penggunaan internet di kalangan pelajar tahun 4 … · 4.3.6 pendapat tentang etika dan 59...

25
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. FAIRUS BIN ROHINI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanthuy

Post on 09-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA.

FAIRUS BIN ROHINI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh
Page 3: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh
Page 4: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

I

PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA.

FAIRUS BIN ROHINI

Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan ( Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2004

Page 5: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

II

Page 6: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

III

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha menyayangi,

bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya dalam memberi kekuatan

dan ketabahan serta kesihatan luar dan dalam bagi insan yang lemah ini

sehingga dapat menyempurnakan laporan projek ini dengan jayanya.

Untuk ayahanda dan ibunda tersayang:

Rohini Bin Bamol dan Asiah Binti Abdul Hamid

Ahli keluargaku:

Kekandaku Norazizah sekeluarga, Kekandaku Noraniza sekeluarga,

Kekandaku Norliza sekeluarga dan Kekandaku Rahmat sekeluarga.

Serta:

Rakan-rakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.

Sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan selama ini adalah

amat bermakna buatku, dan kejayaanku adalah dari berkat doa dan restu dari

kalian.

Semoga Allah yang maha kuasa memberkati dan membalas segala budi

dan jasa baik kalian.

Page 7: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

IV

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat dan

keizinannya maka kajian ini dapat disempurnakan.

Di sini saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada Encik Johari Bin Hassan, selaku penyelia bagi kajian ini yang telah banyak

mengorbankan masa beliau dalam memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan galakan

kepada saya dalam menjayakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah meluangkan

masa mereka bagi memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih di

atas sumbangan.

Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah sama-sama terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih

semua.

Page 8: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

V

ABSTRAK

Semenjak penubuhan MSC di Malaysia, perkembangan teknologi berasaskan

Teknologi Maklumat telah membangun dengan pesatnya. Pihak kerajaan juga telah

memperkenalkan teknologi ke seluruh pusat-pusat pengajian supaya ia dapat

dimanfaatkan sepenuhnya. Internet memberikan perantauan tanpa batasan bagi setiap

penggunanya untuk mencari maklumat. Setiap rakyat di Malaysia bahkan di dunia

mampu menerokai internet pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada selagi

mereka mempunyai modem dan talian internet. Penyelidik telah menjalankan satu kajian

mengenai penggunaan internet di kalangan pelajar tahun empat pendidikan teknik dan

vokasional, fakulti pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ini

adalah untuk melihat kekerapan penggunaan internet, bentuk penggunaan internet serta

sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui etika dan undang-undang penggunaan internet

dan adakah mereka mematuhi etika dan undang-undang penggunaan internet. Populasi

bagi kajian adalah seramai 114 orang pelajar. Pengkaji memilih 80 peratus bilangan

pelajar dari setiap kursus sebagai responden. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak

mudah. Data diperoleh menggunakan soal selidik dan temu ramah berstruktur. Program

SPSS telah digunakan untuk membuat analisis data bagi mendapatkan nilai frekuensi dan

peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar kerap menggunakan internet dan

menggunakan internet untuk mencari maklumat tetapi ramai pelajar yang belum lagi

mengetahui mengenai etika dan undang-undang penggunaan internet. Terdapat segelintir

pelajar yang melanggar etika dan undang-undang penggunaan internet. Masalah utama

yang dihadapi oleh pelajar adalah kurang pendedahan mengenai etika dan undang-undang

penggunaan internet.

Page 9: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

VI

ABSTRAK

Since the establishment of MSC in Malaysia, the growth of Information

Technology had developed rapidly. Malaysian government had introduced the technology

through all education centers so it could be fully beneficial. Internet had given the user

unlimited surfing to search for information. Not only Malaysian citizen, but people all

over the world were able to connect to the internet when ever and where ever they wanted

to as long as they have the modem and internet connection. This research was about the

internet usage among the 4th year technique and vocational education students, faculty of

education in Universiti Teknologi Malaysia. The objectives of this research were to

determine the frequency of the internet usage and the different formed of the internet

usage. The researcher was also keen to know the level of the user’s knowledge about the

internet’s usage ethics and law and whether the users really follow the ethics and laws of

the internet usage. The population of this research was 114 students and 80 percent of

them were selected as respondent from every course. The sampling was done randomly

while the collection of the data acquired by using questionnaires and structure interviews.

