k a n d u n g a n - parlimen.gov.my · “ setiausaha parlimen kementerian pengangkutan, tuan ir....

124
K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2002 (Halaman 14) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 (Halaman 33) Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002 (Halaman 70) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2002 Jawatankuasa:- Maksud P.41 (Halaman 14) Maksud P.45 (Halaman 31) Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-Undang di Bawah Peraturan Mesyuarat 62 (Halaman 13) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan (Halaman 13) Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 90 (Halaman 14) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 16(3) (Halaman 109) USUL MENTERI LUAR NEGERI (Halaman 97) USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Kastam 1967 (i) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2001 (ST. 59); (ii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2001 (ST. 60); (iii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2001 (ST. 61); (iv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2001 (ST. 62); (v) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.4) 2001 (ST. 63); (vi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.5) 2001(ST. 64);

Upload: others

Post on 17-Sep-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2002 (Halaman 14) Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 (Halaman 33) Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002 (Halaman 70)

USUL-USUL: Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2002

Jawatankuasa:- Maksud P.41 (Halaman 14) Maksud P.45 (Halaman 31)

Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-Undang di Bawah Peraturan Mesyuarat 62 (Halaman 13) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat dan Penangguhan (Halaman 13) Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 90 (Halaman 14) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah Peraturan Mesyuarat 16(3) (Halaman 109) USUL MENTERI LUAR NEGERI (Halaman 97)

USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Kastam 1967

(i) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2001 (ST. 59);

(ii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2001 (ST. 60);

(iii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2001 (ST. 61);

(iv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2001 (ST. 62);

(v) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.4) 2001 (ST. 63);

(vi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.5) 2001(ST. 64);

DR.27.6.2002 2

(Samb.) KANDUNGAN

(vii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang

Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.2) 2001(ST. 65);

(viii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.6) 2001(ST. 66);

(ix) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.3) 2001 (ST. 67);

(x) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.7) 2001(ST. 68);

(xi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.8) 2001(ST. 69);

(xii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) No.4) 2001(ST. 70);

(xiii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 9) 2001 (ST. 71);

(xiv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.10) 2001(ST. 73);

(xv) Perintah Kastam Duti Anti Lambakan Sementara 2002 (ST. 74);

(xvi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2002 (ST. 75);

(xvii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2002 (ST. 77);

(xviii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2002 (ST. 78);

(xix) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 3) 2002 (ST. 79);

(xx) Perintah Kastam (Duti Lambakan)(Perlanjutan Tempoh) 2002 (ST.82) (Halaman 100)

Akta Cukai Jualan 1972

(i) Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai)(Pindaan) 2002(ST.76) (Halaman 108)

Akta Eksais 1976

(i) Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2001(ST.72) (Halaman 109)

UCAPAN PENANGGUHAN: Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang − Y.B. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) (Halaman 110) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

DR.27.6.2002 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

“ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)

“ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

“ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas)

“ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

“ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

“ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

“ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

“ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

“ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

“ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S. (Bakri)

" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

" Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

“ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

“ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

“ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

“ Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

DR.27.6.2002 ii

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

“ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu)

“ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, SIMP., PGBK., DPMS., JSM., JBS., KMN., PPB. (Kuala Rajang)

“ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

“ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

“ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

“ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa)

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

" Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)

“ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

“ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

“ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

“ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

“ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

DR.27.6.2002 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

“ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

“ Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin P.I.S. (Johor Bahru)

“ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

“ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

“ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub)

“ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)

" Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

DR.27.6.2002 iv

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab)

" Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

“ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

" Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

“ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang)

“ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N.(Sungai Benut)

“ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)

“ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)

“ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)

“ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan)

“ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

“ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

“ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

“ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

“ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut)

“ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

“ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)

“ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

“ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

“ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat)

“ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

“ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

“ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)

“ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

“ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

“ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

“ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

DR.27.6.2002 v Yang Berhormat Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S.,

S.S.A.P. (Merbok)

“ Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

" Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

" Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

" Dato Goh Siow Huat (Rasah)

“ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

“ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

“ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

“ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar)

“ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)

“ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

“ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

“ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

“ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

“ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin)

“ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

“ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

“ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

“ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

“ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

“ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

“ Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

“ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat)

“ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

“ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

“ Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

“ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

“ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

“ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

" Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

" Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

" Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

" Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

" Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

“ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

“ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

“ Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

“ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

DR.27.6.2002 vi

Yang Berhormat Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

“ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

“ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

“ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

“ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

“ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

“ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud)

“ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

“ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

“ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau)

“ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

“ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

“ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

“ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

“ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun)

“ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

“ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

“ Tuan Ng Lip Yong (Batu)

“ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

“ Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

“ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

" Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

" Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

" Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

“ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

“ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

“ Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu)

“ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

“ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

“ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

“ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang)

“ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

“ Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

“ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

" Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

“ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

DR.27.6.2002 vii

Yang Berhormat Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

“ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

“ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

“ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

“ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

“ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

“ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

“ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

“ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)

“ Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

“ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

" Dato’ Tiong Thai King, (Lanang)

" Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar)

" Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

" Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

" Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

“ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

“ Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya)

“ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

“ Dato' Seri Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak)

“ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

“ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N.

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia

“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

DR.27.6.2002 viii

Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N.

" Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N.

" Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

DR.27.6.2002 ix

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha

Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha

Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah Intan binti Haji Bohari Syed Azuddin bin Syed Othman Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed Hajah Paizah binti Haji Salehuddin BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Alias bin Mohd. Nor

DR.27.6.2002 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, 27 Jun 2002

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) Adakah kajian dibuat untuk memperkuat pembangunan industri Malaysia seperti di Korea Selatan memandangkan industrinya berjaya membantu “negara tersebut” keluar daripada kegawatan ekonomi; dan

(b) adakah benar industri di Malaysia belum cukup diversified.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, sedikit pembetulan. Dalam perenggan (a), “…industrinya berjaya membantu negara tersebut” Masukkan perkataan ‘negara tersebut’. “…keluar daripada kegawatan ekonomi”

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Kerk Choo Ting]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada kajian khusus yang dibuat untuk memperkukuh lagi pembangunan industri Malaysia seperti di Korea Selatan. Sungguhpun pengalaman negara tersebut dan lain-lain negara yang relevan ada diambil kira. Pembangunan industri secara amnya adalah berlandaskan kepada dasar dan strategi di bawah Pelan Induk Pembangunan Kedua, tahun1996 hingga tahun 2005.

Di samping itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memantau dari semasa ke semasa prestasi industri dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani masalah yang dihadapi oleh industri, bagi mengekalkan daya saing negara. Di antara langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan daya saing sektor perkilangan negara ini termasuklah:-

(i) menubuhkan National Committee on Business Competitiveness (NCBC) dengan izin, untuk mengenalpasti, mengkaji dan mengemukakan cadangan ke atas dasar dan program daya saing yang dijalankan oleh pihak awam dan swasta;

(ii) menggalakkan projek-projek yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, berintensifkan modal, berteknologi tinggi serta mempunyai rantaian dengan industri-industri lain;

(iii) menggalakkan syarikat-syarikat perkilangan baru dan yang sedia ada untuk mengembangkan aktiviti mereka kepada operasi-operasi yang mempunyai nilai tambah tinggi seperti R&D, reka bentuk, pemasaran dan pengedaran.

Tuan Yang di-Pertua, sektor perkilangan di Malaysia sememangnya sudah dipelbagaikan atau diversified, dengan izin. Di samping industri elektronik dan

DR.27.6.2002 2

elektrikal (E&E) yang merupakan penyumbang utama kepada eksport negara sebelum ini, industri-industri baru yang lain juga mempunyai potensi untuk turut menyumbang kepada jumlah eksport negara. Bahkan dalam sektor elektronik itu sendiri, telah berlaku kepelbagaian aktiviti dan sektor kecil yang luas.

Jumlah eksport industri elektronik dan elektrikal pada tahun 2001 ialah sebanyak RM189.4 bilion berbanding dengan tahun 2000 dengan jumlah RM219.5 bilion. Sektor-sektor baru yang lain, yang telah muncul dengan menyumbang kepada prestasi eksport negara ialah seperti sektor kimia dan produk kimia iaitu lebih kurang RM14.4 bilion pada tahun 2001 dan RM14.2 bilion pada tahun 2000, cecair gas asli sebanyak RM12.7 bilion pada tahun 2001 dan RM12.9 bilion pada tahun 2000 dan kelapa sawit, tahun 2001, keluarannya ialah RM11.7 bilion dan pada tahun 2000 ialah RM11.6 bilion.

Rancangan Jangka Panjang Ketiga dan juga Rancangan Malaysia Kelapan, juga telah mengenal pasti industri-industri tersebut sebagai industri yang berpotensi untuk dimajukan. Selain daripada itu, industri elektronik dan elektrikal misalnya, telah mengalami kepelbagaian dan perubahan struktur di mana jika dahulunya, jumlah besar keluaran industri ini lebih kurang 75% ialah tertumpu kepada keluaran elektronik pengguna atau dengan izin, consumer electronic.

Kini, keluaran elektronik industri atau dengan izin, industrial electronic telah menunjukkan peningkatan. Industri elektronik dan elektrik di negara jelas telah berkembang ke arah bidang-bidang pertumbuhan baru berdasarkan teknologi terkini seperti wireless technology, flat panel display dan auto-electronics. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan syabas, terima kasih dan tahniah kepada kementerian, jawapan tadi cukup komprehensif. Tetapi walau bagaimanapun, saya ingin bertanya, bahawa sebagaimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, industri yang akan datang ialah berlandaskan industri informasi dan komunikasi, kemungkinan juga industri bio-technology dan industri teknologi tertinggi. Jadi, persoalan saya, adakah kita berkemampuan mengisi keperluan untuk scientist, jurutera, technician dalam program R&D untuk membangunkan industri-industri yang berteknologi tinggi ini. Terima kasih.

Dato' Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, ini memang satu masalah yang kita sedang tangani. Oleh sebab itu, dasar-dasar sistem pendidikan, dasar-dasar reka bentuk itu kena diubahsuaikan supaya kita dapat mengeluarkan lebih banyak scientist, lebih banyak engineers untuk menghadapi persaingan yang begitu hebat dalam sektor-sektor yang disebut ini. Terima kasih.

Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh kerana Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terdiri daripada 80% industri negara kita, apakah tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memantapkan di kalangan IKS supaya mereka dapat bersaing dengan negara lain terutama kerana pelaksanaan AFTA dan WTO yang akan datang. Bagaimana strategi-strategi dan langkah-langkah yang berkesan untuk menyediakan mereka dan supaya mereka dapat membawa negara kita ini bersama-sama untuk industri yang berteraskan pengeluaran boleh dimasukkan kepada industri yang berteraskan ilmu pengetahuan.

Sekian, terima kasih.

Dato' Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun jumlah syarikat kecil dan sederhana begitu besar tetapi sumbangan kepada keluaran industri ini lebih kurang 20% hingga 25% sahaja. Jadi, kalau industri kecil dan sederhana itu hendak berkembang, mereka hendaklah bergantung kepada usaha sendiri. Apa yang kerajaan boleh buat, kita cuma wujudkan insentif, wujudkan latihan, wujudkan bantuan sepenuh-penuhnya tetapi ini terpulang kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana untuk to take advantage of all the incentives given by the government. Jadi, kerajaan telah menubuhkan SMIDEC dan juga NPC dan banyak institusi kewangan swasta pun memberi banyak bantuan kewangan dan subsidi atau insentif kepada syarikat-syarikat itu.

Kalau kita tinjau daripada syarikat-syarikat kecil dan sederhana di negara lain, katakan Korea Selatan. Macam mana Korea Selatan mencapai prestasi yang terbaik? Yang pertama, Korea mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas. Kalau begitu,

DR.27.6.2002 3 kerajaan tidak memberi banyak bantuan kepada syarikat. Syarikat itu mesti berdiri di atas kaki sendiri dan segala wang, pinjaman daripada bank itu pun mesti ditafsirkan mengikut piawaian antarabangsa. Tidak boleh menggunakan apa-apa perlindungan ini, perlindungan itu.

Yang kedua, regulatory structure dan corporate governance mesti dikuatkuasakan di dalam sektor kecil dan sederhana. Yang ketiga kerajaan kita mewujudkan satu iklim membuat perniagaan yang menggalakkan. Di Malaysia, ketiga-tiga itu sudah diadakan dan sudah digalakkan oleh kerajaan. Yang sekarang ini, private sector, swasta mestilah mengambil peluang ini untuk memajukan diri sendiri. Tidak boleh datang ke Dewan ini minta kerajaan beri ini, beri itu lagi. Ini mesti berdiri di atas kaki sendiri. Lihatlah bola sepak Piala Dunia, macam mana Korea, dia mempamerkan satu semangat yang begitu kuat. Dia berjuang sampai saat-saat yang terakhir, baru dia mengaku kalah. Oleh itu, syarikat-syarikat IKS, tirulah atau belajarlah daripada Korea itu. Terima kasih [Dewan gamat seketika] [Tepuk]

2. Tuan Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, pencapaian Ops Nyah II di Sabah. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian ke atas laporan terdapat pemilikan MyKad di kalangan PTI yang ditangkap dalam operasi ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi Beluran dan sekali gus dengan Yang Berhormat bagi Tawau.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, Ops Nyah II Bersepadu Fasa I, telah dilancarkan pada 26 Februari, 2002 diikuti Fasa II pada 14 Mei, 2002. Dalam operasi tersebut, seramai 11,380 orang pendatang tanpa izin (PTI) telah ditangkap dan 15,852 orang PTI telah diusir keluar dari Sabah dan sebanyak 14,236 buah rumah setinggan telah dirobohkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Jabatan Pendaftaran Negara telah membantu dalam Ops Nyah II daripada segi membuat tapisan ke atas dokumen-dokumen pengenalan diri iaitu, pengenalan diri mereka yang terlibat. Jabatan Pendaftaran Negara telah mengenal pasti, merampas dokumen-dokumen palsu seperti berikut:-

(ii) kad pengenalan plastik dalam dua keping, yang palsu;

(iii) kad pengenalan bermutu tinggi lapan keping, yang palsu;

(iii) sijil lahir yang palsu sebanyak tiga keping;

(iv) kad pengenalan bermutu tinggi milik orang lain tiga keping;

(v) sijil lahir milik orang lain dua keping;

(vi) resit JPN 1/9 palsu, lima keping;

(vii) resit JPN 1/22 palsu, satu keping;

(viii) resit kad pengenalan 09 palsu, satu keping; dan

(ix) resit kad pengenalan 11 merujuk orang lain, tiga keping.

Mereka yang memiliki dokumen-dokumen palsu ini telah diserahkan kepada pihak polis dan imigresen untuk tindakan penguat kuasa. Berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat pendatang tanpa izin yang telah memiliki MyKad, adalah tidak benar. Berasaskan semakan di daerah Keningau, Ranau dan Papar, didapati semua MyKad tersebut adalah tulen dan merujuk kepada pemiliknya yang sah.

Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun]

Tuan Ronald Kiandee: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tuaran, Tuaran dahulu.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih.

DR.27.6.2002 4

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya nampak dia dahulu.

Tuan Wilfred Madius Tangau: Tuan Yang di-Pertua, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa pemilik MyKad yang telah dapat laporan begitu luas di Sabah selepas insiden di Kampung Kota, di Taman Kota Keningau pada 19 Mei 2000 dan seperti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah juga telah menyatakan tidak setuju, menyatakan bahawa rekod berkomputer jabatan itu menyatakan bahawa semua MyKad yang di Keningau itu, 37 kesemuanya adalah merupakan warganegara Malaysia.

Persoalan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah dan barangkali dalam soal ini, Timbalan Menteri boleh menjelaskan, apakah dokumen-dokumen yang telah dipunyai oleh pemilik 37 orang Filipina ini, sebab pasukan keselamatan yang berada di Taman Kota Keningau itu, jelas menyatakan mereka lihat bahawa orang-orang ini adalah pendatang tanpa izin, 37 orang ini, jelas.

Semua orang tahu di Keningau bahawa orang ini adalah pendatang tanpa izin bukan orang tempatan. Jadi soalan tambahan saya ialah apakah dokumen-dokumen yang telah digunakan, yang berada di tangan 37 orang ini sehingga mereka telah mendapat MyKad. Memanglah kalau dalam komputer kita lihat komputer itu akan menyatakan ini semua orang ini dia diberi telah mendapat Mykad secara dengan sah. Tapi persoalan saya apakah dokumennya? Sebab semua orang tahu di Keningau bahawa orang ini adalah pendatang tanpa izin.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat

Tuan Wilfred Madius Tangau: Sekian, terima kasih.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Pengesahan dokumen-dokumen kerajaan yang dipegang oleh orang-orang yang berkenaan hanya boleh ditentukan apabila kedua-dua perkara pemegang dan dokumen ini dipertemukan dan seperti mana yang telah dimaklumkan mana-mana dokumen-dokumen yang dipegang oleh orang-orang yang tidak sepatutnya telah pun diambil tindakan dan peribadi serta dokumen yang tersebut telah diserahkan kepada pihak yang berwajib, polis dan imigresen tetapi kalau terdapat seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan perkara yang telah dirujukkan kepada Timbalan Pendaftar Negara di Sabah, saya sendiri belum dapat maklumat yang sebenar dan saya sangat menghargai kalau Yang Berhormat dapat mengemukakan detail dokumen orang yang berkenaan kepada saya dan saya akan merujuk dengan pegawai saya di Sabah untuk menentukan perkara-perkara daripada kesahihannya dan kepalsuannya. Terima kasih.

Tuan Ronald Kiandee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak lama dahulu ramai kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah telah ditahan, ditangkap atas kesalahan kad pengenalan dan saya ingin tahu, adakah kementerian menyiasat tangkapan pegawai-pegawai ini kerana kesalahan kad pengenalan dan pengeluaran kad pengenalan dengan terdapatnya kehadiran MyKad dan kad pengenalan berkualiti tinggi di kalangan pendatang tanpa izin yang berada di Sabah.

Soalan yang kedua Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bahawa dalam Ops Nyah II ini, sebanyak 14,000 buah rumah telah dirobohkan dan kalau kita lihat jumlah yang dihantar balik adalah cuma lebih kurang seramai 15,000 seperti yang dimaklumkan. Jika kita ambil kira terdapat empat orang dalam sebuah rumah PTI, penghantaran ini cuma merupakan satu perempat daripada sepatutnya bilangan yang ditangkap. Jadi adakah proses penghantaran ini akan diperhebatkan agar lebih ramai daripada mereka ini dapat dihantar balik dan apakah terdapat masalah, jika kewangan merupakan masalah, adakah Kerajaan Persekutuan akan membantu Kerajaan Negeri dalam usaha menghantar balik PTI-PTI ini. Terima kasih.

Dato’ Zainal Abidin bin Zin: Penyiasatan terhadap pemegang-pemegang kad pengenalan sah dan tidak sah ini, ia akan dapat ditentukan apabila kita menjalankan operasi menggantikan ataupun mengadakan pengeluaran kad pengenalan yang baru di Sabah ataupun di Sarawak. Operasi ini sedang berjalan dan perkara ini saya telah berkali-kali jawab di Dewan ini.

DR.27.6.2002 5

Pegawai-pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara telah berusaha sehingga sampai ke kawasan-kawasan pedalaman di mana beberapa tempat saya sendiri turun melihat akan respons tindakan daripada pegawai-pegawai kita dan respons daripada rakyat untuk mendapatkan kad-kad pengenalan yang sah. Sekiranya dalam penggantian kad-kad pengenalan ini terdapat kad pengenalan palsu yang dipegang oleh orang-orang yang berkenaan, kita akan menentukan sumber mana, bila, siapa dan bagaimana mereka mendapat kad pengenalan ini.

Sekiranya daripada segi sejarah bahawa mereka bukan rakyat asal negeri ini dan mereka tidak dapat membuktikan seterusnya bahawa mereka bukan lahir di sini maka mereka tidak akan diganti dengan kad pengenalan yang sah yang akan dikeluarkan oleh jabatan yang telah saya sebut tadi. Itu satu.

Yang keduanya dalam Operasi Nyah II termasuk robohan dan tangkapan orang-orang yang berkenaan. Ini berdasarkan kepada tarikh-tarikh dan bila operasi itu berjalan di tempat yang berkenaan. Operasi ini berjalan mengikut tempat-tempat yang tertentu maka kawasan operasi ini dan tangkapan ini juga dibuat di tempat-tempat yang tertentu. Bagi mereka-mereka yang telah ditangkap dan disahkan bahawa mereka bukan rakyat asal negeri ini dan mereka terutama sekali kalau pendatang tanpa izin mereka akan dihantar pulang. Masa kelonggaran yang kita berikan kepada pendatang-pendatang tanpa izin ke negara kita ini untuk pulang tanpa denda dan tindakan yang diambil kepada mereka, telah pun diberi dan saya percaya sudah ramai pendatang-pendatang tanpa izin ini telah meninggalkan negara kita mengikut proses keluar daripada negara ini yang telah kita buat.

Daripada segi kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, mana-mana operasi ataupun tindakan-tindakan yang kita akan diambil yang akan melibatkan daripada segi tenaga dan kewangan, biasanya persefahaman telah dibuat lebih awal untuk perkara ini kita jalankan dan lanjutan tindakan ataupun perbelanjaan bersabit dengan perkara ini juga telah dipersetujui bagi kedua-dua belah pihak di mana dan siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini. Terima kasih.

3. Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, hasil daripada lawatan Perdana Menteri Lebanon ke negara ini, berapakah jumlah pelaburan Malaysia yang telah mengalir ke negara Lebanon dan apakah jenis pelaburan Malaysia di negara Lebanon yang paling berpotensi pada masa ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato' Kerk Choo Ting]: Tuan Yang di-Pertua, tujuan lawatan Perdana Menteri Lebanon ke Malaysia dari 7 hingga 9 Mei 2002 antara lainnya adalah untuk menjemput syarikat-syarikat dari Malaysia untuk mengambil bahagian di dalam pembangunan semula Lebanon dan juga menarik pelabur-pelabur asing ke Lebanon bagi membangunkan semula ekonomi Lebanon.

Sehingga kini masih terlalu awal untuk menyatakan jumlah pelaburan Malaysia yang telah mengalir ke Lebanon hasil daripada lawatan Perdana Menteri Lebanon ke Malaysia. Walau bagaimanapun, sektor pelaburan yang paling berpotensi yang telah dikenal pasti pada masa ini di Lebanon adalah di dalam sektor telekomunikasi, pelancongan dan pembinaan terutamanya pembinaan hotel. Untuk makluman, dari tahun 1995 hingga April tahun 2002, jumlah pelaburan am Malaysia di Lebanon adalah cuma RM22 juta yang merupakan pelaburan ekuiti dan pelaburan hartanah di luar negeri. Bagi pelaburan am Lebanon di Malaysia pula dari tahun 1995 hingga April tahun 2002 ianya berjumlah RM382 juta yang merupakan pelaburan ekuiti dan pelaburan hartanah.

Selain daripada pelaburan, penekanan juga diberi kepada perdagangan dua hala, di mana tahun 2001, jumlah adalah pada tahap RM118.2 juta dengan eksport bernilai RM116.9 juta dan import bernilai cuma RM1.3 juta. Kerajaan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap pelaburan serta perdagangan di antara Malaysia dengan Lebanon dan juga negara-negara lain di Asia Barat melalui pertukaran lawatan di antara pemimpin kedua-dua negara. Misi galakkan perdagangan dan pelaburan serta penyerta Malaysia di dalam pertunjukan dan pameran perdagangan.

DR.27.6.2002 6

Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor: Tuan Yang di-Pertua. Kita daripada Malaysia ini telah banyak menghantar misi perdagangan ke Timur Tengah. Saya hendak tahu, di antara negara-negara Timur Tengah ini kalau kita hendak gunakan Lebanon sebagai pusat perdagangan kita ertinya untuk kita distribute barang-barang kita ke Timur Tengah, adakah kerajaan yakin dengan kemudahan-kemudahan yang ada di negara Lebanon sekarang ini, kalau kita gunakan Lebanon sebagai tempat untuk pusat kita untuk perdagangan ke negara-negara Timur Tengah?

Dato' Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tempat yang paling sesuai adalah Dubai, oleh sebab itu Malaysia sudah menubuhkan satu bangunan MATRADE ada di sana untuk mempamerkan barang-barang keluaran Malaysia ini di Dubai. Lebanon merupakan satu negara yang masih kalau dibandingkan dengan negara-negara yang masih kecil tetapi kita akan mengambil perhatian sama ada kita boleh menggalakkan perdagangan dua hala di antara dua-dua negara-negara itu. Terima kasih.

4. Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah sebab yang membawa kepada pembatalan sesetengah jaminan faedah dalam skim Insurans Takaful. Apakah jaminan faedah yang dibatalkan. Mengikut rekod tuntutan pada masa lepas, sejauh manakah pengaruhnya terhadap kepentingan murid-murid.

Timbalan Menteri Pendidikan [Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin]: Tuan Yang di-Pertua, sejarah Skim Takaful pelajar sekolah Malaysia telah dimulakan pada tahun 1996. Bagaimanapun skim tersebut telah diubah suai pada tahun 1999 bagi mengurangkan beban yang dialami oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Ini disebabkan pembayaran pampasan melebihi kutipan yang diperolehi untuk dua tahun pertama perlaksanaan skim tersebut dan pada masa yang sama, kutipan yang diperolehi masih tidak menyeluruh.

Untuk makluman Yang Berhormat, setiap orang murid masih membayar RM1.50 setahun dengan memperolehi liputan seluruh dunia untuk 24 jam sehari sepanjang tahun. Yang kedua, skop perlindungan dan amaun yang asal berbanding dengan yang dipinda adalah seperti berikut; misalnya tahun 1996, kematian akibat kemalangan diubah pada 1999 kepada RM5000; hilang keupayaan kekal atau menyeluruh akibat kemalangan pada tahun 1996 dijanjikan RM25,000 tetapi telah diubah RM15,000. Kehilangan atau hilang upaya kekal seperti berikut:

(i) satu atau kedua tangan di atas paras dari pergelangan

(ii) satu atau kedua-dua kaki di atas paras dari buku lali; dan

(iii) Kehilangan langsung penglihatan setelah kedua-dua belah mata pada asalnya RM25,000 telah dikurangkan kepada RM15,000.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan sentiasa memastikan kepentingan murid dan ibu bapa diambil kira dalam pengurusan skim ini. Walaupun skop perlindungan dan amaun yang asal telah dipinda. Terima kasih.

Puan Chew Mei Fun: Terima kasih, soalan tambahan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah benar Kementerian Pendidikan- mendapat 40% keuntungan daripada Skim Takaful. Kalau ini benar, berapakah jumlahnya dan wang ini untuk kegunaan apa? Dan mengapa tidak digunakan untuk mengekalkan semua jaminan faedah. Terima kasih.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang memeranjatkan kerana pihak insurans berjanji dengan pihak Kementerian Pendidikan semata-mata untuk menolong anak-anak kalau mendapat kemalangan dan saya telah fahamkan tadi bahawa isunya ialah RM1.50 setahun untuk servis selama ia berada di dalam skim itu dalam tempoh 24 jam, setahun walaupun di sini ataupun di luar negara. Tidak pernah Kementerian Pendidikan mendapat 40% daripada RM1.50 ini. Terima kasih.

DR.27.6.2002 7

Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian mengenai pemotongan terhadap faedah yang diperolehi oleh pelajar-pelajar yang terlibat sekurang-kurangnya sekali dalam kemalangan dan sebagainya. Kalau kita lihat Skim Takaful masih mempunyai keuntungan bukan sahaja daripada pendapatannya hasil daripada kutipan insurans pelajar-pelajar yang merupakan suatu amaun yang kecil iaitu RM1.50 bagi seorang bagi setahun. Tetapi keuntungan daripada faedah-faedah yang diperolehi, daripada insurans yang dilaksanakan oleh Takaful mungkin boleh mampu lagi mengatasi perkara ini. Jadi adakah pihak kementerian bercadang supaya faedah-faedah ini tidak dipotong ataupun terus diberikan kepada mereka yang terlibat dan pihak kementerian sendiri boleh berunding dengan pihak Takaful sama ada menerusi subsidi oleh pihak kerajaan kerana kita lihat umpamanya hilang keupayaan dan sebagainya, adalah suatu perkara yang serius dan kita tidak boleh menimbang ataupun mengurangkan perkara-perkara ini. Ini pada pandangan saya, saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat.

Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya sangat menghargai pandangan Yang Berhormat. Walau bagaimanapun saya tidak sebenarnya tidak tahu bagaimanakah struktur yang berada di Takaful sendiri. Tentunya mereka mempunyai division yang begitu banyak. Bukan bererti satu division mendapat keuntungan maka orang lain mesti mendapat faedah. Walau bagaimanapun ini saya tidak mahu campur kerana ini adalah urusan mereka. Yang pasti kalau sekiranya kita dapati bilangan atau jumlah yang mereka perolehi setelah mencukupi seperti yang diharapkan pada peringkat asalnya maka Kementerian Pendidikan akan menyusul semula.

Yang kedua, perkara pengurangan ini bukanlah diarahkan oleh Kementerian Pendidikan ataupun atas persetujuan Kementerian Pendidikan tetapi sudah tentulah Kementerian Kewangan memberi mereka keizinan dan apabila mereka difahamkan akan masalah yang mereka hadapi maka sudah tidak dapat tidak, kita menerima tetapi saya berjanji kalau kita kaji balik mereka sudah pun melebihi atau menyamai atas kehendak yang mereka telah tuntut kita akan sampaikan hajat seperti Yang Berhormat sendiri katakan tadi. Terima kasih.

5. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan, langkah-langkah yang diambil untuk menaiktaraf mutu kehidupan dan kebajikan golongan kurang bernasib baik, wargatua, orang cacat, anak yatim, balu dan ibu tunggal. Apakah pindaan yang akan diperkenalkan bagi meningkatkan bayaran bantuan untuk golongan tersebut kepada kadar yang lebih praktikal khasnya mereka yang tinggal di bandar.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dr. Tiki anak Lafe]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan mereka yang berkeperluan dan objektifnya adalah untuk membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan supaya dapat meringankan beban kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu tempoh keadaan kewangan mereka dapat dipulihkan untuk hidup berdikari. Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa peka dan prihatin dengan perubahan kos sara hidup semasa khususnya golongan yang tinggal di bandar. Justeru itu Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa mengkaji semula kadar bantuan kewangan mengikut keadaan dan juga keperluan semasa.

Kenaikan kadar bantuan kebajikan telah dibuat pada bulan Oktober 2001 di bawah pakej baru rancangan ekonomi negara. Kadar bantuan telah ditetapkan mengikut jenis bantuan yang tertentu iaitu di antara RM80 hingga RM350 sebulan seorang ataupun sekeluarga. Kadar ini adalah praktikal untuk masa kini sama ada di bandar atau di sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, selain menyediakan bantuan kewangan secara bulanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mempunyai bantuan berbentuk geran pelancaran bagi mereka menceburi dalam bidang-bidang perusahaan dan perniagaan kecil dan sebagainya. Bantuan ini bertujuan untuk menaik taraf untuk kehidupan golongan yang

DR.27.6.2002 8

kurang bernasib baik serta memberi peluang kepada mereka yang mempunyai minat dan potensi untuk maju supaya mereka dapat hidup berdikari. Sekian.

Tuan Tan Kok Wai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tetapi saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah beliau sedar bahawa apa yang dikatakan praktikal pakej baru itu langsung tidak praktikal atau realistik. Kerana saya ingin memberi misalan, seorang cacat yang tidak berupaya bekerja, bantuan bulanan maksimum adalah RM80 sahaja, adakah ini praktikal.

Yang kedua, seorang ibu tunggal atau balu dengan seorang anak baik pun badan sihat ataupun cacat hanya diberikan RM160 sebulan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, soalannya Yang Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: Seorang tua sudah tidak berupaya langsung diberikan maksimum RM135 sebulan...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Itu cukup, Yang Berhormat.

Tuan Tan Kok Wai: ...Adakah ini mencukupi, bagi mereka khasnya, umpamanya di Bandaraya Kuala Lumpur, ini praktikalkah, ini realistikkah? Ini pakej baru untuk alaf baru. [Disampuk] Adakah ini dasar baru kerajaan penyayang Barisan Nasional?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat. Memandangkan...Yang Berhormat!

Tuan Tan Kok Wai: ...Dewan ini bersetuju bahawa pakej baru ini telah kebelakangan masa, maka adakah kementerian memandangkan serius dan mengkaji semula pakej baru itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Cheras yang begitu prihatin tentang nasib saudara mara kita yang kurang bernasib baik. Memang seperti mana Yang Berhormat sedia maklum kerajaan ataupun negara bukanlah ataupun tidak ingin menukar negara kita ini kepada negara kebajikan. Kebajikan adalah tanggungjawab kita semua. Jadi, kerajaan hanya menolong setakat mana yang mampu. Seperti mana yang saya sebut tadi sama ada soalan praktikal atau tidak praktikal itu tidak timbul. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, izinkan saya sebut tentang jenis-jenis kadar bantuan di bawah skim bantuan yang baru.

Mengenai dengan elaun pekerja cacat misalannya ialah pada kadar yang sedia ada ataupun dahulu hanya sebanyak RM100 seorang sebulan, tetapi kadar baru ini telah dinaikkan kepada RM200. Ini bukan bermakna RM200 ini untuk menolong mereka ataupun memberi saraan seratus peratus tetapi untuk menolong mereka dalam menjalankan aktiviti ataupun kerja seharian untuk mengurangkan beban yang mereka hadapi. Jadi, berkenaan dengan bantuan kepada orang-orang tua, kalau dahulu kita beri RM100 sebulan seorang, sekarang adalah RM135 sebulan seorang. Tetapi kerajaan sekarang mempunyai dasar baru di mana kita menggalakkan anak-anak mereka untuk menjaga warga tua ini. Kementerian telah mendirikan pusat-pusat bantuan jagaan orang tua, pusat harian, bukan seperti dahulu di mana warga tua diwajibkan untuk tinggal di pusat atau institusi warga tua. Sekian, terima kasih.

Tuan Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya nampak bahawa kebanyakan tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah tertumpu kepada pihak yang berada di bandar sahaja. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan bahawa golongan kurang bernasib baik yang berada di kampung atau di rumah panjang di seluruh negara kita ini juga boleh menikmati bantuan ataupun elaun yang diberi oleh kerajaan ini. Dan juga sila jelaskan apakah sistem yang digunakan sekarang oleh kementerian bagi mendaftarkan semua golongan yang kurang bernasib baik ini khasnya pihak di luar bandar supaya mereka ini tidak diabaikan. Sekian, terima kasih.

DR.27.6.2002 9 Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kebajikan ataupun skim kebajikan merupakan isu concurrent di mana pihak kementerian di pusat hanya dapat memberi nasihat dan juga bantuan sedikit kepada kerajaan negeri, dan kerajaan negerilah yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bantuan kebajikan ataupun kadar bantuan. Tadi saya telah menyebut pada awalnya bahawa kadar berbeza-beza mengikut negeri-negeri. Jadi, hanya dua kawasan sahaja iaitu kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Wilayah Persekutuan Labuan yang mendapat bantuan seratus peratus daripada pihak kementerian iaitu ibu pejabat.

Mengenai dengan sistem pendaftaran orang yang kurang bernasib baik, kita masih lagi dalam rangka merombak atau mengkaji sistem yang sedia ada di mana JKKK atau ketua kaum diberi tugas untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan dan senarai ini dimajukan kepada pejabat daerah atau pejabat kebajikan daerah, di mana mereka akan membuat siasatan dan sekiranya keadaan maklumat yang mereka dapat daripada siasatan akan dimajukan kepada ibu pejabat kerajaan negeri, dan di ibu pejabat ataupun peringkat negeri mereka membuat semakan seterusnya dan memberi keputusan sama ada mereka ini layak mendapat bantuan. Tetapi mengenai sistem pendaftaran adalah diadakan ataupun dilakukan oleh pihak JKKK kampung.

6. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap mereka yang menyelewengkan fahaman akidah umat Islam dalam penulisan seperti yang terkandung dalam memorandum Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kepada Majlis Raja-Raja.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membuat sebarang keputusan ke atas memorandum Persatuan Ulama Malaysia (PUM) kepada Majlis Raja-Raja. Ini kerana memorandum tersebut tidak dibincangkan dalam Majlis Fatwa berkenaan. Sebaliknya ia dibawa ke mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) iaitu badan induk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dikaji dan seterusnya membuat perakuan untuk perkenan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja akan menentukan bentuk-bentuk nasihat kepada semua pihak yang terlibat seperti yang terkandung dalam memorandum ini. Terima kasih.

Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya rasa sepatutnya Setiausaha Parlimen ini sudah jadi menteri, sebab menteri tidak pernah datang untuk jawab. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Apa pula itu Yang Berhormat.

Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Ada berkaitan. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak apa Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Soalan tambahan. Kita faham daripada segi kedudukan antara MKI dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi persoalan yang timbul di sini ialah perkara yang seumpama ini boleh menimbulkan dan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman negara. Walaupun pada suatu ketika dahulu keselamatan dan ketenteraman negara tidak mendefinisikan kes-kes yang seumpama ini termasuk dalam hal-hal demikian. Tetapi apabila insiden-insiden kebelakangan ini yang berkaitan dengan soal-soal masalah penyelewengan akidah dan sebagainya termasuklah seperti mana yang dikaitkan dengan di Al-Maunah dan sebagainya, Al-Arqam pada suatu ketika dahulu, Jawatankuasa Fatwa sepatutnya mengambil suatu tindakan segera hasil daripada apa yang dibawa oleh MKI untuk perkara yang seumpama ini tidak berlarutan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhormat.

Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Soalannya ialah bila Jawatankuasa Fatwa akan bersidang memutuskan kes yang dikemukakan oleh Persatuan Ulama

DR.27.6.2002 10

Malaysia kepada Majlis Raja-Raja dan setelah fatwa ini dikeluarkan, apakah inisiatif pihak kerajaan untuk menguatkuasakan fatwa itu supaya fatwa yang difatwakan itu dapat dilaksanakan sewajarnya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan Yang Berhormat sebagai bekas Imam Masjid Negara yang dahulu bekerja dengan JAKIM..

Seorang Ahli: Kerajaan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: ....Dan saya hendak beritahu Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri amat berminat menjawab soalan ini, tetapi apakan daya Yang Berhormat Menteri hari ini berada di Brunei bersama-sama menghadiri mesyuarat MABIM (Menteri-menteri Agama Islam Asia). Mungkin Yang Berhormat dahulu pernah mengikuti mesyuarat MABIM ini. [Ketawa] Kalau Yang Berhormat masih jadi Imam Masjid Negara, Yang Berhormat akan pergi bersama-sama menterilah hari ini. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, jawapan Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Kita hendak jadi Ahli Parlimen, kena tanya soalan pulalah. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya jawapan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak nyatakan, tadi mungkin Yang Berhormat kurang jelas jawapan saya. Kita telah buat keputusan bahawa memorandum ini kita tidak bawa kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita hanya bawa kepada MKI di mana MKI ini adalah induk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, dan MKI telah pun mengadakan dua kali mesyuarat. Kita memandang serius memorandum ini. Kita telah mengadakan dua kali mesyuarat iaitu pada 8 April 2002 dan juga pada 5 Jun 2002 di mana hasil daripada mesyuarat kita telah putuskan bahawa mereka yang terlibat mesti dipanggil, dan apabila mereka ini akan dipanggil barulah kita akan membuat satu rumusan dan kita hantar kepada Majlis Raja-Raja untuk Majlis Raja-Raja mengeluarkan nasihat kepada mereka yang terlibat.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah pun memanggil penulis-penulis rencana dan mereka yang mengeluarkan perkataan-perkataan yang dianggap keluar dari Islam seramai enam orang, termasuklah kita memanggil Yang Amat Berhormat Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan, alhamdulillah Menteri Besar beri kerjasama kepada kita. Kita juga telah memanggil semua pengarang akhbar yang terlibat yang menyiarkan dakwaan rencana-rencana mengenai perkara yang ditimbulkan dalam memorandum tersebut. Kita juga telah memanggil pihak-pihak yang menghantar memorandum termasuklah PUM.

Sukalah saya menyatakan di sini bahawa hasil pertemuan dan perbincangan dengan penulis-penulis dan pengecam-pengecam ini, ramai di antara mereka mengakui mereka telah melakukan beberapa kesilapan. Di antaranya mereka mengaku penulisannya telah dirujuk daripada buku yang telah pun diharamkan oleh kerajaan. Mereka juga mengaku berlaku salah tafsir mengenai sepotong ayat al-Quran. Ada juga penulisannya terlalu umum - dia hendak tuju kepada seseorang tetapi dia sebut secara umum seperti tuju kepada ulama-ulama, dia hendak tuju kepada seorang tetapi dia sebut semua orang, jadi ramai ulama terasa sehinggakan timbul salah faham di kalangan pelbagai pihak.

Terdapat juga pendapat-pendapat penulis yang dilaporkan oleh media secara tidak jelas kerana tidak lengkap laporan yang dibuat. Hanya seorang sahaja yang nampaknya agak tidak mahu mengaku kesalahannya iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Nik Aziz Nik Mat. Beliau telah mengaku mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesat, kasar dan berunsur penghinaan iaitu perkataan 'Tuhan mencarut', 'Tuhan samseng', 'barua' dan 'ulama terompah kayu' dengan keyakinan bahawa perkara tersebut dibenarkan oleh ajaran Islam. Beliau berpendapat bahawa perkataan tersebut boleh dibenarkan dalam Islam dengan alasan-alasan seperti berikut.

Pertama, beliau mendakwa orang-orang UMNO telah mencaci, menghina dan menuduh beliau atau parti beliau dengan tuduhan-tuduhan tertentu. Oleh itu, menurut beliau ia dibolehkan membalas balik cacian atau hinaan tersebut.

DR.27.6.2002 11 Kedua, beliau juga mendakwa bahawa sekarang ini Malaysia berada dalam suasana darurat iaitu sama seperti keadaan semasa Nabi berhadapan dengan kaum kafir Quraisy yang mengharuskan apa yang dilarangkan oleh Islam.

Seorang Ahli: Allah!

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ini Yang Berhormat kena fikirlah tengok, betulkah kita dalam darurat. Adakah negara kita sama macam zaman Nabi dengan zaman Quraisy.

Yang ketiga, beliau juga menyatakan bahawa dalam al-Quran Allah S.W.T. telah memaki hamun Abu Lahab dan menggelar orang-orang yang ingkar sebagai berperangai seperti kera dan babi. Oleh itu, kata beliau manusia pun boleh mengeluarkan perkataan-perkataan sedemikian. Beliau juga mendakwa berpegang kepada ucapan Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang mencarut kepada wakil kafir Quraisy iaitu Suhail bin Amir dalam perjanjian Hudaibiyah. Kata beliau "Ketika Saidina Abu Bakar berkata sedemikian, Nabi telah mendiamkan diri seolah-olah mengakuinya". Pandangan dan pegangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan ini mengenai isu ini adalah mengelirukan serta bertentangan dengan asas-asas pokok ajaran Islam sama ada daripada segi akidah, syariah dan juga akhlak. Walau bagaimanapun, beliau tetap berpegang dengan pendapat tersebut. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Baling berhubung dengan penyelewengan fahaman akidah dalam penulisan. Tadi Yang Berhormat telah pun menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan dengan masalah-masalah yang lain yang ditimbulkan oleh parti PAS. PAS itu parti Islam - Islam itu PAS katanya. Pada hal Islam itu ciptaan Allah dan hak Allah, jauh bezanya. PAS parti Islam yang berdaftar, kalau tak lulus tak boleh tubuh. Kemudian mengkafirkan orang UMNO. Kemudian berceramah kalau undi PAS masuk syurga, tak undi PAS masuk neraka, macam dia malaikat menentukan orang. Jadi, banyak perkataan Yang Berhormat telah timbulkan. Bilakah kerajaan hendak ambil tindakan yang betul-betul tegas dalam masalah penyelewengan akidah ini. Ini kalau dibiarkan dia gasak semacam sahaja, dia tak peduli asalkan memberi keuntungan kepada parti dia, dia akan teruskan perkara-perkara yang begitu. Dahulu undi Islam - PAS masuk syurga, undi bukan Islam tidak. Sekarang undi DAP okay, no problem.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Okay, cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Saya hendak sampai ke sini, bila tindakan yang tegas akan diambil. Kerajaan jalankan sahaja kerana ini akidah, jangan takut, ambil tindakan. Jadi, saya hendak tanya bilakah kerajaan akan mengambil tindakan terhadap perkataan-perkataan ini. Peristiwa Memali begitu juga, Majlis Fatwa Kebangsaan telah buat keputusan, dia lari juga kerana ada faedah kepada dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Jadi, bila hendak ambil tindakan, okay, boleh jawab? [Ketawa]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini memang soalan umum, memang banyak orang bertanya-tanya mengapa tindakan tidak diambil. Tetapi kita harus ingat bahawa parti PAS ini merupakan parti yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan. Oleh itu, oleh kerana dia parti politik dia mesti ada pengikut.

Jadi, kerajaan kena berhati-hati sama ada mengambil tindakan ataupun tidak kerana kalau kita salah ambil tindakan, kita percaya pihak PAS ini bukan sahaja tindakan kerajaan yang akan diambil diputar belit, sebab mereka ini al-Quran pun mereka sanggup putarbelitkan, apatah lagi kalau keputusan-keputusan yang diambil oleh kerajaan yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat seolah-olah kerajaan kita ini anti Islam, seolah-olah kerajaan ini hendak menghapuskan Islam di Malaysia ini. Ini akan diputar belit.

Oleh itu, kita berusaha dengan agensi-agensi yang ada akan memberikan penerangan sejelas-jelasnya. Begitu juga JAKIM memainkan peranan untuk memberikan penjelasan sejelas-jelasnya kepada rakyat mengenai pengajaran Islam

DR.27.6.2002 12

yang sebenarnya dan kita juga berharap persatuan-persatuan yang mendakwa diri mereka tidak terlibat mana-mana parti politik seperti Persatuan Ulama Malaysia (PUM) harus juga memainkan peranan yang adil, jangan memainkan peranan yang berat sebelah yang boleh menimbulkan keraguan di atas keikhlasan mereka apabila mereka memperjuangkan mengenai ajaran Islam, dan kita harap PUM juga mesti mempunyai rasa terbuka supaya mereka bersama-sama dapat mengatasi isu-isu kontroversi yang ada di negara kita.

Tetapi kalau Persatuan Ulama Malaysia (PUM) telah pun meletakkan diri mereka seolah-olah menyokong parti pembangkang seperti memorandum yang mereka hantar kepada Majlis Raja-raja dia tidak sebut pun supaya siasat, supaya panggil Nik Aziz sedangkan Nik Aziz juga, yang saya nyatakan tadi bila kita siasat, dia mengaku apa yang dia katakan.

Sepatutnya PUM bila hantar memorandum tersebut, okey, hantar, penulis yang didapati menyeleweng, akhbar-akbar yang menyeleweng termasuk juga senaraikan nama-nama pemimpin-pemimpin parti politik yang menggunakan agama yang boleh menyelewengkan rakyat. Tetapi nampaknya PUM tidak melibatkan kepada pemimpin-pemimpin parti politik PAS ini.

Jadi sebab itu kita harap semua NGO-NGO yang berteraskan Islam mestilah memegang peranan yang adil supaya dapat rakyat diberikan pengajaran Islam yang sebenarnya. Terima kasih.

7. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Kelang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilakah suatu unit KDN ditubuhkan di Pelabuhan Kelang supaya bahan-bahan cetakan dapat dilepaskan setiap hari. Pada masa kini, pegawai KDN hanya datang di Pelabuhan Kelang sekali seminggu sahaja untuk siasat bahan-bahan cetakan dan ini telah menyebabkan kelewatan untuk pelepasan bahan-bahan cetakan di Pelabuhan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji sama ada perlu atau tidak untuk menubuhkan pejabat di Pelabuhan Kelang bagi tujuan menjalankan pemeriksaan ke atas penerbitan yang diimport daripada luar negara yang masuk melalui Pelabuhan Kelang.

Pada masa ini pemeriksaan ke atas bahan-bahan-bahan penerbitan di Pelabuhan Kelang diadakan sebanyak lima kali, bukan sekali, lima kali se minggu seperti berikut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat,

Hari Isnin dan Hari Khamis - Penerbitan berbahasa Inggeris dan Arab serta lain-lain bahasa kecuali bahasa China, bahasa Jepun, Korea dan Tamil.

Hari Selasa dan Jumaat - Penerbitan berbahasa China, Jepun dan Korea.

Hari Rabu - Penerbitan berbahasa Tamil

Ada, kelima-lima hari ada. Itu sahaja terima kasih.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Soalan tambahan. saya ingin tahu sejauh manakah kesannya KDN dapat mengawal bahan-bahan yang tidak sihat, misalnya bahan-bahan lucah, ataupun bahan-bahan mengandungi ajaran yang menyeleweng yang dibawa masuk atau menyeludup ke negara kita ini melalui di pelabuhan-pelabuhan di seluruh negara kita pada tahun-tahun kebelakangan ini. Sejauh manakah kesannya. Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat, mana-mana sahaja penerbitan atau penulisan yang dibawa masuk melalui pintu-pintu masuk rasmi. Kita tidak ada pintu masuk yang tidak rasmi. Pintu-pintu masuk rasmi dan pintu-pintu masuk yang haram dan melalui pintu-pintu masuk rasmi ini

DR.27.6.2002 13 perkara-perkara yang berkaitan bertentangan dengan etika penerbitan dan undang-undang dalam negara ini termasuk seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat atas jawapan Setiausaha Parlimen di-Jabatan Perdana Menteri tadi, kita ambil tindakan dan kita rampas.

Kalau ianya merupakan import penerbitan-penerbitan yang agak serius dalam kuantiti yang besar, pengimport ini akan didakwa mengikut peraturan-peraturan yang tertentu. Kita amat serius, sebab itu kita buat pemeriksaan mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan. Jadual-jadual ini bukan sahaja kita adakan hanya di Pelabuhan Kelang, di semua pelabuhan termasuk pelabuhan udara.

Tapi mana-mana penerbitan yang di bawa masuk secara haram kita akan diikuti mengikut operasi-operasi yang telah ditetapkan dan kita sangat berterima kasih kepada rakyat dalam negara ini termasuk parti-parti pembangkang yang memaklumkan kepada kita di mana terdapat penerbitan-penerbitan yang bercanggah dengan tatasusila dan peraturan negara ini dan kita menjalankan operasi dan membuat rampasan-rampasan atas penerbitan-penerbitan yang berikut.

Saya berharap bahawa seluruh rakyat akan peka, tetapi walau bagaimanapun ramai rakyat yang ingin membaca majalah-majalah yang ditulis dalam bentuk-bentuk yang menggiurkan dan mengghairahkan dan oleh sebab itu mereka yang membeli tidak suka melaporkan dan mereka yang tidak suka melihat perkara ini berlaku akan melaporkan kepada kita. Kita menghargai dan mengucapkan terima kasih.

[Masa untuk pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup]

USUL

MENANGGUHKAN BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 62

RANG UNDANG-UNDANG TANAH (KAWASAN PENEMPATAN BERKELOMPOK) (PINDAAN) 2002

11.06 pagi

Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi [Dr. Tan Kee Kwong]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya memohon menangguhkan Rang Undang-undang Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) (Pindaan) 2002 untuk bacaan kali yang kedua dan ketiga pada mesyuarat yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Baiklah.

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT DAN PENANGGUHAN

11.07 pagi

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan:

“Bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak ditangguhkan hingga selesai Usul Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2001 (ST. 72) yang tertera di No. 8 dalam Aturan Mesyuarat telah dibahaskan dan diselesaikan dan selepas itu mesyuarat hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan”

Seorang Ahli: [Menyampuk]

DR.27.6.2002 14

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah Yang Berhormat. Ini bukan satu perkara mainan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latif bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan Masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 90

11.11 pagi

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh]: Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya mengemukakan Usul bahawa Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 sekarang dibacakan kali yang pertama dan dengan kebenaran Tuan Yang di-Pertua mengikut Peraturan Mesyuarat 90, mesyuarat ini merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 48 dan membacakan Rang Undang-undang ini kali yang kedua dan ketiga pada hari ini juga.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2002)

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMB.) (BIL.2) 2002

JAWATANKUASA

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2002 dan Anggaran Pembangunan (Tambahan) (Bil.2) 2002 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud P.41 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2002]-

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya jemput Yang Berhormat Arau menyambung ucapan. 10 minit Yang Berhormat ya.

11.14 pagi

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Arau]: Terima kasih. Berapa minit Tuan Pengerusi? Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Maksud P.41 Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga iaitu peruntukan RM4,070,000 bagi Pusat Khidmat Wanita.

Tuan Pengerusi, saya berpendapat bahawa seluruh Ahli Dewan pada hari ini patut menyokong peruntukan yang dipohon oleh Kementerian Pembangunan Wanita

DR.27.6.2002 15 dan Keluarga untuk menubuhkan Pusat Khidmat Wanita kerana ini adalah satu institusi yang ditubuhkan untuk kebaikan masyarakat kita di Malaysia ini.

Untuk makluman Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, perjuangan kita wanita dalam membangunkan masyarakat, membangunkan kaum wanita dan juga keseluruhan rakyat Malaysia telah pun bermula sejak sebelum merdeka.

Usaha-usaha ini walaupun kita tidak ada kementerian pada waktu itu tetapi dilaksanakan melalui sokongan dan dukungan Kerajaan Barisan Nasional dan juga usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak NGO dan juga aktivis-aktivis wanita. Malahan dalam Dewan ini juga kita mempunyai tiga generasi kepimpinan yang memimpin pergerakan wanita sehingga kita dapat mencapai satu pencapaian yang amat besar tertubuhnya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Saya masih ingat lagi pada tahun 1993 di mana Yang Berhormat bagi Kuala Pilah menjadi Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah menubuhkan HAWA pada tahun 1993, iaitu Jawatankuasa Perunding Hal Ehwal Wanita dan kemudian tanggungjawab ini diambil oleh Yang Berhormat bagi Gombak yang juga memegang jawatan sebagai Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Jawatankuasa HAWA yang ditubuhkan di tiap-tiap negeri ini telah pun menjalankan peranan mereka walaupun dari segi tugas mereka.

Mereka bukanlah benar-benar NGO, mereka diberi sokongan oleh pihak kerajaan dengan tidak ada apa-apa bayaran ataupun elaun-elaun yang diberikan kepada jawatankuasa ini. Alhamdulillah, Jawatankuasa Perunding HAWA yang dianggotai oleh pengerusi-pengerusi persatuan, pertubuhan dan juga badan-badan yang ada kumpulan sasar wanita ini telah pun menjalankan peranan mereka dengan begitu baik sekali, dan semasa Yang Berhormat bagi Gombak menjadi Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakatlah idea penubuhan Pusat Khidmat Wanita diwujudkan.

Pada waktu itu peruntukan yang diberi cuma RM15,000 untuk satu negeri untuk mewujudkan Pusat Khidmat Wanita. Dengan RM15,000 ini walaupun peruntukannya kalau kita lihat begitu kecil - bagi negeri Perlis mungkinlah besar sebab kita negeri yang kecil, tetapi negeri Pahang, negeri Perak, negeri Selangor RM15,000 peruntukan, mereka telah mewujudkan beberapa Pusat Khidmat Wanita, bukan satu. Inilah komitmen wanita dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan kepada kita.

Kita tidak ada pegawai khusus untuk bertugas. Kita tidak ada peruntukan yang khusus untuk mewujudkan Pusat Khidmat Wanita tetapi komitmen wanita untuk melaksanakan tanggungjawab ini begitu besar dan hari ini - saya tidak ada bilangan sebenarnya tetapi saya percaya di Pulau Pinang lebih daripada satu. Malahan kalau saya tidak silap tiap-tiap district ada Pusat Khidmat Wanita. Di Pahang kita ada beberapa pusat pembangunan wanita begitu juga di Perak. Ianya di bawah Yang Berhormat Menteri, oleh kerana kita sekarang telah pun diberikan satu kementerian.

Usaha-usaha ini lebih dapat kita giatkan lagi di mana lingkungan khidmat kita boleh kita luaskan. Saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri. Kata pihak pembangkang, walaupun beliau cuma seorang sahaja menjalankan tugas sebagai Menteri di kementerian tanpa pembantu, tanpa Setiausaha Parlimen, tetapi saya percaya bahawa dari segi perkhidmatan kementerian ........

Beberapa Ahli: [Menyampuk].

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Kementerian Wanita ini telah pun dapat kita lihat terserlah di seluruh negara dan komitmen ini juga ditunjukkan dengan usaha-usaha daripada pihak kementerian pada hari ini mengemukakan di Dewan ini permohonan untuk mewujudkan Pusat Khidmat Wanita.

Ini satu daripada usaha yang harus kita sokong tanpa perlu kita soalkan. Daripada penjelasan yang saya sebut tadi saya rasa jelas bahawa komitmen yang diberikan oleh wanita sebenarnya melebihi daripada apa yang dapat disumbangkan oleh pusat khidmat itu sendiri.

Buat masa ini di pusat khidmat, kita mempunyai penyelia yang cuma dibayar elaun RM500. Jadi saya berharap apabila pihak kementerian diwujudkan dan kita dapat meningkatkan kemampuan dan juga keupayaan dengan adanya peruntukan

DR.27.6.2002 16

yang dipohon untuk membiayai pembelian, pembinaan, pengubahsuaian Pusat Khidmat Wanita ini kita dapat memberikan satu perkhidmatan yang lebih baik.

Malahan pada masa yang lalu, Tuan Pengerusi, kita menumpang dari satu bangunan ke satu bangunan. Kadang-kadang kita diminta keluar dan kita terpaksa angkut barang-barang kita keluar ke tempat lain. Kita berharap apabila ada Pusat Khidmat Wanita yang memang telah pun diperuntukkan khusus daripada peruntukan kementerian, perkara-perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun].

Puan Chong Eng: [Bangun].

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat minta penjelasan.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Sekejap sahaja sebab saya ada 10 minit ya.

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, sila.

Puan Chong Eng: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Tadi Yang Berhormat bagi Arau katakan kita tidak perlu menyoal tetapi saya rasa kita perlu menyoal kerana kalau kita menyoal, jadi Menteri akan tahu lebih dan kita boleh sama-sama mempertingkatkan prestasi atau keberkesanan Pusat Khidmat Wanita ini. Jadi mesti soal.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Betul, betul. Ya, Yang Berhormat saya setuju memberi pandangan…..

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ..Tetapi jangan mempersoalkan peruntukan yang hendak diberi. Ini saya membahaskan supaya peruntukan ini disokong. Kalau boleh bukan sahaja bagi banyak ini RM4 juta, sepatutnya lebih lagi. Jadi dalam peruntukan ini tidak ada persoalan yang harus kita bangkitkan. Sepatutnya kita semua menyokong malah kita meminta kalau dapat pihak Kementerian Kewangan mempertimbangkan lagi peruntukan yang lebih bagi kementerian ini kerana kementerian ini mewakili kalau wanita 50%.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Jawatankuasa]

Tetapi kalau disebut pembangunan keluarga maknanya keseluruhan negara. Setiap unit keluarga itu perlu diberikan perkhidmatan dan juga menjadi tanggungjawab kementerian, maka dari segi itu kita melihat tanggungjawab kementerian ini adalah amat besar. Dan saya bersetuju dengan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat agar dari segi peruntukan ini perlulah dipertimbangkan satu peruntukan yang munasabah kepada kementerian ini.

Tuan Pengerusi, pada masa ini pihak kementerian sedang menyusun jentera dan juga pentadbiran mereka dengan lebih berkesan lagi di mana di negeri-negeri daripada Jawatankuasa Perunding Hal Ehwal Wanita akan ditubuhkan Majlis Pembangunan Wanita. Saya mengalu-alukan penubuhan Majlis Pembangunan Wanita ini walaupun dalam masa perubahan ini saya berharap pihak kementerian berhati-hati kerana perubahan daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita kepada Majlis Pembangunan Wanita kita harus meneruskan kesinambungan dan juga kerjasama yang telah wujud di kalangan wanita di peringkat akar umbi.

Ini harus diberi perhatian oleh kementerian kerana kita berharap apabila Majlis akan mengambil alih tugas Jawatankuasa Perunding Hal Ehwal Wanita dia tidak akan menghambat pembangunan dan juga usaha-usaha pembangunan wanita yang telah pun kita laksanakan. Saya berharap supaya pihak kementerian mengambil langkah-langkah yang perlu supaya kepimpinan-kepimpinan yang ada di peringkat akar umbi ini akan dapat terus memberikan perkhidmatan mereka tanpa menimbulkan apa-apa keresahan ataupun timbul apa-apa rasa tidak puas hati di kalangan mana-mana pihak.

Saya percaya jika masalah ini dapat ditangani dengan baik dan kepimpinan di peringkat negeri memainkan peranan dengan baik, insya-Allah, usaha-usaha ke arah itu akan dapat kita jalankan dengan berkesan.

DR.27.6.2002 17

Tuan Pengerusi, mengenai peralihan ini juga saya berharap kepada pihak kementerian juga dapat mempertimbangkan Setiausaha Kerja Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan ia juga ada kaitan dengan Pusat Khidmat Wanita. Pada masa ini pegawai yang bertugas untuk membantu kementerian di peringkat akar umbi, Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HAWA) dikendalikan di peringkat pentadbirannya oleh Setiausaha Kerja dibantu oleh Penyelia Pusat Khidmat.

Saya tidak tahu selepas ini apakah status mereka ini, sama ada Setiausaha Kerja yang kebanyakan mereka terdiri daripada pemegang-pemegang ijazah.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh gulunglah.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya bangkitkan perkara ini kerana saya berharap supaya pihak JPA khususnya, saya tahu pihak kementerian memang bersimpati dalam soal ini, tetapi pihak JPA hendaklah memberi pertimbangan kepada mereka yang layak.

Saya juga berharap pihak JPA supaya dalam mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Wanita di peringkat negeri hendaklah memberikan pertimbangan kepada wanita-wanita yang muda dan wanita berpengalaman. Gabungkan tenaga ini kerana yang muda mempunyai tenaga yang kuat untuk bekerja. Janganlah hendak hantar yang pencen, yang dekat hendak pencen ke negeri-negeri.

Saya harap JPA akan melihat bahawa Jabatan Hal Ehwal Wanita yang akan diwujudkan ini adalah satu jabatan yang penting dan harus dihalusi pelantikan pegawai-pegawainya. Saya juga pohon pihak kementerian memberikan, melihat khidmat sokongan kepada Pusat Khidmat Wanita.

Masa saya begitu suntuk untuk menceritakan masalah-masalah dalam Pusat Khidmat Wanita ini, walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan bahawa Pusat Khidmat Wanita tidak akan dapat bertugas, bekerja dengan berkesan sekiranya khidmat-khidmat sokongan tidak dapat diwujudkan.

Contohnya, satu, Mahkamah Keluarga, saya ingin bertanya kepada kementerian bila agaknya Mahkamah Keluarga ini dapat diwujudkan kerana banyak masalah keluarga yang kita hadapi.

Yang keduanya, sekarang ini banyak masalah rogol, incest dan sebagainya, kita berharap pihak polis akan mengadakan ataupun mengambil polis-polis wanita sebagaimana di Jabatan Kesihatan, mereka telah mewujudkan One-Stop Crisis Center di Jabatan Kesihatan yang boleh membantu mengatasi masalah-masalah seperti ini.

Tetapi jika tidak ada pegawai wanita, kita bimbang bukan sahaja pengadu-pengadu tidak mendapat layanan yang baik tetapi kadang-kadang pengadu juga akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang tertentu. Saya harap kementerian juga akan memperhatikan perkara ini.

Begitu juga dengan rumah-rumah perlindungan. Oleh kerana mereka yang bermasalah, kita tidak dapat mengatai masalah mereka hari ini dan membiarkan mereka esok dan seterusnya. Kita harus mempunyai rumah perlindungan yang benar-benar lengkap dan mempunyai kakitangan yang memadai.

Akhirnya saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah kementerian juga akan melihat keperluan-keperluan yang lain, keperluan kepegawaian, pegawai kaunseling dan sebagainya. Saya rasa pegawai-pegawai penyelia yang ada hari ini walaupun mereka memang dedicated dalam menjalankan tugas tetapi kita juga perlu mengadakan pegawai-pegawai yang mempunyai kemahiran di dalam kaunseling untuk menjayakan Pusat Khidmat Wanita.

Sekali lagi saya mengucapkan syabas kepada kementerian dan berharap kita akan memberikan sokongan kepada penubuhan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Parit Buntar.

11.25 pagi.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali [Parit Buntar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai Pusat Khidmat Wanita, Maksud P.41 ini, pertama sekali saya

DR.27.6.2002 18

menyokong bukan sahaja diadakan lebih banyak lagi Pusat-pusat Khidmat Wanita di peringkat negeri, di peringkat daerah tetapi saya menyokong supaya pusat-pusat ini berwibawa. Berwibawa ertinya boleh diterima oleh semua rakyat, tidak kira keturunan apa, tidak kira bangsa apa, tidak kira latar belakang apa, tidak kira latar belakang politik apa, untuk menerima Pusat Khidmat Wanita ini salah satunya pusat khidmat terutamanya dalam konteks luar bandar saya fikir, Tuan Pengerusi, yang sangat-sangat memerlukan pusat khidmat sedemikian.

Tetapi bila saya diberitahu bahawa Pusat Khidmat Wanita ini diketuai di peringkat daerah oleh ahli-ahli politik kalau misalnya ahli politik itu bukan wanita, diketuai oleh isteri-isteri ahli politik maka sudah tentulah saya rasa Pusat Khidmat Wanita seperti ini akan canggung dalam menjalankan fungsinya. Apa juga dalam gambaran, ada warna-warna politik sudah tentulah berlaku kecanggungan itu. Ada orang yang suka, ada orang yang tidak suka.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun].

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau bangun.

Tuan Muhamad bin Sabu: Baru hendak berucap.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Nanti, nanti dahulu, tidak habis lagi. Belum mukadimah pun tidak habis lagi. Hendak mencelah apa, mukadimah tidak habis lagi?

Yang kedua, Tuan Pengerusi, saya bila disebut sahaja Pusat Khidmat Wanita, terbayang kepada saya, siapa agaknya klien itu ya? Sudah tentulah kliennya wanita. 49.3% penduduk negara ini ialah wanita dan kadar penyertaan tenaga buruhnya ialah wanita 45%.

Saya fikir wanita yang akan menjadi kliennya wanita terutamanya wanita-wanita di bandar yang bekerja dan wanita-wanita yang di luar bandar juga yang bekerja di bandar dan wanita-wanita di bandar, di luar bandar yang menjadi isteri yang mengalami berbagai-bagai masalah. Semakin kita membangun, Tuan Pengerusi, kita dapati semakin banyak masalah.

Bukan sahaja kepada wanita, bukan sahaja kepada anak-anak bahkan seluruh persekitaran sosial kita menghadapi masalah yang besar dengan pembangunan yang besar yang berlaku di negara kita ini.

Saya tidak tahu sebenarnya adakah pembangunan itu menyebabkan menjadi alat penjana kepada masalah-masalah ini bahkan kita boleh dengan adanya Pusat Khidmat Wanita ini saya fikir ini juga akan menjadi satu penapis kepada menghalang berlakunya permasalahan-permasalahan khasnya melibatkan wanita bila negara ini terus menerus membangun.

Saya fikir Tuan Pengerusi, tentang wanita yang akan menjadi klien tadi sudah tentulah wanita yang mengalami keganasan rumah tangga. Wanita yang bekerja tetapi menghadapi pelbagai masalah seperti kes rogol, sumbang mahram yang disebut gangguan seksual.

Gangguan seksual ini di Malaysia dan juga di negara-negara maju yang lain adalah merupakan masalah yang utama di kalangan wanita-wanita yang bekerja terutamanya. Sebab itu dan Malaysia ini pun saya rasa perangkaan semakin meningkat. Seluruh gejala-gejala ini semakin hari semakin meningkat dan semakin hari semakin meningkat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun].

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Pusat Khidmat Wanita ini bangun berfungsi dalam suasana permasalahan yang semakin meningkat, semakin kompleks semakin meningkat dan semakin kompleks dan semakin meningkat. Oleh itu Tuan Pengerusi, oleh kerana masa saya 10 minit saya, jalan diminta, saya tidak benarkan.

Saya ingin terus kepada tiga perkara besar yang saya fikir Tuan Pengerusi yang penting yang perlu diambil perhatian oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Pertamanya ialah tentang pengurusan Pusat-Pusat Khidmat Wanita ini. Sudah tentulah bangunannya saya tidak mahu sebut sebab apa yang diminta ini sebahagiannya adalah untuk menguruskan bangunan yang hendak disewa, yang

DR.27.6.2002 19 hendak dibeli dan sebagainya. Tetapi yang penting ialah kawal selia. Macam mana kita hendak menyelia, program-programnya hendak diselia, kedatangannya hendak diselia, kehadiran wanita-wanita hendak diselia, wanita-wanita memerlukan dari segi prioritinya perhatian terlebih dahulu dibandingkan dengan wanita yang lain.

Seluruhnya perlu diselia dan kebanyakannya datang dengan pelbagai masalah. Orang tidak akan datang ke Pusat Khidmat Wanita ini agaknya kalau tidak menghadapi masalah. Masalah yang saya sebut tadi Tuan Pengerusi adalah masalah-masalah yang begitu lumrah yang dirasakan oleh wanita-wanita yang mereka merasakan Pusat Khidmat Wanita ini sebagai salah satu daripada pusat yang akan dapat membantu mereka untuk mengurangkan masalah tersebut.

Selain daripada ini ialah soal kakitangan, saya tidak tahu, saya tidak tahu, mungkin di peringkat daerah, saya diberitahu satu orang sahaja yang menjaga. Jenis orang yang menjaga ini jenis yang macam mana? Sama ada mereka faham paling tidaknya tiga areas besar, Tuan Pengerusi iaitu ilmu, adakah mereka sebenarnya orang-orang yang memiliki ilmu yang mantap. Bukan sahaja berilmu sebab biasanya kalau kita ambil orang daripada mempunyai ijazah ataupun diploma atau pun SPM, saya rasa mungkin dia ijazah dalam bidang pengurusan, tetapi dia tidak berijazah dalam bidang mengurus orang-orang yang ada masalah. Mengurus orang yang tidak ada masalah ini pun ada masalah. Apa lagi mengurus orang-orang yang sudah bermasalah, hendak diurus untuk menyelesakan masalah.

Oleh sebab itu, saya fikir kakitangan yang akan berkhidmat di Pusat Khidmat Wanita ini paling tidaknya mempunyai asas-asas psikologi, paling tidaknya mempunyai asas-asas pengertian, pengalaman dan juga ilmu mengenai wanita dan kewanitaan, paling tidaknya mempunyai asas-asas mengenai jaringan masalah yang dihadapi oleh wanita-wanita ini. Sama ada wanita yang tunggal, wanita yang belum berkahwin, wanita yang sudah berkahwin, wanita yang dalam peringkat umur antara dua puluh ke tiga puluh tahun, tiga puluh ke empat puluh tahun dan seterusnya dan seterusnya, setiap satunya mempunyai masalah-masalah tersendiri.

Hatta wanita-wanita yang masuk dalam gerbang menopaus misalnya, mempunyai masalah-masalahnya yang tersendiri yang juga sebahagian besarnya saya rasa di desa-desa terutamanya, wanita-wanita tersebut hanya memendamkan sahaja masalah-masalah tersebut kerana tidak ada pusat khidmat-khidmat wanita seperti mana yang hendak dijalankan ini.

Kemudian yang berikutnya bukan sahaja dari segi ilmu dan kemahiran. kemahiran kita menangani, kemahiran kita berhubung, kemahiran kita berkomunikasi, kemahiran kita melihat masalah, kemahiran kita meneropong masalah, kemahiran kita mengumpulkan bahan-bahan masalah, kemahiran kita mengkaji masalah, kemahiran kita meletakkan prioriti-prioriti kepada masalah dan kemahiran kita meletakkan option kepada penyelesaian masalah.

Saya fikir, kalau kemahiran-kemahiran ini tidak ada, akhirnya Pusat Khidmat Wanita ini menjalankan kerja utamanya seperti pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain yang biasanya banyak menggubah bunga, banyak belajar membuat kek, banyak belajar membuat puding – berbagai-bagai puding dan sebagainya. Ini penting sebagai satu langkah dalam Pusat Khidmat Wanita sendiri. Akan tetapi saya rasa bukan ini, saya rasa yang pentingnya ialah bagaimana kita dapat bersama-sama secara yang bercredibility, dengan izin, untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita ini.

