pengenalan rasuah etika dan aklak

16
1.0 Pengenalan Rasuah Definisi rasuah mengikut undang-undang adalah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya kemudian telah disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Selain, itu isu berkaitan rasuah kerap dibincangkan terutamanya di dalam seminar, forum dan ceramah namun ia masih berlarutan sehingga kini. Takrifan rasuah adalah begitu meluas dan bukan sahaja wujud di dalam bentuk Monetary. Bentuk monetary yang dimaksudkan ialah seperti pemberian jawatan, pangkat kebesaran, perbuatan pelepasan atau penahanan daripada satu obligasi dan liabiliti. Rasuah yang biasa didedahkan oleh pihak media massa adalah berada dalam kateogori rasuah transaktif ( transactive corruption ), rasuah memeras ( extortive corruption ) dan rasuah rasuah defensit ( defensive corruption ). Rasuah transaktif kebiasaannya membabitkan dunia koporat dengan pihak pemerintah dan masyarakat dengan pihak 1

Upload: kamal-omr

Post on 28-Jun-2015

3.502 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Rasuah

Definisi rasuah mengikut undang-undang adalah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya kemudian telah disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Selain, itu isu berkaitan rasuah kerap dibincangkan terutamanya di dalam seminar, forum dan ceramah namun ia masih berlarutan sehingga kini. Takrifan rasuah adalah begitu meluas dan bukan sahaja wujud di dalam bentuk Monetary. Bentuk monetary yang dimaksudkan ialah seperti pemberian jawatan, pangkat kebesaran, perbuatan pelepasan atau penahanan daripada satu obligasi dan liabiliti. Rasuah yang biasa didedahkan oleh pihak media massa adalah berada dalam kateogori rasuah transaktif ( transactive corruption ), rasuah memeras ( extortive corruption ) dan rasuah rasuah defensit ( defensive corruption ). Rasuah transaktif kebiasaannya

membabitkan dunia koporat dengan pihak pemerintah dan masyarakat dengan pihak pemerintah. Ini dilihat sebagai satu bentuk rasuah yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak ketika melakukan transaksi. Rasuah memeras pula berlaku apabila pihak pemberi dipaksa untuk melakukan. Tujuannya adalah mengelakkan sebarang kerugian yang bakal menimpa diri serta kepentingannya. Rasuah defensif pula merujuk kepada rasuah yang dilakukan seseorang untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, rasuah tidak kira apa bentuk kategorinya adalah merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan serius oleh masyarakat dan lebih-lebih lagi oleh pihak pemerintah. Selain itu, perkara ini turut akan memberikan kesan negatif terhadap sosioekonomi sesebuah Negara. Misalnya, amalan

1

rasuah dalam pentadbiran sama ada di di dalam sektor awam atau koporat. Apabila gejala rasuah berleluasa akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara. Keadaan itu berlaku disebabkan pihak pelabur akan menjauhkan diri daripada melakukan pelaburan di Negara berkenaan. Ketiadaan dari segi pelaburan asing akan menjejaskan kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian dan sektor perkhimatan turut tergendala.

Selain itu, ketiadaan sumber pelaburan asing akan memberikan impak yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi. Ini disebabkan kebanyakan sumber aktif sesebuah negara berbentuk monetary telah digunakan untuk membiayai projek yang kurang berdaya maju. Terdapat juga pihak tertentu yang memberikan kelulusan di dalam projek ini, terutamanya dalam mendapatkan keuntungan tanpa menghiraukan sumbangan kepada masyarakat. Ada sesetengah pihak yang mengistilahkan bentuk dana pembangunan ini sebagai projek gajah putih. Aktiviti jenayah maksiat juga akan berleluasa kerana amalan rasuah telah menyebabkan pihak berkuasa menutup mata atau tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah. Kesan rasuah bukan sahaja terhad kepada sosioekonomi malahan juga terhadap alam sekitar contohnya, kes pembalakan. Jika tender yang dikeluarkan kepada sesebuah syarikat konsesi tidak mengikut proses sebenar berkemungkinan kegiatan pembalakan secara tidak terancang akan wujud. Fenomena ini berlaku, kerana pemilik syarikat tersebut tidak mempunyai kelayakan secukupnya untuk menjalankan kegiatan pembalakan secara sistematik. Seterusnya akan menyebabkan berlakunya hakisan, banjir lumpur, kehilangan spesies flora dan fauna.

