pengenalan kraf

1
Kraf berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Menurut Smith (1986) kraf tangan secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu. Dormer (1997) menyatakan kraftangan dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf tangan merujuk kepada penciptaan sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan terhadap bahan dan sejarah kewujudan kraf tangan dikenal pasti kerana keperluannya dalam kehidupan. Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie- Smith (1981) yang menyatakan bahawa semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata-mata adalah objek kraf tangan. Menurut Slivka et. al (1968) pula, kraf didefinisikan sebagai suatu tindakan pengubahsuaian bahan menurut kehendak pandai tukang yang dapat mengekalkan realiti kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai : Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa kraf tangan merupakan kemahiran menggunakan tangan untuk menghasilkan objek seni yang memerlukan kreativiti.

Upload: mohd-najib-zainal

Post on 06-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Definisi Kraf

TRANSCRIPT

Kraf berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Menurut Smith (1986) kraf tangan secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu.

Dormer (1997) menyatakan kraftangan dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Kraf tangan merujuk kepada penciptaan sesuatu objek yang asli melalui kebolehan artis melakukan perubahan terhadap bahan dan sejarah kewujudan kraf tangan dikenal pasti kerana keperluannya dalam kehidupan. Pengertian ini ada kaitannya dengan pendapat Edward Lucie-Smith (1981) yang menyatakan bahawa semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata-mata adalah objek kraf tangan.

Menurut Slivka et. al (1968) pula, kraf didefinisikan sebagai suatu tindakan pengubahsuaian bahan menurut kehendak pandai tukang yang dapat mengekalkan realiti kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai :

Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.

Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa kraf tangan merupakan kemahiran menggunakan tangan untuk menghasilkan objek seni yang memerlukan kreativiti.