penggunaan kontena sebagai tadika

11
AGENDA : Education Cabin (e-Cab) PROJEK : SDK/NKRA/02(14) PERKARA : KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN e-Cab DALAM PROJEK PEMBANGUNAN FASILITI PENDIDIKAN SEDIDIK DI BAWAH INSIATIF NKRA 1.0 OBJEKTIF Objektif kertas cadangan ini adalah untuk mendapatkan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggunakan e-Cab dalam projek pembangunan fasiliti pendidikan SeDidik di bawah inisiatif NKRA pendidikan. 2.0 PENGENALAN Idea penggunaan e-Cab ini dicetuskan daripada aplikasi pelbagai agensi seperti Polis Di-raja Malaysia (PDRM) untuk balai polis bergerak, Kementerian Kesihatan untuk klinik bergerak dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia untuk perpustakaan bergerak. Konsep “mobile” atau bergerak ini amat sesuai dalam usaha menjangkau perkhidmatan agensi terbabit kepada pelbagai kumpulan masyarakat, terutamanya kumpulan yang “tercicir” dari penggunaan perkhidmatan tersebut. Kementerian Pendidikan Malaysia mentafsirkan kanak-kanak “tercicir” sebagai kanak- kanak yang tidak mendapat akses pendidikan (Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012). Kanak- kanak ini dibahagikan kepada kategori seperti berikut: 1. Kanak-kanak Gelandangan – Kanak-kanak terbiar yang merayau di kawasan Bandar / Bandaraya kerana penempatan sementara / tidak kekal yang berkait rapat dengan pekerjaan ibu bapa atau kanak-kanak yang tidak mempunyai tempat tinggal langsung kerana ditinggalkan oleh ibu bapa,

Upload: zainal-abidin

Post on 19-Jan-2016

99 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Cadangan penggunaan kontena untuk diubah suai bagi penggunaan kelas Tadika di kawasan luar bandar. Cadangan ini bagi memenuhi keperluan perluasan enrolmen pendidikan awal kanak-kanak di kawasan kurang murid.

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

AGENDA : Education Cabin (e-Cab)

PROJEK : SDK/NKRA/02(14)

PERKARA : KERTAS CADANGAN PENGGUNAAN e-Cab DALAM PROJEK PEMBANGUNAN FASILITI PENDIDIKAN SEDIDIK DI BAWAH INSIATIF NKRA

1.0 OBJEKTIF

Objektif kertas cadangan ini adalah untuk mendapatkan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggunakan e-Cab dalam projek pembangunan fasiliti pendidikan SeDidik di bawah inisiatif NKRA pendidikan.

2.0 PENGENALAN

Idea penggunaan e-Cab ini dicetuskan daripada aplikasi pelbagai agensi seperti Polis Di-raja Malaysia (PDRM) untuk balai polis bergerak, Kementerian Kesihatan untuk klinik bergerak dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia untuk perpustakaan bergerak. Konsep “mobile” atau bergerak ini amat sesuai dalam usaha menjangkau perkhidmatan agensi terbabit kepada pelbagai kumpulan masyarakat, terutamanya kumpulan yang “tercicir” dari penggunaan perkhidmatan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia mentafsirkan kanak-kanak “tercicir” sebagai kanak-kanak yang tidak mendapat akses pendidikan (Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012). Kanak-kanak ini dibahagikan kepada kategori seperti berikut:

1. Kanak-kanak Gelandangan – Kanak-kanak terbiar yang merayau di kawasan Bandar / Bandaraya kerana penempatan sementara / tidak kekal yang berkait rapat dengan pekerjaan ibu bapa atau kanak-kanak yang tidak mempunyai tempat tinggal langsung kerana ditinggalkan oleh ibu bapa,

2. Kanak-kanak tidak berdokumen – Kanak-kanak yang telah menetap di Malaysia hasil migrasi dan perkahwinan campur dengan orang tempatan dan tidak didaftarkan secara sah di Malaysia, dan

3. Kanak-kanak di pedalaman – Kanak-kanak yang tinggal jauh di pedalaman atau luar Bandar yang mempunyai kesukaran untuk akses pendidikan.

Antara faktor yang menyumbang kepada kewujudan golongan ini adalah kemiskinan, persekitaran dan kehidupan sosial yang tidak sihat.

