pengenalan pengajian sukatan bm

2
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang menerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Sementelahan itu, murid mampu menzahirkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis malahan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran berbahasa seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid mengaplikasikan bahasa Melayu secara efektif dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi interaksi sosial, pemerolehan ilmu serta demi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada heterogen gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Sukatan pelajaran memberikan gambaran keseluruhan tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum. Akhirnya, terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, yakni dari tahun satu hingga tahun enam. Tambahan pula, KSSR turut memainkan peranan yang penting di dalam subjek Bahasa Melayu berdasarkan Dokumen Standard Bahasa Melayu. Oleh itu, setiap komponen yang ditekankan haruslah diambil sebagai panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkembangan semasa dalam arus globalisasi yang sangat dinamik, menurut anjakan atau perubahan dalam dunia pendidikan. Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum. Selaras dengan anjakan tersebut, Kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya 2

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 10-Apr-2016

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pebgajian sukatan bm

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Pengajian Sukatan Bm

Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa

Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang

menerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada

semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu

wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas

semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu

menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta dapat

menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Sementelahan itu, murid mampu

menzahirkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping

mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis malahan kreatif. Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran berbahasa

seperti Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis.

Kemahiran bahasa ini membolehkan murid mengaplikasikan bahasa Melayu secara efektif

dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi

interaksi sosial, pemerolehan ilmu serta demi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga

memberikan pertimbangan kepada heterogen gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan

yang berbeza dalam kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di

luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran

berbahasa murid. Sukatan pelajaran memberikan gambaran keseluruhan tentang kurikulum

Bahasa Melayu. Sukatan pelajaran ini mengandungi matlamat, objektif dan organisasi

kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran,

Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum. Akhirnya, terdapat enam dokumen sampingan

yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran

dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, yakni dari

tahun satu hingga tahun enam.

Tambahan pula, KSSR turut memainkan peranan yang penting di dalam subjek

Bahasa Melayu berdasarkan Dokumen Standard Bahasa Melayu. Oleh itu, setiap komponen

yang ditekankan haruslah diambil sebagai panduan untuk proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Perkembangan semasa dalam arus globalisasi yang sangat

dinamik, menurut anjakan atau perubahan dalam dunia pendidikan. Seiringan dengan itu,

Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan

penambahbaikan dalam kurikulum. Selaras dengan anjakan tersebut, Kurikulum Bahasa

Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya

2

Page 2: Pengenalan Pengajian Sukatan Bm

hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard yang dikemukakan ini

mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard ini merupakan

pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni mesti dipelajari dan

dikuasai oleh murid di sekolah jenis kebangsaan. Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa

Malaysia berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Standard ini menjunjung peranan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan negara, dan bahasa ilmu. Standard ini turut

menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal

budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan

bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan

bahasa Melayu. Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berpandukan prinsip

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard ini mengetengahkan pendekatan

berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid

untuk meneroka heterogen bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, membolehkan murid

memperkembangkan keupayaan serta penguasaan kemahiran bahasa dan berkomunikasi

menggunakan bahasa Melayu secara efektif malahan bertatasusila dalam semua urusan

dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, bagi sekolah jenis kebangsaan, penggubalan

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengambil kira proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia yang menggunakan pendekatan bahasa kedua kepada murid untuk

memperoleh kemahiran bahasa yang ditentukan dalam Standard Kurikulum Bahasa

Malaysia. Standard ini juga menekankan kepelbagaian minat dan kecerdasan yang berbeza

dalam kalangan murid. Sejurus itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turut dijadikan

landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkan bakat, memupuk sifat kepimpinan

dan ketokohan murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya

memantapkan penguasaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaan Standard

Kurikulum Bahasa Malaysia.

3