pengenalan · web viewperanan terhadap masyarakat manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial....

18
NAMA DAN NO. MATRIK: NUR SYAHIRAH BINTI YAHYANUDDIN (A148998) KOD DAN NAMA KERTAS: LMCK2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (SET 36) TAJUK LAPORAN: LAWATAN SAMBIL BERAMAL KE RUMAH PERLINDUNGAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM PERIBADI MULIA NAMA PENSYARAH:

Upload: ngonhu

Post on 05-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

NAMA DAN NO. MATRIK:

NUR SYAHIRAH BINTI YAHYANUDDIN

(A148998)

KOD DAN NAMA KERTAS:

LMCK2811 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

(SET 36)

TAJUK LAPORAN:

LAWATAN SAMBIL BERAMAL KE RUMAH PERLINDUNGAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM PERIBADI MULIA

NAMA PENSYARAH:

ENCIK ISMAIL BIN UPAWI

Page 2: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

1 PENGENALAN

Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi

di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial

sebagai keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang

lain. Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku

seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek

dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran

bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi.

Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara

masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu

mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain.

Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain

mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka

gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri,

mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.

Tanggungjawab adalah kesedaran manusia akan tingkah laku atau perbuatannya yang

disengaja ataupun yang tidak disengaja. Tanggungjawab juga akan mewujud kesedaran

terhadap kewajibannya. Manusia memiliki tuntutan yang besar untuk bertanggungjawab

mengingat ia mementaskan sejumlah peranan dalam konteks sosial, individual ataupun

teologis.

Page 3: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

1.1 MENGAPA PERLU TERLIBAT DENGAN KHIDMAT MASYARAKAT

Sebagai mahasiswa yang berdedikasi, perlulah kita untuk melibatkan diri dengan rumah

kebajikan. Ini merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan masyarakat

sekeliling tidak kiralah mereka lebih tua ataupun lebih muda daripada kita. Hal ini kerana,

kita juga dapat mengetahui dan merasai apa yang mereka sedang hadapi. Selain itu, dengan

adanya aktiviti seperi ini, kita dapat memenuhi masa yang kita bazirkan dengan perkara-

perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada kita.

Apabila terlibat dengan aktiviti seperti ini, mahasiswa akan menyedari erti kehidupan

yang sebenarnya atau realiti kenyataan hidup. Dalam usaha mereka membantu golongan ini

mahasiswa akan memahami betapa pentingnya kehidupan ini dihargai dan digunakan dengan

sebaik mungkin tanpa melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan kehidupan mereka pada

masa depan. Mahasiswa akan melihat diri mereka dalam setiap aktiviti yang dijalankan itu

dengan lebih baik lalu mampu melahirkan satu pandangan yang positif tentang erti kehidupan

yang hakiki dan bukannya sekadar seperti katak di bawah tempurung sahaja. Maka, semakin

banyak aktviti sebegini dilakukan semakin luaslah pandangan hidup mahasiswa itu kelak.

Tambahan pula, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti membantu golongan yang

memerlukan bantuan ini akan menghalang mereka daripada terbabit dalam kancah yang tidak

sihat. Bukan sahaja mereka sudah mempunyai pemahaman erti kehidupan yang jelas tetapi

aspek masa turut membantutkan peluang mereka untuk terbabit dalam aktiviti yang tidak

sihat pula. Biasanya aktiviti sebegini dijalankan pada hujung minggu atau ketika musim cuti

sekolah yang pastinya akan menyebabkan mahasiswa menghabiskan masa dengan melakukan

perkara-perkara yang positif daripada memikirkan tindakan yang negatif seperti melepak dan

sebagainya. Jelaslah, amalan khidmat masyarakat berupaya membentuk satu persekitaran

yang sesuai buat mahasiswa daripada terjebak dalam kancah negatif yang sering kita lihat

dalam media massa itu.