Page 2: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

3.0 PERNYATAAN MASALAH

SeDidik telah menerima geran pembangunan fasiliti pendidikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui inisiatif NKRA pendidikan pada tahun 2011 dan 2012. Projek tersebut telah dibahagikan kepada 2 fasa, iaitu Fasa 1 untuk 12 buah unit pusat Tadika dan Fasa 2 untuk 30 buah unit pusat Tadika. Secara purata sehingga Januari 2014, SeDidik telah menyediakan pendidikan awal kanak-kanak (Tadika) kepada lebih 900 murid setiap tahun di 42 buah pusat yang mendapat inisiatif NKRA. Daripada jumlah tersebut, 52% (22 buah pusat) merupakan Pusat Kurang Murid (PKM) dan mencatat purata kemasukan kanak-kanak 10 orang dan ke bawah. Fasiliti yang disediakan melalui inisiatif NKRA pendidikan adalah untuk menampung penggunaan sehingga 40 orang murid dalam satu-satu masa. Oleh itu, ianya satu kerugian bukan sahaja kepada pihak SeDidik malah juga kepada pihak Kementerian kerana penggunaan ruang dan fasiliti adalah tidak maksima.

Hasil kaji selidik pihak SeDidik di pusat-pusat kurang murid (PKM)menunjukkan faktor-faktor berikut sebagai punca kurang murid di pusat-pusat tersebut. Faktor-faktor tersebut adalah:

1. Penambahan tadika-tadika lain di kawasan yang sama seperti KEMAS, PERPADUAN dan PRASEKOLAH.

2. Perpindahan penduduk dari kawasan luar Bandar ke Bandar menyebabkan bilangan penduduk di kawasan tersebut menurun

3. Penempatan penduduk di kawasan berhampiran adalah jauh dan menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak ke pusat-pusat Tadika

4.0 CADANGAN

Penggunaan e-Cab sebagai alternatif fasiliti dan pusat Tadika SeDidik bagi kawasan-kawasan yang kurang murid (PKM). Ini kerana, kos pelaksanaan dan operasi e-Cab yang jauh lebih rendah daripada pembinaan bangunan kekal selain menampung bilangan penerima faedah / murid yang kecil (maksima 10 orang). Penggunaan e-Cab yang mudah alih (mobile) membolehkan fasiliti / pusat tersebut dipindahkan ke kawasan-kawasan yang strategik berdasarkan unjuran murid di satu-satu kawasan.

4.1 Konsep Struktur

Rujuk Lampiran 1 untuk perincian struktur kontena dan Lampiran 2 untuk pembinaan dinding dan lantai dalaman kontena

Page 3: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

4.2 Susun atur dalaman kontena

Lampiran 3 menunjukkan pelan lantai dan penggunaan ruang dalam kontena untuk pembelajaran kanak-kanak. Ruang dalam kontena dibahagikan kepada 4

bahagian utama, iaitu bilik kelas (classroom), bilik media (media centre), dapur (pantry) dan tandas (toilet).

Lampiran 4 pula menunjukkan ilustrasi fungsi kontena yang membantu pembelajaran kanak-kanak. Kontena itu sendiri digunakan untuk sesi

pembelajaran yang memberikan suasana bilik darjah kepada kanak-kanak. Ini penting bagi membantu kanak-k anak menyesuaikan diri untuk pembelajaran formal apabila mereka melangkah ke Darjah 1 nanti. Kawasan luar kontena disediakan untuk membolehkan kanak-kanak bermain dan bersosial dalam kumpulan mereka. Ini penting bagi memastikan pertumbuhan fizikal, emosi dan sosial mereka tidak terganggu dan terbatas akibat keluasan kontena yang terhad. Kawasan untuk aktiviti berkebun disediakan bagi aktiviti Kinder-Gardening SeDidik.

5.0 PERLAKSANAAN

CARTA ALIR PERKARA CATATAN

1. Permohonan sokongan perlaksanaan e-Cab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.2. Penubuhan jawatankuasa perlaksanaan e-Cab yang terdiri daripada:

Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak SEDC Jabatan Tanah & Survey (Planning) BOMBA Pihak Berkuasa Tempatan

Membentangkan kawasan-kawasan yang dikenal pasti untuk penggunaan e-Cab dan peranan setiap agensi terlibat.

3. Permohonan TOL daripada SEDC ke Jabatan Tanah & Survey.

Kelas sementara dimulakan di premis sementara seperti rumah sewa/balai raya

Temporary of Land Usage (TOL)

4. Permohonan kelulusan lukisan struktur untuk kerja-kerja luar kontena kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan BOMBA.

Lukisan struktur disediakan dengan kepakaran SEDC.

5. Proses pembelian kontena dan tender kerja-kerja luar

SEDC akan menjalankan proses tersebut mengikut proses yang telah dipersetujui.

6. Pembinaan dimulakan. Tempoh menyiapkan kontena dan kawasan kontena dianggarkan selama 2 bulan.

MULA

1

TAMAT

2

3

4

5

6

Page 4: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

6.0 JUSTIFIKASI

6.1 Pulangan Pelaburan (Return on Investment)

Bilangan kanak-kanak yang sedikit di sesuatu kawasan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk tidak menyediakan pusat pendidikan untuk mereka. Ini kerana, bilangan

yang sedikit menyebabkan penerima faedah bukan kewangan (non-monetary beneficiaries) tidak setimpal dengan kos yang telah dibelanjakan untuk membina pusat pendidikan tersebut. Oleh itu, penggunaan e-Cab yang murah dan berskala kecil amat sesuai sekiranya penerimaan faedah ini dilihat dari sudut pulangan pelaburan.

