kurikulum matematik

Upload: kathiresan-kathir

Post on 04-Jun-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    1/22

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    2/22

    Dari segi sejarah pula, curriculum berasal daripada Latin. Perkataan ini mula digunakan sekitar tahun

    400 SM, ketika zaman Plato di mana ia membawa maksud ruang sesi pembelajaran berlansung. Ketika

    itu, kanak-kanak di Bandar Athens telah mengikuti satu bentuk kurikulum pendidikan di mana ketika

    mereka berpeluang belajar pelbagai jenis ilmu ketika di sekolah.

    Dari segi pendapat pakar pendapat pendidikan, pelbagai pendapat yang berbeza dapat dilihat apabila

    kita mencari definisi kurikulum. Antara yang dipetik adalah menurut Hirst(1975) dalam Pengurusan

    Kurikulum, beliau mendefiniskan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti

    pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif yang

    ditentukan.

    Sekiranya kita lihat definisi kurikulum dari ketiga-tiga perspektif, dapat kita rumuskan kurikulum

    merupakan suatu perkara yang luas dalam pendidikan dimana ia melibatkan perancangan bagaimana

    pengajaran dan pembelajaran harus dilaksanakan dan mempunyai objektif tertentu yang harus dicapai

    semasa sesi pelaksanaannya berlangsung.

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    KURIKULUM PROSES PERKEMBANGAN KURIKULUM

    Kurikulum berkembang mengikut proses aliran yang bermula dengan pembentukkannya terlebih dahulu.Selepas kajian dan perancangan yang berkaitan, maka terbentuklah satu kurikulum yang dimana ianya

    disebarkan di medium seperti sekolah. Selepas itu proses pengajaran kurikulum tersebut akan

    berlangsung. Ketika proses ini berlangsung, pelbagai penilaian akan dijalankan untuk mengetahui sejauh

    mana keberkesanan kurikulum tersebut. Setelah kelemahan dikenal pasti dan dikaji, maka pembaharuan

    akan dilakukan untuk memastikan kurikulum sedia ada kekal relevan dan sesuai dengan peredaran masa

    dan perkembangan teknologi.

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/proses-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/proses-perkembangan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/proses-perkembangan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/proses-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/proses-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/proses-perkembangan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/proses-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    3/22

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT KURIKULUM

    PEMBENTUKAN KURIKULUM

    Pembentukan kurikulum merupakan bahagian pertama dalam perkembangan kurikulum. Aspek pertama

    dalam membentuk kurikulum ialah rasional. Rasional adalah penting kerana ia memberi penjelasan

    kepada perlunya wujud satu kurikulum itu selain mengemukakan alasan atau sebab serta asas kepada

    kewujudan kurikulum itu. Dengan adanya alasan-alasan itu, maka rasional memberi panduan dan hala

    tuju bagi menyelesaikan atau mengurangkan masalah itu. Kepentingan rasional dalam pembentukan

    sesuatu kurikulum itu sangat tinggi kerana rasional merupakan asas dan panduan dalam pembentukan

    kurikulum. Jadi, perhatian yang mendalam dan sempurna perlu diberi dalam pembentukan rasional bagi

    satu-satu kurikulum. Sekiranya bahagian rasional didapati memuaskan, maka aktiviti seterusnya akan

    dilakukan iaitu proses pembentukan objektif bagi kurikulum tersebut.

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembentukan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembentukan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembentukan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembentukan-kurikulum/http://kurikulummatematik.files.wordpress.com/2011/12/image.pnghttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembentukan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembentukan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembentukan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    4/22

    Objektif didefinisikan sebagai sesuatu yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut

    tahap-tahap objektif itu (Razali Arof, 1991). Objektif ini dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti

    objektif negara (paling umum), objektif kementerian, objektif sekolah/maktab/universiti dan akhir sekali

    objektif pengajaran (harian/khusus). Objektif umum lebih menyeluruh berbanding dengan objektif khusus,

    namun objektif khusus tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dicapai jika dibandingkan denganobjektif umum. Kalaulah rasional menjawab soalan mengapa atau kenapa satu-satu kurikulum itu harus

    dibentuk, objektif pula menjawab soalan apa yang harus dicapai oleh kurikulum yang mahu dibentuk itu.

    Setelah kita berbincang tentang konsep objektif, perkara yang seterusnya adalah mengenalpasti dan

    memilih objektif. Objektif mesti dipelbagaikan mengikut domain-domain yang ada dalam tiap-tiap individu

    iaitu domain kognitif , psikomotor dan afektif supaya domain-domain itu dapat berfungsi dan berada

    dalam keadaan yang baik dan penuh produktif.

