pengertian dan konsep pengayaan

49
Pengertian dan Konsep Pengayaan 1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta, sahsiah, bakat kepimpinan mereka. 2.Aktiviti pengayaan disediakan kepada semua pihak, sama ada di peringkat sekolah rendah dan menengah, dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. 3. Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid- murid selepas murid-murid mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran. 4.Murid-murid menggunakan kemahiran- kemahiran yang telah dikuasai , memperluas pengalaman dan penguasaan sejajar dengan minat dan kebolehan mereka.

Upload: ewet

Post on 09-Feb-2016

122 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pengertian dan Konsep Pengayaan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Pengertian dan Konsep Pengayaan 1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk

mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta, sahsiah, bakat kepimpinan mereka.

2.Aktiviti pengayaan disediakan kepada semua pihak, sama ada di peringkat sekolah rendah dan menengah, dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.

3. Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid selepas murid-murid mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran.

4.Murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai , memperluas pengalaman dan penguasaan sejajar dengan minat dan kebolehan mereka.

Page 2: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Rasional Pengayaan

1.Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana akan bosan terhadap pelajaran mereka sekiranya mereka dipaksa menjalani pembelajaran yang sama dengan kumpulan lambat.

2. Bagi memenuhi keperluan murid-murid cerdas dan

sederhana, aktiviti-aktiviti menarik dan mencabar diadakan.

Page 3: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Objektif-Objektif Pengayaan • Ia akan mempertingkatkan minat dan pencapaian

mereka. • Ia akan memperluas kemahiran dan pencapaian

mereka.• Ia akan menggunakan masa lapang untuk

kembangkan minat dan bakat mereka. • Pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan. • Memperkembang bakat – bakat ciptaan dan

keupayaan melalui aktiviti-aktiviti pengayaan.

Page 4: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Pengayaan Mendatar dan Menegak

Pengayaan Mendatar :- Aktiviti pengayaan akan dirancang berdasarkan kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.

• Pengayaan Menegak :- Merupakan

pengayaan berdasarkan minat dan bakat dalam kumpulan cerdas.

• Aktiviti perlu dijalankan dalam bentuk kompleks.

Page 5: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Perbezaan Antara Pengayaan Mendatar dan Menegak

• MENDATAR• yang sama. Kumpulan mengikut

kebolehan. • • Kadar kesukaran aktiviti

pengayaan berlainan. • Jenis aktiviti adalah lembaran

kerja.• Aktiviti diberikan mengikut unit

kemahiran. • Tujuannya untuk memperkukuh

kemahiran yang tekah dikuasai, timbulkan minat murid dalam aktiviti pembelajaran.

• 6. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran

• MENEGAK• Di rancang untuk kumpulan cerdas

sahaja. • Kadar kesukaran aktiviti pengayaan

adalah sama bagi kumpulan cerdas.• jenis aktiviti terdiri daripada kerja

projek. • Aktiviti diberikan lebih daripada unit

kemahiran yang diajarkan.• Tujuannya untuk mewujudkan

kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran, mencungkil bakat serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

• 6. Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih berdasarkan kumpulan yang sama .

Page 6: Pengertian dan Konsep Pengayaan

AKTIVITI PENGAYAAN

• merupakan suatu rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk pelajar memperoleh pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka

Page 7: Pengertian dan Konsep Pengayaan

RASIONAL PROGRAM PENGAYAAN

• bagi pelajar-pelajar cerdas dan sederhana• menjalaini aktiviti yang mencabar• memperluaskan pengalaman dan

pengetahuan• menggunakan masa lapang dengan

bijaksana

Page 8: Pengertian dan Konsep Pengayaan

PRINSIP MENJALANKAN AKTIVITI PENGAYAAN

• bercorak belajar sendiri bersama arahan jelas

• menarik dan mencabar• terdiri dari aktiviti berkaitan dengan

kemahiran

Page 9: Pengertian dan Konsep Pengayaan

PENDIDIKAN PEMULIHAN

PENDIDIKANPENGAYAAN

PENDIDIKAN IMBUHAN

Penyediaan pengetahuan dan pengalaman tambahan

Rancangan menolong pelajar lemah

Rancangan pembelajaran untuk bantu pelajar daris egi pedagogi dan sosio-ekonomi

Page 10: Pengertian dan Konsep Pengayaan

PEMULIHAN• Individu berbeza daripada segi minat,

kebolehan,• keupayaan, budaya, latar belakang

keluarga, sosioekonomi dan persekitaran.

