rangsang ekonomi, tingkat daya saing koperasi · penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga...

4
Bil. 44/2014 24 MAKTAB KOPERASI MALAYSIA Rangsang Ekonomi, Tingkat Daya Saing Koperasi Azmaliza Arifin Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Pengenalan Secara umumnya, ekonomi Malaysia dijana daripada pelbagai sumber seperti perdagangan, pertanian perikanan, perlombongan dan lain-lain lagi untuk meningkatkan pendapatan negara. Selain itu, faktor penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga dilihat dari segi penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, eksport bersih dan hasil cukai. Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan perbelanjaan pembangunan. Semasa pembentangan bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memaklumkan bahawa sistem percukaian yang menyeluruh dan saksama perlu segera dilaksanakan untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan telah membuat persediaan dalam melaksanakan pelan transformasi terhadap sistem percukaian negara dengan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) dan digantikan dengan cukai barang dan perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST). Cukai GST akan berkuat kuasa pada 1 April 2015 pada kadar 6 peratus. Mekanisme GST menggambarkan bahawa kerajaan serius mahu memastikan pertumbuhan negara yang stabil untuk jangka panjang. Di samping itu, SST dikatakan mempunyai kelemahan tertentu seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat. atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai terhadap barang yang dieksport, isu kebocoran dan hasil yang tiris akibat daripada pemindahan harga, penyeludupan dan sebagainya yang merugikan rakyat sebagai pengguna. Melalui pelaksanaan GST, maka kerajaan berharap dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Selain itu, kerajaan juga turut prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dalam menangani isu kos sara hidup yang semakin tinggi dengan menyediakan peruntukkan dan penyediaan insentif yang dapat membantu rakyat untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan GST. Menurut Wan Suhaimie Saidie (2013), GST perlu disegerakan pelaksanaannya untuk mengekalkan daya saing Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan, mengekalkan kemapanan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Menurut beliau lagi, negara seperti Australia dan Singapura boleh dijadikan perbandingan dalam pelaksanaan GST kerana mempunyai geografi, demografi, budaya dan sistem perundangan yang hampir menyamai Malaysia. Pelaksanaan Goods and Services Tax (GST) Sehingga September 2014, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mencatatkan kadar inflasi semasa negara iaitu pada 2.6 peratus dan ini merupakan masa terbaik untuk kerajaan melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan pelaksanaan GST sekiranya kadar inflasi tinggi. GST merupakan sistem cukai yang dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan pada setiap peringkat bekalan, daripada pengilang sehingga ke peringkat peruncit. Melalui sistem GST, peruncit mengutip cukai tersebut daripada pembeli dan kemudian membayar kepada kerajaan setiap bulan. GST dicadang menggantikan SST untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem percukaian yang sedia ada. Namun, pemahaman rakyat Malaysia mengenai cukai dan peranannya masih rendah dan kebanyakan masyarakat masih tidak sedar bahawa mereka telah dikenakan cukai jualan (5 peratus, 10 peratus atau kadar spesifik) dan cukai perkhidmatan (6 peratus atau kadar spesifik) atas setiap belian yang dibuat. Hakikatnya, kedua-dua cukai tersebut telah diserap dalam harga jualan setiap barangan kecuali cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna seperti di kedai-kedai

Upload: duongdat

Post on 07-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rangsang Ekonomi, Tingkat Daya Saing Koperasi · penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga dilihat dari segi penggunaan, pelaburan, perbelanjaan ... geografi, demografi, budaya

Bil. 44/201424

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Rangsang Ekonomi, Tingkat Daya Saing Koperasi

Azmaliza ArifinPusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Pengenalan

Secara umumnya, ekonomi Malaysia dijana daripada pelbagai sumber seperti perdagangan, pertanian perikanan, perlombongan dan lain-lain lagi untuk meningkatkan pendapatan negara. Selain itu, faktor penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga dilihat dari segi penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, eksport bersih dan hasil cukai. Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan perbelanjaan pembangunan.

Semasa pembentangan bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memaklumkan bahawa sistem percukaian yang menyeluruh dan saksama perlu segera dilaksanakan untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia. Sehubungan itu, kerajaan telah membuat persediaan dalam melaksanakan pelan transformasi terhadap sistem percukaian negara dengan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) dan digantikan dengan cukai barang dan perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST). Cukai GST akan berkuat kuasa pada 1 April 2015 pada kadar 6 peratus.

