penggunaan peta konsep dalam modul asas pengaturcaraan (ttm102) bagi meningkatkan penguasaan teori

Upload: upenkktm

Post on 03-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    1/8

    PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102)

    BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TEORI

    Oleh :

    Melati Binti Sabtu

    Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran

    Kolej Komuniti Temerloh

    1.0 PENGENALAN

    Peta konsep atau lebih dikenali

    sebagai peta minda merupakan suatu

    pembinaan idea, iaitu idea penting

    diletakkan di bahagian tengah sebagai

    pusat utama dan idea lain yang berkaitan

    dikembangkan di luar idea utama dengan

    menggunakan garisan, bongkah geometri,

    warna dan sebagainya. Peta konsep

    dibentuk berdasarkan otak manusia yang

    memproses maklumat. Penyelidikan

    menunjukkan bahawa otak manusia

    memproses dan merakamkan maklumat

    berbeza dengan maklumat yang diprosesoleh komputer. Otak manusia memproses

    maklumat dengan cara linear, membuat

    pengelolaan yang menyeluruh,

    menghubungkait, membanding,

    menganalisis dan sebagainya. Dengan

    penggunaan peta konsep, maklumat

    penting adalah disusun dengan cara

    keseluruhan supaya menghasilkan

    struktur pola yang kreatif dan menarik

    selaras dengan cara otak memproses dan

    merakamkan maklumat. Maklumat yang

    disusun mengikut struktur organik otak

    adalah lebih mudah dirakamkan dalam

    ingatan jangka panjang daripada

    maklumat yang disusun secara linear.

    Pengaturcaraan ialah kemahiran

    mengarang set arahan atau perintah yang

    kemudiannya boleh diterjemah dan

    dilaksanakan oleh komputer. Biasanya

    kemahiran mengaturcara memerlukan

    pemikiran logik dan kebolehan

    mentaakul. Terdapat pelbagai cara untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah. Peta

    konsep adalah sangat sesuai digunakan

    untuk membuat nota pada sesebuah topik

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    2/8

    untuk suatu modul pelajaran agar ia

    membolehkan pelajar mencatat nota

    dengan mudah serta mengingat sesuatu

    dengan mudah di samping

    menggabungkan serta menyeimbangkan

    kegunaan otak kanan yang lebih

    cenderung ke arah perkembangan

    integrasi, emosi, interpersonal, perasaan,

    kinestetik manakala otak kiri lebih

    cenderung ke arah perkembangan

    matematik, logik dan spesifik. Oleh itu,

    sebelum membuat keputusan yang tepat,

    kita perlu tahu dan memahami apakah

    masalah tersebut dan cara untuk

    menyelesaikannya. Melalui modul TTM

    102, pelajar akan didedahkan kepada

    konsep penyelesaian masalah, asas

    pengaturcaraan dan penyelesaian

    masalah dengan menggunakan aturcara C

    untuk memenuhi pengetahuan,

    kemahiran dan pengalaman yang akan

    digunakan sepanjang pengajian pelajar di

    Kolej Komuniti dan di alam pekerjaan

    pelajar nanti.

    2.0 LATAR BELAKANG MODUL ASAS

    PENGATURCARAAN (TTM102)

    Modul Asas Pengaturcaraan

    (TTM102) merupakan modul wajib

    teknikal untuk pelajar Semester 1 Kolej

    Komuniti khususnya untuk Kursus Sijil

    Teknologi Maklumat. Modul ini

    merupakan antara modul yang wajib lulus

    dalam peperiksaan sebagai syarat wajib

    untuk mereka menjalani latihan industri

    pada Semester 3 dan melayakkan pelajar

    menerima sijil di akhir pengajian mereka

    nanti.

    Modul TTM 102 dilaksanakan

    selama 7 jam seminggu. Modul ini

    dilaksanakan secara amali dan teori

    sepenuhnya untuk satu semester iaitu

    selama 15 minggu pembelajaran

    bersamaan dengan 105 jam

    pembelajaran. Jam kredit untuk modul ini

    ialah sebanyak 4 jam kredit. Sekiranya

    peratus kehadiran pelajar kurang

    daripada 80%, pelajar boleh ditahan

    daripada menduduki Peperiksaan Akhir

    Semester. Oleh itu, pelajar dinasihatkan

    agar hadir ke kuliah supaya tidak

    menjejaskan kelayakan untuk menduduki

    Peperiksaan Akhir Semester.