Seterusnya, dengan melakukan aktiviti khidmat masyarakat ini ialah mahasiswa akan

memahami erti menghormati individu lain. Bagaimanakah perkara ini boleh timbul dalam diri

mahasiswa menerusi amalan yang mudah ini? Mahasiswa pastinya akan melihat dan

berinteraksi dengan golongan tua, kanak-kanak yatim dan orang miskin lalu membawa

mereka melihat keadaan keluarga sendiri seperti ayah, ibu, adik dan diri sendiri yang

menimbulkan keinsafan akan tindakan mereka sebelum ini. Sesungguhnya, mahasiswa yang

Page 4: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

melibatkan diri dalam amalan murni ini akan memandang ibu dan ayah mereka dengan satu

pandangan yang berbeza kerana mereka sudah sedar sikap hormat amat penting dalam naluri

manusia itu.

Dengan aktiviti ini, imej mahasiswa itu sendiri akan berubah. Kalau sebelum ini

mahasiswa kita sering dipandang serong dengan pelbagai tohaman dilemparkan kepada

mereka baik di dalam media massa mahupun jiran tetangga, imej itu sudah berubah sama

sekali. Mahasiswa yang melibatkan diri dalam khidmat masyarakat akan dipandang tinggi

oleh masyarakat setempat kerana mahasiswa itu sudah membuktikan bahawa diri mereka

mampu melakukan sesuatu yang positif untuk memajukan masyarakat mereka. Jadi, semakin

kerap mahasiswa melibatkan diri dalam khidmat masyarakat semakin tinggilah imej

mahasiswa itu pada mata masyarakat dan keluarganya.

Sebagai mahasiswa yang prihatin, kita perlulah memupuk semangat saling membantu

terutamanya dengan kepada masyarakat yang memerlukan. Semakin banyak mahasiswa yang

terbabit dalam program khidmat masyarakat ini semakin baiklah buat negara kerana satu

kelompok mahasiswa yang berwawasan tinggi berupaya dihasilkan pula. Kewujudan

mahasiswa sebeginilah yang mampu menjadikan negara kita berupaya mengahrungi cabaran

globalisasi yang semakin sengit itu.

1.2 PERANAN TERHADAP MASYARAKAT

Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran

hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah dan masyarakat di sekeliling

mereka. Mengambil bahagian serta melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti

kemasyarakatan bukan sahaja menguntungkan pihak penganjur tetapi amat berfaedah kepada

diri mahasiswa, keluarga dan masyarakat. Mahasiswa yang melibatkan diri dalam aktiviti

kemasyarakatan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, perundingan,

perancangan serta pengurusan organisasi.

Mahasiswa perlu memilih kegiatan yang digemari. Ini boleh memberi peluang

mahasiswa mendapat kenalan dan pengalaman baru di samping menyumbang secara

produktif kepada masyarakat. Sebaik-baiknya lakukan aktiviti secara berkumpulan agar dapat

meningkatkan kemahiran bekerjasama, perhubungan, kepimpinan, pengurusan dan bersosial.

Page 5: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

Mahasiswa juga boleh memberi bantuan dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan

(sepertigotong-royong, kenduri, hari keluarga, ceramah agama atau aktiviti sosial lain) yang

dianjurkan oleh keluarga, jiran atau masyarakat. Buatlah kerja-kerja persiapan tempat seperti

menyusun kerusi, mengedar kad jemputan, menghidang makanan, atau melayan tetamu.

Rancang projek bersama-sama rakan sebagai sumbangan kepada masyarakat seperti

mengadakan lawatan ke pusat perlindungan atau rumah anak yatim dan luangkan masa

dengan mereka yang kurang bernasib baik. Walaupun kebajikan yang dilakukan kecil, namun

ia amat bermakna. Mahasiswa sendiri akan berasa bangga dan bersyukur dengan kehidupan

yang dimiliki. Selain itu, mahasiswa juga akan berpuas hati di samping dapat meningkatkan

keyakinan dan harga diri serta kemahiran memimpin.

