pengetahuan masteri 6 kemahiran mendefinisi secara operasi

13
SYAFIQAH BT MAT YUSOF (PISMP Sains Jan 2011) AKTIVITI 9 : Mendefinisi Secara Operasi PENGETAHUAN MASTERI 1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan? Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, pelbagai perkara baru berkaitan dengan kemahiran proses sains terutamanya kemahiran mendefinisi secara operasi telah saya pelajari antaranya; 1. Mengetahui bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan salah satu proses penting semasa pengajaran dan pembelajaran Sains. Kemahiran mendefinisi secara operasi ialah proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu. 2. Saya dapat mempelajari bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan sama ada untuk meberi definisi bagi pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang murid dengan murid yang lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama. 1

Upload: syafiqah-matyusof

Post on 10-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kemahiran mendefinisi secara operasi SCE 3106

TRANSCRIPT

SYAFIQAH BT MAT YUSOF (PISMP Sains Jan 2011)AKTIVITI 9 : Mendefinisi Secara OperasiPENGETAHUAN MASTERI1. Apakah yang telah anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan?Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, pelbagai perkara baru berkaitan dengan kemahiran proses sains terutamanya kemahiran mendefinisi secara operasi telah saya pelajari antaranya;1. Mengetahui bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi merupakan salah satu proses penting semasa pengajaran dan pembelajaran Sains. Kemahiran mendefinisi secara operasi ialah proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Kemahiran ini bertujuan untuk memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu.

1. Saya dapat mempelajari bahawa kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan sama ada untuk meberi definisi bagi pembolehubah yangdimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang diberi boleh berbezaantara seorang murid dengan murid yang lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama.

1. Menjelaskan bahawa kemahiran mendefinsi secara operasi adalah bagi menghuraikan sesuatu konsep dalam bentuk yang boleh difahami dan dikendalikan oleh orang lain bagi memudahkan pengukuran di buat.

1. Dapat mengenalpasti cara- cara untuk mendefinisi secara operasi dengan baik. Daripada aktiviti ini, saya mengetahui penyataan mana yang sesuai dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Pendefinisian secara operasi yang baik adalah kaedah pengukuran pembolehubah yang digunakan mudah dibaca dan dibaca oleh pengkaji lain. Hal ini supaya pengkaji tersebut juga boleh turut menguji keputusan pemerhatian yang telah dikaji.

1. Dapat menguasai salah satu kemahiran penting di dalam kemahiran proses sains. Dengan penguasaan kemahiran ini, ia dapat membantu untuk mengukur pembolehubah yang ingin diukur atau diperhatikan. Secara langsung, ia dapat memudahkan penyiasatan dilakukan dengan lebih lancar kerana objektif yang ingin dicapai telah dicatatkan terlebih dahulu. Kemahiran proses sains mempunyai hubungan dengan kemahiran berfikir dan perlu dilalui oleh setiap individu yang mempelajari sains (Suhailah, 2006). Kemahiran Proses Sains adalah berkait antara satu sama lain dan jika tidak menguasai kemahiran ini sepenuhnya maka menjadi sukar untuk meneruskan antara satu kemahiran ke kemahiran yang lain.

2. Dalam kurikulum sains sekolah rendah, bahagian manakah yang mengajar topik berkenaan?

TahunTemaTopikAras

1

Sains FizikalMata untuk melihat.(Menganalisis pengetahuan tentang pelbagai saiz)

Menyusun objek mengikut urutan.

2Pembelajaran Tentang Benda HidupBenda Hidup dan Bukan Hidup Menyatakan kriteria yang diperlukan oleh benda hidup untuk hidup.

Haiwan Menyatakan keperluan asas haiwan dan cara pemakanan haiwan

Tumbuhan Menyatakan kuatiti air yang mencukupi untuk pertumbuhan pokok.

Pembelajaran Tentang Dunia Sekeliling KitaPanjang dan Pendek

Memerhati dan membandingkan jarak

Bateri

Menjelaskan cara pemasangan bateri yang betul.

Larut dan tidak larut dalam air

Menerangkan bahan yang boleh dan tidak boleh larut di dalam air.

Tarik dan tolak Menjelaskan perbuatan untuk melajukan, memperlahankan atau menukar arah gerakan objek.

Meramal kereta mainan yang dapat bergerak paling jauh.

3Pembelajaran tentang dunia sekelilingPanjang dan pendekMengukur panjang sesuatu objek dengan menggunakan unit bukan piawai.

4

Menyiasat alam kehidupan Hidupan dan Proses HidupanMendefinisi secara operasipertumbuhan hidupan.

Menyiasat dunia teknologi Perkembangan teknologiMenerangkan rekaan teknologidalam kehidupan harian.

