lembaran maklumat ibubapa tadika ceria az-zahrah 2014

Upload: nur-sarah-rusli

Post on 13-Apr-2018

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    1/32

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    2/32

    Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Ibubapa yang disayangi Allah dan dicintai rasul,

    kami mengucapkan

    Terimalah salam perkenalan dari kami sebagai rakan kongsi

    pendidikan yang akan bergabung masa, idea dan tenaga

    dengan Tuan / Cik Puan disepanjang proses pendidikan awal

    anak-anak Tuan / Cik Puan.

    Tuan / Cik Puan dimohon untuk membaca lembaran

    maklumat ini dengan teliti dan menyerahkan kembali keratan

    Perakuan Ibubapa yang terdapat dibelakang buku ini, terima

    kasih.

    Pihak Pengurusan Tadika Ceria Az-Zahrah 2014.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    3/32

    Bingkisan Mesra Dari Pengetua

    Lot 4493, Jalan Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor Darul Ehsan

    Assalamualaikum wr. wb.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

    Ibubapa yang dihormati sekalian,

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan/puan yang memilih untukmenghantar anak tuan/puan ke TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH bagi sesi

    2014 ini.

    Sesungguhnya anak-anak merupakan aset yang paling penting didalam

    sesebuah institusi keluarga khususnya dan juga aset terpenting negara amnya.

    Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak berperanan untuk membentuk kanak-

    kanak seawal mungkin dengan teknik dan kaedah tertentu yang dapat membantu

    mereka ke arah pembentukan akhlak dan peribadi yang terdidik. Kanak-kanak

    harus didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta maklumat agarperkembangan fizikal, emosi, bahasa, akal dan rohani mereka dapat berkembang

    dengan baik dan seimbang.

    Kepekaan ibubapa dalam hal pembelajaran kanak-kanak dewasa ini amatlah

    positif dan langkah bijak tuan/puan memilih TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

    amatlah kami hargai. Sebagai pendidik, kami akan mencuba sedaya upaya untuk

    memberikan ilmu yang terbaik kepada anak didik kami di tadika ini dengan

    memberikan pelbagai variasi ilmu kepada mereka.

    Harus diingat bahawa memberikan ilmu yang sempurna baik dari segi

    Fardhu Ain mahupun akademik adalah hak mutlak bagi seorang kanak-kanak.

    Tempat yang bersih, ceria dan kondusif serta teratur juga antara faktor yang

    menyumbang ke arah pembentukan cara hidup dan budaya kerana mereka akan

    terdidik dengan satu persekitaran yang baik agar dapat digunapakai cara dan

    budaya yang diterapkan apabila mereka dewasa kelak. Di TADIKA CERIA AZ-

    ZAHRAH kanak-kanak bukan sahaja dididik, dibimbing, dipupuk kemahiran

    mengikut kemampuan mereka dan menyuburkan potensi yang ada didalam diri

    kanak-kanak tetapi fokus utama TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH adalah untukmembina minat dan keyakinan didalam diri kanak-kanak agar mereka dapat

    menyesuaikan diri mereka kealam persekolahan dan kehidupan yang sebenar.

    Oleh itu marilah kita sama-sama berganding bahu dengan satu matlamat

    agar anak-anak kita di suatu hari nanti akan menjadi insan yang kamil disisi Allah,

    warganegara yang berguna kepada masyarakat serta generasi yang cemerlang di

    dunia dan akhirat. Yang lebih utama lagi, mari kita doakan anak-anak kita untuk

    menjadi insan soleh dan solehah yang akan sering mendoakan kesejahteraan kita

    kelak, InsyaAllah.HJH. ZAHARAH BINTI AWANG

    Pengetua

    Tadika Ceria Az-Zahrah

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    4/32

    Lot 4493, Jalan Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor Darul Ehsan

    PENGERUSI

    HJ. KAMALUDDIN BIN HJ. RAHMAT

    PENGETUA

    HJH. ZAHARAH BINTI AWANG

    PEMBANTU TADBIR

    CIK PUAN SITI NURUL ASYIKIN ABDUL AZIZ

    PENYELARAS KURIKULUM

    PUAN NUR EDZATI BINTI HJ. KAMALUDDIN

    KETUA GURU

    CIK PUAN ROKIAH BINTI MD. DOM

    GURU HAL EHWAL MURID

    CIK PUAN SUZANA BINTI ABD. RAZAK

    GURU KELAS

    CIK PUAN NUR EDZATI BINTI KAMALUDDIN

    CIK PUAN ROKIAH BINTI MD. DOMCIK PUAN JUMAATULASRIAH BINTI ABDULLAH

    CIK PUAN AIRUL NISYA BINTI MD. BASUKI

    CIK PUAN FATIN AZHANA BINTI ISMAIL

    CIK PUAN SUZANA BINTI MASHORI

    CIK PUAN NADIAH BINTI BAKERI

    CIK PUAN SITI JALILAH BINTI MOHD KHALIL

    PEMBANTU GURU

    CIK PUAN SUARIATI BINTI ABDUL RAZAK

    CIK PUAN SITI AIDA BINTI ZAHEDI

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    5/32

    Pengenalan

    Falsafah Pendidikan Tadika Ceria Az-Zahrah........................................5

    Logo Tadika Ceria Az-Zahrah................................................................6

    Visi & Misi Tadika Ceria Az-Zahrah.......................................................6

    Nilai Teras Az-Zahrah Education Network............................................7 Developmentally Appropriate Practice................................................7

    Kurikulum PembelajaranKehadiran.....................................................8

    Konsep Pengajaran & Pembelajaran...................................................11

    Maklumat Umum

    Kehadiran............................................................................................13

    Cuti Sekolah dan Cuti Umum..............................................................13

    Menghantar dan Mengambil Anak.....................................................13

    Keperluan Anak ..................................................................................14 Pakaian Anak-anak ke Tadika Ceria Az-Zahrah...................................15

    Fail Komunikasi & Buku Pesanan........................................................15

    Hal-hal peribadi & Keselamatan..................................................................16

    Rawatan Doktor Waktu Kecemasan...................................................17