Oleh sebab itu, timbul kemahiran tadi Tuan Pengerusi dan saya harap kalau begitulah misalnya keperluan yang ada kepada kakitangan yang akan menganggotai Pusat Khidmat Wanita ini, sudah tentulah pemilihannya pun biarlah agak rigid sedikit, pemilihannya mengikut peraturan-peraturan, pemilihannya mengikut syarat-syarat dan pre-conditions, dengan izin, yang sesuai untuk dia mengelolakan tentang memberikan khidmat kewanitaan kepada peringkat yang namanya daerah, yang namanya mukim dan sebagainya.

Kemudian berikutnya Tuan Pengerusi ialah tentang sikap. Saya rasa ini satu perkara yang sangat penting dalam mana-mana khidmat wanita atau yang bukan wanita. Kita boleh beri ilmu, kita boleh beri kemahiran tetapi sikap yang berkaitan dengan attitude, dengan sistem nilai ini, inilah yang paling sukar. Oleh sebab itu, satu orang yang akan mengendalikan pusat ini faham latar belakang misalnya, kalau orang

DR.27.6.2002 20

Islam yang datang, latar belakang penyelesaian masalah mengikut perspektif Islam. Kalau yang datang misalnya orang daripada agama Buddha, kita pun faham misalnya tentang cara-cara, pendekatan-pendekatan Buddhism untuk menyelesaikan masalah. Kalau yang datang misalnya daripada Kristian iaitu orang yang beragama Kristian, maka pun kita faham peruntukan-peruntukan dalam agama untuk menyelesaikan masalah.

Kalau ini tidak difahami, semuanya kita menyelesaikan atas satu cara sahaja penyelesaian, tidak mengikut tahap-tahap, tidak mengikut lingkaran-lingkaran, tidak mengikut persekitaran-persekitaran yang berbeza di antara seorang yang datang dengan seorang yang lain, saya rasa kemungkinannya pusat wanita ini tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Begitu juga Tuan Pengerusi, yang saya fikir yang sangat penting dengan Pusat Khidmat Wanita ini, sekali lagi saya hendak menekankan ialah tentang bandar dan luar bandar. Di dalam bandar ini, biasanya banyak juga NGO yang telah menyediakan lebih kurang Pusat Khidmat Wanita seperti ini yang kadang-kadang NGO-NGO ini jauh lebih profesional.

Saya tidak mahu melihat dalam keadaan, oleh kerana ia pertubuhan kerajaan, ia tidak diberikan perhatian, orang pergi kepada NGO-NGO. Memanglah lebih baik sebenarnya tetapi kalau misalnya kita yang memberikan khidmat daripada lingkungan kerajaan, kemungkinannya sukar diterima atau diterima tetapi tidak banyak memberikan kesan gandaan kepada wanita yang mendapat khidmat daripada ini, maka saya rasa sebagai institusi kerajaan, kita akan gagal.

Saya bukan hendak mengatakan yang kita kena compete terus menerus dengan institusi swasta seperti NGO-NGO dan sebagainya, dan kita harus menggalakkan tetapi adakah dalam peringkat ini, adakah dalam perancangan kita supaya kita dapat meneropong tentang rujukan-rujukan yang kita boleh buat untuk dijadikan sebagai bahan rujukan yang dapat memantapkan terutama di peringkat awalan-awalan ini. Saya yakin Pusat Khidmat Wanita ini di sebahagian besarnya adalah merupakan awalan-awalan dan sudah tentulah kita memerlukan rujukan-rujukan daripada NGO yang saya katakan tadi tetapi juga rujukan-rujukan di luar negara.

Saya pernah pergi beberapa tempat di Singapura misalnya, Pusat Khidmat Wanita ini yang berfungsi hampir 24 jam yang dikendalikan oleh NGO-NGO dengan seluruh kakitangannya ialah orang-orang yang qualified – psychologists - yang mana mereka adalah merupakan orang yang pakar dalam bidang communication, khas yang pakar dalam bahagian gender sensitivity, yang pakar dalam bidang kewanitaan, yang memang buat Masters degree, Ph.D. dalam bidang wanita ini. Orang-orang ini menjadi bahan-bahan rujuk, pakar-pakar rujuk untuk menyelesaikan masalah-masalah wanita.

Oleh sebab itu, tempat-tempat ini biasanya dikunjungi. Saya pergi waktu malam, saya tengok di waktu malam memang ramai. Memanglah antara waktu siang dan waktu malam, oleh kerana masyarakat Singapura adalah masyarakat yang bekerja, maka didapati di waktu-waktu petang dan malam adalah waktu-waktu yang paling popular orang-orang ramai mengunjungi Pusat Khidmat Wanita ini.

Akan tetapi mereka datang pasal apa? Kredibiliti. Mereka datang pasal apa? Ilmu yang diberi itu betul-betul sesuai, selari dengan masalah yang mereka hadapi. Kenapa mereka datang lagi? Kerana kemahiran yang ditunjukkan. Kenapa mereka datang lagi? Kerana susulan yang diberikan kepada mereka. Kedatangan yang pertama disusul dengan kedatangan yang kedua. Kedatangan yang kedua disusul dengan kedatangan yang ketiga, dengan menggunakan data-data yang diletakkan di dalam komputer, data-data yang sentiasanya hidup dan inilah saya rasa di antara perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian.

Tuan Pengerusi, saya fikir dalam hal ini tentulah tentang latihan dan kita hendak kalau boleh, kalau misalnya pusat-pusat yang sedemikian berada….

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat…..

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: …Di setiap daerah, di setiap negeri.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masa cukup!

DR.27.6.2002 21 Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Satu minit sahaja lagi, ini menggulung. Menggulung satu minit.

Maka sudah tentunyalah Tuan Pengerusi supaya latihan. Memanglah mungkin kita ada satu akademi wanita yang boleh melatih ahli-ahli dan orang-orang yang memberikan khidmat di Pusat Khidmat Wanita ini tetapi latihan yang bersungguh-sungguh, datang bekerja sudah ada gambaran, enam bulan yang pertama - ini latihan, enam bulan yang kedua - ini latihan. Tiga tahun yang pertama – ini latihan, tiga tahun yang kedua – ini latihan.

Kalau itu dapat satu struktur latihan yang dirangka sedemikian rupa, maka saya fikir, mudahlah bagi orang-orang yang akan berkhidmat di Pusat Khidmat Wanita sama ada yang sedang berkhidmat atau yang akan berkhidmat, mereka akan tahu career path dari segi tentang latihan yang hendak diberi, dari segi bagaimana mereka hendak hidupkan Pusat Khidmat Wanita itu Bukan sahaja hendak menghidupkan Pusat Khidmat Wanita itu tetapi hendak menghidupkan diri mereka supaya bertambah kredibiliti mereka dan untuk menjadikan pusat wanita ini efektif dan berkesan.

Dengan ini Tuan Pengerusi, saya bersetuju untuk kita mantapkan Pusat Khidmat Wanita ini dengan beberapa cadangan yang saya sebut tadi dalam proses pemantapan itu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Seputeh dan selepas itu Batu Gajah dan Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Seputeh, sila.

11.36 pagi.

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mengalu-alukan peruntukan yang diberi kepada Pusat Khidmat Wanita. Akan tetapi saya ada beberapa soalan yang ingin ditanya kepada Yang Berhormat menteri.

Yang pertama, saya lihat hanya Wilayah Persekutuan Labuan dimasukkan, macam mana dengan Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. Kalau Pusat Khidmat Wanita telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, di manakah tempatnya dan berapa cawangan yang ditubuhkan di Kuala Lumpur?

Saya juga ingin tanya, dengan adanya Pusat Khidmat Wanita tetapi saya rasa jarang adanya publisiti tentang Pusat Khidmat Wanita ini sehingga ramai orang awam dan ramai wanita tidak tahu ada tertubuhnya Pusat Khidmat Wanita untuk mereka. Jadi, saya mencadangkan supaya kementerian juga mengadakan publisiti seperti risalah dan juga dalam bentuk berita serta televisyen untuk disiarkan kepada orang awam supaya mereka tahu di mana letaknya Pusat Khidmat Wanita di tempat masing-masing.

Saya selalu berpendapat perkhidmatan kepada orang yang kurang bernasib baik dan wanita selalunya dijalankan oleh NGO seperti rumah perlindungan untuk wanita yang dianiayai oleh suami iaitu shelter homes. Sehingga hari ini saya tidak tahu di mana adanya pusat perlindungan untuk wanita seperti ini yang diwujudkan oleh kerajaan. Jadi saya mencadangkan dengan tertubuhnya Pusat Khidmat Wanita di merata-rata tempat, Pusat Khidmat Wanita juga boleh memainkan peranan seperti rumah perlindungan untuk wanita-wanita yang perlu seperti apa yang dicadangkan oleh Parit Buntar juga.

Dari segi pegawai, masalah perkhidmatan awam sekarang adalah kebanyakan pegawai kerajaan terdiri daripada kaum Melayu. Ini menyebabkan kaum bukan Melayu selalu menghadapi masalah untuk mendapat bantuan daripada pegawai-pegawai kerajaan. Jadi, saya berharap Pusat Khidmat Wanita ini juga akan dibuka kepada golongan wanita bawahan yang kebanyakannya kurang fasih dalam bahasa Malaysia. Jadi, saya mencadangkan kementerian akan menggaji lebih ramai pegawai serta kakitangan yang terdiri dari golongan bukan Melayu untuk memberi perkhidmatan kepada mereka supaya hak meminta bantuan mereka tidak dinafikan kerana kurang berupaya berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.

Dengan ini, saya juga mencadangkan di Pusat Khidmat Wanita diadakan jadual perkhidmatan kaunseling dalam pelbagai bahasa kepada golongan wanita yang memerlukan bantuan ini. Saya juga mencadangkan kementerian menggaji lebih kaunselor dan juga peguam untuk memberi bantuan kepada golongan wanita yang

DR.27.6.2002 22

menghadapi masalah rumah tangga dan juga perkahwinan. Walaupun negara kita bukan sebuah negara kebajikan seperti yang diutarakan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat tadi tetapi kerajaan harus lebih prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Saya mencadangkan kerajaan memberi lebih peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan juga Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat supaya mereka berupaya untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan supaya kementerian ini juga mampu memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal yang betul-betul menghadapi masalah kewangan dan perlukan bantuan wang. Ini adalah sejajar dengan objektif Wawasan 2020 yang dikeluarkan oleh Barisan Nasional.

Jadi, adalah perlu bagi Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk melatih lebih ramai kaunselor untuk tujuan ini. Saya juga mencadangkan kementerian juga memberi perhatian terhadap isu pusat jagaan kanak-kanak untuk wanita yang berumah tangga dan bekerja supaya membolehkan mereka bekerja dan pada masa yang sama anak mereka dijaga dengan baik dalam pusat jagaan kanak-kanak ini. Saya mencadangkan juga kementerian ini mendorong DBKL, majlis perbandaran dan majlis daerah untuk mendirikan pusat jagaan kanak-kanak untuk mereka.

Akhirnya, saya juga ingin menarik perhatian daripada Yang Berhormat Menteri tentang suatu undang-undang iaitu Law Reform Marriage and Divorce Act Fasal 12 mengenai keperluan untuk mendapat persetujuan daripada ibu bapa sekiranya seseorang yang belum mencapai umur 21 ingin berkahwin. Dalam Fasal 12 undang-undang ini, dia mesti mendapat persetujuan daripada ayah sahaja. Dia hanya boleh mendapat persetujuan daripada ibu sekiranya ayahnya mati. Jadi, memandangkan di negara kita kes perceraian telah pun meningkat dan bilangan ibu tunggal juga pun telah meningkat, jadi Fasal 12 dalam undang-undang ini memang menyusahkan keluarga yang berkenaan.

Selain daripada itu, undang-undang ini juga menurunkan taraf dan juga peranan ibu dari segi keputusan terhadap anak mereka. Sekiranya kerajaan telah meminda Akta Penjagaan Kanak-kanak dan memberi hak penjagaan kepada ibu, untuk menandatangani dalam dokumen kerajaan, kad pengenalan dan pasport untuk anak-anaknya, jadi saya cadangkan Yang Berhormat Menteri juga boleh membawa isu ini kepada Kabinet dan juga meminda Fasal 12 dalam Law Reform Marriage and Divorce Act.

Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Batu Gajah.

11.45 pagi

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perbahasan berkenaan peruntukan untuk Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Tuan Pengerusi, saya akan menyambung teks perbahasan yang telah disediakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam yang tidak diberi peluang untuk menghabiskannya semalam kerana Dewan telah mengehadkan masa sepuluh minit sahaja untuk membahaskan, walaupun kementerian ini kita pembangkang wanita di sini memandang begitu berat berkenaan isu-isu wanita.

Kita tidak boleh jadikan Dewan, kalau hendak mempercepatkan sesuatu rang undang-undang, …

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: …..Kita hadkan sepuluh minit untuk habiskannya, atau kita guna Peraturan Mesyuarat 90 untuk mempercepatkannya seperti lembaga ini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila dengar. Yang Berhormat, ini keputusan bukan kerana semasa kita bangkitkan masalah ini tentang rang undang-undang wanita ini, di peringkat Jawatankuasa, kita semua pun selalu persetujui, ini bukan semata-mata dihadkan kerana semasa Ahli Yang Berhormat bagi

DR.27.6.2002 23 Bukit Mertajam membuat ucapan, bukan itu, jadi saya fikir jangan putar belitkan. Yang Berhormat, sila.

Puan Fong Po Kuan: Ya, terima kasih kerana memberi penerangan Tuan Pengerusi.

Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, saya ingin mendapat pandangan daripada Batu Gajah, jika Tuan Pengerusi ingin mengadakan menyuarakan pendapat beliau pun boleh, walaupun kita tahu bahawa keputusan telah dibuat, tetapi saya rasa kita masih ada masa lagi hari semalam dan sampai hari ini kerana ……

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat ini ….

Puan Chong Eng: Saya tanya penjelasan daripada ….

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: ….Tidak timbul lagi.

Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, saya tanya penjelasan daripada Batu Gajah. Jadi, walaupun kita hendak membuat keputusan, tetapi memandangkan kita masih ada masa dan bukan ramai ahli wanita di dalam Dewan ini, jadi saya rasa yang keputusan sepuluh minit itu tidak perlu diikuti dengan begitu rigid …..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tidak payah buang masa, Ahli Yang Berhormat yang datang daripada lelaki juga boleh membangkitkan dan membahaskan perkara ini, ini masalah bukan semata-mata bergantung kepada kaum wanita.

Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, ..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat, jangan membuang masa Batu Gajah.

Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, saya meminta penjelasan dari Batu Gajah dan beliau pun telah bersetuju untuk peluang saya untuk bertanya beliau. Jadi, adalah untuk Dewan ini berfungsi dengan berkesan, jadi saya rasa ia perlu lebih fleksibel, kalau ada Ahli ada perkara yang relevan yang ingin menghujah mengapa tidak diberi, apakah pandangan Batu Gajah.

Puan Fong Po Kuan: Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, saya akan baca teks …..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai Speaker, sebagai Pengerusi yang mempengerusikan Mesyuarat kena adil kepada semua, jadi apabila masa ditentukan sepuluh minit, kena adil kepada semua dan perkara ini sudah dibuat, keputusan telah dibuat, saya fikir tidak payah dibangkitkan lagi, teruskan ucapan Yang Berhormat.

Puan Fong Po Kuan: Ya, saya akan kemuka …..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Takut nanti masa tidak cukup, Yang Berhormat akan bangkitkan juga.

Puan Fong Po Kuan: Saya akan ke teks ucapan Yang Berhormat Bukit Mertajam, tetapi saya akan bertegas juga dengan pandangan saya, bahawa kita tidak boleh kalau pihak kerajaan hendak mempercepatkan sesuatu rang undang-undang, dia boleh merentikan Peraturan Mesyuarat, mengehadkan masa perbahasan, kalau dia hendak memperlambat kelulusan rang undang-undang ia memperpanjang masa untuk perbahasan.

Berkenaan apa yang telah diperkatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam semalam, saya ingin menyambung teks ucapannya. Saya ingin tahu daripada kementerian apakah kaedah kaunseling yang digunapakai oleh kaunselor di Pusat Khidmat Wanita sebab sekarang ini kita sudah ada kaedah yang baru dipanggil Feminist Counseling yang mengambil pendirian bahawa wanita yang menjadi mangsa ketidakadilan, ketidaksaksamaan atau keganasan harus diberitahu hak mereka dan menggalak mereka mengambil tindakan untuk menegakkan keadilan dan menuntut hak mereka, bukan cara convention di mana mereka diberitahu cara-cara atau jalan-jalan untuk mengatasi masalah dan membiarkan mereka untuk membuat keputusan iaitu cara convention iaitu cara non judgemental.

DR.27.6.2002 24

Saya berpendapat Pusat Khidmat Wanita harus mengguna pakai kaedah itu jenis Feminist Counseling. Pada pengalaman pertubuhan-pertubuhan wanita bukan kerajaan yang memberi perkhidmatan kepada wanita mendapati bahawa ramai wanita menghadapi masalah perceraian dan tuntutan nafkah, sama ada di Mahkamah Syariah ataupun Sivil.

Jadi, saya berpendapat Pusat Khidmat Wanita juga harus memberi bantuan kepada kaum wanita yang tidak mampu mengupah peguam. Dalam perkara ini, Pusat Khidmat Wanita boleh bekerjasama dengan Biro Khidmat Guaman dan Legal Act Services yang dijalankan oleh Bar Council.

Pusat Khidmat Wanita juga harus menyediakan kemudahan perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga. Pengalaman NGO wanita mendapati ramai wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak merasa selamat untuk meninggalkan suami mereka walaupun mereka diancam kerana beliau dan anak-anak mereka tiada tempat untuk pergi.

Saya percaya Yang Berhormat Menteri juga ada membaca satu kenyataan akhbar di mana menyatakan walaupun profesional wanita dipukul oleh suami, mereka masih tidak mahu meninggalkan suami-suami mereka, walaupun mereka profesional.

Jadi, saya ingin memberi pandangan kepada Yang Berhormat Menteri apakah ada kajian dibuat mengapa walaupun wanita profesional, mereka mempunyai kedudukan ekonomi yang baik, mereka boleh mencari pendapatan tetapi masih enggan meninggalkan suami-suami lelaki yang begitu ganas sekali terhadap wanita, apakah kementerian ada membuat kajian terhadap aspek ini dan saya juga merayu agar Pusat Khidmat Wanita juga memberi kemudahan perlindungan kepada wanita-wanita yang dianiayai oleh suami-suami mereka.

Atas sebab yang sama, saya ingin memaklumkan sesetengah ibu juga tidak dapat menolong anak gadis mereka yang menjadi mangsa sumbang mahram, jadi adalah penting Pusat Khidmat Wanita mewujudkan kemudahan perlindungan untuk mangsa-mangsa seperti ini.

Pada pengetahuan saya, Pusat-pusat Khidmat Wanita di negeri Pulau Pinang, dipengerusikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Wanita Barisan Nasional ataupun isteri kepada Yang Berhormat Barisan Nasional.

Saya tidak pantas semata-mata kerana mereka datang daripada pihak Barisan Nasional. Jika mereka berkelayakan dan dapat melaksanakan tugas dengan berkesan serta dapat mencapai matlamatnya untuk menolong semua wanita tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik, saya boleh sokong di sini, tetapi pada pandangan saya pengerusi Pusat Khidmat Wanita haruslah daripada mereka yang terlatih dalam bidang-bidang berkenaan seperti kaunseling, teori-teori pembangunan sosial, teori-teori feminism dan sebagainya.

Ini adalah kerana Pusat Khidmat Wanita adalah untuk membantu wanita yang menjadi mangsa kepada ketidakadilan, ketidaksaksamaan, gender serta keganasan.

Pengerusi-pengerusi Pusat Khidmat Wanita ini haruslah faham sebab-sebab ketidaksamaan gender berlaku dan cara-cara untuk atau cara-cara atau kaedah untuk menangani masalah ini, jangan kerana beliau adalah isteri kepada Ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional beliau diberi peluang atau dilantik jadi pengerusi. Ini akan menghalang objektif-objektif Pusat Khidmat Wanita.

Saya harap Yang Berhormat Menteri ambil perhatian ya. Ahli-ahli Yang Berhormat Barisan Nasional bukan superwomen atau supermen - dengan izin - yang dapat fix all the problems tanpa latihan dan ilmu pengetahuan.

Jika mereka hendak juga menjadi pengerusi, isteri-isteri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Barisan Nasional, jika mereka ingin menjadi pengerusi Pusat Khidmat Wanita saya berharaplah kementerian memberi sokongan kepada mereka dengan menaja mereka untuk mengikuti kursus latihan terlebih dahulu.

Cadangan pihak kami di sini adalah untuk kebaikan semua. Kami juga memerlukan isu-isu wanita, sebab itulah kami juga hadir kepada apa-apa forum yang dilancarkan atau yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga ini.

DR.27.6.2002 25 Puan Chong Eng: Penjelasan. Saya ingin mendapat penjelasan dari Batu Gajah dan juga nanti dari Yang Berhormat Menteri apakah kriteria dan adakah kita dapat tahu apakah kriteria untuk melantik pengerusi kepada Pusat Khidmat Wanita ini kerana yang saya dapati ialah ADUN Wanita Barisan Nasional yang dilantik, yang saya tahu mereka tidak dilatih di dalam bidang ini, seperti yang dikatakan oleh Batu Gajah kita bukan membantah kerana mereka datang dari Barisan Nasional, kami akan membantah kalau mereka tidak mempunyai kelayakan atau kita akan sokong kalau mereka adalah terlatih dalam bidang-bidang yang berkenaan, jadi saya ingin mendapat satu penjelasan bagaimana kerajaan melantik pengerusi dan juga mengupah kakitangan atau pekerja kepada Pusat Khidmat Wanita ini.

Puan Fong Po Kuan: Soalan itu saya harap nanti Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh menggulung ya.

Puan Fong Po Kuan: Saya akan menggulung kerana telah dihadkan masa sepuluh minit sahaja, walaupun banyak suara hati wanita belum habis disampaikan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak payah buang masa Yang Berhormat, sekarang Yang Berhormat baca teks ucapan Bukit Mertajam.

Puan Fong Po Kuan: Saya pun ada isu-isu wanita, saya tidak ada peluang untuk sampaikan.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukuplah, cukup.

Puan Fong Po Kuan: Muka surat di sini yang belum sempat saya sampaikan di sini.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Semalam Yang Berhormat sendiri pun tidak bangun untuk berucap, cukuplah, cukup.

Puan Fong Po Kuan: Tidak bangun, tidak bermaksud saya enggan kerana ada Ahli yang lain sedang bangun.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah, cukup, cukup!

Puan Fong Po Kuan: Oleh itu saya berharap cadangan yang dibangkitkan oleh pihak kami akan diberi jawapan oleh Yang Berhormat Menteri dan berharap Yang Berhormat Menteri, kementerian serta pihak kerajaan dapat melaksanakan program dengan lebih berkesan.

Oleh yang demikian, saya berharap Pusat-pusat Khidmat Wanita ini diurus dengan baik dan dapat dimanfaatkan kepada wanita yang memerlukan bantuan.

Akhir sekali saya juga ingin, saya pasti akan menyokong agar lebih banyak peruntukan diberi kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga ini tetapi saya harap jangan kita membazirkan peruntukan yang diberi dengan mengadakan majlis-majlis menyambut perayaan atau sambutan Hari Wanita di hotel-hotel lima bintang dengan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang. Yang penting adalah masalah diselesaikan, bukannya we have a grand publicity, dengan izin.

Dengan itu saya menyokong peruntukan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, sila.

11.56 pagi

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga [Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil]: Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil peranan di dalam perbincangan untuk kita bersama-sama menimbangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2002 khususnya bagi Maksud P.41 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sebanyak RM4,070,000 di mana tambahan ini dikehendaki bagi membiayai pembelian, pembinaan pengubahsuaian Pusat Khidmat Wanita di negeri Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Selangor.

DR.27.6.2002 26

Sebelum saya menjawab soalan yang lain, saya hendak menjawab sedikit tadi tentang apa yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Yang Berhormat, saya hendak menyatakan selagi saya jadi Menteri di kementerian itu, nothing but the best for the women.

Kenapa pula - apa dia - program yang hendak kita buat melalui kementerian ini oleh kerana kumpulan sasarnya wanita, kita hendak heret mereka ke satu tempat yang akan menyulitkan mereka, dengan izin, Tuan Pengerusi? You mean in your opinion women don’t deserve nothing but the best?

Saya hairan dengan sikap Ahli Yang Berhormat, saya rasa bahawa masanya sudah tiba untuk Ahli Yang Berhormat untuk mengadakan perubahan sikap sebagai seorang wanita juga bahawa sudah semestinya Yang Berhormat pun mahu yang terbaik untuk wanita.

Saya mengucapkan terima kasih dan saya …….

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Puan Chong Eng: [Bangun]

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: No, tidak beri chance untuk laluan sebab masa singkat ya. Okay, tidak mengapa. Okay.

Seorang Ahli: [Bising]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Tidak mengapa, cuma saya takut sebab kita cakap kita hendak kecemerlangan tetapi saya sedih apabila saya melihat bahawa ada setengah daripada kita mempraktikkan double standard, kita cakap perjuangan wanita, kecemerlangan wanita, tetapi saya rasa terkilan dan kasihan kepada wanita apabila hendak untuk menjalankan program untuk wanita hendak diheret ke satu tempat yang menyulitkan, kenapa, no way, Tuan Pengerusi, saya nothing but the best untuk wanita, tidak ada apa penyelewengan atau apa, jadi saya betul-betul hendak menyangkal sikap Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah, mungkin kerana beliau tidak pernah menjalankan program, sebab itu secara teori sahaja senang untuk menyatakan bahawa wanita …..

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, mereka bangun.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: …Mereka do not deserve, dengan izin, but the best. Okay, minta maaf, no laluan. [Ketawa]

Soalan pertama, ……[Disampuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Soalan yang pertama daripada Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam saya ingin menyatakan terima kasihlah kepada Ahli Yang Berhormat kerana saya melihat kalau Ahli Yang Berhormat tidak dicucuk oleh orang-orang lain, kalau beliau sendirinya very good, dengan izin, beliau mengambil tahu tentang perjalanan kementerian.

Puan Chong Eng: Saya rasa dari personality tidak timbul, tidak timbul dalam apa-apa pun, yang itu saya tidak hendak tegur tadi, dan no personal attack, nothing personal, kalau hendak cakap personal, saya pun boleh cakap tentang Yang Berhormat. Ha!

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!

Puan Chong Eng: Tetapi jawab soalan, ha!

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: Saya rasa baik kita speak to professional, jawab soalan yang kita timbulkan di dalam Dewan ini, yang personal itu kalau hendak timbulkan saya boleh timbulkan juga.

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Saya selalu mengikuti perjalanan perjuangan Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Saya dapati bahawa beliau

DR.27.6.2002 27 mempunyai pada umumnya sikap yang terpuji di dalam perjuangan wanita, cuma kadangkala itu.

Namun begitu tentang soalan-soalan Yang Berhormat mengenai PKW, Pusat Khidmat Wanita. Pertama adakah Pusat Khidmat Wanita telah diwujudkan di Sabah dan Sarawak. Di Sabah telah ada Pusat Khidmat Wanita yang mana bangunan dipunyai oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sendiri di Kota Kinabalu. Di Sarawak juga kita telah ada perkhidmatan Pusat Khidmat Wanita di Kuching. Walau bagaimanapun, Pusat Khidmat Wanita Sarawak masih belum ada bangunan sendiri tetapi daripada premis yang disewa.

Perancangan untuk bangunan sendiri di Sarawak akan dilaksanakan bersama kompleks KASIH secara integrated approach dan perancangan KPWK seterusnya ialah untuk mewujudkan satu Pusat Khidmat Wanita bagi setiap daerah. Ini adalah di dalam perancangan kita Yang Berhormat.

Saya awal lagi saya hendak menyatakan kepada semua yang berminat tentang isu Pusat Khidmat Wanita. Pertama kita sedar bahawa kita masih di peringkat persiapan awalan. Di dalam perancangan ini kita mahu mencapai kecemerlangan. Pada masa ini saya mengakui bahawa kita perlu memperbaiki khidmat yang diberikan melalui pusat-pusat khidmat wanita tetapi apabila kita lihat program, status yang dicapai pada hari ini saya rasa hebat juga.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Pertama, sekian lama pusat khidmat ini walau sesiapa pun menjadi pengerusinya adalah hasil usaha secara percuma oleh sukarelawan-sukarelawan sama ada mereka isteri kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ataupun isteri-isteri kepada pegawai-pegawai daerah pun, bukan hanya isteri-isteri pemimpin Barisan Nasional. Yang Berhormat kalau kita lihat rajah di seluruh negara, mereka ini berkhidmat secara sukarela sekian lama. Jadi, saya hendak merekodkan penghargaan kepada mereka.

Namun begitu Yang Berhormat kita akan meningkatkan, kita akan ada kriteria yang lebih jelas dan nyata. Misal kata sesiapa sahaja yang hendak menjadi pengerusi di Pusat Khidmat Wanita mesti kalau tidak ada kelulusan secara formal sama ada sebagai kaunselor atau peguam misal kata tetapi mereka akan diberi latihan…

Puan Chong Eng: [Bangun]

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Ini adalah di dalam perancangan kita insya-Allah Yang Berhormat. Mungkin kalau Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, Seputeh dan Batu Gajah. Why not dengan izin luangkan masa datang ke Pusat Khidmat Wanita kami dan berilah sumbangan secara sukarela? Saya percaya bahawa dengan sumbangan Ahli Yang Berhormat akan bersama-samalah kita meningkatkan prestasi. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Yang Berhormat minta maaf sebab saya diberi masa juga kalau tidak kementerian lain tidak ada..

Tuan Pengerusi: Dia tidak beri jalan Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, dia tidak bagi jalan ya.

Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Keduanya Yang Berhormat Pusat Khidmat Wanita sekarang untuk makluman semua telah dinamakan ‘Rumah Nur’. 15 buah Rumah Nur telah diwujudkan di peringkat negeri iaitu satu Rumah Nur bagi setiap negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Selangor buat masa ini kita ada enam daerah, di Pulau Pinang lima daerah, di Johor ada enam daerah dan di Pahang diwujudkan di lima daerah. Empat negeri yang telah ada bangunan kepunyaan kementerian sendiri ialah Pahang, Kedah, Kelantan dan Sabah. Pusat Khidmat Wanita di Selangor akan siap dan akan diserahkan kepada kementerian di akhir bulan Jun ini, insya-Allah.

Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam dan ini saya hendak merangkumi dengan apa yang disarankan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah tentang isu kaunseling yang diadakan. Saya mengambil perhatian tentang perlunya kita ada kaunselor-kaunselor pelbagai kaum.

DR.27.6.2002 28

Sebenarnya Yang Berhormat saya dapati dalam 1½ menjalankan kerja ini bukan mudah untuk kita mendapatkan tenaga terutamanya daripada wanita untuk datang membantu di pusat-pusat khidmat. Ada kalangan mereka yang mahu membantu tetapi tidak mempunyai kepakaran. Jadi kita kena ada balance, mesti sukarela dan juga mempunyai kepakaran. Perkhidmatan kaunseling memang diutamakan di Pusat Khidmat Wanita. Latihan diberi oleh KPWK dengan kerjasama NGO untuk mewujudkan para kaunselor yang berkhidmat sebagai kaunselor sukarela dan kursus-kursus diperluas dan penempatan para kaunselor dipastikan di setiap PKWK.

Yang Berhormat bagi Batu Gajah ada bertanya tadi, saya tidak tahu sama ada untuk Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam atau untuk beliau sendiri. Apakah kaedah yang digunakan? Saya dengar istilah tadi ya feminist counseling. Yang Berhormat saya hendak menyatakan bahawa kami di kementerian dalam apa jua kita menjalankan tugas kita berlandaskan bumi yang nyata. Gunakanlah apa istilah pun sama ada feminist counseling kah, realistic counseling kah, apa tetapi tugas dan tanggungjawab kita ialah untuk menentukan masalah itu selesai. Misal kata kalau ada seorang wanita datang membuat aduan tentang pergaduhan ataupun diganasi oleh suaminya.

Kita akan membantu mereka tetapi kita tidak akan menyatakan kepada pengadu itu supaya menceraikan suaminya, kalau itu yang dinamakan feminist counseling setakat ini, itu kita tidak amalkan di pusat-pusat khidmat wanita. Tetapi kita memberi keyakinan kepada diri si pengadu itu. Kita membantu mereka untuk pergi ke agensi-agensi yang relevan tetapi saya hendak menyatakan sekali lagi kalau mereka datang ke pusat membuat aduan bukan tugas kita menyatakan supaya mereka ceraikan suami mereka, keputusan itu harus diambil oleh pengadu itu sendiri. Jadi, saya tidak tahu apakah yang dinamakan feminist counseling itu tetapi di pusat khidmat kita, amalan kaunseling yang digunapakai ialah seperti berikut:-

(i) kemahiran kaunselor - mesti ada kemahiran interpersonal atau mesra klien. Kemahiran mengendalikan sesi kaunseling iaitu mengenal pasti masalah, puncanya, mencerakinkan masalah, meneroka dan membuat rumusan dan tindakan susulan dengan cepat;

(ii) kaedah kaunseling secara individu – kaunseling krisis iaitu melibatkan kes-kes yang melibatkan masalah kritikal. Kedua kaunseling penyediaan kemudahan, iaitu kaunselor akan berusaha untuk menyediakan bantuan sebagaimana yang diperlukan;

(iii) kaunseling pencegahan – kaunselor memberi kesedaran awal untuk menyekat sebarang kemungkinan yang memudaratkan kepada klien;

(iv) kaunseling perkembangan – meningkatkan kesedaran kendiri klien itu sendiri; dan

(v) kaunseling kelompok – kita mengamalkan kaedah perbincangan iaitu belajar mendengar masalah orang lain, sumbangan dalam perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah individu harus menyedari masalah sentiasa timbul dan perlu diselesaikan dan tindakan-tindakan perlu diambil. Akhirnya penyelesaian itu mesti diuji dengan penelitian supaya individu boleh menerima atau menolaknya.

Saya mengambil point bahawa perlu ada kaunselor yang berbilang kaum, malah kalau Ahli Yang Berhormat ada nama-nama mereka yang mahu untuk memberi khidmat di Pusat Khidmat Wanita kita, saya amat menghargailah untuk mendapat list nama-nama mereka.

Saya hendak menyatakan di sini saya telah mendengar semua yang menyatakan hujah-hujah mereka tentang harapan mereka untuk Pusat Khidmat Wanita ini terutama Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar. Saya pun merasa hendak terhibur bahawa harapan yang begitu tinggi tetapi teringat saya sebagai Ahli Parlimen, wakil rakyat samalah seperti wakil rakyat daripada Parit Buntar. Kita pun ada pusat-pusat perkhidmatan wakil rakyat. Kadangkala berpeluh juga berkhidmat untuk rakyat.

DR.27.6.2002 29 Mungkin Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar sebagai wakil rakyat memahami betapa harapan pengundi kita tetapi untuk kita menjalankannya kerana menyelesaikan masalah bukanlah sebegitu mudah.

Namun begitu fungsi dan tanggungjawab Pusat Khidmat Wanita adalah seperti berikut:

(i) menerima aduan-aduan daripada wanita mengenai masalah-masalah terutamanya yang berkaitan dengan perkahwinan, penceraian dan tuntutan nafkah, hak penjagaan anak dan sebagainya serta masalah-masalah sosial yang membabitkan ahli-ahli keluarga;

(ii) memberi perkhidmatan kaunseling kepada wanita yang datang membuat aduan;

(iii) memberi maklumat dan penerangan yang diperlukan oleh pengadu;

(iv) menyalurkan aduan-aduan yang diterima kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Mahkamah Syariah, Biro Bantuan Guaman, Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Jabatan Polis Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri serta jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan sukarela yang berkaitan;

(v) menyediakan laporan kemajuan berkaitan status tindakan dan kemajuan berkaitan dengan aduan yang diterima dari masa ke semasa kepada Jawatankuasa Perunding Hal Ehwal Wanita Negeri dan Daerah; dan

(vi) mengadakan program-program wanita seperti latihan, seminar dan perjumpaan wanita.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, Pusat Khidmat Wanita kita perlu mengadakan program-program yang akan membantu wanita di dalam agenda kita, pembangunan wanita tetapi pada masa yang sama Yang Berhormat, bukan semua wanita yang menjadi wakil rakyat seperti Yang Berhormat atau terpelajar seperti Yang Berhormat. Ramai daripada mereka yang dengan izin, look forward untuk pergi ke Pusat Khidmat Wanita untuk belajar membuat puding seperti mana Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar kata. Saya tidak nampak - apa dia - yang dosa mereka, kalau datang ke Pusat Khidmat Wanita you know mostly dengan izin, a lot of women love to cook Yang Berhormat dan kepada saya menghormati ini sebagai satu profesion. Kita tidak boleh memandang rendah kepada wanita yang membuat bunga, yang masak puding, yang belajar membuat kuih.

