11 · kepada seluruh masyarakat tentang penyakit serta perawatan kesembuhan penyakit mental....

4
KUBANG KERIAN, 10 Oktober 2016 - Satu daripada tiga rakyat Malaysia bermasalah mental sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia baru-baru ini amat membimbangkan. Apatah lagi apabila stigma negatif masyarakat terhadap masalah kesihatan mental menyebabkan pesakit malu untuk mendapatkan rawatan awal di klinik psikiatri. Setiap tahun, seluruh dunia mengadakan sambutan Hari Kesihatan Mental bagi memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang penyakit serta perawatan kesembuhan penyakit mental. Bertemakan 'Psychology First Aid For All', Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) turut mengadakan sambutan Hari Kesihatan Mental 2016. Menurut Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Asrenee Ab Razak, sambutan Hari Kesihatan Mental peringkat Kampus Kesihatan diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan masalah kesihatan mental. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... SETIAP INDIVIDU BERISIKO MENGALAMI MASALAH KESIHATAN MENTAL 11 OCT

Upload: others

Post on 07-Nov-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 11 · kepada seluruh masyarakat tentang penyakit serta perawatan kesembuhan penyakit mental. Bertemakan 'Psychol ogy First Aid For All', Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

KUBANG KERIAN, 10 Oktober 2016 - Satu daripada tiga rakyat Malaysia bermasalah mentalsebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia baru-baru ini amatmembimbangkan. Apatah lagi apabila stigma negatif masyarakat terhadap masalah kesihatan mentalmenyebabkan pesakit malu untuk mendapatkan rawatan awal di klinik psikiatri.

Setiap tahun, seluruh dunia mengadakan sambutan Hari Kesihatan Mental bagi memberikan kesedarankepada seluruh masyarakat tentang penyakit serta perawatan kesembuhan penyakit mental.Bertemakan 'Psychology First Aid For All', Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) turutmengadakan sambutan Hari Kesihatan Mental 2016.

Menurut Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), Dr. Asrenee Ab Razak, sambutan Hari Kesihatan Mental peringkat Kampus Kesihatan diadakanbertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan masalah kesihatan mental.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

SETIAP INDIVIDU BERISIKO MENGALAMI MASALAHKESIHATAN MENTAL11

OCT

Page 2: 11 · kepada seluruh masyarakat tentang penyakit serta perawatan kesembuhan penyakit mental. Bertemakan 'Psychol ogy First Aid For All', Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

"Setiap daripada kita berisiko mengalami masalah kesihatan mental dan antara tanda-tanda gejalatersebut adalah susah untuk tidur, kemurungan, stress, tidak boleh memberikan tumpuan, perubahantingkah laku sehingga melakukan aktiviti berisiko dan lain-lain lagi yang mungkin tidak disedari bahawaapa yang dialami itu adalah akibat masalah kesihatan mental.

Masyarakat seringkali melabelkan individu yang mengalami masalah berkaitan mental sebagai pesakitmental dalam erti kata lain 'gila' sedangkan hakikatnya masalah kesihatan mental sama sepertimasalah kesihatan lain yang jika dirawat boleh disembuhkan dan perawatan bukan hanya denganmengambil ubat semata-mata," ujar beliau.

Menurut Asreene, di Klinik Psikiatri HUSM, setiap minggu seramai 240 orang yang menghadapimasalah kesihatan mental datang mendapatkan rawatan, kaunseling serta pemulihan dan merekaterdiri daripada pelbagai latar belakang serta 150 pesakit sebulan bagi kategori kanak-kanak termasukbayi berusia seawal dua tahun yang mengalami masalah lambat bercakap, autisme, ponteng sekolahdan sebagainya.

Page 3: 11 · kepada seluruh masyarakat tentang penyakit serta perawatan kesembuhan penyakit mental. Bertemakan 'Psychol ogy First Aid For All', Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

"Selari dengan tema pada tahun ini, HUSM telah menjalankan bengkel latihan 'Bantuan KecemasanPsikologi' sejak tahun 2015 secara bersiri untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam bantuankecemasan psikologi dan dapat membantu menyebarkannya kepada masyarakat agar pandangan,stigma dan imej pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental dapat diperbetulkan.

“Pengetahuan dan kemahiran dalam bantuan kecemasan psikologi adalah sebahagian daripada usahajangka panjang untuk memastikan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental menerimabantuan asas pada peringkat awal lagi," ujar beliau semasa majlis Perasmian Sambutan Hari KesihatanMental peringkat Kampus Kesihatan hari ini.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Mohd Ridzuwan Ramly

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Page 4: 11 · kepada seluruh masyarakat tentang penyakit serta perawatan kesembuhan penyakit mental. Bertemakan 'Psychol ogy First Aid For All', Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015