6.2 Aktiviti berkebun

Oleh kerana saiz kontena yang kecil, sistem pembelajaran akan lebih ditumpukan kepada aktiviti di luar kelas seperti Kinder-Gardening (berkebun). Aktiviti in

dirangka daripada unjuran Tunjang Sains & Matematik dan membolehkan modul tersebut merentasi tunjang-tunjang pembelajaran yang lain. Berdasarkan kepada kajian Adams dan Hamm (1998), pembelajaran konstruktif dan praktikal menjadi asas kepada program berkebun untuk kanak-kanak. Kebun akan bertindak sebagai makmal umtuk kanak- kanak melihat dengan jelas apa yang dipelajari oleh mereka dan dalam masa yang sama dapat mengaitkan penggunaan ilmu tersebut kepada dunia nyata.

6.3 Bilik media

Menurut Zainiah (2005) dalam kajian beliau yang bertajuk “ Tahap bacaan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya” menunjukkan peranan ibu bapa dan guru serta

bahan media seperti komputer, televisyen dan buku interaktif amat mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak. Oleh itu, bilik media ditempatkan sebagai ruang penting dalam kontena.

Teori Penampilan Literasi oleh Clay (1985) dalam kajian beliau yang bertajuk “The reading behavior of five-year-old children. A Research Report” menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari cara untuk membaca dan mencuba

mengaitkan simbol visual dalam teks dengan pengalaman hidup mereka. Kajian ini menyatakan bahawa kemahiran literasi mudah dibentuk semenjak dari awal kanak-kanak lagi. Oleh itu, kemahiran literasi harus dibina sejak kecil dengan cara yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu, pengetahuan terhadap tahap literasi awal kanak-kanak seharusnya menjadi asas kepada objektif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Untuk itu, konsep e-Cab perlu memenuhi keperluan ini agar proses pembelajaran kanak-kanak tidak terganggu dek hasrat menggunakan e-Cab.

Page 5: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

6.4 Isu berkaitan penggunaan kontena

KELEMAHAN CARA MENGATASI KELEBIHAN

Cat tahan karat pada dinding luar kontena mengandungi bahan kimia seperti chromate, phosphorous dan berasaskan karbon.

Ubahsuai kontena merangkumi teknik sandblast yang menyingkirkan debu & detritus, minyak, kotoran, karat dan garam terhidrat. Kontena kemudiannya di cat dengan 2 lapisan anti-rust undercoat dan 1 lapisan Gaina Gloss Finish.

Cat Gaina Gloss Finish memantulkan 75% haba dan menyerap 25%. Anti-rust undercoat mengelakkan karat dan tahan air.

Lantai plywood asal kontena mempunyai kesan bahan kimia serangga perosak seperti arsenic dan chromium.

Mild Steel Plate digunakan sebagai permukaan lantai menggantikan plywood asal dan dilapis dengan PVC floor tiles

Mild Steel Plate mengurangkan bunyi dentingan dan PVC floor tiles menyerap hentakan.

Kedudukan kontena dan status tanah Temporary of Land (TOL) tidak membolehkan pemasangan elektrik dan air.

Sistem Rain Savers yang menggunakan customized tangki air (400L) dan tangki septik mudah lupus (2 tahun jangka hayat). Sistem solar untuk bekalan elektrik.

Tangki air diletakkan di atas kontena sebelum ditutup oleh genting atap solar akan menjimatkan ruang dan membantuk menyejukkan ruang kontena.

Air mudah melimpah masuk ke kontena apabila hujan dan menyebabkan keadaan lembab.

3 precast beam (2 kaki tinggi) dijadikan stump (kaki kontena). Tapak kontena disediakan pada keluasan 20’ x 20’

Stump membantu untuk mengimbangkan kontena pada kedudukan mendatar dan menjadikan ruang bawah kontena membenarkan laluan angin (airry)

Page 6: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

7.0 KELEBIHAN e-Cab

7.1 Mudah alih

Kelebihan ini menjadi ciri penting kepada e-Cab kerana dapat menampung keperluan pusat Tadika yang sering berubah setiap tahun. Oleh itu, bilangan e-Cab yang

dibina tidak perlu bertambah setiap tahun kerana e-Cab yang sama boleh dipindahkan ke kawasan yang memerlukan. Justeru, konsep ini pastinya mengurangkan kos

pembangunan dan dalam masa yang sama memenuhi sasaran menyediakan akses pendidikan awal kepada kanak-kanak.