Pada saya mereka kalau mendapat kepakaran dan ini adalah latihan kemahiran. Saya faham bahawa mungkin semacam Yang Berhormat, saya, pemimpin yang ada di sini kita mungkin memberi perhatian kepada isu-isu advocacy, keganasan dan lain-lain. Tetapi kita kena ingat Yang Berhormat bahawa ramai di belakang itu, suri rumah misal kata dengan izin, they look forward untuk pergi ke program-program ini.

Jadi, saya hendak memintalah kalau boleh Yang Berhormat berilah sokongan kepada kami. Jalankan program kepada mereka ini yang kurang bernasib baiklah seperti kita Yang Berhormat. Sebab itu Kerajaan Barisan Nasional ini kita diundi untuk semua. Kalau misal kata program kita hanya untuk profesional sahaja, untuk wakil rakyat, untuk yang bijak pandai, apa akan jadi kepada wanita-wanita kampung, di luar bandar, makcik-makcik yang mahu belajar misal kata insya-Allah, be good news untuk Yang Berhormat. Good new salah satu program core di Pusat Khidmat Wanita kita ialah latihan ICT.

Kita telah bermula dan di semua Pusat Khidmat Wanita kita akan dilengkapkan dengan komputer dan juga satu module latihan asas. Dibuka kepada semua, terutama ibu-ibu tunggal untuk datang ke Pusat Khidmat Wanita untuk belajar setidak-tidaknya, sejam belajar memasak membuat puding, lagi sejam belajar macam mana hendak menggunakan komputer. Saya rasa ini adalah satu ramuan yang cantik.

DR.27.6.2002 30

Saya ada banyak soalan tadi yang diajukan. Saya ingin nyatakan di sini ya, bahawa di dalam peralihan kita, ini dalam beberapa bulan ini kita mengambil langkah peralihan, daripada Jawatankuasa Perunding kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kita mengambil, we take note dengan izin, ada sedikit sebanyak masalah iaitu apa akan terjadi dengan setiausaha kerja kita dan lain-lain.

Kita di dalam rundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya kalau boleh jika mereka ini mempunyai kelayakan mengikut keperluan Jabatan Perkhidmatan Awam, kita minta mereka ini diberi keutamaan. Tetapi malangnya Yang Berhormat bagi Arau, saya dan di kementerian kita tidak ada kuasa untuk membuat keputusan. Tetapi kita akan recommend mereka, itu pertama

Keduanya, saya hendak menyatakan bahawa sebagai Menteri, saya begitu sensitif sekali dengan pemimpin-pemimpin wanita tidak kira datang daripada mana pun, bangsa, parti, agama dan lain-lain. Mereka yang memberi sumbangan sekian lama kita tidak mengabaikan. Malah Yang Berhormat sudah 2½ tahun apabila portfolio HAWA diberikan kepada saya, tidak ada apa perubahan yang saya lakukan kerana saya mengambil kira peranan yang telah mereka mainkan. Tetapi masanya telah tiba oleh kerana kita hendak meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan kita kepada semua.

Jadi, harus ada satu adunan yang cantik di antara yang berpengalaman dan juga yang baru, yang muda, yang mempunyai kepakaran. Jadi mungkin ada satu, dua yang terpaksa memberi laluan sedikit, bukan kata tidak akan memainkan peranan tetapi memberikan laluan bersama-sama yang baru dan yang lebih muda untuk mereka bekerjasama memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang melalui Pusat Khidmat Wanita.

Akhir sekali, saya hendak menyatakan bahawa Pusat Khidmat Wanita Peringkat Negeri akan diterajui oleh Pengarah-pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan akan dibantu oleh empat kakitangan, satu pegawai dan tiga pembantu kerana kita dapati kalau kita tidak letakkan pengarah kita di Pusat Khidmat Wanita, mungkin susah untuk kita mencapai hasrat untuk berkhidmat untuk wanita. Jadi, berpangkalan dengan itu, kita sedang merancang supaya semua Pusat Khidmat Wanita kita akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada wanita.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Seputeh…..

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Sekejap, sekejap Yang Berhormat ya.

Tuan Pengerusi: Ya, hendak bagi jalan atau tidak?

Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Sekejap lagi Yang Berhormat ya, saya hendak jawab Yang Berhormat bagi Seputeh.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Yang Berhormat, kita sedang mencari bangunan. Adalah didapati bahawa peruntukan yang ada tidak mencukupi. Bangunan begitu mahal sekali harganya di Kuala Lumpur dan kita mencari tempat yang agak strategik. Insya-Allah, ia adalah di dalam rancangan kita, kita akan beri prioriti sebab saya pun sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur, saya tahu bahawa perlunya tetapi buat masa kini, oleh kerana kita ada outlet yang lain melalui kementerian.

Di kementerian sendiri, pada ground floornya, berfungsi juga sebagai Pusat Khidmat Wanita dan ramai yang datang. Juga di pejabat LPPKN kita, mempunyai beberapa perkhidmatan kaunseling dan lain-lain untuk wanita.

Yang akhir sekali, saya rasa bolehlah bagi laluan kepada Yang Berhormat bagi Tumpat.

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tuan Pengerusi: Ya. [Ketawa]

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, kita berhasrat

DR.27.6.2002 31 untuk menyokong peruntukan RM4.07 juta ini. Saya sekadar ingin mendapatkan jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa yang kita luluskan ini ialah untuk Pusat Khidmat Wanita Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Selangor.

Jaminan yang kita pohon daripada Yang Berhormat Menteri ialah ianya tidak akan ‘dilarikan’ ke tempat-tempat yang lain khususnya ke negeri Kedah, khususnya ke Pendang dan Anak Bukit dalam masa dua, tiga minggu ini. [Ketawa] Ini satu amanah yang amat penting dan besar dan saya harap pihak menteri akan menghormati sokongan daripada semua wakil rakyat ini supaya wang ini diperuntukkan kepada negeri-negeri yang disebut ini dan bukan negeri dan kawasan-kawasan Parlimen dan negeri yang akan ada pilihan raya kecil. [Ketawa]

Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Kepada Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat, saya hendak menyatakan sebenarnya di negeri Kedah, telah pun wujud Pusat Khidmat Wanita yang paling canggih. Malah dalam tiga minggu sudah, saya telah turun bersama-sama pemimpin-pemimpin wanita yang lain untuk menghadiri dalam majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Tuanku Sultan Kedah sendiri.

Saya minta maaf kepada Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat kerana sebenarnya kita sudah mendahului semua. Semuanya yang terbaik dan di Pendang, kita telah pun mengambil satu rancangan yang proaktif. Di dalam perancangan kita, sudah berbulan dahulu, memang pun kita akan beri perhatian kepada Pendang. [Disampuk] Bukan di bawah peruntukan ini, oleh kerana perjalanan Pusat Khidmat Wanita di Kedah telah pun mencapai prestasi yang begitu baik.

Saya hendak menjemput Ahli Yang Berhormat, bila ke Kedah nanti, singgahlah untuk melihat ‘Rumah Nur’ kami di Kedah. Tetapi, insya-Allah, jangan susah hati.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]

Dato’ Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil: Ya, terbuka kepada semua. Yang Berhormat bagi Pokok Sena pun dipersilakan tetapi make sure bila Yang Berhormat pergi, saya ada di sana ya. [Ketawa] [Disampuk] Saya khuatir nanti Yang Berhormat gertak wanita yang ada di sana, susah pula! [Disampuk]

Jadi, Yang Berhormat bagi Tumpat, insya-Allah, peruntukan ini akan digunakan seperti mana yang dirancang. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM4,070,000 untuk Maksud P.41 yang disebut dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2002 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM4,070,000 untuk Maksud P.41 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2002.

Maksud P.45 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2002] -

Tuan Pengerusi: Maksud P.45 di bawah Kementerian Sumber Manusia, oleh kerana Maksud P.45 hanya token, ia tidak perlu dibahaskan.

[Tiada perbahasan]

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.45 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 2002 di bawah Kementerian Sumber Manusia hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2002.

Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

DR.27.6.2002 32

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2002 dan Usul Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil2) 2002 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Bacaan Kali Yang Ketiga

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2002 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus tujuh belas juta lima ratus tujuh ribu dua ratus sepuluh ringgit (RM617,507,210) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2002, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang ke sebelas dan kedua belas penyata tersebut;

hendaklah disahkan."

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh yang Berhormat Menteri Kewangan, hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

"Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam ratus tujuh belas juta lima ratus tujuh ribu dua ratus sepuluh ringgit (RM617,507,210) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2002, bagi Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua,

DR.27.6.2002 33

2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 7 Tahun 2002 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang ke sebelas dan kedua belas penyata tersebut.

hendaklah disahkan."

RANG UNDANG-UNDANG

LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2002

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.25 tgh.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu rang undang-undang bernama Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 bagi memastikan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang mana Malaysia telah dipilih sebagai negara tuan rumah berfungsi dan diiktiraf secara sah di sisi undang-undang Malaysia.

Rang undang-undang ini juga akan memberikan keperibadian juristical serta membolehkan Menteri Kewangan dengan persetujuan Menteri Luar Negeri memberi kekebalan dan keistimewaan yang perlu agar badan ini dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, industri perbankan dan kewangan Islam di Malaysia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan semenjak penubuhan Bank Islam yang pertama pada tahun 1983. Pada akhir tahun 2001, sistem perbankan Islam merangkumi dua bank Islam dan sebanyak 33 buah institusi perbankan konvensional yang menawarkan Skim Perbankan Islam atau SPI yang terdiri daripada 14 buah bank perdagangan, 9 buah syarikat kewangan, 5 buah bank saudagar dan 7 buah syarikat diskaun.

Kepentingan industri perbankan Islam telah menunjukkan peningkatan progresif dengan mencatatkan pertumbuhan tahunan purata sebanyak 65% dari segi aset dari tahun 1994 hingga tahun 2001.

Pada akhir tahun suku pertama 2002, peratusan penguasaan bagi aset mewakili 8.4%, manakala deposit berjumlah 9.8% dan pembiayaan sebanyak 6.9%. Di samping itu, pertumbuhan pesat juga dapat dilihat dalam pasaran sekuriti hutang dan ekuiti Islam serta industri takaful.

Negara kita kini mempunyai sistem kewangan Islam yang komprehensif, merangkumi aspek perbankan, pasaran modal dan juga sektor takaful. Di arena antarabangsa, terdapat beberapa buah negara yang turut membangunkan sistem perbankan dan kewangan Islam, masing-masing seperti Bahrain, Sudan, Pakistan dan juga Iran. Sehingga kini, dianggarkan terdapat 177 buah institusi kewangan Islam di seluruh dunia dengan jumlah aset melebihi USD100 bilion.

Di peringkat global, usaha-usaha serius telah dan sedang dijalankan bagi meningkatkan peluang pelaburan agar dana-dana Islam dapat digerakkan dengan lebih berkesan serta memperkukuh institusi-institusi kewangan Islam. Antaranya ialah penubuhan Lembaga Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa dan cadangan penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam.

Kedua-dua inisiatif ini merupakan satu langkah bersepadu di peringkat antarabangsa untuk menggalakkan layanan sama rata dan menetapkan hala tuju strategik dalam membangunkan industri kewangan Islam, meningkatkan asas-asas pengawalan dan penyeliaan yang lebih berkesan ke atas institusi-institusi kewangan Islam serta membaiki prospek pengurusan risiko yang lebih efisien.

Dalam hubungan ini, gabenor-gabenor bank pusat beberapa negara Islam yang utama seperti Bahrain, Sudan, Iran, Arab Saudi, Pakistan, Lebanon, Emirates Arab Bersatu, Kuwait, Indonesia, Malaysia serta wakil dari Bank Pembangunan Islam atau IDB dan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions ataupun AAOIFI telah bersetuju pada 21 April 2002 untuk menubuhkan Lembaga

DR.27.6.2002 34

Perkhidmatan Kewangan Islam dan Malaysia telah dipilih sebagai negara tuan rumah kepada badan piawaian tersebut.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam ialah satu badan khusus yang akan ditubuhkan melalui perjanjian yang ditandatangani oleh anggota-anggota pengasas yang terdiri daripada bank-bank pusat, agensi pengawal selia kewangan utama atau organisasi antarabangsa yang berkaitan dengan penetapan piawaian monetary dan kestabilan kewangan.

Badan ini bertanggungjawab untuk mengeluarkan piawaian berhemat bagi tujuan pengawalseliaan operasi perbankan Islam yang akan diterima pakai oleh industri kewangan dan pengawalseliaan operasi bank dan kewangan Islam sejagat. Pemilihan Malaysia sebagai negara tuan rumah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam merupakan satu pengiktirafan terhadap Malaysia dalam membangunkan sistem perbankan dan kewangan Islam yang berdaya saing di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

Oleh itu adalah wajar bagi kerajaan untuk menyokong usaha ini dengan menyediakan prasarana yang perlu bagi memastikan badan ini dapat berfungsi dengan berkesan. Rang undang-undang ini penting bagi memastikan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam mempunyai rangka kerja perundangan yang menyeluruh dan merangkumi semua aspek dalam penubuhan badan ini termasuklah memberi pengiktirafan undang-undang kepada badan tersebut, keanggotaan dan struktur organisasinya.

Antara aspek-aspek penting dalam rang undang-undang ini ialah pengiktirafan di sisi undang-undang. Rang undang-undang ini memberikan pengiktirafan di sisi undang-undang kepada badan ini berserta objektif keanggotaan dan struktur organisasinya. Dengan pengiktirafan ini badan ini akan dapat menjalankan tugas-tugas dan fungsi-fungsinya di Malaysia dengan sah di sisi undang-undang.

Kedua, keperibadian juristical. Di samping mengiktiraf badan ini di sisi undang-undang, rang undang-undang ini juga memberikan keperibadian juridical dan mengiktiraf badan ini sebagai sebuah entiti yang berasingan daripada anggota-anggotanya. Ia juga memberikan keupayaan undang-undang kepada badan ini untuk berkontrak, memperoleh dan melupuskan aset serta memulakan prosiding mahkamah.

Yang ketiga keistimewaan dan kekebalan. Bagi membolehkan badan ini menjalankan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya dengan sempurna, rang undang-undang ini membolehkan Menteri Kewangan dengan persetujuan Menteri Luar Negeri untuk memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan yang perlu daripada senarai keistimewaan dan kekebalan yang terkandung dalam jadual kepada rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan utama yang secara terperinci dicadangkan melalui Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 ini adalah seperti berikut;

Fasal 1 memperkatakan tajuk ringkas dan tarikh mula berkuat kuasa akta.

Fasal 2 memberikan takrif kepada beberapa tema dan perkataan yang digunakan di dalam rang undang-undang ini.

Fasal 3 memberikan keperibadian juristical dan keupayaan undang-undang kepada Lembaga untuk membolehkannya menjalankan kuasa-kuasa dan melaksanakan fungsi-fungsi menurut perjanjian.

Fasal 4 memperuntukkan bahawa Sekretariat Lembaga akan bertempat di Kuala Lumpur.

Fasal 5 mengiktiraf organ-organ constituent lembaga yang terdiri daripada perhimpunan agong, majlis, jawatankuasa-jawatankuasa teknikal serta sekretariat.

Fasal 6 mengandungi peruntukan-peruntukan yang membenarkan Bank Negara Malaysia untuk menandatangani perjanjian serta menjadi anggota lembaga dengan kuasa-kuasa, fungsi-fungsi dan tugas-tugas yang terkandung di dalam perjanjian.

Fasal 7 memberikan kuasa kepada Menteri Kewangan dengan persetujuan Menteri Luar Negeri untuk memberi keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-

DR.27.6.2002 35 kekebalan kepada lembaga, organ-organ constituent serta orang-orang yang berkaitan terutamanya mereka yang disenaraikan di dalam jadual.

Fasal 8 menerangkan keadaan-keadaan di mana kekebalan-kekebalan tidak akan diberikan.

Fasal 9 memberikan kuasa kepada Majlis untuk melepaskan kekebalan-kekebalan yang diberikan di bawah Fasal 7 di mana kekebalan tersebut akan menghalang pelaksanaan keadilan atau dalam keadaan di mana kekebalan boleh dilepaskan tanpa menjejaskan kepentingan lembaga.

Fasal 10 memberikan kuasa kepada Majlis untuk melantik wakil.

Jadual kepada rang undang-undang ini memperuntukkan keistimewaan dan kekebalan lembaga, organ-organ constituent nya dan orang-orang yang berkaitan seperti berikut;

Bahagian 1 keistimewaan dan kekebalan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam,

Bahagian 2 keistimewaan dan kekebalan anggota-anggota perhimpunan agung, majlis atau mana-mana orang mewakili anggota Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam,

Bahagian 3 keistimewaan dan kekebalan Setiausaha Agung dan anggota-anggota sekretariat; dan

Bahagian 4 keistimewaan dan kekebalan orang-orang yang berkhidmat dalam jawatankuasa-jawatankuasa teknikal.

Cadangan akta di atas dibuat setelah mengambil kira peri pentingnya Malaysia untuk melaksanakan suatu undang-undang bagi memastikan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam akan dapat menjalankan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya dengan berkesan di Malaysia.

Dengan rang undang-undang yang saya syorkan ini saya yakin badan ini akan dapat menyumbang kepada dua perkara penting; meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan dan perbankan Islam, dan mengukuhkan kestabilan institusi kewangan Islam dengan adanya piawaian berhemat dalam mengawal selia aktiviti perbankan Islam terutamanya berhubung amalan pengurusan risiko yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta bagi membolehkan Bank Negara Malaysia menjadi anggota Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam dengan menandatangani dan menyetujui terima Perjanjian Penubuhan Lembaga dan untuk memberikan kuasa-kuasa, keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan tertentu kepada Lembaga serta orang-organ constituent nya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Ya, Tumpat.

12.38 tgh.

Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin turut membahaskan rang undang-undang yang baru sahaja dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan berkaitan dengan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mana kita sedia maklum, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mempunyai rekod yang lama dan panjang bersama-sama dengan gerakan Islam yang lainnya dalam tanah air kita ini dalam mempelopori pemikiran ke arah penubuhan Bank Islam dan sistem kewangan Islam. Oleh itu, dalam konteks dan semangat ini, sudah tentulah walaupun kita dituduh bermacam-macam tetapi apabila ianya melibatkan apa yang boleh memperbaiki lagi hasrat rakyat dan negara untuk

DR.27.6.2002 36

mengamalkan Islam dengan sepenuhnya di negara ini sudah tentulah seboleh-bolehnya kita akan berusaha untuk memberi sokongan di samping memberi cadangan-cadangan dan teguran-teguran bersesuaian dengan matlamat mulia yang kita sebut tadi.

Tuan Mohamad bin Sabu: Yang Berhormat bagi Tumpat…..

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kuala Kedah bangun ya.

Tuan Mohamad bin Sabu: Yang Berhormat bagi Tumpat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat iaitu rang undang-undang ini penting dan kita akan menyokong. Rang undang-undang yang begitu penting, yang begitu baik untuk Malaysia dan rakyat, kenapa dibentangkan dengan tergesa-gesa di bawah Peraturan Mesyuarat 90. Sepatutnya rang undang-undang ini boleh kita bawa balik, kita bincang dan kita akan berikan pandangan-pandangan. Ini Peraturan 90 disegerakan, jadi rang undang-undang yang begitu penting, apa pandangan Tumpat tentang sikap kerajaan dalam meminda rang undang-undang yang begitu penting di bawah peraturan yang begini rupa iaitu dengan tergesa-gesa. Orang yang bukan ahli ekonomi macam kita kena buat study dan kajian. Kita boleh bercakap perkara umum yang berulang-ulang tetapi tidak tumpu kepada rang undang-undang ini. Minta pandangan Tumpat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya memberi kebenaran itu kerana saya adalah diberitahu bahawa tindakan-tindakan untuk menubuhkan atau hendak membuat apa-apa yang berkenaan dengan perkara ini akan dibuat dalam bulan Ogos ini. Itulah sebabnya kita kena luluskan rang undang-undang ini dalam sesi ini juga..

Tuan Mohamad bin Sabu: Tidak Tuan Yang di-Pertua, masalahnya ialah penting bagi kita, kerajaan lebih awal memberitahu benda ini. Benda ini penting, Peraturan 90, benda pinda koma, titik begitu untuk mahkamah akan datang dan sebagainya. Tetapi inilah masalah satu dasar baru, jadi itu yang kita kesalkan Tun. Kita tahu kuasa Tun, saya tidak marah kepada Tun tetapi kerajaan.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Mujurlah Majlis dan Yang Berhormat bagi Kuala Kedah itu bersikap demikian. Kalau di majlis lain pun kalau disuarakan dengan suara mengejut, sudah tentu beliau akan menyerbu saya dan mengatakan "why", saya akan jawab "no" dan sebagainya. Tetapi oleh kerana Yang Berhormat bagi Kuala Kedah ini yang bersikap mulia dan tidak bertindak untuk memecahkan dan merosakkan suasana dan memuliakan Dewan yang mulia ini beliau telah bertanya dengan baik dan itu kita hormati sikap dan tindakan beliau itu. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, kita mendengar tadi daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana pelaksanaan sistem kewangan Islam dalam negara kita baru mencapai kepada tahap sekitar 8% hingga 9% sahaja daripada keseluruhan sistem kewangan yang ada dalam negara ini. Ini sudah tentu adalah pencapaian yang amat tidak memuaskan memandangkan bahawa negara kita telah memulakan konsep pelaksanaan sistem kewangan Islam ini hampir 20 tahun yang lalu dan pencapaian yang sedemikian rendah adalah menunjukkan bahawa jelas pihak kerajaan masih belum bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sistem kewangan Islam dalam negara kita ini.

Begitu juga dalam konteks antarabangsa, dalam sistem kewangan Islam, dengan adanya IDB dahulu kita harapkan dengan kekayaan yang jelas yang ada di pihak negara-negara yang rakyatnya beragama Islam, dengan kekayaan minyak petroleumnya, di Malaysia dan di negara-negara Timur Tengah, kita harapkan bahawa Sistem Kewangan Islam Antarabangsa yang diwakili oleh Bank Islam Antarabangsa (IDB) akan dan sepatutnya merupakan suatu peratusan yang besar dalam sistem kewangan dunia, tetapi malangnya yang masih lagi mendominasi dunia walau apa pun kita sebut tentang Amerika Syarikat atau tentang globalisasi dan sebagainya ialah sistem-sistem kewangan yang dipelopori dan dipimpin oleh dunia-dunia besar, dunia-dunia kuat yang sekarang ini sedang berhimpun di Kanada iaitu Kumpulan Negara-Negara G-8.

Jadi ini adalah suatu perkara yang jelas berlaku terhadap kita dan kita menyeru kepada pihak kerajaan supaya menekankan lagi dan menumpukan lagi ke arah peningkatan yang lebih pantas dalam pelaksanaan sistem kewangan dalam negara ini dan juga di peringkat seluruh dunia.

DR.27.6.2002 37

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat bagi Tumpat. Saya minta pandangan Yang Berhormat bagi Tumpat bahawa setuju atau tidak bahawa soal pelaksanaan sistem kewangan Islam ini, walaupun akta ini kita boleh menyokong tetapi soalnya ialah kerajaan sendiri pun dalam melaksanakan sistem kewangan Islam hanya lebih bertujuan untuk mendapatkan imej dari sudut Islam itu sendiri tetapi dari sudut praktikalnya dari segi simpanan kewangan dari agensi-agensi kerajaan sendiri pun tidak membantu kepada perkembangan pertumbuhan sistem kewangan Islam khususnya di Bank Islam itu sendiri.

Banyak agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan yang tidak menabung, tidak menyimpan termasuk Petronas sendiri. Kalau simpan pun mungkin dengan jumlah yang terlalu kecil, terlalu sedikit begitu juga Tabung Haji dan sebagainya. Kita sangat kesal bahawa kerajaan tidak menunjukkan satu sikap yang serius, bersungguh-sungguh tetapi sebaliknya datang hari ini dengan tergesa-gesa bentang satu rang undang-undang yang kita pun tidak sempat hendak buat satu persediaan dan persiapan.

Sebab itu setuju atau tidak setuju saya katakan bahawa ini hanya untuk imej, untuk menunjukkan bahawa dia Islamic, dia memberikan keutamaan kepada Islam sedangkan dia tidak mendukung hasrat yang sebenar, yang hendak kita bina.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Disampuk]

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Pokok Sena. Itu memang saya berhasrat untuk sebut dan oleh kerana disebut oleh Yang Berhormat bagi Pokok Sena, itulah salah satu daripada bukti dan contoh bagaimana pihak kerajaan tidak benar-benar serius untuk meningkatkan lagi peranan sistem kewangan Islam yang ada dalam negara kita ini. Pelaburan dan simpanan oleh institusi-institusi kewangan dan syarikat yang dipunyai oleh kerajaan seperti yang disebut tadi, Petronas, Tabung Haji, KWSP, kerajaan-kerajaan negeri amat kecil sekali peratusannya kalau pun ada yang dilabur dan disimpan dalam sistem kewangan Islam dalam negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita berada dalam suatu keadaan ekonomi dunia yang masih lagi belum lepas dari masalah-masalah ekonomi dan kewangan yang besar. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan masalah syarikat-syarikat besar seperti Enron. Semalam pula kita dikejutkan dengan sebuah lagi syarikat besar Amerika Syarikat yang bernama WorldCom yang mengakui bahawa mereka telah menipu dalam penyata kewangan mereka dengan tidak menyatakan dengan sebenarnya bahawa sejumlah USD3.9 bilion yang sepatutnya tidak ada tetapi diadakan dalam akaun syarikat tersebut. Ini telah mengejutkan seluruh dunia dan pasaran saham seluruh dunia telah turun semalam.

Nampaknya budaya ini juga ada dalam masyarakat dan negara kita. Semalam juga kita baca dalam akhbar hari ini bahawa sebuah syarikat besar yang bernama TRI, telah membuat keputusan mengejut, tidak membenarkan pemegang-pemegang saham terbesar syarikat tersebut iaitu Telekom Malaysia Berhad dan KWSP untuk masuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan TRI, kerana Pengerusi TRI, Tan Sri Tajuddin Ramli dan kumpulan pemegang saham bersama beliau, walaupun minoriti tarafnya, mengetahui bahawa pihak syarikat yang lebih besar, pemegang saham yang lebih besar, iaitu Telekom dan KWSP merancang, berhasrat untuk menukar beliau dan rakan-rakan beliau dengan orang-orang yang mewakili syarikat Telekom dan KWSP. Ini budaya yang tidak baik.

Dengan tindakan oleh Tan Sri Tajuddin, maka ini telah mewujudkan suasana bukan sahaja pada peringkat kewangan antarabangsa, pada peringkat negara kita pun, ketidaktentuan sikap seorang pemimpin yang berkuasa yang tahu kuasanya sudah tidak ada, tidak mahu melepaskan kepada kumpulan lain yang sepatutnya berkuasa. Dia mewujudkan keadaan dua pemimpin, iaitu yang mewakili TRI, mewakili Telekom – dua pemimpin, dan sudah tentu kalau pada peringkat syarikat ini akan mewujudkan keraguan di pihak pemegang-pemegang saham ....

Tuan Mohamad bin Sabu: Yang Berhormat Tumpat…..

Dato' Kamarudin bin Jaffar: .. Dan akan menjatuhkan nilai saham syarikat tersebut.

DR.27.6.2002 38

Tuan Mohamad bin Sabu: Saya bantahlah pandangan Yang Berhormat bagi Tumpat kerana cuba menyindir negara kita sekarang ada dua pemimpin… [Ketawa] Seolah-olah ada dua Perdana Menteri – satu Perdana Menteri in-waiting, satu Perdana Menteri yang tidak tahu bila dia akan bersara. Jadi, janganlah buat sindiran yang begitu Yang Berhormat bagi Tumpat. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak elok kata begitu.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Ketawa] Saya menghormati tafsiran Yang Berhormat bagi Kuala Kedah itu. Saya merujuk kepada masalah dalam TRI, yang mana ada kumpulan pemimpin yang bernama Tajuddin Ramli, yang tahu kuasanya sudah tidak ada tetapi tidak mahu melepaskan kuasanya dengan menyekat kumpulan yang lebih berhak untuk menghadiri dan yang lebih besar daripada kumpulan beliau daripada menghadiri mesyuarat. Dan ini mewujudkan suatu masalah yang besar dalam syarikat yang terbesar dalam negara kita, iaitu Telekom Malaysia Berhad dan juga sebuah lagi syarikat yang lain, TRI, yang merupakan syarikat telekomunikasi yang besar dalam konteks dunia, yang mana syarikat-syarikat telekomunikasi seperti WorldCom di Amerika Syarikat itu, menghadapi masalah keraguan di kalangan pelabur-pelabur. Jadi, budaya ini, saya fikir, yang kita harapkan melalui sistem kewangan Islam, melalui penubuhan dan pengiktirafan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam ini, akan seboleh-bolehnya cuba menyelesaikan dan mengelak daripada ianya berulang.

Dalam konteks sistem kewangan dunia pula, Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bahawa selepas peristiwa September 11, 2001, dunia Barat sedang mencari kes-kes, peluang-peluang, kesempatan-kesempatan, untuk menghukum dan menyekat maranya sistem kewangan Islam. Saya ada contoh, dalam satu laporan bagaimana sebuah bank yang cuba melaksanakan cara-cara sistem kewangan Islam yang beribu pejabat di Lugano, Switzerland, yang mana pemimpim-pemimpinnya; adalah tokoh-tokoh peniaga Islam seperti Yusoff Nada dan lain-lainnya, Bank Al-Taqwa ini, selepas peristiwa 11 September 2001, diserbu oleh pihak-pihak penyiasat yang mewakili kepentingan Amerika Syarikat, menyerbu ke ibu pejabat bank tersebut di Lugano, Switzerland, menyerbu ke rumah eksekutif-eksekutif kanan bank tersebut dan menutup bank tersebut, walaupun dalam akuan dalam makalah oleh Newsweek bertarikh Mac 26, 2002 mengakui di akhir laporan tersebut, mengatakan bahawa, saya petik, dengan izin, “and prosecutors don’t have enough evidence to make a criminal case against them”. Maknanya, Amerika pun mengakui, akhbar dan majalah Amerika pun mengakui, bahawa kes untuk mendakwa Bank Al-Taqwa untuk mendakwa eksekutif-eksekutif dan tuan punyanya tidak ada, tetapi mereka telah menyerbu, mereka telah menutup, dan bank ini tidak berfungsi lagi hari ini.

Ini yang saya fikir perlu diambil kira oleh tokoh-tokoh daripada Malaysia yang berhasrat untuk mewujudkan suatu institusi Lembaga ini supaya kita tidak menjadi mangsa kepada rencana-rencana, rancangan-rancangan dan sebagainya, oleh pihak Barat, khususnya Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya, untuk mengelakkan daripada berjayanya perlaksanaan sistem kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan juga di peringkat negara.

Sebab itu saya merujuk kepada apa yang terkandung di dalam rang undang-undang ini berkaitan dengan kekebalan-kekebalan. Kita tahu bahawa ini adalah prinsip yang jelas yang ada kepada institusi-institusi antarabangsa. Mereka kebal daripada kebiasaan undang-undang yang ada dalam sesebuah negara, dan dalam kes ini di Malaysia; petugas-petugas, ahli-ahli lembaga dan sebagainya, kebal daripada peruntukan undang-undang jenayah biasa yang ada dalam sesebuah negara. Tetapi yang saya bimbangnya ialah sepertilah di tempat-tempat lain akhir-akhir ini, kekebalan-kekebalan ini akan tidak dihormati apabila datang tekanan daripada kuasa-kuasa besar. Orang-orang yang terlibat dalam kes dan dalam Lembaga ini misalnya, jika walaupun kita yakin tidak melakukan kesalahan, tetapi datang tekanan daripada Amerika atau Britain dan sebagainya, maka kita membenarkan mereka ini ditahan, ataupun sebagaimana yang telah berlaku, belum pun mereka menekan kita, kita yang tahan dahulu – sebut ini KMM, tahan mereka di bawah ISA dan sebagainya, kononnya kerana kita hendak menaikkan nama kita di peringkat antarabangsa.

Jadi, saya pohon jaminan daripada pihak kementerian supaya kekebalan ini benar-benar dihormati dan jangan kita tunduk kepada tekanan oleh pihak-pihak mana sekali pun, yang mempunyai rancangan mereka yang tersendiri, dan rekod negara kita tidak baik dari segi ini, kerana kita banyak tunduk selepas kejadian 11 September

DR.27.6.2002 39 kepada hasrat dan kepentingan masyarakat dan negara lain, supaya kekebalan yang dijamin, diperuntukkan di dalam rang undang-undang ini dihormati sepanjang masa tanpa mengira daripada mana tekanan itu datang. Jadi inilah beberapa perkara yang ingin saya sebut untuk memberi sumbangan kepada perbahasan rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Tambun.

12.51 tgh.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan kerana pada hari ini membentangkan Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002. Saya menganggap ini sebagai suatu mercu tanda kejayaan negara kita, kerana dengan penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (LPKI) yang meletakkan sekretariatnya di Malaysia, secara tidak langsung negara-negara Islam seluruhnya dan akhirnya keseluruhan negara dunia akan menganggap Malaysia sebagai pusat kepada kewangan dan perbankan Islam seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah, kerana selain daripada itu, dengan penubuhan IFLB ini akan wujud satu piawaian antarabangsa untuk sistem perbankan dan kewangan Islam, di mana kita sedia maklum sekarang ini dalam sektor kewangan konvensional, ada piawaiannya sendiri, iaitu di bawah Basel Committee on Banking Supervision. Sekarang ini dalam perbankan dan kewangan Islam akan ada satu di bawah LPKI ini, iaitu piawaian antarabangsa untuk perbankan dan kewangan Islam. Ini meningkatkan status sektor kewangan dan perbankan Islam kepada status yang lebih tinggi, status yang mendapat pengiktirafan dunia.

Dan saya berharap melalui adanya LPKI dan piawaian ini nanti, sistem kewangan dan perbankan Islam yang agak baru dalam dunia ini, bermula pada tahun 1980-an, akan selari dari segi pengiktirafannya di peringkat dunia – orang tidak melihatnya sebagai satu produk yang berlainan dengan produk-produk lain di dalam sistem kewangan dan perbankan antarabangsa. Dan melalui itu juga kita akan mempunyai sistem supervision yang lebih baik untuk sektor perbankan Islam. Saya berharap pengiktirafan dunia ini akan diperolehi. Mungkin ada kesukaran-kesukaran tertentu untuk memperolehinya, walau bagaimanapun saya berharap pengiktirafan ini akan dapat diperolehi nanti.

Kedua, kita sebagai pemimpin kepada sektor kewangan antarabangsa ini, di mana saya nyatakan tadi, saya amat menghargainya, kalau sekarang orang mengenali Switzerland, London dan juga New York sebagai pusat kewangan antarabangsa berasaskan kepada sistem konvensional, yang piawaiannya menggunakan Basel Committee on Banking Supervision, sekarang ini dari segi perbankan Islam, maka pusatnya adalah di Malaysia. Dan kita harap apabila sistem kewangan dan perbankan Islam berkembang kepada taraf yang lebih tinggi lagi nanti, Kuala Lumpur akan diletakkan setanding dengan Switzerland, London dan New York. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat tentulah sistem perbankan di negara kita perlu juga diperkukuh selaras dengan position kita sebagai leader dalam bidang itu.