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    3/8

    Pemarkahan modul TTM 102

    diambil kira dari hasil tambah markah

    penilaian berterusan (PB) sepanjang 15

    minggu pembelajaran iaitu sebanyak 80%

    dengan markah penilaian akhir (PA) iaitu

    sebanyak 20% manakala markah

    penilaian akhir (PA) diambil kira pada

    Peperiksaan Akhir Semester.

    Markah penilaian berterusan (PB)

    untuk modul TTM 102 dinilai

    menggunakan borang penilaian prestasiamali Classroom Assessment Technique

    (CATS) yang kebiasaannya dilaksanakan

    di akhir pembelajaran setiap sesuatu

    topik. Kesemua penilaian prelajar yang

    telah dilaksanakan akan diisi di dalam

    borang CATS yang kemudiannya

    dijumlahkan untuk dijadikan sebagai

    markah penilaian berterusan (PB).

    Markah penilaian berterusan (PB) perlu

    dikira sebelum Peperiksaan Akhir

    Semester dilaksanakan. Pelajar yang lulus

    akan menduduki Peperiksaan Akhir

    Semester secara amali yang merangkumi

    sebanyak 20%. Hasil markah penilaian

    akhir (PA) ini akan dijumlahkan dengan

    penilaian berterusan (PB) untuk

    menentukan gred dan mata kredit pelajar

    untuk modul TTM 102 ini.

    Melalui modul Asas

    Pengaturcaraan (TTM102), pelajar

    didedahkan dengan pengetahuan dalam

    konsep menyelesaikan masalah dan bina

    aturcara, menggunakan konsep arahan

    asas dalam bahasa C, menggunakan

    arahan aritmetik, tokokan dan susutan,

    menyenarai dan mengenalpasti jenis-jenis

    struktur logikal, memahami penggunaan

    arahan kawalan ulangan bahasa

    pengaturcaraan C dan memastikan

    kecapaian aturcara berjaya atau ralat.

    Pelajar perlu sentiasa mempraktikkan

    penggunaan bahasa C untuk memenuhi

    pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

    yang akan digunakan sepanjang pengajian

    pelajar di Kolej Komuniti dan sekaligus

    dijadikan sebagai persiapan di alam

    pekerjaan pelajar nanti.

    3.0 ISU KELEMAHAN PENGUASAAN

    TEORI BERBANDING AMALI

    Perkara utama yang dapatdiperhatikan di dalam makmal ialah

    tahap penumpuan pelajar ketika sesi

    kelas teori dijalankan berbanding kelas

    amali. Berdasarkan pemerhatian, pelajar

    Kolej Komuniti Temerloh khususnya

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    4/8

    kurang memberi penumpuan terhadap

    pembelajaran teori. Ini dapat dibuktikan

    jika pensyarah memberi satu soalan teori

    kepada pelajar, pelajar tidak mampu

    memberi jawapan tetapi jika

    menggunakan alat bantuan belajar seperti

    komputer, pelajar mampu menjawab

    dengan baik. Ini menunjukkan bahawa

    pelajar lebih cenderung menggunakan

    bantuan komputer untuk menyelesaikan

    masalah berbanding memberikan

    jawapan berbentuk lisan mahupun

    bertulis. Secara keseluruhannya, pelajar

    memang tidak dapat menjawab soalan

    yang dikemukakan secara lisan mahupun

    bertulis.

    Kekerapan masalah pelajar dalam

    penguasaan teori untuk modul TTM102

    di kalangan pelajar ialah pelajar sukar

    mengingati fakta, pelajar sukar menulis

    kod-kod aturcara tanpa menggunakan

    komputer, pelajar malas membaca fakta,

    pensyarah lebih menumpukan

    pengajaran dan pembelajaran berbentuk

    amali dan pensyarah lebih menumpukan

    penggunaan alat bantuan mengajar

    berbentuk amali.