    Polisi Memberi Ubat...........................................................................17

    Penyakit berjangkit.............................................................................17

    Insurans..............................................................................................18

    Penglibatan Ibu Bapa...................................................................................19

    Perkembangan Anak & Rekod Prestasi...............................................20

    Bayaran Yuran ..............................................................................................20

    Yuran Pendaftaran...............................................................................21

    Yuran Bulanan .....................................................................................21

    Yuran November .................................................................................21

    Tunggakan Yuran.................................................................................21

    Pemulangan Yuran ..............................................................................22

    Perkhidmatan Tambahan....................................................................22

    Waktu Urusan Pejabat.........................................................................22

    Perkhidmatan Lebih Masa (Overtime).................................................22

    Lain-lain hal

    Cuti......................................................................................................23

    Hubungan Ibubapa / Penjaga / Guru / Pihak Pengurusan Az-Zahrah...23

    Notis Berhenti/pindah.........................................................................23

    Hubungan Kejiranan............................................................................23

    Rakaman Gambar................................................................................24

    Makanan..............................................................................................24

    Cadangan Program Tahun 2014...........................................................25

    Maklumat Program Pra-Tahfiz Az-Zahrah.....................................................26

    Keratan Perakuan Ibubapa (untuk dipulangkan kembali kepada pihak tadika)..............31

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    6/32

    FALSAFAH PENDIDIKAN TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

    Di Az-Zahrah, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai

    keinginan untuk membuat kebaikan dan kemampuan yang tinggi

    untuk belajar. Ini bersesuaian dengan konsep Fitrah anak menurutIslam, berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

    Tidaklah dilahirkan seorang anak melainkan dalam keadaan

    fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya

    atau menasranikannya atau memajusikannya.

    Oleh itu, kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyediakan

    persekitaran yang kondusif dengan tenaga pengajar yang terlatih

    agar dapat membina jiwa dan sikap Mukmin disamping dapat

    memupuk minat kanak-kanak belajar di sepanjang kehidupan

    mereka.

    Pendidik di Tadika Ceria Az-Zahrah juga mendukung falsafah

    pendidikan kebangsaan iaitu;

    " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang

    berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu

    secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

    yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

    negara "

    Berdasarkan falsafah ini, kami komited untuk melahirkan insan yang

    seimbang duniawi dan ukhrwinya. Kami juga mempunyai matlamat

    untuk mengekalkan perasaan ingin tahu dan minat kanak-kanak

    untuk belajar supaya terus berkembang segar sepanjang hayat

    mereka; memungkinkan lahirnya generasi yang ilmiah dan berdaya

    maju di masa akan datang, insyaAllah.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    7/32

    LOGO TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

    Bentuk perisai

    Asas lambang Tadika Ceria Az-Zahrah. Membawa maksud ketahanan jati diri

    kanak-kanak Muslim yang dibentuk dengan penerapan nilai khalifah serta

    pendekatan positif.

    Kanak-kanak lelaki dan perempuan

    Aset dan fokus utama Az-Zahrah. Segala tenaga, usaha dan perancangan dibuat

    oleh guru dan ibubapa adalah berdasarkan kepentingan kanak-kanak.

    Sinaran mentari

    Melambangkan hasrat melahirkan generasi khalifah yang akan menyinari

    ummah dengan kecerdikan intelek, keindahan akhlak, keyakinan diri dan sikap

    kepimpinan.

    Kelopak bunga oren dan kuning

    Melambangkan perkembangan kanak-kanak yang tidak pernah berhenti serta

    perbezaan individu dalam tempoh perkembangan.

    VISI MISI

    Bercita-cita untukmelahirkan khalifah

    fil-ardh yang :

    - Bermaklumat

    - Berketrampilan

    - Berkepimpinan

    - Berani

    - Bijak & Serba Boleh

    - Beradab Sopan

    - Berilmu & Beramaluntukanak-anak.

    - Memberikan pendedahan kepada anak-anakdidik dengan pelbagai maklumat dan ilmu

    secara formal atau tidak formal melalui

    pelbagai kaedah pengajaran.

    - Memastikan anak-anak didik menguasai ilmu

    pelbagai bidang serta mengamalkannya dalam

    kehidupan seharian mereka.

    - Mewujudkan suasana dan budaya ingin tahu

    serta ingin mencuba dalam diri anak-anak.

    - Menjalin hubungan erat dengan pihakibubapa agar dapat berkongsi maklumat

    seterusnya mewujudkan pendidikan yang

    seimbang, selari dan berterusan.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    8/32

    NILAI TERAS AZ-ZAHRAH EDUCATION NETWORK

    Taska. Tadika. Penjagaan. Transit. Tahfiz

    DEVELOPMENTALLY APPROPRIATE PRACTICE (DAP)

    Kanak-kanak belajar mengikut perkembangan dan keperluan

    mereka. Di dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak, Tadika

    Ceria Az-Zahrah menggunapakai Amalan Bersesuaian dengan

    Perkembangan Kanak-kanak atau Developmentally Appropriate

    Practice (DAP ).

    Amalan pendidikan berkualiti ini memfokuskan penggunaan

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak

    secara aktif melalui pelbagai aktiviti bersesuaian dengan umur,

    kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti bermain,

    melakukan inkuiri, meneroka dan menyiasat, membuat eksperimen

    dan membuat projek amat digalakkan dalam DAP (National

    Association for the Education of Young Children,2008).