Saya ingin menolak pandangan Yang Berhormat bagi Tumpat tadi, yang menyatakan tidak banyak kejayaan dan sebagainya, oleh kerana dari segi aset, deposit dan pinjaman, dari segi kadar di antara 6%-10%. Kita kena melihat kepada realiti Tuan Yang di-Pertua. Dari segi aset, keseluruhan sistem perbankan sekarang ini – konvensional dan Islam, asetnya berjumlah RM658 bilion manakala 8% daripadanya yang dimiliki oleh kewangan dan perbankan Islam adalah sebanyak RM50 bilion. Bank Islam dan sistem kewangan Islam diperkenalkan pada tahun 1985. Dalam tempoh 17 tahun untuk mengumpulkan RM50 bilion itu satu kejayaan besar. Dari segi nisbah, mungkin kita lihat, “apalah 8%”, tetapi nisbah ini adalah berteraskan kepada satu base dan base ini sentiasa berubah kerana kita perlu sedar, masa hadapan ataupun kekuatan sesuatu bank itu bergantung kepada environmentnya - dari segi siapa peminjamnya, siapa depositors. Kalau environment itu malap dan tidak berkembang, maka sistem itu tidak berkembang. Bukannya kerajaan yang diletakkan tanggungjawab sepenuhnya – kita tuduh kerajaan tidak serius dan sebagainya, bukan itu. Itu hanya kata-kata politik.

DR.27.6.2002 40

Bank ini bergantung kepada environment. Kalau dalam satu environment nampak dinamik, maka pengumpulan wang jadi banyak, peminjam jadi banyak, perkembangannya banyak, dan perkembangan sebanyak 8% ini – sampai kepada tahap 8% ini suatu yang besar kalau dilihat dari segi 17 tahun manakala sistem konvensional telah wujud beratus-ratus tahun. Dan kalau kita lihat pula dari segi pasaran bon, umpamanya, dari segi pasaran bon, keseluruhan jumlah dalam pasaran bon – bon lebih kurang RM49 bilion, ini satu instrumen baru dalam negara kita sejak 1990-an, di mana sekarang dari segi bon Islam mencapai 37%. Ini satu kejayaan besar. Jadi saya berharap kejayaan besar ini akan terus diperkukuh oleh sistem perbankan kita di Malaysia ini.

Jadi, sehubungan dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi sedikit pandangan saya mengenai dengan perbankan Islam Malaysia sebagai peneraju kepada institusi ataupun sektor perbankan dan kewangan di dunia. Pertama, oleh kerana kita telah diletakkan di kedudukan yang ... [terhenti seketika sambil melihat jam dinding] apa Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua tengok naik gerun saya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Seminit lagi.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Oleh kerana kita telah diletakkan sebagai peneraju kepada sektor kewangan dan perbankan Islam di dunia ini, saya nampak inilah peluang kita untuk mengembangkan sistem perbankan Islam kepada peringkat yang lebih tinggi ke peringkat sehingga ia boleh menjadi satu global product yang datangnya dan dihasilkan daripada negara kita. Kalau kita lihat sekarang ini, negara-negara yang terlibat dari segi perbankan Islam tidak banyak, saya ingat tidak lebih sepuluh, kalau tidak silap saya. Di dunia ada 200 lebih buah negara. Ini satu vakum yang begitu besar yang mana kita boleh memperkembangkan sistem itu.

Dan saya percaya dalam keadaan berhadapan dengan krisis ekonomi, orang kenal bila krisis ekonomi – IMF, kemudian kita memperkenalkan sistem baru. Begitu juga dalam sektor perbankan, kita lihat Islamic banking ini ada kelebihannya berbanding dengan conventional banking, kerana dalam sistem conventional banking, dia menggunakan sistem accounting berteraskan kepada accrued system.

Jadi di sini, bila menggunakan accrued system, dia tidak ada tanda-tanda bahawa bank atau syarikat tersebut menghadapi masalah, kerana pada akhir tahun kita akan lihat keuntungan yang begitu besar, pada hal dia accrued – yang belum lagi dikutip. Manakala sistem perbankan Islam berdasarkan kepada sistem cash basis – apabila wang masuk dalam cash flow, barulah dianggap sebagai kembangan. Di situ kita tahu wang atau pendapatan yang diperolehi adalah pendapatan benar, manakala kalau accrued, ia bukan pendapatan benar.

Jadi di situ, sistem ini ada kelebihan daripada sistem konvensional. Bila digunakan di pihak bank, jadi bank tersebut, bila dia kata keuntungannya RM100 juta, maknanya RM100 juta yang telah diperolehi, manakala RM100 juta yang baru dikutip, mungkin RM70 juta, yang belum dikutip RM30 juta. Itu sebabnya kita dapati tiba-tiba bank dikejutkan dengan NPL yang besar, kerana tidak nampak dalam penyata kewangan bahawa bank menghadapi masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh sambung petang nanti.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Ya, ya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dengan ini, saya menjemput Yang Berhormat bagi Tambun menyambung.

2.31 ptg.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum sesi Parlimen tamat pada pagi tadi, saya berbincang mengenai

DR.27.6.2002 41 dengan peluang Malaysia untuk menembusi pasaran global melalui produk Islamic perbankan dan kewangan Islam. Saya menyatakan bahawa ada kelebihan daripada sistem perbankan Islam dan sistem Islam daripada segi accounting tadi, saya telah jelaskan.

Jadi, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, usaha ini dapat kita laksanakan dan oleh kerana kedudukan kita sebagai sekretariat untuk LPKI ini, maka saya yakin pengiktirafan dunia yang diberikan dan yang akan diberikan kepada Malaysia, ini akan membolehkan kita menembusi pasaran antarabangsa sebagaimana yang saya nyatakan lebih kurang 10 buah negara yang melaksanakan sistem perbankan dan kewangan Islam, maka ada lebih kurang 200 buah negara yang belum. Inilah peluang terbesar kita.

Di samping itu, saya juga menyatakan daripada segi sistem perbankan dan kewangan, kita perlu lebih kukuh daripada sekarang. Umpamanya Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang pergi ke Bank Islam untuk menukar wang tukaran asing, perlu untuk mengisi borang yang begitu detail, manakala kalau kita pergi Bank of Commerce, tidak perlu dan begitu juga kalau kita lihat daripada segi Bank Islam, ia gelap, orangnya pun tidak ceria. Ini seolah-olah budaya Islam atau Islamic culture ini nampak macam malap sahaja. Saya menggunakan ini sebagai simbol kerana bila kita lihat daripada segi index, dengan izin, daripada segi pengeluaran wang, kelulusan pinjaman dan sebagainya tidak begitu efisien sekiranya kita banding dengan bank lain. Kita ambil umpamanya, kalau kita balik yang paling advanced, kita nampak City Bank. Ia ada ATM di tingkat bawah, bukan di banking hall, dan orang begitu sibuk. Ini bermakna bank perdagangan luar ini sudah sampai ke peringkat mereka mencipta satu sistem menggunakan Internet banking yang sesuai dengan keperluan manusia zaman ini, manakala Bank Islam begitu terkebelakang.

Kita tidak boleh mengambil sikap oleh kerana, produk daripada bank, perbankan dan kewangan Islam ini mempunyai market niche kerana produknya berbeza. Maka, oleh kerana ada captise market, ini sudah cukup untuk bank tersebut untuk membuat keuntungan. Sebenarnya, daripada segi perniagaan bank bukan susah. Siapa pun yang ada kepakaran sikit boleh buat kalau mengambil sikap itu. Ia menyediakan satu sistem untuk pendeposit menyimpan wang dan gunakan wang itu meminjam. Sekiranya bank tersebut menggunakan sistem konservatif di mana pemprosesan pinjaman begitu ketat, maka tidak ada masalah NPL, akhirnya dapat keuntungan. Sekiranya ini menjadi mentaliti bank, jadi bank itu tidak akan berkembang dan tidak mungkin menjadi satu badan yang dinamik.

Oleh yang demikian, saya berpendapat Bank Islam mesti keluar daripada ruang mentaliti market niche ini dan meletakkan diri setanding dengan bank-bank lain daripada segi kecekapannya dan sebagainya. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, ia perlu advanced. Dalam budaya moden ini, kita tidak boleh ke belakang.

Saya lihat kalau bank-bank antarabangsa dan juga bank tempatan macam Malayan Banking, lebih advanced lagi, Bank Islam juga perlu menyediakan produk-produk yang lebih inovatif lagi. Sehubungan dengan itu, oleh kerana saya dapati Bank Islam tidak banyak terlibat dalam Internet banking, apa salahnya Bank Islam mengadakan hubungan secara alliance, agreement dan technical agreement, apa sahaja dengan bank antarabangsa supaya expertise di dalam bidang-bidang Internet banking dan sebagainya dapat dipindahkan kepada Bank Islam. Di samping itu pula, personnelnya dapat diberi latihan.

Di sini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, semenjak Bank Islam diperkenalkan sehingga tahun 2002, daripada segi produk, ia ada produk Mudharabah, macam-macam, adakah produk-produk baru diperkenalkan oleh Bank Islam? Jika daripada awal sehingga tahun 2002, produk yang sama sahaja, tidak ada pertambahan, maka nampaknya tidak ada inovatif dalam Bank Islam. Macam mana Bank Islam hendak pergi global, hendak bersaing dengan bank-bank komersial yang lebih hebat lagi.

Saya tidak pernah menyebut tentang perubahan struktur dalam sektor perbankan antarabangsa di Singapura, di Switzerland, di London, sama ada elok implikasi atau tidak dan saya percaya kalau sistem perbankan Islam hendak bersaing dengan sistem lain, mesti aplikasikan perubahan yang sama dialami oleh bank-bank conventional sekarang. Saya ada sentuh tentang universal banking. Baru-baru ini, saya pergi ke London, saya bincang dengan Central Bank. Sekarang menjadi sistem di

DR.27.6.2002 42

sana, tidak ada lagi Commercial Bank. Dalam Standard Chartered Corporation ada semua iaitu Commercial Bank, Merchant Bank, insurans dan stockbroking. Ini memang sesuai oleh kerana kalau kita lihat, kalau wujud dua entiti, satu komersial bank, satu lagi stockbroking. Yang bank ‘A’ ini hendak beli saham melalui stockbroker, hendak pinjam daripada bank ‘A’.

Jikalau keseluruhan duduk di bawah satu entiti, satu entiti ini boleh sebenarnya mengetahui apa yang berlaku di dalam pasaran berasaskan operasi yang ‘A’ ini tadi. Kalau tidak, ‘A’ beli saham, dibiayai dia tidak tahu. Jadi, ini perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku dan saya percaya pihak Bank Islam dan semua institusi perbankan Islam patut melihat kepada perkara ini dan berkembang mengikut apa yang berlaku di dalam sektor perbankan termasuk soal efficiency dan sebagainya seperti yang saya nyatakan tadi.

Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai dengan penyeliaan Bank Islam. Sekarang ini siapa yang selia bank Islam? Bank Negarakah atau badan lain? Saya percaya mungkin Bank Negaralah. Saya pun tidak mengikuti perkembangan. Satu perkara mengenai dengan penyeliaan bank ini, adakah sebenarnya pihak kerajaan rasa bahawa apa yang kita wujudkan sekarang melalui sistem Bank Negara untuk menyelia baik Bank Islam, baik Bank Komersial ini, satu yang cukup memuaskan apabila kita bandingkan pula negara-negara yang lebih advanced.

Saya menyatakan begitu kerana saya lihat di negara-negara lebih advanced sekarang ini, penyeliaan bank tidak lagi diletakkan di bawah Bank Negara. Ia wujud satu entiti lain yang diselia pula oleh Bank Negara. Kalau di sesetengah tempat, ia panggil financial services authority. Logiknya oleh kerana dia fikir Bank Negara akan terikat dengan, yang pertama, dengan birokrasi kerajaan dan yang kedua, oleh kakitangan kerajaan. Manakala sektor perbankan ialah sektor swasta yang berkembang begitu laju mengikut keperluan dan kehendak perkembangan yang berlaku.

Jika orang itu daripada kerajaan yang tidak ada kepakaran dalam bidang bank ataupun ada, diambil 10 tahun lalu, dia tidak mengikuti perkembangan sebenarnya dalam sektor perbankan dan melalui birokrasi kerajaan, perubahan-perubahan dalam sektor perbankan itu tidak akan jadi laju. Mungkin itu sebabnya kita lihat perubahan dalam sektor perbankan di negara-negara yang lebih advanced dan lebih maju begitu cepat kerana ia ada satu entiti lain yang akan menyelia serta kemudian untuk membuat cadangan kepada Bank Negara ataupun Kementerian Kewangan, sistem-sistem baru di dalam sektor tersebut supaya bank yang terlibat di dalam sektor tersebut akan berkembang mengikut keperluan pada masa itu. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana struktur penyeliaan kita.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap tentang bank conventional. Kita kata, bank conventional ini, ‘jahat’. Saya gunakan ‘jahat’ bukan bermaksud ‘jahat’ dalam erti kata yang betul, tetapi kita kata bank conventional ini, matlamatnya hendak cari keuntungan. Ia satu business entity. Memang betullah kalau dalam sektor komersial mesti matlamatnya ialah keuntungan dan buat business. Tetapi kita kata Bank ini tidak betul. Sama ada orang senang atau susah, Bank ini akan kenakan margin yang begitu tinggi. Apabila orang tidak bayar, dia akan kena lagi kos. Sesetengah orang panggil memo interest, past due interest dan sebagainya. Tambah lagi, kalau kena 12%, tambah lagi, macam-macam interest, akhirnya orang yang berhutang kepada bank, asal hutangnya RM100,000 jadi sampai RM300,000 hingga RM400,000. Jadi, kita kata ini ‘jahat’. Dia menghisap darah orang, binatang apa itu? [Bertanya kepada beberapa orang Ahli Yang Berhormat]

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Lintah, lintah.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Lintah. Bukan ulat bulu. [Ketawa]. Ia macam lintah, kita kata bank ini. Jadi, bagaimana pula dengan Bank Islam? Jadi macam mana kita hendak definisikan Bank Islam? Adakah Bank Islam ini juga lintah atau tidak? Mari kita kaji di sini. Kita lihat yang pertama daripada segi struktur-struktur kosnya. Adakah struktur kos Bank Islam dengan struktur kos bank conventional ini sama? Berdasarkan kajian saya, ada sektor-sektor tertentu yang struktur kos Bank Islam lebih tinggi lagi daripada conventional bank. Ada yang sama, ada yang rendah. Jadi, kalau ini hakikatnya, boleh kita katakan samalah. Kalau yang itu lintah, yang ini pun lebih kurang juga. Adakah konsep bank daripada segi Islam ini, mesti jadi lintah?

DR.27.6.2002 43 Pada pandangan saya, bank tidak begitu. Bank Islam ini mesti jadi satu ejen untuk membantu membangunkan sosioekonomi satu negara. Daripada segi konsep Islam, dipanggil Muamalat - membangunkan Muamalat sebuah negara. Jadi, itu matlamatnya. Saya lihat di sini, sistem perbankan Islam dan kewangan Islam memiliki deposit sebanyak RM40 bilion, lebih kurang 9.5% daripada keseluruhan deposit. Ini deposit yang diterima daripada orang ramai, iaitu 9.5%. Kemudian, daripada segi pemberian pinjaman, sebanyak lebih kurang RM24 bilion daripada RM404 bilion, 6.5%. Di sini saya lihat dia ambil deposit daripada orang ramai 9.5%, dia bagi pinjam 6.5%. Jadi, terdapat shortfall 2%. Padahal memberi pinjaman itulah yang membangunkan sosioekonomi.

Jadi nampak di sini bank ini lebih cenderung macam saya katakan tadi kerja bank ini bukannya susah, kalau dia gunakan sistem yang konservatif, ada 10 peminjam, dia cari yang betul-betul terror bagus baru dia bagi pinjam, dia dapat keuntungan. Kalau itu hakikatnya, Bank Islam sama dengan commercial bank, malah commercial bank lebih lagi dinamik kerana memberi pinjaman kepada bukan peminjam-peminjam yang betul-betul dari segi credit worthiness sudah dianggap 100%. Risikonya sudah dianggap kosong. Dia tidak macam itu, tetapi kalau saya lihat dari segi ini, Bank Islam bagi pinjam setelah dia yakin sudah 100% tanpa risiko. Sedikit risiko ada, dia tidak akan bagi.

Saya berpendapat konsep ini mesti dibetulkan. Maknanya bank mesti menjadi ejen kepada pembangunan sosioekonomi negara. Kalau itu hakikatnya, kita tahu dalam pasaran bukan sahaja negara Malaysia, dalam pasaran dunia, di manakah dalam bidang muamalat ini, golongan yang paling lemah sekali? Orang Islam. Mengapa tidak Bank Islam menggunakan orang Islam sebagai pasarannya? Create the Muslim market dan kalau hendak create the Muslim market ke arah untuk membangunkan sosioekonomi atau muamalat umat Islam ini dalam negara dan luar negara, ia mesti mempunyai satu sistem yang berbeza dari sistem conventional ini. Tidak sekadar bagi pinjaman dia mesti mencari, mencipta, mewujudkan networking dengan kementerian, dengan dewan perniagaan dan dengan semua pihak.

Jangan jadi bank komersial dia duduk situ sebagai satu isolated body, konsep dia seorang sahaja. Bank ini mesti lain daripada lain, dia mesti ada hubungan dengan institusi, dengan badan-badan lain anggota masyarakat supaya dapat memainkan peranan ke arah untuk menjadi ejen kepada pembangunan sosioekonomi itu.

Kesimpulan saya berharap peranan Bank Islam ini diletakkan dalam perspektif yang betul menuju kepada cita-cita yang betul untuk membangunkan umat Islam kerana kadang-kala saya dengar kenyataan mengatakan kita berbangga dengan Bank Islam ini digunakan oleh bukan Islam ini, okay, alhamdulillah. Maknanya sistem ini mesti diterima oleh semua orang. It is a global product untuk semua orang. Okay, itu bagus. Tetapi di samping itu macam mana pula posisi umat Islam, jadi kalau bank Islam tapi yang umat Islam tidak benefit sangat, tidak banyak maknanya. Bank tersebut mesti berupaya untuk merubah environment umat di situ untuk memajukan umat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya bagi Kubang Kerian dahulu.

2.50 ptg.

Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillah. Alhamdulillah, sebelum saya meneruskan perbahasan tentang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002, saya mohon izin untuk memetik sepotong ayat Al-Quran berkaitan dengan isu yang kita bincangkan pada petang ini.

Bismillahir-Rahmanir-Rahim [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, Allah telah menghalalkan perdagangan dan jual beli dan mengharamkan urusan niaga yang berasaskan riba.

Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil langkah untuk mengembangkan sistem kewangan Islam dengan membentangkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam pada petang ini walaupun kita kekurangan masa untuk mempersiapkan bahan-bahan bagi membahaskan rang undang-undang ini dengan lebih bermakna kerana keadaan yang tergesa-gesa. Mungkin keadaan yang tergesa-

DR.27.6.2002 44

gesa ini dikaitkan juga dengan perkembangan positif Malaysia sebagai pusat kewangan Islam berikutan peristiwa September 11, di mana beberapa negara yang dahulunya menjadi pusat pedagang-pedagang Islam dan juga pengurus-pengurus kewangan negara-negara Islam melaburkan simpanan umat Islam terutama seperti di Amerika Syarikat dan Switzerland dan kemudiannya telah menjadi terancam kononnya di atas premis untuk menyemak akaun-akaun yang dikatakan ada kaitan dengan kumpulan terrorists, sebahagian daripada fund managers ini telah mencari satu pusat yang lebih terbuka dan bebas daripada campur tangan politik yang sedemikian dan jumlah modal dan tabung kewangan yang sangat besar ini harus kita manfaatkan dengan menjadikan Malaysia sebagai satu daripada pusat kewangan yang berteraskan muamalat Islam bagi menarik pelabur-pelabur dan pengurus-pengurus dana ini untuk memberikan aktiviti ataupun menjalankan urus niaga mereka di Malaysia.

Dalam konteks ini tujuan ini adalah bagus dan satu perkembangan yang positif dan saya yakin jika sekiranya kita dapat menguruskan dengan sempurna dan baik, perkembangan aliran baru tabung-tabung kewangan umat Islam daripada Timur Tengah terutama sekali, satu perkembangan yang sangat positif dalam industri ataupun bidang kewangan Islam akan dapat kita saksikan. Perkembangan yang kita sampaikan pada hari ini telah dimulakan lama dahulu, bermula daripada bentuk lontaran-lontaran pemikiran. Untuk rekod Dewan ini, Allahyarham Tuan Guru Tok Kenali yang telah dikenali sebagai ulama Nusantara, pernah dalam suatu artikelnya dalam tahun-tahun saya ingat dalam tahun 1920-an lagi telah mencadangkan penubuhan dua institusi iaitu perbankan Islam dan Universiti Islam.

Walaupun hasrat ini yang telah disuarakan oleh para alim ulama sebelum daripada negara kita mencapai kemerdekaan pada masa itu sebahagian besar daripada umat Islam tidak dapat memahami isu-isu yang canggih seperti ini. Dan sebahagian daripada masyarakat lain menaruh syak wasangka tentang feasibility dan kebolehgunaan sistem Islam. Para alim ulama kita telah melontarkan idea lama dahulu dan Allahyarham Barqistad daripada Iran umpamanya telah menulis buku Intifaguna, satu teks yang telah dianggap komprehensif dalam menonjolkan pemakaian sistem Islam dalam ekonomi dan kewangan. Ia hanya dapat disempurnakan oleh teknokrat Muslim dan non-Muslim berpuluh-puluh tahun kemudiannya dan dari segi ini kita rasa terhutang budi dengan sumbangan yang telah diberikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kemasukannya dalam kerajaan pada tahun 1982, Bank Islam telah ditubuhkan pada tahun 1983.

Saya tidak ingin mengheret perbahasan kita ke dalam satu arena yang sensitif tetapi perkembangan ini bermula daripada kesanggupan kita untuk menerima hakikat bahawa apa yang telah digagaskan oleh Islam sebenarnya boleh dilaksanakan dengan jayanya jika kita mempunyai keyakinan politik dan keinginan politik ke arah itu. Walaupun tuntutan mengadakan Bank Islam ini telah lama berlalu bahkan para pengguna Islam pada waktu itu menuntut satu sistem perbankan yang menjadi alternatif kepada sistem yang sedia ada dan seluruh aktiviti kewangan kita diselaraskan dengan prinsip-prinsip Islam yang universal.

Tuntutan umat ini tidak boleh berlaku kecuali kita mempunyai hasrat politik dan hasrat politik ini terasnya ialah yakin, keyakinan kita bahawa apa yang telah digubal oleh Allah S.W.T. melalui Al-Quran dan Sunnah Nabinya S.A.W. adalah applicable dalam zaman moden dan canggih seperti ini bahkan ia satu daripada penyelesaian yang munasabah untuk kebaikan umat manusia.

Bank Islam telah berkembang seperti yang telah diungkapkan oleh Yang Berhormat Dato’ Timbalan Menteri Kewangan dalam ucapan pembentangannya bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara-negara lain, bahkan bukan sahaja Bank Islam telah ditubuhkan di negara umat Islam, bahkan Bank Islam telah beroperasi di Switzerland, beroperasi di Amerika Syarikat dan ini adalah satu bukti bahawa apa yang dibawa oleh Islam bukan hanya terhad untuk kebaikan umatnya tetapi adalah untuk kebaikan umat manusia seluruhnya dan daripada sini kita boleh melihat masyarakat bukan sahaja masyarakat Islam tetapi masyarakat dunia daripada golongan bukan Islam juga telah sama-sama menjayakan bukan sahaja perbankan Islam bahkan Islamic bond dan lain-lain urusan kewangan Islam.

Keyakinan ini dan sokongan ini di atas gagasan bahawa Islam adalah untuk well-being of humankind, membolehkan kita merenung sekejap. Yang pertama ialah untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti negara kita dengan perkara-perkara ataupun prinsip-prinsip Islam selaras dengan akta yang kita telah bentangkan pada hari ini. Jika

DR.27.6.2002 45 kita menilai semula, mengapa kita pergi kepada Islamic banking, unsur yang paling penting ialah untuk mengelakkan penglibatan dalam exercise riba.

Dalam membahaskan ataupun membincangkan tajuk riba, kita akan lihat bahawa Al-Quran dalam lima tempat telah menyebut riba dalam satu kronologi, bahasa dan sejarah yang sangat indah dan Allah S.W.T. memulakan perbincangan tentang riba dengan tidak mengharamkannya tetapi dengan mengaitkannya dengan infak iaitu apabila kita memberikan pinjaman untuk mendapatkan keuntungan daripada pelanggan-pelanggan kita, kita sebenarnya telah menyebabkan keadaan masyarakat menjadi tertekan dan sebagai alternatifnya Allah S.W.T. telah menggalakkan penyuburan apa yang disebut dalam istilah sebagai infak

Tiap-tiap kali Allah bercakap tentang riba ia mengaitkannya dengan infak dalam satu tahap demi tahap di mana ayat yang kedua apabila Allah menyebut tentang riba alternatifnya ialah lebih tinggi lagi iaitu zakat iaitu satu infak yang diwajibkan dan bukan sahaja infak yang dilakukan secara sukarela dan pada akhirnya apabila Allah S.W.T. melarang 100% penglibatan umat Islam dengan riba, Allah S.W.T. masih lagi menekankan satu daripada cara selain daripada perdagangan ialah menyuburkan apa yang disebut sebagai infak.

Dalam konteks ini, saya cuba untuk memberikan imbasan umpamanya apabila kita pergi kepada Islamic Banking dengan harapan untuk mengelakkan penglibatan dengan riba dan ini asasnya sebagai seorang Islam pergolakan kepada riba ialah untuk mengelakkan daripada dimurkai oleh Allah S.W.T. kerana dalam satu hadis Rasulullah S.A.W. disebut jika sekiranya satu-satu masyarakat itu berkembang secara terang-terangan riba dan zina, maka Allah S.W.T. akan memberikan mereka punishment sama ada punishment itu dalam bentuk wabak AIDS, dalam bentuk wabak penyakit, dalam bentuk wabak keruntuhan ekonomi, dalam bentuk NPLs bank-bank yang berasaskan interest dan sebagainya adalah satu perkara yang boleh kita bincangkan kemudian tetapi asas yang paling besar bagi seorang Muslim untuk subscribe kepada sistem Islam yang pertama ialah kerana mereka mengakui bahawa sistem ini adalah lebih baik dan yang kedua ialah untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.

Jika keredaan Allah SWT itulah bukan sahaja untuk mencapai keuntungan, bukan sahaja untuk mengambil kesempatan, bukan sahaja kerana untuk meletakkan Islam, Islamic tetapi ialah untuk mencari keredaan Allah S.W.T. dan dengan itu dengan sendirinya mendorong kita membetulkan semua aktiviti kita yang berkaitan dengan ini.

Sebagai satu contoh yang mudah ialah pinjaman Kerajaan Pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri masih dalam framework yang lama iaitu mana-mana pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri sebahagian besarnya diasaskan kepada pemakaian interest. Sebab itulah kita lihat walaupun pinjaman kerajaan negeri ini tidak berbayar tunggakan mereka lebih menjadi besar.

Dalam kesempatan yang ringkas pada petang ini, saya tidak ingin membacakan jumlah pinjaman ataupun hutang-hutang tidak berbayar dan tertunggak termasuk interest bagi negeri-negeri dan jika saya bacakan kita akan lihat negeri-negeri yang dianggap makmur dan maju yang kononnya mendahului Kelantan dan Terengganu yang dianggap lemah dari segi kewangan, hutang mereka berlipat kali ganda lebih besar dan mereka tidak menunaikan tunggakan ini. Pada hari ini dalam surat khabar kita dengar Kerajaan Selangor terhutang mengikut Puncak Niaga sebanyak hampir RM1 bilion hanya untuk syarikat swasta.

Dalam konteks ini, apa salahnya kita memakai framework Islam tadi iaitu jika spirit kita menolak riba yang diasaskan kepada Al-Quran maka kita menyuburkan infak, maka dengan sendiri Kerajaan Pusat mesti memulakan, kita menghapuskan interest terhadap pinjaman yang diberikan kepada negeri-negeri. Backdated, semua tunggakan yang diasaskan kepada interest tadi, accumulated daripada interest tadi mesti dihapuskan.

Ini satu langkah mulia, yang saya kira menunjukkan spirit ini bukan sahaja mencari kesempatan dana dan kewangan besar dari Asia Barat dengan akta ini tetapi akta ini ataupun rang undang-undang ini adalah asas untuk kita mencari keredaan Allah dan dengan itu segala aktiviti kita mesti diselaraskan dengan spirit ini ataupun tujuan ini.

Interest bagi kerajaan-kerajaan negeri di hapuskan. Accumulated loan yang tidak berbayar juga dihapuskan jika sekiranya tunggakan itu berasaskan kiraan interest.

DR.27.6.2002 46

Begitu juga dengan pinjaman kepada para pelajar. Empat peratus, dikatakan service charge. Jika kita mengambil spirit ayat yang telah saya bacakan tadi dan juga ayat yang lain, dengan inzin Tuan Yang di-Pertua, iaitu dalam bahasa yang paling ringkas, Allah SWT berkata [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, Allah membinasakan kekayaan yang di kumpul daripada riba dan Allah menyuburkan sedekah.

Mengapakah anak-anak kita yang akan belajar di institusi pengajian tinggi ini mesti diasuh untuk terikat dengan interest a basis, mengapa kita tidak memulakan kepada generasi baru yang menjadi harapan kita sebagai sedekah. Kita berikan percuma untuk mereka. Walaupun kita lihat mungkin dari segi kiraan kasar kita akan kerugian, kita akan dapat empat peratus daripada pinjaman mereka dan kita akan dapat service charge untuk perbelanjaan pentadbiran, tetapi saya telah sebut berkali-kali biarlah kita seimbang.

Kalau dalam pinjaman e-village yang telah saya sebut RM51 juta tidak ada cagaran, tidak ada interest loan fee dan tidak ada kena mengena dengan Multimedia Development Corporation bukan anak syarikat dia, bukan associate company, dia berikan loan RM51 juta without interest. Kita berikan loan kepada Perwaja without interest, a few billions - beribu-ribu juta - tetapi untuk anak-anak kita yang brilliant, yang telah kita didik untuk mewarisi masa depan kita, mengapa kita ajar mereka dengan four percent interest? Pada saya this is rubbish!

Pemikiran kita masih lagi dalam mind set yang lama. Itu satu contoh. Banyak lagi contoh yang lain. Contoh yang lain pada saya, mungkin sensitif bagi non muslim, pada permulaannya iaitu berkenaan operasi perjudian dalam negara kita. Saya telah sebut dalam Dewan ini sebelum ini, kita telah melesenkan enam perjudian kepada syarikat-syarikat judi yang besar dan masing-masing syarikat judi yang besar ini, didaftarkan (listed) dalam bursa saham kita.

Cadangan saya ialah kita tidak ingin mengganggu kedudukan mereka dalam bursa saham. Kita tidak ingin mengganggu marginal profit yang telah mereka nikmati yang kemudiannya disalurkan kepada para pemegang saham mereka. Apa yang saya ingin cadangkan kita memberikan alternatif kepada syarikat perjudian ini.

Kalau dalam umpamanya, Genting, dia telah diberikan lesen IPP janakuasa elektrik persendirian dan profit margin bagi IPP ialah di antara 18 hingga 20%. Satu profit margin yang sangat besar, yang sangat menguntungkan dan biasanya IPP akan diikat dengan perjanjian pembelian kuasa yang memberikan keuntungan yang lumayan dalam masa yang panjang dengan tidak terganggu sedikit pun selagi mana rakyat menggunakan elektrik, mereka akan mendapat keuntungan.

Baik, kita masih lagi mempunyai cadangan untuk melaksanakan IPP pada masa yang akan datang. Kita berikan IPP ini pada hemat saya kepada syarikat-syarikat perjudian ini dengan syarat mereka menutup operasi perjudian dan dengan itu kita telah selaraskan…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat, Jeli. Beri jalan, ya sila.

Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Kubang Kerian. Dalam rangka kita hendak meluluskan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam, Yang Berhormat Kubang Kerian ada menyebut tentang syarikat-syarikat judi yang diberi lesen, malah bilangan yang diberi lesen makin bertambah walaupun dalam keadaan kesegeraan kita hendak meluluskan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002.

Apakah Yang Berhormat Kubang Kerian sedar bahawa mulai tahun ini kerajaan telah menurunkan duti judi kepada syarikat-syarikat judi ini pada asalnya 10% kepada 4%. Dengan ini memberikan keuntungan yang lebih kepada syarikat-syarikat judi. Jadi adakah selari dengan kita menurunkan kadar duti untuk syarikat judi, pada masa yang sama, kita hendak mewujudkan, hendak menubuhkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam. Minta penjelasan Yang Berhormat Kubang Kerian.

Tuan Husam bin Haji Musa: Itulah yang telah saya sebut sebagai kontradiksi yang berlaku dan kita bukan dalam satu keadaan yang rushing untuk menekankan perkara ini sehingga orang bukan Islam salah faham. Tetapi jika para pemegang saham syarikat perjudian ini boleh diyakinkan, pemberian lesen IPP kepada mereka

DR.27.6.2002 47 akan mengekalkan margin keuntungan mereka dan mereka mesti berhenti daripada perniagaan judi. Saya rasa dia akan disambut dengan baik. Mesti adalah tiga atau empat kerat yang menentang tetapi tidaklah kita dictate oleh dua, tiga orang yang menentang, maka kita terlibat dalam keadaan yang tidak baik. Saya masih berpegang kepada asas Islam iaitu apabila Allah S.W.T. mengharamkan sesuatu ia mempunyai alasannya. Walaupun Allah berkuasa penuh, kita diciptakan oleh Allah dan tidak mempunyai apa-apa hak untuk mempersoalkan apa-apa yang telah ditentukan. Tetapi Allah S.W.T. dalam sifat Ar-Rahman, Ar-Rahimnya melaksanakan sesuatu peraturan Islam dengan ada alasannya, ada reasonnya.

Oleh kerana itu, tiap-tiap kali Allah SWT mengharamkan sesuatu ia memberikan alternatif. Bila Allah S.W.T. mengharamkan riba’, ia menggalakkan perdagangan dan jual beli. Apabila Allah S.W.T. mengharamkan zina ia menggalakkan perkahwinan, apabila Allah S.W.T. mengharamkan minuman keras ia menyediakan berbagai-bagai jenis minuman yang begitu banyak sehingga daun pegaga pun kita boleh minum, jadikan minuman. Apatah lagi buah-buahan lain. Apabila Allah S.W.T. melarangkan perjudian, ia menggalakkan pertandingan yang sihat, apabila Allah S.W.T. melarang tenung nasib ia menggalakkan kita beristikharah untuk mendapatkan gambaran masa depan untuk kebaikan kita.

Dalam spirit inilah kita sentiasa mesti mencari jalan memberikan alternatif kepada masyarakat kita untuk hidup dalam satu keadaan conducive, kehalalan,. Kita membentuk mereka memahami bahawa sesuatu yang halal adalah baik. Sesuatu yang baik adalah berguna bukan sahaja kepada orang Islam bahkan kepada orang bukan Islam. Sesuatu yang haram adalah tidak baik. Dengan cara itu insya-Allah keadaan conducive dapat diwujudkan.

Selain daripada itu, saya ingin mengingatkan kita semua apabila kita menggunakan sesuatu produk Islam baik kewangannya, perbankannya dan sebagainya kita mesti menjaga kredibiliti dan keutuhan kepercayaan masyarakat dengan produk ini dan oleh kerana itu saya menaruh sedikit kebimbangan sekiranya kita tidak menyediakan program-program ataupun sistem-sistem supporting yang lain.

Mungkin satu masa akan ada unsur-unsur sesuatu yang menyebabkan nama baik produk ini akan tercemar. Kita telah mendengar bagaimana syarikat gergasi Amerika sudah dua kali runtuh, dua buah syarikat gergasi telah runtuh, asasnya ialah kerana accounting. Penyelewengan akaun oleh firma–firma yang ditugaskan untuk memberikan perkhidmatan audit mereka.

