pengenalan kepada pelaksanaan perolehan hijau kerajaan 2 - ggp... · 2016-11-09 · mencari dan...

42
Pengenalan kepada Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan Khairul Naim Adham, PhD Melaka Green Technology Corporation - 18 September 2014

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

26 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pengenalan kepada Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan

Khairul Naim Adham, PhD

Melaka Green Technology Corporation - 18 September 2014

2

Kandungan Pembentangan

• Pengenalan

• Hala tuju dan inisiatif Kerajaan

• Kerangka institusi dan perundangan

• Garis Panduan GGP

• Kaedah melaksanakan GGP

• Kaedah verifikasi

• Kesimpulan

3

Apakah Kesan Perubahan Iklim?

Prediction of global warming

by earth simulator

Yamamoto, R. (2006).

Avoiding Dangerous Climate

Change. In Yamamoto, R.

(ed.), Climate change +2.

Japan: Diamond Co.

2016 (+1.5oC) Trigger the melting of Greenland ice

sheet

2028 (+2oC) 1-2.8 billion peoples would suffer from

water shortage

2052 (+3oC) Collapse of climate such as un-

stabilization of West Antarctic nice sheet

2070 (+4oC) Collapse of Australian Agriculture

4

Perubahan Iklim: Realiti atau Fantasi?

1928

2004

5

Perubahan Iklim: Realiti atau Fantasi?

1999

2004

6

Degradasi alam sekitar?

7

Kualiti Alam Sekitar Merosot?

• Bilangan sungai bersih berkurangan daripada 334 kepada 306

• Bilangan sungai tercemar bertambah daripada 48 kepada 54

• Bilangan hari dengan kualiti udara yang baik berkurangan

daripada 59% kepada 56%

(Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 2009)

8

Apakah Punca Degradasi Alam Sekitar?

• Penyebab utama kepada penyusutan kualiti alam sekitar

global ialah akibat amalan penggunaan dan pengeluaran tidak lestari (unsustainable consumption and production)

(Agenda 21, Sidang Kemuncak Bumi Rio, 1992).

• 60% ekosistem musnah atau tidak digunakan secara lestari

(UNEP, 2011)

• Jika pola penggunaan berterusan, manusia memerlukan 3-5

bumi tambahan untuk menampung kehidupan (WWF, 2008)

9

Apakah Penyelesaiannya?

• Menggalakkan polisi perolehan Kerajaan yang dapat

merangsang pembangunan dan penyebaran produk dan perkhidmatan mesra alam (Pelan Tindakan Sidang Kemuncak

Bumi mengenai Pembangunan Lestari, 2002).

10

Apakah GGP?

• Pendekatan pihak berkuasa awam yang mengintegrasikan

kriteria alam sekitar dalam setiap peringkat pemerolehan

yang dapat menggalakkan penyebaran teknologi alam sekitar dan pembangunan produk mesra alam dengan

mencari dan memilih hasil dan penyelesaian yang dapat

mengurangkan impak alam sekitar di sepanjang kitaran

hayatnya (EU, 2005; Bouwer et al., 2005)

• Pemerolehan produk, perkhidmatan dan kerja yang

mengambil kira kriteria dan standard alam sekitar untuk

memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi serta

meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia (KeTTHA, 2012)

11

Apakah GGP? (samb.)

• GGP juga dikenali dengan nama perolehan awam hijau

(green public procurement; GPP); perolehan awam alam

sekitar (environmental public procurement); pembelian mengutamakan alam sekitar (environmental preferable

purchasing; EPP); dan perolehan tanggungjawab alam sekitar

(environmentally responsible public purchasing) (Alhola, 2008;

Bouwer et al., 2005; Coggburn & Rahm, 2005; CEC, 2008; EC,

2004; Li & Geiser, 2001; Marron, 2003; PWC et al., 2009; Qiao &

Wang, 2010; UNEP, 2011; USEPA, 2009)

12

Mengapa GGP Penting?

