pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam · pdf fileialah soal selidik. hasil ... kurikulum...

7
539 PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN DALAM KALANGAN GURU NOVIS DAN GURU BERPENGALAMAN DI SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT (PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE AMONG THE NOVICE TEACHER AND EXPERT TEACHERS IN SCHOOLS WITHIN HULU LANGAT) Mohamad Safwandi Bin Suaidi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ([email protected]) Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru matematik novis dan berpengalaman di sekolah rendah Daerah Hulu Langat. Gaya penyampaian pengajaran guru matematik novis dan berpengalaman tentang konsep dan operasi kepada pelajar merupakan komponen penting bagi pengetahuan pedagogi isi kandungan (PCK). PCK adalah sejenis pengetetahuan yang unik bagi seorang guru dan ianya adalah merujuk kepada cara penyampaian isi kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. Kajian yang dilakukan oleh TIMSS dan PISA menunjukkan bahawa kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah secara kritis dalam matematik di sekolah adalah rendah berbanding menghafal. Hal ini adalah kerana langkah pengajaran yang terlalu mengikut procedural dan berpusatkan kepada guru dengan menggunakan simbol istilah yang abstrak. Pelajar lebih banyak diminta untuk menghafal rumus dan petua matematik berbanding membina pengetahuan terhadap konsep dalam matematik itu sendiri. Justeru itu, penguasaan guru terhadap isi kandungan matapelajaran yang ingin diajar akan memberikan impak terhadap pengajaran dimana pelajar mempelajari matapelajaran daripada guru berkenaan. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru matematik sekolah rendah sama ada guru novis dan guru berpengalaman mempunyai pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi yang hampir sama. Kata Kunci: Guru novis, Guru berpengalaman, Pengetahuan pedagogi, Pengetahuan isi Kandungan, Pedagogi isi kandungan ABSTRACT This research is intended to examine the pedagogical content knowledge among the novice and expert mathematical teachers in primary schools within the vicinity of Hulu Langat. Presentation methodology of the novice and expert on the concept and operation to the students is the most vital key component of pedagogical content knowledge (PCK). PCK is one of the unique skills of a teacher and it refers to the delivery method of the content so as to ease the process of grasping the content as well as to encourage the conceptual understanding among the students. Research by TIMSS and PISA shows that the students capability in solving a mathematical problem in a critical manner is feckless compared to when it comes to memorizing it. It happened due to the fact of instructional steps that is strikingly procedural oriented and focused on the teachers who used symbol of the term which is abstract in nature. Students are mostly encouraged to memorize the mathematical formula and tips despite of developing the understanding of the mathematical concept itself. Therefore, the teacher's mastery on the content of the subject that is to be taught will affects the learning process of the students. Research methodology used in this research is surveying method. The findings show that primary school teachers which are novice teachers and experienced teachers have similar knowledge and pedagogical skills. Keywords: Novice teacher, Expert teachers, Pedagogical knowledge, Content knowledge, Pedagogical content knowledge PENGENALAN Laporan Perkembangan dunia meletakkan Korea Selatan di kedudukan 17, Hong Kong (12), Singapura (11), Brunei (31) dan Malaysia pada kedudukan 63 untuk tahap perkembangan manusia. Bidang pendidikan menurut ekonomi terbahagi kepada tiga (United Nations Development Programme 2015). Bagi bidang pendidikan,

Upload: hangoc

Post on 07-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

539

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN DALAM KALANGAN GURU NOVIS DAN GURU

BERPENGALAMAN DI SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU LANGAT

(PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE AMONG THE NOVICE TEACHER AND EXPERT TEACHERS IN SCHOOLS WITHIN HULU

LANGAT)

Mohamad Safwandi Bin Suaidi Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

([email protected])