    Nilai Teras Pendidik

    Rasa Bertuhan(Iman & Ihsan)

    Jujur (Amanah)

    Cermin Diri

    (Muhasabah) Tanggungjawab

    Komited (Istiqamah)

    Nilai Teras Anak

    Rasa Bertuhan (Iman& Ihsan)

    Jujur (Siddiq)

    Yakin Diri

    Rajin (Mujtahid) Bijak (Fatonah)

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    9/32

    KURIKULUM PEMBELAJARAN

    Tadika Ceria Az-Zahrah telah didaftarkan dibawah Kementerian

    Pelajaran Malaysia dan menggunakan sepenuhnya Kurikulum

    Standard Prasekolah Kebangsaan. Matlamat kami adalah

    menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

    perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap

    positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah, Pembelajaran

    dan Pengajaran kami akan memberikan fokus kepada 6 tunjang

    standard pembelajaran seperti berikut :

    TUNJANG KOMUNIKASI

    BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS/BAHASA ARAB

    a. Kemahiran mendengar

    b. Kemahiran bertutur

    c. Kemahiran membacakenal huruf a-z, huruf vokal, konsonan, baca

    sukukata, baca perkataan, baca ayat tunggal, memahami bahan yang

    dibaca.

    d. Kemahiran menuliskemahiran pratulis, kemahiran menulis

    TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

    a. AqidahRukun Iman. Mengenalkan kanak-kanak kepada pencipta.

    b. IbadahRukun Islam, Cara Berwuduk, Mendirikan solat & Bersuci

    c. Sirahmengetahui sirah Rasulullah.

    d. AkhlakMencontohi akhlak Rasulullah, adab & doa harian.

    e. Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan JawiHafalan surah

    Tunjang

    Komunikasi

    Tunjang

    PerkembanganFizikal & Kreativiti

    Tunjang

    Kerohanian, Sikap& Nilai

    Tunjang Sains &Teknologi

    TunjangKemanusiaan

    TunjangKetrampilan Diri

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    10/32

    TUNJANG KETRAMPILAN DIRI

    PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

    a. Mengenal dan Mengurus Emosi sendirikenal emosi sendiri, boleh

    mengurus emosi sendiri dan mengenali emosi orang lain.

    b. Boleh mencapai emosi yang positifada konsep kendiri, ada semangat

    dan sikap yang positif, ada keyakinan untuk berkomunikasi danberkebolehan mengawal diri.

    c. Membina kemahiran sosialboleh memahami keperluan, perasaan dan

    pandangan orang lain, pandai menggunakan kemahiran sosial dalam

    berinteraksi dan boleh menyelesaikan konflik yang berlaku semasa

    aktiviti kelas.

    TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA

    PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN PENJAGAAN KESIHATAN

    a. Perkembangan motor haluskemahiran motor halus, kordinasi mata

    dan tangan.

    b. Perkembangan motor kasarkemahiran lokomotor, bukan lokomotor

    koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar.

    c. Kesihatan fizikalmenjaga kebersihan diri, mengamalkan pemakanan

    yang sihat.

    d. Kesihatan Persekitaranmenjaga kebersihan, mengetahui langkah-

    langkah pencegahan penyakit.

    e. Keselamatanmengenali sumber yang menyebabkan kemalangan danbahaya, langkah keselamatan diri dan menjaga kehormatan diri.

    f. EstetikaSeni Visual, menghasilkan karya seni, menghargai seni : seni

    muzik, perkusi, seni lakunan, pergerakan kreatif.

    TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

    AWAL SAINS & AWAL MATEMATIK

    a. Menanamkan sikap saintifiksistematik, sifat ingin tahu dan

    bertanggungjawab.b. Kemahiran saintifikmembuat pemerhatian keatas objek dan fenomena

    alam persekitaran, pengukuran, pengkelasan, ramalan berdasarkan

    pengalaman, menyelesaikan masalah.

    c. Menyiasat alam hidupanasas bahagian tubuh, organ deria, meneroka

    bahagian tumbuhan, meneroka cirri/habitat haiwan jinak yang biasa

    dijumpai.

    d. Menyiasat Alam Bahanmeneroka sifat bahantenggelam-timbul,

    pemelarutan dan tarikan magnet.

    e. Menyiasat alam fizikalawan. Cuaca, pelangi, bayang-bayang

    f. Pengalaman pra nombormemadankan objek, membandingkan kuantiti

    objek, membuat seriasi mengikut cirri, mengecap corak berulang dan

    membina pola.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    11/32

    g. Konsep nombormembilang nombor 110 , menyebut, membilang,

    menulis, mengetahui sifar, memahami nombor 1020 dan memahami

    siri 20,30.40 dan 50.

    h. Memahami operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10.

    i. Mengecam duit berlainan nilai.

    j. Konsep waktu dalam kontek kehidupan harian.k. Bentuk dan ruangdepan belakang, luar dalam, kiri kanan.

    l. Pembinaan ( construction)menghubung 2 objek, binaan mengikut

    kreativiti sendiri.

    k. Penggunaan ICTasas pengenalan mengenai komputer, cara

    pengendalian dan aspek etika dalam memilih sumber ICT yang sesuai.

    TUNJANG KEMANUSIAAN

    a. Diri sayamengetahui latar belakang/sejarah diri, mengetahui

    kebolehan diri dan hak diri sendiri.

    b. Saya dan keluargamengetahui keluarga terdekat, nenek, datuk, adik

    beradik.

    c. Saya dan rakanmengetahui tentang rakan.

    d. Saya dan sekolah - mengetahui tentang sekolah.

    e. Saya dan komunitimengamalkan semangat kemasyarakatan,

    mengenali ahli komuniti, mengetahui perayaan pelbagai kaum.

    f. Saya dan alam sekitarMenghayati keindahan alam sekitar,memahami

    perhubungan manusia dan alam sekitar, menjaga alam sekitar.g. Saya dan Warisan Budayamengetahui pakaian, permainan, lagu dan

    muzik serta budaya pelbagai kaum di Malaysia.

