pengenalan sistem kenalpasti kompetensihrd.water.gov.my/jps/manual_pentadbir.doc · web...
TRANSCRIPT
Pengenalan Sistem Kenalpasti Kompetensi
Pendahuluan:
• Sistem Kenalpasti Kompetensi merupakan model kompetensi bagi mengukur jurang kompetensi antara penjawat dan jawatan.
• Seseorang penjawat awam boleh menggunakan model kompetensi untuk mengenalpasti tahap kompetensi yang dimilikinya dan juga yang diperlukan bagi jawatan yang dipegangnya.
• Seseorang penjawat awam boleh mengambil langkah-langkah peningkatan diri untuk mengurangkan jurang kompetensi yang telah dikenalpasti.
Objektif
Memastikan anggota perkhidmatan awam memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi
Membangunkan tingkahlaku yang perlu untuk penambahbaikan penyampaian perkhidmatan
Memberikan penjelasan berkenaan peranan dan tanggungjawab dalam Perkhidmatan Awam
Memastikan penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan
Membangunkan pengurusan prestasi berasaskan kompetensi
Memberikan penghargaan dan sokongan kepada pembangunan kerjaya yang lebih baik
Model Kompetensi terdiri daripada 6 kategori:
Tingkah Laku Generik Fungsian Teknikal ICT Bahasa
Manual Pengguna untuk Administrator
Di paparan utama sila klik di ”Goto Admin Login Page”
Login sabagai administrator dengan mengisi Admin Login dan password yang sah.
Sekiranya login adalah sah, administrator akan dibawa ke paparan di mana terdapatnya menu-menu untuk administrator boleh memilih mengikut kategori.
Di kategori Borang, administrator boleh membuat pendaftaran CO(Competency Owner), Kemaskini CO, Edit Expected Score dan melihat Target Level bagi setiap Gred dan jawatan.
Di paparan berikut untuk pendaftaran CO di mana setiap data adalah wajib diisi bagi menentukan soalan bagi setiap gred dan jawatan dengan mengklik hyperlink Pendaftaran CO
Berikut adalah paparan di mana administrator boleh membuat pengemaskinian data personel CO dengan mengisi salah satu atau kesemuanya data yang diperlukan
Sila klik di hyperlink nama bagi membolehkan pengemaskinian maklumat CO dapat dilakukan.
Administrator boleh juga mengemaskini skor jangkaan bagi setiap kategori dan juga gred jawatan dengan mengklik Edit Expected Score dan tekan butang Cari.
Klik di hyperlink Target Level bagi melihat skor jangkaan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan bagi setiap gred dan jawatan dan tekan butang Open
Di ketegori Keputusan Penilaian Diri Keseluruhan Agensi, membolehkan Administratormelihat Keputusan Komposit Keseluruhan JPA, Keputusan Mengikut Taraf dan Keputusan Mengikut Gred.
Keputusan keseluruhan komposit Penilaian Diri secara keseluruhan
Keputusan Penilaian Diri Keseluruhan mengikut Taraf
Keputusan Individu Penilaian Diri membolehkan Administrator melihat keputusan secara Individu dengan mengisi No. IC CO di kotak yang telah disediakan.
Klik di Advance Search membolehkan Administrator mencari Keputusan Individu secara terpeinci dengan mencari menggunakan Nama dan Gred Jawatan CO yang ingin dicari dan klik butang cari.
Sila klik di hyperlink Nama untuk melihat Keputusan Individu yang ingin dicari
Berikut adalah keputusan yang dapat dilihat oleh Administrator bagi individu yang dicari dimana keputusan dapat dilihat secara komposit dan terperinci bagi setiap kategori
Keputusan secara keseluruhan dapat dilihat mengikut kategori bagi setiap individu
Untuk menyimpan laporan tersebut, sila klik di Format Excel dan tekan butang save
Laporan juga disediakan mengikut keseluruhan individu di mana membolehkan keputusan dimasukkan ke dalam sistem HRMIS
Berikut adalah petunjuk bagi laporan keseluruhan bagi setiap kategori
Laporan juga disediakan mengikut individu yang dipilih dengan mengisi no ic dan juga klik di hyperlink Advance Search bagi pencarian yang lebih detail lagi
Klik di hyperlink Nama untuk melihat laporan keputusan keseluruhan individu yang dicari dengan mengklik butang open atau untuk menyimpannya klik di butang save
Berikut adalah laporan keputusan keseluruhan individu yang dicari berpandukan petunjuk yang disediakan
Keputusan penilaian diri keseluruhan mengikut bahagian dapat dilihat dengan mengklik hayperlink Keseluruhan Bahagian di mana setiap kategori mengikut bahagian
Klik di Status individu bagi membolehkan melihat status semasa individu yang telah menamatkan penilaian diri, yang belum memulakan penilaian diri dan juga yang telah memulakan penilaian diri tetapi belum tamat menghabiskan penilaian diri dengan menekan butang Cari
Berikut adalah senarai warga JPA yang telah menamatkan Penilaian Diri