    Sebelum objektif yang sebenar dan tepat itu dipilih, beberapa kriteria pemilihan akan dibuat. Diantara

    perkara yang termasuk di dalam kriteria pemilihan objektif itu ialah objektif mestilah selari dengan

    rasional kurikulum tersebut. Sekiranya objektif yang dipilih tidak selari dengan rasional kurikulum

    tersebut, ianya sia-sia kerana pencapaian objektif tersebut tidak akan dapat menyelesaikan masalah

    yang telah dikenalpasti dalam rasional kurikulum itu. Kriteria kedua ialah objektif tersebut boleh dicapai

    dah boleh diajar. Kriteria keupayaan untuk mencapai objektif itu memberi makna bahawa pelanggan atau

    penerima kurikulum yang dibentuk itu berupaya untuk mencapai objektifnya. Seterusnya kebolehan dan

    keupayaan untuk melaksanakan kurikulum itu bagi mencapai objektifnya juga penting untuk

    dipertimbangkan. Selain itu juga, perlulah dipastikan bahawa setiap objektif yang dipilih untuk dijadikan

    objektif kurikulum itu mestilah saling menyokong dan tidak pula sebaliknya. Sesuatu kurikulum itu akan

    cacat sekiranya mempunyai objektif-objektif yang bertelingkah atau bercanggah.

    Tiap-tiap objektif itu patut dilihat dan dinyatakan mengikut apa yang akan diperolehi atau dikuasai oleh

    pelajar diakhir sesuatu program. Ianya perlulah jelas menunjukkan hasil yang akan diperolehi oleh

    pelajar, bukanlah oleh pengajar atau pihak lain.

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    KURIKULUM ISI KURIKULUM

    Setelah meneliti tentang objektif, langkah seterusnya adalah membincangkan aspek-aspek mengenai isi

    dalam kurikulum. Isi dalam kurikulum merupakan ilmu pengetahuan yang hendak diajar kepada pelajar-

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/isi-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/isi-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/isi-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/isi-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/isi-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/isi-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/isi-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    5/22

    pelajar. Namun demikian, ianya bukalah objektif sesuatu kurikulum sebalikya isi merupakan alat untuk

    mencapai objektif itu.

    Isi boleh merupakan kajian seperti peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, peristiwa mencapai

    kemerdekaan sesebuah negara dan sebagainya. Isi juga boleh merupakan fakta-fakta atau maklumat

    mengenai peristiwa atau kejadian tersebut. Selain itu, isi juga boleh merupakan konsep misalnya semua

    konsep yang terlibat atau terdapat dalam peristiwa kekalahan satu pasukan bola sepak. Seterusnya, isi

    juga boleh mengandungi andaian teori dan prinsip.

    Seterusnya kita boleh mendapati bahawa isi-isi itu dibahagikan kepada bentuk teoritikal/konseptual dan

    bentuk aplikasi atau praktikal. Ilmu pengetahuan atau isi yang berbentuk teori lebih abstrak, tidak dapat

    dilihat dan agak sukar dikuasai berbanding dengan ilmu praktikal. Kaitan dan perbezaan diantara ilmu

    teori dan ilmu praktikal adalah penting untuk difahami kerana ia sangat berguna bagi membuat aktiviti

    penyusunan isi dalam kurikulum. Dalam pemilihan isi terdapat juga dua konsep yang penting yang perlu

    dijelaskan iaitu isi sokongan dan isi sebenar. Isi sokongan ialah isi yang dimasukkan bertujuan untuk

    membantu isi sebenar mencapai objektif kurikulum.

    Isi dalam kurikulum boleh didapati daripada beberapa sumber. Pertama, melalui kajian yang dilakukan

    oleh orang lain, atau kita sendiri. Jadi, hasil dari kajian itu, timbulnya ilmu pengetahuan yang boleh dipilih

    untuk dimasukkan ke dalam kurikulum. seterusnya adalah melalui pengalaman sendiri. Ramai ahli tokoh

    pemikir menemukan ilmu pengetahuan melalui pengalaman mereka sendiri seperti Discartes, yang

    menemukan satah Cartesian setelah memerhatikan lalat di siling biliknya. Sumber terakhir, adalah

    melalui literatur atau buku-buku, majalah, jurnal dan lain-lain.

