penggunaan bbm dalam pendidikan akidah: kajian kes

17
PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib Mohd Noor Zulkiflee Haron Mohd Nasir Ripin Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia, [email protected] Suggested Citation: Wan Embong W. H., Mohd Noor S. S., Haron Z., & Ripin M. N.(2013). Penggunaan BBM dalam Pendidikan Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam in Semi- nar on Science & Technology 2013 on 1 st Oktober 2013 by Fakultas Sains dan Teknologi UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta and Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia, p. 152-161. ISSN 2339-143X. ABSTRACT Pendidikan akidah merupakan tunjang dalam pendidikan Islam bagi menghasilkan modal insan yang lengkap selaras dengan keperluan negara. Lantaran itu, pengajaran subjek ini perlu diberikan perhatian kerana sifatnya yang subjektif dan berfalsafah sukar dikendalikan oleh guru. Kajian kuali- tatif ini adalah bersifat kajian kes yang bertujuan untuk melihat kedudukan motivasi dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran akidah di dalam kelas. Responden kajian adalah terdiri daripada empat orang Guru Cemerlang Pendidikan Mam (GCPI) di sekolah Menengah sekitar Johor Bahru. Dapatan menunjukkan BBM sangat membantu guru dalam pengajaran pendidikan akidah. Ia mampu memotivasi pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas. BBM yang menggunakan teknologi seperti video dan animasi sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. 2002. Pendidikan akhlak dalam KBSM: Persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri I ) . Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional. Adnan Yusopp. 2002. Kurikulum barn Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menghadapi era global- isasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. him. 1-9. Ahmad Mohd Salleh. 2004. Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. (Edisi Semakan). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Al-Attas, Syed Mohd. Naquib. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. (Teij. Samsudin Jaafar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Al-Syaibani, Omar Muhamad al-Toumy. 1991. Falsafah Pendidikan Islam. Terj. Prof Dr Hasan Langgulung. Shah Alam: Hisbi Al-Tusi. 1964. Akhlaq al-Nasiri. Wickens, G.M. (teij.) The Nasirean Ethic. London: George Allen & Unwin Ltd. Ali Ab. Ghani. 2008. Membangun Modal Insan. Kertas keija Utama Konvensyen Nasional PIPP Kedua. 24 -27 Novem- ber 2008 di Institut Amunudin Baki Genting Highland Pahang. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. REFERENCES

Upload: hoangnhu

Post on 11-Dec-2016

258 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

GURU CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM

Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib Mohd Noor

Zulkiflee Haron Mohd Nasir Ripin

Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia, [email protected]

Suggested Citation: Wan Embong W. H., Mohd Noor S. S., Haron Z., & Ripin M. N.(2013). Penggunaan BBM dalam Pendidikan Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam in Semi-nar on Science & Technology 2013 on 1st Oktober 2013 by Fakultas Sains dan Teknologi UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta and Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia, p. 152-161. ISSN 2339-143X.

ABSTRACT

Pendidikan akidah merupakan tunjang dalam pendidikan Islam bagi menghasilkan modal insan yang lengkap selaras dengan keperluan negara. Lantaran itu, pengajaran subjek ini perlu diberikan perhatian kerana sifatnya yang subjektif dan berfalsafah sukar dikendalikan oleh guru. Kajian kuali-tatif ini adalah bersifat kajian kes yang bertujuan untuk melihat kedudukan motivasi dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pengajaran akidah di dalam kelas. Responden kajian adalah terdiri daripada empat orang Guru Cemerlang Pendidikan Mam (GCPI) di sekolah Menengah sekitar Johor Bahru. Dapatan menunjukkan BBM sangat membantu guru dalam pengajaran pendidikan akidah. Ia mampu memotivasi pelajar dalam pembelajaran di dalam kelas. BBM yang menggunakan teknologi seperti video dan animasi sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. 2002. Pendidikan akhlak dalam KBSM: Persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri I ) . Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional.

Adnan Yusopp. 2002. Kurikulum barn Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menghadapi era global-isasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. him. 1-9.

Ahmad Mohd Salleh. 2004. Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi. (Edisi Semakan). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Al-Attas, Syed Mohd. Naquib. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam. (Teij. Samsudin Jaafar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Syaibani, Omar Muhamad al-Toumy. 1991. Falsafah Pendidikan Islam. Terj. Prof Dr Hasan Langgulung. Shah Alam: Hisbi

Al-Tusi. 1964. Akhlaq al-Nasiri. Wickens, G.M. (teij.) The Nasirean Ethic. London: George Allen & Unwin Ltd. Ali Ab. Ghani. 2008. Membangun Modal Insan. Kertas keija Utama Konvensyen Nasional PIPP Kedua. 24 -27 Novem-

ber 2008 di Institut Amunudin Baki Genting Highland Pahang. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

REFERENCES

Page 2: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

Amuli, Jawad. 2001. Rahsia-rahsia ibadah. Teij. Jalad Muammar. Bogor: Penerbit Cahaya. Asmawati Suhid. 2003. Kesesuaian subbidang pembelajaran adab dan akhlak Islam KBSM menurut persepsi guru. Pro-

siding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan (Siri 3) : Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi, hal. 94-105

Asmawati Suhid. 2005. Persepsi guru dan pelajar di Selangor terhadap kesesuaian pengagihan komponen adab dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Universi-ti Putra Malaysia.

Azma Mahmood. 2006. Pengukuran Tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Ma-laysia. Tesis Ph.D Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2012). Data salah laku disiplin murid. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malay-sia.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2009). Didik generasi muda tanggungjawab setiap muslimhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Mo nday/Agama/20090524214952/Article/index_html. Dimuat turun pada 25 Mei 2009.

Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail. (2006,13-14 Jun). Penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kertas keija yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajian Umum.

Harery Abu Saad. (2007). Perkaitan penghayatan akhlak, sikap terhadap sains, pencapaian dan pemilihan kerjaya di kalangan pelajar dalam konteks pembangunan modal insan bersepadu dalam bidang sains dan teknologi di SMKA. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibn Miskawayh, Abu 'Ali Ahmad Ibn Miskawayh. 1966. The refinement of character. Beirut: American University of Beirut.

Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai Johor: Penerbit UTM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002a. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002b. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM Kurshid Ahmad. 1975. Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: ABIM. Md Zawawi Abu Bakar, Mahyuddin Abu Bakar, Azman Md Zain, Mohamad Khadafi Rofi dan Mohd Khairul Anwar

Othman (2003) Etika Islam Dalam Usaha Peneiokaan Sains dan Teknologi. Kertas Keija Seminar Islam An-tarabangsa. Masjid Sultan Ismail UTM di Hotel Putri Pan Johor Bahru pada 7-9 September 2003.

Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid dan Samsilah Roslan. (2011). Hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar: Satu dapatan awal. Prosiding 16th International Conference on Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam.

Mohd Nasir bin Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1990). Pukal latihan kurikulum bersepadu sekolah menengah: Falsafah pendidikan negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakan & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR / KBSM. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia. Sulaiman Nordin (1993), Sains Falsafah dan Islam. Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Umum UKM. Tabatabai, al-'Allamah, al-Sayid Muhammad Husayn. 1991. al-Mizan fi tafsir al-qur'an. 21 jilid. Beirut: Muassasah al-

alamy li al-Matbu'at. Tajul Ariffin Nordin dan Nor'Aini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia: Pendekatan bersepadu. Bangi:

As-Syabab Media. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2006. Masyarakat Islam Hadhari: Satu tinjauan epistemologi dan kependidikan ke arah

penyatuan pemikiran bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yaljan, Miqdad. 1986. Peranan pendidikan akhlak Islam dalam membangun peribadi, masyarakat dan budaya manu-

sia. Teij. Tajudin Nur. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Yusof Qaradhawi (1996). Memahami Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah.Selangor: Angkatan Belia Islam

Malaysia Zaharah Hussin, Ab. Halim Tamuri & Jaffary Awang. 2005. Pembinaan kurikulum pendidikan akhlak ke arah pem-

bangunan kemanusiaan sejagat. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4) Pendidikan Islam ke arah kemanusi-aan sejagat. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 25 - 26 Jun 2005.

Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md Aroff, Rahil Hj. Mahyuddin, Mohd Ibrahim Nazri, Muhammad Hassan Abd Rah-man, Abd Rahim Hj. Faffiee dan Habsah Ismail. 1998. Laporan penyelidikan pendidikan Akhlak di sekolah menen-gah kebangsaan agama. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia.

Page 3: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 7

Penggunaan BBM dalam Pendidikan Akidah: Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam*

Wan Hassan Wan Embong Sulaiman Shakib bin Mohd Noor* Zulkiflee Haron** Mohd Nasir Ripin*

Pendidikan akidah merupakan tunjang

dalam pendidikan Islam bagi

menghasilkan modal insan yang lengkap

selaras dengan keperluan negara.

Lantaran itu, pengajaran subjek ini perlu

diberikan perhatian kerana sifatnya yang

subjektif dan berfalsafah sukar

dikendalikan oleh guru. Kajian kualitatif

ini adalah bersifat kajian kes yang

bertujuan untuk melihat kedudukan

motivasi dan penggunaan Bahan Bantu

Mengajar (BBM) dalam pengajaran

akidah di dalam kelas. Responden kajian

adalah terdiri daripada empat orang Guru

Cemerlang Pendidikan Mam (GCPI) di

sekolah Menengah sekitar Johor Bahru.