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru matematik novis dan berpengalaman di sekolah rendah Daerah Hulu Langat. Gaya penyampaian pengajaran guru matematik novis dan berpengalaman tentang konsep dan operasi kepada pelajar merupakan komponen penting bagi pengetahuan pedagogi isi kandungan (PCK). PCK adalah sejenis pengetetahuan yang unik bagi seorang guru dan ianya adalah merujuk kepada cara penyampaian isi kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. Kajian yang dilakukan oleh TIMSS dan PISA menunjukkan bahawa kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah secara kritis dalam matematik di sekolah adalah rendah berbanding menghafal. Hal ini adalah kerana langkah pengajaran yang terlalu mengikut procedural dan berpusatkan kepada guru dengan menggunakan simbol istilah yang abstrak. Pelajar lebih banyak diminta untuk menghafal rumus dan petua matematik berbanding membina pengetahuan terhadap konsep dalam matematik itu sendiri. Justeru itu, penguasaan guru terhadap isi kandungan matapelajaran yang ingin diajar akan memberikan impak terhadap pengajaran dimana pelajar mempelajari matapelajaran daripada guru berkenaan. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru matematik sekolah rendah sama ada guru novis dan guru berpengalaman mempunyai pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi yang hampir sama. Kata Kunci: Guru novis, Guru berpengalaman, Pengetahuan pedagogi, Pengetahuan isi Kandungan, Pedagogi isi kandungan ABSTRACT This research is intended to examine the pedagogical content knowledge among the novice and expert mathematical teachers in primary schools within the vicinity of Hulu Langat. Presentation methodology of the novice and expert on the concept and operation to the students is the most vital key component of pedagogical content knowledge (PCK). PCK is one of the unique skills of a teacher and it refers to the delivery method of the content so as to ease the process of grasping the content as well as to encourage the conceptual understanding among the students. Research by TIMSS and PISA shows that the students capability in solving a mathematical problem in a critical manner is feckless compared to when it comes to memorizing it. It happened due to the fact of instructional steps that is strikingly procedural oriented and focused on the teachers who used symbol of the term which is abstract in nature. Students are mostly encouraged to memorize the mathematical formula and tips despite of developing the understanding of the mathematical concept itself. Therefore, the teacher's mastery on the content of the subject that is to be taught will affects the learning process of the students. Research methodology used in this research is surveying method. The findings show that primary school teachers which are novice teachers and experienced teachers have similar knowledge and pedagogical skills. Keywords: Novice teacher, Expert teachers, Pedagogical knowledge, Content knowledge, Pedagogical content knowledge

PENGENALAN Laporan Perkembangan dunia meletakkan Korea Selatan di kedudukan 17, Hong Kong (12), Singapura (11), Brunei (31) dan Malaysia pada kedudukan 63 untuk tahap perkembangan manusia. Bidang pendidikan menurut ekonomi terbahagi kepada tiga (United Nations Development Programme 2015). Bagi bidang pendidikan,