2.0 Rasuah dari segi perspektif Islam

2

Islam sejak dulu, telah menyedari masalah yang bakal timbul daripada amalan rasuah ini. Islam secara jelas tidak berkompromi di dalam isu ini. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah untuk kepentingan individu. Justeru itu, keadaan ini berlaku kerana apabila menlalui prosedur biasa, seseorang tidak akan memperolehi apa-apa yang dikehendaki olehnya secara langsung mendorong kepada gejala rasuah. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang diberikan kepada seseorang individu telah di salahgunakan dengan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Dalam Islam al -risywah . Di dalam Al-Quran

perkataan rasuah diambil daripada bahasa Arab iaitu

rasuah digolongkan dalam istilah umum batil, iaitu menyamai perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di Malaysia dari segi undang-undang semua perbuatan member dan menerima suapan adalah daripada sebahagian perbuatan dan

kesalahan jenayah.

Kebiasaannya, rasuah di dalam pandangan masyarakat Islam sebagai satu jalan pintas bagi seseoarang untuk mengecapi kehidupan mewah dan dengan erti kata lain, mahu menjadi kaya dalam masa yang singkat. Individu yang melakukan budaya ini, tidak memikirkan kesan buruk yang bakal terjadi sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan yang bakal diperolehi. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada daripada Allah Swt harus dititikberatkan di dalam apa jua bentuk urusan . Islam juga amat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti sabda Rasulullah Saw yang bermaksud;

3

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukummenghukum .

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SA W telah bersabda yang bermaksud: Pemberi dan penerima rasuah kedua-

duanya akan masuk neraka . Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta yang berdosa sedang kamu mengetahuinya. (al-Baqarah : 188) Budaya rasuah ini sebenarnya telah lama disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh ajaran Islam iaitu di dalam mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka . Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah Swt sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud : Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya . Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

4

Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas membuktikan bahawa Islam amat melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah kepada pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat di dalam melicinkan kegiatan rasuah ini.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas menlalui ketegasan Nabi sulaiman apabila menolak hadiah daripada Puteri Balqis agar membolehkannya berterusan di dalam penyembahan kepada matahari apabila diseur beriman kepada Allah Swt. Kisah ini, telah tercatat di dalam ayat 35 hingga 37, surah An-Naml. Contoh lain ialah adalah ketegasan Nabi Muhammad yang menolak kafir Quraisy pada awal penyebaran agama Islam Kaum Quraisy telah berjanji akan memberikan apa sahaja yang diingini Baginda daripada kemewahan dunia, jika Rasulullah meninggalkan kegiatan dakwahnya itu. Walaubagaimanapun, tawaran itu telah ditolak oleh Baginda. Rasulullah telah menyatakan bahawa walaupun matahari diletakkan pada tangan

kanannya dan bulan pada tangan kirinya, Baginda tetap tidak akan meninggalkan perjuangannya dalam menyebarkan agama islam kepada umat sejagat. Ketegasan Islam dalam hal ini dapat dijelaskan lagi menlalui perintah berbentuk larangan Allah yang berfirman: Dan janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu

dengan jalan yang salah dan janganlah kamu membawa urusan itu ke mahkamah supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta orang lain itu dengan ( jalan berbuat ) dosa, pada hal kamu mengetahuinya . ( Surah Al-Baqarah ayat 188 ) 3.0 Punca-punca berlakunya rasuah

Punca-punca rasuah boleh dibahagikan kepada kelemahan peribadi individu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi, bentuk hubungan sosial dan budaya , modenisasi, politik serta politik. Kelemahan peribadi lebih merujuk kepada kekurangan iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi

5

masih dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, bahawa melakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu . Sikap individu mahu memiliki kehidupan mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah terutamanya bagi mereka memiliki keperibadian yang lemah.