    STANDARD PENTAKSIRAN/PENILAIAN

    Bertujuan mengesan pertumbuhan murid sesuai dengan peringkat umur,

    mengenalpasti kecerdasan dan potensi, mengenalpasti kelebihan dan

    kekurangan, memberi maklum balas terhadap kemajuan murid dan mengesan

    keberkesanan pengajaran guru.

    a. Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.

    b. Kaedah pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara

    murid dan akan dijalankan secara berterusan dan penilaian hasil kerja.

    c. Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sohih.

    d. Rekod pentaksiran adalah secara senarai semak, skala kadar, rekod

    anekdot, rekod berterusan ( running record) dan portfolio.

    e. Laporan kepada ibu bapa tidak bersifat gred (A,B,C dan sebagainya)

    tetapi berbentuk diagnostik agar ibu bapa boleh memahami prestasi

    sebenar anak-anak.

    f. Kaedah pentaksiran ujian atau peperiksaan formal serta ujian kertas dan

    pensil tidak diiktirafdalam pendidikan awal kanak-kanak.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    12/32

    KONSEP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

    1. Belajar melalui bermain.

    2. Pendekatan Bertema.

    3. Pendekatan Bersepadu.

    4. Pembelajaran Berpusatkan Murid.

    5. Inkuiri Penemuan.

    6. Pembelajaran Berasaskan Projek.

    7. Penerapan nilai Khalifah.

    BELAJAR MELALUI BERMAIN / LEARNING THROUGH PLAY (LTP)

    Di Tadika Ceria Az-Zahrah, kanak-kanak diberi ruang dan peluang untuk

    bermain. Terdapat dua jenis aktiviti main utama yang dititik beratkan di dalam

    sesi pembelajaran iaitu main bebas dan main membina. Pelbagai aktiviti dan

    peralatan disediakan agar kanak-kanak seronok belajar dan meneroka. Kanak-

    kanak belajar secara integrasi melalui pelbagai jenis aktiviti main fizikal, main

    sosial, main fantasi dan main mengikut peraturan.

    PENDEKATAN BERTEMA

    Berpandukan kepada tema-tema yang telah disusun untuk setiap

    minggu, kanak-kanak mendapat banyak pengetahuan dan maklumat apabila

    pelajaran bertema diaplikasikan didalam pengajaran dan pembelajaran.

    PENDEKATAN BERSEPADU

    Kanak-kanak memerlukan sesi pembelajaran yang tidak formal supaya

    dapat menyepadukan maklumat yang mereka dapati. Otak kanak-kanak tidak

    mencerna sesuatu maklumat secara sistematik dan berasingan seperti orang

    dewasa, tetapi membina hubungkait di antara maklumat-maklumat yang

    berbeza. Integrasi mata pelajaran sentiasa diamalkan kerana kaedah ini dapat

    meluaskan pemikiran kanak-kanak. Contohnya aktiviti main peranan berjual

    beli merupakan kesepaduan di antara subjek matematik, bahasa serta baik

    untuk perkembangan emosi.

    PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID YANG SEIMBANG

    Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai

    individu. Kaedah ini memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa

    yang ingin dipelajari. Pelajar akan berkolaborasi dan bekerjasama untuk

    membina pengetahuan dan persekitaran positif serta terlibat dalam penilaian

    berterusan. Guru juga perlu bersikap mendengar pandangan pelajar dan

    melibatkan pelajar untuk merancang. Aktiviti luar juga dirancang untuk

    meningkatkan pembelajaran. Kaedah ini menjadikan murid yakin diri,

    bermotivasi dalam pembelajaran serta mampu melahirkan idea sendiri.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    13/32

    INKUIRI PENEMUAN

    Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang

    mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am

    bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena

    yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

    Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama

    dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akanmenyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.

    PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

    Kanak-kanak di Tadika Ceria Az-Zahrah akan diberi peluang untuk

    mengikuti pembelajaran berasaskan projek yang mana mereka akan diberikan

    satu tanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu aktiviti dalam kumpulan.

    Mereka akan berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan dan guru-guru

    sebagai pemudah cara sahaja. Ini dapat membentuk mereka supaya boleh

    menyusun strategi, perancangan dan membuat keputusan.

    PENERAPAN NILAI KHALIFAH

    Bagi mewujudkan tadika yang berwatak, kanak-kanak di Tadika Ceria Az-

    Zahrah sentiasa diingatkan tanggungjawab sebagai Khalifah yang dilantik oleh

    Allah dimuka bumi ini. Kanak-kanak dirangsang supaya berani, yakin, ada jati

    diri, berprinsip, disiplin dan saling menghormati. Pendapat mereka boleh

    disuarakan dan boleh diterima pakai sekiranya memberi faedah kepada semua.

    Ini bertujuan agar produk yang akan keluar dari tadika ini nanti sudah bersediamenghadapi dunia yang lebih mencabar dan memerlukan pertimbangan serta

    kemahiran membuat pilihan yang tepat.

    Tiga nilai utama khalifah ialah:

    (1) Memilih untuk jadi baik,

    (2) Mengajak orang lain menjadi baik dan

    (3) memelihara kebaikan alam fizikal dan makhluk lain.

    Penerapan kerohanian juga diserapkan melalui aktiviti solat lima waktu setiaphari, hafalan surah, hafalan doa-doa harian serta penerapan adab Islam.

    Menjadi harapan agar kanak-kanak Tadika Ceria Az-Zahrah akan terbentuk

    sahsiah diri, peribadi mulia serta akhlak terpuji agar menjadi contoh kepada

    masyarakat di sekeliling mereka.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    14/32

    KEHADIRAN

    Waktu Pembelajaran :

    Isnin hingga Khamis - 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

    Jumaat - 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

    CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM

    Tadika akan bercuti pada hari cuti am dan cuti umum yang

    diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

    Cuti sekolah adalah mengikut cuti sekolah yang telahdisusunatur oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Semester Pertama 21 - 29 Mac 2014

    27 Mei 14 Jun 2014

    Semester Kedua 12 September20 September 2014

    21 November3 Januari 2014

    MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK

    Ibubapa dan pengusaha pengangkutan hendaklah menyerahkan

    anak-anak kepada guru yang bertugas. Murid-murid tidak digalakkan

    dihantar terlalu awal atau diambil terlalu lewat. Sebarang masalah

    yang dihadapi oleh ibubapa atas sebab-sebab yang tidak dapat

    dielakkan, sila hubungi pihak tadika untuk sebarang tindakan .

    Semua murid hendaklah hadir ke tadika pada setiap hari supaya

    pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Ibubapa diminta

    menghantar anak pada jam 8.00 pagi dan mengambil anak pada

    waktu yang ditetapkan. Kegagalan mengambil anak selepas jam

    12.30 hari, caj lebih masa akan dikenakan (RM3.00 setiap 15 minit ).