SPSS programmed was used to analyze the data and presented in the form of frequencies

and percentages. The results showed that the students were using the internet quiet

frequently to search for information while most of them were still blur about the ethics

and laws of internet usage. Unfortunately, the research also found out that there were a

number of students who break the ethics and laws of internet usage. The main point that

causes the problem was lack of exposure about the ethics and laws of internet usage

among the students.

Page 10: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

VII

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Judul I

Pengakuan II

Dedikasi III

Penghargaan IV

Abstrak V

Abstract VI

Kandungan VII

Senarai Jadual XI

Senarai Lampiran XII

BAB 1 PENDAHULUAN.

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Penyelidikan. 9

1.6.1 Kepentingan Kepada UTM 10

1.6.2 Kepentingan Kepada FP 10

Page 11: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

VIII

1.6.3 Kepentingan Kepada Pensyarah 10

1.6.4 Kepentingan Kepada Pelajar 11

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Penggunaan 12

1.8.2 Internet. 12

1.8.3 Pelajar Tahun 4 Pendidikan 12

Teknik Dan Vokasional.

BAB 2 SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 13

2.2 Internet 14

2.2.1 World Wide Web (WWW) 15

2.2.2 Elektronik mail (e-mail) 16

2.2.3 File Transfer Protocol (FTP) 16

2.2.4 Telnet 17

2.2.5 Usenet News 17

2.2.6 Internet Relay Chat (IRC) 18

2.3 Etika Penggunaan Internet 18

2.4 Undang-undang Internet 21

2.4.1 Akta Jenayah Komputer 25

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Responden Kajian 30

3.4 Instrumen Kajian 31

3.4.1 Bahagian A 32

3.4.2 Bahagian B 32

Page 12: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

IX

3.5 Kajian Rintis 33

3.6 Penganalisa Kajian 33

3.7 Andaian Kajian 34

BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisa Latar Belakang Responden 36

4.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan 37

Mengikut Jantina

4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan 37

Responden Mengikut Kaum

4.2.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan 38

Responden Mengikut Kursus

4.2.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan 38

Responden Mengikut Umur

4.2.5 Tempat Mendapatkan Perkhidmatan 39

Internet

4.2.6 Komputer Peribadi 40

4.2.7 Laman Web yang sering di lawati 40

4.3 Analisa Mengikut Persoalan Kajian 42

4.3.1 Kekerapan Menggunakan 42

Perkhidmatan Internet

4.3.2 Tempoh Masa Menggunakan 43

Internet

4.3.3 Bentuk Penggunaan Internet 44

(item 1 hingga 12)

4.3.4 Pengetahuan Tentang Kod Etika 48

Dan Undang-Undang Internet

Page 13: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

X

4.3.5 Etika Penggunaan Internet 49

(item 13 hingga 29)

4.3.5 Undang-Undang Internet 55

(item 30 hingga 39)

4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59

Undang-Undang Internet Di Malaysia

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Ringkasan Kajian 61

5.3 Perbincangan 62

5.3.1 Kekerapan Penggunaan Internet 63

di Kalangan Pelajar Pendidikan

Teknik dan Vokasional di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia

5.3.2 Bentuk Penggunaan Internet 64

di Kalangan Pelajar Pendidikan Teknik

dan Vokasional di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

5.3.3 Pengetahuan Mengenai Etika dan 65

Undang-Undang Penggunaan Internet

5.3.4 Kepatuhan Responden Mengenai 66

Etika dan Undang-Undang Penggunaan

Internet

5.4 Rumusan Kajian 69

5.5 Cadangan 70

5.5.1 Kepada Universiti Teknologi Malaysia 70

5.5.2 Kepada Fakulti Pendidikan 70

5.5.3 Kepada Pensyarah 70

Page 14: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

XI

5.5.4 Kepada Pelajar 71

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 71

Rujukan

Lampiran

Page 15: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

XII

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 43

Responden Mengikut Jantina

4.2.2 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 43

Mengikut Kaum.