• Pelajar cerdas diberi pengayaan • Pelajar yang lembab diberi bantuan

pemulihan.

Page 11: Pengertian dan Konsep Pengayaan

PEMULIHAN• Program pemulihan adalah satu rancangan

pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran.

• Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran 3M.

• Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan.

Page 12: Pengertian dan Konsep Pengayaan

MATLAMAT PROGRAM PEMULIHAN

• Membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu.

• Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

• Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Page 13: Pengertian dan Konsep Pengayaan

OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN

• Untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya:

1.Dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan murid.

2.Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan

Page 14: Pengertian dan Konsep Pengayaan

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARANFaktor Pembelajaran

• Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

• Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-murid.

• Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.

Page 15: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Faktor Peribadi

• Kemiskinan keluarga dan Persekitaran sosial yang rendah.

• Tidak mendapat galakan daripada ibu bapa.

• Pengaruh kawan yang tidak mempunyai motivasi

Page 16: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Faktor Kurang Kecerdasan• Warisan keturunan ibu bapa• Kelahiran secara tidak normal• Kecerdasan otak kerana penyakit atau

kemalangan.• Kekerangan makanan yang berzat.

Page 17: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Faktor Fizikal

• Kekurangan makan berzat akan merosakkan kesihatan murid.

• Kekurangantenaga keran amurid terpaksa membuat kerja sambilan.

• Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai jenis penyakit.

• Masalah kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan sebagainya.

Page 18: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Faktor Psikologi

• Masalah emosi.• Rasa rendah diri.• Perasaan takut dan malu.• Tiada keyakinan diri.

Page 19: Pengertian dan Konsep Pengayaan

PENDIDIKAN INKLUSIF KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF • 1. Pendidikan Inklusif boleh diertikan sebagai pendidikan• umum, iaitu setiap orang individu sama ada normal,• pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi peluang

pendidikan umum.

• 2. Setiap individu mempunyai peluang pendidikan untuk memperkembangkan potensinya secara menyeluruh dari segi Intelek, Rohani, Emosi, Sosial, dan Jasmani supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berterampilan, berakhlak mulia dan berupaya memberi sumbangan kepada masyarakat.

Page 20: Pengertian dan Konsep Pengayaan

PENDIDIKAN INKLUSIF KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF3. Setiap orang termasuk normal, pintar-cerdas,

atau cacat mempunyai potensi yang tersendiri. Potensi ini boleh diperkembangkan melalui proses pendidikan.

• 4. Di samping kanak-kanak normal dan pintar-cerdas, kanak- kanak cacat juga mempunyai potensi tersendiri. Kanak- kanak cacat juga boleh dididik dan diperkembangkan potensi serta bakat mereka menjadi rakyat yang berguna. Oleh itu, kanak-kanak cacat harus juga diberi peluangmenerima pendidikan di bawah satu program khas.

Page 21: Pengertian dan Konsep Pengayaan

PENDIDIKAN INKLUSIF KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF 5. Berdasarkan, FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, Pendidikan Inklusif, merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan pada kanak-kanak cacat. Kanak- kanak ini akan ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru Resos ( guru terlatih khas ) 6. Kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada permulaan akan ditempatkan dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ( KKBP ). Sehingga tahun 2000, terdapat kira-kira 300 buah Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia.

Page 22: Pengertian dan Konsep Pengayaan

KONSEP PENDIDIKAN KHAS

1.Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khas untuk Kanak-Kanak Istimewa, iaitu ( kanak-kanak cacat dan pintar- cerdas ).

2. Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik mengajar untuk

kanak-kanak abnormal kerana mereka tidak akan mendapat faedah dan pencapaian daripada sekolah biasa.