5Asid dan AlkaliMenyiasat alam bahan

Mengenal pasti bahan yang berasid, beralkali dan neutral dengan menggunakan kertas litmus.

PengaratanMenyiasat alam bahanMengawal pemboleh ubah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pengaratan.

Struktur BinaanMenyiasat alam bahanMengitlak yang menentukan kekuatan dan kestabilan struktur

ElektrikMenyiasat alam fizikal

Mengawal pembolehubah dalam eksperimen untuk menguji kebolehan bahan mengalirkan arus elektrik.

HabaMenyiasat alam fizikalMenghubungkaitkan penambahandan kehilangan haba denganperubahan suhu.

6Pengendalian BahanBuanganMenyiasat Alam BahanMengenal pasti bahan buangan yang boleh digunasemula dan dikitar semula.

MesinMenyiasat Dunia TeknologiMenganalisis mesin ringkas.

3. Bincangkan bagaimana anda dapat menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda.Aktiviti bagi mendefinisi secara operasi merupakan salah satu bagi pengaplikasian kemahiran proses sains dalam menjalankan sebuah eksperimen dengan langkah yang betul. Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks (Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6, 2006)

Oleh itu, saya akan menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan situasi dalam kehidupan seharian seperti peniaga berniaga, kanak- kanak sedang menghadapi ujian dan sebagainya. Dalam masa yang sama murid akan menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut pemerhatian mereka terhadap persekitaran (Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello, 2006; Tomasello& Haberl, 2003). Kemudian, saya akan meminta murid memberikan idea apakah pemerhatian yang dapat dilihat daripada gambar tersebut. Selepas itu, murid diminta untuk menyenaraikan pengukuran yang boleh dicatat daripada pemerhatian yang dinyatakan sebentar tadi. Daripada itu, saya akan menjelaskan hasil daripada aktiviti yang dilakukan dan apakah objektif yang ingin dicapai. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kumpulan di mana murid akan bertukar- tukar idea untuk menghasilkan konsep dengan menyatakan perkara yang diperhatikan yang paling seuai. Menurut Slavin (2007), pembelajaran kooperatif menggalakan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kelompok. Ini membolehkan pertukaran idea dan pemeriksaaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Murid akan mencari jawapan kepada soalan seperti mengapa, bagaimana dan bila. kepada situasi atau peristiwa yang dinyatakan dalam soalan. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengenal pasti tahap atau aras pemahaman murid, dan aras daya pemikiran yang digunakan untuk pemikiran secara kreatif dan kritis murid. Pemerhatian ini boleh dilakukan daripada melihat cara murid mengemukakan konsep masing- masing untuk mengukur pembolehubah yang ingin diperhatikan dan dikaji. Pemerhatian daripada konsep yang dikemukan merupakan antara kaedah pengukuran pentaksiran di dalam bilik darjah. Pentaksiran ialah penggunaan alat untuk mengumpulkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran individu. Sebagai guru yang memainkan peranan sebagai fasilitator sepanjang aktiviti dijalankan, saya akan membantu murid memperolehi pembelajaran bermakna melaui aktiviti ini dengan membantu mereka menghubungkaitkan pembolehubah yang ingin dikaji. Murid juga perlu membuat gambaran mental untuk membuat keputusan jenis pengukuran yang ingin digunakan sebagai pemerhatian. Aktiviti ini menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid di mana murid perlu memainkan peranan aktif di dalam bilik darjah sepanjang aktiviti dijalankan. Amalan P&P secara kaedah berpusatkan guru menjaminkan pembelajaran yang bermakna dan berkesan pada tahap yang sangat minimum (Rogers,1969).

4. Kreativiti merupakan elemen penting dalam berfikir dan bekerja secara saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif dalam proses kemahiran mendefinisi secara operasi?Ciri- ciri yang kreatif dalam kemahiran proses sains mendefinisi secara operasi memerhati, ialah kemahiran menghubungkaitkan, kemahiran menganalogi, kemahiran membuat gambaran mental dan kemahiran menganalisis. Perkaitan ini merupakan kemahiran berfikir yang terlibat semasa proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai dapat menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan. Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan (Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6, 2006). Pemikiran secara kreatif melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Untuk berdaya saing di murid perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam hidup (Lee, 2002). Kemahiran mendefinisi secara operasi memerlukan murid menggunakan daya kreativiti untuk memberi definisi yang sesuai tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Murid juga perlu memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secaraspesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu. Hal ini supaya kaedah yang digunakan mudah difahami dan boleh dikaji keputusannya. Oleh itu, ciri- ciri kreatif semasa menggunakan kemahiran ini ialah pemikiran kreatif dalam menggunakan daya imaginasi bagi memikirkan kesan kepada setiap bentuk untuk menerangkan konsep yang dipilih. Daya imaginasi ialah daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan (Kamus Dewan Edisi Empat, 2005). Murid yang tinggi imaginasinya adalah orang yang suka membayangkan sesuatu, orang yang rasa ingin tahunya amat kuat, orang yang gembira tatkala berimaginasi seolah-olah imaginasinya benar-benar terjadi sekarang.