    Kami tidak menggalakkan tuan/puan lewat mengambil anak kerana

    guru-guru mempunyai tugasan harian yang perlu mereka selesaikansebelum mereka tamat waktu bekerja.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    15/32

    KEPERLUAN ANAK

    Ibubapa boleh menyiapkan anak-anak dengan keperluan

    berikut untuk keselesaan anak-anak sepanjang berada di Az-Zahrah.

    Pastikan setiap barangan peribadi anak-anak dilabelkan dengan

    nama masing-masing untuk mengelakkan kehilangan atau kejadian

    tertukar barangan peribadi.

    KEPERLUAN ANAK TADIKA

    4 tahun 5 tahun 6 tahun

    Alat tulis (pensil,

    pemadam dan

    pengasahpensil)

    Krayon besar

    Alat tulis (pensil,

    pemadam dan

    pengasahpensil)

    Krayon

    Alat tulis (pensil,

    pemadam,

    pengasah pensildan pembaris)

    Pensil warna

    * Peralatan kraf, peralatan sukan, buku bacaan, lembaran kerja,

    alatan permainan serta hadiah ganjaran kecil telah disediakan oleh

    pihak tadika.

    TAMBAHAN KEPERLUAN

    ANAK TADIKA DENGAN PENJAGAAN HARIAN (DAYCARE)

    3 pasang baju

    2 helai seluar dalam

    Sehelai tuala

    Berus gigi & ubat gigi

    Sabun khas (jika anak mempunyai kulit sensitif) Lampin pakai buang (jika perlu)

    Botol susu (jika perlu)

    Susu formula / susu segar / milo (jika perlu)

    Ubat-ubatan khas (jika perlu)

    Baju uniform Pra-Tahfiz Az-Zahrah (Jika terlibat)

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    16/32

    PAKAIAN ANAK-ANAK KE TADIKA CERIA AZ-ZAHRAH

    Semua murid-murid di Tadika Ceria Az-Zahrah dikehendaki

    memakai pakaian seragam tadika lengkap berkopiah bagi anak lelaki

    dan bertudung untuk anak perempuan. Hal ini diharapkan mendapat

    kerjasama dari semua ibubapa agar anak-anak terdidik dalam disiplin

    berpakaian. Murid-murid juga digalakkan berkasut hitam (selipar

    tidak digalakkan kerana akan mengundang kemalangan sewaktu

    bersukan).

    Semua murid diharapkan dapat mengikut peraturan berpakaian

    seperti berikut:

    Isnin & Rabu : Baju Seragam Tadika

    Selasa & Khamis : Baju Sukan Tadika

    Jumaat : Pakaian bebas tetapi mestilah menutup aurat.

    Gaun pendek dan seluar pendek dilarang sama

    sekali ke tadika.

    FAIL KOMUNIKASI & BUKU PESANAN

    Semua murid akan dibekalkan dengan Fail Komunikasi & Buku

    Pesanan setiap seorang. Buletin bulanan akan dimasukkan kedalam

    Fail Komunikasi dan diserahkan kepada anak tuan/puan.

    Tuan/Puan diminta menandatangani senarai penerimaan surat

    atau buletin yang dikirimkan dan kembalikan fail komunikasi tersebut

    kepada pihak tadika pada hari berikutnya bersama borang jawapanjika diperlukan. Buku pesanan pula akan dikirimkan melalui anak

    mengikut keperluan kelas masing-masing.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    17/32

    1.Hanya ibubapa dan penjaga sahaja yang dibenarkan untuk

    mengambil murid dari kawasan tadika.

    i.

    Pemandu van yang telah dilantik oleh ibubapa hendaklah

    dimaklumkan kepada pihak tadika bagi tujuan

    keselamatan.

    ii. Dalam situasi tertentu, identiti saudara-mara, jiran atau

    rakan yang membantu ibubapa untuk mengambil anak di

    tadika hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada

    pihak tadika.

    2.

    Murid-murid juga tidak dibenarkan membawa sebarang

    barangan berharga ke tadika kerana dikhuatiri rosak, hilang

    atau menjadi rebutan dengan murid-murid yang lain.

    i. Alat tulis yang mahal, permainan, gajet, barangan kemas

    serta wang tunai yang banyak tidak dibenarkan dibawa kesekolah.

    ii. Pihak tadika tidak akan bertanggungjawab dengan

    sebarang kehilangan barang tersebut sekiranya murid-

    murid masih membawanya ke tadika.

    3.

    Pihak tadika sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan

    anak-anak di kawasan tadika, di dalam setiap aktiviti

    pembelajaran serta aktiviti luar.

    i.

    Walaubagaimanapun, ibubapa perlu maklum bahawa

    kanak-kanak yang sedang membesar mungkin akan

    mengalami kecederaan kecil sewaktu bermain atau

    melakukan aktiviti fizikal.

    ii.

    Sekiranya berlaku kemalangan di luar kawalan kami, pihak

    tadika tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas

    kemalangan tersebut (contoh: kebakaran, bencana alam

    dan sebagainya).

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    18/32

    RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN

    Pihak tadika hendaklah dibenarkan untuk membawa murid-

    murid yang ditimpa kemalangan atau sakit untuk mendapatkan

    rawatan doktor diwaktu kecemasan.

    Tuan/puan diminta menulis panel doktor yang berdekatan

    didalam borang peribadi anak untuk rujukan pihak tadika. Seandainya

    panel doktor tidak berada didalam kawasan sekitar tadika, kami akan

    menghantar anak tuan/puan ke hospital yang berdekatan untuk

    mendapat rawatan segera. Pihak ibubapa akan diberitahu secepat

    mungkin untuk tindakan susulan.

    POLISI MEMBERI UBAT

    Pihak tadika atau penjagaan tidak dibenarkan memberi

    sebarang ubat yang bukan milik anak tuan/puan atau ubatan yang

    tiada preskripsi doktor. Pihak tadika dan penjagaan juga TIDAK

    menyimpan sebarang ubat dari farmasi seperti ubat demam atau

    ubat batuk. Hanya ubat yang dibekalkan oleh ibubapa atau ubat

    beserta preskripsi doktor sahaja akan diberikan kepada kanak-kanak.