7.2 Kos pembangunan yang rendah

Kos pembangunan sebuah kontena terpakai adalah rendah berbanding kos pembangunan bangunan kekal. Ini kerana, struktur kontena sedia ada sudah

cukup kukuh untuk menampung beban penggunaan. Struktur kontena tidak memerlukan sistem piling dalam penyediaan tapak. Untuk rekod, sistem piling secara purata merangkumi antara 20% sehingga 30% daripada kos keseluruhan pembinaan. Oleh itu, penggunaan kontena dapat menjimatkan projek dari aspek kos piling.

7.3 Pulangan Pelaburan dalam bentuk bukan kewangan

Pelaburan ke atas penggunaan kontena sebagai pusat Tadika dapat membantu menyediakan pendidikan Tadika kepada:

1. Kanak-kanak di Bandar yang tidak mendapat tempat dalam mana-mana Tadika milik Kerajaan kerana kuota yang penuh dalam satu-satu kelas

2. Kanak-kanak di pinggir Bandar yang tempat kediaman mereka terletak jauh daripada pusat Tadika

3. Kanak-kanak di luar Bandar yang tidak mempunyai akses pendidikan Tadika

Ini kerana, SeDidik tidak perlu membina pusat Tadika yang baru untuk kawasan atau penempatan baru. Kontena yang telah digunakan boleh diguna pakai untuk

kawasan lain. Oleh itu, sasaran enrolmen kanak-kanak dalam pendidikan awal dapat ditingkatkan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Page 7: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

7.4 Pendidikan berfokuskan kanak-kanak (Children centered education)

Oleh kerana aktiviti pembelajaran akan banyak tertumpu di luar kelas, proses pengajaran dan pembelajaran akan berfokuskan kepada kanak-kanak. Antara

kelebihannya:1. Perkembangan kemahiran kognitif akan lebih terarah kerana kanak-kanak dapat

mengaitkan persekitaran mereka dengan pengetahuan yang mereka belajar di dalam kelas (Klemmer, Waliczek & Zajicek, 2005)

2. Bilangan kanak-kanak yang sedikit membolehkan guru menumpukan perhatian yang lebih kepada setiap kanak-kanak. Perkara ini mampu menjadikan program pendidikan itu lebih berkualiti. Vandell (2003) menyatakan saiz kelas tidak memainkan peranan dalam menentukan kualiti pendidikan, tetapi bilangan kanak-kanak amat penting dalam menjaga kualiti pendidikan. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang berbeza dan guru perlu bertindak sebagai pemangkin dalam membantu kanak-kanak menerokai pembelajaran mereka.

3. Istilah pembangunan holistik atau menyeluruh dalam perkembangan diri kanak-kanak merujuk kepada perkembangan emosi dan kognitif kanak kanak (Gmitrova,V. dan Gmitrov, J. ,2003). Perkembangan emosi kanak-kanak akan berlaku di dalam kelas manakala perkembangan kognitif pula lebih pesat berlaku diluar bilik darjah. Untuk itu, penggunaan e-Cab akan mendorong guru untuk melakukan aktiviti di luar kelas dan seterunya membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

8.0 CABARAN

Berdasarkan kepada Garis Panduan Permohonan Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS), Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), penggunaan kontena sebagai bilik darjah adalah tidak dibenarkan. Sungguhpun begitu, perkembangan teknologi masa kini telah memungkinkan penggunaan kontena sebagai bilik darjah yang kondusif dan sesuai dengan objektif menyediakan pendidikan Tadika kepada kanak-kanak “tercicir”. Ini kerana, perkembangan semasa perlu diambil kira dalam mengguna pakai mana-mana garis panduan kerana kita tidak boleh terlalu rigid dan literal, terutamanya dalam bidang pendidikan. Bidang ini akan terus berkembang dari masa ke masa dan kita boleh menjangkakan akan wujud pindaan terhadap garis panduan ini bagi membolehkan objektif pendidikan kita tercapai.

Page 8: Penggunaan Kontena Sebagai Tadika

9.0 KESIMPULAN

Kementerian Pendidikan Malaysia dimohon untuk membincangkan perkara di atas dan sekiranya difikirkan wajar, menyokong penggunaan e-Cab dalam projek pembangunan fasiliti pendidikan SeDidik di bawah inisiatif NKRA pendidikan.

Disediakan oleh : ________________________________ ZAINAL ABIDIN YAKUB

PENGURUS BAHAGIAN KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM

Disemak oleh : ________________________________ PN LILY GANAM PENGURUS KANAN SEKTOR OPERASI DAN KURIKULUM

Disahkan oleh : ________________________________ CIK SITI RODZIAH BUNSU DRAHMAN

PEMANGKU PENGURUS BESAR