5. Dalam mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan bekerja secara saintifik, terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti murid. Bincangkan beberapa teknik yang boleh dilakukan?Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk mengembangkan kreativiti murid ialah demonstrasi atau dengan nama lainnya iaitu tunjuk cara merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mata pelajaran sains. Kaedah ini mengaplikasikan kaedah di mana guru menunjukkan langkah- langkah melakukan sesuatu cara atau perbuatan di hadapan murid terlebih dahulu. Oleh itu, guru akan memberi contoh terlebih dahulu diikuti dengan penerangan guru megenai mendefinisi secara operasi. Proses ini melibatkan penjelasan dan pendengaran serta yang baik antara guru dan murid. Setelah itu, murid akan diminta untuk melakukan demonstrasi tersebut berdasarkan demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru. Oleh itu, tunjuk cara dari guru diutamakan melalui kaedah demonstrasi.Hasil keberkesanan pembelajaran melalui kaedah ini bergantung kepada teknik seorang guru tersebut. Guru perlu memastikan suaranya dapat didengari dan setiap langkah tunjuk cara yang dilakukan dapat diperhatikan dengan jelas oleh semua murid. Penjelasan yang diberikan hendaklah ringkas namun padat dengan isi. Galakan guru sangat penting untuk penyertaan seseorang murid dalam suatu aktiviti inkuiri. Sebagai contoh, guru mengemukakan pelbagai soalan yang dapat meningkatkan lagi kemahiran berfikir mereka. Secara tidak langsung, murid akan memberi maklum balas dan tidak berasa bosan.Langkah- langkah demonstrasi yang berkesan ialah guru memberi penerangan terlebih dahulu mengenai objektif, prinsip yang ingin dipelajari dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai di akhir pembelajaran. Kaedah lima fasa Needham juga dapat diaplikasikan iaitu guru mencipta satu set induksi di awal pengajaran supaya murid dapat mencipta idea tentang apa yang bakal dipelajari.Kaedah ini merupakan kaedah yang menghasilkan hasil yang lain daripada ramalan murid pada kebiasaannya. Strategi ini bertujuan menimbulkan persoalan kepada murid serta terdapat percanggahan antara ramalan murid dengan pemerhatian yang dilakukan. Oleh itu, kaedah discrepant event ini akan menyebabkan berlakunya konflik kognitif iaitu ketidakseimbangan yang berlaku dalam minda murid disebabkan oleh percanggahan tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik perhatian murid dan memperbetulkan miskonsepsi murid melalui pengalaman mereka yang lalu (Misiti,2000,p. 34). Murid akan mendapat motivasi intrinsik kerana akan cuba untuk merungkai konflik kognitif tersebut dan berada di zon selesa. Oleh yang demikian, murid secara tidak langsung melalui proses asimilasi dan akomodasi skema lama mereka dengan skema yang baru. Dengan itu, sifat ingin tahu murid dapat ditingkatkan dan membuat mereka berusaha untuk tahu dengan lebih lanjut. Menurut Piaget (1971) nota- nota, situasi yang menghairankan akan mewujudkan ketidakseimbangan kognitif yang menyebabkan murid melalui proses asimilasi dan akomodasi. Proses ini akan menyebabkan murid menggunakan pengalaman sedia ada untuk berhadapan dengan situasi baru serta membentuk satu skema atau pengetahuan baru.

RUJUKANBuku :Hashim, s. (2005). Strategi Dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pulau Pinang: PTS Professional SDN.BHD.

Ismail, Z., Syed Idros, S. N., & Samsudin, M. A. (2006). Kaedah Mengajar Sains. Bentong: PTS Publishing Profesional Sdn. Bhd.

Jurnal :

Longfield, J. (2009). Discrepant Teaching Events : Using an Inquiry Stance to Adress Students' Misconceptions. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education , 21, 266- 271.

Surif, J. (2009). Perbandingan Proses Penyiasatan Pelajar Malaysia Dan United Kingdom. Kajian Merentas Usia , 19, 35- 47.

Laman Web :Bondora, T. (2004, July 22). Teaching science. Didapatkan August 21, 2011, daripada howtoteachscience.com: http://www.howtoteachscience.com/index.shtmlKemahiran Mendefinisi Secara Operasi. (2011, April 14). Didapatkan April 8, 2012, daripada blogspot.com: http://kemahiran-sains.blogspot.com/2011/04/kemahiran-sains_2582.html

7