4.2.3 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 44

Mengikut Kursus

4.2.4 Jadual Taburan Bilangan dan Peratusan 45

Mengikut Umur

4.2.5 Jadual Mendapatkan Perkhidmatan Internet 45

4.2.6 Jadual Komputer Peribadi 46

4.2.7 Jadual Laman Web Yang Sering Di Lawati 47

4.3.1 Jadual Kekerapan Menggunakan Internet 49

4.3.2 Jadual kekerapan Menggunakan Internet 49

4.3.3 Jadual Tempoh Masa Menggunakan Internet 50

4.3.4 Jadual Bentuk Penggunaan Internet 53

4.3.5 Jadual Pengetahuan Mengenai Kod Etika 54

Penggunaan Internet.

4.3.6 Jadual Pengetahuan Mengenai Undang-Undang 55

Internet.

4.3.7 Jadual Etika Penggunaan Internet 59

4.3.8 Jadual Undang-Undang Internet 63

Page 16: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

XIII

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Keputusan Kajian Rintis

Undang-Undang Internet.

Page 17: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam era Informasi dan Teknologi Maklumat (ICT), kini berlaku beberapa

perubahan dan inovasi dalam sektor pendidikan. Paradigma pembelajaran yang sedia

wujud akibat inovasi- inovasi ini telah mengorak langkah bagi institusi- institusi utama

untuk melihat kembali proses mengakses maklumat dan penyampaiannya di sekolah,

kolej, maktab dan universiti. Institusi- institusi pendidikan bukan lagi merupakan

pengedar tunggal pengetahuan dan proses pembelajaran tidak lagi di batas oleh ruang dan

masa. Persekitaran pembelajaran elektronik yang sedemikian ini adalah berlandaskan

kepada penggunaan Internet. Selaras dengan trend ini juga maka persekitaran

pembelajaran elektronik lebih merupakan penyampaian latihan dan atau pendidikan

melalui Internet. Ini akan membolehkan sesuatu organisasi menggunakan kesempatan ini

sepenuhnya untuk menggunakan kemudahan sedia ada seperti teknologi desktop atau PC

dan rangkaian komputer. Pembelajaran elektronik ini boleh sampai secara terus kepada

komputer pelajar apabila dan di mana diperlukan.

Page 18: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

Dalam era Internet penggunaannya semakin tersebar dan kini sebahagian besar

golongan pendidik menggunakan Internet untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Internet bermakna “International networking”. Internet merupakan satu rangkaian

antarabangsa yang merangkaikan beribu-ribu sistem komputer sama ada di rumah,

pejabat, organisasi atau institusi, dengan menggunakan bahasa komputer.

Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh di pecahkan kepada rangkaian

yang lebih kecil. Jaringan elektronik ini menghubungkan manusia dengan manusia lain di

seluruh dunia. Maka Internet merupakan salah satu komponen yang penting di dalam era

ledakan maklumat secara global dan maklumat yang diperoleh adalah tanpa sempadan

kerana Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan perkhidmatan

maklumat pada kos yang rendah. Memandangkan penggunaan Internet kian bertambah

maka dirasakan para golongan pendidik harus peka kepada keperluan ini dan

melengkapkan diri mereka dengan kemahiran ini. Kepentingan Internet tidak dapat

dinafikan dalam era ledakan maklumat ini. Tambahan lagi Internet dapat membolehkan

seseorang individu memperoleh sumber maklumat di hujung jari mereka. Lynch (1998)

menyatakan bahawa kadar kemajuan internet telah merubah kegerhanaan teknologi

sebelum ini. Radio wujud selama 38 tahun sebelum ia dapat mencapai bilangan 50 juta

pendengar dan televisyen mengambil masa 13 tahun untuk mencapai sasaran tersebut.

Tetapi internet melangkau paras tersebut dalam masa 4 tahun sahaja. Dalam tahun 1994,

3 juta orang menggunakan internet dan pada Mac 1998, jumlahnya meningkat kepada

119

juta. Penggunaan internet meningkat 2 kali ganda setiap seratus hari. Drs. Hardjito. M. Si

menyatakan dalam jurnalnya IDC memperkirakan ada 196 juta pengguna Internet di

seluruh dunia sampai akhir tahun 1999, dan diramalkan akan menjadi 502 juta pengguna

pada tahun 2003. Kegiatan berinternet akan bertambah dua kali lipat setiap 100 hari, dan

diperkirakan pada tahun 2005 sebanyak 1 milliar penduduk dunia akan tergabung dan

terhubung satu sama lain melalui jaringan Internet.