Mekanisme GST menggambarkan bahawa kerajaan serius mahu memastikan pertumbuhan negara yang stabil untuk jangka panjang. Di samping itu, SST dikatakan mempunyai kelemahan tertentu seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat. atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai terhadap barang yang dieksport, isu kebocoran dan hasil yang tiris akibat daripada pemindahan harga, penyeludupan dan sebagainya yang merugikan rakyat sebagai pengguna. Melalui pelaksanaan GST, maka kerajaan berharap dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Selain itu, kerajaan

juga turut prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dalam menangani isu kos sara hidup yang semakin tinggi dengan menyediakan peruntukkan dan penyediaan insentif yang dapat membantu rakyat untuk menghadapi kenaikan harga minyak dan GST. Menurut Wan Suhaimie Saidie (2013), GST perlu disegerakan pelaksanaannya untuk mengekalkan daya saing Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan, mengekalkan kemapanan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Menurut beliau lagi, negara seperti Australia dan Singapura boleh dijadikan perbandingan dalam pelaksanaan GST kerana mempunyai geografi, demografi, budaya dan sistem perundangan yang hampir menyamai Malaysia.

Pelaksanaan Goods and Services Tax (GST)

Sehingga September 2014, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mencatatkan kadar inflasi semasa negara iaitu pada 2.6 peratus dan ini merupakan masa terbaik untuk kerajaan melaksanakan GST. Ini bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan pelaksanaan GST sekiranya kadar inflasi tinggi. GST merupakan sistem cukai yang dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan pada setiap peringkat bekalan, daripada pengilang sehingga ke peringkat peruncit. Melalui sistem GST, peruncit mengutip cukai tersebut daripada pembeli dan kemudian membayar kepada kerajaan setiap bulan. GST dicadang menggantikan SST untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem percukaian yang sedia ada.

Namun, pemahaman rakyat Malaysia mengenai cukai dan peranannya masih rendah dan kebanyakan masyarakat masih tidak sedar bahawa mereka telah dikenakan cukai jualan (5 peratus, 10 peratus atau kadar spesifik) dan cukai perkhidmatan (6 peratus atau kadar spesifik) atas setiap belian yang dibuat. Hakikatnya, kedua-dua cukai tersebut telah diserap dalam harga jualan setiap barangan kecuali cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna seperti di kedai-kedai

Page 2: Rangsang Ekonomi, Tingkat Daya Saing Koperasi · penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga dilihat dari segi penggunaan, pelaburan, perbelanjaan ... geografi, demografi, budaya

Bil. 44/2014 25

Rangsang Ekonomi, Tingkat Daya Saing Koperasi

makan, yuran perkhidmatan profesional dan kawasan letak kereta berbayar.

Maka, apabila GST dilaksanakan, cukai jualan dan cukai perkhidmatan akan dimansuhkan serentak. Selain itu, pelaksanaan GST adalah perlu untuk meluaskan kadar kenaikan cukai kepada semua peringkat perniagaan di Malaysia bagi menambah pendapatan negara secara tidak langsung. GST diperkenalkan bagi memperbaiki dan menyusun semula sistem percukaian negara pada masa kini supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.

Selain itu, pelaksanaan GST adalah bertujuan untuk membanteras ketirisan ekonomi akibat perbuatan orang tengah yang mengambil kesempatan meletakkan harga tinggi sewenang-wenangnya yang memberi kesan ke atas ekonomi negara. Kerajaan sentiasa menambah baik sistem ekonomi dan percukaian negara agar ketirisan ekonomi, rasuah, dan penyelewengan ekonomi dapat diatasi dengan pengurusan yang lebih cekap dan telus. Sehingga kini, terdapat sebanyak 160 buah negara di serata dunia telah melaksanakan GST dengan Perancis menjadi negara pertama melaksanakannya pada tahun 1954.

Negara-negara yang telah melaksanakan GST telah membuktikan bahawa GST adalah lebih baik kerana ia lebih berkesan, cekap, telus dan mesra perniagaan, seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing dalam pasaran global. Di negara ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya. Jika dilihat daripada pengalaman negara yang telah melaksanakan GST, Australia adalah antara salah satu contoh yang melaksanakan GST. Negara Australia telah melaksanakan GST pada 1 Julai 2000. Kerajaan Australia melalui Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) telah mewujudkan garis panduan bagi menentukan sebarang perubahan harga apabila GST dilaksanakan. ACCC telah mengadakan sesi penerangan tentang GST kepada pihak yang berkaitan serta menerbitkan buku panduan, termasuk buku panduan harga untuk pengguna.