540

Malaysia muncul corot dalam tiga kajian yang dilakukan oleh indeks antarabangsa. United Nation Development Programme (2013) meletakkan Malaysia di kedudukan 98 daripada 187 negara dalam United Nation Education Index. Kajian oleh Programme for International Student Assessment (PISA) telah mengukur kadar literasi pelajar-pelajar berumur bawah 15 tahun terutamanya matematik, sains dan kadar kebolehan membaca. Kajian tersebut juga mengkaji kebolehan pelajar menyelesaikan masalah secara kritis berbanding menghafal. Laporan kajian PISA tersebut telah menunjukkan bahawa Malaysia masih lagi corot di tangga 55 daripada 74 buah Negara (Organization for Economic Co-operation and Development, 2012). Keputusan Kajian daripada Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) pula telah menunjukkan penurunan prestasi matematik dan sains yang agak mendadak sepanjang 4 kali penilaian bermula tahun 1999. Laporan TIMSS menunjukkan pola kejatuhan kedudukan bagi subjek matematik iaitu 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011). Begitu juga dengan kejatuhan yang agak ketara bagi markah purata subjek matematik iaiatu 519 (1999), 508 (2003), 474 (2007) kepada 440 (2011) (National Center for Education Statistics, 2011). Kajian antarabangsa mengenai matematik tersebut telah menunjukkan bahawa perlu adanya pendekatan yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah. Hal ini adalah kerana kajian tersebut terbukti bahawa kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah secara kritis dalam matematik di sekolah adalah rendah berbanding menghafal. Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari bahawa perlunya perubahan dalam aspek pendidikan dari segi pendekatan dan strategi pengajaran. Justeru itu, kerajaan telah menggubal Pelan Pendidikan Abad ke-21 dimana aspek kualiti guru itu diambil kira sebagai salah satu kunci kepada kemecemerlangan murid dalam abad ke-21 ini. Aspek pembinaan pengetahuan dan kemahiran berfikir adalah diambil kira. Setiap pelajar belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan pelajar menghubungkan pelbagai disiplin ilmu (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Kurikulum Matematik di sekolah adalah kurikulum yang menyediakan pendidikan matematik secara umum yang memberikan kepada pelajar kemahiran matematik bagi tujuan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam kehidupan sebenar, kemahiran penyelesaian masalah serta cara berfikir logik, kritis dan bersistem (Nik Azis 2008). Ianya adalah selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana kurikulum Matematik dirancang untuk memberikan pengalaman yang mengandungi (a) kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa (b) kesepaduan antra tajuk-tajuk matematik yang dipelajari, (c) kesepaduan antara matematik dengan matapelajaran yang lain dan (d) kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di bilik darjah (Tengku Zawawi, 2005). Berdasarkan kepada kurikulum matematik yang dinyatakan, jelas bahawa pembelajaran matematik menuntut pelajar untuk menguasai setiap konsep dan diikuti dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berkenaan di samping mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Menurut Nik Azis (2008) adalah penting bagi setiap pelajar untuk memahami konsep matematik bagi meningkatkan kemampuan pelajar dalam proses penyelesaian masalah. Kerajaan Malaysia amat menenkankan usaha dalam pembangunan modal insan yang berkualiti dengan merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006 – 2010 dalam usaha membangunkan modal insan kelas pertama bagi mencapai usaha Wawasan 2020. Usaha ini diteruskan lagi dengan pelaksaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang meneruskan lagi usaha pembangunan dan pembentukan modal insan di negara ini. Bagi usaha pembangunan modal insan yang berkualiti ini, guru yang berkualiti dan mempunyai kepakaran adalah amat diperlukan. Hariss dan Sass (2011) menyatakan bahawa kualiti guru merupakan kunci bagi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah sama ada peringkat sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Wan Ali (2000) menyatakan bahawa guru perlu mempunyai kepakaran dari pelbagai aspek seperti penguasaan terhadap bidang pelajaran yang diajar, menguasai kaedah pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ianya adalah bertepatan dengan Sulaiman (2004) yang menyatakan bahawa guru seharusnya mempunyai ilmu yang khusus dalam bidang matapelajarannya. Kenyataan ini juga disokong oleh Siti Salwa (2014) yang mengatakan bahawa guru seharusnya mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam penguasaan matapelajaran tertentu. Pengetahuan guru inilah dinyatakan oleh Shulman (1987) sebagai pedagogi isi kandungan (PCK). Pengetahuan pedagogi isi kandungan adalah merujuk kepada cara bagaimana guru menyampaikan isi kandungan agar mudah untuk difahami serta dapat mengalakkan keafahaman konseptual murid terhadap apa yang dipelajari. Menurut Tengku Zawawi et.al (2009) pedagogi isi kandungan adalah penglibatan penggunaan analogi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang berkesan, disamping mengambil kira latar belakang murid.

