pengenalan kepada pejabat parlimen petaling jaya filekawasan pilihanraya parlimen petaling jaya...

11
1

Upload: phungnhu

Post on 08-Jul-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

1

Page 2: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

2

Page 3: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

1

PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA

Kawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing,

Taman Medan dan Seri Setia, setiap daripadanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sebanyak

300,000 penduduk yang tinggal di kawasan Parlimen P105.

Slogan pejabat YB Maria iaitu ‘Martabat untuk Semua’ melambangkan usaha yang berterusan untuk

membawa perubahan secara inklusif untuk semua masyarakat Malaysia. Visi dan matlamat ini

adalah selari dengan manifesto YB Maria dan juga Pakatan Harapan semasa GE14 iaitu untuk

memastikan setiap orang mempunyai kehidupan yang lebih adil dan selesa.

Matlamat Pejabat ini adalah untuk:

• Meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti dan langkah yang perlu diambil untuk gaya

hidup yang lebih sihat.

• Memastikan pembangunan secara inklusif dan adil untuk semua terutamanya mereka

yang terpinggir. Ini termasuk dari segi pembangunan perumahan awam dan sistem

pengangkutan bagi memastikan akses untuk semua.

• Memberdayakan wanita dan belia melalui pendidikan, penglibatan dan aktiviti

pemerkasaan.

• Memperkenalkan satu eko-sistem yang sistematik dan mampan untuk meningkatkan

kualiti kehidupan untuk semua.

• Meningkatkan kesedaran dan penyertaan rakyat, berpandukan prinsip-prinsip

demokrasi.

Pejabat YB Maria terdiri daripada:

Pusat Khidmat Rakyat

Pejabat ini bukan sahaja beroperasi sebagai sebuah pusat khidmat tetapi merupakan sesuatu tempat di mana penduduk dapat mendapatkan maklumat dan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan pusat dan juga negeri Selangor yang sedia ada.

Pejabat Bergerak

Pejabat Bergerak ini dijalankan sekali setiap bulan. Objektifnya adalah untuk mengeratkan lagi

perhubungan di antara pegawai pejabat dengan komuniti-komuniti dan penduduk-penduduk di

Petaling Jaya. Ini adalah penting terutamnya kepada penduduk-penduduk yang tidak mempunyai

permasalahan untuk datang ke pejabat yang bertempat di No 18, Jalan Changgai 6/22, Petaling Jaya.

Inisiatif #P105

Inisiatif ini juga turut dijalankan bersama dengan sukarelawan-sukarelawan P105. Inisiatif ini

terbahagi kepada 7 komponen ataupun workstream iaitu: Kesihatan, Alam Sekitar, Belia, Wanita,

Pendidikan Demokrasi, Perumahan, dan Pengangkutan.

Inisiatif ini bertujuaan menjalankan program-program dan melaksanakan inisiatif-inisiatif di sekitar

Petaling Jaya yang akan membawa kepada perubahan secara menyeluruh untuk semua Rakyat. Pada

masa ini, pejabat ini mempunyai lebih daripada 100 sukarelawan.

Page 4: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

2

STAF DAN SUKARELAWAN PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA

Pejabat ini mempunyai 6 orang staf sepenuh masa dan lebih daripada 100 orang

sukarelawan yang sedia menolong menjayakan program-program dan inisiatif pejabat ini di

sekitar Petaling Jaya.

Page 5: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

3

AKTIVITI PARLIMEN

Aktiviti saya di parlimen tertumpu terhadap pertanyaan kepada kementerian

dan perbahasan rang undang-undang. Isu yang dibangkitkan adalah selaras

dengan tumpuan terhadap hak asasi dan reformasi institusi.

Isu hak asasi seperti cara tahanan preventif (“preventive detention”) di bawah

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta

Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015

(POTA) sering dibangkitkan. Hal ini kerana akta tersebut adalah zalim dan

wajar dimansuhkan. Namun, kerajaan mengambil pendirian bahawa akta

tersebut masih diperlukan. Walau bagaimanapun, kerajaan akur bahawa

pindaan wajar dilakukan supaya hak asasi tahanan terpelihara.

Saya turut menumpukan usaha untuk membangkitkan isu kesaksamaan

gender. Pertanyaan saya di parlimen telah mendorong kerajaan untuk

merangka rang undang-undang Kesaksamaan Gender, Gangguan Seksual

dan mencetuskan perbincangan mengenai rogol dalam perkahwinan (“marital

rape”).