• Kerajaan mempunyai kuasa beli yang besar (12-15% daripada

KDNK; 17% bajet operasi tahunan)

• Kuasa beli Kerajaan berupaya merangsang permintaan

produk, perkhidmatan dan kerja hijau dengan harga yang

lebih kompetitif

• Kerajaan menjadi contoh ikutan kepada masyarakat untuk

menggunakan aplikasi mesra alam dan membudayakan

amalan hijau

13

Apakah Faedah GGP? (Berasaskan

Pengalaman Negara Luar)

• Mengurangkan pengeluaran CO2 - pengurangan sebanyak

25% CO2 apabila GGP dilaksanakan di negara Austria,

Denmark, Finland, Jerman, Netherlands dan United Kingdom

• Menyebabkan peningkatan kos langsung tetapi menurunkan

kos keseluruhan sektor awam sekitar 1% - pembelian produk

mesra alam pada harga yang lebih tinggi diimbuh dengan kos operasi yang rendah

(PWC et al., 2009)

14

Negara yang telah Melaksanakan GGP?

JAPAN Green

Purchasing Law (214 products)

California Environmentally Preferable Purchasing

EUROPE Green Public

Procurement (27 countries)

City of San Jose Environmentally

Preferable Procurement

Policy

County of Sacramento

Environmental Purchasing

Policy

Nevada County Green

Procurement and Sustainable

Practices Policy

Executive Order 1301

KOREA Green Procurement

Policy

INDIA Green Government Procurement

CHINA Government

Green Procurement

THAILAND Green Public

Procurement

NEW ZEALAND Green Public Procurement

15

Apakah Produk, Perkhidmatan dan Kerja

Hijau?

• Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;

• Mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (green house

gas; GHG) yang rendah atau sifar;

• Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran

sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;

• Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

• Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

(KeTTHA, 2010)

16

Apakah Produk, Perkhidmatan dan Kerja

Hijau? (samb.)

• Peralatan elektrik cekap tenaga

• Kertas kitar semula

• Perabot pejabat yang diperbuat daripada bahan yang

dihasilkan secara lestari

• Perkhidmatan penyelenggaraan mesra alam

• Perkhidmatan hotel mesra alam

• Perkhidmatan rekaan dan pembinaan bangunan hijau

(UNEP, 2011)

17

Apakah Produk, Perkhidmatan dan Kerja

yang Berpotensi untuk GGP?

18

Apakah Produk, Perkhidmatan dan Kerja

yang Berpotensi untuk GGP? (samb.)

19

Apakah Isu dan Cabaran Utama dalam

Melaksanakan GGP?

• Persepsi bahawa produk dan perkhidmatan mesra alam

adalah mahal

• Kekurangan kemahiran dan sumber untuk melaksanakan

GGP

• Kesediaadaan (availability) produk dan perkhidmatan mesra alam tempatan dalam pasaran

20

Apakah Jangkaan Faedah GGP kepada

Malaysia?

• Menjimatkan kewangan jangka panjang

• Meningkatkan kualiti alam sekitar

• Meningkatkan kesihatan

• Menggalakkan inovasi tempatan

• Mengukuhkan ekonomi domestik

• Meningkat imej sektor awam

• Meningkatkan legitimasi

• Membangunkan polisi yang koheren

21

GGP: Hala Tuju & Inisiatif Malaysia

• Agenda GGP telah diintegrasikan dalam RMK10, NEM, ETP,

Bajet Kerajaan Persekutuan 2010 serta polisi sektoral seperti

Dasar Teknologi Hijau Negara, Dasar Perubahan Iklim, dan

Dasar dan Pelan Tindakan Tenaga Diperbaharui Negara

22

GGP: Hala Tuju & Inisiatif Malaysia

(samb.)

• RMK10 - Produk dan perkhidmatan mesra alam sebagai

pilihan utama dalam perolehan Kerajaan

• Bajet 2010 - Keutamaan kepada produk dan perkhidmatan

mesra alam dalam perolehan Kerajaan

• ETP: 50% daripada produk dan perkhidmatan yang dibeli oleh

Kerajaan mempunyai pensijilan label eko pada tahun 2020

• NEM: Proses perolehan yang lebih cekap untuk menangani

isu-isu daya maju ekonomi dan sosial jangka panjang, impak

alam sekitar dan risiko luar jangka residu yang mungkin ditanggung oleh Kerajaan

23

GGP: Hala Tuju & Inisiatif Malaysia

(samb.)