Saya tidaklah pakar dalam perkara ini tetapi saya rasa kita mesti ada perkara-perkara supporting yang lain termasuk system accountancy Islam. Saya tidak mengaku pada petang ini saya tidak mempunyai wibawa untuk bercakap dalam tajuk ini dengan panjang lebar, tetapi dan jika sekiranya ada yang bertanya apakah beza di antara sistem accounting yang ada dengan Islamic accounting.

Saya juga tidak dapat pada waktu ini menerangkan secara jelas, tetapi saya yakin bahawa dalam tradisi Islam, walaupun kita tengok ini adalah satu perkara yang baru tumbuh tetapi sebenarnya dalam tradisi Islam sebelum daripada kita runtuh, kita telah pun establish seluruh sistem yang berkaitan. Bahkan sistem perdagangan kita, kalau kita bercakap tentang globalisasi sekarang ini, sebenarnya dalam era kehebatan Islam, kita telah pun global.

Tiap-tiap pedagang Islam boleh berdagang daripada Saudi Arabia, daripada Hijaz pergi ke Baghdad, pergi ke Tashkent, pergi ke Turkmenistan, pergi ke Urumchi di China, pergi ke Guangzhou di China dengan tidak memerlukan visa, mereka sudah global dan mereka berdagang dengan unit mata wang yang sama iaitu Islamic currency yang berasaskan dinar dan dirham yang diterima oleh semua masyarakat dagang di seluruh dunia dengan tidak memerlukan mereka menukar currency mereka apabila melepasi sempadan mana-mana negara.

Ini asas perdagangan yang telah kita capai pada satu masa yang lalu dan perdagangan laut juga kita kawal sepenuhnya sebab itu pusat-pusat bandar yang besar pada masa Islam ialah di persisiran pantai, Melaka sebagai contoh. Pasai negara-negara lain, bahkan Maluku, ‘Maluku’ sendiri adalah singkatan daripada perkataan ‘negara raja-raja’. ‘Al-Muluk’ menjadi ‘Maluku’ dalam sebutan Arab telah terkenal sebagai pusat perdagangan. Tetapi apabila penjajah telah menyemaikan semangat nasionalisme di akhir pemerintahan Islamiah - daulah Islamiah Turkey - dan kita runtuh

DR.27.6.2002 48

di atas panggilan nasionalisme yang dibawa oleh seorang British di Hijaz iaitu Lawrance of Arabia dengan seruan, “Kamu bangsa Arab bercakap dengan bahasa Arab, bahasa syurga; kamu keturunan para nabi-nabi, kamu mempunyai tanah haram. Mengapakah kamu harus tunduk kepada orang Turkey sedangkan orang Arab lebih mulia daripada Turkey?” Dan panggilan kebangsaan ataupun Asabiah disahut sehingga kerajaan Islam Turkey runtuh dan seluruh sistem yang telah binakan selama ini runtuh, sistem kewangan runtuh, sistem accountancy kita runtuh, sistem perdagangan kita runtuh, sistem berkerajaan kita runtuh sehingga sekarang barulah kita ingin membinanya semula.

Oleh kerana itu, saya yakin dalam sistem kewangan Islam kita ada supporting exercise yang lain iaitu ialah sistem accountancy Islam. Saya berharap kerajaan dapat memikirkan hal ini supaya kita dapat mengawal perjalanan lembaga badan agensi yang diasaskan di atas asas Islam ini dengan satu kawalan yang sangat rapi, dengan standard yang sangat tinggi sehingga tidak memungkinkan ada unsur penyelewengan untuk meruntuhkannya.

Jika ia runtuh atas nama Islam, ia adalah satu mala petaka bagi kita semua kerana Islam menggambarkan satu standard, satu piawaian yang sangat harus dijagai. Kalau di Amerika mereka boleh runtuh ketika mereka berbicara tentang standard atau piawaian, ketelusan dan sebagainya, maka kita juga mesti mengambil langkah lebih awal supaya sistem accountancy Islam dapat berperanan menyemak perjalanan perkara-perkara ataupun agensi-agensi yang telah kita tubuhkan di atas nama Islam ini.

Saya ingin menyentuh tentang, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, dengan izin berkaitan dengan perdagangan. Jika kita telah melihat, apa yang telah saya sebut tadi, apabila Allah S.W.T. mengharamkan riba’, Allah S.W.T. menggalakkan perdagangan dan ini adalah satu perkara yang sangat penting difahami. Kita tidak boleh menubuhkan ataupun menyuburkan kewangan Islam semata-mata dengan tidak mempunyai satu galakan dan rangkaian perdagangan yang juga Islamic. Rasulullah s.a.w apabila telah berpindah ke Madinah perkara pertama yang didirikan ialah masjid dan perkara kedua yang didirikan ialah bangunan pasar.

Pasar dalam sejarah awal Islam sama bebas dengan masjid. Tidak ada raja yang boleh booking saf yang pertama untuk datang kemudian, orang sudah penuh, dia datang kemudian, ini dia sudah booking tempat dia kerana dia raja, No. Tidak ada sesiapa yang boleh booking saf yang pertama, sama ada dia raja, dia datang awal, dia boleh duduk saf yang awal, dia datang lambat, dia duduk saf yang belakang.

Begitu juga pasar pada awal perkembangan kenegaraan Islam di Madinah. Dalam sistem pasar Rasulullah s.a.w. ia adalah bebas, kepada semua, sesiapa sahaja, kulit hitam, kulit putih, luar negara, dalam negara, Yahudi, orang Islam, Kristian dan sebagainya mereka boleh masuk ke dalam pasar dengan tidak dikenakan sebarang sekatan. Siapa yang masuk dahulu akan dapat tempat strategik, yang masuk kemudian di tempat yang lebih corot.

Daripada semangat ini kita telah lihat bazaris, bazaar in Islam. Islamic history dan ada buku-buku yang banyak, literature yang banyak, bagaimana pasar ini telah berkembang sebagai pusat kenegaraan Islam. Saya tidak mengulasnya secara panjang lebar, tetapi tiap-tiap satu pasar ini adalah lambang kepada galakan perdagangan seperti yang disebut dalam Surahtul Quraisy [Membaca sepotong ayat al-Quran] Ada dua perkara yang begitu obvious hasil daripada perdagangan. Yang pertama ialah kesejahteraan, bebas daripada kemiskinan dan kelaparan. Ini adalah manfaat daripada perdagangan. Yang kedua, ialah keamanan daripada sebarang gangguan dan ketakutan.

Apabila kekuatan perdagangan telah dikembangkan kita akan mendapat dua tema utama, iaitu kesejahteraan rakyatnya dan juga keamanan masyarakatnya. Dalam hal ini, selain daripada penerokaan sistem kewangan Islam yang masih lagi pada saya pada peringkat yang sangat minimum kita boleh mobilize dana kewangan Islam sedunia menjadi satu pergerakan yang dinamik dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan asas perdagangan di negara-negara umat Islam dan juga di negara-negara bukan Islam dengan cara yang lebih terbuka dan kemas. Pada masa-masa akan datang satu kajian yang strategik mestilah dilakukan apakah kelebihan satu-satu negara yang sekarang ini masih belum dieksploitasi kerana kita masih terikat dengan ikatan perdagangan yang diasaskan oleh orang-orang Barat.

DR.27.6.2002 49 Kita terpaksa bergantung dengan transportasi mereka. Kita terpaksa bergantung dengan marketing yang mereka lakukan yang sehingga walaupun anggur yang lebih manis datangnya daripada Iran dan the best orange datangnya daripada Palestin. Tetapi kita masih mengimport orange daripada Amerika dan juga kita mengimport anggur daripada Amerika kerana kita tidak mempunyai maklumat dan perancangan strategik untuk mengeksploitasi kekayaan alam yang dimiliki oleh umat Islam sebagai asas pengembangan perdagangan yang membolehkan kita merdeka dan memberikan kesejahteraan kepada masyarakat dengan satu versi yang baru, yang sama sekali mengetepikan penindasan, mengetepikan eksploitasi, mengetepikan kongkongan dan inilah harapan saya apabila menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Batang Lupar dahulu.

3.18 ptg.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana membawa Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 ini. Nampaknya undang-undang ini adalah undang-undang yang pertama kali dibawa ke Dewan bukan sebagai undang-undang pindaan.

Jadi maknanya adalah inisiatif kerajaan untuk menyelaraskan dan membaiki lagi sistem perundangan untuk perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendengar semua hujah-hujah yang diberi.

Yang pertama tadi saya dengar Yang Berhormat bagi Tambun banyak menyentuh persoalan ketelusan, soal efficiency, soal piawaian, standard dan sebagainya sistem kewangan Islam.

Saya juga mendengar bahawa hanya 20 di antara 200 negara melaksanakan sistem kewangan Islam di dunia ini. Negara kita salah satu daripada negara-negara yang telah melaksanakan sistem ini. Saya juga telah duduk mendengar hujah-hujah yang selepasnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup menyokong sistem kewangan Islam ini kerana saya melihat banyak manfaatnya kalau dibanding secara lateral, dengan izin, sistem kewangan Islam dengan sistem kewangan konvensional. Jadi sistem kewangan Islam walaupun belum dikenal pasti bahkan di antara kita di Dewan ini, apakah produk-produk yang disediakan oleh pihak bank-bank yang mengusahakan sistem ini.

Produk yang kita ketahui pada masa sekarang telah hampir mencukupi untuk perniagaan dalaman negara kita. Kita ada mempunyai pinjaman tetap untuk membeli kereta, business financing, memajukan tanah dan perumahan untuk leasing bahkan trade financing pun kita sudah laksanakan.

Bahkan kita telah mengadakan overdraf untuk business kecil-kecilan. Ini menunjukkan bahawa sistem kewangan Islam di negara ini telah membangun dengan cepat juga dengan dinamik. Walaupun dalam masa yang sama kita mena mendengar juga persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tambun tadi terutamanya keceriaan.

Ini saya amat bersetuju bukanlah maknanya seorang Islam itu wanitanya kena memakai tudung yang menutup aurat, yang lelakinya mungkin mengenakan songkok dan sebagainya. Kita tidak menunjukkan keceriaan. Tetapi keceriaan ini boleh dibangkitkan dalam dua halaman. Manusia itu sendiri iaitu human resource yang berkhidmat dalam sistem kewangan Islam ini mestilah berhijrah daripada satu keadaan yang mungkin dianggapkan lama kepada satu keadaan yang baru.

Saya cukup yakin bahawa ini tidak menjadikan satu kesalahan kalau seorang yang berkhidmat dalam bank-bank Islam atau bank-bank yang melaksanakan perkhidmatan kewangan Islam ini berlaku ceria, berlaku peramah dan nampak terbuka sebagaimana yang dilakukan oleh pihak bank-bank komersial yang lain. Jadi ini kita kena lihat juga dari segi human resourcenya.

Yang kedua, kita kena melihat keadaan bangunan dan pilihan décor dan sebagainya tidaklah kita perlu menunjukkan yang kita itu konservatif dan tidak ada

DR.27.6.2002 50

menunjukkan forward looking ataupun kemodenan. Ini perlulah dilihat juga soal tempat itu sendiri, iaitu bank itu sendiri mestilah menunjukkan tempat yang keceriaan, menarik dan betul-betul menunjukkan kemodenan.

Kerana kita tidak hendak mencerminkan bahawa apa sahaja yang ada hubung kait dengan Islam itu adalah benda yang lama, benda konservatif, obsolete dan tidak moden. Kita mestilah menunjukkan cara dan rupa yang cukup kemodenan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan sistem perbankan Islam ialah berbangkit dalam dua, tiga perkara. Umpamanya, sistem perbankan Islam yang dilaksanakan pada masa ini di negara ini telah menetapkan semua keuntungan, kos pengendalian dan kos pinjaman kewangan yang kita usahakan dapati daripada pihak bank.

Tetapi dalam masa yang sama kalau kita lihat bank konvensional ataupun bank-bank lain, iaitu bank komersial lain, mereka mengenakan faedah. Kadang-kadang faedah ini tidak menentu. Dia turun naik macam daun di tepi laut mengikut angin. Dalam masa yang sama kita juga mempunyai satu sistem lagi dalam perbankan komersial yang masih belum dibendung iaitu sistem compounded interest. Ini amatlah menekankan.

Sebagaimana Yang Berhormat bagi Tambun tadi menyebut kalau kita pinjam duit sebanyak RM100,000 tetapi kalau terlambat pembayaran tiap-tiap bulan umpamanya, hutang kita itu akan menjangkau sampai RM300,000. Jadi ini amatlah menekankan dan amatlah mencerminkan bahawa pihak sistem perbankan adalah satu sistem yang menekan, satu sistem yang tidak friendly, satu sistem yang betul-betul oppressive. Dalam masa yang sama, sistem inilah dijaga oleh pihak kerajaan. Sistem inilah diambil berat oleh pihak kerajaan melebihi kerajaan melihat keselamatan dan kebaikan masyarakat umum. Saya berani menyebut perkara ini kerana banyak perkara yang saya telah diberi maklumat termasuk maklumat-maklumat saya sendiri secara peribadi menerima.

Umpamanya kalau seseorang itu membuat satu pinjaman dan mereka ini adalah rakan kongsi dalam satu syarikat. Apabila seorang daripada rakan kongsi ini menerima satu cek umpamanya dan cek tidak dimasukkan dalam akaun bank ini, tetapi dimasukkan ke dalam akaun dia sendiri tetapi dia menerima cek ini tadi di atas nama syarikatnya. Kalau kes itu dibawa ke mahkamah Tuan Yang di-Pertua, saya cukup yakin bahawa pihak bank tidak akan dipersalahkan untuk mengeluarkan duit itu kepada si rakan kongsi itu tadi.

Ini undang-undang kita. Undang-undang ini ialah khususnya untuk menyelamatkan atau menjagakan sistem kewangan negara ini daripada menjagakan keselamatan individu yang berkenaan. Kita mempunyai kes-kes di Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan atas perkara ini dan juga walaupun sekarang telah dihapuskan soalan penalty interest oleh pihak mahkamah tetapi compound interest ini masih menjadi satu tekanan yang amat besar kepada pihak peminjam daripada bank komersial.

Tetapi dalam masa yang sama kalau kita meminjam daripada Bank Islam, perkara ini langsung tidak berbangkit kerana penetapan keuntungan, penetapan kos dan penetapan kos fund sudah ditetapkan apabila kita membuat satu perjanjian dengan pihak bank itu semasa kita meminjam dan mendapat kemudahan daripada pihak bank.

Jadi dalam keadaan yang demikianlah mengapa saya mengatakan Bank Islam ini atau sistem perbankan Islam ini jauh lebih baik daripada sistem bank komersial yang ada di negara kita ini.

Jadi dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh melihat dan tidak boleh bersikap double standard. Undang-undang patut diwujudkan untuk membanteras bank-bank komersial ini supaya berjalan sama dengan aliran Bank Islam. Maknanya Bank Islam mestilah diambil sistem Bank Islam kita dan sistem dokumentasi Bank Islam kita mestilah diambil menjadi satu model kepada bank komersial.

Umpamanya apa yang kita tidak ada pada masa sekarang Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pihak Kementerian Kewangan hendaklah melihat perkara ini. Yang Berhormat menteri sudah masuk. Jadi saya berharap ambil nota sedikit.

DR.27.6.2002 51

Di Malaysia kita belum lagi mempunyai undang-undang yang dikatakan unfair contract term. Jadi di bawah unfair contract term ini telah membanteras penalty interest dan compound interest di England. Jadi dengan keadaan yang sedemikian perbankan komersial biasa yang kita warisi daripada England dahulu yang dilaksanakan di sini telah jauh lebih baik daripada sistem bank komersial di negara kita, kerana mereka mewujudkan satu undang-undang yang membanteraskan suppressive and oppressive behavior komersial bank ini.

Jadi saya berharap pihak kerajaan melihat supaya perundangan-perundangan yang tidak menekankan sangat pihak dalam bank komersial ini diambil kira dan diwujudkan satu undang-undang yang tertentu supaya pihak masyarakat kita yang menggunakan kemudahan di bawah bank komersial ini tidak tertekan begitu sangat.

Walaupun saya memuji sistem perkhidmatan kewangan Islam ini lebih baik dan tepat dan tidak fluctuate dan tidak juga menekan, tetapi dalam masa yang sama kita mahulah melihat perkhidmatan yang diberi oleh pihak Bank Islam, pegawai-pegawainya, kepiawaiannya dan sebagainya mestilah mendapat standard-standard yang bertaraf antarabangsa.

Dalam keadaan yang sedemikian kita perlu memperbaiki lagi Bank Islam ini. Jadi dalam masa yang sama untuk mengelak daripada masalah-masalah yang berbangkit dalam bank komersial saya menyarankan supaya pihak kerajaan dan pihak kementerian mempromosikan lebih lagi Bank Islam ini, penggunaan Bank Islam ini di kalangan masyarakat kita.

Kita mempelopori kegunaan Bank Islam ini bukan sahaja untuk digunakan pertukaran kewangan dalaman ataupun pinjaman kemudahan dalaman tetapi juga dipelopori antarabangsa. Kita pelopori produk-produk yang boleh digunakan perniagaan antarabangsa. Kita bawakan Bank Islam, bank-bank sistem Islam ini ke Labuan umpamanya.

Kita sarankan kepada pihak-pihak yang tertentu dan menunjukkan kepada mereka bahawa sistem ini jauh lebih baik, jauh lebih friendly dengan izin, daripada bank komersial yang sedia ada di negara kita ini.

Jadi pada masa sekarang, walaupun kita sudah mempunyai cawangan-cawangan Bank Islam yang tertentu, kita telah mempunyai bank-bank komersial yang menggunakan sistem pinjaman dan sebagainya bagi bank yang tertentu, tetapi ada di kalangan masyarakat Malaysia ini sendiri yang masih skeptikal, yang masih curiga, yang masih belum mengetahui penuh, soalan sistem kewangan Islam ini. Inilah yang kita kena besarkan promosi kita, hebatkan promosi kita di kalangan masyarakat kita sendiri sebelum kita mempelopori barang ini ataupun produk perbankan Islam ini ke luar negara.

Jadi, kita boleh selepas itu menunjukkan betul-betul negara Malaysia ini adalah sebuah negara contoh yang boleh menggunakan semua sistem Islam ini diguna pakai dalam apa bidang sekalipun. Saya tahu dalam perdagangan antarabangsa, kita telah mewujudkan LC dalam Bank Islam, kita telah mewujudkan dua, tiga produk yang lain untuk Bank Islam, kita juga sudah mewujudkan overdraf untuk Bank Islam.

Saya belum mengetahui sama ada penetration kita, dengan izin, persoalan off-shore financing dalam Bank Islam ini telah diguna pakai. Apakah nisbah ataupun percentage nya kemasukan ataupun penetration kita dalam sistem kewangan Islam ini yang berlaku di Labuan pada masa sekarang umpamanya. Adakah kita telah berjaya untuk menjualkan produk ini kepada masyarakat peniaga untuk diguna pakai sebagai international trade financing facilities. Kalau tidak, apakah tindakan kita supaya perkara ini boleh diguna pakai dan dipopularkan di kalangan-kalangan pengguna perniagaan di kalangan masyarakat pedagang antarabangsa.

Ini adalah kerana kita tidak boleh melihat bahawa sistem kewangan Islam ini hanya boleh digunakan untuk dalam negara sahaja. Kita mestilah melihat, kalau kita betul-betul hendak mempelopori sistem ini sebagai international alternative kepada sistem komersial bank yang lain, kita kena mempelopori bahawa sistem kewangan Islam ini mencukupi dari segi produknya, mencukupi dari segi fleksibilitinya, mencukupi dari segi efisiensinya, mencukupi dari segi ketelusannya dan mencukupi dalam apa bidang sekalipun. Di sinilah letaknya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Tambun tadi iaitu, international standard ataupun piawaian antarabangsa yang kita gunakan dalam perbankan Islam.

DR.27.6.2002 52

Ini adalah kerana pada masa sekarang bahkan orang Islam sendiri tidak banyak yang mengetahui, hanya mereka tahu Bank Islam umpamanya untuk menyimpan wang supaya tidak ada penglibatan ataupun implication, dengan izin, faedah kepada simpanan mereka. Juga, apakah implikasinya kepada mereka yang meminjam dalam bank komersial kalau mereka diberi alternatif - satu sistem Islam dan satu sistem biasa, tetapi seorang Islam itu menggunakan sistem biasa dan tidak menggunakan sistem di bawah perbankan Islam. Apakah implikasi dari segi agama, apakah jawapan kepada soalan ini mestilah diketahui. Jadi, ini amat perlu sekali dipromosikan dan diberi maklumat kepada masyarakat umum.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, persoalan di bawah Lembaga ini. Saya melihat undang-undang ini hanya khusus untuk melantik satu lembaga dan mewujudkan satu sekretariat Lembaga dan di manakah letak, apakah tugas serta tanggungjawab Lembaga ini yang mungkin akan bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pihak Bank Negara Malaysia. Ini adalah kerana dua badan iaitu Bank Negara Malaysia yang juga sebagai mengawal perjalanan komersial bank di Malaysia dan Lembaga ini, di manakah letak tugas dan tanggungjawabnya dan di manakah perbezaan fungsi yang berkenaan?

Ini adalah kerana disebut di bawah akta ini iaitu dalam Perenggan 3, Pperuntukan 6, mengatakan kuasa-kuasa bank di bawah akta ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia iaitu bank di bawah ini ialah Bank Negara Malaysia dan di manakah pertindihan dan bagaimanakah penyelarasan supaya penggunaan kuasa ini tadi tidak akan menjadi satu masalah kepada sistem bank ini sendiri.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sistem bank Islam masih baru. Saya bersetuju apa yang disebut oleh kawan saya dari sebelah sana tadi, memang baru. Belum pun banyak di guna pakai, bahkan tahun 1990lah kita melihat pembangunan pesat di kalangan pengguna dan produk Bank Islam ini dipelopori. Tahun 1990lah juga bank komersial yang telah mula menggunakan produk ini dan mengeluarkan produk ini sebagai satu sistem alternatif kepada masyarakat Malaysia.

Jadi, saya menyarankan juga setelah kita menggunakan ini sebagai satu alternatif, saya menyarankan kepada pihak kerajaan supaya semua instrumen kerajaan sama ada instrumen ini untuk pinjaman di antara negeri dan negeri, di antara jabatan kerajaan ataupun kepada individu, kita mestilah beralih kepada sistem ini. Semua sistem yang wujud dahulu yang kita warisi daripada pihak British, yang tidak Islamic, yang tidak menggunakan sistem Islam dan dokumentasi Islam, daripada pihak kerajaan sama ada kepada jabatan yang lain ataupun kerajaan yang lain ataupun badan-badan kerajaan yang lain, tetapi juga termasuk kepada individu-individu, pegawai-pegawai kerajaan, kalau ada urusan pinjaman yang hendak dilaksanakan, hendaklah kita menggunakan sistem perbankan Islam ini.

Dengan keadaan yang sedemikian, barulah kita benar-benar cukup yakin dan percaya bahawa sistem ini jauh lebih baik dan boleh mengatasi beberapa perkara dalam masyarakat kita dari segi tuduhan dan tohmahan yang tidak menentu kerana Yang di-Pertua, saya cukup yakin dan cukup percaya bahawa sistem ini adalah sistem yang terbaik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat….

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Berkenaan dengan Batang Lupar dalam hujah yang akhir – ‘dengan sistem ini dapat menolak kita daripada tuduhan dan tohmahan’. Saya minta penjelasan Yang Berhormat, apakah tuduhan dan tohmahan dan apakah tindakan dengan adanya pembentangan ini, dapat menolak tuduhan dan tohmahan yang tidak baik.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dato’, saya sebagai pengalaman duduk di Dewan ini sudah hampir 12 tahun, banyak tuduhan-tuduhan terutama sekali daripada pihak pembangkang terutama dari parti PAS menuduh kerajaan menggunakan sistem-sistem terutama sekali sistem kewangan yang tidak Islamic, yang tidak menggunakan garis panduan perundangan Islam dan sebagainya. Jadi, kalau kita melaksanakan sistem ini yang kita sendiri pelopori sebagai sistem yang kerajaan guna pakai keseluruhannya, dengan sendiri itulah saya katakan, dengan sendirinya

DR.27.6.2002 53 tohmahan-tohmahan ini tidak patut berbangkit lagi melainkan mereka hendak mewujudkan sistem Islam yang bercorak lain atau bercorak mereka sendiri.

Ini saya tidak boleh hendak nafikan kerana walaupun mereka mengatakan soalan sistem Islam, tetapi Islam ini boleh juga ditokok tambah, boleh juga diinterpretasikan secara sendiri, boleh juga disebut cara sendiri, dengan jalan sendiri, dengan kepercayaan sendiri. Jadi, bagi kerajaan kita patut tetap dengan pendirian kita, dengan fatwa kita dan pendapat daripada fatwa-fatwa yang kerajaan terima pakai.

Jadi, inilah saya sebut supaya semua produk kegunaan kerajaan dengan pegawai-pegawainya, Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri, kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat, ataupun Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri gunakan kepada badan-badan kerajaan ataupun badan-badan berkanun ataupun kepada syarikat penggunaan dokumentasi ataupun sistem kewangan yang bukan bercorak sistem kewangan Islam patutlah kita hapuskan. Kita gunakan sistem Islam ini dan kalau dalam masa yang sama kita akan mendapati ada sebab-sebab yang tertentu kenapa perkara ini tidak boleh dipakai, masalah yang tidak boleh diatasi, kita berbincanglah di antara kerajaan dengan pakar-pakar undang-undang Islam dengan pakar-pakar agama Islam untuk mengatasi masalah-masalah yang sedia ada kepada pinjaman-pinjaman yang telah dilaksanakan semenjak mungkin sepuluh atau dua puluh tahun yang lepas.

Inilah yang saya sebut, yang saya sarankan kepada pihak kerajaan supaya kita dilihat oleh pihak luar bukan sahaja orang dalaman tetapi orang pihak luar. Malaysia melaksanakan perbankan Islam dan mempercayai sistem kewangan Islam serta mempelopori sistem kewangan Islam dan menunjukkan yang kita sendiri, kerajaan itu sendiri menggunakan sistem ini. Betul-betul orang mengatakan kita hanya bukan bercakap sahaja, tetapi kita sendiri yang mengguna pakai sistem yang kita percayai sebagai sistem yang terbaik ini kerana saya cukup yakin sistem ini sebagaimana kawan saya sebut tadi, yang berlandaskan Ar-Rahman dan Ar-Rahim, memang cukup friendly, cukup baik dan cukup menunjukkan kasih sayang.

Janganlah sistem konvensional orang Cina kata, sistem bank ini kadang-kadang kalau hari panas, baik keadaan cuaca, dia bagi payung tetapi bila sahaja hujan turun, ribut datang, payung ditarik semula. Tidak kiralah dia habis basah kuyup ataupun disambar petir, tidak kira. Ini sistem keadaan bank sekarang. Akan tetapi betul juga sebagaimana Yang Berhormat bagi Tambun cakap, kerana bank ini adalah business, business entity mesti mendapatkan keuntungan. Keuntungan itu tidak kira masalah ataupun persoalan yang berbangkit kepada klien ataupun peminjam mereka. Soalan sosial tidak langsung berbangkit dalam sistem perbankan. Soalannya ialah untuk mengaut untung seberapa banyak yang boleh dan mendapat pulangan yang baik adalah satu matlamat yang unggul kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, jadi, dalam keadaan inilah kenapa dalam masa saya membincangkan soalan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam ini saya juga menyarankan kepada pihak kerajaan supaya melihat semula instrumen yang ada, sistem dokumentasi yang ada dalam perbankan komersial, mesti dilihat semula.

Kita melihat perkembangan perundangan, perkembangan sistem perbankan di luar negara, di negara-negara lain yang mana pihak yang tertentu mempunyai satu dorongan yang kuat supaya menunjukkan yang bank ini tidak suppressive, bank ini tidak unfriendly dan bank ini tidak sebagaimana Yang Berhormat Tambun sebut tadi orang jahat, sepatutnya bank walaupun tidak mengeluarkan ataupun sengaja membuatkan perkhidmatan sosial kepada masyarakat, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah menjalankan perkhidmatan yang suppressive.

Ini mungkin tidak wujud dalam perbankan Islam tetapi dalam bank komersialnya masih monopoli business perbankan dan pinjaman business di negara kita ini pihak ini masih menggunakan kebebasan mereka untuk mewujudkan dokumen dan instrumen mereka sendiri atas ciri dan cita rasa mereka sendiri untuk membanteras orang ramai.

Tuan Yang di-Pertua, kerana berapa banyak sahajalah orang yang boleh membawa kes-kes bank ini ke mahkamah, tetapi dalam sistem yang ada pada kita sekarang, sebagaimana yang saya sebut tadi, kalau dua orang rakan kongsi, satu orang rakan menipu kawan yang lain, dia tidak simpan duit itu dalam bank, dia simpan dalam akaun dia sendiri didapati yang bank ini tidak boleh dikatakan salah oleh kerana

DR.27.6.2002 54

mengeluarkan duit itu kepada rakan kongsi itu, yang didapati salah hanya rakan itu tadi tetapi pihak bank yang memberi facility pengeluaran wang ini tidak didapati salah.

Saya ada melihat kes yang telah berlaku, saya kata kes ini sepatutnya tidak berlaku, tetapi masalahnya inilah sistem kita, sistem perbankan komersial yang dijaga dan dibantu oleh pihak kerajaan, ini sepatutnya tidak berlaku, sepatutnya apa yang salah dibuat oleh pihak A itu, pihak bank kalau buat cerita yang sama, patut dipersalahkan juga, kalau pihak bank facilitate pencurian ataupun penipuan sedemikian, sepatutnya juga pihak bank ini dipertanggungjawabkan, sebagaimana yang berlaku dengan ITM, kalau kes ini diambil kira sama dengan ATM umpamanya, mungkin ATM bank pun juga tidak dapat dipersalahkan oleh kerana persoalan orang menipu ini, bank hanya facilitate yang benar orang yang menipu itu, bukan bank, tetapi kalau inilah landasan asas untuk memberi keputusan dengan sendirinya banyaklah orang yang akan tertipu, banyaklah orang yang akan kerugian begitu sahaja.

Sepatutnya bank mestilah juga dilihat secara daripada dokumennya, dilihat daripada surat janjinya dan ini mestilah garis panduan dan kalau mahkamah tidak berupaya untuk mewujudkan satu undang-undang yang menginterpretasikan lebih luas lagi untuk mempertanggungjawabkan pihak bank ke atas penyelewengan yang sedemikian, sepatutnya kerajaan mengambil alih inisiatif mewujudkan undang-undang yang lebih friendly kepada masyarakat umum.

Jadi, kalau kita tidak berbuat demikian nescaya masyarakat umum akan menangis keseorangan, tidak ada bantuan daripada pihak yang tertentu, mungkin ini kepada orang yang kecil-kecil, orang yang besar, orang banyak duit bolehlah ambil peguam daripada luar negara, ambillah QC experts daripada luar negara, kalau tidak dapat buat macam itu, buy over the bank, hilanglah cerita.

Jadi, ini adalah pendapat saya, tidak betul sepatutnya kita menyelamatkan juga pihak yang meminjam daripada bank ini supaya jangan dieksploitasi oleh pihak bank oleh kerana kebebasan mereka mewujudkan terma-terma dalam kontrak semasa mengeluarkan sumber kewangan ataupun bantuan kepada pihak-pihak yang tertentu ataupun pihak-pihak peniaga, kerana banyak peniaga yang telah gulung tikar ialah kerana tidak boleh bayar bank tetapi kalau dilihat dengan secara halus, perhatikan setiap bank akaun, setiap pinjaman, setiap agreement, kita selidik dengan betul, panggil akauntan yang pandai menyelidik, berapa banyak sebenarnya hutang-hutang yang tertunggak ini sebenarnya yang secara undang-undang boleh diambil oleh pihak bank, kebanyakan ini adalah berlandaskan naluri dan fikiran pegawai-pegawai bank yang mungkin ada sedikit zealousnessnya, dengan izin, untuk semasa mengira daripada segi keuntungan, faedah dan sebagainya, ini tidak dilihat secara halus, di sinilah juga pegawai-pegawai bank mestilah orang yang berhemah tinggi, orang yang mempunyai satu penilaian, moral yang tinggi dan mempunyai pendidikan yang baik sempurna, kerana dalam keadaan sedemikian barulah sistem perbankan ini boleh dibela seterusnya, kalau tidak banyaklah masyarakat-masyarakat yang tertentu terasa terkilan ataupun teraniaya oleh pihak bank yang tidak bermaruah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Bank Islam ini dan saya cukup yakin bahawa sistem perbankan Islam, pegawai-pegawai yang bekerja dalam Bank Islam tidak akan melakukan perkara-perkara yang saya sebut tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kepong.

3.50 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini dengan masa yang singkat sahajalah, dan saya tidak akan sentuh hal-hal Islam, kerana ini satu sistem perbankan Islam dengan semangat menolak riba tetapi apabila kita ada sistem bank, sistem bank mempunyai keuntungan, kalau tidak ada keuntungan, maka bank tidak boleh wujud, tidak boleh hidup, ini bermakna sistem perbankan Islam ini akan menggunakan cara-cara alternatif untuk mengaut keuntungan.

Di sini saya hendak menekankan bahawa semua bank, tidak kira mana, bank tradisional atau bank Islam semua itu diadakan dengan manusia-manusia, pekerja-pekerja yang bukan begitu sempurna, yang bukan begitu kamil, sebab itulah saya akan membuat beberapa cadangan untuk menyempurnakan keadaan bagi kawal seliaan

DR.27.6.2002 55 yang ketat, supaya kita boleh mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini walaupun di Amerika Syarikat, ia ada perakaunan, pengauditan dan ia dengan itulah suara yang lantang beri kita tahu sistemnya begitu baik, tetapi skandal yang terbesar di dunia berlaku di Amerika Syarikat seperti Enron dan sekarang WorldCom kerana ada skandal pengauditan bukan kecil jumlah wangnya, lebih AS$3.8 bilion dan ini bermakna sistem tradisional pun kurang sempurna juga.

Saya bersetuju kita di negara ini mewujudkan sistem perbankan Islam kerana kita perlu menyiasat, mencari cara-cara untuk mempertingkatkan sistem kewangan di Malaysia ini dan saya berharap satu hari kelak kita boleh wujudkan satu pusat kewangan Islam yang terunggul di dunia dan ini termasuklah di Labuan Offshore Financial Centre, kita perlu adakan satu sistem di situ yang boleh mempelopori sistem perbankan dan boleh menjadi pusat kewangan Islam yang terbaik di dunia, di Labuan, itu harapan kita semualah.

Tetapi kita mesti menonjolkan kepada dunia semua sistem yang diadakan di sini dikawal selia dengan baik. Dan di sini dengan masa yang singkat, saya akan bangkitkan satu perkara yang pernah berlaku di Singapura iaitu pada tahun 1995 dengan Baring Futures Singapore Sendirian Berhad di Baring Futures ini dengan Baring Bank kerana ada perniagaan yang tidak mengikut pengauditan yang perakaunan yang baik, maka dalam tempoh tiga tahun seorang kakitangan Nicholas Leeson sudah pun melumpuhkan dan membankrapkan, memufliskan Baring Bank di dalam tempoh tiga tahun. Bank komersial yang paling bersejarah ini memang menunjukkan bagaimana sebuah bank boleh jadi muflis, bankrap dengan begitu sahaja dalam masa yang sangat singkat, sebab di Singapura dan juga di England mereka anggap sistem mereka begitu baik, tetapi walau bagaimanapun, ada cacat cela juga.

Saya akan petikan beberapa perenggan di sini, laporan lengkap mengenai skandal Baring Futures di Singapura, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ini untuk peringatan, saya pernah bangkitkan tetapi bukan dengan teliti dengan dua perenggan sahaja, bagi saya sebab saya hendak memberi cadangan kemudian.

It must be stated that the question of motive remains conjectural as does the question of why Mr. Leeson had set up account 88888 in the first instance so soon after he arrived in Singapore in 1992. However, any explanation must account for the following undisputed facts:

Ini saya berharap pihak kementerian dapat mengambil perhatian.