    Setelah mengenalpasti sumber-sumber, langkah seterusnya adalah memilih isi kurikulum itu. Beberapa

    kriteria harus dipatuhi seperti isi kurikulum itu mestilah selari dengan kehendak objektif kurikulum yang

    berkenaan. Dengan kata lain, ianya mestilah mengikut matlamat-matlamat objektif tersebut. Seterusnya,

    ilmu pengetahuan yang dipilih perlulah mendapat kebenaran untuk diajar kepada pelajar dan ilmu

    tersebut adalah benar. Ilmu pengetahuan yang bercorak kontroversi perlu diberi pertimbangan yang

    mendalam sekiranya mahu dipilih untuk dijadikan isi. Dan akhir sekali adalah, ianya mestilah mengikut

    kesesuaian dengan peringkat keadaan dan minat pelajar.

    Demikianlah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memilih ilmu pengetahuan bagi dijadikan

    isi sesuatu kurikulum itu. Lebih banyak objektif yang boleh diselarikan dengan isi yang dipilih, adalah

    lebih menguntungkan.

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penyebaran-dan-pengajaran-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penyebaran-dan-pengajaran-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penyebaran-dan-pengajaran-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penyebaran-dan-pengajaran-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penyebaran-dan-pengajaran-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    6/22

    KURIKULUM PENYEBARAN DAN PENGAJARAN KURIKULUM

    Penyebaran kurikullum membawa maksud segala aktiviti yang terlibat dalam proses penyampaian

    kurikulum yang telah dibentuk di Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Secara kasarnya, terdapat

    beberapa kumpulan yang terlibat dalam prosses pelaksanaan penyebaran kurikulum. Diantaranya ialah

    pegawai-pegawai atau ahli-ahli Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum di peringkat negeri dan daerah,

    para guru besar, para guru kanan mata pelajaran dan akhir sekali guru-guru yang akan mengajar sesuatu

    kurikulum itu. Disebabkan terdapat satu pemisah jarak jauh danpersekitaran yang berbeza, dari BPK

    kepada guru yang akan menyampaikan kurikulum tersebut, pelbagai masalah mungkin timbul.

    Terdapat beberapa faktor yang perlu diawasi proses penyebaran kurikulum. Perkara-perkara tersebut

    perlu dititik berat supaya kurikulum yang akan diterima oleh pengajara adalah yang terbaik. Sekiranya

    perkara ini tidak dikawal, maka besar kemungkinan kurikulum ini tidak akan berjaya menghasilkanperkara yang diinginkan oleh penggubalnya.

    Faktor pertama yang perlu dikawal ialah taraf kefahaman pengajar. Pengajar sebagai penyampai

    kurikulum kepada para pelajar. Para pengajar terlebih daahulu perlu memahami secara menyeluruh

    mengenai kurikulum yang hendak diajar. Hal ini kerana, para pengajar akan dapat mengatasi masalah

    yang akan wujud dalam hal ini dengan lebih awal sebelum bermulanya aktiviti pengajaran. Kadangkala,

    disebabkan kebanyakkan para pengajar kurang memahami beberapa aspek dalam kurikulum yang telah

    diperbaharui, para pelajar yang mendapat implikasi buruk.

    Faktor kedua ialah keaslian kurikulum itu perlu dipelihara agar tidak berlaku aktiviti tokok tambah atau

    tolak campur atau sebarang penyesuaian ke atas kurikulum tersebut. Perubahan secara tidak sengaja

    mungkin boleh berlaku sekiranya mereka-mereka yang menyebarkan kurikulum ini bukanlah daripada

    mereka-mereka yang membentuk kurikulum tersebut. Masalah juga boleh timbul sekiranya terdapat lebih

    banyak peringkat perantaraan diantara Jawatankuasa Pembentukan Kurikulum dengan pengajar. Lebih

    banyak peringkat perantaraan wujud, maka akan lebih besarlah peluang perubahan keaslian kurikulum

    akan berlaku dalam proses penyebaran itu. Perubahan secara sengaja juga mungkin berlaku. Ini kerana

    akan terdapat beberapa golongan penyebar ataupun pengajar yang disebabkan oleh sesuatu sebab telah

    dengan sengajanya mengubah keaslian kurikulum tersebut.

    Faktor ketiga yang perlu diawasi adalah masyart setempat perlu diyakini mengenai kebaikan yang

    terdapat dalam kurikulum yang dibentuk. Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pengetua

    perlulah diyakinkan agar mereka dapat menerima kurikulum yang berkesan dan mereka ini seterusnya

    akan menyebabkan ibubapa memainkan peranan mereka dalam mewujudkan sikap positif di kalangan

    anak-anak mereka untuk mempelajari isi-isi kurikulum tersebut. Implikasi yang buruk akan timbul jika

    masyarakat tidak dapat menerima kurikulum yang dibentuk.

