pengenalan usrah.docx

4
Pengenalan Usrah Posted by: Pilot Posted date: August 30, 2012 In: Slideshow, Usrah Online | comment : 0 Mendaftar sebagai Ahli Aktif HM, bermakna anda berpeluang mengikuti Usrah Online! Ayuh kenali Usrah! Apa tujuan usrah? Membentuk ikatan perpaduan diantara sesama Islam. Apa yang perlu diusahakan dalam usrah? Rukun usrah. Apa itu rukun usrah? 1. Saling kenal mengenal 2. Saling faham memahami 3. Saling bantu membantu S: Apa maksud rukun usrah ‘Saling kenal mengenali’ ? J: Mengenali diantara satu sama lain sehingga wujud rasa kasih kepada ahli usrah lain seperti kasihnya kepada diri sendiri. S: Apa maksud rukun usrah ‘Saling faham memahami’ ? J: Saling nasihat menasihati dan tidak berkecil hati apabila dinasihati dalam perkara kebaikan. S: Apa maksud rukun usrah ‘Saling bantu membantu’ ? J: Saling melindungi dan bantu membantu antara satu sama lain. S: Apa yang dilakukan dalam pertemuan usrah? J: Flow usrah (teori) 1. Pada setiap minggu, taaruf ringkas akan dilaksanakan. (Peruntukan masa : 5minit) 2. Usrah akan dimulakan dengan tilawah Quran. Setiap seorang ahli akan membaca 3 ayat Quran bermula dari awal Quran iaitu Al-Fatihah. (Peruntukan masa : 5 minit) 3. Kemudian setiap ahli akan dibawa untuk menghafaz surah-surah lazim (Ad- Dhuha sehingga An-Naas). Satu minggu sekurang-kurangnya satu surah untuk dihafaz. Bagi ahli yang sudah menghafaz surah lazim, ahli usrah

Upload: nur-hafizah-yahya

Post on 07-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Usrah.docx

Pengenalan Usrah

Posted by: Pilot Posted date: August 30, 2012 In: Slideshow, Usrah Online | comment : 0

Mendaftar sebagai Ahli Aktif HM, bermakna anda berpeluang mengikuti Usrah Online!

Ayuh kenali Usrah!

Apa tujuan usrah?

Membentuk ikatan perpaduan diantara sesama Islam.

Apa yang perlu diusahakan dalam usrah?

Rukun usrah.

Apa itu rukun usrah?

1. Saling kenal mengenal

2. Saling faham memahami

3. Saling bantu membantu

S: Apa maksud rukun usrah ‘Saling kenal mengenali’ ?

J: Mengenali diantara satu sama lain sehingga wujud rasa kasih kepada ahli usrah lain seperti kasihnya

kepada diri sendiri.

S: Apa maksud rukun usrah ‘Saling faham memahami’ ?

J: Saling nasihat menasihati dan tidak berkecil hati apabila dinasihati dalam perkara kebaikan.

S: Apa maksud rukun usrah ‘Saling bantu membantu’ ?

J: Saling melindungi dan bantu membantu antara satu sama lain.

S: Apa yang dilakukan dalam pertemuan usrah?

J: Flow usrah (teori)

1. Pada setiap minggu, taaruf ringkas akan dilaksanakan. (Peruntukan masa : 5minit)

2. Usrah akan dimulakan dengan tilawah Quran. Setiap seorang ahli akan membaca 3 ayat Quran

bermula dari awal Quran iaitu Al-Fatihah. (Peruntukan masa : 5 minit)

3. Kemudian setiap ahli akan dibawa untuk menghafaz surah-surah lazim (Ad-Dhuha sehingga An-

Naas). Satu minggu sekurang-kurangnya satu surah untuk dihafaz. Bagi ahli yang sudah

menghafaz surah lazim, ahli usrah akan dibawa untuk menghafaz hadis bermula dengan hadis 1

hingga hadis 20. (Peruntukan masa :10minit)

4. Untuk slot Sharing is Caring, bahan-bahan akan diberikan oleh Majlis Nuqaba’. Slot ini bertujuan

membawa ahli usrah untuk berfikiran jauh dan bermuhasabah. (Peruntkan masa : 15minit)

5. Untuk slot tarbiah, terdapat lima komponen iaitu tafsir, hadis, fekah, sirah dan isu semasa.

Dalam satu pertemuan, cuma tiga komponen yang akan dilaksanakan. Setiap ahli usrah akan

bergilir-gilir mengikut minggu untuk menyampaikan komponen-komponen tersebut. Maka pada

Page 2: Pengenalan Usrah.docx

setiap minggu hendaklah dilaksanakan pembahagian tugas untuk usrah-usrah yang akan

datang. (Peruntukan masa : 21 minit)

6. Untuk slot ‘Ice Breaking’, para naqib dan naqibah boleh memikirkan apa-apa permainan yang

dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Sekiranya pada minggu tersebut Majlis Nuqaba’

ada memberikan bahan tertentu, naqib dan naqibah perlulah menggunakan bahan yang

diberikan untuk slot ini.(Peruntukan masa : 10 minit)

7. Seterusnya slot Soalan dan Jawapan (Question and Answer – Q&A). Ahli-ahli usrah boleh

mengemukakan sebarang soalan dan cadangan. Naqib dan naqibah boleh menyampaikan

cadangan dan pandangan tersebut kepada Majlis Nuqaba’ di facebook group Majlis Nuqaba’.