Seperti yang kita ketahui, pada masa ini Malaysia mula meningkatkan kemahiran

dalam pengkomputeran dan membangunkan Multimedia Super Corridor(MSC) bagi

Page 19: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

merealisasikan ide perdana menteri kita iaitu Y. A. B Dato Seri Dr. Mahathir bin

Mohamad selaras dengan pembangunan pesat teknologi maklumat (IT) di dunia. Ini

adalah supaya Malaysia negara yang sedang membangun tidak jauh ketinggalan dengan

negara maju. Seperti dalam ucapan Perdana Menteri di Majlis Pelancaran Kempen

Kesedaran Teknologi Maklumat(IT) pada 11hb Oktober 1997 yang menyatakan bahawa

dunia sekarang dilanda oleh Revolusi Maklumat. Teknologi Maklumat adalah peneraju

bagi revolusi ini. Oleh itu kerajaan telah menjayakan projek Koridor Raya Multimedia

(MSC) bagi mengikuti perkembangan revolusi dunia. Rakyat Malaysia digesa

mempelajari teknologi ini supaya dapat mencapai tujuan utama penubuhan Koridor Raya

Multimedia (MSC) ini.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara, marilah kita bersama-

sama memikul tanggungjawab ini. Dengan adanya kerjasama dari semua pihak nama

Malaysia akan dapat membuka mata penduduk dunia walaupun hanya satu negara kecil

tetapi mampu untuk menjadi negara yang membangun setanding dengan negara maju.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 29 Ogos 1995

dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia mengandungi projek Bandar Teknologi,

Pusat Ilmu dan Cyberjaya. Dengan tertubuhnya Koridor Raya Multimedia (MSC) di

Malaysia telah mencepatkan perkembangan teknologi maklumat (IT) di kalangan

penduduknya. Kerajaan telah menyarankan bahawa setiap rumah seharusnya mempunyai

sebuah komputer bagi menjayakan rancangan negara untuk mencapai Wawasan 2020.

kerajaan juga telah menghantar komputer ke setiap sekolah rendah bagi memudahkan

pelajar mempelajari komputer. Setiap IPT tidak kiralah awam atau swasta telah mula

memperkembangkan teknologi ini kepada pelajarnya.

Page 20: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

Pihak Universiti Teknologi Malaysia(UTM) telah menyediakan 1500 buah

komputer dan internet kepada setiap pensyarah. Rangkaian komputer dan internet yang

disediakan berkeupayaan menghubungkan semua bilik pensyarah, bilik kuliah, dewan

kuliah, makmal komputer dan pejabat fakulti. Teknologi yang menghubungkan rangkaian

antara bangunan menggunakan teknologi switched ethernet berkelajuan 10Mbps. Pihak

Universiti Teknologi Malaysia(UTM) juga telah menyediakan 1000 buah rangkaian

komputer dan internet untuk kegunaan pelajar. Seramai 7200 orang pelajar kampus

Skudai yang sering menggunakan jaringan dan internet. Justeru itu setiap kolej dimuatkan

dengan 350 buah komputer dan sebanyak 105 buah komputer dan jaringan internet bagi

kolej luar.( Sabri Ahmad,2001)

Dari tinjauan kebanyakan bilik kuliah terdapat Over Head Projektor (OHP) dan

LCD Projektor bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini pengajaran dapat

dijalankan dengan lebih berkesan. Pelajar yang dahulunya menggunakan Over Head

Projektor (OHP) untuk pembentangan kerja khusus telah mula mengubah arah kepada

penggunaan LCD Projektor supaya persembahan pembentangan lebih menarik. Bagi

pembelajaran mata pelajaran seperti literasi komputer (SPT 1002), teknologi pendidikan

(SPT 2252), teknologi maklumat dalam pendidikan (SPT 1112) dan multimedia dalam

pendidikan (SPT 4102) ia tidak lagi tertumpu pada bilik kuliah Multimedia dan amali

bagi subjek ini dijalankan di dalam makmal komputer yang mengandungi kemudahan

komputer bagi setiap pelajar. Pengajaran menggunakan rangkaian komputer dan internet

telah dijalankan sepenuhnya di makmal-makmal komputer kerana ianya mempunyai

kelengkapan yang sepatutnya.