(i) Mr. Leeson was a 25 year old settlement officer with no trading experience when he first came to Singapore in April 1992;

(ii) By early July 1992, Mr Leeson had opened account 88888 − ini mengikut selera dan kepercayaan orang-orang di rantau inilah, lapan itu jadi satu angka yang baik, dipercayai oleh orang-orang di rantau ini - and booked a large volume of transactions in this account;

(iii) Mr. Leeson contrived a series of measures to conceal the true nature of the account from the external auditors and supposedly from his superiors;

(iv) The net effect of these transactions was artificially to inflate the Baring Group’s reported profits which was attributed to his performance;

(v) Information pertaining to account 88888 and the margin calls on the account was available in London at all times; and

(vi) In spite of the growing discrepancy between the funds remitted to BFS iaitu Baring Futures and the transactions in respect of which the funds had been requested, other Baring Group companies continued to remit funds to BFS, and by the date of the collapse, had remitted about S$1.7 billion.

Ini memang satu perkara yang saya pun tidak boleh percayalah mengapa di Singapura dan di England, perkara ini boleh berlaku.

Satu paragraph lagi sahaja,

DR.27.6.2002 56

In retrospect, it seems probable that until February 1995, the Baring Group could have averted collapse by timely action. By the end of January 1995, although substantial losses had been incurred, these were only one quarter the eventual losses. In our view, if:

(i) the growing difficulty in reconciling Mr. Leeson’s funding requests (which has persisted as a problem concerning BFS since, at least, June 1994) had been thoroughly and promptly investigated; or

(ii) steps had been taking to overcome the inability of Group Treasury and BSL Settlements since, at least, June 1994 to understand BFS’s margin calls; or

(iii) the significant risk, highlighted by the internal auditors in October 1994, that Mr. Leeson could override internal controls by virtue of his command of the front and back offices, had been addressed; or

(iv) initiatives such as the Asian Regional Treasurer or the “middle office” person had been effectively implemented when they were proposed in the last quarter of 1994; or

(v) ALCO (Asset and Liability Committee) had taken Mr. Leeson to ask for increasing his positions, despite ALCO’s intructions on 24 January 1995, and on several occasions thereafter that he should reduce his positions; or

(vi) The SLK Receivable had been fully investigated and resolved at the end of January 1995; or

(vii) ALCO had understood and effectively addressed the concerns expressed by SIMEX, which is the Singapore International Monetary Exchange Limited, in its letters to BFS in January 1995, particularly as to the large positions maintained by BFS, and its ability to fund these positions; or

(viii) The reasons underlying the requests for very large amounts of funds by Mr. Leeson in January and February 1995 had been analysed and understood.

The collapse could well have been averted, hence, whether the Baring Group management in fact knew of account 88888 is hardly crucial. If they did not know of it at the outset, they would have learnt of it once they undertook any of these steps to investigate the position.

They could have remained ignorant of the account up to the time of collapse only if they had persistently shut themselves from the truth . Mr Norris’s explanation after the collapse, namely that the senior management of the Baring Group believed that Mr Leeson’s trading activities posed little or no risk to the Baring Group, but yielded very good returns, is implausible and in our view, demonstrates a degree of ignorance of market reality that totally lacks credibility.

Tuan Yang di-Pertua, di sini yang penting sekali pejabat yang di hadapan tidak tahu apa yang pejabat di belakang, perbuatannya pejabat di belakang dan sebaliknya. Ini memang satu perkara yang penting dan di dalam sistem perbankan Islam pun kita mesti memastikan apa yang dilakukan di pejabat di hadapan diketahui oleh pejabat-pejabat di belakang dan sebaliknya. Itu penting sekali.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Itu sebab Yang Berhormat terpaksa tengok belakang. [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Itu memang penting kerana saya ada mendengar hujah-hujah daripada pihak rakan saya di belakang tentang tafsiran Islam, tetapi selain daripada semangat menolak riba, semua aktiviti itu mengikut cara biasa. Ini kerana insan yang kurang kamil akan mewujudkan masalah kalau kita tidak menentukan prosedur-prosedur dan mematuhi kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan. Itu memang satu perkara yang penting. Sebab itulah saya dengan panjang lebar menunjukkan bagaimana kita boleh mengelakkan skandal seperti Enron, WorldCom ataupun BMF sendiri, Bank Bumiputera, skandal kita juga.

DR.27.6.2002 57

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw: Ya, sekarang Bumiputera Commerce Finance. Saya berharaplah tidak akan berulang lagi skandal di BMF [Menoleh ke belakang]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat hendak memberitahu kerajaan atau beritahu PAS. [Ketawa] Nampaknya tengok kawan sahaja.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya ada melihat daripada hadapan, kita semua kakitangan kerajaan yang baik belaka..

Seorang Ahli: Yang kamil.

Dr. Tan Seng Giaw: Kamil pun susah sedikit, kita manusia sahaja, insan. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, di sinilah saya ada beberapa perkara yang hendak dibangkitkan kerana rang undang-undang ini bertujuan untuk mengatakan peruntukan-peruntukan khusus bagi mengiktiraf penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam melalui perjanjian penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam serta memberikan kuasa kepada Menteri untuk memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan tertentu kepada lembaga. Ini memang organ-organ constituent nya dan orang yang berkaitan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Ini memang satu kuasa yang besar memberi kepada Menteri dan juga kepada lembaga untuk memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan dan kita mesti ada kaedah untuk menyekat apabila kuasa ini disalahgunakan. Kalau kita lihat daripada rang undang-undang kita perlukan rang undang-undang seperti ini untuk perkhidmatan perbankan Islam, kewangan Islam, kita perlukan. Tetapi kalau kuasa terlalu mutlak diberi kepada Menteri dan tidak ada kawalan yang ketat maka saya khuatir akan timbul masalah pada satu hari kelak. Misalnya Fasal 77 untuk memberi Menteri kuasa untuk memberikan keistimewaan-keistimewaan dan kekebalan-kekebalan, maka organ-organ constituent nya atau mana-mana orang yang berkaitan terutama mereka yang disenaraikan dalam jadual, Menteri hendaklah merunding yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri sebelum memberikan keistimewaan dan kekebalan-kekebalan tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali, saya tidak nampak sangat dalam fasal-fasal ini yang mengadakan kaedah yang ketat untuk menyekat daripada berlakunya kecurangan dan sebagainya. Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab, dan di sini sebelum saya mengakhiri ucapan saya akan membuat beberapa cadangan. Kita memang perlu memperkukuh, memperkembangkan sistem ini dengan teratur kerana dengan keistimewaan kedudukan Malaysia ini kita boleh menembusi pasaran. Misalnya sekarang Petronas sudah pergi - walaupun kita khuatir ada pengurusan kewangan itu tidak begitu telus tetapi Petronas sekarang sudah pergi ke Iran, Sudan dan juga Bahrain, Vietnam. Vietnam bukan lingkungan kawasan Islam tetapi Bahrain, Iran, Sudan. Ini bermakna Malaysia mempunyai kedudukan istimewa - pergi Libya juga. Kita boleh menembusi beberapa kawasan dan rantau di dunia ini.

Ini menunjukkan kita mesti menggunakan kita mesti menggunakan kesempatan untuk mempopularkan sistem perbankan Islam yang wujud di Malaysia. Tetapi kita mestilah, saya mencadangkan bahawa kita mesti mengadakan kaedah dan mekanisme untuk mempertingkatkan kawalseliaan supaya semua kawalseliaan itu adalah berkesan menentukan - saya ulangi, pejabat yang di hadapan tahu apa yang berlaku dengan pejabat yang di belakang dan sebaliknya. Ini bermakna kita mesti memastikan perakaunan dan pengauditan dan semua organisasi, organization structure mestilah diperkukuh dan ini termasuklah kawalan ke atas pihak bank sama ada mematuhi kepada peraturan compliance. Sebab apa yang pentingnya tidak ada compliance, misalnya kalau kita beri contoh di Malaysia pada masa dahulu saya tidak tahu masih berlaku ataupun tidak. Di cawangan-cawangan Bank Bumiputera, pihak pengurus boleh memberi pinjaman dengan begitu sahaja tanpa mematuhi peraturan-peraturan.

Ini kalau tiap-tiap cawangan berbuat demikian maka kita akan rugi berbilion-bilion ringgit kerana itu sudah pun berlaku kerana Bank Bumiputera sebelum ini rugi dalam tempoh hampir 20 tahun, kalau tidak silap saya hampir RM13 bilion. RM13 bilion bukan satu angka yang kecil kerana tidak mematuhi kepada peraturan-peraturan, yang

DR.27.6.2002 58

penting sekali compliance mesti ada dipastikan. Dengan adanya compliance kita mesti mewujudkan audit dalaman (internal audit), yang cukup, audit luaran (external audit) dan juga kontrol kewangan (financial controls) untuk memastikan semua laporan regulatory adalah tepat dan juga tekanan-tekanan kewangan (funding pressure). Ini mesti kita pastikan ada kontrol kewangan yang cukup dan juga credit control.

Adakah kaedah untuk memastikan di dalam melaksanakan credit control ini mereka akan diberitahu semua pemindahan kewangan all important transfer of funds will be made known kepada pihak credit control. Semua pemindahan wang yang besar-besaran yang penting mestilah diberitahu kepada pihak control credit.

Ini semua yang penting dan saya pun percayalah pihak kementerian pun ada beberapa naskhah Bearing Future Singapore Private Limited, The Report of the Inspectors Appointed by the Minister of Finance, itu Singapura. Dan saya berharaplah semua kecacatcelaan yang ditunjukkan di dalam buku ini dapat diatasi oleh pihak kementerian. Ada gejala yang baik juga. Saya ada memperlihatkan sejak 1995, ada sedikit sebanyak pindaan ke atas undang-undang kewangan di negara ini di dalam Dewan ini yang kerana akibat daripada skandal yang berlaku dengan Baring ini.

Dan saya berharap cadangan-cadangan saya hari ini dapat diterima oleh pihak kementerian untuk kita sama-sama mewujudkan satu sistem perbankan Islam yang baik. Sekian , terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Arau.

4.11 ptg.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002. Saya bangun sekurang-kurangnya mewakili Ahli Parlimen wanita. Kita tidak mahu nanti, ada yang kata wanita tidak menyokong sebab ini adalah rang undang-undang pertama yang akan kita bentangkan di negara kita.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia yang telah pun dapat membentangkan rang undang-undang ini pada hari ini menjadi sejarah kepada Dewan yang mulia ini. Walaupun ada pihak menyatakan bahawa ia dibentangkan secara tergesa-gesa tetapi saya percaya bahawa keperluan membentangkan rang undang-undang ini adalah berkaitan dengan kepercayaan di peringkat antarabangsa yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia.

Ini adalah satu pengiktirafan yang baik….

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat……

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: …. Daripada….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat….

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ….Seluruh dunia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kepong bangun.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Saya hendak ambil masa yang singkat sahaja dan saya pun hendak komen tadi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong.

Kita melihat di negara kita, apabila kita membentangkan sistem perbankan Islam, ia diterima baik oleh yang bukan Islam. Ini satu kejayaan yang besar dalam negara kita. Kalau kita lihat kerajaan memperkenalkan sistem perbankan Islam, yang menjadi klien atau yang mendapatkan perkhidmatan daripada sistem ini juga, ramai terdiri daripada bukan Islam. Ini sesuatu yang menunjukkan bahawa apa pendekatan yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional di negara kita di mana kita begitu konsisten dalam menjalankan pentadbiran kita yang mana Perlembagaan kita berasaskan Islam dan sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa fundamental Islam itu kita pegang benar-benar dan kita perjuangkan dengan konsisten

DR.27.6.2002 59 sehingga dapat memberikan satu gambaran yang nyata kepada semua rakyat Malaysia.

Oleh kerana Islam adalah agama, ad-din, cara hidup dan Islam membawa sesuatu yang baik kepada umat. Yang Berhormat bagi Kepong tadi menyebut soal kawalan. Memang, saya bersetuju dengan apa yang disebut. Apabila kita mengadakan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam….

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ….dan sistem perkhidmatan….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ….Kewangan Islam, sama dengan sistem konvensional, kita juga memerlukan kawalan. Tetapi di dalam sistem ini, ada satu kawalan yang mana sepatutnya sudah wujud. Bila kita sebut sebagai umat Islam, kita kena menerapkan nilai-nilai yang baik dan kita kena menjadi orang Islam yang baik.

Oleh sebab itu, saya juga bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar tadi untuk mencari human resource yang bekerja dengan sistem ini, ia haruslah benar-benar melambangkan Islam. Jangan kita ambil pekerja-pekerja yang bekerja dalam sistem Islam tetapi dia sendiri tidak memahami dan dia sendiri tidak menerapkan nilai Islam.

Sebenarnya yang mengawal pekerja-pekerja ataupun pegawai-pegawai yang terlibat dengan sistem ini, walaupun kita memang perlu kawalan-kawalan sebagaimana rumah depan perlu tahu apa yang dibuat oleh rumah belakang, yang mengawalnya adalah iman kita yang mana kita kena tahu bahawa Allah S.W.T sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Ini sebenarnya yang penting.

Saya menyebut ini Tuan Yang di-Pertua, bukanlah teori, retorik dan sebagainya. Saya menyebut ini kerana saya pernah bertugas, bekerja sebagai pegawai kerajaan pernah jaga harta awam, pernah bawa duit cash pun, RM70 ribu masuk bank seminggu dua, tiga kali selama 14 tahun.

Sebenarnya, kalau kita hendak mengambil ataupun kita hendak melakukan pecah amanah, berbagai-bagai cara boleh kita buat walaupun ada peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditentukan.

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tetapi yang….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kepong sudah tiga kali bangun.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Sekejap, sekejap, Kepong, minta maaf. Kawalan yang paling utama dan yang paling asas adalah diri kita. Kawalan yang paling asas ialah iman. Jika kita mendapat orang-orang yang benar-benar boleh mengawal iman – saya tidak sebut saya beriman – tetapi hendak kawal perasaan itu, ini bukan hak kita. Ini bukan kepunyaan kita.

Kalau kita tidak dapat kawal perasaan itu, memang iblis itu tugas dia merasuk kita supaya mengambil dan inilah masalah yang terbesar yang dihadapi dalam mana-mana sistem kewangan. Bagaimana kita hendak mencari pekerja-pekerja, orang-orang yang diamanahkan untuk menjaga kewangan supaya ia menjaga kewangan itu dengan penuh amanah. Ini isunya dan bila kita sebut sistem Islam, amanah itu adalah dikehendaki oleh lslam. Itu telah menjadi sebagai suatu asas kepada kawalan.

Kalau dia benar-benar melaksanakan apa yang dituntut oleh Islam dan kita dapat memilih orang yang benar-benar faham berkenaan dengan agama Islam, saya rasa semua orang balik, tidur lena, kalaulah harta ataupun kewangannya dijaga dalam bentuk sistem Islam yang dijaga benar-benar oleh orang-orang yang berpegang teguh kepada agama Islam. Itu kawalan yang asas dan kawalan-kawalan yang lain boleh dibuat melalui peraturan-peraturan audit dan sebagainya.

DR.27.6.2002 60

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Yang Berhormat bagi Kepong tadi bangun, saya sudah pergi ke lain dan saya masih lagi…

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kepong.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Ya, sila.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan. Saya hendak bantu Yang Berhormat bagi Arau juga. Yang pertamanya, adakah Yang Berhormat sedar bahawa apabila rang undang-undang ini digubal, ia melalui Peguam Negara dan ini entah beberapa bulan yang dahulu. Dan kemudian, saya tidak salahkan Dewan Rakyat kerana Dewan Rakyat terima dengan lewat. [Disampuk] Ya, ya dan kita minta di sini patutlah kita cetakkan ia lebih awal dan edarkan lebih awal. Itu boleh dibuat. Bukan kesalahan Parlimen, yang pertamanya. Ini perkara yang penting. Bagilah peluang sedikit kepada orang. Kalau Yang Berhormat bagi Arau anggap dua, tiga jam dia cukup untuk meneliti semua, itu kepandaian dialah. [Ketawa]

Yang kedua, apakah yang terjadi dengan – kalau tidak silap saya, dua kali – Tabung Haji. Macam mana ini berlaku di Tabung Haji? Apakah masalahnya, Yang Berhormat?

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong. Yang Berhormat bagi mempertikaikan tadi lambat akta ini diberi tetapi saya tengok Yang Berhormat ini, bagi lambatkah, bagi cepatkah, dia berbahas macam itu juga. Nasib baik hari ini duduk awal, kalau tidak, mungkin tiga jam dia akan bercakap.

Jadi, soal ini kita harap menterilah akan menjelaskan. Bukan kedudukan saya untuk menjelaskan. Dan mengenai Tabung Haji, kalau kita mempersoalkan Tabung Haji, sebenarnya memang memalukan orang Islam. Bila sebut Tabung Haji berlaku kekecualian– kita belum lagi tahu sama ada ia berlaku kerana pecah amanah, ia berlaku kerana kurang kepakaran di dalam mentadbirkan Tabung Haji itu sendiri.

Ia ada dua sebab kerugian. Satu disebabkan oleh pecah amanah. Yang kedua, disebabkan oleh tidak ada kemahiran mentadbirkan atau tidak ada kemahiran menguruskan perniagaan.

Jadi untuk pecah amanah ini kalau disebut Tabung Haji itu asasnya Islam, berlakulah apa-apa perkara yang bertentangan dengan Islam, kita tidak boleh salahkan Islam. Islam tidak pernah salah dan Islam memang mengajar perkara yang baik. Yang salah, yang melakukan kesalahan itu adalah manusia kerana manusia ini ada dua; ada akal dan ada nafsu. Bila nafsu mengatasi akal dan akal tidak dapat mempertahankan iman, dia akan melakukan sesuatu yang mungkin mengikut hawa nafsunya, sebab sekarang dalam masyarakat hari ini yang saya lihat kadang-kadang kebendaan itu dijadikan sebagai satu asas dan ukuran. Dalam hidup kita sebenarnya bukan kebendaan sahaja, asas dan ukuran, kita harus melihat kepada kejayaan dan pencapaian itu kepada bagaimana seseorang itu menjalani hidupnya dan bagaimana ia boleh menggunakan ilmu untuk mencapai kejayaan.

Kalau dia mendapat kejayaan….

Tuan Ramli bin Ibrahim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kota Bharu.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ..Kejayaan dengan menggunakan ilmu itu harus kita berikan pengiktirafan. Saya hendak sebut ini tidaklah bererti bahawa oleh kerana kalau kita sebut Islam, kita harus jumud, kalau kita sebut Islam kita harus ke belakang, kalau kita sebut Islam, kita harus ketinggalan, tidak. Tetapi sebenarnya bagaimana kita mendapat pencapaian itu dan saya hendak jelaskan kalau berlaku pun dalam Tabung Haji bukan kerana agama tetapi kerana orang.

Yang kedua tadi saya sebut dari segi kemampuan dan kemahiran kita mentadbirkan. Ini perlu dicari, ilmu pengetahuan, pengalaman ini perlu dicari, dikaji dan memerlukan kebijaksanaan kita.

DR.27.6.2002 61 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kota Bharu.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil masa yang singkat sahaja kerana masa kita singkat pada hari ini, minta maaf Yang Berhormat. Saya hendak balik kepada Sistem Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang dicadangkan pada hari ini. Memang benar bahawa kalau kita lihat dalam sistem konvensional yang ada sekarang ini kita melihat berbagai-bagai perkara yang berlaku yang tidak sepatutnya berlaku dan kadang-kadang berlaku dalam bentuk yang begitu zalim. Kita ambil contoh bagaimana negara kita menghadapi kemelesetan ekonomi oleh kerana perniagaan mata wang yang dibuat oleh George Soros dan rakan-rakannya. Ini sesuatu perkara yang memang amat zalim berlaku, menzalimi negara-negara terutamanya negara-negara Asia yang tidak sepatutnya berlaku.

Kalau orang berpegang kepada fahaman agama dan Islam itu memang membawa kepada keadilan, ini tidak akan berlaku dan sistem konvensional yang sekarang ini menghalalkan apa sahaja untuk mendapat keuntungan. Saya dengar tadi Yang Berhormat bagi Kepong mengatakan kalau kita membuat bank, bank mesti memikirkan apa juga cara untuk membuat keuntungan. Saya rasa itu satu konsep yang tidak betul. Kita tidak membenarkan apa juga perbuatan ataupun apa juga tindakan kita sehingga kita menekan, sehingga kita membuat tekanan kepada mana-mana pihak kerana kita hendak mendapat keuntungan. Apa yang saya faham tentang riba. Orang selalu bercakap soal riba, soal faedah…..

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong….

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Minta maaf Yang Berhormat [Ketawa] Tidak, yang saya sebut ini konsep Islam pada fahaman saya. Kita menyebut riba. Banyak orang menyebut apabila simpan duit di bank dapat faedah itu riba. Saya rasa riba sebenarnya jauh daripada itu. Riba adalah ketidakadilan dalam sistem kewangan. Kalau kita membuat penekanan, kalau kita mengambil kesempatan, macam dahulu di kawasan sawah padi, dia bagi pinjam kepada pengusaha-pengusaha sawah sebab pengusaha-pengusaha sawah ini miskin, ini dipanggil Padi Kunca, lebih kurang Padi Kunca, dia bagi pinjam kepada orang yang berkenaan. Dia kata okay, boleh ambil duit ini, nanti bila ada wang sekian, sekian tarikh bayar balik duit ini. Padahal bila sampai tarikh yang berkenaan, dia lari pergi ke tempat lain dan orang yang berkenaan sama ada dia mampu atau tidak mampu, dia tidak boleh hendak bayar pada tarikh yang berkenaan kerana orang yang memberi pinjam itu memang sudah ada dalam niat dia untuk menguasai harta orang yang berkenaan, ini di kawasan Pokok Sena banyaklah jadi macam ini [Ketawa]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Keadaan ini, ini boleh dikatakan sebagai riba, kita mengambil kesempatan menekan mana-mana pihak untuk kita mendapat keuntungan dan kita menzalimi pihak yang berkenaan. Ini yang tidak dibenarkan oleh Islam. Ini yang tidak dibenarkan. Sebab itu dalam sistem perbankan Islam, dia dibuat dalam bentuk persetujuan bersama, perkongsian keuntungan dan sebagainya. Jadi keadilannya ada di situ dan kalaulah keadilan ini dapat kita kembangkan, saya percaya ramai pihak yang akan menyokong, orang ramai akan menyokong, yang tidak menyokong adalah mungkin orang-orang yang pada sistem konvensional yang lalu, dia boleh mendapat keuntungan yang besar oleh kerana dia mempunyai kekuatan, power daripada kewangan yang dia ada.

Jadi melalui sistem ini saya percaya dia akan membawa satu keadilan di dalam sistem penggunaan kewangan sebagai tools, sebagai alat untuk kita menjana ekonomi. Wang adalah alat untuk kita menjana ekonomi dan begitu juga apa yang saya sebut tadi, kalau kita betul-betul menggunakan konsep Islam, corporate governance menjadi mudah kerana bukan kita sahaja hendak jaga, bukan kita sahaja yang hendak check sama ada orang ini tidak menyeleweng, tidak pecah amanah dan sebagainya, tetapi orang-orang yang benar-benar memegang konsep ini dia tahu, malaikat kiri kanan sentiasa melihat apa yang dia buat, tidak payah rumah depan

DR.27.6.2002 62

hendak tahu, apa yang dibuat oleh rumah belakang, tetapi rumah belakang tahu bahawa Allah S.W.T nampak apa yang dia buat.

Itu yang akan mengawal dan juga sebagai asas kepada kejayaan umat Islam, tetapi yang ini kadang-kadang memang susah untuk kita laksanakan dan parti pembangkang pun bukannya ke arah hendak membentuk umat yang baik, tetapi kadang-kadang menyelewengkan pemikiran kita kerana asas pemikiran Islam itu jika kita bawa dengan sebaik-baiknya - saya dengar Kubang Kerian cakap tadi, banyak juga yang baik. Asas pemikiran Islam yang lebih global, Islam ini sebenarnya lebih global, ini yang dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini dan kita berharap dengan lulusnya Rang Undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 ini, kita akan berjaya.

Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kepong tadi dari segi asasnya kita telah pun mendapat kepercayaan dari banyak pihak dan hari ini kita juga telah menggunakan sistem ini secara meluas dan saya percaya kalau saya tidak silap di Dewan ini telah dimaklumkan bahawa offshore dua tahun yang lepas telah dimaklumkan bahawa kita telah pun menerapkan Sistem Kewangan Islam di offshore di Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya juga ingin bertanya, saya baca di sini tidaklah semua saya memahami, saya agak keliru, dengan ini saya rasa mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh maklumkan kepada kita, "Organ-organ konstituen Lembaga. Lembaga adalah terdiri daripada Perhimpunan Agung, Majlis, Sekretariat dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Teknikal….". Saya agak keliru dari segi itu kerana saya harap mungkin dapat dijelaskan oleh pihak kementerian, siapakah sebenarnya yang menjadi ahli lembaga dan bagaimanakah hubung kaitnya lembaga yang akan beroperasi di Kuala Lumpur dengan pihak-pihak dari luar dan bagaimana kita dapat menggunakan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam ini untuk kita memperkenalkan ke seluruh dunia kerana tidak mustahil suatu ketika dahulu dunia Islam telah dapat memperkenalkan sistem-sistem yang baik malah diterima oleh umat sejagat. Sekian, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jeli, lepas Jeli, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menjawab. Yang Berhormat, apa yang telah disampaikan oleh rakan lain, saya harap tidak payah ulang semula.

4.30 ptg.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Allah telah mengharamkan riba tetapi Allah telah menghalalkan jual-beli. Sembilan daripada sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Kedua-dua habis Nabi s.a.w. ini menyebabkan saya berdiri untuk menyokong Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1990, selari dan senada dengan hasrat akta ini juga, walaupun tidak ke peringkat lembaga, kerana hendak mendaulatkan kewangan Islam, telah hendak menghentikan segala transaksi kerajaan negeri daripada bank-bank konvensional, sehingga salah seorang pengurus bank konvensional, terpaksa bertemu dengan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar Kelantan pada tahun tersebut, menyatakan tentang kerugian yang bakal ditanggung dan dialami oleh bank tersebut. Lalu Tuan Guru menyatakan bahawa ini asas kepada kerajaan negeri hendak menghentikan operasi di bank tersebut ialah kerana bersandarkan kepada hadis Nabi tadi, “Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual-beli”. Maka ekoran daripada peristiwa ini ..

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ayat itu ialah bukannya hadis tetapi firman al-Quran, firman Allah s.w.t.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih, terima kasih. Sorry, sorry. Betul, betul. Itu firman Allah s.w.t. Jadi, bersandar kepada firman Allah s.w.t. ini, maka kita perhatikan bahawa bank cawangan tersebut telah merujuk kepada pihak ibu pejabat, sehingga pihak di ibu pejabat telah memikirkan tentang perlu adanya segmen ataupun seksyen Islamic counter untuk bank-bank konvensional, selain daripada Bank Islam yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1983.

DR.27.6.2002 63

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat pada tahun 1983 saya baru sahaja keluar daripada universiti, dan pada tahun itu juga saya mula menceburkan diri dalam perniagaan. Selepas keluar saya terus menceburkan diri dalam perniagaan. Dan sudah menjadi hasrat saya untuk berniaga secara Islam, walaupun diejek, dikutuk kerana satu perkara yang masih baru dalam masyarakat pada ketika itu.

Tetapi kalau kita bersandarkan kepada “Man jadda wajada”, barang siapa berusaha bersungguh-sungguh, tentu dia dapat, di mana dapat dibuktikan bahawa bila mana kita mengamalkan sistem kewangan Islam, cara berniaga cara Islam, maka satu istilah yang tidak ada dalam istilah ekonomi moden Tuan Yang di-Pertua, yakni barakah – berkat itu sendiri. Carilah vocabulary ini, dengan izin, di mana-mana buku ekonomi moden, kita tidak akan berjumpa dengan istilah ini, tetapi inilah istilah yang dipopularkan dalam Islam, Tuan Yang di-Pertua, yakni barakah itu sendiri. Sebab itu kita lihat bahawa oleh kerana barakah itulah menyebabkan, walau apa cuba dibuat oleh manusia terhadap kita dan perniagaan kita, tetapi Insya-Allah Allah akan menjaganya [Membacakan sepotong ayat Quran] Bermaksud, bila mana kamu bertakwa kepada Allah, maka Allah akan melorongkan kepada kamu rezeki-rezeki daripada arah yang kamu tidak sangka-sangka.

Tuan Yang di-Pertua: Cakaplah berkenaan dengan rang undang-undang ini sahaja. Janganlah ...

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Ya, Tuan Yang di-Pertua, kita perhatikan bahawa sistem kewangan Islam, ada pun tujuan ditubuhkan, kita berbahas tentang Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam ini ialah bagi membolehkan Bank Negara menjadi salah satu anggota kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam ini, yang mana kita akan mendapati bahawa anggota-anggota yang lainnya, kerana minimumnya lima orang anggota, yang mana kita perhatikan Tuan Yang di-Pertua, anggota-anggota yang lain boleh jadi terdiri daripada bank negara-negara yang bersetuju untuk menjadi, ataupun individu-individu yang pakar dalam kewangan Islam itu sendiri.

Cuma Tuan Yang di-Pertua, kita tengok bahawa kalau kita benar-benar serius dan komited dan betul-betul bersungguh-sungguh, insya-Allah ianya boleh menjadi satu sistem kewangan yang boleh dihormati di peringkat dunia. Kerana apa? Umpamanya, saya hendak mengesyorkan kepada kerajaan Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kalau kita lihat budget tahunan kita, budget tahunan kita RM100 bilion paling-paling kurang, dan transaksi urus niaga Petronas tiap-tiap tahun lebih kurang RM75 bilion. Begitu juga dengan EPF, tiap-tiap tahun caruman yang diterima hampir RM15 bilion. Bagaimana dengan Tabung Haji?

Kalaulah kerajaan benar-benar serius hendak menjadikan ini sebagai suatu kejayaan Tuan Yang di-Pertua, maka kita boleh minta kerajaan supaya, yang swasta kita tidak boleh paksa, kerana swasta ada yang Islam ada yang tidak Islam, yang swasta kita belum boleh paksa, tetapi bagi pihak kerajaan, kerana kita hendak menubuhkan ini, kerana sekretariatnya akan berada di Kuala Lumpur Tuan Yang di-Pertua, sekretariatnya akan berada di Kuala Lumpur, jadi kalau kerajaan benar-benar hendak melihat kejayaannya, saya hendak mencadangkan kepada kerajaan hari ini, turutlah atas asas satu slogan yang popular dahulu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sekarang, “Kepimpinan Melalui Teladan”, apa yang telah dibuat oleh kerajaan Kelantan Darul Naim? Yakni dengan mengubah sistem urus niaga kerajaan negeri daripada perbankan biasa kepada Islam.

Jadi saya minta pihak Kerajaan Persekutuan juga, oleh kerana RM100 bilion untuk pihak Kerajaan Persekutuan, belum lagi kita campurkan dengan urus niaga kerajaan-kerajaan negeri yang ada dalam negara kita, yang ini satu kuasa yang dalam bidang kontrol, bidang kawalan kita, bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, maknanya kalau dicampur RM75 bilion wang Petronas, campur yang Kerajaan Persekutuan RM100 bilion, kalau dicampur dengan kerajaan-kerajaan negeri, bermakna urus niaga tahunan melalui kewangan Islam ini, tidak kurang daripada RM300 bilion dan RM300 bilion ini Tuan Yang di-Pertua, sama banyak dengan GDP negara kita – Gross Domestic Product negara kita sekitar RM300 bilion.

Jadi, maknanya kalau kita boleh kumpulkan dana sebanyak itu untuk diurus niaga secara Islam, maka dengan sendiri kita boleh memberikan bukti kesungguhan

DR.27.6.2002 64

kita kepada kerajaan, yang saya fikir hari ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Islam, kerajaan umat Islam, yang mana urus niaga yang paling besar ialah Saudi Arabia, di mana Gross Domestic Product nya RM600 bilion, dan juga budget tahunannya sekitar RM200 bilion. Jadi kalau kita boleh kumpulkan, kerana ini terlibat dengan negara-negara Islam yang lain, kalau kita boleh kumpulkan, bayangkan mungkin kita boleh menjemput Saudi Arabia sebahagian besarnya dan sebagainya, untuk menganggotai Lembaga Kewangan Islam ini sendiri, kerana saya fikir kalau kita tidak memberi perhatian yang serius kepada Saudi Arabia itu sendiri, maknanya tekanan politik kita, permainan politik kita mesti tinggi dan bijak, untuk memastikan bahawa Saudi Arabia mesti diberi tempat yang baik, tempat yang baik di dalam Lembaga Kewangan Islam ini sendiri, kerana kita kena ingat, the big brother of Gulf countries, tidak boleh lari, we cannot runaway, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ialah Saudi Arabia. Yang lainnya semua kecil-kecil.

Maknanya berpusat segala transaksi sistem kewangan Islam ini, maka kita tidak ada pilihan melainkan terpaksa mencari jalan bagaimana kita boleh menarik terutama sekali Saudi Arabia, untuk sama-sama memberi dukungan yang besar kepada program Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam ini. Sebab itu saya rasa, walaupun kita lihat bahawa sistem perbankan Islam kita agak berjaya, tetapi Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak dibanding dengan sistem perbankan konvensional, saya fikir belum lagi mencecah 10%, walaupun dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Tambun tadi aset dan sebagainya hanya sekitar lingkaran RM50 bilion tetapi ini kalau di segi hendak dibandingkan dengan nisbah sistem perbankan tidak Islam, ianya hanya sekitar 10% - masih jauh lagi untuk kita mengejar sistem perbankan tidak Islam. Jadi sebab itulah dalam segi hendak mengejar sistem perbankan bukan Islam itu, saya mencadangkan ...

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Setiu bangun.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Sekejap. Saya mencadangkan suatu perkara yang boleh kita kuasai, kita masuk dalam segi itu, yang kita tidak boleh kuasai, kita tidak boleh paksa.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya bagi Jeli. Adakah Yang Berhormat bagi Jeli bersetuju bahawa untuk menggerakkan sistem perbankan Islam ini di peringkat global, kita minta supaya cadangan diberikan supaya bekas, insya-Allah yang akan menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia yang akan datang, untuk mengetuai OIC umpamanya, bagi memastikan bahawa ianya boleh dilaksanakan di peringkat antarabangsa.

Tuan Mohd Apandi bin Haji Mohamed: Kalau saya yang pilih bolehlah saya pilih sesiapa yang hendak pilih tetapi ini bukan kerja kita. Ini kerja negara kita, kita fikirlah betul-betul. Mungkin kerana segeranya kita hendak buat ini, mungkin kerana 13 bulan lagilah hasrat hendak duduk di situ, boleh jadi wallahualam, kita tidak tahu.

Jadi walau bagaimana saya pergi kepada tajuk berikutnya, Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya kerajaan juga memikirkan untuk melantik anggota ini pada mereka-mereka yang berpengalaman mengendalikan bank-bank Islam di luar negara, di antaranya Yusof Nadha, yakni yang telah mengendalikan satu bank yang baik dan terkemuka di Switzerland itu Tuan Yang di-Pertua.

Jadi kita mengambil mereka-mereka ini kerana pengalaman mereka mengendalikan operasi kewangan di tengah-tengah negara-negara Eropah boleh memberikan kita beberapa kriteria-kriteria dan juga maklumat-maklumat penting dalam kita hendak menjayakan sistem kewangan Islam ini sendiri kerana Tuan Yang di-Pertua saya bimbang sekarang ini, dengan sistem kewangan konvensional sekarang ini, banyak penipuan-penipuan yang berlaku dan penipuan itu Tuan Yang di-Pertua diberi loopholes - dengan izin - oleh sistem accounting yang ada.

Umpamanya kita lihat bahawa apa yang kita panik berlaku sekarang ini banyak artikel-artikel yang telah saya temui. Saya telah baca Tuan Yang di-Pertua, artikel-artikel yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat sekarang ini dan beberapa negara tertentu Tuan Yang di-Pertua, telah mencetak mata wang tanpa berdasarkan kepada formula konvensional yakni dengan mengadakan simpanan emas. Ditukar simpan emas dengan bilangan mata wang yang perlu dicetak.