Kerangka Polisi SCP

BLUEPRINT SCP KEBANGSAAN/INPUT SCP RMK-11

Koordinasi Berkesan

Industri Pengguna

Menangani Perubahan Pola dan Tingkahlaku

Sektor Utama

Pusat Tumpuan

(Focal Point) (EPU)

Memeta Situasi

Semasa

Indikator dan

Pemantauan

Rangkaian dan

Sinergi

Komunikasi,

Pendidikan dan

Kesedaran Awam

(CEPA)

Sumber Lestari

Pengeluaran-Operasi

Lestari

Pengedaran Lestari

Produk dan

Perkhidmatan Lestari

Pengurusan Sisa

Lestari

Perolehan Hijau

Kerajaan (GGP)

Bangunan Lestari

Makanan Lestari

Pengangkutan Lestari

Pelancongan Lestari

Me

ng

uk

uh

ka

n K

era

ng

ka

Po

lisi

Pembelian,

Penggunaan,

Pelupusan Lestari

Gaya Hidup Lestari

Penskalaan amalan lestari untuk mendapatkan faedah SCP dalam skala yang besar

• GGP merupakan komponen penting dalam projek

‘EU-EPU SCP Policy Support for Malaysia’

24

Pelan Jangka Pendek GGP Malaysia

• Pelan pelaksanaan GGP secara berperingkat dan sistematik

• Tempoh 18 bulan (Jul. 2013 - Dis. 2014)

25

Aktiviti Pelan Jangka Pendek GGP

Malaysia

Membangunkan

aplikasi LCC

Melaksanakan

inisiatif yang

menyokong GGP

Mengkaji semula undang-undang dan peraturan perolehan Kerajaan

Melaksanakan kempen komunikasi

Melaksanakan bina upaya

Mengenal pasti

kumpulan produk

dan perkhidmatan

Melaksanakan pemantauan dan penilaian

Menyediakan pelan jangka panjang GGP 2015-2025

26

Objektif Pelan Jangka Pendek GGP

Malaysia

• Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua (2) kumpulan

produk dan memulakan pelaksanaan perintis GGP bagi

kumpulan produk yang telah dikenal pasti.

• Memperkukuhkan penggunaan kos kitaran hayat (LCC) dan melaksanakannya secara sistematik.

• Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua (2) inisiatif untuk

menyokong GGP dalam fasa perintis.

• Mengkaji semula udang-undang dan peraturan perolehan

kerajaan semasa dan mengenal pasti halangan bagi melaksanakan GGP.

27

Objektif Pelan Jangka Pendek GGP

Malaysia (samb.)

• Memulakan pembinaan kapasiti GGP bagi menjamin

kejayaan fasa perintis dan membangunkan asas bagi

pelaksanaan GGP jangka panjang.

• Melaksanakan kempen komunikasi untuk memaklumkan pegawai perolehan dan pembekal kerajaan mengenai

pelaksanaan GGP.

• Memantau dan menilai usaha fasa perintis dan

membangunkan mekanisme penilaian jangka panjang yang

berkesan.

• Menyediakan pelan tindakan jangka panjang GGP

berdasarkan kepada pengalaman fasa perintis.

28

Kerangka Institusi GGP

Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim

Kumpulan

Kerja

Kumpulan

Produk

Jawatankuasa Pemandu

Jawatankuasa Kerja

Kumpulan

Kerja

LCC

Kumpulan

Kerja

Perundangan/

Peraturan

Kumpulan

Kerja

Pemantauan

dan Penilaian

Kumpulan

Kerja

Bina Upaya/

Komunikasi

Pasukan Petugas GGP

29

Kerangka Perundangan GGP - Surat

Pekeliling Perbendaharaan 2/2014

• Memaklumkan pelaksanaan projek perintis GGP

• Menggalakkan pelaksanaan inisiatif hijau secara proaktif

seperti menggunakan tenaga dan sumber secara lebih

efisien, LCC dan VM

30

Projek Perintis GGP

• Tujuan – langkah pertama untuk memberi pengalaman

dan pengetahuan ke arah melaksanakan GGP

• Melibatkan lima agensi:

- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

- Kementerian Pendidikan

- Kementerian Dalam Negeri

- Kementerian Kesihatan

- Unit Perancang Ekonomi

31

Garis Panduan GGP

• Menyediakan maklumat yang perlu mengenai kaedah melaksanakan GGP

32

Bagaimana Melaksanakan GGP?