    Puncapunca masalah pelajar

    dalam penguasaan teori pula ialah pelajar

    tidak berminat untuk mengingati fakta,

    sukar menulis kod-kod aturcara tanpa

    bantuan komputer atau rujukan. Pelajar

    juga mudah keliru dan sukar memahami

    dengan istilah yang digunakan tanpa

    latihan amali. Pelajar juga tidak minat

    pada pengajaran dan pembelajaran teori

    dan tidak minat kerja-kerja tanpa

    bantuan komputer. Pelajar juga malas dan

    tidak berminat membaca bahan-bahan

    berbentuk teori dan malas menulis

    tugasan berbentuk teori.

    Memang tidak dapat dinafikan

    bahawa kurangnya latihan berbentuk

    teori kepada pelajar adalah salah satu

    punca mengapa pelajar gagal menguasai

    teori dengan baik kerana pensyarah lebih

    cenderung menumpukan kepada

    pengajaran amali. Pensyarah lebih

    cenderung untuk memberikan latihan

    amali kerana markah amali lebih tinggi

    daripada markah teori dan membuatkan

    pelajar tidak mengambil berat tentang

    markah teori. Cara penyampaian fakta

    oleh pensyarah juga tidak menarik minat

    pelajar kerana kurangnya kepelbagaian

    cara penyampaian dalam bentuk yang

    lebih difahami oleh pelajar.

    Inilah antara punca kepada

    permasalahan pelajar dalam menguasai

    teori. Setiap pelajar akan menghadapi

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    5/8

    penilaian teori dalam penilaian

    berterusan dan penilaian akhir pelajar.

    Kebanyakan pelajar tidak dapat untuk

    menjawab soalan-soalan teori dengan

    lengkap dan ini sekaligus dapat

    menjatuhkan markah dan gred modul

    TTM102 mereka ini. Langkah-langkah

    awal perlu dilaksanakan agar dapat

    mengatasi masalah yang dihadapi oleh

    pelajar-pelajar ini. Langkah-langkah ini

    juga diharap dapat membantu pelajar

    menguasai dan mengingati pembelajaran

    teori mereka. Kaedah yang digunakan

    diharap dapat memudahkan sesi

    pengajaran dan pembelajaran pelajar

    dalam menguasai bukan sahaja amali

    tetapi juga teori asas pengaturcaraan.

    4.0 PENGGUNAAN PETA KONSEP

    DALAM MODUL ASAS

    PENGATURCARAAN (TTM102)

    Masalah paling utama pelajar ialah

    mereka tidak dapat mengingati fakta atauisi penting. Kini terdapat beberapa

    aktiviti yang boleh dijalankan oleh

    pensyarah untuk membantu pelajar

    menguasai teori dengan baik iaitu melalui

    penggunaan peta konsep. Penggunaan

    peta konsep merupakan aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

    dan mudah dirancang bagi menangani

    masalah pelajar lupa dan tidak

    mengingati fakta. Penggunaan peta

    konsep lebih menjurus kepada aktiviti

    dalam membuat nota ringkas

    berdasarkan pemahaman pelajar itu

    sendiri.

    Pelajar diberi kebebasan

    menggunakan apa sahaja kaedah yangdifikirkan sesuai. Pelajar perlu membaca

    isi kandungan modul TTM102 untuk

    mengenalpasti fakta-fakta yang sesuai

    untuk dijadikan nota ringkas. Melalui

    penghasilan nota ringkas, pelajar boleh

    menggunakan kaedah peta konsep iaitu

    peta minda. Pensyarah memainkan

    peranan penting dalam memberi

    pendedahan kepada pelajar mengenai

    peta konsep. Cara yang peling berkesan

    untuk membolehkan pelajar

    menghasilkan peta konsep ini ialah

    melalui penggunaan penyusunan grafik

    yang menarik.

    Peta konsep memainkan peranan

    dalam merangka, mencatat nota, merekod

    maklumat, merancang aktiviti dan

    membuat suatu persembahan. Peta

    konsep kebiasaannya akan dilakar pada

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    6/8

    sehelai kertas bermula dari bahagian

    tajuk atau idea yang diletakkan di tengah

    halaman kertas. Penggunaan garisan yang

    sesuai untuk menghubungkan idea dapat

    menghasilkan corak yang menarik.

    Penggunaan kata kunci, gambar, warna,

    corak atau simbol dapat menujukkan

    perkaitan dan dapat menjadikan peta

    konsep lebih asli.

    Pensyarah boleh membuat

    pemerhatian terhadap pelajar dalammenghasilkan peta konsep sendiri.