Jadilah mahasiswa yang proaktif dan sedia berkhidmat. Banyak agensi, pertubuhan

bukan kerajaan dan syarikat swasta bersedia memanfaatkan idea dan tenaga mahasiswa

dalam projek jangka pendek. Bertanya atau layarilah laman sesawang dan teliti ruang iklan

berkaitan dengan bidang yang diminati. Pengalaman bekerja sebagai sukarelawan sambilan

(jangka pendek) dapat meluaskan pengetahuan dan kemahiran yang menguntungkan kerjaya

mahasiswa di masa hadapan.

1.3 APAKAH YANG BOLEH DAN PATUT MAHASISWA BANTU DALAM

PERTUBUHAN RUMAH KEBAJIKAN

Sebagai mahasiswa yang prihatin, tanggungjawab terhadap masyarakat perlulah

diutamakan selain tanggungajawab menuntut ilmu di pusat penggajian. Mahasiswa perlulah

membantu golongan masyarakat terutamanya yang memerlukan bagi mengurangkan beban

yang dihadapi oleh mereka sebagai contoh berkhidmat di rumah kebajikan.

Antara sumbangan yang dapat dilakukan oleh golongan mahasiswa terhadap

pertubuhan rumah kebajikan ialah membantu dari segi sumbangan dana. Mahasiswa dapat

membantu mencari sumbangan dana daripada syarikat-syarikat besar atau ahli keluarga bagi

membantu rumah kebajikan menampung segala perbelanjaan di tempat tersebut. Mahasiswa

boleh menjadi orang tengah bagi mendapatkan dana tersebut dengan cara yang tepat. Dengan

cara ini, mahasiswa secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi

mereka.

Page 6: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

Selain itu, mahasiswa juga perlu membantu anak-anak dari segi pelajaran. Mahasiswa

boleh membantu anak-anak ini dari segi pelajaran agar dapat meningkatkan pengetahuan

mereka. Bantuan ini tidak terhad kepada subjek teori sahaja, malah mahasiswa juga boleh

mengajar mereka bagaimana untuk membuat kraftangan, melukis, mewarna dan sebagainya

mengikut kemahiran masing-masing. Hal ini dapat membantu anak-anak menjadi lebih

kreatif serta menarik minat mereka untuk belajar. Secara tidak langsung, mahasiswa juga

dapat meningkatkan pengetahuan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada anak-

anak tersebut.

Di samping itu, golongan mahasiswa juga boleh membantu anak-anak dari segi memberi

motivasi kepada anak-anak dalam menempuhi kehidupan kini dan akan datang. Hal ini

kerena, ada juga diantara mereka yang bukan dari keluarga yang senang sebelum dimasukkan

ke rumah kebajikan ini. Dengan peluang yang ada ini, sebagai mahasiswa yang prihatin

bantulah mereka dengan memberi kata-kata semangat serta memberi dorongan kepada anak-

anak untuk terus hidup dengan jayanya pada masa akan datang. Hal ini dapat juga memberi

impak positif kepada anak-anak rumah kebajikan tersebut serta golongan mahasiswa.

Page 7: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

2 AKTIVITI KEBAJIKAN

Melalui subjek LMCK2811 (set 38) Sosial dan kebertanggungjawaban, kami diminta

untuk pergi berkunjung sambil beramal ke Rumah Perlindungan Persatuan Kebajikan Islam

Peribadi Mulia untuk menjalankan aktiviti kebajikan di rumah tersebut.

2.1 LATAR BELAKANG RUMAH KEBAJIKAN

Peribadi Mulia adalah sebuah rumah kebajikan yang telah dibuka pada 29 Disember

2009 yang berpusat di alamat Jalan Prima Saujana 1/4D, Kajang, Selangor pada awalnya, dan

kini rumah kebajikan ini ditempatkan di Lot 7229, Jalan Melatu1, Sungai Kantan, Kajang,

Selangor. Tujuan Peribadi Mulia adalah untuk membela anak-anak yatim, fakir miskin dan

asnaf zakat, kini dihuni seramai 70 anak-anak yang berumur dari 2 hingga 17 tahun, 35

perempuan dan 35 lelaki. Mereka ada yang tinggal tetap di asrama mahupun yang mendapat

khidmat jagaan, asuhan dan pendidikan secara harian dengan percuma atau dengan kadar

yuran sekadar kemampuan ibu bapa masing-masing.