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penyebaran-dan-pengajaran-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penyebaran-dan-pengajaran-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    7/22

    Faktor seterusnya ialah pentingnya penyediaan saluran maklum balas. Satu medium maklum perlu

    diadakan diantara pihak pembentuk kurikulum dan para pengajar ataupun para pelajar itu sendiri.

    Dengan ini pihak BPK mempunyai saluran untuk menerangkan serta menjawab segala persoalan yang

    mungkin akan timbul dari pihak sekolah. pihak sekolah juga berpeluang untuk menyuarakan pendapat

    mereka terhadap kurikulum yang mereka terima jika saluran-saluran ini diwujudkan.

    Faktor terakhir yang perlu diberi penekanan ialah faktor masa. Disebabkan jarak diantara Kementerian

    Pendidikan dengan sekolah adalah jauh, maka faktor masa perlu difikirkan. Kelambatan pengajaran

    kurikulum akan menjadi lambat sekiranya kurikulum yang disebarkan itu lambat sampai disekolah

    berkenaan. Kelambatan ini akan menimbulkan suasan terdesak para pengajar untuk menyampaikan

    kurikulum itu kepada para pelajar dan seterusnya menyebabkan para pelajar mungkin mendapat

    kefaham rendah dalam pelajaran tersebut. Unutk mengelakkan masalah ini berlaku, pihak

    BPKseharusnya penyebarkan kurikulum yang dibentuk selewat-lewatnya sepenggal sebelum ianya

    digunakan.

    Menurut Razali Arof (1991) proses penyebaran kurikulum ini merupakan satu tangan yang panjang,

    yang mengambil kurikulum yang telah dibentuk itu dan dibawa atau diberikan kepada sekolah-sekolah

    untuk digunakan oleh para guru. Sekiranya manusi mempunyai tangan yang sebegitu panjang,

    kemungkinan tidak akan wujud banyak masalah dalam proses penyebaan kurikulum itu.

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    KURIKULUM PENILAIAN KURIKULUM

    Definisi bagi penilaian kurikulum menurut Razali Arof, 1991 ialah satu proses untuk membuat keputusan

    mengenai keberkesanan sesuatu kurikulum. Dalam penilaian kurikulum ini badan-badan yang terlibat

    ialah pihak Sekolah yang paling memainkan peranan selepas itu Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir

    sekali Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan,

    mengugurkan atau memperbaiki sesuatu kurikulum tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah

    sebab dan tujuan penilaian, aspek yang dinilai, kaedah penilaian, kaedah penganalisaan maklumat,

    menginterpretasi maklumat, dan membuat keputusan tentang keberkesanan program. Bagi keputusan

    ini ia akan dibuat selepas semua aktiviti yang dinyatakan telah lengkap barulah keputusan akan dibuat

    iaitu sama ada untuk meneruskan, memperbaharui atau menggugurkannya.

    Dalam penilaian kurikulum ini banyak model yang dikemukan untuk diguna pakai bagi menganalisis dan

    membuat keputusan. Terdapat tiga model yang selalu digunakan iaitu:

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penilaian-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penilaian-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penilaian-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penilaian-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penilaian-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penilaian-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/penilaian-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    8/22

    1. C.I.P.P(konteks, input, proses, produk)-Stufflebeam

    2. Model Countenance-R.E Stake

    3. Model Penilaian Sistem

    Bagi model C.I.P.P penilaian dilakukan dengan menggunakan empat aspek iaitu konteks, input, proses

    dan juga produk atau hasil yang didapati selepas model ini digunakan. Untuk model Contenance yang

    dihasilkan oleh R.E Stake pula ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian laporan atau gambaran

    dan juga bahagian penghakiman. Akhir sekali ialah model penilaian siatem, bagi model ini kurikulum dan

    juga pengajaran dikatakan sebagai satu system yang mempunyai aktivitinya sendiri dan kedua-duanya

    berkait antara satu sama lain. Gambarajah di bawah menunjukkan model penilaian sistem.

    Tujuan untuk membuat penilaian kurikulum ini ialah untuk mengenal pasti jawapan kepada persoalan

    awal atau lebih dikenali sebagai kajian status dan diagnostik. Jawapan ini sangat penting kerana ia akandijadikan sebagai asas untuk pembentukkan sesuatu kurikulum tersebut. Tujuan yang kedua ialah untuk

    memperbaiki mana-mana aspek dalam proses pembentukan dan perkembangan kurikulum ianya juga

    dikenali sebagai penilaian berterusan, pembaikan atau formatif. Akhir sekali untuk melihat sejauh mana

    kurikulum itu berkesan ia juga dikenali sebagai penilaian sumatif.