    Pensyarah juga boleh menilai sejauh

    mana keberkesanan peta konsep dalam

    meningkatkan tahap ingatan pelajar

    dalam menguasai penilaian teori mereka.

    Keberkesanan penggunaan peta konsep

    dapat menyelesaikan masalah pelajar

    yang kurang menguasai pembelajaran

    teori. Penggunaan peta konsep lebih

    memudahkan pelajar memahami

    pembelajaran teori modul TTM102.

    Pelajar lebih menyukai kaedah peta

    konsep kerana ia lebih menarik dan dapat

    menjana kreativiti di kalangan diri

    pelajar. Penggunaan peta konsep dapat

    menggalakkan pelajar berfikir lebih

    kreatif dan kritis dalam menjawab soalan

    teori dan dalam proses pembelajaran

    kuliah teori. Penglibatan pelajar menjadi

    semakin baik dan pelajar mudah minat

    pada pembelajaran kuliah teori.

    Rajah 1 : Contoh peta konsep berbentuk

    fishbone

    Rajah 2 : Contoh peta konsep yang

    menggunakan simbol

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    7/8

    Rajah 3 : Contoh peta konsep yang

    menggunakan kata kunci

    5.0 KESIMPULAN

    Berdasarkan apa yang telah

    dibincangkan di atas, didapati bahawa

    penggunaan peta konsep adalah

    pendekatan pengajaran dan pembelajaran

    yang amat kreatif dan kritis. Peta konsep

    merupakan rangka kerja yang sesuai

    digunapakai dalam apa jua keadaan. Peta

    konsep yang dihasilkan dapat

    memudahkan pembacaan dan

    pemahaman pelajar dengan adanya kata

    kunci, gambar, warna, corak atau simbol

    di setiap cabang agar pembacaan

    mengikut susun atur yang betul. Ini

    adalah untuk memastikan agar

    pemahaman pelajar terhadap fakta yang

    dibaca mengikut aliran dan turutan yang

    betul. Penggunaan peta konsep juga

    memudahkan maklumat dikeluarkan dan

    dipetakan ke minda pelajar.

    Peta minda telah diakui sangat

    berkesan digunakan ketika sesi

    pengajaran dan pembelajaran. Proses

    pengajaran dan pembelajaran menjadi

    sangat mudah dan menjimatkan masa

    kerana peta minda yang disediakan dapat

    dijadikan sebagai nota. Pelajar juga dapat

    menghapuskan perasaan rasa sukar

    untuk belajar. Penggunaan peta konsepdapat menambah keseronokan dalam

    proses pembelajaran, mengulangkaji dan

    mengambil peperiksaan. Penggunaan

    peta konsep juga memberi keyakinan

    kepada pelajar terhadap keupayaan

    mereka untuk mempelajari apa sahaja

    modul dan dapat melihat keseluruhan

    modul dengan jelas. Pelajar berupaya

    memahami segala fakta yang berkaitan

    dan berupaya mengulangkaji

    pelajaran dengan pantas. Penggunaan

    peta konsep juga melatih minda mencari

    jalan penyelesaian untuk melaksanakan

    sebarang kerja secara bersistematik,

    memudahkan merancang sesuatu tugas

    dari mula hingga ke akhir hanya dalam

    sehelai kertas dan dapat menyampaikan

    segala bentuk maklumat dengan jelas dan

    tepat.

  • 7/28/2019 PENGGUNAAN PETA KONSEP DALAM MODUL ASAS PENGATURCARAAN (TTM102) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN

    8/8

    6.0 RUJUKAN

    1. Bahagian Perancangan danPenyelidikan Dasar Pendidikan

    Kementerian Pelajaran Malaysia,

    (2006), Kertas Kerja Seminar

    Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan

    ke XIII 2006, Percetakan Watan Sdn

    Bhd, Kuala Lumpur.

    2. Abu Bakar Nordin dan IkhsanOthman, (2003), Falsafah Pendidikan

    Dan Kurikulum, Quantum Books,

    Tanjung Malim.

    3. Mok Soon Sang, (2004), IlmuPendidikan Untuk KPLI, Kumpulan

    Budiman Sdn. Bhd, Selangor.

    4. www.petaminda.com5. http://eprints.uthm.edu.my/609/1/

    Jailani_(ICE_2010).pdf

    6. http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2009/14%2

    0%20Wong%20.pdf