Seterusnya, ialah kelemahan dari segi aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah akan menyebabkan menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah. Dari aspek sosial dan budaya pula, merujuk masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda. Misalnya, sempena menyambut hari-hari perayaan tertentu, majlis hari jadi, hari perkhawinan dan sebagainya. Kebanyakan hari yang baik ini telah member kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah samaada diminta, disogok atau di umpan tanpa disedari. Modenisasi pula merujuk kepada kegiatan pembangunan sosial ekonomi yang tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan meluas yang boleh diibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan turut menyumbang kepada peningkatan pengaliran wang secara berterusan. Golongan yang terlibat juga turut menggunakan kesempatan ini dalam mengaut keuntungan secara berlebihan. Perlumbaan moden turut memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba di dalam mendapatkan sesuatu tender. Mereka juga turut berusaha untuk memenangi hati para pengawai pengurusan atau pembuat keputusan sesuatu tender. Oleh itu, cara terbaik adalah menlalui jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan pembayaran

6

melepaskan hukuman, kegagalan melaksanakan projek dan sebagainya. Dari aspek politik pula lebih melebihkan sesetengah ahli politik yang menggun akan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa. Misalnya, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya. Seterusnya masalah kewangan, misalnya laporan Pelan Integriti Nasional menlalui kajian penilaian dan hala tuju (Tekad 2008) yang dijalankan telah mendedahkan hampir 70% kakitangan awam lebih cenderung menerima suapan akibat tekanan menangguh terlalu banyak beban hutang. Kegagalan individu mengawal p erasaan akibat tekanan hutang telah memberikan lebih ruang kepada individu untuk melakukannya.

5.0 Kesan-kesan rasuah Perbincangan mengenai isu rasuah perlulah di pandang serius oleh semua pihak. Kegiatan rasuah secara tidak langsung akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesebuah organisasi. Dengan adanya, kegiatan rasuah bermungkinan tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang individu ini. Kemajuan sesebuah Negara bergantung juga adalah bergantung kepada golongan cerdik pandai. Justeru itu, perkembangan kegiatan rasuah akan menghakis kepercayaan orang awam terhadap golongan cerdik pandai khususnya di dalam Negara Malaysia. Selain itu, sistem pemerintahan akan turut menjadi lemah apabila setiap budaya rasuah berlaku. Maka dengan ini, telah menyebabkan pihak pemerintah kehilangan akan hasil atau tindakan yang harus dilakukan olehnya. Ini boleh di umpamakan sebagai kecuaian dalam melakukan sesuatu akan mendorong kepada pemberian rasuah dalam mengantikan wang cukai yang hanya dinikmati oleh segelintir pemberi dan penerima rasuah. Kesan yang paling ketara akibat budaya rasuah ini ialah keruntuhan dalam pentadbiran. Akibatnya, akan timbul masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan sejarah

7

kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terkawal pada ketika itu. 6.0 Langkah-langkah menangani rasuah Terdapat beberapa kaedah untuk mengelakkan diri daripada amalan rasuah iaitu, memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri, memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman, meluaskan urusan menlalui penggunaan ICT dan lain-lain. Pertama ialah memantapkan iman dan mengukuhkan jati. Mempunyai keimanan dan tahap keperibadian yang tinggi adalah benteng pertahanan penting dalam mengelakkan diri daripada mengamalkan rasuah. Apabila setiap individu menanam sifat membenci amalan rasuah sudah tentunya akan membantu mengurangkan perningkatan amalan rasuah ini. Misalnya pihak masyarakat biasa, pemimpin, para peniaga, jentera pentadbiran dan sebagainya. Paling utama ialah pihak pentadbiran, yang seharusnya memainkan peranan penting dalam menunjukkan kepimpinan menlalui teladan. Contohnya, menghindarkan diri daripada penyalahgunaan wang kerajaan demi kepentingan peribadi. Memiliki kekuatan iman dan jati diri yang tinggi akan dapat menangkis amalan rasuah walaupun individu itu berhadapan dengan peluang yang besar dalam mengamalkan rasuah. Seterusnya ialah memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan. Sikap benci terhadap amalan rasuah seharusnya dipupuk dan dihayati oleh setiap individu sejak dari peringkat asas lagi. Khususnya, ketika di bangku persekolahan guru seharusnya mengajar dan mendidik anak murid mereka tentang keburukan rasuah. Pihak ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam hal ini, dengan memberikan didikan agama dengan secukupnya kepada anak mereka bagi membentuk keperibadian mulia di kalangan anakanak mereka. Setiap agama mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak mereka seperti agama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya . Namun begitu, setiap daripada

