sebelum ditanam di tempat yang sesuai. • Jumpa doktor jika berasa tidak sihat.

Page 20: Kawalan Rumpai

15

Rajah 3. Pekerja Meracun Lengkap Dengan Pakaian dan Peralatan Pelindung.

PENUTUP

Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-teknologi penyelenggaraan kebun getah dewasa untuk pekebun kecil, terutamanya teknologi berkaitan kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit utama dan serangga utama perosak getah, iaitu anai-anai. Pengurusan kebun kecil getah yang efisien dapat mengoptimumkan pengeluaran hasil dan seterusnya menjamin kesejahteraan pekebun kecil getah pada amnya.

Page 21: Kawalan Rumpai