pengertian taqwa

4
PENGERTIAN TAQWA Kebanyakan orang tidak paham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa tidak pernah diberitahu. Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lalai dengan perkataan taqwa. Sebagian orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada arti apa-apa lagi karena kebanyakan orang tidak paham. Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa. Disebut Ittaqullah, `bertaqwalah kamu kepada Allah' namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat, karena ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetap, walaupun selalu disebut, orang tidak paham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa. Taqwa bukan sebatas melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan sebatas menunai ketaatan dan menjauhkan kemaksiatan. Bukan sebatas membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga sebatas meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan sebatas menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan sebatas menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan sebatas membatasi diri kepada yang halal saja dan bukan sebatas beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata-mata. Inilah kupasan dan kepahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu sangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahwa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan

Upload: zee-kuerschner

Post on 24-Jun-2015

9.721 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PENGERTIAN TAQWA

Kebanyakan orang tidak paham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang

taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa tidak pernah diberitahu. Syarat-syarat dan rukun-

rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lalai dengan perkataan taqwa. Sebagian orang

menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada arti apa-apa lagi karena kebanyakan orang tidak paham.

Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak bertaqwa. Disebut Ittaqullah, `bertaqwalah kamu kepada Allah'

namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang

Jumaat, karena ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun

sembahyang khusyuk. Tetap, walaupun selalu disebut, orang tidak paham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan

dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Taqwa bukan sebatas melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Bukan sebatas menunai ketaatan dan

menjauhkan kemaksiatan. Bukan sebatas membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan

juga sebatas meninggalkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan sebatas menjauhkan yang

syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan sebatas menjauhkan diri dari segala apa yang akan

menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan sebatas membatasi diri kepada yang halal saja dan bukan sebatas

beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata-mata.

Inilah kupasan dan kepahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran

dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu sangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan

bahwa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat.

Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam

agama.

Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan

menjauhkan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin karena ada sebab-sebab lain.

Mungkin ingin upah, ingin dipuji, ingin pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang

dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin karena ingin dihormati, ingin menjaga nama dan kedudukan,

takut dihukum, takut orang mengatai dan menghina atau takut diasingkan orang.

Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan berarti takut. Taqwa

pada Tuhan bukan berarti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang

terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.

Taqwa berasal dari perkataan waqa yaqi-wiqoyah yang artinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti

berikut:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api

Neraka." (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, sering Tuhan menyeru dengan kalimat ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada

asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu

mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Yaitu hendaklah jadikan Tuhan itu pelindung.

Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara

yang negatif dan berbahaya tidak akan, masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan.

Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan

perkara-perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah

membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpulkan dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi

menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah

taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahartikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan

luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar,

redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat

mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah arti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.

Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah 'hendaklah kamu mengambil Allah sebagai

pemelihara'. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalahgunakan dan disalahartikan, maka hilang

berkatnya. Bila disebut istilah-istilah Islam, tidak terasa apa-apa.

Contohnya ialah perkataan 'khalwat'. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi.

Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa arti `berdua-duaan lelaki dan perempuan yang

bukan ajnabi'. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumat, dilaung-laungkan di mimbar

masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang karena maksudnya telah disalahartikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa artinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam

pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan

luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah telah dipakaikan baju besi atau jaket anti

peluru.

Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh la adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan

banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah

seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa,

berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun,

rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat

sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan dibela oleh Tuhan. Orang

bertaqwa saja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.