Rumah persatuan kebajikan Islam Peribadi Mulia ini ditubuhkan oleh beberapa orang

wanita sebagai penggerak utamanya dengan berbekalkan semangat dan cita-cita untuk

berkhidmat kepada masyarakat khususnya kepada anak-anak bangsa, agama, dan negara.

Di antara punca keresahan masyarakat adalah generasi muda yang semakin rosak

dengan berbagai gejala sosial. Ibu bapa terlalu sibuk mencari rezeki hingga tidak sempat

memberi perhatian kepada anak-anak. Akibatnya anak-anak itu selain miskin harta, mereka

juga menjadi miskin kasih sayang, miskin ilmu dan miskin iman. Adalah malang bagi satu

bangsa kalau ada kanak-kanak yatim atau fakir miskin yang terbiar walhal otaknya genius.

Bahkan ramai juga anak orang kaya harta yang kurang kasih sayang, ilmu dan iman. Bila

dewasa, dia hanya jadi penganggur atau buruh kasar. Lebih malang lagi kalau dia menjadi

penagih dadah atau penjenayah. Itu adalah satu kerugian besar sedangkan dia adalah aset

agama, bangsa dan Negara. Oleh itu semua pihak wajib membanteras kemiskinan ini secara

keseluruhan.

Page 8: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

Atas keprihatinan ini maka tertubuhlah rumah amal ini. Pembinaan insan menjadi teras

utamanya agar lahir generasi yang seimbang antara jasad, akal, nafsu dan rohnya. Dengan itu

mereka dapat menjadi anggota masyarakat yang berwibawa untuk generasi masa hadapan.

2.2 AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI RUMAH KEBAJIKAN

Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk pergi ke rumah kebajikan tersebut.

Agihan kumpulan dilaksanakan agar tidak berlaku pertindihan waktu serta dapat

mengelakkan daripada terlalu ramai di rumah tersebut di dalam satu masa. Pada awalnya,

setiap orang perlu memenuhi 12 jam bersama anak-anak di rumah kebajikan tersebut. Oleh

kerana ada beberapa halangan, kami diminta membuat aktiviti ini sekurang-kurangnya 8 jam.

Di sana, saya bersama ahli kumpulan saya telah melakukan beberapa aktiviti untuk

memenuhi masa lapang kanak-kanak di rumah tersebut. Terdapat beberapa aktiviti yang telah

kumpulan saya lakukan. Antaranya adalah mengajar mereka melukis, mewarna, bermain dan

sebagainya.

Pada hari pertama, telah ditugaskan untuk pergi ke rumah kebajikan tersebut pada jam

tiga hingga lima petang. Disebabkan kumpulan saya pergi pada waktu petang, jadi saya

mencadangkan untuk mengajar anak-anak di rumah kebajikan itu melukis. Hal ini kerana,

pada waktu petang tidak sesuai untuk mengajar mereka. Tambahan pula mereka baru sahaja

sedar dari tidur petang. Setelah itu, kami telah membuat permainan sedikit untuk

menceriakan anak-anak di sana. Dengan ini mereka tidak cepat bosan dengan aktiviti yang

kami jalankan.

Pada hari kedua pula, kami pergi pada waktu yang sama. Kumpulan saya telah

bersepakat untuk melatih mereka mewarna. Kami telah membawa beberapa gambar haiwan

untuk mereka mewarna. Terdapat beberapa lukisan haiwan yang perlu mereka warnakan.