Dapatan menunjukkan BBM sangat

membantu guru dalam pengajaran

pendidikan akidah. Ia mampu memotivasi

pelajar dalam pembelajaran di dalam

kelas. BBM yang menggunakan teknologi

seperti video dan animasi sangat

membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Islam merupakan teras atau inti kepada mata pelajaran lain dalam memainkan fungsi untuk membentuk pelajar yang berperibadi utuh dan berakhlak mulia. Sementara subjek Akidah

1 pula adalah tunjang kepada

unit-unit lain dalam Pendidikan Islam (Tajul Ariffin Nordin

et al: 2002). Pendidikan Akidah ialah proses penanaman keyakinan kepada manusia terhadap keesaan Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya, menjadi insan soleh yang mendekatkan diri kepada Allah dengan merealisasikan

sibghah Islam ke dalam semua aspek kehidupan (Kamarul Azmi Jasmi et al: 2007). Matlamat pendidikan Akidah

2 pula

ialah di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar bukan sahaja mendapat pangkat 'A+' dalam peperiksaan, malahan seluruh kehidupan di dalam dan di luar sekolah tercerna

1 Menurut Abdul Salam (2004) pendidikan akidah

ialah...' pengiktirafan dan pengesahan berkenaan realiti dan kebenaran yang terbentuk secara berperingkat dalam diri kanak-kanak berkaitan kedudukan yang sebenar bagi sesuatu perkara dalam susunan ciptaan, yang dapat membawa kepada pengiktirafan dan pengesahan berkenaan realiti dan kebenaran berkaitan kedudukan yang sebenar bagi Tuhan dalam susunan kewujudan'.

sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Matlamat inilah yang dimaksudkan oleh Syed Qutb (1978) sebagai kejayaan dalam pendidikan akidah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. Kata beliau:

"Rasulullah SAW telah mendidik para Sahabat sehingga berjaya membentuk akidah sahabat dengan mantap. Ia menjadikan iman mereka hidup ketika makan, berjalan di pasar, sehingga mereka dikatakan sebagai al-Quran yang bergerak di atas muka bumi. Setiap individu adalah contoh kepada Islam, dan kecantikan Islam. Perwatakan ini dapat dilihat dalam setiap individu Muslim."

Berdasarkan pandangan di atas, jelas sekali bahawa subjek Pendidikan Akidah merupakan ilmu terpenting bagi seseorang Muslim kerana dari sinilah akan terbinanya ilmu-ilmu Islam yang lain (Zain Mohammad Syahatah et

al.: 1998). Lantaran itu, pengajaran subjek

2 Ghazali Darussalam (2001) membuat rumusan

dengan meletakkan matlamat pendidikan akidah adalah: (i) Untuk membebaskan manusia daripada perhambaan selain daripada Allah SWT. (ii) Untuk membersihkan rohani dan hati serta membentuk peribadi agar sentiasa berkelakuan baik dalam kehidupan. (iii) Untuk menyucikan jiwa manusia daripada mengikuti kehendak hawa nafsu semata- mata dan tidak melupakan Allah SWT. (iv) Untuk membentuk jiwa agar dapat menjauhi diri daripada segala kemaksiatan dan kemungkaran kerana takutkan kepada Allah SWT dan menurut sunnah baginda Rasullullah SAW. (v) Untuk membina istiqamah dan pendirian yang teguh terhadap segala perintah Allah SWT dengan penuh yakin dan sabar Akidah perlu diberikan perhatian kerana kedudukannya yang penting dalam hieraki ilmu. Di samping itu, tumpuan juga perlu diberikan memandangkan proses melaksanakan pengajaran terhadap Pendidikan Akidah ini adalah paling sukar kepada seorang guru. Kesukaran ini merujuk kepada topik-topik perbincangan dalam pengajaran Pendidikan Akidah banyak berkaitan perkara- perkara keimanan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bersifat subjektif dan kepercayaan dalam perkara- perkara ghaib. Oleh itu, pelaksanaan pengajaran Pendidikan Akidah mestilah yang terbaik dengan menggunakan strategi pengajaran yang praktikal dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terbaik.

Page 4: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

8 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia

2.0 STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN AKIDAH

Dalam pelaksanaan pendidikan terhadap para Sahabat, selain sifat Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan, baginda sendiri melaksanakan kaedah tertentu sehingga beijaya membentuk peribadi para sahabat menjadi sekumpulan generasi

3 yang unggul dan saleh.

Menyedari kepentingan strategi atau pendekatan dalam menentukan kejayaan pendidikan, maka Pendidikan Akidah perlukan kepada strategi tertentu. Bagi Ab. Halim (2004), antara strategi pengajaran seperti guru boleh memilih metod pengajaran yang sesuai dengan tujuan pendidikan yang ingin dicapainya, atau sesuai dengan mata pelajaran yang ingin diajarnya, serta sesuai dengan tahap kematangan dan perkembangan serta kecerdasan pelajar-pelajar di dalam kelas. Dunia pendidikan perlu menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat yang ada di samping mengambil kira tahap kematangan pelajar masa kini. Dalam hal ini, Aisyah Lemu (1997) berpendirian bahawa "a very traditional, often

antiquated, approach in Islamic education" yang bergantung kepada hafazan semata-mata sudah usang dan memerlukan pembaharuan. Begitu juga kaedah syarahan untuk subjek sukar seperti akidah ini juga adalah tidak sepenuhnya sesuai. Bagi Samak (1998), kaedah mengajar dengan cara memberi syarahan dan penerangan hanya harus bagi peringkat pengajian tinggi sahaja, tetapi tidak sekali-kali untuk peringkat rendah. Oleh itu, demi melahirkan hasil yang baik dan mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran akidah perlu dipelbagaikan tekniknya.

3.0 TABIAT PENDIDIKAN AKIDAH

Seorang guru Pendidikan Islam yang baik akan cuba memenuhi kesemua aras domain sasaran Pendidikan Akidah untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Domain-domain tersebut ialah (i) domain kognitif, yang bermakna pemberian ilmu pengetahuan; (ii) domain afektif, bermaksud menanam dan menyuburkan kepercayaan serta sikap yang dikehendaki oleh agama dan (iii) domain psikomotor, iaitu kebolehan bertindak dan beramal mengikut kehendak Islam (Ab Halim: 2004). Ini bermakna pengetahuan tentang tabiat pendidikan akidah itu sendiri menjadi elemen penting yang perlu dikuasai oleh guru sebelum sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah berjalan.

Guru juga perlu memahami dan menguasai dengan jelas matlamat yang ingin dicapai. Menguasai matlamat akan mempengaruhi bentuk dan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah di dalam kelas. Menggambarkan kejayaan mencapai matlamat ini, al-Qaradawi (1992) mengatakan bahawa "...pendidikan

Muslim yang menghasilkan dadanya bergejolak kerana

3

Penyelidik menggunakan perkataan generasi kerana kesan pendidikan al-Rasul itu lahir sekumpulan masyarakat sahabat(majoriti) yang mantap tahap akidah mereka dan bukan beberapa orang individu dalam jumlah yang terpencil, membayangkan kejayaan pengajaran dan pembelajaran madrasah Rasulullah.

ghairah terhadap Islam bagai gejolak air mendidih yang

menjelma menjadi kekuatan yang mendorongnya

berusaha mengadakan perubahan dan pembaikan."

4.0 METODOLOGIKAJIAN

Metod kajian ini merupakan Kajian Kes terhadap Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) untuk melihat bagaimana mereka mengaplikasikan teori atau strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam aspek BBM. Kajian yang dilakukan di daerah Johor Bahru ini terdiri daripada empat orang sampel yang sedang mengajar tingkatan empat di sekolah menengah harian. Dalam kajian kualitatif ini data dipungut melalui temu bual secara mendalam. Penyelidik menganalisis data yang dikutip dengan menggunakan perisian Nvivo.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan Pendidikan Akidah memerlukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya. Subjek Akidah yang dikira sebagai satu "subjek sukar", sangat memerlukan guru menggunakan strategi pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan seharusnya mempunyai daya yang boleh memberi motivasi dalam proses pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat pola amalan pengajaran dan pembelajaran akidah yang menonjol untuk diketengahkan. Penyelidik akan melakukan perbincangan dalam dua aspek iaitu (i); Strategi pengajaran dan pembelajaran akidah yang bermotivasi, dan (ii); Bahan bantu mengajar pendidikan akidah yang digunakan di dalam kelas.

5.1 Strategi Pengajaran Pendidikan Akidah Bermotivasi

Faktor motivasi adalah penting untuk diambil kira sebelum berlaku proses pembelajaran. Ini memerlukan guru-guru bijak memilih pendekatan dan strategi yang bersesuaian agar hasil Pendidikan Akidah dapat dicapai sebagaimana yang diharapkan. Pendekatan yang baik mampu membawa pelajar untuk bersama-sama dengan penuh minat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bagi subjek Pendidikan Akidah yang bersifat subjektif dan falsafah, strategi pengajaran yang dipilih, adalah dengan memberikan motivasi kepada pelajar supaya boleh memberi kesan pembelajaran sehingga kepada domain afektif dan psikomotor, di samping domain kognitif (GCPI 9 2011: 648, GCPI 9 2011: 633). Justeru harapan sebagaimana dinyatakan oleh Sufean Hussin (2004) iaitu pendekatan yang berkonsepkan educere yang mendidik aspek emosi, rohani, moral dan estetika yang mengurangkan fenomena pengkhususan dan

compartmentalization ilmu pengetahuan agar bersifat bersepadu. Dengan ini proses pembelajaran yang berlaku adalah bersandarkan kepada faktor dalaman yang akan memotivasi pelajar secara konsisten dan tidak mudah diganggu oleh faktor-faktor luaran yang mendatang.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman pelajar tentang kepentingan akidah dalam kehidupan manusia adalah merupakan motivasi pembelajaran akidah yang paling ampuh. Konsep akidah yang menjadi dasar pegangan Muslim bergejolak dalam

Page 5: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 9

jiwa menuntut supaya individu bersungguh mempelajari pelajaran termasuk pelajaran Akidah. Sebaliknya tanpa kefahaman yang baik, konsep akidah yang ada tidak dapat berfungsi dengan baik dan melaksanakan tuntutan- tuntutannya dengan sempurna. Pegangan akidah yang benar akan mendorong para pelajar bersungguh- bersungguh di dalam kelas mempelajari Pendidikan Akidah dan subjek-subjek yang lain juga. Mereka juga memahami setiap usaha dan pemikiran yang dikorbankan untuk maksud ini akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT walaupun gagal mendatangkan hasil dalam peperiksaan.

Dalam konteks ini, Rasulullah SAW bersabda: Ketakwaan (keimanan) itu ada di sini (sambil menunjuk dada baginda).