Page 23: Pengertian dan Konsep Pengayaan

3. Kanak-kanak biasa yang memerlukan Pendidikan Khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti berikut :

a.Kanak-kanak kerencatan akal ( mentally retarded ).b.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning

disabilities ). c.Kanak-kanak kecelaruan tingkah-laku ( behavioral

disorders ).d.Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah

komunikasi. e.Kanak-kanak cacat fizikal ( psikomotor atau neurosis ).f.Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa.

Page 24: Pengertian dan Konsep Pengayaan

4. Kementerian Pendidikan Malaysia mengisytiharkan

Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi : “ Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak- kanak khas seperti yang diberi kepada kanak- kanak biasa untukperkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat...dan...untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih”.

Page 25: Pengertian dan Konsep Pengayaan

5. Kementerian Pendidikan telah menggariskan lapan

strategi berikut untuk melaksanakan program pendidikan

khas bagi kanak-kanak istimewa di negara ini.

Page 26: Pengertian dan Konsep Pengayaan

• a) Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanak-kanak cacat. b) Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran danvokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara berguna.

Page 27: Pengertian dan Konsep Pengayaan

• Menyediakan perkhidmatan Bimbingan danKaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri serta menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup sebenar.

• Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan.

Page 28: Pengertian dan Konsep Pengayaan

• e) Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental, atau emosi kanak-kanak cacat.

• f) Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan.

Page 29: Pengertian dan Konsep Pengayaan

• g) Menyedarkan masyarakat peri pentingnya sekolah khas bagi kepentingan kanak-kanak Istimewa

( special children ).

• h) Ibubapa yang mempunyai kanak-kanak Istimewa

dimohon untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan program pendidikan khas secara berkesan.

Page 30: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Di Malaysia, Program Pendidikan Khas

adalahdilaksanakan mengikut dua model berikut : a) Program ini diintegrasikan dengan program

pendidikan biasa dalam Institusi Pendidikan yang sama.

b) Program ini dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli.

c) Kanak-kanak buta dan tuli akan ditempatkan dalamsekolah khas manakala kecacatan kanak-kanak yangsederhana adalah ditempatkan dalam Kelas KhasBermasalah Pembelajaran ( KKBP ).

Page 31: Pengertian dan Konsep Pengayaan

JENIS KANAK-KANAK ISTIMEWA

• Kanak-Kanak Kerencatan Akal ( Mentally Retarded )• a) Kanak-kanak kerencatan akal adalah yang mempunyai • Darjah Kecerdasan ( Intelligent Quatient ) antara 35 hingga• 85. kanak-kanak ini. Mereka biasanya menghadapi kerosakan

sistem saraf akibat kelahiran, kecederaan, warisan bakakeluarga, kekurangan zat makanan atau gangguan

hormon. • b)Kanak-kanak cacat mempunyai darjah kecerdasan antara 50-

70 mempunyai kadar kecacatan ringan atau sederhana. Mereka boleh dididik dan dilatih di sekolah. Kanak-kanak cacat ini digolongkan dalam kumpulan murid yang belajar lambat.

Page 32: Pengertian dan Konsep Pengayaan

• Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan antara 35-49 biasanya menghadapi masalah menjaga diri sendiri. Mereka hanya boleh dilatih mengurus hal peribadi sahaja.

• Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan di bawah 35 merupakan kecacatan mental yang amat buruk.Mereka kurang keupayaan untuk berdikari dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Page 33: Pengertian dan Konsep Pengayaan

MENGENAL PASTI KANAK-KANAK KERENCATAN AKAL

• Bagi mengenal pasti kanak-kanak kerencatan akal, kitaboleh menggunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binat dan Terman.

• Kebolehan akal kanak-kanak tersebut adalah diukur sama

• seperti Darjah Kecerdasan ( D.K ) :

Umur Akal ( U.M. ) _______________ X 100 = Darjah Kecerdasan

( D. K )Umur Masa ( U. M. )

Page 34: Pengertian dan Konsep Pengayaan

JADUAL PERKAITAN DARJAH KECERDASAN KANAK-KANAK PINTAR-CERDAS, NORMAL DAN

CACAT.