    Seandainya anak tuan/puan tidak sihat dan sekiranya tiada ubat

    dibekalkan, pihak tadika akan menghubungi ibubapa untuk

    mengambil anak ditadika dengan segera.

    PENYAKIT BERJANGKIT

    Berikut adalah usaha pihak tadika dalam mengawal penyakitberjangkit;

    Tukang masak dan peramu saji di Tadika Ceria Az-Zahrah telah

    mendapatkan suntikan Tifoid dan telah mengikuti kursus

    pengendalian makanan.

    Lantai, dinding serta mainan dibersihkan selalu dengan yang

    antiseptik.

    Bilik pengasingan sementara untuk kanak-kanak yang sakit

    (baru dikenal pasti).

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    19/32

    19

    Kanak-kanak yang telah dipastikan oleh doktor menghidapi penyakit

    berjangkit tidak boleh dibenarkan sama sekali untuk hadir ke premis

    tadika sehingga habis tempoh jangkitan (Kementerian Kesihatan

    Malaysia, 2007)

    Di antara penyakit berjangkit yang berkaitan ialah;

    Hand, Foot and Mouth Disease(HFMD)

    Demam campak (measles)

    Rubella

    Begok (mumps)

    Kolera

    Cirit-birit

    Demam bersuhu tinggi (>37.5)

    Sakit mata

    Penyakit kulit

    Batuk berpanjangan

    Pihak ibubapa akan dihubungi untuk mengambil anak dengan

    segera sekiranya kanak-kanak didapati tidak sihat di tadika.

    Kerjasama ibubapa untuk tidak menghantar anak sewaktu jangkitan

    berlaku kepada anak-anak sangat penting bagi mengawal penularan

    wabak kepada murid lain. Kanak-kanak yang sakit memerlukan

    penjagaan rapi serta tidak mampu mengikuti aktiviti pembelajaran

    dengan baik. Pihak pengurusan berharap ibubapa dapat mematuhi

    etika sosial ini untuk memastikan kemaslahatan bersama.

    INSURANSPihak tadika akan menguruskan pembelian insuran kelompok di

    atas nama Tadika Ceria Az-Zahrah. Semua murid akan diinsurankan

    bermula bukan Februari, 2014. Syarat utama adalah membekalkan

    salinan mykid atau surat beranak anak tuan/puan.

    Kegagalan membekalkan dokumen tersebut mengakibatkan

    nama anak tuan/puan tidak disenaraikan kedalam insuran kelompoktersebut dan pihak ibubapa tidak berhak membuat sebarang

    tuntutan seandainya berlaku kemalangan pada anak tuan/puan.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    20/32

    20

    Di Tadika Ceria Az-Zahrah, ibubapa adalah rakan kongsi utama

    kami dalam menjana kualiti anak-anak yang akan menjadi asetkeluarga, masyarakat dan negara. Penglibatan ibubapa amatlah

    dititikberatkan dan adalah menjadi kewajipan bagi ibubapa untuk

    hadir dalam program-program keibubapaan yang dianjurkan oleh

    pihak tadika.

    Pelbagai kajian mendapati bahawa penglibatan ibubapa di dalam

    pembelajaran anak-anak berkadar langsung dengan pencapaian

    pembelajaran mereka dalam jangkamasa panjang. Keterlibatan

    ibubapa dengan pihak sekolah di peringkat awal dijangka akan

    berterusan hingga ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Oleh

    itu, pihak tadika mengalu-alukan keterlibatan ibubapa untuk

    menyumbang sesuatu dalam pembelajaran anak-anak.

    Berikut adalah program yang dianjurkan oleh pihak tadika bagi

    memaksimumkan penglibatan ibubapa di tadika;

    Program Berkala Program Berterusan

    Hari Taklimat

    Bengkel dan seminar

    keibubapaan

    Hari Temu Mesra

    Program kemasyarakatan

    Sambutan perayaan

    bersama

    Shared learning at home

    programme

    Program kitar semula

    Pertemuan guru-ibubapa

    Program Ibubapa sukarela

    (Jika berminat, ibubapa boleh

    berkomunikasi dengan guru kelas

    untuk mengadakan sesi bercerita,

    sesi masakan, sesi kraftangan

    atau menjadi tutor sukarela di

    kelas anak masing-masing.)

    * Pertemuan di antara guru dan ibubapa hendaklah dimaklumkan

    lebih awal 3 hari dari tarikh yang ditetapkan.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    21/32

    21

    PERKEMBANGAN ANAK & REKOD PRESTASIDi Tadika Ceria Az-Zahrah, tiada sebarang bentuk peperiksaan

    bertulis akan dijalankan. Pentaksiran perkembangan kanak-kanak

    dijalankan secara konsisten, berterusan, menyeluruh dan

    menggunakan kaedah yang sesuai. Kaedah yang digunakan adalahpenilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid.

    Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah pemerhatian

    berterusan dan penilaian hasil kerja serta direkodkan menggunakan

    portfolio, rekod anekdot, senarai semak dan skala kadar. Rumusan

    dari rekod ini akan disampaikan kepada ibubapa di akhir semester 1.

    Ibubapa digalakkan untuk menetapkan masa untuk bertemudengan guru kelas bagi mengetahui perkembangan terkini anak-anak

    supaya kesinambungan di rumah dapat dibincangkan dengan guru.

    Untuk pengetahuan ibubapa, kaedah pentaksiran berikut tidak

    diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak: peperiksaan formal

    serta ujian kertas dan pensil (Kurikulum Standard Prasekolah

    Kebangsaan, 2010)

    SENARAI YURAN 2014

    Yuran Pendaftaran : RM100.00 (Tidak akan dikembalikan)

    Yuran Aktiviti : RM500.00

    (Temasya sukan, lawatan, programkeibubapaan dan Hari Bakat & Anugerah)

    Yuran Peralatan : RM400.00

    (Buku-buku, bahan-bahan kraf, alatan mainan.