Sepanjang sesi penggal pertama, saya telah mengambil bahagian dalam

perbahasan GST, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan

juga Belanjawan 2019. Perbahasan saya telah menyentuh isu kemiskinan

bandar, keperluan untuk melaksanakan sistem cukai progresif dan keperluan

untuk meningkatkan peruntukan kesihatan kepada 7% Keluaran Dalam

Negara Kasar (KDNK).

5 5

2

5

2

1 1 1

2

1

2

1 1

5

ISU-ISU DIBANGKITKAN DI PARLIMEN

Page 6: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

4

PERKHIDMATAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT PETALING JAYA

Pejabat Parlimen telah menerima sebanyak 156 kes dari 10 Mei – 18

Disember 2018. Pecahan kes yang diterima adalah seperti berikut:

Page 7: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

5

INISIATIF #105PJ

Berikut merupakan program-program yang dijalankan oleh kumpulan-kumpulan

sukarelawan di bawah pejabat ini di bawah inisiatif #105PJ dari July – Disember

2018.

1. Demokrasi

Tujuan kumpulan sukarelawan Demokrasi

adalah untuk meningkatkan kesedaran dan

penyertaan rakyat, berpandukan prinsip-

prinsip demokrasi. Kumpulan ini telah berjaya

menjalankan 5 kursus latihan

kewarganegaraan untuk penduduk -

penduduk PJ dimana mereka diberi

penjelasan tentang tanggungjawab dan hak

Rakyat, serta tugas-tugas wakil rakyat, pihak berkuasa tempatan, ADUN, dan Ahli

Parlimen.

2. Alam Sekitar

Kumpulan Alam Sekitar pula menumpukan

perhatian kepada aspek keselematan makanan

(food security). Pada setiap Jumaat, kumpulan

ini mengendalikan satu bank makanan di PPR

Lembah Subang 1, untuk 100 orang penduduk

Golongan B40 yang paling memerlukannya.

Penduduk menerima makanan berkhasiat

seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta

keperluan asas seperti beras dan telur.

3. Kesihatan

Selari dengan usaha kami untuk meningkatkan

kesedaran tentang kepentingan mengamalkan

gaya hidup yang sihat, Program 50 Keluarga

Sihat telah dilancarkan oleh Kumpulan

Sukarelawan Kesihatan. Program ini

membimbing keluarga-keluarga dari Taman

Medan Cahaya untuk mengubah gaya hidup

mereka. Ini termasuk menjalankan aktiviti fizikal

dan mengamalkan cara makanan dan diet yang sihat.

Page 8: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

6

4. Perumahan

Fokus Kumpulan ini adalah untuk menjadikan

perumahan awam selasa untuk didiami oleh golongan

miskin bandar. Kami telah menjalankan Program

Masyarakat Penyayang Pemberdayaan di mana para

penduduk kawasan perumahan dan strata diberi

pengetahuan tentang kewajipan pelbagai pihak dalam

menjaga bangunan mereka dan membangunkan

komuniti secara sihat dan aktif. Selepas menghadiri

ceramah, para hadirin akan diberikan tugas untuk

menganjurkan satu program untuk komuniti di

kawasan perumahan mereka.

5. Pengangkutan

Adalah matlamat pejabat ini untuk menyumbang

kepada sebuah system pengangkutan yang inklusif

dan mudah diakses oleh semua. Bagi

menambahbaikkan sistem pengangkutan awam di PJ,

Kumpulan Sukarelawan Pengangkutan telah

membentangkan cadangan-cadangan mereka untuk

mengubah sistem laluan Bus Percuma kepada Majlis

Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

6. Wanita

Kumpulan Sukarelawan Wanita telah memberi

tumpuan kepada pemerkasaan wanita melalui

pendidikan, penglibatan dan aktiviti pemerkasaan.

Program pemerkasaan wanita dijalankan dengan

adanya beberapa sesi dialog dengan para wanita di

komuniti-komuniti tertentu di sekitar PJ. Kumpulan ini

seterusnya menganjurkan beberapa ceramah setelah

mengenalpasti isu-isu yang dihadapai oleh wanita di sini.