Antaranya, gambar singa, ikan, gajah, dan sebagainya. Ada diantara mereka yang mempunyai

kemahiran dalam mewarna dan ada juga yang tidak tahu mewarna. Tetapi kami dapat

mengawal keadaan pada ketika itu, walaupun ada yang tidak memberi kerjasama. Kami

menjadi lebih rapat pada hari ini. Hal ini kerana, saya juga turut membantu mereka mewarna

gambar tersebut.

Page 9: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

Seterusnya, pada hari ketiga saya mengikut kumpulan lain untuk pergi ke rumah

kebajikan tersebut. Pada hari tersebut saya dan ahli kumpulan yang lain bercadang untuk

membuat penanda buku dengan menggunakan batang aiskrim dan pelekat bercorak. Kami

mesra pada hari ketiga kerana kami telah mengenali antara satu sama lain. Dan pada ketika

itu, mereka memerlukan bantuan untuk meletakkan pelekat bercorak itu di batang aiskrim.

Sebelum kami berangkat pulang. Kami bersama-sama anak-anak di rumah tersebut menonton

televisyen. Ketika menonton, saya dan beberapa kanak-kanak di rumah kebajikan itu duduk

bersama dan bercerita serta memberi kata-kata semangat kepada mereka untuk terus hidup.

Pada hari terakhir, saya bersama ahli kumpulan saya pergi ke rumah kebajikan tersebut

dengan niat untuk memberikan sedikit sumbangan. Sumbangan yang diberikan terdiri

daripada makanan, permainan, bahan bacaan dan sebagainya. Kami mengharap sumbangan

yang diberi adalah sangat bermakna buat mereka di rumah kebajikan tersebut. Dengan

sumbangan yang diberikan itu, dapatlah kami membantu serba sedikit untuk meringankan

beban pemilik rumah kebajikan ini.

Page 10: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

2.3 SENARAI NAMA ADIK-ADIK DI RUMAH KEBAJIKAN PERTUBUHAN ISLAM PERIBADI MULIA

Berikut merupakan senarai nama adik-adik yang menetap di rumah kebejikan

pertubuhan Islam Peribadi Mulia. Mereka merupakan sebahagian daripada yang menetap di

rumah tersebut. Saya bersama-sama ahli kumpulan saya berkesempatan mengajar dan

menjaga adik-adik lelaki yang berusia antara lima hingga enam tahun.

Naqib Bin Irdho

Muhammad Idrus Bin Masarudin

Muhammad Darqawi Bin Lokman

Farhan Bin Saiful

Hatim Bin Azman

Waqaruddin Bin Azam

Idris Bin Ridwan

Muhammad Waqar Bin Ismail

Ismail Bin Bastami

Muhammad Salman Bin Muhamman

Ahmad Bin Thoha

Siddiq Bin Rifaah

Ajwad Bin Hasnah

Muhammad Najib Bin Khairi

Page 11: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

3 KESIMPULAN

Berdasarkan lawatan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa aktiviti perlu

diteruskan agar timbulnya sikap tanggunggjawab dikalangan mahasiswa terhadap masyarakat

sekeliling mereka. Sikap ini perlu dipupuk pada setiap mahasiswa agar dapat membantu

meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Oleh itu, kita perlulah bersama-sama membantu mereka dari pelbagai segi. Antaranya,

memberi bantuan dana, pelajaran serta menjaga mereka dan sebagainya. Dengan ini, kita

lebih dekat dengan mereka dan berkongsi kasih sayang bersama.

Secara tidak langsung dapat merasai bersama realiti kehidupan bagi mereka yang kurang

bernasib baik serta dapat memberi pengajaran buat golongan mahasiswa untuk lebih

bersungguh-sungguh dalam mancapai kejayaannya pada masa akan datang.

Page 12: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah

4 LAMPIRAN

Page 13: PENGENALAN · Web viewPERANAN TERHADAP MASYARAKAT Manusia termasuk mahasiswa adalah makhluk sosial. Kelangsungan dan kemahiran hidup mahasiswa dipengaruhi oleh ahli keluarga, sekolah