Dengan kemudahan internet yang di sediakan di dalam dan luar kampus telah

memudahkan pelajar meluncuri internet pada bila-bila masa sahaja. Bagi warga luar

kampus pula terdapat kedai siber (cyber cafe ) yang beroperasi hampir 24 jam yang

memberi kemudahan meluncuri internet. Pelajar dapat mengunjungi cyber cafe tersebut

pada bila-bila masa kerana tiada penjaga yang mengawal mereka yang duduk menyewa

di rumah sewa. Tiada sempadan dalam internet telah memudahkan pelajar mencari

maklumat yang dikehendaki bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Page 21: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

Pelajar juga boleh mengunjungi laman web pembelajaran atau hiburan bagi mengisi masa

lapang mereka. Terdapat juga pelajar yang mengunjungi laman-laman web yang tidak

sewajarnya seperti laman web yang berunsur lucah kerana tiada halangan semasa

meluncuri internet di cyber cafe. Kajian oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) mendapati

bahawa terlalu banyak pengguna internet terutamanya golongan remaja membuang masa

berjam-jam di kedai siber (cyber cafe) untuk bersembang menerusi laman perbualan

berunsur lucah dan memberahikan. (Dewan Masyarakat, Julai 99) Terdapat juga pelajar

yang mengunjungi laman borak dan leka berborak sehingga ke awal pagi. Menurut

pengurus Siber Lounge, Universiti Islam Antarabangsa(UIA) gombak, Muhammad

Dahlan Hj Berhan, terdapat segelintir pelajar tempatan di Universiti Islam

Antarabangsa(UIA) lebih suka menggunakan kemudahan internet untuk memasuki laman

borak dan leka berkenalan dengan rakan-rakan siber.

Sekiranya perkara ini tidak di bendung, masalah ketagihan internet akan melanda

pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Jalal (1999) mengkategorikan ketagihan internet

kepada 5 kategori iaitu;

i. Ketagihan terhadap seks siber.

Melibatkan ketagihan terhadap ruangan berborak(chat) dan laman web berunsur

lucah.

ii. Ketagihan terhadap perhubungan siber.

Melibatkan hubungan persahabatan dalam talian yang terjalin menerusi ruangan

‘chat’ dan kumpulan berita(news group). Persahabatan ini mampu mengganti

hubungan sesama rakan dan anggota keluarga dalam dunia sebenar.

iii. Ketagihan terhadap kegiatan internet.

Merujuk kepada keinginan yang tinggi terhadap pelbagai kegiatan internet yang

meliputi perjudian, beli-belah, lelongan dan sebagainya.

iv. Ketagihan terhadap maklumat.

Melibatkan aktiviti pelayaran web secara berlebihan di mana ‘web portal’ @ enjin

carian sering digunakan.

Page 22: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

v. Ketagihan terhadap komputer.

Melibatkan aktiviti permainan komputer (games) @ pengaturcaraan komputer

secara berlebihan sehingga melupakan kehidupan seharian.

1.3 Penyataan Masalah.

Melalui penyataan-penyataan di atas kita dapat melihat sejauh mana penggunaan

internet di kalangan remaja masa kini. Terdapat kekurangan dan kelebihan semasa

menggunakan internet. Ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk meninjau

sejauh mana penggunaan internet khususnya bakal guru dalam bidang Pendidikan Teknik

dan Vokasional di Fakulti Pendidikan. Perkembangan pesat teknologi maklumat(IT) di

Malaysia telah membawa satu corak perubahan dalam sistem pendidikannya.

Kebanyakan mata pelajaran sekarang telah menggunakan komputer sebagai bahan bantu

mengajar dan sekolah bestari yang menggunakan komputer sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran tela h ditubuhkan bagi mengikut revolusi maklumat ini.