Kategori kanak-kanak D.K ( Darjah Kecerdasan )

Hampir Genius/Genius 140 dan ke atas Sangat Bijak 130-139 Bijak 120-129 Lebih dari Sederhana 110-119 Normal atau Sederhana 90-109 Bawah dari Sederhana 80-89 Lembab atau Pinggiran 70-79 Lemah Akal Lemah Akal 50-69 Sangat Lemah 49 dan bawah

Page 35: Pengertian dan Konsep Pengayaan

2. KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

( Learning Disabilities/ Slow Learners ) • a) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah murid-murid• yang tidak berupaya mengikuti kelas biasa disebabkan masalah • keluarga atau peribadi.• b) Benan ( 1974 ) dan Haigh ( 1977 ) mengenal pasti kanak- • kanak bermasalah pembelajaran sebagai : - • i) Pencapaian akademik tidak memuaskan.• ii) Lemah pencapaian dalam Matematik dan Bahasa.• iii) Sering mengantuk dalam kelas.• iv) Tidak menunjukkan minat dalam pelajaran.• v) Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sedarjah.• vi) Hanya berupaya memberi perhatian singkat dalam P&P.• vii) Sering meniru atau menyalin kerja orang.• viii) Ingatan lemah dan mudah lupa. • ix). Bersifat Introvert.• x) Mempunyai konsep kendiri rendah.

Page 36: Pengertian dan Konsep Pengayaan

3. KANAK-KANAK KECELARUAN TINGKAH LAKU

• Secara am, kanak-kanak kecelaruan tingkah laku boleh diklasifikasikan kepada empat peringkat seperti berikut :

• Tingkah Laku Terbias Mempunyai tingkah laku menentang autoriti, tidak mematuhi perauturan atau undang-undang.

Page 37: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Sifat Pengongkongan Dalaman :

• Kanak-kanak bersifat pemalu, pendiam, sensitif, tidak suka berkawan, mudah tersinggung. Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan.

Page 38: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Sifat Pengongkongan Dalaman :

• Tingkah Laku Kematangan : Kanak-kanak kurang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran. Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal, dan tidak mengendahkan nilai kendiri.

• Tingkah Laku Anti-Sosial :Kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras, mengungut,mencuri,ponteng kelas dan ponteng sekolah

Page 39: Pengertian dan Konsep Pengayaan

4. Kanak-Kanak Cacat Pendengaran dan BermasalahKomunikasi

• Kanak-Kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan denganjelas dan tepat.

• Kanak-kanak cacat pendengaran Pretutur adalah kanak-kanak pekak sejak lahir, manakala kanak-kanak cacat pendengaranPostutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya.

• Kanak-kanak cacat pendengaran pada peringkat Pretutur menghadapi masalah pembelajaran lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran pada peringkat postutur.

Page 40: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Kanak-Kanak Cacat Penglihatan • Mereka merupakan kanak-kanak buta atau kadar kecekapan• Penglihatan antara 20/200 hingga 20/70. Kanak-kanak penglihatan normal

mepunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. • Kanak-kanak cacat penglihatan boleh digolongkan dalam beberapa jenis

seperti : • Kanak-kanak rabun dekat.• Kanak-kanak rabun jauh.• Kanak-kanak rabun malam.• Kanak-kanak rabun warna.• Astigimatisme.• Katarak• Glaukoma• Antara punca-punca utama berlakunya kecacatan ialah kesakitan mata,

kekurangan zat makanan, kerosakan saraf optik,dan menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.

Page 41: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Kanak-Kanak Cacat Fizikal • Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-

kanak kecacatan fizikal.• Keadaan ini menyebabkan fungsi tulang

sendi, otot, pergerakanleher, pinggang, tangan dan kakinya menjadi lemah dan kurang berdaya. Kecacatan ini menjejaskan pencapaian akademik.

Page 42: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Kanak-Kanak Pintar-Cerdas dan Berbakat

• Kanak-kanak pintar cerdas atau berbakat merujuk kepada Kanak-kanak yang ada darjah kecerdasan melebihi 120. Dr. Chua Tee Tee, telah mengenal pasti enam ciri kanak-kanak pintar cerdas iaitu :

• Kanak-kanak mempunyai intelek tinggi.• Kanak-kanak mempunyai bakat mencipta• Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis, penulisan,

drama, muzik, kraftangan, sukan, dan sebagainya. • Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.• Boleh bervisi jauh.• Mempunyai bakat kepimpinan.