541

Ianya disokong oleh Shulman (1987) dengan menyatakan bahawa PCK akan membantu guru-guru dalam membuat analogi, metafora, memberi contoh, mengadakan pelbagai aktiviti dan tunjuk cara bagi membantu kejayaan murid. Shulman (1987) menyatakan lagi bahawa PCK adalah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seorang guru dan ia adalah berdasarkan kepada pengetahuan tentang cara bagaimana guru untuk mengajar di bilik darjah dengan apa yang perlu diajarkan kepada murid di bilik darjah. Ianya turut disokong oleh Habibah et.al (2005) bahawa pengetahuan pedagogi kandungan merupakan gabungan kandungan dan pedagogi yang berperanan untuk memahami kefahaman bagaimana pensturkturan, perwakilan dan adaptasi tajuk, maslaah da nisi disesuaikan mengikut minat, dan kebolehan pelajar serta dipersembahkan dalam pengajaran. Pengintegrasian kedua jenis pengetahuan ini telah menghasilkan pengetahuan isi kandungan. Zakaria (2011) menyatakan bahawa kajian-kajian lepas hanya memberikan penumpuan kepada pelaksanaan pengajaran oleh guru di dalam bilik darjah dan tidak menumpukan kepada pengetahuan asas guru. Jadi kajian ini lebih memberi penumpuan kepada pengetahuan asas guru dalam bidang matematik dan pedagogi. Pengetahuan asas yang dimaksudkan ialah pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi guru novis dan guru berpengalaman. Walaupun terdapat pelbagai kajian yang menyatakan bahawa guru yang berpengalaman mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada guru novis, namun guru novis juga mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap pedagogi yang terkini khususnya pedagogi abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmanakah perbezaan diantara guru novis dan guru berpengalaman dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adakah mereka mempunyai perbezaan yang ketara dari segi isi pelajaran dan kemahiran pedagogi di bilik darjah. OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif-objektif kajian yang disasarkan oleh pengkaji adalah seperti berikut: Mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan isi kandungan diantara guru matematik novis dan

berpengalaman. Mengenalpasti perbezaan tahap kemahiran pedagogi isi kandungan diantara guru matematik novis dan

berpengalaman. PERSOALAN KAJIAN Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan isi kandungan diantara guru matematik novis dan

berpengalaman? Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran pedagogi isi kandungan dianatra guru

matematik novis dan berpengalaman? METODOLOGI KAJIAN Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitaitf jenis kajian tinjauan. Di mana kajian ini dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar matematik di sekolah rendah di Daerah Hulu Langat. Dapatan kajian ini hanya sah digunakan di kawasan yang dikaji sahaja. Segala data adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan semasa pemerhatian dan pengalaman pengkaji. Dapatan kajian ini hanya sah untuk diguna pakai bagi kajian yang melibatkan mata pelajaran matematik sahaja kerana matapelajaran ini melibatkan konsep dan pengetahuan dalam menyelesaikan maslaah. Kajian ini hanya terbatas kepada populasi responden daripada guru-guru matematik sekolah rendah di Daerah Hulu Langat yang merangkumi guru Matematik novis dan berpengalaman. Data diperolehi melalui soal selidik. Oleh itu, penyelidik menyediakan instrumen soal selidik dan kesemua instrumen tersebut telah diubahsuai dari pengkaji terdahulu seperti Tengku Zawawi (2005). DAPATAN KAJIAN Kajian ini melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan harian dalam daerah Hulu Langat di negeri Selangor yang hanya meliputi sekolah bandar sahaja. Sebanyak 70 set soal selidik yang

542

diedarkan kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Matematik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat dan data kajian. 35 set soal selidik diedarkan kepada guru novis yang mempunyai pengalaman mengajar satu hingga tiga tahun manakala 35 set soal selidik diedarkan kepada guru yang mempunyai pengalaman lebih daripada 4 tahun mengajar. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Sosial Science (SPSS) versi 23.0. Proses penganalisan data bagi kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A membincangkan tentang latar belakang responden manakala Bahagian B membincangkan tentang pengetahuan isi kandungan guru dalam bidang Matematik. Bahagian C pula membincangkan tahap kemahiran pedagogi dalam kalangan guru. Dalam kajian ini, indeks kepercayaan item-item soal selidik ditentukan dengan menggunakan Model Alpha Cronbach yang terdapat dalam SPSS versi 23.0. Menurut Radzi (2010), kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan keputusan ujian. Hasil dari analisis data 7 responden, nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha yang diperoleh adalah 0.968 (rujuk jadual 1), menunjukkan nilai indeks kebolehpercayaan mempunyai tahap yang tinggi dan setiap item boleh diterima.

Jadual 1: Reliability Statistics

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on Standardized Items N of Items

.968 .969 49 Jadual 2 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 70 orang guru. 36 orang responden iaitu 514 % merupakan guru lelaki manakala 34 orang responden iaitu 486% merupakan guru perempuan.