    Kaedah penilaian ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah sumatif dan kaedah formatif. Contoh bagi

    kaedah sumatif ialah peperiksaan atau sebarang ujian yang dijalankan. Contoh bagi kaedah formatif pula

    ialah pembentangan, folio, kerja kursus dan juga penilaian lain seperti ujian lisan, ujian pendengaran dan

    lain-lain. Bagi kaedah-kaedah ini ia mestilah melalu satu ujian iaitu untuk melihat kesahannya sama ada

    ia sah atau tidak untuk digunakan. Dalam proses kaedah ini juga setiap ujian atau kaedah yang

    dilakukan mestilah tidak bias atau tidak berat sebelah ketika melakukannya supaya hasil atau keputusan

    yang didapati itu boleh digunakan bagi proses pembentukkan kurikulum.

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    KURIKULUM

    PEMBAHARUAN KURIKULUM

    Pembaharuan kurikulum ini ialah kurikulum yang sedia ada akan diberi elemen-elemen baru yang

    sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut supaya kurikulum yang diperbaharui akan menjadi

    lebih berkesan. Pembaharuan kurikulum ini disebabkan oleh beberapa factor iaitu ialah kewujudan ilmu-

    ilmu baru atau perkembangan atau penemuan ilmu baru. Tambahan lagi kehendak masyarakat yang

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembaharuan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembaharuan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembaharuan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembaharuan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembaharuan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembaharuan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/pembaharuan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    9/22

    berubah juga merupakan faktor yang menyumbang kepada pembaharuan kurikulum ini. Faktor lain ialah

    perkembangan dasar kerajaan dan juga idea-idea baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan.

    Langkah-langkah yang perlu diambil bagi proses pembaharuan kurikulum ialah mengenalpasti masalah

    untuk membuat pembaharuan, mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada

    dengan masalah-masalah yang telah dikenalpasti, mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum,

    mewujudkan rangka bentuk atau model bagi perubahan, jadual kerja dan orang yang terlibat, membuat

    jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui dan akhir sekali melaksanakan

    proses pembaharuan tersebut. Oleh itu kurikulum ini akan berubah mengikut peredaran zaman dan juga

    mengikut perkembangan dunia semasa supaya dapat membekalkan modal insan yang berpontensi dari

    segala bidang dan juga mempunyai akhlak yang baik.

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    KURIKULUM TRANSFORMASI KURIKULUM DI MALAYSIA

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan

    keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi

    yang lain. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan

    satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil

    kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum seperti struktur kandungan, pedagogi,peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah (Kementerian

    Pelajaran Malaysia

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    KURIKULUM

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHIPEMBENTUKAN DAN

    PERKEMBANGAN KURIKULUM

    Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks

    pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya KBSR dan KBSM adalah

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/transformasi-kurikulum-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/transformasi-kurikulum-di-malaysia/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/transformasi-kurikulum-di-malaysia/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/transformasi-kurikulum-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pembentukkan-dan-perkembangan-kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/transformasi-kurikulum-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/transformasi-kurikulum-di-malaysia/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/transformasi-kurikulum-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    10/22

    didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber

    inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

    Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan

    sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu

    kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras

    dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ). Perkembangan kurikulum tidak

    berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan

    masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

    Terdapat beberapa faktor yang menggerakkan pembentukan dan perkembangan kurikulum. Antaranya

    ialah keperluan masyarakat dan negara seperti melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang

    vokasional untuk perkembangan perindustrian dan ekonomi negara, perkembangan sains dan teknologi

    yang mendorongkan negara untuk mereformasikan kurikulum mereka dengan memberi tumpuan dalam

    pelajaran sains dan matematik dan perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang

    membawa reformasi kurikulum supaya pendidikan di sekolah menjadi lebih baik dan sempurna misalnya

    pelaksanaan Wawasan Pendidikan berteraskan Wawasan 2020 ( Mok Soon Sang, 2008).

    Tagged Penulisan Ilmiah

    DEC 02 2011LEAVE A COMMENT

    KURIKULUM

    PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIKDI MALAYSIA

    Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah.

    Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar

    secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan

    beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.

    i. Laporan Razak (1956)

    Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan

    Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat

    hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas

    pelaksanaan Projek Khas pada 1970.

    ii. Laporan Projek Khas (1970)

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/category/kurikulum/http://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/#respondhttp://kurikulummatematik.wordpress.com/2011/12/02/perkembangan-kurikulum-matematik-di-malaysia/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    11/22

    Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali.

    Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan

    perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka

    cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan

    kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedahberpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan

    diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan

    Matematik KBSR.

    iii. Program Matematik Moden (1970)

    Program Matematik Moden diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an.