Selain itu, ACCC juga diberikan kuasa dalam tempoh 1 Julai 1999 hingga 30 Julai 2002 untuk memantau kedudukan harga barang dan perkhidmatan bagi

...pelaksanaan GST adalah perlu untuk meluaskan kadar kenaikan cukai kepada semua peringkat perniagaan di Malaysia

bagi menambah pendapatan negara secara tidak langsung

memastikan tiada pihak yang memanipulasikan harga dengan mengambil untung yang tidak munasabah setelah pelaksanaan GST.

Kelebihan GST kepada Peniaga

Secara amnya, GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih efisien dan mesra perniagaan kerana mekanisme GST dan dapat menggantikan SST. Para peniaga tidak perlu menanggung cukai terhadap sebarang transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan untuk tujuan perniagaan. Selain itu, para peniaga tidak akan dibebankan dengan GST kerana mereka boleh menuntut semula cukai input daripada kerajaan, GST yang dibayar setelah ditolak dengan GST cukai output yang di peroleh daripada pelanggan. Namun, jika terdapat lebihan daripada GST yang diperoleh daripada pelanggan, maka peniaga harus memulangkan kepada kerajaan. Secara tidak langsung, GST telah memberi impak kepada golongan peniaga yang lebih bersikap telus dan berintegrasi.

Selain itu, GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai perniagaan kerana pelaksanaan GST ini walau bagaimanapun akan menyebabkan segelintir peniaga tidak terlepas dari mengisytiharkan sumber, aliran dan pendapatan mereka untuk mendapat pengecualian cukai input. Oleh itu, GST dilihat mampu mengelakkan ketirisan dan penyelewengan dalam hasil perniagaan. Manfaat GST kepada para peniaga adalah dengan memberi nilai tambah kepada golongan tersebut terutamanya apabila kerajaan memberikan komitmen yang tinggi dengan menyediakan pelbagai intensif seperti merasionalisasikan kadar Cukai Pendapatan Syarikat bagi menjana pertumbuhan sektor perniagaan. Oleh itu, para peniaga perlu merebut peluang-peluang ekonomi yang disediakan dengan bersikap lebih yakin dan berani dalam menghadapi pelaksanaan GST ini.

Menerusi ucapan bajet 2015, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa pada satu perspektif, pengalaman antarabangsa telah membuktikan bahawa tahap kesediaan peniaga untuk melaksanakan GST merupakan antara faktor kejayaan pelaksanaannya. Bagi membantu para peniaga, insentif dan bantuan berikut akan dilaksanakan iaitu

i) pemberian geran latihan sebanyak RM100 juta kepada peniaga untuk menghantar kakitangan menjalani latihan berkaitan GST;

ii) bantuan kewangan berjumlah RM150 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi pembelian perisian perakaunan;

Page 3: Rangsang Ekonomi, Tingkat Daya Saing Koperasi · penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga dilihat dari segi penggunaan, pelaburan, perbelanjaan ... geografi, demografi, budaya

Bil. 44/201426

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

iii) perbelanjaan peralatan dan perisian ICT diberi elaun modal dipercepatkan;

iv) perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan.

Peranan Koperasi dalam GST

Secara amnya, GST adalah satu sistem percukaian yang komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan. Hakikatnya GST mampu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik serta meningkatkan daya saing negara dalam pelaburan di peringkat global di samping mengurangkan pendedahan kepada risiko turun naik ekonomi atau kebergantungan kepada sumber minyak dan gas yang mempunyai jangka hayat yang terhad. Justeru, kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan kefahaman yang secukupnya mengenai GST kepada rakyat. Ini kerana GST adalah penting bagi memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan berdaya tahan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam tempoh jangka masa panjang.