    Tidak termasuk alat tulis )

    Baju Seragam : RM80.00

    ( 2 pasangBaju seragam & T. Shirt sukan)

    Yuran Bulanan : RM 200.00 sebulan(Januari - November 2014)

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    22/32

    22

    SAMPUL YURANBagi memudahkan ibubapa dan proses merekod pembayaran

    tadika, pihak pengurusan Tadika Ceria Az-Zahrah menggunakan

    sistem sampul yuran. Bayaran yuran hendaklah dimasukkan ke dalamsampul setiap bulan, jumlah bayaran dicatatkan dihadapan sampul.

    Resit akan diberikan kepada ibubapa sewaktu pemulangan sampul

    kepada ibubapa.

    YURAN PENDAFTARANYuran pendaftaran tidak akan dikembalikan seandainya anak

    tuan/puan tidak meneruskan pembelajaran ditadika ini.

    YURAN BULANANYuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 5

    haribulan pada setiap bulan. Pihak tadika tidak dapat meneruskan

    perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak seandainya ibubapa

    mereka gagal membayar yuran bulanan selama 3 bulan berturut-

    turut.

    YURAN TAHUNANIbubapa diharapkan dapat menjelaskan Yuran Peralatan, Yuran

    Aktiviti, Yuran Baju Seragam sebelum 1 Mac 2014 .

    YURAN NOVEMBERYuran November akan dikutip pada bulan Disember 2013 atau

    Januari 2014 bagi mengelak yuran tertangguh berlaku.

    TUNGGAKAN YURANSurat Peringatan akan dikeluarkan kepada ibubapa yang lewat

    membayar yuran melebihi tarikh yang telah ditetapkan. Sistem

    pesanan ringkas atau panggilan telefon akan dilakukan untuk

    mengingatkan ibubapa untuk membuat pembayaran.

    Surat pemberhentian perkhidmatan akan dihantar jika terdapatkelewatan membayar yuran selama 3 bulan berturut-turut.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    23/32

    23

    PEMULANGAN YURANSeandainya kanak-kanak berhenti atas sebab-sebab tertentu,

    ibu boleh menuntut kembali yuran peralatan dan aktiviti yang telah

    dibayar kepada pihak tadika.

    Berhenti sebelum 1 Mac 2014: 100% pemulangan

    Berhenti sebelum 1 Jun 2014: 50% pemulangan

    Berhenti selepas 1 Jun 2014: Tiada pemulangan

    PERKHIDMATAN TAMBAHAN

    Penjagaan harian

    Tutor Bijak Baca

    Kelas Iqra

    Program Pra-Tahfiz Az-Zahrah

    Pengangkutan

    Makluman lengkap tentang perkara di atas akan disampaikan di

    dalam buletin atau surat.

    WAKTU URUSAN PEJABATWaktu urusan pejabat ditadika adalah seperti berikut :

    Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 1.00 tengahari)

    PERKHIDMATAN LEBIH MASA (OVERTIME)Waktu Lebih Masa bermula

    Tadika : 12.30 tengahari

    Taska : 7.00 petang

    Kadar Lebih Masa :RM3.00 setiap 15 minit

    Bayaran tunai (diserahkan terus kepada guru/pengasuh yang

    menunggu.)

    Pihak tadika dan Pusat Jagaan Az-Zahrah tidak menggalakkan

    perkhidmatan overtime untuk kesejahteraan anak-anak.Walaubagaimanapun, hal-hal kecemasan yang dialami oleh ibubapa

    diberikan ruang untuk menggunakan perkhidmatan ini.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    24/32

    24

    CUTIMurid di Tadika Ceria Az-Zahrah tidak digalakkan untuk

    bercuti tanpa sebab. Kehadiran yang konsisten merupakan satu nilai

    penting dalam pembelajaran anak-anak di peringkat prasekolah.

    Ibubapa dimohon agar memaklumkan pada pihak sekolah

    menerusi telefon atau menyertakan surat rasmi / surat doktor untuk

    anak-anak yang perlu bercuti sewaktu hari persekolahan. Untuk

    pengetahuan ibubapa, kehadiran kanak-kanak ke tadika akan turut

    diambil serta dinilai dalam rekod pentaksiran mereka.

    HUBUNGAN IBUBAPA / PENJAGA / GURU / PIHAK

    PENGURUSAN AZ-ZAHRAHSemua pertanyaan, perhubungan dan komunikasi di

    antara ibubapa, penjaga dan guru hanya berlaku menerusi talian

    rasmi, emel tadika atau telefon bimbit pengetua sahaja.

    Perhubungan menerusi nombor telefon peribadi guru tidak

    digalakkan kecuali masa-tertentu sepeti lawatan luar dsb.

    NOTIS BERHENTI/PINDAHSeandainya ibubapa membuat keputusan untuk

    memberhentikan/berpindah anak dari Tadika Ceria Az-Zahrah, surat

    rasmi dengan tunjuk sebab hendaklah dikemukakan kepada pihak

    tadika sebulan sebelum tarikh berhenti. Notis pemberhentian ini

    akan membantu guru untuk menyiapkan rekod dan bahan yang perlu

    disiapkan sebelum murid berpindah. Rekod jabatan pendidikan

    HUBUNGAN KEJIRANANIbubapa boleh membantu untuk turut serta mengekalkan

    keharmonian hubungan kejiranan di sekitar tadika. Pastikan

    kenderaan masing-masing tidak menghalang lalu lintas ketika

    menghantar/mengambil anak. Elakkan membuang sampah atau

    puntung rokok merata-rata bagi mengekalkan kebersihan di kawasan

    kejiranan.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    25/32

    25

    RAKAMAN GAMBARBagi tujuan rekod guru, rekod perkembangan anak, rekod

    pengurusan tadika serta laporan aktiviti, rakaman gambar anak tuan

    dan cik puan akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa oleh guru.

    Rakaman gambar anak tuan cik puan akan dikongsikan secara online

    sebagai laporan terkini dan berterusan tentang aktiviti yang

    dijalankan di tadika. Buat masa ini, pihak tadika masih menggunakan

    khidmat laman sosial untuk berkongsi gambar dengan ibubapa.