    Tujuan utama program ini ialah memperkenalkan tajuk-tajuk moden di ketika itu seperti teori set, statistik

    dan vektor yang dipermudahkan. Selain itu, pendekatan tradisi digantikan dengan kaedah

    semasa. Sukatan Matematik Moden dirancang oleh Panitia Kurikulum Matematik yang ditubuhkan pada

    1969. Sukatan berkenaan dirancang selepas diadakan kajian terhadap kurikulum British School

    Mathematics Project (SMP) dan Scottish Mathematics Group (SMG). Panitia berkenaan memilih sukatan

    SMG kerana ianya lebih sesuai bagi murid pelbagai kebolehan di sekolah menengah rendah. Pada

    1972, topik-topik SMP telah diguna pakai bagi pendidikan matematik di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

    kerana panitia berkenaan mendapati bahawa ianya lebih sesuai bagi tujuan peperiksaan Sukatan

    Matematik. Dua buah buku teks iaitu Matematik Moden Tingkatan Empat dan Matematik Moden

    Tingkatan Lima telah diterbitkan pada 1974 dan 1975. Seterusnya, kedua-dua sukatan menengah

    rendah dan menengah atas iaitu Sukatan Matematik Moden Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima telah

    disatukan pada 1978. Satu pertiga daripada Sukatan Matematik Moden mengandungi topik-topik baruseperti sistem pernomboran, pemetaan, transformasi geometri, matriks dan statistik. Strategi pengajaran

    dan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan manipulasi terus digalakkan.

    iv. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)

    KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai

    sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum

    matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan

    utama ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid.

    Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3)

    mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat

    operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi

    kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk

    menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap,

    peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    12/22

    mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-

    kemahiran asas matematik.

    v. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun

    1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan

    daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang

    terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik

    dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep

    nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan

    masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang

    diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini

    dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan

    menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat

    dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)

    vi. Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)

    Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti

    yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan

    matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat

    menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan

    kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya

    disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas,

    pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang,

    purata, peratus dan graf.

    Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik

    bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam

    kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang

    digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.

    Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

    Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan

    penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses

    maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

    Tagged Penulisan Ilmiah

    http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/http://kurikulummatematik.wordpress.com/tag/penulisan-ilmiah/
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    13/22

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

    RENDAH

    POSTED BY NORAIANI (D042970) CERDAS MATEMATIK AT 03:04 CATEGORIES CATATAN MINDA

    Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalamkonteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasarioleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dansumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

    Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalamsistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun,Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistempendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( KamaruddinHaji Hussin, 1994 )

    Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yangmempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia

    dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

    Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik Malaysia, kandungan isipelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan sukatanpelajaran, kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70-an memberi fokuskepada matematik tradisi. Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam ketepatan dan kelajuankira mengira diberi penekanan. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan

    http://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/search/label/CATATAN%20MINDAhttp://noraiani.blogspot.com/search/label/CATATAN%20MINDAhttp://noraiani.blogspot.com/search/label/CATATAN%20MINDAhttp://2.bp.blogspot.com/-ZwrIa4VpHew/Ts-AUGVHvDI/AAAAAAAAABQ/gSeywxMTBlg/s1600/Image0048.jpghttp://noraiani.blogspot.com/search/label/CATATAN%20MINDAhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.htmlhttp://noraiani.blogspot.com/2011/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah.html
  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    14/22

    dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau prosedurmatematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebihluas. Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua danhukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutinmenerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supayameningkatkan penghafalan.

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-modelkurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikanyang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walaubagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya KurikulumBersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR).

    Berdasarkan sejarah perkembangan pendidikan matematik Malaysia, kandungan isipelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Dari segi kandungan sukatanpelajaran, kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70-an memberi fokuskepada matematik tradisi. Dalam sukatan ini, kemahiran asas dalam ketepatan dan kelajuankira mengira diberi penekanan. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesandalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau prosedurmatematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebihluas. Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua danhukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutinmenerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supayameningkatkan penghafalan.

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-modelkurikulum di Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikanyang telah dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walaubagaimanapun, ia menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya KurikulumBersepadu Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun2011, berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR).

    Banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya rombakan serta perubahan dalam sistempendidikan. Paling utama ialah faktor falsafah pendidikan. Falsafah pendidikan negaramemainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara,khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadappembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalamFalsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan Kamaruddin Haji Husin (1994), antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam KBSR ialah sukatan pelajaran yang digubal

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    15/22

    memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsepseperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu, penekananbaru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat juga menjadi faktorkepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga menentukan samada kurikulum itusesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka.

    Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadapkurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleksdan mengalami perubahan yang pesat. Oleh itu, kajian secara mendalam perlu dilakukansebelum apa-apa perubahan dilaksanakan. Faktor politik mendorong perubahan kurikulum diMalaysia. Ini jelas dibuktikan apabila bertukarnya tampuk kepimpinan negara, maka akanberlakulah perubahan kurikulum dan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluranpenting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaanbertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.Di samping itu, faktor pembangunan dan perkembangan dunia juga memberi doronganperubahan kurikulum. Ini kerana negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnyamempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dankemajuan sains dan teknologi.

    Faktor perubahan sosial juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang mantapmampu mewujudkan sosial yang sihat di kalangan murid. Oleh itu, ia mestilah sentiasa diubahagar sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, faktor perkembangan ilmu sertakepentingannya sangat mendorong ke arah perubahan. Ilmu yang bersifat dinamikmenyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakatmenerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakatdan negara. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapatdikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-muridbagi mengimbangi keperluan zaman. Dengan adanya kepastian bahawa perubahan kurikulumsentiasa berlaku, sudah semestinya akan timbul kesan-kesan kepada bakal guru. Antaranyaseperti berlaku kejutan budaya dalam proses pengajaran baru. Oleh itu, guru seharusnyasentiasa bersedia menempuh pembaharuan yang akan terjadi. Di samping itu, guru juga perlupandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Guru juga memerlukan sedikit masa untukmemastikan murid-murid terbiasa dengan perubahan kurikulum ini. Proses komunikasi jugaakan menjadi sedikit bermasalah kerana perubahan bahasa perantaraan yang jelas. Ini jugaakan memakan masa bagi murid serta guru menyesuaikannya. Ia bukan proses yang mudahtetapi tidak mustahil untuk dicapai.

    Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR danKSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang rekabentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan diriindividu. KBSR menggunakan reka bentuk kurikulum secara linear. Berbeza dengan KSSR yang

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    16/22

    secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri.

    Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubahmengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard

    Kurikulum. Ini kerana KSSR banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standardkurikulum. Terdapat perbezaan dalam organisasi kurikulum antara KBSR dan KSSR. Pada tahapsatu dan dua, murid diajar mata pelajaran teras, wajib dan tambahan bagi KBSR. Untuk KSSRpula, tahap satu berbeza dengan tahap dua iaitu modul teras asas, modul teras tema danmodul elektif diajar. Manakala pada tahap dua, mata pelajaran teras dan elektif sahajadiajar.

    Dalam fokus KBSR terdapat hanya 3M iaitu membaca, menulis, mengira. Ini berbezadengan KSSR yang ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu membaca, menulis, mengiraserta menaakul. Ini jelas menunjukkan bahawa KSSR banyak ditambahbaikkan. Jika merujuk

    kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satutransformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepadakurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu,pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum sedia ada danmemastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

    Penggunaan istilah standard dalam KSSR merujuk kepada intipati yang digunakandalam kurikulum ini yang mana menggariskan dua standard utama. Pertamanya ialah

    Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang muridpatut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspekpengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala, standard kedua yang ditekankan pulaberkonsepkan kepada Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atauindikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standardkandungan. Jadi penggunaan istilah standard yang menggantikan bersepadu amatlahsesuai. Ini kerana kurikulum baru ini amat berbeza dari segi modulnya serta pelaksanaan yangberlandaskan Dokumen Standard Kurikulum.

    Persoalan sama ada KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan

    matematik di kalangan murid sekolah rendah boleh dijawab dari segi keberkesanan KSSR ini.Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan dilakukan sertapenambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun, kurikulum baru inisudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik. Secaralogiknya, wujudnya KSSR serta perubahan kurikulum adalah kerana timbulnya kelemahankurikulum terdahulu. Jadi ia semestinya lebih baik dari sebelumnya. Tambahan pula ilmupengetahuan itu sangat dinamik. Maka tiada salahnya malah amat diperlukan perubahan

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    17/22

    dalam kurikulum ini bagi memastikan ia sentiasa selaras dengan perkembangan serta zamansemasa.