Page 43: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Ciri-Ciri Spesifik Kanak-Kanak Pintar-Cerdas dan Berbakat

• Hertsberger dan Wheatley ( 1980 ), berpendapat kanak- kanak berbakat tidak patut dipaksa mengikuti kurikulum yang dirancangkan untuk kanak-kanak biasa.

• Di Singapura, kanak-kanak pintar-cerdas telah dikenal-pasti pada akhir Tahun 3 dan 6 melalui Ujian Saringan dan ditempatkan dalam Kelas Khas yang didirikan dalam

kelas biasa. Di Filipina, kerajaan membina sekolah khas untuk menampung kanak-kanak pintar-cerdas. Di China,kanak-kanak berbakat dalam keseniaan dikenal pasti

semasaperingkat sekolah rendah lagi.

• Di Malaysia, kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat • adalah diberikan peluang menyertai aktiviti pengayaan• semasa aktiviti kumpulan dalam kelas biasa.

Page 44: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Ciri-Ciri Positif kanak-Kanak Pintar Cerdas

– Boleh belajar dengan mudah dan cepat.– Dapat mengukuhkan ingatan dan mengekalkan

• dalam ingatan.• - Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap skop dan • bidang yang luas secara mendalam.

– Memperoleh perbendaharaan kata yang banyak.– Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan.– Menunjukkan minat terhadap rekaan dan ciptaan yang canggih.– Menguasai pemikiran kognitif dengan cekap.– Berupaya membuat generalisasi, persepsi, perkaitan.– Cekap menyiasat, menjadual, mengklasifikasi, mengumpul, meinferensi dan

melapor.– Mengetahui dan menaruh minat dalam banyak perkara– yang tidak diketahui oleh pelajar lain. – Suka berkawan dengan kanak-kanak matang.– Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang.– Mempunyai keinginan yang kuat untuk menunjukkan kehebatan.

Page 45: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Ciri-Ciri Negatif Kanak-Kanak Pintar-Cerdas

• Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh

• menunpukan perhatian dan sering mengganggu rakan-rakan.– Silap dalam ejaan, tulisan kurang kemas atau silap

dalam kira-kira kerana kurang kesabaran. - Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang

diberkan oleh guru.• - Suka mengkritik guru secara terbuka.

Page 46: Pengertian dan Konsep Pengayaan

MENGENAL PASTI KANAK-KANAK ISTIMEWA MELALUI UJIAN SARINGAN

• Kanak-Kanak Istimewa boleh dikenal pasti melalui penggunaan

• Ujian Kecerdasan ( Intelligent Test ). • Lazimnya, ujian saringan untuk mengenal pasti kanak-

kanak • cacat adalah disediakan khas untuk menentukan

peringkat• pencapaian dalam Bahasa dan Matematik. Ujian ini juga

akan• mengukur tahap pengamatan murid, iaitu kuasa

penglihatan,• pendengaran dan psikomotor.

Page 47: Pengertian dan Konsep Pengayaan

Peranan Guru Resos dan Guru Biasa : Pengajaran Kanak-Kanak Istimewa Secara Kolaboratif dan

Koperatif • a) Kanak-kanak Istimewa, sama ada cacat atau pintar-cerdas,• adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur• seperti kanak-kanak biasa. • b) Bagi sekolah yang belum sempat melaksanakan program • Pendidikan Khas, guru biasanya boleh menggunakan• kaedah kumpulan untuk menguruskan pemulihan serta• pengayaan bagi murid-murid pintar-cerdas. • c) Bagi sekolah yang dapat peluang melaksanakan program• Pendidikan Khas kerana mempunyai kemudahan yang • mencukupi, pengajaran secara koperatif dan kolaboratif • serta penggunaan kaedah dan teknik yang sesuai hendaklah• dijalankan.

Page 48: Pengertian dan Konsep Pengayaan
Page 49: Pengertian dan Konsep Pengayaan