Jadual 2: Jantina Kekerapan Peratus Valid Lelaki 36 51.4

Perempuan 34 48.6

Jumlah 70 100.0

Jadual 3: Kelayakan akademik responden bagi kajian ini. Kekerapan Peratus

Valid Diploma 9 12.9

Ijazah Sarjana Muda 59 84.3

Ijazah Sarjana 2 2.9

Jumlah 70 100.0

Dapatan kajian menunjukkan bilangan guru mempunyai ijazah sarjana muda adalah merupakan responden yang paling tinggi iaitu seramai 59 orang (843%). Ini diikuti dengan responden guru yang memiliki diploma pendidikan iaitu seramai 9 orang (12.9 %) dan responden yang mempunyai Ijazah Sarjana adalah seramai 2 orang (2.9 %) sahaja. Ini menunjukkan bahawa sebilangan besar responden kajian mempunyai tahap pendidikan yang hampir sama.

543

Jadual 4: Group Statistics Pengalaman mengajar Bilangan Min

Isi kandungan Matematik Guru Baru 35 3.8190

Guru berpengalaman 35 3.8667

Pedagogi Matematik Guru Baru 35 4.8114

Guru berpengalaman 35 4.8046

Jadual 4 menunjukkan perbezaan min diantara guru novis dan guru berpengalaman dari segi pengetahuan isi kandungan matematik dan kemahiran pedagogi. Maka, ujian-t dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan diantara dua kumpulan tersebut.

Jadual 5: Ujian-t tidak bersandar

Levene’s Test for Equality of Variance

t-test for Equality of means

F Sig. t df Sig. (2-tailed)

Isi Kandungan Matematik

Equal Varians Assumed

0.036 0.851 1.302 68 0.197

Equal Varians not Assumed

1.302 67.674 0.197

Pedagogi Matematik

Equal Varians Assumed

2.12 0.15 .353 68 0.725

Equal Varians not Assumed

.353 66.251 0.725

Nilai F = 0.036 < 0.05, hal ini menunjukkan bahawa data adalah heterogenous. Berdasarkan kepada jadual 5, didapati nilai t bagi perbandingan tahap pengetahuan matematik guru novis dan guru berpengalaman ialah t = 1.302 dan tahap signifikan t = 0.197. Tahap signifikan adalah lebih besar daripada 0.05 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis nul (H0) adalah gagal ditolak. Maka, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan isi kandungan matematik guru novis dan guru berpengalaman. Nilai F = 2.12 > 0.05, hal ini menunjukkan bahawa data adalah homogenous. Berdasarkan kepada jadual 5, didapati nilai t bagi perbandingan tahap pengetahuan matematik guru novis dan guru berpengalaman ialah t = 0.353 dan tahap signifikan t = 0.725. Tahap signifikan adalah lebih besar daripada 0.05 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis nul (H0) adalah gagal ditolak. Maka, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan isi kandungan matematik guru novis dan guru berpengalaman. PERBINCANGAN Menurut Hassan dan Ismail (2008), 71% guru pelatih mempunyai tahap penguasaan pengetahuan pedagogi dan pengetahuan isi kandungan matematik yang baik. Hal ini membuktikan bahawa guru matematik novis juga mempunyai tahap penguasaan pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi yang baik seperti guru matematik yang berpengalaman. Guru novis merupakan guru yang telah mendapat pendidikan yang mendalam mengenai opsyen pembelajaran mereka melalui kelayakan iktisas yang dimiliki oleh mereka. Guru novis juga melalui pelatihan khusus semasa menjalani kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru ataupun di universiti. Aini Hayati et.al (2011) menyatakan bahawa seorang guru yang mengajar matematik wajib menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidang matematik. Pengajaran mateamtik yang berkesan memerlukan guru yang mempunyai komitmen yang serius dalam memperkembangkan kefahaman matematik murid (Noor Shah, 2006). Walaupun kajian-kajian yang lepas menunjukkan bahawa pengalamana memainkan peranan yang signifikan dalam membezakan guru novis dan guru berpengalaman dari segi pegetahuan dan pedagogi, namun faktor komitmen guru dalam meningkatkan tahap pendidikan dan pedagogi juga memainkan peranan yang penting.

