pengenalan‐ penyakit mental

Upload: abdullah-bin-ismail

Post on 09-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Pengenalan Penyakit Mental

    1/3

    Pengenalan Penyakit Mental

    Apa itu penyakit mental?

    Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yangboleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku

    seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan

    baik.

    Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapatihampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit

    mental.

    Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalahantara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan

    dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

    Adakah semua penyakit mental serupa?

    Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori

    penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama:

    1. Neurosis:o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami

    perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa

    menjejaskan kewarasan mereka.

    o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaankesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara

    contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:

    Kemurungan Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan

    berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami.

    Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk

    ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta

    menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih

    lazim tetapi penyakit kemurungan.

    Kebimbangan

    Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah.Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebar-

    debar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka

    tidak ketahui puncanya

    2. Psikosis:Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat

    ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan

    mereka juga terjejas

    o Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaibberkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka jugamempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan

  • 8/7/2019 Pengenalan Penyakit Mental

    2/3

    menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi.

    Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat

    kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang

    disyakinya secara membahayakan

    o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan anehseperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.Contoh psikosis yang sering dialami adalah:

    Schizophrenia : Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan

    pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi

    kerja mereka juga merosot dengan ketara. Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):

    Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahanketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan

    menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa

    kemurungan).

    3. Kecelaruan Personaliti:o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan

    perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan

    kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.

    Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?

    Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan

    punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya

    penyakit mental.

    1. Faktor genetik/ keturunan:o Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko

    lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

    2. Gangguan bahan kimia dalam otak:o Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak

    berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. Sebagai

    contohnya:

    Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi

    noradrenalin

    3. Jangkitan virus: Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan

    dengan kemunculan penyakit mental.

    4. Sejarah hidup yang getir: Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan

    ibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang

    sukar

    5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah: Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam

    masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

  • 8/7/2019 Pengenalan Penyakit Mental

    3/3

    Bolehkah penyakit mental diubati?

    Ya Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubatyang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa

    sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat

    secara konsisten amat digalakkan.

    Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapikognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan

    carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.

    Di manakah bantuan boleh diperolehi?

    Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untukmemberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri

    akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.

    Adakah sebarang ujian yang boleh mengesan kewujudan

    penyakit mental?

    Ya.. Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh

    mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kajiselidik Kesihatan General

    Health Questionnaire (GHQ).

    (Anda memerlukan Adobe Acrobat Reader untuk melihat dokumen tersebut)

    GHQ adalah satu kaedah saringan bagi menilai tahap kesihatan mental individu. Iabagaimanapun tidak dapat menggantikan pemeriksaan dan penilaian yang lazim

    dijalankan oleh anggota kesihatan mental yang terlatih.

    Terima kasih di atas usaha anda mengambil ujian GHQ Jika skor anda < 4 = : Anda tidak mengalami masalah kesihatan mental yang ketara.

    Anda masih boleh mengekalkan atau meningkatkan lagi tahap kesihatan mental anda

    dengan mengikutpetua-petua dan garis panduan yang disyorkan

    Jika skor anda > 5 =: Anda mengalami masalah kesihatan mental yang ketara. Adalah mustahak agar anda bertemu anggota kesihatan mental yang terlatih untuk

    menjalani penilaian selanjutnya.

    Rujukan

    www.medscape.com/medscape/Psychiatry/clinicalupdate American Psychiatric Association