4 Dalam hal ini A1 Wa'iy (2004)

menghuraikan bahawa hebatnya kekuatan keimanan tersebut boleh membuat seseorang berlari menuju kemuliaan, tanpa bosan dan jemu, serta tidak berputus asa. Malahan sebaliknya Allah SWT menggolongkan orang-orang yang mudah berputus asa ke dalam golongan orang-orang yang sesat. Firman Allah SWT:

jgj VI fii-J Of (jij Jll

Pengertiannya: Nabi Ibrahim berkata:

"Dan tiadalah sesiapa yang berputus

asa dari rahmat Tuhannya melainkan

orang-orang yang sesat".

(Surah AlHijr (15): 56) Justeru, pelajar yang mempunyai asas pemikiran

ini akan memotivasi diri mereka untuk mencapai matlamat yang suci ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh dalam pengajian terutamanya dalam pembelajaran di dalam kelas. Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab mencetuskan suasana ini dengan menggunakan mana-mana pendekatan yang bersesuaian. Ini yang dikatakan oleh Alavi (2008) sebagai:

Islamic education is therefore both

teacher-oriented and student-

centered. The teacher is required to

take the interests of his or her student

as the starting point of his work.

Dalam hal ini, antara pendekatan pengajaran Pendidikan Akidah ialah penggabungjalinan dengan disiplin subjek-subjek lain sebagaimana yang dicadangkan oleh al-Nadawi (1987). Dapatan yang serupa daripada kajian oleh Yunus (2010) yang memerlukan Pendidikan

4 Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah

s.a.w. bersabda, " ......... takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), beliau mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang lainnya haram; darahnya, hartanya, dan kehormatannya." (HR. Muslim). Al- Nawawi, Yahya bin Syaraf al- Din (1984), Sharah Matan al-

Arba 'in al- Nawawi fi al- Ahadith al- Sahihah al-

Nabawiyyah, hadis no. 35, c.4, Dimasyq: Maktabah Dar al- Fath, h. 92.

Akidah digabungjalinkan dengan subjek lain seperti Geografi, Fizik, Kimia, Biologi dan Astronomi. Bagi Sufean, ia berfungsi untuk membina generasi yang mempunyai daya ketahanan dalam diri agar individu mampu mendukung idealisme masyarakat bermoral dan

civil minded seterusnya dapat mengelakkan perpecahan masyarakat yang memegang budaya ketimuran dengan ciri cohesiveness yang unik (Sufean Hussin, 2004). Bagi Rahimah (1998), ia adalah usaha penyusunan semula kurikulum yang mengambil kira semua pendekatan-pendekatan baru

s. Dengan latar belakang ini

pendekatan-pendekatan yang perlu diambil oleh guru-guru Pendidikan Islam boleh melangkaui batas subjek. Ini bermakna mereka perlu memahami sedikit asas-asas subjek lain untuk digabungkan ke dalam Pendidikan Akidah.

Begitu juga kelebihan pendekatan penerapan pemikiran kritis dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah. Dalam kajiannya terhadap silibus akidah tingkatan empat dan lima, Mohd Fauzi (2005) berpandangan kandungan dan kaedah pengajaran yang diajar sepatutnya mengandungi elemen 'reasoning' yang menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih seronok sekali gus melahirkan pelajar yang kritis dan mampu menganalisis sesuatu samada secara induktif ataupun deduktif. Secara tidak langsung ia juga berfungsi meningkat motivasi pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran.

Walau apapun strategi yang dipilih berdasarkan kepada kesesuaian topik dalam sesuatu sesi pengajaran, apa yang perlu diberi keutamaan ialah setiap detik sepanjang proses pengajaran itu dipergunakan oleh guru di samping untuk matlamat perkembangan kognitif, juga berfungsi untuk mendatangkan motivasi dan

5 Hal ini sebenarnya telah digunakan di dalam al-

Quran yang menggabungkan unsur-unsur sains ke dalam pendidikan akidah seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan manusia dan pelbagai lagi sebagai pendekatan baru yang menarik perhatian pelajar.

Page 6: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

10 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia

membangkitkan minat pelajar dalam pembelajaran. Ia juga sekali gus sebagai benteng penghalang munculnya sifat-sifat negatif seperti kecewa, luntur dan hilang semangat belajar. iii.

5.2 Amalan Penggunaan BBM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Akidah

Amalan penggunaan BBM dalam kelas sangat membantu GCPI menjalankan pengajaran akidah dengan berkesan. Penggunaan BBM yang dapat dicerap melalui data kajian kualitatif ini sebanyak 9 jenis. Nota, komputer, ICT, audio video, animasi, filem, internet dan televisyen merupakan bahan bantu mengajar yang sering digunakan oleh sebahagian besar GCPI dalam P&P. Ini dapat dilihat iv. dalam jadual di bawah.

Jadual 5.3 Penggunaan BBM oleh GCPI

Bahan Bantu Mengajar

______ Animasi _______

_______ Audio ________

_______ Filem ________

______ Internet ________

Komputer & ICT

v.

_______ Nota _________

________ TV _________

Video Jadual di atas adalah cerapan daripada dapatan temubual sebagaimana petikan-petikan di bawah.

i. Animasi Pihak kementerian sendiri telah menyediakan satu portal e-learning. Kalau kita lihat sebentar tadi ada animasi kartun, itu sebenarnya disediakan kementeriaan pelajaran..

GCPI 7 2011: 523 Kalau boleh kita war-warkan kepada pelajar sebab itu melibatkan kuasa yang besar tapi jelas dapat dilihat, contoh kufur macam ni, contoh khurafat macam ni dalam bentuk animasi memang sesuai dengan pelajar.

GCPI 7 2011: 557 ii. Audio

Haah...seluruh Malaysia gunakan bahan sampai kadang-kadang bandwith dah penuh, full sampai tak boleh nak buka langsung. Sebab dalam tu saya sediakan video, bahan- bahan audio yang boleh didownload oleh guru dan pelajar dan

alhamdulillah dapat sambutan yang baik

GCPI 7 2011: 201 Filem Kita bimbang pengalaman sedia ada berdasarkan pemerhatian mereka ni kepada filem,

GCPI 7 2011: 398 Sebab kadang-kadang kita nak cerita macam tadi ada tayang yang boleh link kat power point tadi, link dengan gejala macam arak tadi.. .Sebenarnya ada filem...

GCPI 9 2011: 276 Internet Sebab kita lihat memang pelajar sekarang ni dia cerdas dengan internet jadi proses belajar tu secara kendiri tu sekarang ni memainkan peranan yang penting disamping pelajar belajar dalam kelas, dia belajar secara kendiri...

GCPI 7 2011: 205 Pihak kementerian sendiri telah menyediakan satu portal e-learning. Kalau kita lihat sebentar tadi ada animasi kartun, itu sebenarnya disediakan Kementerian Pelajaran..

GCPI 7 2011: 523

Komputer & ICT Ketinggalan zaman, tak menggunakan computer. Jadi kita nak ubah paradigma tersebut, itu yang saya pernah banyak terlibat dalam memberi kursus kepada guru-guru pendidikan Islam

GCPI 7 2011: 179 Penting sangat sebab saya ni kalau computer tu memang bahan bantu mengajar saya...

GCPI 8 2011: 412 kita pernah beri input berkaitan dengan ICT dan saya lihat ada kecenderungan. Maknanya guru-guru sekarang ni berminat untuk mendalami ilmu ICT tapi mungkin kekangan masa..

GCPI 7 2011: 182 mendalami ilmu ICT tapi berdasarkan pengalaman kebanyakan guru-guru pendidikan Islam mereka berminat..

GCPI 7 2011: 186 Penggunaan ICT satu arah.. .permulaan dengan ayat al- Quran sebelum kita masuk bab-bab akidah...

GCPI 9 2011: 296 sebab kita gunakan unsur-unsur multimedia. Jadi kalau hari itu ada subjek pendidikan Islam, mereka rasa tak sabar nak masuk kelas.

GCPI 7 2011: 433

Page 7: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 11

Nota Di situ ada latihan, ada penilaian, ada ulangkaji, nota, video dan sebagainya. Satu sumbangan saya untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam.

GCPI 7 2011: 209 TV Kita bimbang pengalaman sedia ada berdasarkan pemerhatian mereka ni kepada filem, kepada rancangan tv dan apa yang berlaku dalam masyarakat dapat menyebabkan mereka ni keliru dengan apa yang kita sampaikan

GCPI 7 2011: 398 Video Sebab dalam tu saya sediakan video, bahan-bahan audio yang boleh didownload oleh gum dan pelajar

GCPI 7 2011: 202 Haah... ada gambar, video. Kalau kita boleh aplikasikan dengan ni.

GCPI 8 2011: 372 Di situ ada latihan, ada penilaian, ada ulangkaji, nota, video dan

sebagainya. Satu sumbangan saya

untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam.

GCPI 7 2011: 209 Ya, sebab saya sendiri ada buat video tentang pembuangan bayi dan kita tayangkan dan lihat reaksi pelajar memang ngerilah kalau tengok bayi yang dibuang tu, dalam keadaan hancur kepala, badan dan sebagainya.

GCPI 7 2011: 486 ... ada lagi tak yang video best-best, dia tanya lagi...

GCPI 9 2011: 437 ...video animasi macam Upin dan Ipin

GCPI 7 2011: 550

Nota, komputer, ICT dan audio video merupakan bahan bantu mengajar yang sering digunakan oleh sebahagian besar GCPI dalam P&P. Sementara animasi, filem, internet dan televisyen digunakan mengikut kekreatifan GCPI itu sendiri. Ini dapat dilihat dalam jadual di bawah.

Secara umumnya jadual di atas menunjukkan taburan penggunaan BBM oleh GCPI. Penggunaan BBM berkaitan ICT kerap digunakan oleh GCPI 7 dan GCPI 9 kerana kemahiran mereka dalam bidang itu. Faktor pelajar juga dilihat lebih tertarik kepada penggunaan ICT. Ini dapat membantu pemahaman pelajar dalam P&P akidah. Penayangan video dan filem juga banyak digunakan untuk memberi kesan yang lebih mendalam terhadap diri pelajar dalam satu-satu tajuk tersebut.

6 Sementara animasi

merupakan fenomena baru BBM yang

sTayangan video 'anak derhaka kepada ibu' sangat menarik

perhatian pelajar dalam pembelajaran (Pelajar memberi

tumpuan sepenuhnya kepada sesi tayangan tersebut).

pemerhatian GCPI 9 9.10 am 7.2.11. dijangkakan akan mendapat sambutan menggalakkan daripada guru-guru untuk menarik pelajar lebih memberi tumpuan kepada P&P mereka di dalam kelas.

7 Sebagai

contoh responden menjelaskan kaitan antara motivasi dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran akidah dengan penggunaan BBM animasi, ICT, audio dan video serta pembelajaran kendiri.

"Kalau boleh kita war-warkan kepada pelajar sebab itu melibatkan kuasa yang besar tapi jelas dapat dilihat, contoh kufur macam ni, contoh

i BBM dalam P&P akidah GCPI

Bil. BBM dalam P&P Akidah GCPI 1 GCPI 7 GCPI 8 GCPI 9

.i Animasi X

.ii Audio X X

.iii Komputer X X X

.iv Video X X

■V ICT

X X X

.vi Internet X X

.vii Nota X X

.viii Televisyen X

.ix Gambar dan keratan akhbar X X

Page 8: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

12 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia

7 Dalam pemerhatian penyelidik semua pelajar sangat

tertarik dengan video animasi berkaitan syirik dan khurafat

dalam pengajaran GCPI 7 10.30 am 20.2.11. khurafat macam ni dalam bentuk animasi memang sesuai dengan pelajar. Jadi sebenarnya atas inisiatif guru itu sendiri dia nak menambahkan dan meningkatkan ilmu kaitan dengan aqidah.."

GCPI 7 2011: 557 Sebab dalam tu saya sediakan video, bahan-bahan audio yang boleh didowrtload oleh gum dan pelajar dan alhamdulillah dapat sambutan yang baik dan saya berazam untuk meningkatkan bahan yang terdapat dalam laman web tersebut.

GCPI 7 2011: 202 Kadang mereka ni lebih mahir, dan sebenarnya mereka lebih suka melihat P&P yang ada unsur ICT. Maksudnya penggunaan video, penggunaan grafik dan unsur-unsur multimedia yang lain.

GCPI 7 2011: 166 Sebab kita lihat memang pelajar sekarang ni dia cerdas dengan internet jadi proses belajar tu secara kendiri tu sekarang ni memainkan peranan yang penting disamping pelajar belajar dalam kelas, dia belajar secara kendiri.. .maknanya dia ikut masa yang dia nak pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja dia boleh akses bahan-bahan tersebut dan belajar

GCPI 7 2011: 205

Petikan ini menjelaskan bahawa penggunaan animasi amat sesuai dengan pelajar sekarang yang lebih tertarik kepada bentuk-bentuk gambar bergerak. Dalam pemerhatian turut serta penyelidik pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran akidah didapati ketika penayangan video sedang berlangsung para pelajar memberi perhatian yang sangat bersungguh kepada bahan. Atas faktor ini jugalah responden menyatakan Pihak Kementerian Pelajaran Bahagian Teknologi Pendidikan, telah menyediakan Portal e-Learning dan BBM dalam bentuk animasi dan video untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Begitu juga inisiatif yang sama diambil oleh pihak-pihak lain seperti Gerbang Maya Pendidikan Islam (5 oktober 2011) oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia serta individu-individu yang lain dalam blog dan laman sosial masing-masing.

BBM lain seperti televisyen juga digunakan pada waktu-waktu tertentu mengikut kreativiti GCPI itu sendiri. Selain itu kertas mahjong, kertas manila, keratan akhbar dan lain-lain menjadi bahan tambahan P&P akidah. Secara umumnya dapat dibuat kesimpulan bahawa penggunaan BBM yang berasaskan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam kelas. Peningkatan penggunaan BBM sedemikian dalam pengkaedahan P&P akan membantu keberkesanan proses pendidikan akidah yang akan membantu mutu produk yang dihasilkan.

5.3 Bahan Bantu Mengajar dalam Kaedah Pengajaran Pendidikan Akidah

Pengajaran dan pembelajaran yang beijaya dapat dilihat dengan kemampuan guru-guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran kreatif dan inovatif. Sesuatu kurikulum akan gagal dipindahkan kepada pelajar tanpa perantaraan pengajaran guru yang berkesan walaupun ia dibina dengan baik. Dalam hal ini Sufean tegas berpandangan, pelaksanaan kurikulum ini memerlukan guru yang mahir mengorganisasikan keadaan pembelajaran dan mahir mengolah kaedah pengajaran hingga tercapainya matlamat dan falsafah yang dihasratkan (2004). Penggunaan BBM menjadikan pengajaran dan pembelajaran akidah lebih menyeronokkan yang memberi motivasi pembelajaran kepada pelajar. Kehadiran BBM menjadi dan memudahkan fungsi gum sebagai pemudah cara serta meningkatkan keberkesanan pembelajaran di dalam kelas (Kamarul Azmi: 2011).

Dapatan kajian lapangan menunjukkan bahawa BBM sangat penting dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Amalan penggunaan BBM dalam kelas sangat membantu GCPI menjalankan pengajaran akidah dengan berkesan. Penggunaan BBM yang dapat dicerap melalui data kajian kualitatif sebanyak 9 jenis. Nota, komputer, ICT, audio video, animasi, filem, internet dan televisyen merupakan BBM yang sering digunakan oleh sebahagian besar GCPI dalam P&P. Nota, komputer, ICT dan audio video merupakan BBM yang sering digunakan oleh GCPI dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara animasi, filem, internet dan televisyen digunakan mengikut kekreatifan GCPI itu sendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan responden berpandangan tentang kepentingan teknologi bahan bantu mengajar bahkan adalah merupakan satu "syarat wajib" untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan (GCPI 7 2011:515).

Walaupun dapatan kajian menunjukkan penggunaan BBM yang menggunakan teknologi pendidikan berasaskan komputer LCD sebagai bahan bantu mengajar sangat berkesan kepada pembelajaran (...dan sebenarnya mereka lebih suka melihat P&P yang ada unsur ICT). Maksudnya penggunaan video, penggunaan grafik dan unsur-unsur multimedia yang lain, (GCPI 7 2011: 166) namun penggunaannya hanya terhad kepada gum-gum tertentu sahaja. Dua daripada empat GCPI menggunakannya secara regular sementara dua lagi menggunakannya secara tidak regular. Dapatan ini agak berbeza seperti kajian yang dilakukan oleh Kamarul Azmi (2011) kepada lapan orang GCPI di seluruh Malaysia. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa LCD hanya digunakan untuk penyediaan modul, pencarian data di internet dan program sekolah sahaja. Begitu juga dapatan kajian menunjukkan bahawa di samping penggunaan teknologi pendidikan difahami kepentingannya serta digunakan secara meluas baik daripada segi masanya ataupun jumlah gum pendidikan Islam namun penggunaan bahan bantu mengajar dalam bentuk nota masih popular dalam pendidikan akidah. Penyelidik mengandaikan hal ini teijadi disebabkan tekanan pengaruh suasana arus semasa yang lebih mementingkan keputusan peperiksaan yang menjadikannya sebagai asas pengukuran dan penilaian. Dapatan sebegini juga telah ditemui oleh Kamarul Azmi

Page 9: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 13

(2011). Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar kertas edaran dan modul yang kerap digunakan dan menjadi tumpuan kesemua responden GCPI beliau. Ini disebabkan sistem sekolah yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Beliau seterusnya mengulas:

Walaupun pada hakikatnya pengajaran yang cemerlang mestilah mempunyai kepelbagaian dalam penggunaan BBM, sekolah yang terlalu berorientasikan peperiksaan akan mementingkan P&P berdasarkan sukatan peperiksaan yang tertumpu kepada topik-topik yang membolehkan pelajar lulus dalam peperiksaan sahaja.

Lantaran itu akhirnya BBM yang beroreantasikan membantu kecemerlangan dalam peperiksaan menjadi pilihan. Manakala bahan bantu mengajar yang tidak menjurus kepada hala-tuju tersebut apa lagi lebih sukar dan memerlukan masa untuk disediakan akan terpinggir walaupun daripada segi pencapaian hasrat matlamat falsafah pendidikan akidah adalah lebih baik.

Justeru dapat dibuat rumusan bahawa terdapat dua kumpulan kategori BBM. Pertama, BBM yang berkaitan dorongan kepada kejayaan dalam peperiksaan

8

dan yang kedua, adalah BBM yang membawa kepada motivasi pembelajaran yang melibatkan domain afektif. Secara ringkasnya, sebagai contoh kumpulan yang pertama terdiri daripada BBM jenis nota dan kumpulan yang kedua, BBM yang berkaitan dengan audio video. Lantaran itu untuk menjadikan pelajar cemerlang dalam dua hala tuju yang berbeza itu adalah satu perkara yang rumit apa tah lagi dalam keadaan masa yang diperuntukkanuntuk aktiviti P & P sangat tidak mencukupi. Dalam situasi ini buku teks antaranya, adalah boleh untuk diberi peranan memperbaiki keadaan.

6. KESIMPULAN

Peneiokaan terhadap pengajaran Pendidikan Akidah yang berkesan telah melahirkan beberapa dapatan. Dapatan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah yang sedang beijalan di sekolah- sekolah, mempunyai ruang untuk diperbaiki dan mampu untuk memenuhi hasrat dan falsafah pendidikan akidah dengan lebih baik. Dengan ini tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak-pihak yang terlibat untuk membantu dalam pembangunan pendidikan di Malaysia khasnya Pendidikan Islam dan Pendidikan Akidah.

8 Dapatan kajian oleh Yunus menunjukkan guru

kurang berpengalaman daripada GCPI lebih cenderung mengambil pendekatan beroreantasikan peperiksaan berbanding GCPI yang lebih berpengalaman. Ahmad Yunus Kasim (2010). Apabila Pendidikan Akidah beijalan dengan baik maka ia mampu memberi kesan yang baik dalam semua subjek dan aspek pendidikan, seterusnya dalam kehidupan individu

dan masyarakat. Walau bagaimanapun oleh kerana sifetnya yang berbeza daripada subjek lain maka perhatian yang sewajarnya harus diberi sebaik mungkin oleh para pendidik. Kesemua aspek-aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah seharusnya diberi perhatian yang serius. Tasawur, isi kandungan dan pengkaedahan adalah rangkaian kerangka pemikiran pendidikan akidah yang perlu dihalusi dan dikuasai oleh guru-guru Pendidikan Islam agar pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Akidah di dalam kelas berkesan dan mencapai matlamatnya. Apatah lagi dalam era ICT hari ini guru atau pendidik terdedah dengan pelbagai cara yang boleh memudahkan proses pemindahan maklumat dan pengetahuan (Sidek Baba (2004). Pengajaran dan pembelajaran akidah bentuk baru yang lebih kreatif dan inovatif dengan mengambil kira zatnan ledakan teknologi maklumat digabungkan dengan asas pendidikan akidah yang mantap adalah keperluan yang tidak dapat tidak diketepikan. Penumpuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap untuk subjek ini akan mampu melahirkan individu-individu yang membentuk generasi contoh para Sahabat yang teguh akidah pada zaman Rasulullah SAW.

Bibliografi

[ 1 ] Ab. Halim Tamuri dan rakan-rakan (2004), Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Pelajar, Kod Penyelidikan UKM:GG002/2004.

[2] Abdul Salam Muhamad Shukri (2004), Panduan Mengajar

Akidah Kepada Kanak-Kanak, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

[3] Ahmad Yunus dan Ab. Halim Tamuri (2010), Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes Gum Cemerlang Pendidikan Islam, Journal of Islamic

and Arabic Education 2(2): 13-30. [4] Ahmad Yunus Kasim (2010), Pengetahuan Pedagogikal

Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah Guru Cemerlang Pendidikan Islam: Satu Kajian Kes, (Tesis PhD., Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia).

[5] Al- Nawawi, Yahya bin Syaraf al- Din (1984), Sharah

Matan al- Arba 'in al- Nawawi fi al- Ahadith al- Sahihah

al- Nabawiyyah, hadis no. 35, c.4, Dimasyq: Maktabah Dar al- Fath.

[6] Alavi, Hamid Reza (2008), "Nearness to God: A Perspective on Islamic Education," Journal of Religious Education, 103(1):5-21.

[7] Al-Nadawi, Syed Abu al-Hasan 'Ali (1987), Nahw al-

Tarbiyyah al-Islamiyyah al-Hurrah, Abdul Kader Kahar (terj.), Alor Setar: Pustaka Ikhwan.

[8] Al-Qaradawi, Yusuf (1992), al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa Madrasah Hasan al-Banna, c.3. Kaherah: Maktabah Wahbah.

[9] Al-Wa'iy, Taufiq (2004), Iman Membangkitkan Kekuatan

Terpendam, Syarifuddin Lc. (teij.), Jakarta: Penerbitan al- I'tishom Cahaya Umat (2004).

[10] Ghazali Darusalam (2001), Pedagogi Pendidikan Islam,

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. [11] Kamarul Azmi Jasmi et al., (2011), Amalan Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Agama di Malaysia, Jounal ofIslamic and Arabic Education 3(l):59-74.

[12] Mohd Fauzi Hamat (2005), Penerapan Pemikiran Kritis dalam Pengajaran Subjek Akidah Berasaskan KBSM bagi

Pelajar Tingkatan Empat dan Lima: Satu Tinjauan Awal, (Kertas Keija Wacana Pendidikan Islam Siri 4, Universiti Kebangsaan Malaysia, 25-26 Jun 2005).

Page 10: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

14 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia

[13] Rahimah Haji Ahmad (1998), "Educational Development and Reformation in Malaysia: Past, Present and Future", Journal of Educational Administration, 36(5): 462-475.

[14] Sidek Baba (2004), Globalisasi dan Cabaran Pendidikan Islam, dim Suzalie Mohamad, Memahami Isu-Isu

Pendidikan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia.

[15] Sufean Hussin (2004), Pendidikan di Malaysia, Sejarah,

Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[16] Syed Qutb (1978), Ma 'alim Fi al-Toriq, dalam bab Jil Qurani Farid, Beirut: Dar al-Quran al-Karim.

[17] Tajul Ariffin Nordin et al. (2002), "Kurikulum Pendidikan Islam: Penjelasan Paradigma Pendidikan Bersepadu" (Kertas Keija Wacana Pendidikan Islam Siri 1,16 Julai 2002), Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM.

[18] www//.gemaisalam.net, 5 oktober2011 [19] Zain Mohammad Syahatah et al. (1998), Turuq Tadris

Mawad al-'Ulum al-Syar'iyyah, Riyadh: WAMY.

Page 11: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 15

KURIKULUM AKHLAK DALAM MELAHIRKAN SAINTIS MUSLIM BERETIKA: TINJAUAN DI MALAYSIA

1 o

Ajmain Safar , Aminuddin Ruskam , Ahmad Marzuki Muhammad3, Idris Ismail

4

2'3'4 Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia Johor

Abstrak - Melahirkan saintis dan cendekiawan yang beretika dan berakhlak adalah menjadi suatu keperluan dalam sistem pendidikan. Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah melakukan beberapa kali perubahan dan penambahbaikan kurikulum sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Hasratnya tidak lain ke arah melahirkan saintis dan cendekiawan beretika dan berakhlak. Kurikulum yang terancang dan baik adalah antara persiapan ke arah tersebut. Kertas keija ini ingin meninjau silibus dan kurikulum yang disediakan di peringkat sekolah khususnya yang berkaitan dengan nilai dan akhlak sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

1. PENDAHULUAN

Salah satu cabaran Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Sudah pasti penekanan diberikan ke arah melahirkan saintis dan cendekiawan yang akan menerajui dan menyumbang kepada pembangunan negara mengikut acuan dan nilai yang baik. Bagi merealisasikan aspirasi ini, kemantapan dan kemurnian sistem pendidikan di Malaysia merupakan asas penting. Hasrat ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).

Akhlak yang terpuji, penghayatan nilai murni bermula di peringkat awal persekolahan akan membantu melahirkan lulusan yang akan menyumbang kepada negara memiliki akhlak dan etika yang baik. Membentuk akhlak, etika dan nilai murni yang baik memerlukan kepada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik tentang nilai (Tajul ArifBn Noordin dan Nor'Aini Dan, 2002). Lantaran itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (1990) telah menggariskan antara ciri-ciri rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk, mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan yang baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai-nilai murni, menghayati segala nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan dan seterusnya mengamalkan perlakuan yang baik dan menghindari perlakuan yang buruk. Justru kurikulum akhlak dan nilai murni yang terancang di peringkat sekolah merupakan suatu keperluan ke arah melahirkan cendekiawan dan saintis yang berakhlak mulia.

2. LATAKBELAKANG MASAI.AH

Pembangunan Modal Insan merupakan teras utama dalam melaksanakan Rancangan Malaysia antaranya seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di mana Program Pembangunan Modal Insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan usaha dan pelaburan Kerajaan

Malaysia ke arah meningkatkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi sumber manusia bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia). Ia juga ke arah menambah bilangan saintis, jurutera dan penyelidik yang bermutu tinggi, bertaraf global dan memenuhi kehendak pasaran (market driven research) dengan nisbah 50 : 10,000 tenaga keija dalam bidang keutamaan menjelang 2015.

Namun suatu yang perlu diberi perhatian adalah kualiti modal insan yang dihasilkan. Adakah mereka yang lahir daripada sistem pendidikan yang disediakan, benar-benar selari dengan hasrat dan matlamat pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang memiliki akhlak yang mulia supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah meningkatkan tamadun bangsa dan negara?.

Dalam perkembangan kini, masalah gejala sosial dan disiplin pelajar didapati semakin hari semakin serius

(Engku Ahmad Zaki, 2009). Masyarakat sering membincangkan isu masalah gejala sosial terutama dalam kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Remaja sering dikatakan tidak berakhlak, tidak pandai membuat pertimbangan nilai dan pelbagai lagi ciri negatif (Muhammad Khairi, 20012). Masalah gejala sosial yang melibatkan golongan remaja dengan budaya lepak, curi, dadah, bohsia dan perlakuan yang bertentangan nilai-nilai murni serta sebagainya telah didedahkan kepada kita setiap hari menerusi akhbar, radio dan televisyen. Adakah ini sebagai indikator awal keberkesanan pendidikan akhlak di peringkat sekolah? Jika tidak ditangani dengan bijaksana, ia akan menyumbang kepada lahirnya cendekiawan dan saintis yang tidak berakhlak.

Menurut laporan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) seperti yang dipaparkan dalam jadual 1 menunjukkan data bilangan kes salah laku pelajar sepanjang tahun 2010 hingga Jun 2012. Jadual menunjukkan jumlah kes disiplin murid sekolah menengah kebangsaan harian agak tinggi. Didapati terdapat beberapa jenis salah laku murid yang menunjukkan peningkatan dari tahun 2010 - 2011. Antaranya, jenis salah laku disiplin berunsur jenayah meningkat sebanyak 862 kes, salah laku musnah meningkat sebanyak 131 kes, salah laku kenakalan meningkat sebanyak 360 kes dan salah laku tidak pentingkan masa juga meningkat sebanyak 803 kes dari tahun 2010 kepada tahun 2011. Terdapat juga jenis salah laku disiplin murid yang menurun bilangan kes seperti salah laku disiplin berunsur kelucahan turun sebanyak 868 kes, kurang sopan turun sebanyak 1157 kes, kekemasan diri turun sebanyak 606 kes dan ponteng sekolah turun sebanyak 791 kes.

Page 12: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

16 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia

Data ini menggambarkan etika dan nilai moral sebahagian daripada pelajar sekolah di Malaysia. Walaupun jumlah ini tidak besar berbanding dengan bilangan keseluruhan pelajar, namun ia memberi impak dan kesan terhadap sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan dalam membentuk generasi yang berakhlak, bermoral dan memiliki serta menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Apatah lagi mereka ini nanti akan lahir sebahagiannya sebagai para saintis, pentadbir dan peneraju negara.

Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif (Fatimi & Mohd Zamani, 2006). Begitu juga pernyataan bahawa penghayatan akhlak yang lemah sering dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak masa kini (Harery, 2007). Menurut Tajul Ariffin dan Nor 'Aini (2002) masalah keruntuhan akhlak dan nilai berpunca daripada minda manusia yang terlupa akan tujuan sebenar mereka dihidupkan di dunia ini. Kealpaan ini menyebabkan manusia mudah tewas kepada tuntutan hawa nafsu dan bersikap materialistik. Akhirnya berlaku jenayah kolar putih, rasuah, pecah amanah, ketagihan dadah dan pelbagai tingkah laku yang menyimpang yang dilakukan bukan sahaja dalam kalangan orang yang kurang berpendidikan tetapi juga tidak terkecuali golongan yang dianggap intelek dan terpelajar. Apakah semua ini berpunca daripada kurikulum akhlak yang tidak lengkap? Adakah kurikulum sedia ada perlu diubah suai ke arah melahirkan lulusan sistem pendidikan di Malaysia memiliki akhlak terpuji?

3. ETIKA DAN NILAI

Etika dan nilai membicarakan persoalan berkaitan kebaikan atau keburukan, kriteria penentuan serta motif sesuatu perkara. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak dan moral. Etika juga ditakrifkan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang perlu menjadi pegangan sesetengah individu atau sesuatu kumpulan. Islam mempunyai etika tersendiri yang diasaskan daripada sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah merangkumi apa jua urusan.

Nilai dalam Kamus Dewan (2001) pula membawa maksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dari segi pemikiran, agama dan kemasyarakatan. Nilai mempunyai kaitan yang rapat dengan kebudayaan (Sulaiman, 1993). Setiap kebudayaan mempunyai pandangan yang berbeza tentang nilai. Dalam Islam sama ada cara pendekatan, pemikiran mahupun penggunaan sains dan teknologi, tidak menjadi apa-apa masalah asalkan ianya tidak bercanggah dengan syara'. Islam mengambil kaedah: "ambil mana yang baik dan tinggalkan mana yang tidak bermanfaat".

Islam mempunyai nilai sejagat yang menjadi piawaian untuk menentukan sesuatu itu baik atau buruk. Nilai yang digariskan dalam Islam adalah bersifat universal, sesuai dengan fitrah manusia dan boleh diterima oleh semua manusia. Nilai ini mempunyai hubungan yang erat dengan pemikiran mentauhidkan Allah. Ia berkait rapat dengan status manusia sebagai hamba dan

khalifah yang memegang amanah Allah di muka bumi. Segala persoalan kebaikan dan keburukan adalah ditentukan Allah melalui sumber utama al-Quran dan as-Sunnah sebagai kriteria utama. Sementara keupayaan akal, intuisi dan pengalaman hanya diterima sekiranya selari dengan sumber utama.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak tahun 1996. Sebanyak 16 nilai-nilai murni telah diperkenalkan untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. Antaranya nilai baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat- menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan kebersihan mental, kejujuran, kerajinan, keijasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat kemasyarakatan. Pelaksanaan ini bertujuan agar penerapan nilai murni tidak hanya dilaksanakan oleh guru pendidikan Islam semata-mata malah oleh semua guru mata pelajaran agar nilai- nilai murni aini berakar umbi dalam kalangan pelajar.

4. ETIKA, NILAI DAN SAINS

Dalam melahirkan modal insan cemerlang khususnya mereka yang melibatkan diri dalam pembangunan sains dan teknologi umpamanya, etika bukan sahaja dalam soal tanggungjawab tentang dapatan yang diperoleh malah tentang persoalan proses serta hasil daripada penyelidikan sains yang diperolehi. Mengeksploitasi hasil penyelidikan untuk kepentingan segolongan pihak tertentu akan memberikan kesan buruk kepada alam seperti kerosakan dan pencemaran. Kesannya turut mencemarkan fizikal malah termasuk soal kepercayaan. Malah Zaiudin Sardar (1990) mengandaikan penyelidikan yang dilakukan tanpa mengambil kira persoalan nilai merupakan sains tanpa ilmu kerana ilmu itu sendiri berkait rapat dengan nilai.

Konsep etika dan nilai dalam pencapaian sains dan teknologi merangkumi aspek-aspek akhlak yang perlu dijadikan panduan dalam sebarang bentuk penerokaan bidang ilmu. Menurut Md Zawawi Abu Bakar dan rakan rakan (2003), penerokaan ilmu dalam Islam adalah bertujuan membawa ahli sains dan umat Islam lebih hampir dengan Allah melalui penemuan yang dilakukan. Walaupun begitu matlamat sampingan tidak dibelakangkan seperti membantu menyelesaikan maslahah umat, meningkatkan kebajikan mereka serta menghindarkan berlakunya unsur-unsur kerosakan ke atas alam sekitar. Justru penerokaan dan penyelidikan sains dan teknologi perlu menekankan konsep bersepadu yang bertunjangkan ibadat dan bukan semata-mata atas dasar humanisme mahupun sekularisme.

Etika dan nilai juga berkait rapat dengan aktiviti yang dijalankan. Segala aktiviti dalam penyelidikan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, angkuh, sombong, takabur dan bersifat tinggi diri sehingga ke tahap menafikan kekuasaan Illahi. Jangan sampai hasil daripada kajian akan menimbulkan rasa kagum dengan diri sendiri sehingga menyebabkan mereka merasakan

Jadual 1: Bilangan kes salah laku disiplin murid

Bil Jenis Salah Laku 2010 2011 2012*

Jumlah Jumlah Jumlah

1. Berunsur jenayah 17595 18457 7015

2. Berunsur kelucahan 3031 2163 930

3. Kurang sopan 18346 17189 7239

4. Laku musnah 5212 5343 5788

5. Kemasan diri 21384 20778 4145

6. Ponteng sekolah 19545 18754 1391

7. Kenakalan 8563 8923 8361

8. Tidak penting masa depan 17808 18611 3146

* Jumlah kes disiplin murid sehingga bulan Jun 2012

Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM (2012)

Page 13: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 17

mampu melakukan apa sahaja atau boleh menentukan segala sesuatu dengan kehendak mereka sahaja.

Etika dan nilai dalam penyelidikan juga berkait rapat dengan soal akidah sebagai landasan. Sebab itu dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah, menghubungkan soal ilmu dengan Pencipta (al-Alaq: 1) Kita perlu mengakui ada perkara-perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan uji kaji walau bagaimanapun aspek empirical tidak pernah ditolak dalam Islam.

Setiap penyelidikan dalam Islam perlu mempertimbangkan di antara sesuatu kemaslahatan dengan kemaslahatan yang lain dengan mengambil kira tahapnya sama ada dharuriyyat, hajjiyyat mahupun tahsiniat. Mendahulukan kepentingan yang sudah pasti berbanding yang bam dikenalpasti atau masih diragukan. Mendahulukan kepentingan ummah lebih utama daripada kepentingan individu. Mendahulukan kepentingan masa depan yang utama berbanding dengan kepentingan semasa yang kurang penting (Yusof Qaradhawi, 1996).

Penyelidikan juga perlu mempertimbangkan di antara sesuatu keburukan dan kemudaratan dengan keburukan dan kemudaratan lain. Umpamanya keburukan yang boleh membahayakan harta benda tidak sama tahapnya dengan keburukan yang dapat membunuh jiwa dan ia juga tidak sama dengan keburukan yang dapat membahayakan agama dan akidah.

5. AKHLAK DAN PENDIDIKAN

Pendidikan dalam Islam adalah untuk membangunkan jiwa insan. Menurut Kamarul Azmi dan Ab Halim (2007), hampir keseluruhan pendidikan yang dikehendaki oleh Islam ialah merujuk kepada pendidikan rohaniyyah manusia selaku hamba Allah bagi memancarkan kejernihan akhlak dan budi pekerti yang tinggi dan ulung selain untuk perkembangan pengetahuan yang merupakan satu alat kepada kemakmuran insan di dunia ini.

Hal ini pernah ditegaskan oleh Wan Mohd Nor (2006) bahawa pendidikan dalam Islam bermatlamat melahirkan manusia beradab yang sedar dan insaf akan kedudukan sebenar setiap perkara yang wujud berdasarkan nilai-nilai Islam dan berusaha baik secara bersendirian serta secara bermasyarakat untuk meletakkan tiap-tiap satu pada tempatnya yang hak. Hal ini memperkukuhkan pandangan al-Attas (1992) iaitu, pendidikan merupakan proses penerapan adab ke dalam diri seseorang. Beliau menambah, penitisan adab merupakan unsur asas dalam pendidikan Islam yang merangkumi kehidupan rohaniah dan kebendaan seseorang serta kualiti kebaikan yang ingin ditanam dalam diri manusia.

Bagi Kurshid Ahmad (1975); al-Qaradhawi (1980) dan Yaljan (1986) pula berpendapat bahawa pendidikan dalam Islam bermatlamat ke arah pembentukan individu untuk menjadikan ia benar-benar sempurna dari segi pertambahan ilmu juga dari segi pembantukan akhlak dan rohaninya. Pembentukan akhlak yang baik selari dengan matlamat Pendidikan Islam. Asmawati Suhid (2005) menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam ialah menanam perangai baik dalam diri kanak-kanak supaya mereka dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Hal ini kerana pendidikan dalam Islam memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang berakhlak dan bermoral.

Pendidikan sepatutnya selari dengan apa yang diseru oleh Rasulullah iaitu bermatlamat ke arah menyempurnakan akhlak mulia. Justem, Asmawati (2005) menyarankan, untuk

melahirkan generasi berakhlak mulia dan diterima Allah, maka pendidikan dan latihan akhlak yang mengutamakan aspek-aspek rohani yang bersungguh-sungguh amat diperlukan. Mohd Nasir (2005) pula menjelaskan bahawa tujuan pendidikan akhlak ialah untuk merubah akhlak yang tidak baik kepada yang baik dan menambah baik akhlak yang sedia baik supaya menjadi lebih baik. Oleh itu mengikut Khadijah (2006), pendidikan akhlak perlu memberi keutamaan kepada pembentukan perangai, tabiat, tingkah laku atau adab sopan individu.

Akhlak bukanlah sesuatu yang bersifat tetap. Untuk memperolehi akhlak yang mulia pada diri seseorang, ia perlu melalui proses pendidikan, diasuh, dididik dan dilatih. Pakar- pakar akhlak seperti al-Ghazali (t.t); Ibn Miskawayh (1966); al- Tusi (1964) mengakui bahawa akhlak boleh menerima perubahan melalui pendidikan, latihan, disiplin dan seumpamanya sama ada secara cepat atau lambat. Hal ini juga disokong oleh tokoh-tokoh akhlak masa kini seperti Abdullah Nasih Ulwan (1989); Amuli (2001); Mazahiri (1994) juga Mohd Nasir (2005). Dalam hal ini Mohd Nasir (2005) menjelaskan; jika akhlak seseorang tidak dapat diasuh menjadi baik, maka akal, pemikiran, penyelidikan, syariah, kenabian, latihan, pendidikan, disiplin, nasihat, sekolah, universiti, undang-undang, kerajaan dan sebagainya sudah tentu menjadi tidak berguna lagi.

Untuk mendapat akhlak yang mulia, pendidikan akhlak yang berterusan perlu diberikan kepada setiap insan. Hal ini selaras dengan al-Abrasyi (1964) yang menyatakan bahawa pendidikan akhlak adalah dasar pendidikan Islam. Mengikut al- Syaibani (1991) pula, pendidikan akhlak bermatlamat untuk melahirkan insan yang berperibadi dan berwibawa tinggi sesuai dengan keperibadian Islam itu sendiri. Hal ini dipersetujui oleh Ahmad Mohd Salleh (2004), menurut beliau pendidikan akhlak bertujuan meningkatkan keluhuran jiwa manusia serta menjauhkan mereka daripada kebinasaan kerana mengikut keinginan hawa nafsu.

Pendidikan Akhlak yang perlu digarap ialah pendidikan yang beijaya melahirkan manusia agar memiliki jiwa yang tenang disisi Allah (Tabatabai 1991). Tabatabai mengulas bahawa jiwa yang tenang ialah jiwa yang berpusat kepada Tuhannya; sentiasa redha dengan apa yang ditentukannya; dia melihat dirinya sebagai hamba yang sentiasa beribadah dengan keikhlasan yang sebenar; menganggap segala kekayaan, kemiskinan, kebaikan dan keburukan sebagai cubaan semata, bahkan sentiasa tetap dalam ibadah tanpa berpaling sedikit pun daripada jalan kebenarannya. Bagi Muhammad Uthman (1988) pula, jiwa yang suci berkait rapat dengan akhlak. Penampilan akhlak luaran yang bersifat negatif adalah berpunca dari akhlak dalaman yang langsung tidak berhubung dengan Allah SWT. Hal ini ekoran akhlak mulia itu berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci (Tajul ArifHn 1998).

Dalam konteks Pendidikan Islam, akhlak mulia semestinya melibatkan hubungan dengan Allah S.W.T., sekurang-kurangnya dalam pelaksanaan rukun Islam (Zaharah Hussin et al. 2005). Hal ini dapat dilihat dalam kajian oleh Mohd Najib (2003) di mana dalam kajian beliau terhadap 60 orang pelajar Islam di sebuah sekolah menengah di ibu kota mendapati bilangan responden yang melakukan solat lima kali sehari hanya seramai 46% dan hanya 25% daripada responden yang membaca al-Quran setiap hari. Peratusan ini menggambarkan betapa hubungan dengan Allah itu tidak diberi perhatian sebagai satu daripada indikator ketidak kesempurnaan akhlak. Hal ini kerana akhlak adalah dilihat sebagai bukti kesempurnaan seseorang yang beriman kepada Allah S.W.T., dan Rasulnya. Bagi mencapai

Page 14: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

18 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia

kesempurnaan keimanan, keyakinan dan pengetahuan perlulah diikuti dengan amalan (Ab Halim et al. 2002).

Islam menyediakan garis panduan untuk orang-orang beriman menilai setiap tingkahlaku dan tindakannya, menentukan hubungannya dengan manusia lain, dengan masyarakat keseluruhannya, dengan alam fizikal serta menentukan hubungan dengan dirinya. Memandangkan bahawa perbuatan atau perlakuan zahir seseorang itu adalah hasil kepada keadaan jiwa atau akhlak seseorang, maka dalam konteks pengukuran, untuk mengukur akhlak sebenar memang sukar. Namun mengikut Azma (2006) pengukuran akhlak boleh dibuat secara tidak langsung dengan melihat kepada indikator akhlak tersebut iaitu perbuatan atau perlakuan zahir seseorang. Mohd Kamal Hassan (1987) kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya. Iman yang kuat akan mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah akan melahirkan akhlak yang buruk dan keji. Al-Ghazali (t.t) meletakkan peranan syarak dan akal sebagai piawaian pengukuran kebaikan dan keburukan akhlak seseorang. Menurut Azma (2006) lagi, ini bermakna setiap perbuatan atau perkataan yang dipamerkan oleh seseorang yang bersesuaian dengan kehendak syarak dan akal dianggap sebagai akhlak yang baik.

Mohd Nasir (1986); Mazhahiri (1994); dan Amuli (2001) menegaskan bahawa akhlak yang mulia menghendaki seseorang itu meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk amalan praktikal. Keimanan dalam bentuk amalan praktikal termasuklah merealisasikannya dengan perbuatan kebaikan (ihsan) adalah antara indikator akhlak seseorang. Menurut Ali Ab. Ghani (2008) pula, individu yang mempunyai keperibadian berketerampilan mampu mempamerkan jati diri yang kukuh, berdaya saing, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian. Penghayatan dan pengamalan ciri-ciri tersebut ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti seharian di sekolah.

6. KURIKULUM AKHLAK DALAM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia bermatlamat untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah meningkatkan tamadun bangsa dan negara. Walaupun begitu, sepanjang pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah sejak 1996 di dapati wujud kelemahan-kelemahan tertentu dan yang paling ketara ialah tentang kurangnya keberkesanan Pendidikan Islam terhadap pembinaan akhlak pelajar (KPM 1996; Zakaria et al. 1998; Asmawati 2003). Bagi mengatasi masalah tersebut kurikulum Pendidikan Islam telah disemak dan Pendidikan Akhlak Islamiah diperkenalkan sebagai salah satu komponen yang utama dalam mata pelajaran Pendidikan Islam menggantikan nama lamanya iaitu Bahagian Sifat dan Cara Hidup Islam bermula pada tahuin 1998 (Asmawati 2003). Selepas itu sukatan Pendidikan Islam disemak semula buat kali keduanya kerana dikatakan kurikulum Pendidikan Islam khususnya komponen Pendidikan Akhlak kurang berkesan dengan berleluasanya gejala keruntuhan akhlak di kalangan pelajar Islam (Pengarah Jabatan Pendidikan dan Moral dalam Asmawati 2003). Ekorannya, kurikulum pendidikan akhlak sekali lagi mengalami perubahan ketara dari aspek sukatan pelajaran dan pendekatannya (Asmawati 2003).

Antara ciri kurikulum Pendidikan Islam Semakan yang dilaksanakan bermula tahun 2002 telah menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara. Pelajar dibimbing secara berterusan tentang kehidupan beradab dan berdisiplin yang mengangkat martabat insaniah. Di samping itu penilaian terhadap murid-murid dibuat secara menyeluruh berdasarkan rujukan kriteria (Adnan Yusoff 2002). Bidang adab dan akhlak Islamiah menjadi satu komponen penting bagi mencapai objektif ketujuh dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR iaitu untuk menghasilkan pelajar Muslim yang mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR 2002a). Bidang ini memberi fokus kepada dua aspek berikut:

a. Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah dan Rasul

b. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

Bagi bidang adab dan akhlak Islamiah sekolah menengah pula ialah untuk mencapai objektif ke sembilan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM iaitu menghasilkan pelajar yang berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tunggak budaya bangsa yang bermaruah (Sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM 2002b). Adab yang telah diperoleh dan diamalkan di peringkat sekolah rendah diharap dapat dipertingkatkan di sekolah menengah. Adab ini berdasarkan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat, dan negara.

Komponen Adab dan Akhlak Islam diperkenalkan KBSR dan KBSM mula dilaksanakan secara berperingkat- peringkat bermula pada tahun 2003 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2005 (Asmawati 2003). Konsep adab dan akhlak Islamiah yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah meliputi lima kategori iaitu adab di dalam kehidupan harian, adab terhadap ibu bapa dan keluarga, adab dalam kehidupan bersosial, adab menuntut ilmu dan adab dengan al-Quran (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR 2002).

Terdapat sebanyak 47 elemen yang terkandung di dalam kelima-lima kategori tersebut. Elemen yang terkandung di dalam kategori adab di dalam kehidupan harian sebanyak dua belas iaitu adab makan dan minum, adab qada' hajat, adab tidur dan bangun tidur, adab mandi dan bersugi, adab berwuduk, adab berpakaian, adab berkenderaan, adab masuk dan keluar rumah, adab menghidang makanan dan minuman, adab beijalan, adab bertanya dan adab mengurus diri. Terdapat tiga elemen di dalam kategori adab terhadap ibu bapa dan keluarga iaitu adab bercakap dengan ibu bapa, adab menolong ibu bapa dan adab bergaul dengan keluarga. Kategori adab dalam kehidupan bersosial terdiri daripada dua puluh dua elemen iaitu adab bergaul dengan rakan, adab di masjid dan surau, adab bercakap dengan rakan, adab melayan tetamu, adab menziarahi orang sakit, adab menziarahi rakan, adab menziarahi orang tua, adab dengan orang tua, adab menziarahi jenazah dan kubur, adab makan di majlis keramaian, adab beijiran, adab berkumpul, adab beijual beli, adab bekeija, adab menziarahi jiran, adab ketika bermain, adab terhadap tempat dan harta awam, adab kecintaan kepada negara, adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar, adab rehlah, adab dengan manusia dan makhluk lain, dan adab dengan pemimpin.