544

Oleh kerana guru novis didedahkan dengan kemahiran pedagogi yang terkini semasa menjalani latihan peguruan yang berlendaskan kepada kaedah yang terkini berasaskan kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Maka, guru-guru novis juga mempunyai peluang yang sama seperti guru yang berpengalaman untuk melaksanakan pedagogi yang berkesan. Fukuyama (2011) menyatakan bahawa golongan millennials lebih cenderung untuk melihat kepada perkembangan kompetensi individu berbanding senioriti. Hal ini bermaksud bahawa guru novis yang kompeten punyai kelebihan yang sama berbanding guru senior di sekolah. Magdeline dan Zamri (2014) menyatakan bahawa kefahaman guru terhadap topik yang diajar memudahkan guru untuk membuat persiapan pengajaran dari segi pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi pengajaran. Guru novis sememangnya mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap pengetahuan isi kandungan dan pedagogi kerana mereka melalui latihan praktikal yang berperingkat semasa menjalani kursus perguruan. Zaidah (2005) menyatakan bahawa guru memperolehi pengetahuan asas sama ada melalui pengalaman sebagai pelajar mahupun latihan pendidikan formal namun tidak dinafikan bahawa pengalaman juga menyumbang peranan yang besar terhadap cara pengajaran di sekolah. Maka, program pendidikan perguruan yang menyediakan guru pelatih yang mempunyai pengkhususan dalam satu bidang membolehkan mereka lebih fokus terhadap isi kandungan dan pedagogi sepertimana guru berpengalaman. KESIMPULAN Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru matematik sekolah rendah sama ada guru novis dan guru berpengalaman mempunyai pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi yang hampir sama. Hal ini menunjukkan bahawa guru matematik novis juga mempunyai peluang yang sama dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara efektif. Namun begitu, guru novis perlu menjalani pembelajaran yang berterusan bagi meningkatkan dan memberdaya potensi diri mereka untuk mencapai tahap pemikiran yang setara dengan guru yang berpengalaman. Guru yang berpengalaman juga mempunyai pengalaman yang bermakna dalam konteks pengajaran di bilik darjah. Mereka menggunakan pengalaman mereka sebagai kepakaran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. RUJUKAN Aini Hayati, P., Noor Shah, S., Mohd Uzi, D., & Zulkifley, M. (2011). Pengetahuan dalam Kalangan Guru

Matematik Sekolah Rendah Berdasarkan Standard Pengajaran Matematik. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2 (3); 43 – 62.

Harris, D. N. & Sass, T. R. (2011). Teacher Training, Teacher Quality and Student Achievement. Journal of Public Economics, 95: 798 – 812.

Hassan, N. & Ismail, Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, 1–14.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Laporan Awal: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Dilayari 17 Julai 2017. Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf

Magdeline, A, N., & Zamri, M. (2012). Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa iban. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(2), 593–608.

National Center for Education Statistics. (2011). Trends in Mathematics and Science Study. Dilayari 17 Mac 2017. Daripada Institute of Education Sciences: https://nces.ed.gov/timss/results11.asp.

Nik Aziz Nik Pa. (2008). Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Organization for Economic Co-operation and Development. (2012). Programme for International Student Assesement 2012 Result in focus. Dilayari 17 Mac 2017, Daripada Organization for Economic Co-operation and Development: http://www.oecd.org/pisa/keyfindings/pisa-2012-results-overview.pdf.

Radzi, M. S. M. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan masalah. Fakulti Pendidikan,UTM, 1–119.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review 57: 1 – 22.

Siti Salwa, A. M. (2014). Pengajaran Guru Opsyen dan Bukan Opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah di Batu Pahat. Tesis Master. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Tengku Zawawi, T. Z. (2005). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Bagi Tajuk Pecahan di Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

United Nations Development Programme. (2015). Human Development Report 2015: Work for human Development. UNDP.

Wan Ali, W. Z. (2002). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

545

Zaidah Yazid. (2005). Pengetahuan pedagogikal kandungan guru Matematik Tambahan berpengalaman: Satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zakaria, Z. B. (2011). Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru biologi permulaan dan berpengalaman: satu kajian kes. Retrieved from http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/15/