pengertian konsep pentaksiran.docx

9
PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN. PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran · Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran · Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran · Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran- pembelajaran. · Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Upload: leslie-williams

Post on 18-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN.docx

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya

membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses

pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi

sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan

gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau

aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

· Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran

· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan

sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara

efektif.

· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

 

 

Page 2: PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN.docx

PENGUJIAN

Definisi

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya

dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar

dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang

perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi

mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah

laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau

satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk

ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata

pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert”

atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang

dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991)

yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan

oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang

diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau

pengadilan”.

(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap

berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Page 3: PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN.docx

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya

telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru

dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat

penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang

diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

PENILAIAN

Definisi

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk

menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian

merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan

sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam

menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang

pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

Diagnosis

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan

maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap

pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat

memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.

Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada

tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada

sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat

mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan

Page 4: PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN.docx

pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat

keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih

bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan

menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan

memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan

kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru

tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam

mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar?

Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah

tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan

pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi

pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi

masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat

memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,

penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun

6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk

menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada

peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil

kepada pelajar.

 

Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred

yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat

menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian

yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya,

seperti pemilihan dan penempatan.

Page 5: PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN.docx

 

Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana

guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan

dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru

Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu,

perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka

kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini

penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang

bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

 

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu

kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka

berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-

masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut

keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah

untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan

kemahiran mereka.

 

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan

menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang

cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran

sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

 

 

Page 6: PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN.docx

Bimbingan dan kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada

pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk

belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri

pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui

sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan

seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain

motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat

ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu

bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

 

Tujuan lain Penilaian Ujian

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan

rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan

pencapaian dalam subjek lain.

4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah

keupayaannya dan lemah pencapaiannya

5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang

berkenaan.

6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar

terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran

mereka.

Page 7: PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN.docx

8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan

keberkesanan pengajaran mereka.

9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang

dan segera memperbaikinya