Page 15: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 19

Kategori adab menuntut ilmu pula terdiri daripada lapan elemen iaitu adab bercakap dengan guru, adab ke sekolah, adab belajar, adab semasa di sekolah, adab berhujah, adab menolong guru, adab menjaga harta benda sekolah, dan adab menjaga kebersihan sekolah. Kategori adab dengan al-Quran terdiri daripada dua elemen iaitu adab membawa dan menyimpan al-Quran, dan adab membaca al-Quran.

Manakala di peringkat sekolah menengah pula, bidang pembelajaran adab berteraskan Akhlak Islamiah yang diperoleh dan diamalkan di peringkat sekolah rendah dipertingkatkan berdasarkan cara hidup muslim dalam hubungannya dengan Allah SWT, diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara (KPM 2002). Selain dari itu, konsep akhlak juga turut dimasukkan di dalam beberapa bidang lain khususnya bidang tilawah al-Quran, hadis dan akidah (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM 2002).

Bagi konsep adab dan akhlak Islamiah yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah menengah meliputi enam kategori iaitu adab di dalam kehidupan harian, adab dalam kehidupan bersosial, adab dalam menunaikan ibadat, adab terhadap ibu bapa dan keluarga, adab menuntut ilmu dan adab terhadap Allah dan Rasul (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM 2002b). Terdapat sebanyak 37 elemen yang terkandung di dalam keenam-enam kategori tersebut. Elemen yang terkandung di dalam kategori adab di dalam kehidupan harian sebanyak dua belas iaitu adab menjaga fitrah lelaki dan perempuan, adab berkawan, adab ketika ditimpa musibah dan menerima nikmat, adab beijiran, adab menjaga diri dan maruah, adab berfikir, adab berhias diri, adab menjaga orang sakit, adab musafir, adab bernegara, adab dengan pemimpin, dan adab beijuang. Elemen yang terdapat di dalam kategori adab dalam kehidupan bersosial pula terdiri daripada sebelas iaitu adab terhadap muslim dan bukan muslim, adab menerima dan melayan tetamu, adab bekeija, adab bercakap dalam majlis, adab amar makruf dan nahi mungkar, adab di tempat rekreasi, adab menjaga kemudahan awam, adab ziarah jenazah, adab menjaga alam, adab memberi dan menerima sedekah dan hadiah, dan adab beijual beli.

Kategori adab dalam menunaikan ibadah terdiri daripada lima elemen iaitu adab membaca al-Quran, adab di masjid dan surau, adab terhadap al-Quran, adab berdoa, dan adab beribadat. Sementara kategori untuk adab terhadap ibu bapa dan keluarga terdiri daripada tiga elemen iaitu adab dengan ibu bapa, adab bergaul dengan keluarga, dan adab berbakti kepada ibu bapa. Kategori adab menuntut ilmu pula terdiri daripada empat elemen iaitu adab menjaga harta di sekolah, adab berguru, adab menuntut ilmu, dan adab berpidato. Untuk kategori adab terhadap Allah dan Rasul terdiri daripada dua elemen iaitu adab zikrullah, dan adab menghormati Rasul.

Penambah baikan yang berterusan khususnya dalam aspek kurikulum akhlak amat diperlukan ke arah menatijahkan hasil yang baik. Pendidikan akhlak perlu digarab dan diberikan perhatian di peringkat sekolah hinggalah ke pusat pengajian tinggi bagi menyediakan pengisian yang bermakna kepada cendekiawan dan saintis yang bakal dihasilkan.

7. PENUTUP

Kurikulum yang baik dan sesuai dengan pembangunan pendidikan semasa amat diperlukan ke arah melahirkan pendidikan yang benar-benar bermakna. Pengisian modal insan yang bersifat holistik amat diperlukan pada masa kini bagi melahirkan cendekiawan dan saintis yang bukan sahaja berilmu malah memiliki prinsip nilai dan akhlak yang mampu

melaksanakan tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

RUJUKAN

[1] Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. 2002. Pendidikan akhlak dalam KBSM: Persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri I ) .

Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

[2] Abdullah Nasih Ulwan. 1989. Pendidikan Anak-Anak

Dalam Islam. Terjemahan Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional.

[3] Adnan Yusopp. 2002. Kurikulum barn Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menghadapi era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1).

Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. him. 1-9.

[4] Ahmad Mohd Salleh. 2004. Pendidikan Islam: Falsafah,

pedagogi dan metodologi. (Edisi Semakan). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

[5] Al-Attas, Syed Mohd. Naquib. 1992. Tujuan dan Objektif

Pendidikan Islam. (Teij. Samsudin Jaafar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[6] Al-Syaibani, Omar Muhamad al-Toumy. 1991. Falsafah

Pendidikan Islam. Terj. Prof Dr Hasan Langgulung. Shah Alam: Hisbi

[7] Al-Tusi. 1964. Akhlaq al-Nasiri. Wickens, G.M. (teij.) The Nasirean Ethic. London: George Allen & Unwin Ltd.

[8] Ali Ab. Ghani. 2008. Membangun Modal Insan. Kertas keija Utama Konvensyen Nasional PIPP Kedua. 24 -27 November 2008 di Institut Amunudin Baki Genting Highland Pahang. Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

[9] Amuli, Jawad. 2001. Rahsia-rahsia ibadah. Teij. Jalad Muammar. Bogor: Penerbit Cahaya.

[10] Asmawati Suhid. 2003. Kesesuaian subbidang pembelajaran adab dan akhlak Islam KBSM menurut persepsi guru. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan (Siri 3) : Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi, hal. 94-105

[11] Asmawati Suhid. 2005. Persepsi guru dan pelajar di

Selangor terhadap kesesuaian pengagihan komponen adab

dan akhlak Islam dalam Pendidikan Islam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

[12] Azma Mahmood. 2006. Pengukuran Tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Tesis Ph.D Universiti Kebangsaan Malaysia.

[13] Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2012). Data salah

laku disiplin murid. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 16: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

20 - page Proceeding of SIST 2013, Yogyakarta-Indonesia

[14] Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2009). Didik generasi muda tanggungjawab setiap muslimhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Mo nday/Agama/20090524214952/Article/index_html. Dimuat turun pada 25 Mei 2009.

[15] Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail. (2006,13-14 Jun). Penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang

kaum di Malaysia. Kertas keija yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengajian Umum.

[16] Harery Abu Saad. (2007). Perkaitan penghayatan akhlak,

sikap terhadap sains, pencapaian dan pemilihan kerjaya di

kalangan pelajar dalam konteks pembangunan modal insan

bersepadu dalam bidang sains dan teknologi di SMKA. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

[17] Ibn Miskawayh, Abu 'Ali Ahmad Ibn Miskawayh. 1966. The

refinement of character. Beirut: American University of Beirut.

[18] Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.

Skudai: Penerbit Universiti TeknologiMalaysia.

[19] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002a. Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

[20] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002b. Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam KBSM

[21] Kurshid Ahmad. 1975. Prinsip-prinsip Pendidikan Islam.

Kuala Lumpur: ABIM.

[22] Md Zawawi Abu Bakar, Mahyuddin Abu Bakar, Azman Md Zain, Mohamad Khadafi Rofi dan Mohd Khairul Anwar Othman (2003) Etika Islam Dalam Usaha Peneiokaan Sains dan Teknologi. Kertas Keija Seminar Islam Antarabangsa. Masjid Sultan Ismail UTM di Hotel Putri Pan Johor Bahru pada 7-9 September 2003.

[23] Mohamad Khairi Hj Othman, Asmawati Suhid, Abdullah Mat Rashid dan Samsilah Roslan. (2011). Hubungan faktor-faktor sosial dengan penghayatan nilai murni pelajar: Satu dapatan awal. Prosiding 16

th International Conference

on Education. Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Universiti Brunei Darussalam.

[24] Mohd Nasir bin Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

[25] Pusat Perkembangan Kurikulum. (1990). Pukal latihan

kurikulum bersepadu sekolah menengah: Falsafah

pendidikan negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakan & Kementerian Pendidikan Malaysia.

[26] Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan

pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum

KBSR / KBSM. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

[27] Sulaiman Nordin (1993), Sains Falsafah dan Islam. Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Umum UKM.

[28] Tabatabai, al-'Allamah, al-Sayid Muhammad Husayn. 1991. al-Mizan fi tafsir al-qur'an. 21 jilid. Beirut: Muassasah al-alamy li al-Matbu'at.

[29] Tajul Ariffin Nordin dan Nor'Aini Dan. (2002). Pendidikan

dan pembangunan manusia: Pendekatan bersepadu. Bangi: As-Syabab Media.

[30] Wan Mohd Nor Wan Daud. 2006. Masyarakat Islam

Hadhari: Satu tinjauan epistemologi dan kependidikan ke

arah penyatuan pemikiran bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[31] Yaljan, Miqdad. 1986. Peranan pendidikan akhlak Islam

dalam membangun peribadi, masyarakat dan budaya

manusia. Teij. Tajudin Nur. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

[32] Yusof Qaradhawi (1996). Memahami Keutamaan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah.Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia

[33] Zaharah Hussin, Ab. Halim Tamuri & Jaffary Awang. 2005. Pembinaan kurikulum pendidikan akhlak ke arah pembangunan kemanusiaan sejagat. Prosiding Wacana

Pendidikan Islam (Siri 4) Pendidikan Islam ke arah kemanusiaan sejagat. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 25 - 26 Jun 2005.

Page 17: PENGGUNAAN BBM DALAM PENDIDIKAN AKIDAH: KAJIAN KES

ISSN: 2339-143X

Proceeding ofSIST2013, Yogyakarta-Indonesia page - 21

[34] Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md Aroff, Rahil Hj. Mahyuddin, Mohd Ibrahim Nazri, Muhammad Hassan Abd Rahman, Abd Rahim Hj. Faffiee dan Habsah Ismail. 1998. Laporan penyelidikan pendidikan Akhlak di sekolah

menengah kebangsaan agama. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia.

Zulkiflee Haron ialah pensyarah di Fakulti Tamadun Islam, UTM, Johor, Malaysia.

Mohd Nasir Ripin ialah pensyarah kanan di Fakulti Tamadun Islam UTM, Johor, Malaysia.