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana penggunaan internet di

kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan. Melalui

pengalaman dan pemerhatian terdapat ramai pelajar Universiti Teknologi

Malaysia(UTM) yang menghabiskan masa mereka di cyber cafe. Kebanyakan kedai siber

(cyber cafe) pada hari ini menawarkan perkhidmatan permainan komputer(games)

berbanding meluncuri internet. Terdapat juga pengunjung cyber cafe tersebut

mengunjungi laman web yang berunsur lucah secara berleluasa. Keadaan ini mungkin

akan mempengaruhi penggunaan internet di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan

Vokasional. Dengan ini perkembangan teknologi maklumat yang seharusnya digunakan

untuk mencari maklumat telah disalahgunakan.

Page 23: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

Dengan adanya penyalahgunaan internet ini, beberapa etika penggunaan internet

telah di buat. Menurut National ICT Security and Emergency Response

Center(NISER)(1999) kod etika pengguna internet adalah di larang;

Ø menyalurkan bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut,menghina,

memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat;

Ø menggalakkan perilaku yang menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam

dan di luar negara serta pelanggaran undang -undang Malaysia dan antarabangsa;

Ø menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau

masyarakat keseluruhannya;

Ø menghantar iklan tidak dikehendaki dan amalan perdagangan yang mengelirukan;

Ø menggalak, membangun dan menjalankan kegiatan haram seperti skim cepat

kaya, skim piramid dan surat berantai;

Ø melakukan pengeboman mel kepada e-mel; menghantar mesej yang sama kepada

banyak kumpulan berita;

Ø memalsukan kepala e-mel;

Ø melakukan kegiatan haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar

harta intelek, rahsia dan perdagangan barangan yang dilindungi hak cipta;

Ø mencerobohi peralatan yang dimiliki individu, kumpulan atau organisasi;

Ø menyebabkan gangguan perkhidmatan;

Ø memberi maklumat salah kepada sebarang borang atau kontrak;

Ø melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian bagi mencuri data;

Ø membatalkan penghantaran yang dibuat kepada orang lain kecuali pengendali.

Dengan adanya kod etika ini kita dapat lihat sejauh mana pelajar Pendidikan Teknik dan

Vokasional ini mengikut kod etika yang disediakan ini.

Nasihat dan pencegahan seharusnya dilakukan agar perbuatan seperti

penyalahgunaan internet tidak berlaku. Ini adalah untuk membersihkan hati dan

mengubah perangai yang kurang elok bagi sesiapa yang melakukannya. Dengan ini

Page 24: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

menimbulkan minat pengkaji untuk menjalankan satu kajian tentang penggunaan internet

di kalangan pelajar. Pengkaji telah memilih pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana pengguna internet di kalangan

bakal guru ini dapat menggambarkan penggunaan internet secara umumnya bagi

keseluruhan Fakulti Pendidikan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan internet di kalangan pelajar

Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Antara objektif kajian ialah ;

1) Mengenal pasti kadar penggunaan internet di kalangan pelajar tahun 4 Pendidikan

Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

2) Mengenal pasti bentuk penggunaan internet di kalangan pelajar tahun 4

Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

3) Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar tahun 4 Pendidikan Teknik dan

Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengenai kod

etika dan undang-undang penggunaan internet.

4) Mengenal pasti tahap kepatuhan pelajar tahun 4 pendidikan teknikal dan

vokasional di fakulti pendidikan, universiti teknologi Malaysia pada etika dan

penggunaan internet.

Page 25: PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 … · 4.3.6 Pendapat Tentang Etika Dan 59 Undang-Undang Internet Di Malaysia ... Setiap rangkaian yang disambung ke Internet boleh

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berkaitan dengan

1) Sejauh manakah kekerapan penggunaan internet di kalangan pelajar Pendidikan

Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

2) Bagaimanakah bentuk penggunaan internet di kalangan pelajar Pendidikan Teknik

dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?

3) Sejauh manakah mana pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mengetahui kod etika dan undang-

undang penggunaan internet?

4) Sejauh manakah kod etika dan undang-undang penggunaan internet di patuhi oleh

pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia?