pengenalan - universiti teknologi...

13
SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK FAEDAH HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN UNTUK STAF UiTM PENGENALAN Sememangnya musibah adalah sesuatu yang tidak pernah diminta oleh sesiapa pun. Ianya terjadi secara tiba-tiba mengikut kehendak dan ketentuan Ilahi. Oleh yang demikian, sebagai manusia kita seharusnya lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bak kata orang tua-tua, "Sediakan payung sebelum hujan". 1. APAKAH SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK FAEDAH HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN UNTUK STAF UiTM? Skim Takaful Insurans Berkelompok Faedah Hospital dan Pembedahan menyediakan manfaat kepada staf UiTM dan tanggungan mereka untuk menikmati rawatan di hospital swasta tanpa memikirkan kos rawatan yang terlibat. Penyertaan melalui skim insuran ini akan dapat menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi di bawah polisi. Konsep Insurans Takaful Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Dari segi tafsiran syara' takaful ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain ketika peserta kumpulan tersebut ditimpa musibah. Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan. Selain dari menjaga kebajikan sosial, sistem ini juga mewujudkan keharmonian sosial di antara staf UiTM. Ciri-ciri Takaful a. Sistem Islam, pelaburan halal serta Majlis Pengawasan Syariah 1

Upload: others

Post on 24-Feb-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK FAEDAH HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN UNTUK STAF UiTM

PENGENALAN

Sememangnya musibah adalah sesuatu yang tidak pernah diminta oleh sesiapa pun. Ianya terjadi secara tiba-tiba mengikut kehendak dan ketentuan Ilahi. Oleh yang demikian, sebagai manusia kita seharusnya lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bak kata orang tua-tua, "Sediakan payung sebelum hujan".

1. APAKAH SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK FAEDAH HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN UNTUK STAF UiTM?

Skim Takaful Insurans Berkelompok Faedah Hospital dan Pembedahan menyediakan manfaat kepada staf UiTM dan tanggungan mereka untuk menikmati rawatan di hospital swasta tanpa memikirkan kos rawatan yang terlibat. Penyertaan melalui skim insuran ini akan dapat menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi di bawah polisi.

Konsep Insurans TakafulKonsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Dari segi tafsiran syara' takaful ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain ketika peserta kumpulan tersebut ditimpa musibah. Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan. Selain dari menjaga kebajikan sosial, sistem ini juga mewujudkan keharmonian sosial di antara staf UiTM.

Ciri-ciri Takafula. Sistem Islam, pelaburan halal serta Majlis Pengawasan Syariahb. Tiada unsur ribac. Tiada unsur maisir (Judi)d. Tiada unsur gharar (Tidak jelas)e. Al-mudharabah (Perkongsian untung)f. Tabung jariah

2. SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENJADI AHLI SKIM INI?

Staf UiTMStaf yang berstatus tetap/Kontrak yang masih berkhidmat dengan UiTM berumur melebihi 18 tahun sehingga 65 tahun.

Orang Tanggungana. Suami / Isteri (1 orang sahaja) kepada Staf UiTM yang menjadi ahli dengan skim ini berumur lebih 18

tahun sehingga 65 tahun

1

Page 2: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

b. Anak Kandung/ Anak Tiri /Anak Angkat yang berdaftar/ *Anak OKU yang berdaftar dengan JKM berumur daripada 15 hari hingga 19 tahun sekiranya belum bekerja / bujang atau sehingga 25 tahun sekiranya masih menuntut sepenuh masa di IPT.

* Had umur perlindungan Anak OKU adalah sehingga 25 tahun

3. APAKAH SYARAT PENYERTAAN?

a. Penyertaan staf ke dalam skim ini adalah secara sukarela dan premium dibiayai sendiri oleh staf melalui potongan gaji setiap bulan. Staf boleh memilih mana-mana pelan yang dicadangkan mengikut kemampuan sendiri.

b. Pemeriksaan perubatan tidak diperlukan. Staf dan keluarga yang mempunyai penyakit sedia ada boleh menyertai skim ini. Faktor umur juga tidak mempengaruhi bayaran premium.

c. Maklumat mengenai orang tanggungan (suami/isteri dan anak-anak yang ingin dilindungi di bawah skim ini hendaklah didaftarkan dan dikemaskini di dalam sistem STARS di Bahagian Saraan dan Perkhidmatan, Aras 1, Bangunan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UiTM, Shah Alam)

4. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYERTAI SKIM INSURANS INI?

a. Dengan mengisi Borang Skim Takaful Berkelompok Hospital & Pembedahan yang boleh dimuat turun dari Portal I-Staf atau boleh didapati di Kaunter Pejabat Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf, Aras Tiga, Bangunan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UiTM, Shah Alam.

b. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Perhubungan dan Kebajikan Staf, atau dihantar melalui faks 03-55443086/3029. Sertakan salinan dokumen untuk Anak Angkat dan Anak OKU.

c. Permohonan yang diterima sebelum 25 haribulan akan diproses untuk urusan pemotongan gaji untuk didaftarkan keahlian pada bulan berikutnya. Permohonan yang diterima selepas 25 haribulan akan diproses satu bulan selepas bulan berikut.

d. Setiap ahli (staf dan orang tanggungan) akan menerima Kad Perubatan secara berasingan daripada Syarikat Insurans Takaful.

e. PMCare adalah sebuah syarikat yang telah dilantik oleh pihak Syarikat Insurans Takaful sebagai Pentadbir Pihak Ketiga (Third Party Administrator) untuk menguruskan dan mentadbir urusan yang berkaitan dengan hal ehwal kesihatan dan perubatan staf UiTM yang menjadi ahli.

2

Page 3: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

4.1. Maklumat Skim Insurans Berkelompok Faedah Hospital dan Pembedahan

Maklumat mengenai Skim Insurans Berkelompok Faedah Hospital dan Pembedahan ini boleh dicapai melalui Portal I-Staf UiTM seperti berikut:

Langkah 1

Langkah 2

3

Page 4: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

Langkah 3

4.2. BAGAIMANA UNTUK MEMILIH PELAN YANG SESUAI?

a. Rujuk Brosur Skim Takaful Berkelompok Faedah Hospital dan Pembedahan yang boleh dimuat turun dari Staf UiTM dari Portal seperti di atas.

b. Pilih kategori skim dan pelan mengikut kemampuan anda. Kategori skim adalah Staf sahaja (S), Staf dan Pasangan (SP), Staf dan Anak-Anak (SA) atau Staf dan Keluarga (SK). Plan A – D adalah mengikut kos bilik/katil/makan di wad hospital.

Contoh: Jika memilih Kategori Staf dan Anak-Anak (SA) dan Plan B RM 200. Premium yang dikenakan sebulan adalah RM288 atau RM3,456 setahun. Had Keseluruhan Tahunan bagi Staf dan Anak-Anak adalah RM25,000 setiap seorang

c. Staf dinasihatkan untuk meneliti kandungan yang terdapat di brosur dahulu sebelum membuat keputusan khususnya mengenai perkara yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh skim ini.

5. BILAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN SKIM INI SETELAH MENJADI AHLI?

a. Tiada tempoh menunggu bagi sakit akibat kemalangan. Ahli akan dilindungi sepenuhnya oleh skim ini.

b. Tempoh menunggu bagi rawatan yang memerlukan ahli dimasukkan ke dalam wad adalah selama tiga puluh (30) hari

c. Tempoh menunggu bagi sakit khusus adalah selama 120 hari mulai tarikh keahlian berkuatkuasa.

Penyakit hendaklah bermakna kurang upaya berikut dan komplikasi yang berkaitan, yang 4

Page 5: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

berlaku dalam tempoh satu ratus dan dua puluh (120) hari pertama perlindungan daripada Orang Yang Dilindungi

i. Tekanan Darah Tinggi, kencing manis, dan penyakit kardiovaskular;ii. Semua ketumbuhan, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem

biliary;iii. Semua telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak keadaan;iv. Hernia, buasir, fistulae, hydrocele, varicocele;v. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan wanita;

vi. Vertebro gangguan tulang belakang (termasuk cakera) dan syarat-syarat yang lutut

d. Bagi penyakit sedia ada yang mana penyakit tersebut telah diketahui ataupun dalam rawatan susulan, ianya tidak dilindungi selama 6 bulan pertama dari tarikh kemasukan menjadi ahli.

e. Bagi ahli lama yang baru mendaftarkan anak atau pasangan, ahli yang baru didaftarkan ini adalah dianggap sebagai penyertaan baru dan perlu mengikut tempoh matang yang telah ditetapkan (seperti keadaan a hingga d).

6. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INI?

Bagi Rawatan Sakit Bukan Kecemasana. Telefon "Careline" 1300-88-6868 atau 8026-68888 untuk pengesahan.

i. Nyatakan nama, no keahlian dan organisasi (UiTM) ii. Penyakit iii. Nama Hospital iv. Tarikh masuk hospital

b. Dapatkan Surat Masuk Wad yang ditandatangani dari Pegawai Perubatan di Hospital tersebut.

c. Pihak hospital akan faks Surat Rujukan atau Surat Masuk Wad ke 03- 8023 999 atau hantar emel [email protected].

d. Sila kemukakan permohonan satu (1) hari sebelum dimasukkan ke wad untuk mengelakkan kesulitan atau kelewatan bagi pengeluaran Surat Jaminan Hospital.

d. Pastikan tarikh rawatan susulan yang diberikan pada surat atau kad pertemuan adalah dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keluar hospital.

Bagi Rawatan Sakit KecemasanSakit kecemasan ditakrifkan sebagai sakit yang mengancam nyawa atau kehilangan anggota kaki atau tangan. Dimasukkan ke wad hospital melalui Jabatan A & E (Accident & Emergency).Contoh seperti serangan jantung, koma, mangsa kebakaran, mangsa kejutan, kesukaran bernafas, mangsa yang luka parah, sawan, pesakit angin ahmar, keracunan, mangsa amok, pengsan, kecederaan mata yang menyebabkan buta dan lain-lain.a. Telefon "Careline" 1300-88-6868 atau 8026-68888 untuk pengesahan.

i. Nyatakan nama, no keahlian dan organisasi (UiTM) ii. Penyakit iii. Nama Hospital iv. Tarikh masuk hospital

5

Page 6: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

e. Dapatkan Surat Masuk Wad yang ditandatangani dari Pegawai Perubatan di Hospital tersebut.

f. Pihak hospital akan faks Surat Rujukan atau Surat Masuk Wad ke 03- 8023 999 atau hantar emel [email protected].

g. Pihak hospital akan memaklumkan kepada PMCare bahawa ianya adalah kes kecemasan.

h. Pastikan tarikh rawatan susulan yang diberikan pada surat atau kad pertemuan adalah dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keluar hospital.

Staf sekali lagi dinasihatkan agar sedia maklum dengan perkara yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh skim ini yang terdapat di brosur.

Apabila keluar hospital:a. Pihak hospital akan menghantar bil rawatan melalui faks kepada pihak PMCare.

b. Pihak PMCare akan menyemak dan mengesahkan jumlah perlindungan yang layak.

c. Pihak PMCare akan menghantar melalui faks jumlah perlindungan yang layak dibayar kepada pihak hospital.

7. BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN BAYARAN BALIK BIL KOS RAWATAN PERUBATAN

Tuntutan bayaran balik bagi kes yang melibatkan pembayaran yang telah dibuat terlebih dahulu.

Tuntutan bayaran balik bagi khidmat pra perundingan/pra diagnosis sebelum memasuki hospital.

a. Isi borang tuntutan yang boleh dimuat turun dari laman web PMCare untuk dihantar ke BPKS untuk dimajukan kepada PMCare

b. Sertakan surat rujukan untuk konsultasi yang pertama

c. Sertakan resit bayaran yang asal (staf diingatkan untuk membuat salinan resit terlebih dahulu untuk simpanan sendiri)

d. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 90 hari sebelum memasuki hospital

Tuntutan bayaran balik bagi kes rawatan susulan selepas keluar hospital.

a. Isi borang tuntutan yang boleh dimuat turun dari laman web PMCare untuk dihantar ke BPKS untuk dimajukan kepada PMCare

b. Sertakan salinan kad temujanji untuk khidmat rundingan/perubatan selepas keluar hospital

c. Sertakan resit bayaran yang asal (staf diingatkan untuk membuat salinan resit terlebih dahulu untuk

6

Page 7: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

simpanan sendiri)

d. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 31 hari selepas keluar hospital

8. BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA INGIN MENAMATKAN KEAHLIAN SAYA ATAU MENUKAR PELAN SKIM?

a. Ahli tidak dibenarkan untuk berhenti/menukar plan skim dalam tempoh sehingga Disember setiap tahun terutama sekiranya had keseluruhan tahunan telah habis atau sebahagian sahaja digunakan.*

*Kecuali untuk kes-kes terpencil seperti kematian/penceraian/pertambahan anak atau pasangan

b. Permohonan ahli yang ingin berhenti akan dikemukakan ke pihak Syarikat Insurans Takaful untuk disemak dan disahkan sebelum kelulusan diberikan.

9. PENGHANTARAN DOKUMEN TUNTUTAN BAYARAN BALIKSemua dokumen hendaklah dikemukakan kepada :

KetuaBahagian Perhubungan dan Kebajikan StafPejabat PendaftarUniversiti Teknologi MARA40450 Shah Alam, Selangor

Atau:

Bahagian PentadbiranKampus Cawangan

*Bahagian Pentadbiran Kampus Cawangan diminta untuk terus menghantar dokumen tuntutan bayaran balik staf cawangan kepada PMCare dan sesalinan kepada BPKS.

**PERHATIAN PENTING**

1. Kemudahan Insurans ini adalah bukan berbentuk simpanan..2. Kekeliruan tentang tempoh matang untuk penyertaan baru :

a. Tempoh menunggu: Segala jenis masalah kesihatan yang baharu tidak akan dilindungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh menjadi ahli kecuali bagi kes-kes kemalangan.

b. Tempoh menunggu: Penyakit-penyakit khusus adalah selama 120 hari mulai tarikh keahlian berkuatkuasa.

c. Bagi penyakit sedia ada yang mana penyakit tersebut telah diketahui ataupun dalam rawatan susulan, ianya tidak dilindungi selama 6 bulan pertama dari tarikh kemasukan menjadi ahli.

7

Page 8: PENGENALAN - Universiti Teknologi MARAaplikasi.uitm.edu.my/Portal_I-Staf/skrin/borang/RINGKASAN... · Web viewPermohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana

3. Bagi ahli lama yang ingin mendaftarkan anak atau pasangan sebagai ahli yang baru akan dianggap sebagai penyertaan baru dan perlu mengikut tempoh menunggu yang telah ditetapkan (30 hari dan 120 hari)

4. Bayaran Co-Payment sebanyak 15% ke atas jumlah keseluruhan rawatan (setiap ahli perlu menanggung sebanyak 15% daripada keseluruhan kos rawatan kemasukan hospital dengan syarat kadar bilik adalah bertepatan dengan had kelayakan ahli. Manakala bagi kemasukan hospital mengunakan kadar bilik yang lebih tinggi (room upgrade), setiap ahli perlu menanggung 20% daripada keseluruhan kos rawatan termasuk kos perbezaan bilik.)

5. Bagi staf yang bercadang untuk mengambil Cuti Tanpa Gaji, mereka hendaklah memaklumkan kepada BPKS sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bercuti bagi mengelakkan tunggakan pembayaran premium.

6. Bagi bakal pesara/staf yang bercadang untuk bersara pilihan/staf yang akan tamat kontrak, mereka hendaklah memaklumkan kepada BPKS sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh persaraan/tamat kontrak bagi mengelakkan tunggakan pembayaran premium.

7. Pesara juga boleh menjadi ahli/meneruskan keahlian dengan syarat mereka menjadi ahli PESUTIMA. Permohonan dan urusan pembayaran premium secara "upfront” yang mana perlu dibayar secara lump sum pada awal tahun hendaklah dibuat melalui BPKS kepada Bendahari UiTM

8. Had Keseluruhan Tahunan yang tidak digunakan bagi satu-satu tahun itu, tidak akan terkumpul untuk kegunaan pada tahun berikutnya.

9. Had Keseluruhan Tahunan yang tidak digunakan oleh ahli atau salah seorang tanggungan tidak boleh pindah milik kepada orang tanggungan yang lain.

10. Sekiranya Had Keseluruhan Tahunan yang diperuntukan itu tidak digunakan, ianya bukanlah satu kerugian kepada staf tetapi menunjukkan bahawa staf itu adalah sihat dan sebaliknya membantu rakan-rakan yang lain yang lebih memerlukan.

Sekiranya ada kesulitan, sila hubungi:

Puan Hajah Noorsiah binti Daud : 03-55443054/emel: [email protected] Nurul Nadia binti Jalalluddin : 03-55443079/emel: [email protected] Encik Kamarul Aini bin Hassan Basri: 03-55443059/emel: [email protected] Encik Mohd Saffwan Muhamed : 03-55443062/emel: [email protected] Puan Hamidah Haji Yusof ; 03-55443056/emel: [email protected]

No. Faks : 03-55443086/3029

PMCare (Careline) : 1300-88-6868 atau 8026-68888

8