    Bakal guru Matematik sememangnya memainkan peranan yang penting dalam usahauntuk melaksanakan kurikulum Matematik dengan berkesan. Ini kerana tugas seorang guru itu

    bukan hanya menyampaikan isi kandungan bagi sesuatu topik yang dipelajari, malah gurujuga perlu memberi penekanan terhadap kefahaman murid tentang apa yang dipelajari supayamurid tersebut dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sertamemberi kesan kepada mereka. Tugas bakal guru yang pertama ialah mewujudkan suasanapembelajaran yang kondusif dan menarik. Guru seharusnya menyediakan aktiviti yang bolehmemupuk minat murid untuk terus meminati subjek Matematik semasa proses pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh melalui penggunaan bahan bantumengajar (BBM) secara tidak langsung dapat membantu murid memahami tentang topik yangdipelajari. Murid hanya akan mengalami pembelajaran apabila mereka membina pemahamansendiri. Oleh hal yang demikian, BBM yang dihasilkan perlulah sesuai dan mengekalkan konseppembelajaran yang dipelajari pada sesuatu topik.

    Dalam usaha untuk menggalakkan murid menggunakan pemikiran aras tinggi, bakalguru seharusnya melibatkan murid dengan aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka untukmembuat analisa, menginterpretasi, dan membuat ramalan. Selain daripada itu juga, bakalguru perlu menggunakan soalan-soalan yang mencapah (open-ended) di mana satu persoalanakan membawa kepada persoalan yang lain. Soalan sebegini akan memangkinkan prosesmurid berfikir mencari makna sesuatu ungkapan. Selain itu, murid-murid juga dapat berfikirsecara lebih kreatif dan kritis. Murid digalakkan untuk belajar melalui perbincangan kumpulankerana dengan latar belakang murid yang berlainan dan kecenderungan murid yang pelbagai,sudah tentu ianya akan memberi idea yang lebih berkesan kepada seseorang individu.

    Seterusnya, bakal guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalammengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian supaya murid dapat melihat subjekMatematik secara keseluruhan dan bukan hanya pada satu skop di dalam bilik darjah semata-mata. Ini kerana, murid dapat memahami konsep yang diajarkan dengan lebih berkesan danlebih kekal lama dalam memori murid. Selain itu, murid juga akan lebih peka terhadap duniasekeliling sekiranya mereka dapat mengaplikasikan Matematik dalam rutin seharian.

    Sebagai konklusinya, Kurikulum Matematik KBSR dan Kurikulum Matematik KSSR

    merupakan dua modul yang berbeza. Akan tetapi matlamat serta konsepnya tetap sama dantidak pernah berubah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dan berjaya darisegi semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sahsiah berlandaskanFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Kita harus akui bahawa yang baru lebih baik daripada yangterdahulu. Maka sebab itulah terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yangdipercayai mampu mengubah dan memperbaiki kelamahan yang ada dalam sistem KBSR. Jadikita sebagai bakal guru seharusnya memberi sokongan yang jitu agar Kurikulum Matematik

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    18/22

    yang baru ini terlaksana mengikut matlamatnya dan sentiasa bersedia menerima perubahankurikulum yang pasti ini.

    MINDA CERDAS BERSAMA MATEMATIK

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    19/22

    BAB 9 : DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU

    1.1 : KSSR1.2 : KSSM

    1.3 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    1.4 : MBMMBI

    1.5 : 1 Murid 1 Sukan

    1.6 : Transformasi Pendidikan Vokasional

    1.7 : NKEA

    1.8 : NKRA Pendidikan

    1.1 : Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula danmenambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

    Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahanJanuari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

    KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yangperlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

    Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukandalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala StandardPembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

    diukur bagi setiap standard kandungan.

    Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan KementerianPelajaran.

    Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    20/22

    KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

    KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan

    Menaakul).

    KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan AlamKelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir SecaraKritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

    Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

    Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplinilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebihberkesan.

    Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

    Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dannumerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalamModul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

    Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) bahasa Inggeris?

    Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. ModulLanguage Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yangmenarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik danbahan bantu mengajar lain yang sesuai.

    Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

    KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM sepertiberikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283 .

    S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

    J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P sepertididik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    21/22

    kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

    S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapisebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

    KSSR terap 1 Malaysia

    KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akandiperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebihinteraktif.

    Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akanmemperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.

    KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian muridtersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.

    Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akanmenggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

    Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akanmenggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

    Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasaMelayu dan bahasa Inggeris.

    Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif dimana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

    Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009sehingga akhir Jun 2009.

    Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnyaakan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

    KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema danModul Asas Elektif.

  • 8/14/2019 KURIKULUM MATEMATIK

    22/22

    Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca,menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT),perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

    Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan danaplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

    Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

    Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

    KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alampersekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkatumur kanak-kanak prasekolah.

    Isu Terkini KSSR ( UTUSAN 30 Disember 2011

    - See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/01/bab-9-dasar-kurikulum-item-baru.html#sthash.1cChBl8Y.dpuf