8

agama tersebut tidak semestinya mengalakkan manusia untuk melakukan dosa dan terpulanglah kepada setiap individu sendiri untuk menilai dan menentukan samaada pelakuan mereka itu baik atau buruk. Oleh itu, generasi yang dididik membenci akan rasuah sudah tentunya akan menjadi seseorang individu yang bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Sistem pendidikan hanya memainkan peranan di dalam membentuk generasi akan datang yang bebas daripada amalan rasuah.

Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman turut membantu dalam pengurangan budaya rasuah ini. Usaha siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar pihak masyarakat sedar bahawa betapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah. Terutamanya, ancaman terhadap keselamatan negara sekiranya tidak dibendung dari awal, sudah tentunya akan menimbulkan kelemahan Negara itu sendiri. Selain itu, para pengamal rasuah akan lebih berhati-hati untuk melakukan rasuah dengan adanya hukuman yang berat ke atas setiap pesalah rasuah ini. Keadaan ini telah bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus Negara . Dan kemudiannya telah menjadi ikutan oleh ( SPRM ) Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi. Sikap individu yang sentiasa menghindarkan diri daripada menyogok orang lain sedikit sebanyak akan membantu pengurangan budaya rasuah. Pengamalan daripada gaya hidup yang sah dari segi undang-undang iaitu bebas daripada amalan rasuah akan menjadikan individu lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Khususnya bagi masyarakat Islam yang amat ditegah daripada mengamalkan amalan rasuah dan melanggar hukum-hukum Islam.

9

Kaedah lain ialah meluaskan urusan menlalui penggunaan ICT. Prosedur yang memerlukan tempoh jangka panjang, sukar dan lambat untuk diproses akan dipermudahkan menlalui penggunaan Sistem Teknologi Maklumat (ICT). Penggunaan borang, proses temu duga dan sebagainya akan diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus akan dapat menghindari bahaya rasuah kerana kemudahan ICT tidak memerlukan sogokan untuk mempercepatkan suatu proses urusan.

Kesimpulan

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada golongan cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakantindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga

boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

10

Rujukan

M oh d K h a i r u l H id a ya t B e r a h i m. 2 0 0 8. R a s u a h d an K e p i mp i n an M e n u r u t

I sl a m. P e n e r b i t : K u a l a Lu mp u r : D e w a n B a h a sa d a n p u st a ka .

Asmawi. 2008. Kenapa Ianya Berlaku. Penerbit: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan Internet

Norhafifi Yahya. 2006. Gejala Rasuah dan Kesannya. Retrieved at 17 Febuari 2010. From: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088 Ibnu Hasyim. Bagaimana Nak Hapus Rasuah Makna Rasuah Pun Tak Lengkap. R e t r i e v e d a t 1 7 Fe b u a r i 2 0 1 0. Fr o m: http://www.ibnuhasyim.com/2009/03/bagaimana -nak-hapus-rasuah-makna-rasuah.html Muhammad Hisyam Mohamad. 2 0 0 4. Pengamal rasuah dilaknat ditimpa bala sejak di dunia. R e t r i e ve d a t 1 2 j a n u a r i 2 0 1 0. Fr o m:

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=126&cmd =resetall

11