penggunaan dadah dalam sukan

5
PENGGUNAAN DADAH DALAM SUKAN December 3, 2012 · by sasaranfkpm · in RENCANA . · Penggunaan dadah di dalam sukan adalah isu yang tidak asing lagi di dalam arena sukan di dunia termasuk juga di negara kita. Penggunaan dadah terlarang dalam aktiviti sukan adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet secara sengaja atau tidak sengaja. Dadah atau ‘drug’ merupakan sesuatu bahan selain daripada makanan yang apabila diambil oleh atlet akan menyebabkan perubahan dalam badan. Bekas ketua Agensi Dadah Sedunia mendedahkan bahawa terdapat lebih kurang 10 peratus atlet sukan yang menyertai sukan Olimpik 2012 baru-baru ini, telah gagal dalam ujian dadah yang mengakibatkan atlet berkenaan dibatalkan penyertaannya di dalam temasya sukan yang diadakan di kota London itu. Bagi sesiapa yang berkecimpung di dalam arena sukan, perkataan ‘doping’ semestinya bukan sesuatu perkara yang asing. ‘Doping’ adalah merujuk kepada penggunaan dadah atau ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC) yang merupakan satu organisasi penting di dalam sukan Olimpik kerana ia telah menjadi suatu amalan atlet profesional mahupun amatur bagi mendapatkan kelebihan yang maksimum dalam prestasi atlet tersebut untuk mengejar kemenangan.

Upload: nor-amani-mohd-zin

Post on 25-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Dadah Dalam Sukan

PENGGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

December 3, 2012 · by sasaranfkpm · in RENCANA. ·

Penggunaan dadah di dalam sukan adalah isu yang tidak asing lagi di dalam arena

sukan di dunia termasuk juga di negara kita. Penggunaan dadah terlarang dalam

aktiviti sukan adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet secara

sengaja atau tidak sengaja.

Dadah atau ‘drug’ merupakan sesuatu bahan selain daripada makanan yang apabila

diambil oleh atlet akan menyebabkan perubahan dalam badan.

Bekas ketua Agensi Dadah Sedunia mendedahkan bahawa terdapat lebih kurang 10

peratus atlet sukan yang menyertai sukan Olimpik 2012 baru-baru ini, telah gagal

dalam ujian dadah yang mengakibatkan atlet berkenaan dibatalkan penyertaannya

di dalam temasya sukan yang diadakan di kota London itu.

Bagi sesiapa yang berkecimpung di dalam arena sukan, perkataan ‘doping’

semestinya bukan sesuatu perkara yang asing. ‘Doping’ adalah merujuk kepada

penggunaan dadah atau ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council

(IOC) yang merupakan satu organisasi penting di dalam sukan Olimpik kerana ia

telah menjadi suatu amalan atlet profesional mahupun amatur bagi mendapatkan

kelebihan yang maksimum dalam prestasi atlet tersebut untuk mengejar

kemenangan.

Page 2: Penggunaan Dadah Dalam Sukan

LANCE

ARMSTRONG…jaguh berbasikal yang melakukan kesalahan doping

Pengharaman pengambilan dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama,

ia memberi kelebihan kepada atlet yang menggunakannya dan secara tidak

Page 3: Penggunaan Dadah Dalam Sukan

langsung akan menimbulkan isu ketidakadilan serta melanggar segala peraturan

dalam pertandingan dan kedua, cara pengambilan dan jumlah penggunaan dadah

akan memudaratkan atlet tersebut dari pelbagai aspek termasuk kesihatan.

Sejarah arena sukan telahpun membuktikan banyak kes-kes kematian berlaku

akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung. Contoh ‘doping’

secara tidak sengaja berlaku apabila atlet mengambil ubat untuk merawat sesuatu

penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.

DOPING…meningkatkan prestasi dan stamina atlet namun memberikan impak yang

negatif

Sejak awal 1970an lagi, pelbagai jenis dadah telah digunakan, antaranya

perangsang atau lebih dikenali sebagai stimulant dan juga narkotik.

Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin, iaitu

sejenis dadah yang memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama

dalam pertandingan seperti lumba basikal, larian jarak jauh, acara renang, dan

sukan-sukan lain yang memerIukan daya tahan.

Page 4: Penggunaan Dadah Dalam Sukan

Kini senarai dadah yang digunakan bagi tujuan yang sama telah berlipat ganda dan

kini makmal perlu mengesan sejumlah 70 jenis dadah perangsang.

Kategori dadah yang sangat popular dikalangan atlit ialah bahan steroid anabolik.

Dadah jenis ini merangkumi lebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-

makmal doping seluruh dunia.  Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di

luar masa pertandingan kerana manfaat dan perubahan yang diingini oleh atlit

adalah pada masa latihan.

Oleh kerana itu, bagi mengelakkan pengesanan wujudnya dadah di dalam tubuh,

atlit akan menggunakan steroid anabolik di sesi latihan yang berjarak beberapa

bulan sebelum pertandingan sebenar dijalankan.

Tabiat pengambilan dadah di dalam arena sukan ini turut mengundang implikasi

yang serius terhadap kerjaya atlet yang terlibat. Sekiranya seseorang atlet itu

didapati bersalah dan mengambil dadah, tindakan minimum yang akan dikenakan

ialah mereka akan digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan selama

dua tahun.

Mereka juga berdepan risiko mana-mana rekod atau pingat yang telah diperoleh

sebelum ini akan ditarik balik serta-merta atau selepas sampel itu diambil.

Perkara seperti ini yang terjadi kepada jaguh berbasikal dunia, Lance Armstrong dan

rakan pasukannya yang didapati menggunakan dadah untuk memenangi tujuh

kejuaraan berturut-turut jelajah berprestij, Tour de France. Akibatnya, segala gelaran

dan pingat telah ditarik balik dan namanya dipadam dari sejarah berbasikal dunia.

Hari ini, WADA (World Anti-doping Agency) dan agensi sukan lain telah melancarkan

perang besar-besaran terhadap pengambilan dadah dalam sukan agar ia tidak

berkembang, selaras dengan perkembangan sukan moden hari ini.

Nyatanya, penggunaan dadah dalam sukan ini hanya akan memberikan impak yang

negatif kepada para atlet sukan kerana ia akan mencemarkan nama baik negara

yang mengambil bahagian di dalam arena sukan dunia malah ia juga akan

menghancurkan diri dan karier atlet itu sendiri.

Page 5: Penggunaan Dadah Dalam Sukan