Peluang Malaysia untuk melaksanakan GST dengan jayanya adalah tinggi kerana negara boleh mengambil pengalaman dari negara-negara lain yang telah melaksanakan sistem percukaian GST. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat mengenai GST terutama kepada golongan peniaga serta pengguna. KPDNKK berperanan dalam memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya untuk melaksanakan GST. Pelaksanaan GST dilihat lebih telus dan seragam dengan kadar 6 peratus berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini sebanyak 10 peratus dan 6 peratus. KPDNKK juga sentiasa bekerjasama dengan agensi serta kementerian lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia dalam menyampaikan maklumat dan program kesedaran mengenai GST.

Hakikatnya, gerakan koperasi di Malaysia yang telah menjangkau hampir 92 tahun usia penubuhannya, merupakan salah satu penyumbang dalam pem bangunan ekonomi negara. Selain itu, koperasi juga adalah sebuah gerakan yang bertujuan menjaga kebajikan dan kesejahteraan anggotanya. Gerakan koperasi di Malaysia ini telah menyumbang dalam pelbagai sektor ekonomi seperti dalam perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pe lancong an, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani, perladangan dan pembangunan hartanah. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2014, terdapat sejumlah 10,914 koperasi dengan seramai 7,609,204 anggota. Dari tahun 2010 hingga 2013, terdapat peningkatan yang signifikan dari segi bilangan koperasi, dan segi jumlah aset koperasi iaitu dari RM71.78 bilion kepada RM107.90 bilion. Angka-

angka ini menunjukkan bahawa sumbangan gerakan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak harus dipandang ringan, malahan kerajaan berhasrat menjadikan koperasi sebagai sektor ketiga terpenting selepas sektor awam dan swasta dalam menjana ekonomi negara. Sehubungan itu, menjelang tahun 2020, Dasar Koperasi Negara (DKN) turut menyasarkan KDNK sebanyak RM 50 billion. Kedudukan ini merupakan suatu kekuatan kepada gerakan koperasi untuk mengukuhkan peranannya dan seterusnya membantu menggerakkan ekonomi negara.

Gerakan koperasi juga dianggap sebagai sebuah institusi dalam membangunkan ekonomi anggota kerana koperasi boleh menjadi platform untuk meningkatkan penyertaan rakyat dalam pembangunan ekonomi menerusi penggabungan tenaga kerja, modal dan kemahiran. Contohnya, melalui koperasi, penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi dapat ditingkatkan, jurang pendapatan di antara golongan miskin dan kaya dapat dikecilkan serta taraf hidup rakyat terutama di luar bandar dapat ditingkatkan.

Pelaksanaan GST akan mengatasi pelbagai kelemahan yang terdapat di dalam sistem percukaian sedia ada. Pada masa yang sama, GST merupakan salah satu langkah terbaik bagi mengukuhkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Struktur GST yang dicadangkan telah mengambil kira corak perbelanjaan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Bersesuaian dengan matlamat koperasi adalah membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat, koperasi perlu terus kekal berdaya saing. Dalam hal ini, kerajaan yakin bahawa gerakan koperasi merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting untuk terus diperkasakan dan boleh bertindak sebagai agen pembasmi kemiskinan.

Dengan keanggotaan koperasi yang hampir mencecah suku daripada jumlah penduduk negara, maka koperasi mempunyai kuasa membeli yang boleh mempengaruhi penawaran dan permintaan barang-barang pengguna. Ini menunjukkan bahawa gerakan koperasi di Malaysia boleh memberi kesan terhadap harga barangan pengguna di pasaran. Koperasi yang diiktiraf sebagai jentera pembangunan masyarakat telah dilihat sebagai salah satu daripada jalan penyelesaian kepada masalah kemiskinan me-

Page 4: Rangsang Ekonomi, Tingkat Daya Saing Koperasi · penentu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara juga dilihat dari segi penggunaan, pelaburan, perbelanjaan ... geografi, demografi, budaya

Bil. 44/2014 27

mulihkan kedudukan kewangan mereka yang terjejas akibat kenaikan harga barang dan kuasa beli yang kian merosot.

Di samping itu, koperasi diharapkan dapat membantu anggota melalui aktiviti perniagaan yang tertumpu kepada pembekalan barangan keperluan pada harga yang berpatutan dan urusan jual beli yang tidak merumitkan anggota. Justeru, kerajaan telah memberi galakkan terhadap pengeluaran pelbagai produk pengguna di bawah jenama COOP 1M oleh koperasi bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi dihadapi oleh rakyat. Kerajaan juga yakin bahawa penglibatan koperasi dalam semua peringkat rantaian nilai ekonomi juga mampu meningkatkan pendapatan koperasi dan mampu memberi pulangan yang memberangsangkan. Anggota koperasi perlu sedar bahawa GST dilaksanakan adalah untuk mengurangkan bebanan cukai terhadap rakyat pada masa sekarang akibat kelemahan pada sistem cukai yang sedia ada.

Di peringkat koperasi pula, koperasi turut tidak terkecuali daripada dikenakan GST ini. Hal ini semestinya akan turut memberi impak kepada pelayan an perakaunan dan kewangan koperasi. Justeru, sepanjang tahun 2014, program latihan dan kesedaran GST telah disasarkan kepada pengguna dan peniaga di seluruh Malaysia. Tidak terkecuali SKM dan MKM telah memberi pendedahan tersebut kepada koperator di seluruh Malaysia untuk :

i. Meningkatkan pengetahuan berkaitan GST untuk digunakan dalam aktiviti perniagaan dan perbelanjaan seharian dalam kalangan pegawai-pegawai dan anggota koperasi;

ii. Meningkatkan kesedaran dan kemahiran ber hubung model dan pelaksanaan GST di Malaysia dalam kalangan para pegawai, anggota koperasi terutamanya yang terlibat dengan pusat pengedaran (DC), Sub DC, pasar raya, stesen petrol dan dana khas serta;

iii. Meningkatkan keyakinan masyarakat terutamanya gerakan koperasi terhadap dasar dan polisi semasa kerajaan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kejayaan pelaksanaan GST di Malaysia sangat bergantung pada sikap peniaga, penerimaan pengguna dan kerajaan dalam bekerjasama untuk memastikan semua pihak memperoleh manfaat daripada GST. Peniaga yang mengamalkan nilai-nilai murni akan memberikan impak GST yang sangat besar terhadap ekonomi domestik. Ia bukan sahaja mampu memberikan nilai wang kepada rakyat dan komuniti perniagaan, malahan GST juga mampu mengekang aktiviti mengelak cukai secara kolektif di samping merangsang kemasukan pelabur dan pelancong asing ke Malaysia.

Ini seterusnya akan membawa kesan berganda yang positif kepada ekonomi negara dan secara keseluruhannya. Peluang pekerjaan juga akan meningkat daripada peningkatan jumlah pelaburan yang masuk ke dalam Malaysia kerana rangsangan kadar cukai pendapatan syarikat yang rendah. Seterusnya, rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan seperti penyediaan infrastruktur untuk masyarakat yang lengkap.

Maka, gerakan koperasi perlu memahami mekanisme GST dan bertanggungjawab untuk men jelaskannya terutama kepada anggota koperasi supaya pemahaman mereka tidak terpesong atau dipengaruhi ideologi yang boleh merugikan negara. Gerakan koperasi perlu meningkatkan keyakinan dan kefahaman anggota terhadap dasar dan polisi semasa kerajaan tentang pengetahuan berkaitan GST terutama dalam aktiviti perniagaan dan perbelanjaan dalam kalangan anggota koperasi.

Rujukan

Jabatan Penerangan Malaysia. (2013) Buku GST, Cukai Barang dan perkhidmatan 2012/213. Kuala Lumpur: Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN).

Perbadanan Nasional Berhad. (2014, Oktober). GST Tangani Ketirisan Tingkatkan Ketelusan. Francais@PNS, 2 (2014). Jabatan Kastam Diraja Malaysia. (2014). Dicapai dari http://gst.customs.gov.my.Jabatan Perangkaan Malaysia.(2014). Dicapai dari http://www.statistics.gov.my.Koperasi bantu kurangkan kos sara hidup rakyat. (2014, Mac 21), Utusan Malaysia. p.p 26.Kementerian Kewangan. (2014). Pembentangan Bajet 2015. Dicapai dari http://www1.treasury.gov.my.Mohd Yusof Abdul Rahman. (2011). Peranan FOMCA dalam pelaksanaan GST. Dicapai dari http://www.konsumerkini.

net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/672- peranan-fomca-dalam-pelaksanaan-gst.Pelaksanaan GST perlu di segera. (2013, Oktober 8), Berita Harian.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Rasional Pelaksanaan GST. (2014, Mac 10),

Berita Harian. C20.Suruhanjaya Koperasi Malaysia.(2014). Dicapai dari http://www.skm.gov.my.