• Pengurusan Keperluan

• Perkara/subjek

• Spesifikasi teknikal/skop

• Sistem pemarkahan penilaian

• Terma kontrak

• Keperluan keupayaan teknikal dan profesional

• ... dan sebagainya

33

Pengurusan Keperluan

• Mengelakkan perolehan produk dan perkhidmatan yang

tidak perlu

• Prinsip perbelanjaan berhemah - PP 2/2014, SAP bertarikh 17

Disember 2009, SAP bertarikh 15 Julai 2009, PP Bil. 2 Tahun

2009, SPP Bil. 1 Tahun 2008, PP Bil. 7 Tahun 2008, PP Bil. 9 Tahun

2008 dan SAP bertarikh 24 April 2008

• Mengurangkan perolehan dengan menilai semula keperluan

• Menggantikan produk dan perkhidmatan konvensional dengan produk dan perkhidmatan hijau

34

Pengurusan Keperluan (samb.)

35

Perkara/Subjek

• Menyatakan dengan jelas keinginan/hasrat untuk

memperoleh produk dan perkhidmatan hijau dalam tajuk

perolehan (seperti perolehan peralatan ICT hijau atau perkhidmatan pembersihan hijau dan sebagainya)

• Tidak boleh menjurus

• Kriteria alam sekitar diperincikan dalam spesifikasi teknikal dan

pemarkahan penilaian

36

Spesifikasi Teknikal/Skop

• Kriteria alam sekitar diintegrasikan dalam spesifikasi

teknikal/skop

• Contoh kriteria alam sekitar diberikan dalam Garis Panduan GGP

37

Contoh Kriteria Perkhidmatan

Pembersihan

• Menggunakan bahan pencuci biodegradasi (produk yang

mempunyai label MyHIJAU Mark akan diberi keutamaan)

• Tidak menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin

• Menggunakan haruman semula jadi (serai wangi, pandan)

• Memastikan penggunaan bahan pencuci mengikut dos yang

disyorkan

• Menggunakan tisu dan plastik sampah yang mengandungi

bahan kitar semula

• Menyediakan tong sampah mengikut jenis sampah

38

Contoh Kriteria Peralatan ICT

• Menggunakan model cekap tenaga (Energy Star 5.2)

• Bahan berbahaya yang terhad (EPEAT Platinum)

• Menggunakan bahan pembungkusan mesra alam

39

Contoh Kriteria Kertas

• Mengandungi kandungan kitar semula

• Menggunakan bahan yang dikeluarkan secara lestari

• Sekurang-kurangnya Elementary Chlorine Free (ECF) atau

Totally Chlorine Free (TCF)

40

Kaedah Verifikasi

• Dokumen bagi membuktikan pematuhan spesifikasi

teknikal/skop

• Kaedah

- Pensijilan

- Pelabelan

- Chemical Safety Data Sheets (CSDS)

- Laporan ujian (contoh ‘biodegradation and eco-toxicity test

reports’)

- Laporan makmal (contoh ‘3rd party lab test reports’)

- Deklarasi penender

- ... dan sebagainya.

• Contoh dokumen untuk verifikasi diberikan dalam Garis

Panduan GGP

41

Kesimpulan

• GGP berpotensi untuk memberi manfaat ekonomi, sosial dan

alam sekitar

• Terdapat pelbagai inisiatif yang menyokong pelaksanaan GGP – menyediakan persekitaran yang kondusif untuk

pembangunan GGP di Malaysia

• GGP sebagai instrumen untuk merealisasikan agenda pertumbuhan hijau Malaysia

Terima Kasih