7. Belia

Pemerkasaan golongan belia turut menjadi misi

pejabat ini. Tahun ini, Kumpulan Sukarelawan Belia

telah menjalankan pelbagai aktiviti pendedahan untuk

golongan remaja yang bersekolah. Lawatan dan

bengkel ke Parlimen, Kem Bola Sepak, dan lawatan ke

Festival Seni berjaya mendedahkan para pelajar

terutamanya dari golongan B40 kepada pengalaman-

pengalaman yang baru.

Page 9: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

7

PROGRAM KOMUNITI

Pejabat Parlimen Petaling Jaya sangat bekerja

rapat dengan komuniti di Petaling Jaya, dari segi

menganjurkan program, memberi sumbangan,

menyokong dan menghadiri program yang

dianjurkan oleh komuniti sendiri.

Kami menyambut kepelbagaian yang

mencorakkan negara Malaysia dan konstituensi

kami dengan meraikan semua perayaan,

biasanya dengan menganjurkan rumah terbuka

dengan kerjasama Ahli-Ahli Dewan Undangan

Negeri dan juga Ahli-ahli Majlis MBPJ. Kami

turut meraikan perayaan-perayaan tersebut

bersama komuniti, Pejabat kami juga

mengambil peluang untuk menghadiri kenduri yang dianjurkan komuniti. Pihak

kami juga berbesar hati menerima jemputan seperti upacara-upacara

pernikahan, perkahwinan dan meraikan kelahiran anak.

Selain perayaan, kami juga menyokong

inisiatif tempatan untuk

menambahbaikkan kehidupan

penduduk-penduduk, meningkatkan

kerjasama dan keharmonian, serta

membangunkan perasaan semangat

berkomuniti7. Ini termasuklah acara

gotong-royong, hari sukan dan maraton, program untuk golongan istimewa,

serta acara-acara komuniti yang dikendalikan oleh Persatuan Penduduk dan

Rukun Tetangga. Kami sentiasa berusaha untuk mencapai dan memastikan

bahawa Pejabat Parlimen PJ bersifat inklusif dan adil dalam menyokong

program-program untuk komuniti.

Page 10: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

8

Page 11: PENGENALAN KEPADA PEJABAT PARLIMEN PETALING JAYA fileKawasan Pilihanraya Parlimen Petaling Jaya meliputi tiga dewan undangan negeri iaitu Bukit Gasing, Taman Medan dan Seri Setia,

9

PECAHAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN

Berikut adalah pecahan perbelanjaan Pejabat Ahli Parlimen Petaling Jaya bagi

tahun ini, iaitu dari 11 Jun – 15 Disember 2018.

RINGKASAN PERMOHONAN TAHUNAN 2018

BIL DANA PERUNTUKAN

(RM)

BIL PROJEK LULUS/BANTUAN

DIBERIKAN

DILULUSKAN (RM)

BAKI (RM)

1 SUMBANGAN/GERAN KEPADA PERSATUAN (OG)

200,000.00 36 199,540.00 460.00

2 PROJEK PEMBANGUNAN (FIZIKAL DAN PEMBEKALAN)

200,000.00 10 119,500.00 80,500.00*

3 BANTUAN KEBAJIKAN DAN BENCANA

200,000.00 76 58,636.95 141,363.05**

4 BELANJA MENGURUS (FASA 2)***

400,000.00 58 397,430.00 2,570.00

* Baki projek pembangunan disebabkan:

(i) Terdapat permohonan yang ditolak oleh Pejabat Daerah Petaling kerana projek tersebut

tidak dapat diselesaikan pada tahun 2018, iaitu tempoh yang ditetapkan dalam garis

panduan.

(ii) Tempoh masa bagi permohonan diluluskan adalah terlalu lama iaitu selama enam

minggu. Tarikh akhir yang diberikan bagi permohonan juga sering berubah.

** Jumlah bantuan yang diberikan sehingga tarikh 15 Nov. Baki peruntukan bagi bantuan kebajikan

dan bencana boleh dibawa ke tahun hadapan.

*** Belanja mengurus bagi Fasa 2 merujuk kepada peruntukan tambahan yang diberikan oleh Unit

Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, pada awal bulan Oktober 2018.

Peruntukan ini adalah untuk projek pembangunan (fizikal dan pembekalan) dan juga bantuan

kebajikan dan bencana.