(Peruntukan masa : 5 minit)

8. Setiap minggu secara bergilir akan dilantik seorang ahli usrah sebagai penulis laporan usrah dan

merekod wirid muhasabah ahli usrah. (Peruntukan masa : 2 minit). Setiap laporan hendaklah

dihantar melalui facebook kepada Akhi Syihabudin,Ukhti Khalilah dan Akhi Hashimi dalam

tempoh 3 hari selepas usrah dilaksanakan.

9. Majlis ditutup dengan doa rabitah dan doa untuk kesejahteraan umat islam serta tasbih kifarah.

(Peruntukan masa : 1 minit)

*Flow adalah fleksibel mengikut keadaan 

Kemusykilan

Sebarang kemusykilan boleh terus berhubung dengan Akhi Syihabudin, Ukhti Khalilah atau

Akhi Hashimi melalui facebook kami. Moga Allah memberkati dan meredhai usaha kita.

Al-Imam Hasan al-Banna pernah berkata:

“Kekuatan tanpa kebenaran akan hancur dan begitu juga kebenaran tanpa kekuatan juga

akan hancur.”

PENGENALAN

Islam sangat mengambil berat terhadap pembentukan usrah daripada penganut-penganutnya. Usrah adalah penting bagi mewujudkan suasana kasih sayang dan hormat menghormati. Melalui pembentukan usrah dapat membimbing mereka kepada nilai-nilai yang luhur, memperkukuhkan ikatan di antara mereka dan mengangkat darjat ukhuwah (persaudaraan) mereka dari segenap aspek menuju kepada realiti dan amalan yang nyata.

Usrah bererti keluarga. Dalam konteks remaja bermaksud ikatan yang wujud antara ahli-ahli berasaskan aqidah Islam, ukhuwah fillah dan amal Islami. Usrah adalah ikatan yang menjadi penggerak kepada sesebuah gerakan Islam dan institusi tarbiah yang berkesan untuk melatih ahli dengan sifat-sifat kepimpinan dan pengorbanan yang tinggi untuk Islam.

RUKUN USRAH

Page 3: Pengenalan Usrah.docx

Pada dasarnya, usrah mengandungi tiga elemen penting yang mana perlu dipelihara dan dihayati agar usrah yang dibentuk akan mencapai matlamatnya. Tiga rukun tersebut ialah:

1) At-Ta'aruf

Saling kenal-mengenali secara mendalam daripada awal usrah dan secara berterusan atas kesedaran berkasih sayang semata-mata kerana Allah sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap ahli adalah sebahagian dari dirinya. Firman Allah dalam Al-Quran :

Maksudnya :"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu adalah bersaudara.." (Al-Hujuraat : ayat 10)

Firman Allah Taala lagi :

Maksudnya :"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai..." (Al-Imran :ayat 103)Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : "Kamu melihat orang-orang mukmin itu berkasih sayang seperti satu jasad. Apabila salah satu anggota badan itu sakit, nescaya anggota-anggota yang lain turut sama merasainya dengan berjaga dan demam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) At-TafahumSaling perlu cuba sedaya upaya untuk memahami sahabat-sahabat yang lain dengan menghindari sifat-sifat mazmumah. Ini membawa maksud melahirkan persefahaman antara satu sama lain yang mana akhirnya akan menghasilkan keseragaman dalam sikap, tindakan dan amalan dalam melaksanakan ajaran Islam.

Apabila persefahaman yang baik telah terbentuk maka perasaan syak wasangka, iri hati dan hasad dengki akan terhindar sebaliknya akan mewujudkan rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, mestilah ada muhasabah dan nasihat menasihati sesama ahli sepertimana dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al-Asr : ayt 1-4)

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud " Agama itu nasihat.."

Page 4: Pengenalan Usrah.docx

3) At-Takaful

Saling bantu-membantu dan mengambil berat antara satu sama lain dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Ianya akan memberi kesan pada diri setiap ahli usrah yang mana mereka akan sentiasa rasa dihargai dan diperlukan. Sifat bantu membantu ini akan meneguhkan lagi persaudaraan Islam antara satu sama lain. Sabda Rasulullah SAW :"Barangsiapa memasukkan kegembiraan kepada sebuah keluarga dari kalangan kaum muslimin, maka Allah tidak melihat balasan (yang lebih tepat) baginya kecuali syurga.."