pengenalan komunikasi bertulis.docx

7
[NOR ROZITAAINI BT YAACOB] PENGENALAN Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu sep pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang ak mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supay sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan,ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru,hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahama pembaca atau khalayak dengan lebih baik. akta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunak sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungja!ab. Definisi dan Konsep Komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa "atin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. #aripada pengertian ini jelas menunjukkan b ada perkongsian untuk me!ujudkan satu presefahaman dalam komunikasi.

Upload: nor-rozitaaini-yaacob

Post on 05-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NOR ROZITAAINI BT YAACOB

February 1, 2014[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]

PENGENALAN

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik.Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan.Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik.Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab. Definisi dan Konsep Komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969).Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna.Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.

KOMUNIKASI BERTULIS

Pengacara Majlis

DefinisiPengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.

TujuanUntuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.

Prosedur meneliti dan memeriksa program. mengetahui tujuan majlis diadakan. meneliti senerai kehadiran. mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan

Pengacara Majlis Sebagai nadi sesebuah majlis. Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar dan meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.

Ciri-ciri Pengacara majlis Mempunyai personaliti yang menarik. Suara yang sedap didengar. Mempunyai keyakinan diri. Pandai bermain bahasa dan emosi. Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.

Format Pengacaraan Majlis Memulakan majlis dengan salam. Kata-kata aluan. Menyatakan tujuan majlis diadakan. Mengendalikan atur cara yang ditetapkan. Menentukan kesinambungan aturcara. Teknik Menulis Teks Pengacara majlis

Penyediaan teks mengetahui nama majlis tersebut. mengetahui tujuan majlis dan atur cara. mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu kehormat. merancang teks yang bersesuian dengan majlis.

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG (VIP)PROTOKOL SEKOLAH

Tuan-tuan/puan-puan sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Cheras Jaya Kali ke-12. Bersyukur juga kerana Tuhan telah mengerakkan hati tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir dalam majlis ini.

Pada hari ini kita berada di dalam negara yang aman dan makmur serta membangun dengan pesatnya. Dan nikmat yang kita kecapi pada hari ini bukannya datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar dari pelbagai pihak sama ada kita sedar ataupun tidak. Namun, alhamdulillah kerana kemakmuran dan kejayaan negara hari ini telah kita nikmati bersama. Tuan-tuan/Puan-puan

Hasil kajian para bijak pandai, mendapati pendidikan merupakan perkara yang penting yang mampu mengubah taraf hidup kita. Dengan adanya ilmu pengetahuan kita juga mampu meningkatkan keupayaan ekonomi, politik, sosial dan agama.

Kerajaan juga telah memperuntukkan jumlah yang amat besar dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan. Syukur kepada Tuhan, hari ini keadaan kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia adalah sangat memuaskan dan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, kemudahan pendidikan di sekolah-sekolah kita jauh lebih baik.

Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada kita, namun yang amat menyedihkan ialah pencapaian anak-anak bangsa kita dalam pendidikan yang kurang memuaskan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan, sudah pasti masa depan anak-anak bangsa kita tidak terjamin.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah lebih baik kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.

Masanya belum terlambat untuk kita semua memperbaiki perkara ini. Harapan kita di masa-masa akan datang ialah dapat melihat peratusan belia yang mampu untuk mencapai kecemerlangan. Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa masalah sosial yang melanda para belia kita sudah semakin runcing. Oleh itu, ibubapa mestilah mampu menerokai dunia global yang penuh cabaran ini. Para belia mestilah yakin pada diri sendiri dan mereka mestilah juga menjadi pemandu dan penentu bangsa kerana pemuda pemudi adalah tiang negara. Oleh itu, para belia perlukan pendewasaan sikap dan tingkah laku serta mengamalkan budaya yang sihat agar pemahaman agama dapat membimbing manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan dan kesejahteraan.

Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

Kita merasa jijik dan amat apabila kita melihat di dada-dada dalam akhbar ada ibubapa yang sanggup membuang bayinya di tempat-tempat awam. Kita menganggap bahawa perbuatan mereka itu adalah tidak berperikemanusiaan. Namun, jikalau dibandingkan dengan ibubapa yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah, masyarakat tidak pula menganggap ia adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Walhal perbuatan tidak menghantar ataupun tidak memberi pendidikan kepada anak adalah satu perbuatan yang kejam kerana masa depan anak-anak mereka tidak terjamin. Jika anak-anak tidak ada ilmu pengetahuan bagaimana ia menempuh kehidupan pada masa akan datang yang lebih mencabar.

Kita harus mempersiapkan generasi muda kita dengan berbagai kemahiran hidup dan ilmu pengetahuan agar anak-anak muda ini tidak menyimpang daripada cita-cita perjuangan bangsanya sendiri. Kita juga tidak mahu anak bangsa kita dikatakan anak bangsa yang tidak tahu mengenang budi dan tidak tahu berterima kasih terhadap jasa baik dan pengorbanan yang diberikan oleh ibubapa, masyarakat dan kepimpinan negara.

Generasi muda harus diberikan pendedahan bahawa kemajuan, keamanan dan kemakmuran yang kita warisi hari ini bukan diperolehi dengan cara yang mudah dan bersenang-lenang, tetapi dengan semangat dan perjuangan yang tinggi bagi mempertahankan maruah, bangsa dan negara. Ingatlah, apa juga gaya dan corak kehidupan belia hari ini, adalah melambangkan masa depan negara dan bangsa kita akan datang.

Justeru itu, adalah diharapkan dengan adanya seminar ibubapa, belia dan beliawanis pada hari ini, dapat memberikan kita sedikit sebanyak pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan dalam usaha membangun negara cemerlang. Oleh itu, saya merasmikan majlis ini. Sekian, terima kasih.

KOMUNIKASI BERTULIS

SURAT RASMI DAN TIDAK RASMI Jenisjenis Format Surat Contoh SuratTEKS PENGACARAAN MAJLIS Jenisjenis Pengacaraan Majlis Format Teks Pengacaraan Majlis Contoh Teks Pengacaraan MajlisTEMU BUAL Jenisjenis Temu Bual Format Temu Bual Contoh Temu BualLAPORAN Jenisjenis Laporan Format Laporan Contoh LaporanTEKS UCAPAN Jenisjenis Teks Ucapan Format Teks Ucapan Contoh Teks UcapanPENGUMUMAN Jenisjenis Pengumuman Format Pengumuman Contoh Pengumuman

MEMO Ciriciri Memo Format dan Contoh Memo

MINIT MESYUARAT Jenisjenis Mesyuarat Format Minit Mesyuarat Contoh minit mesyuarat