    Semua gambar yang dirakamkan akan menjadi hak milik Tadika Ceria

    Az-Zahrah dan pihak pengurusan tadika juga berhak untuk

    menggunakan gambar tersebut untuk sebarang tujuan promosi.

    Ibubapa yang berminat untuk mendapatkan softcopy gambar aktiviti

    anak-anak dari pihak sekolah boleh mengadakan pertemuan dengan

    guru di tadika.

    MAKANANKudapan disediakan dari hari Isnin hingga Khamis. Semua murid

    digalakkan membawa bekalan pada hari Jumaat untuk "garden

    party" dan juga bagi menerapkan unsur bersedekah dan berkongsi

    bersama rakan-rakan.

    Pihak tadika tidak menggalakkan anak-anak untuk membawamakanan ringan, air bergas dan gula-gula dari rumah. Pemberian

    makanan yang tidak sihat sebagai birthday packs/goodies bagtidak

    digalakkan. Ibubapa boleh menggantikan pemberian makanan ringan

    dengan buah-buahan, roti, kismis, alat tulis atau sebarang pemberian

    yang bermanfaat.

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    26/32

    26

    CADANGAN PROGRAM TAHUN 2014

    * Tarikh & aktiviti yang tertera diatas adalah cadangan sahaja dan tertakluk kepada

    perubahan aktiviti, tempat dan tarikh bergantung kepada keadaan semasa. Marilah kita

    bersama doakan agar program Tadika Ceria Az-Zahrah di tahun 2014 akan berjalan dengan

    lancar dan berkesan, InsyaAllah.

    Tarikh Program

    4 Januari 2014

    (Sabtu)

    Hari Taklimat Ibubapa

    19 Januari 2014

    (Ahad)

    Sambutan Maulidurrasul

    Masjid Darul Muttaqin26 Januari 2014 Program Badan Sihat Otak Cergas

    3 - 7 Februari 2014(Isnin - Jumaat)

    Green Week

    19 Februari 2014(Rabu)

    Pameran buah dan sayur

    6 Mac 2014(Khamis)

    Program Belanja Berhemah

    12 Mac 2014(Rabu)

    Program Gigiku Bersih dan Cantik

    16 Mac 2014

    (Ahad)

    Bengkel Keibubapaan

    A Day in their Shoe

    3 April 2014(Khamis)

    Latihan Kebakaran bersamaPihak Bomba

    9 April 2014(Rabu)

    Deco Cupcake

    19 & 20 April 2014(Sabtu & Ahad)

    Kembara Musafir 2014

    11 Mei 2014(Ahad)

    Az-Zahrah Family Explorace

    16 Mei 2014

    (Jumaat)

    Sambutan Hari Guru Tadika Ceria Az-Zahrah

    21 Jun 2014(Sabtu)

    Program Tahlil Perdana bersama Ibubapa

    25 Jun 2014 Lawatan ke Pejabat Pos2 Julai 2014

    (Rabu)Pelancaran Palestine diHatiku

    18 Julai 2014(Khamis)

    Kem Anak Soleh 2014

    8 Ogos 2014(Jumaat)

    Sambutan Hari Raya Tadika Ceria Az-Zahrah

    13 Ogos 2014(Rabu)

    Sesi Fotografi 2014

    17 Ogos 2014 Hari Temu Mesra Ibubapa & Guru

    28 Ogos 2014(Khamis)

    Lawatan luar

    11 September 2014(Khamis)

    Hari Perpaduan

    21 & 22 Oktober 2014(Selasa & Rabu)

    Latihan & Raptai Hari Bakat & Anugerah 2014

    26 Oktober 2014 Hari Bakat & Anugerah 2014

    13 November 2014(Khamis)

    Sambutan Hari Kanak-kanak

    21 November 2014(Jumaat)

    Jamuan Akhir Tahun & Perpisahan untuk Pelajar-pelajar 6 Tahun

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    27/32

    27

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    28/32

    28

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    29/32

    29

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    30/32

    30

    No. Fokus Standard Kandungan

    1 Doa asas pembelajaran al-Quran Doa Penerang Hati

    Doa Tilawah

    Tasbih Kifarah

    2 Zikir Harian Subhanallah

    Alhamdulillah

    Laailahaillallah

    Allahuakbar

    3 Pengenalan terhadap Quran Sirah asas penurunan al-Quran

    Bahagian-bahagian dalam al-Quran

    Surah-surah dalam al-Quran

    Juz 30 dan surah-surah di

    dalamnya

    4 Adab-adab mengendalikan al-Quran

    5 Tilawah al-Quran Kaedah Al-Baghdadi

    Pelajaran 1-11

    Latihan 1-7

    Bacaan Potongan Ayat 1-3 Asas Tajwid

    6 Hafazan al-Quran Level 1

    Surah Al-Faatihah Surah Ad-Dhuha

    Level 2

    Surah Ad-Dhuha Surah An-Naba

    Surah Yaasin

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    31/32

    31

    KERATAN PERAKUAN IBUBAPA(untuk dipulangkan semula kepada pihak tadika)

    Bahawasanya,

    saya ..............................................................

    (No. K/P.............................) sebagai bapa/penjaga

    dan saya ..............................................................

    (No. K/P.............................) sebagai ibu/penjaga

    kepada anak kami,

    (Nama anak) ..........................................................

    (No. MyKid...............................)

    telah menerima, membaca dan bersetuju dengan polisi

    yang telah ditetapkan oleh pihak Tadika Ceria Az-Zahrah.

    Kami juga berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk

    terlibat dalam aktiviti keibubapaan yang dianjurkan oleh

    pihak tadika.

    Dengan ini, kami perturunkan tandatangan kami.

    .................................................. ..................................................

    NAMA:____________________ NAMA:____________________

    NO.K/P: ___________________ NO.K/P: ___________________

    TARIKH: ___________________ TARIKH: ___________________

  • 7/26/2019 Lembaran Maklumat Ibubapa Tadika Ceria Az-zahrah 2014

    32/32