DR.27.6.2002 65 Sekarang ini oleh kerana seluruh dunia menjadikan mata wang Amerika sebagai pegging mereka menyebabkan ada loopholes yang dia boleh lari daripada formula konvensional mata wang dicetak. Kalau dahulu kita difahamkan sebelum mana-mana negara ingin mencetak mata wang maka ia mesti disandarkan, ditukar barter trade dengan simpanan emas tapi sekarang banyak negara sudah tidak menggunakan formula tersebut Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua sebab itu satu lagi kita hendak mencadangkan supaya kerajaan janganlah terlalu terikut-ikut dengan sentimen, terikut-ikut sentimen pasaran saham kerana yang lebih penting yang menentukan GDP negara kita ini ialah private consumption, yang mana saya terbaca artikel dalam New Straits Times mengatakan 60% consumption itu mewakili GDP negara.

Kalau consumption itu tinggi maka GDP kita pun akan naik berkadaran dengan consumption yang berlaku di kalangan masyarakat. Sebab itu kita tengok banyak negara terutama Jepun berbagai-bagai pakej diperkenalkan. Stimulus pakej kerajaan diperkenalkan. Apa hasrat dia? Untuk memastikan bahawa ada private consumption yang tinggi. Begitulah juga dalam negara kita. Lima tahun berturut-turut kerajaan pump priming, untuk apa, untuk private consumption itu supaya tinggi. Apa tujuannya kerana kita hendak memastikan GDP kita itu naik.

Jadi sebab itu janganlah terikut-ikut dengan fobia, terikut-ikut dengan sentimen pasaran saham kerana pasaran saham itu Tuan Yang di-Pertua dia tidak tangible, dia very intangible, satu benda dengan intangible, rugi tidak tahu apa, untung tidak tahu apa. Jadi melainkan kita physically cash dengan izin benda itu. Sebab itu saya minta supaya kerajaan kita ubah dengan trend kegila-gilaan ekonomi sekarang ini. Kita ubah, kerana ini sistem kewangan Islam, kita hendak ubah. Kita hendak ubah mind set itu supaya jangan lagi dijadikan pasaran saham sebagai indicator. Kita cuba, kita cuba lari daripada trend itu kerana pasaran saham ini hakikatnya tidak melahirkan mereka-mereka yang benar-benar berniaga, benar-benar berniaga.

Kalau kita tengok di tempat-tempat, pejabat-pejabat brokers ini mereka tidak buat kerja apa. Dok main turun naik, naik turun, naik turun, naik turun. Jadi ini tidak betul-betul punya business transaction. Kita hendak physical business transaction. Kita buat suatu benda, ada spillover effect. Jadi sebab itu kita mesti fokuskan diri kita ini kepada tangible business bukannya kepada intangible business kerana inilah apa yang ditekan dalam sistem kewangan Islam, kerana kalau kita terlalu menekan kepada bursa-bursa saham ini, dia banyak kepada elemen-elemen meneka. Element in forecasting yang belum tentu betul.

Jadi saya minta kerajaan supaya dengan pandangan yang saya berikan tadi, kerajaan mengambil perhatian benar-benar kerana kita tidak mahu yang ini, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang kita akan jadi sekretariatnya akan jadi seperti dasar pandang ke timur di mana negara yang kita hendak pandang, dah koma ekonomi dia. Kita tidak mahu sudah begitu, sehinggakan kita tidak mahu apa yang berlaku ini dalam masa 21 tahun memimpin sehinggakan orang Melayu lagi tidak pandai berbahasa Inggeris. Kita tidak mahu sehingga kita terpaksa menggunakan bahasa ilmu sains, ilmu matematik ditukar menjadi, di guna pengantar Inggeris. Kita tidak mahu jadi macam itu, sekarang ini kita hendak maju ke depan. Jadi hendak maju ke depan kita ada kriteria-kriteria kita dan saya fikir ini satu ruang yang cukup baik untuk kita membuktikan kemampuan Islam itu sendiri untuk menjadi model kepada dunia setelah dunia melihat kegagalan-kegagalan kepada syarikat-syarikat gergasi dunia yang mengguna pakai sistem-sistem yang tidak Islamic. Saya fikir sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Timbalan Menteri menjawab.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh]: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada enam orang Yang Berhormat yang telah pun membahaskan Rang undang-undang Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam 2002 ini.

Sebagaimana yang saya katakan tadi LPKI ini penubuhannya satu langkah bersepadu di peringkat antarabangsa untuk meningkatkan asas-asas pengawalan dan penyeliaan yang lebih berkesan ke atas institusi-institusi kewangan Islam dan menetapkan hala tuju strategik dalam membangunkan industri kewangan Islam serta membaiki prospek pengurusan risiko yang lebih efisien lagi.

DR.27.6.2002 66

Jadi peranan dan tanggungjawab yang mengeluarkan piawaian berhemat, ini yang penting bagi tujuan penyeliaan yang dikatakan oleh ramai Ahli Yang Berhormat kita termasuk Kepong, operasi perbankan Islam yang akan diterima pakai oleh industri kewangan dan dalam mengawal selia operasi perbankan kewangan Islam sejagat.

Ia juga berperanan untuk memastikan kestabilan institusi perbankan dan kewangan Islam melalui piawaian berhemat yang dikeluarkan. Jadi banyak piawaian iaitu standard yang kita hendak formulate dan kita hendak keluarkan dan berperanan seperti Bank for International Settlement ataupun dikatakan BIS bagi industri perbankan conventional.

Jadi kalau perbankan conventional ada BIS ataupun Bank for International Settlement, jadi kita harapkan juga Bank Islam ini kita ada LPKI supaya dapat piawaian-piawaian baru ini dan pengubahsuaian piawaian yang ada supaya ia selaras dengan kehendak syariah.

Tumpat telah pun memohon jaminan bahawa kekebalan yang akan diberi akan dihormati dan tidak tunduk kepada tekanan untuk melupuskan kekebalan tersebut. Jadi Malaysia sentiasa menghormati kekebalan dan keistimewaan yang diberi kepada organisasi antarabangsa dan keistimewaan yang sama diberi di bawah Akta Organisasi Antarabangsa (International Organisation Act) lebih kurang lapan entiti selama ini sentiasa kita hormati dan kita akan lakukan perkara yang sama untuk lembaga ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat kita telah pun memberikan IOA kepada Islamic Corporation For Development of Private Sectors yang telah dikuatkuasakan pada Januari 2002; Association of Natural Rubber Processing Countries - December 2001; International Natural Rubber Organisation - April 2001; International Center For Living Aquatic Resources Management, The World Fish Centre - December 2000; Asia Pacific Institute for Broadcasting Development - October 2000; International Federation Red Cross and Red Crescent Society - October 1998; International Plan Genetic Resources Institute - April 1997 dan Resource International Trade and Technology Data Institution Center iaitu pada Januari 1993.

Lagipun perkara berhubung menarik balik kekebalan kemungkinan besar tidak berlaku kerana aktiviti lembaga lebih tertumpu kepada mengeluarkan piawaian dan pengawalseliaan perbankan Islam dan ini berbeza dengan contoh Yang Berhormat berikan tadi iaitu berhubung dengan kerahsiaan aktiviti perbankan biasa yang melibatkan undang-undang yang berlainan. Saya tertarik dengan Kepong tadi, memberikan kuasa penuh katanya kepada Menteri Kewangan selepas berbincang dengan Menteri Luar Negeri untuk memberikan kekebalan ini tetapi ini adalah bersesuaian dengan convention yang telah saya sebut tadi.

Tumpat juga telah pun membangkitkan isu jumlah deposit kerajaan dan badan-badan berkanun dalam perbankan Islam. Ini pun dibangkitkan oleh Jeli. Setakat ini 31 Mac 2002 jumlah deposit oleh kerajaan dan badan-badan berkanun berjumlah RM12.6 bilion dan insya-Allah seperti mana yang dikatakan oleh Jeli tadi, kita akan memperbaiki dari peringkat ke peringkat.

Penubuhan LPKI hanya imej semata-mata, ini saya rasakan peranan Malaysia dalam perbankan Islam sangat berkesan dan tertubuhnya LPKI Malaysia dapat memberi sumbangan langsung dalam menentukan hala tuju sistem kewangan Islam sejagat dan banyak negara telah memperakui sistem kewangan Islam malah mereka mempelajari dan ingin mengamalkan cara kita, melaksanakan cara kita dan imej kita disokong kuat oleh kemampuan kita untuk melaksanakannya.

Dan tadi dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kepong juga dan rakan-rakan yang lain mengenai terlalu tergopoh-gopoh (urgency) untuk akta ini dibahaskan. Perlu saya tegaskan di sini bahawa Jawatankuasa Pemandu yang dianggotai oleh Gabenor bank-bank pusat founding members, dengan izin, telah memutuskan pada mesyuarat pertamanya pada 5 Jun 2002 bahawa penubuhan Lembaga ini akan dibuat pada bulan Oktober 2002.

Sekiranya rang undang-undang ini tidak dapat disediakan pada bulan Oktober, ahli Lembaga yang kebanyakannya yang terdiri daripada bank-bank pusat negara Timur Tengah mungkin akan mencadangkan perubahan kepada persetujuan yang telah dicapai setakat ini.

DR.27.6.2002 67 Ingin saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat bahawa pada 23 September meeting di Prague, meeting World Bank dan juga IMF. Saya telah menghadirinya dan telah pun membuat site meeting mengenai penubuhan Lembaga ini dan di situ kita telah offer supaya dapat diadakan di Malaysia. Tetapi negara-negara Timur Tengah hendakkan negara-negara yang lain.

Pada bulan Mac 2001 proprietary committee, dengan izin, telah pun bersidang. April 2001 Consultative Meeting of Governors mengenai Lembaga ini telah bersidang dan diikuti dengan mesyuarat yang lain. Akhirnya pada 21 April 2002 Gabenor Bank Negara kita telah pun berbincang dengan gabenor-gabenor negara-negara lain di Washington dan akhirnya sekali barulah dipersetujui bahawa Malaysia sebagai negara yang membangunkan Lembaga ini.

Kalau kita lambat nanti banyak lagi masalah timbul kerana maklum sahajalah negara-negara Arab ini kalau institusi yang bagus mereka hendak menempatkan di tempat mereka walaupun kadang-kadang cebisan dan cetusan idea itu kebanyakan datang dari Malaysia. Jadi saya harap perkara ini dapat difahami dan saya harapkan juga Ahli Yang Berhormat bagi Kepong bersimpati dengan kita mengenai perkara ini.

Ahli Yang Berhormat bagi Tambun telah pun membangkitkan isu pemberian pembiayaan oleh institusi kewangan Islam sebanyak 6.9%. Pembiayaan sebanyak 6.9% ini meliputi pembiayaan langsung institusi-institusi perbankan Islam juga memberi pembiayaan dalam bentuk pelaburan dalam sekuriti hutang secara Islam.

Ini juga merupakan pembiayaan dan pembiayaan bentuk ini merangkumi 26% daripada keseluruhan aset perbankan Islam. Ahli Yang Berhormat bagi Tambun ingin mohon penjelasan mengenai struktur penyeliaan bank-bank Islam dan ini pun juga telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar. Pihak kerajaan menyedari perkembangan mengenai perbahasan berhubung struktur penyeliaan bank sama ada digabungkan dalam bank pusat ataupun diasingkan.

Perbahasan ini masih berterusan di mana kedua-dua pihak ada hujah masing-masing. Negara-negara maju juga tidak sekata misalnya USA mempunyai caranya tersendiri di mana Federal Reserve Board masih bertanggungjawab menyelia bank. Oleh itu perkara berhubung dengan penstrukturan penyeliaan bank perlu disesuaikan dengan situasi sektor kewangan negara kita. Dan pada masa sekarang penyeliaan bank di bawah Bank Negara Malaysia adalah sesuai dengan situasi di negara kita.

Ahli Yang Berhormat bagi Tambun telah menanyakan adakah Bank Islam juga menghisap darah seperti bank konvensional. Bank Islam perlu menjadi ejen kepada pembangunan sosial ekonomi dan Bank Islam tidak harus mengadakan access kepada pembiayaan yang begitu ketat.

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa Bank Islam merupakan satu badan kebajikan dan untuk tujuan ini, kita ada misi-misi khusus seperti YPEIN. Ia adalah satu institusi perniagaan. Oleh itu tidak dapat lari dari membuat sedikit keputusan perniagaan. Sebahagian daripada sebuah entiti perniagaan yang bertanggungjawab terhadap pemegang-pemegang sahamnya dan juga rakyat yang menyimpan duit dengannya ia harus membuat keputusan yang tepat agar peluang berpatutan, pulangan berpatutan diberi. Dengan itu sekali gus mengekalkan Bank Islam dari bebanan hutang pinjaman yang tidak berbayar.

Kita juga seperti mana Yang Berhormat sedia maklum selain daripada itu kita ada dalam menjalani transaksi-transaksi perniagaan sama ada di BSKL ataupun di bank-bank, kita ada National Syariah Advisory Council, dengan izin. Dengan adanya Majlis Syariah ini kita dapat memastikan bahawa segala transaksi itu berlandaskan kepada syariah.

Yang Berhormat sekalian, di samping usaha-usaha telah dan sedang diambil untuk memastikan negara menjadi peneraju Bank Islam di rantau ini negara juga telah merangkaikan strategi khusus melalui Pelan Induk Perbankan Islam dan Takaful yang dalam penyelidikan pada 1 Mac 2001 lepas bagi membentuk satu sistem kewangan Islam yang lebih efficient , progresif dan lengkap yang akan turut menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam serantau.

Pelaksanaan Pelan Induk ini tertumpu kepada peningkatan kapasiti keinstitusian pembangunan prasarana kewangan dan pembangunan rangka kerja pengawalseliaan. Bank Negara Malaysia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa iaitu

DR.27.6.2002 68

Jabatan Perbankan Islam dan Takaful untuk mengawal selia pembangunan sistem perbankan dan guaman Islam.

Jadi dalam Pelan Induk Perbankan Islam telah menggariskan dua matlamat utama iaitu pertamanya kita akan mendapatkan sasaran 20% pada 2010 yang sekarang ini hanya 9% dan kita hendakkan insya-Allah menjadikan negara kita sebagai pusat kewangan Islam serantau.

Yang Berhormat bagi Kubang Keran telah pun memberikan syarahan tentang Islamic Economy, terima kasih dan telah menyatakan Firman Allah S.A.W. menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba. Jadi kenapa kerajaan masih mengamalkan sistem riba dan tidak mengharamkannya secara menyeluruh. Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia dan untuk tujuan tersebut kerajaan membenarkan institusi perbankan menyediakan kemudahan perbankan Islam dan konvensional kepada pelanggannya.

Dari langkah ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang agama mempunyai pilihan sama ada untuk menjalankan urus niaga perbankan secara Islam atau pun konvensional tetapi insya-Allah, tarbiah kita akan kita lanjutkan supaya umat Islam akan dapat mempelajari baik buruknya daripada apa yang telah diperkatakan tadi.

Selain daripada itu, kita ada kedudukan insurans dan pajak gadai Islam di Malaysia – Ar-rahnu yang telah pun dikendalikan oleh YPEIM untuk menolong rakyat Malaysia supaya tidak pergi menggadai barang-barang mereka di tempat-tempat yang konvensional.

Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah pun menanyakan tentang sistem perbankan dikawal rapi supaya tidak ada urusan penyelewengan. Begitu juga dengan Ahli Yang Berhormat bagi Kepong dan institusi perbankan Islam juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat dalam urusan operasinya dan institusi ini perlu menyediakan pendedahan maklumat perakaunan secara telus. Penyata kewangan yang diaudit perlu dilaporkan setiap enam bulan dengan secara bertulis dan bagi institusi yang disenaraikan di BSKL secara setiap suku tahun. Penzahiran penyata kewangan secara kerap ini menjamin ketelusan operasinya, insya-Allah.

Yang Berhormat, seperti mana saya katakan tadi, bahawa kerajaan memberikan perhatian yang serius di dalam membangunkan sektor perbankan Islam dan ia dapat dilihat dengan hasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Kewangan Islam dan Labuan sebagai Pusat Kewangan Islam Luar Pesisir di rantau ini.

Kerajaan berhasrat untuk mengangkat martabat Islam melalui satu sistem perbankan yang efisien dan mampu bersaing dengan sistem perbankan konvensional. Untuk menggalakkan pertumbuhan sektor perbankan Islam beberapa langkah telah diambil, di antaranya ialah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan untuk perniagaan Islam dan takaful di Bank Negara Malaysia yang bertujuan untuk memberi nasihat berkenaan isu-isu syariah dalam Islam dan takaful.

Pengalaman dan kepakaran Malaysia dalam sistem perbankan Islam ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Banyak negara Islam lain meminta kerajaan Malaysia untuk melaksanakan SPI di negara mereka. Malaysia juga telah dilantik untuk mengetuai negara-negara D8 dalam bidang perbankan Islam dan takaful.

Kerajaan berhasrat untuk memajukan SPI bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga di pasaran antarabangsa, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kepong tadi kini menerajui projek penubuhan rangkaian pasaran wang Islam di peringkat antarabangsa.

Pasaran wang tersebut yang telah dikenali sebagai pasaran wang Islam antarabangsa IIMM adalah penting untuk mengembangkan SPI ke seluruh dunia di samping menyediakan kemudahan bagi institusi-institusi kewangan Islam menyelaraskan portfolio jangka pendek mereka dengan lebih cekap dan kos efektif lagi.

Selain daripada itu, promosi yang sedang kita jalankan ialah Persidangan Antarabangsa Kewangan Islam pada bulan April 2001, Malaysia telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Perbankan dan Kewangan Islam yang menghimpunkan

DR.27.6.2002 69 pakar-pakar dan pengamal-pengamal perbankan Islam serta sarjana-sarjana di bidang Syariah untuk membincangkan cabaran dan hala tuju perbankan dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Pada bulan Mei 2001, Malaysia telah menganjurkan Sidang Kemuncak Antarabangsa Takaful. Selain dari itu, kita juga telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Persidangan Ekonomi Islam anjuran Dalah Al-Baraqah, sebuah institusi kewangan Islam luar yang besar di mana persidangan ini merupakan persidangan yang pertama kali diadakan di luar Timur Tengah.

Di negara kita sendiri promosi perbankan Islam, Bank Negara Malaysia telah melancarkan Minggu Perbankan Islam pada 26 Oktober 2001 peringkat negara bagi memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran umum terhadap perbankan Islam. Satu logo khusus juga telah diperkenalkan bagi mempermudah masyarakat untuk memastikan terdapatnya perkhidmatan perbankan Islam dan langkah-langkah mempromosi produk kewangan Islam ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah menanyakan mengenai hubungan Bank Negara dengan Lembaga. Bank Negara Malaysia adalah salah satu anggota lembaga ini, lembaga yang akan mengeluarkan piawaian ataupun standard yang akan diterima pakai di peringkat antarabangsa dan Bank Negara Malaysia sebagai Ahli Lembaga akan mengguna pakai piawaian tersebut dalam mengawal selia bank-bank Islam di dalam negeri supaya Sistem Perbankan Islam juga akan mencapai satu standard antarabangsa yang diiktiraf.

Yang Berhormat bagi Arau telah banyak menerangkan tentang external forces dan internal forces, dengan izin, dengan nafsu dan keimanan serta ketakwaan. Saya mengucapkan terima kasih dan Arau juga telah menanyakan apakah organ-organ konstituen yang termaktub dalam rang undang-undang ini. LPKI akan dianggotai oleh tiga keahlian iaitu ahli penuh, ahli bersekutu, ahli pemerhati dan juga perhimpunan agung lembaga ini dihadiri oleh ketiga anggota keahlian. Majlis pula ada ahli-ahli penuh yang terdiri daripada gabenor-gabenor Bank-bank Pusat dan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar bagi membantu majlis menerbitkan piawaian ataupun standard perbankan Islam dan sekretariat pegawai-pegawai yang mengendalikan operasi LPKI ini yang diterajui oleh Setiausaha Agung.

Penyertaan negara-negara untuk menganggotai LPKI seperti yang ditanyakan oleh Jeli, kita ada had lima negara ini yang merupakan jumlah minimum untuk menubuhkan LPKI. Setakat ini sahaja telah terdapat 10 negara telah bersetuju menganggotai LPKI dan termasuklah Arab Saudi seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Jeli tadi. Yang lainnya supaya keanggotaan itu dimasukkan Yusuf Nazar, kita akan ambil ingatan dan terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Jeli dan kita akan ambil perhatian tentang apa yang telah diutarakannya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada jawatankuasa.

Fasal-fasal 1 hingga 10 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

DR.27.6.2002 70

RANG UNDANG-UNDANG

PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN ORANG 2002

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

3.10 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian I Jadual ke-10 Perlembagaan Persekutuan dibaca bagi kali yang kedua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Tuan Hashim bin Ismail: Tujuan pindaan Perlembagaan Persekutuan Bahagian I, Jadual 10 mengenai pemberian mengikut bilangan orang atau dengan izin, capitation grant adalah untuk menerima pakai kadar baru pemberian mengikut bilangan orang yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2002.

Tuan Yang di-Pertua, pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri adalah berbentuk outright grant yang bertujuan untuk membantu kerajaan-kerajaan negeri membiayai perbelanjaan mengurus tahunan seperti mana yang dibenarkan di bawah Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan.

Struktur pemberian semasa dan kadar yang diguna pakai sekarang adalah berdasarkan kepada Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 1993, Akta 503/93 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 1992 seperti berikut:-

Bil. Penduduk Kadar Pemberian (RM Seorang)

50,000 pertama 60.00

500,000 selepas 50,000 08.50

500,000 selepas 550,000 09.00

baki selepas 1,050,000 09.50

Manakala struktur kadar baru Majlis Mesyuarat Kewangan Negeri (MKN) tahun 2001 yang diadakan pada 12 Disember 2001, telah bersetuju supaya kadar semasa di atas dipinda dengan kadar baru untuk di guna pakai mulai tahun 2002. Kadar baru yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:-

Bil. Penduduk Kadar Pemberian (RM Seorang)

100,000 yang pertama 72.00

500,000 selepas 100,000 10.20

500,000 selepas 600,000 10.80

baki selepas 1,100,000 11.40

Tuan Yang di-Pertua, cadangan kadar baru ini akan melibatkan implikasi seperti berikut:-

(a) pemberian per kapita kepada semua negeri akan meningkat secara purata daripada RM10.60 kepada RM14.54 atau 37.2%. Peningkatan ini memberi sedikit kelebihan kepada negeri yang mempunyai penduduk

DR.27.6.2002 71

yang kecil jika dibandingkan dengan negeri yang mempunyai penduduk yang lebih ramai; dan

(b) kadar baru yang dicadangkan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM316.7 juta setahun. Berbanding dengan kadar pemberian semasa sebanyak RM230.9 juta iaitu peningkatan perbelanjaan sebanyak RM85.8 juta setahun atau 37.2%. Jumlah ini akan meningkat seiring dengan pertambahan penduduk di setiap negeri.

Tuan Yang di-Pertua, kadar baru yang dipersetujui ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah pemberian tahunan yang dapat membantu menampung perbelanjaan mengurus setiap kerajaan negeri yang semakin meningkat. Negeri Perlis mencatatkan peratusan peningkatan yang paling tinggi sebanyak 91.6% sementara Johor mendapat pertambahan paling banyak sebanyak RM8.6 juta, Kelantan menerima tambahan sebanyak RM5.8 juta manakala Terengganu sebanyak RM5.1 juta.

Di samping itu, pertimbangan terhadap peningkatan pemberian ini telah juga mengambil kira perkara-perkara berikut:-

(a) Selain pemberian mengikut bilangan orang, Kerajaan Persekutuan juga menyediakan peruntukan tahunan dalam bentuk pemberian grant kepada setiap kerajaan negeri yang termasuk grant jalan raya, tahap senarai bersama, bayaran perkhidmatan, pertambahan hasil dan pemberian tahunan kepada pihak berkuasa tempatan jumlah pemberian bagi tahun 2000 adalah sebanyak RM1.67 bilion.

(b) Kerajaan-kerajaan negeri masih mempunyai tunggakan hasil yang tinggi iaitu sebanyak RM1.7 bilion pada tahun 2000. Tindakan perlu diambil untuk mengurangkan tunggakan hasil dan seterusnya meningkatkan aliran tunai setiap kerajaan negeri.

(c) Persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk menjadualkan semula pinjaman kerajaan-kerajaan negeri bagi projek-projek yang berdaya maju tetapi bermasalah kewangan. Langkah ini dijangka akan membantu mengurangkan perbelanjaan dan seterusnya meningkatkan aliran tunai kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan dasar baru ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu kerajaan negeri memperkemas pengurusan kewangan serta meningkatkan kemudahan untuk faedah rakyat di semua negeri bagi melaksanakan serta menguatkuasakan kadar baru ini.

Jadual Kesepuluh Bahagian I, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan kadar pemberian kepada negeri-negeri dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian I, Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Ya, Dungun.

5.14 ptg.

Dato' Mustafa bin Ali [Dungun]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana kesempatan kepada saya untuk membahaskan pindaan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan.

DR.27.6.2002 72

Pindaan Perlembagaan ini perlu dibuat berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen dan pindaan ini juga dalam penjelasan yang telah diberikan dan juga dalam rang undang-undang ini disebut bahawa maksud pengubahan itu ialah untuk menambah pemberian mengikut bilangan orang bagi membantu negeri-negeri membiayai perbelanjaan pentadbiran yang telah meningkat.

Apabila disebut 'membantu', seolah-olah semacam Pusat tidak menerima apa-apa dari kerajaan negeri, bantu sahaja, dapat tidak ada, sedangkan terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh negeri kepada Persekutuan.

Sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang telah saya sebut itu, satu perkara yang perlu kita fahami bahawa capitation grant ini wujud kerana adanya sistem federalism yang kita amalkan dalam negara kita.

Ertinya, ada tanggungjawab Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri-negeri dan ada tanggungjawab kerajaan negeri-negeri kepada Pusat berdasarkan kepada senarai yang sama-sama kita maklum di mana ada Federal list, ada state list, dan ada concurrent list yang menjadi tanggungjawab bagi timbal balik di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri-negeri dalam konteks kerjasama yang sangat diperlukan supaya demokrasi yang kita amalkan ini dapat berjalan dengan sebaik-baiknya dalam keadaan yang boleh membentuk hubungan yang harmonis di antara Pusat dan negeri.

Tuan Yang di-Pertua, apabila saya menyebut bahawa pengorbanan yang dilakukan oleh negeri kepada Pusat, dan sebagai timbal balik yang diwajibkan di dalam Perlembagaan termasuk di antaranya ialah capitation grant yang kalau dibandingkan jumlah yang diterima oleh sesebuah negeri melalui capitation grant ini, jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan apa yang Pusat dapat daripada rakyat daripada sesebuah negeri yang menerima capitation grant ini. Contoh berapa banyak cukai yang dikutip daripada rakyat dalam sesebuah negeri, sama ada negeri Johor, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang dan sebagainya, cukai pendapatan sahaja, income tax yang diambil daripada negeri Terengganu misalnya sebagai contoh, daripada rakyat negeri Terengganu, yang bekerja di negeri Terengganu, berjumlah ratusan juta yang disalurkan kepada Pusat kerana ini menjadi hak Pusat dicampur lagi dengan pelbagai cukai import duti, eksais duti pendaftaran perniagaan, duti setem dan pelbagai yang seluruhnya berjumlah ratusan juta, bagi setiap buah negeri yang ada dalam negara kita Malaysia ini.

Jadi, kalau hendak hanya diberikan bantuan melalui capitation grant ini tentulah yang disumbangkan oleh rakyat dalam sesebuah negeri itu jauh melebihi peruntukan yang diberikan melalui capitation grant ini.

Kita menyedari memang apa yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri ini bukan sahaja capitation grant, ada road grant yang berupa suatu pemberian yang dinamakan grant ada yang dinamakan pinjaman dan ada yang dinamakan perbelanjaan pembiayaan yang terus dilakukan kepada projek di dalam sesebuah negeri.

Dalam hal inilah, Tuan Yang di-Pertua, bahawa kalau istilah yang digunakan oleh Kerajaan Pusat dalam setiap pemberian atau apa yang diberi oleh Pusat kepada negeri dengan bertujuan untuk membantu negeri-negeri membiayai perbelanjaan pentadbiran yang telah meningkat dalam kes ini untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran, dalam kes-kes yang lain untuk pembangunan negeri, dalam banyak keadaan apa yang disebut sebagai bantuan ini tidak tepat dan tidak selaras kerana Kerajaan Pusat telah melakukan tindakan-tindakan yang bukan merupakan bantuan dalam banyak keadaan bagi sesetengah negeri yang barangkali tidak disukai oleh Kerajaan Pusat ia merupakan bukan bantuan tetapi pengkhianatan kepada negeri dan rakyat kepada negeri yang berkenaan itu.

Saya tidaklah hendak menyebut apa yang pernah saya sebut di dalam Dewan ini. Bukan sahaja apa yang sepatutnya diberi memang capitation grant ini suatu yang wajib diberi kerana berdasarkan kepada perlembagaan. Kalau capitation grant ini tidak termasuk dalam perlembagaan mungkin Kerajaan Pusat tidak memberi kepada negeri Kelantan dan Terengganu. Saya yakin tidak akan diberikan tetapi oleh kerana ianya termasuk dalam perlembagaan ia wajib diberikan maka ianya diberikan. Itu pun cara pemberian menggambarkan suatu ketidakadilan yang sangat nyata kepada kedua-dua buah negeri ini termasuk negeri Terengganu sendiri.

DR.27.6.2002 73 Sebagai satu contoh Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil contoh ini berdasarkan kepada pembayaran yang dibuat kepada negeri Terengganu bermula daripada tahun 1998, 1999, 2000 dan 2001 oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1998 pemberian yang dibuat ialah pada 27 Februari 1998. Tahun 1999 pada 25 Februari 1999, pada tahun 2000 setelah barisan alternatif yang dipimpin oleh PAS mengambil alih negeri Terengganu bayarannya dibuat pada 18 Oktober 2000.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada yang bangun di belakang.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih Yang Berhormat bagi Dungun. Sebentar tadi Yang Berhormat telah membaca tindakan-tindakan Kerajaan Persekutuan terhadap Terengganu apabila Terengganu diambil alih oleh PAS, dengan cara melambat-lambatkan pemberian capitation grant ini. Minta pandangan Yang Berhormat sedikit, barangkali Yang Berhormat mengetahui apakah keputusan Majlis Kewangan Negara di dalam menentukan ataupun menghantarkan wang-wang tersebut dari tahun ke tahun. Kalau boleh beritahu sepatutnya bulan berapa, berapa kali setiap tahun seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara.

Dato' Mustafa bin Ali: Terima kasih Yang Berhormat bagi Rantau Panjang. Sepatutnya ada dua kali setahun, pada bulan Januari dan pada bulan Julai. Ini satu keputusan yang dibuat oleh Majlis Kewangan Negara dan menjadi satu kaedah yang sepatutnya yang diikuti oleh kerajaan tetapi kaedah-kaedah ini tidak dipakai bagi negeri Kelantan dan Terengganu kerana keistimewaan yang dipunyai oleh kedua buah negeri ini. Ada pun negeri lain kaedah-kaedah itu terus dipakai. Jadi, suatu gambaran Tuan Yang di-Pertua dan yang saya hendak sebut dalam perkara yang sewajibnya ini yang sepatutnya diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri pun dilambat-lambatkan supaya ianya merupakan satu masalah yang mesti dihadapi oleh kerajaan negeri sedangkan tujuan daripada capitation grant ini untuk membantu negeri tetapi tindakannya bukan membantu mengkhianati negeri.

Tuan Yang di-Pertua, ini contoh yang betul, tahun 2002 masih belum dapat dan saya masih ingat pada tahun 2001 ataupun 2000 saya pernah menyebut kepada Menteri Kewangan pada waktu itu dalam satu pertemuan. Saya mengatakan capitation grant ini belum lagi dibayar pada masa itu sudah akhir tahun, kira-kira di peringkat last quarter daripada tahun itu. Dia kata dalam perjalanan perkara ini. Jadi, perlu diperingatkan perkara yang sebenarnya tidak perlu diperingatkan. Tidak dinafikan bahawa keperluan kepada capitation grant sangat diperlukan oleh setiap buah negeri. Tadi telah disebut bahawa negeri Perlis di antara negeri-negeri yang mendapat suatu pertambahan yang agak ketara berdasarkan kepada perubahan kuantum jumlah kadar yang diberikan itu.

Kita memang bersimpati dengan Perlis walaupun di bawah Barisan Nasional, Perlis ini kadang-kadang tidak ada bantuan pusat membayar gaji pun tidak dapat, ini Perlis tetapi alhamdulillah bagi negeri Kelantan dan Terengganu untuk membayar gaji insya-Allah tidak ada masalah cuma untuk membuat pembangunan yang telah dirancang, yang memerlukan suatu pembiayaan yang besar kita masih menghadapi masalah. Kita membuat perancangan tetapi pembiayaannya tidak dapat dilakukan khusus bagi negeri Terengganu kerana wang royalti yang telah dirompak pada akhir tahun 2000 tidak…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Menyampuk]

Dato' Mustafa bin Ali:.. Saya dengar suara tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut tadi bahawa capitation grant ini bukan mencukupi untuk mentadbirkan negeri dan satu lagi di dalam janji yang dibuat oleh Menteri Kewangan sendiri Kementerian Kewangan khususnya kepada negeri Terengganu bahawa Pusat sanggup dan telah pun menyediakan suatu peruntukan sebanyak RM90 juta setelah royalti dinafikan disediakan sebanyak.. …

Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, mengikut rungutan Perdana Menteri seminggu sebelum perhimpunan agung UMNO beliau mengatakan kalau tarik semua hak orang bukan Melayu di Kuala Lumpur Lembah Klang ini yang ada hak orang Melayu ialah di Kampung Baru. Kampung Baru sahaja yang tinggal, itu rungutan Perdana Menteri di negeri yang agak mewah seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Saya ingin bertanya Yang Berhormat bagi Dungun bantuan mengikut bilangan

DR.27.6.2002 74

penduduk, capitation grant ini di negeri-negeri yang miskin bukan setakat bilangan penduduk sepatutnya ditambah dengan keadaan kadar sosial ekonomi tempat itu terutama sekali Kelantan dan Terengganu dan negeri yang akan kita perintah Kedah. Kerana ia hutang Kedah kepada pusat RM1.2 bilion jawapan yang saya tanya dalam Parlimen ini.

Bagaimanakah kalau kami mengambil pemerintahan Kedah nanti dengan kadar hutang yang begitu tinggi kemiskinan yang begitu tinggi, kalau kerajaan tidak memikirkan daripada sekarang untuk memberi selain daripada grant mengikut bilangan penduduk dengan bantuan inisiatif yang lain kepada sosioekonomi tempat itu. Kedah akan miskin dalam warta berita nanti bila kita memerintah nanti, sekarang ini hanya tunjuk kaya.. [Ketawa] Ini biasalah. Tetapi saya hendak bertanya pandangan Yang Berhormat bagi Dungun bukan hanya grant mengikut bilangan penduduk tetapi sosioekonomi tempat itu mesti kerajaan mempertimbangkan untuk memperbanyakkan bantuan. Minta penjelasan.

Dato' Mustafa bin Ali: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Memang sebenarnya Kerajaan Pusat dari sudut amalannya ada memberikan bantuan kepada negeri-negeri berdasarkan kepada tahap pembangunan ekonomi sesebuah negeri tetapi ini bergantung kepada budi bicara Kerajaan Pusat dan budi bicara ini boleh − kalau saya menyebut tadi yang ada dalam perlembagaan pun masih mencari jalan untuk melambat-lambatkan apa lagi yang hanya tidak termasuk dalam perlembagaan tetapi berdasarkan kepada budi bicara tentu sahajalah ada caranya untuk menyusahkan sesebuah negeri yang ia tidak suka.

Khusus bagi negeri Kedah, negeri Kedah ini adalah di antara negeri yang berhutang banyak dengan Pusat. [Disampuk] Ya, memang akan menghadapi masalah ini untuk bayar balik hutang sebab dari segi kaedah, siapa pun yang membuat hutang, maka menjadi kewajipan kepada sebuah kerajaan itu kena bayar balik hutang.

Diumpamakan sebagai seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang janda. Yang suami dahulu, memang janda banyak duit tetapi suami dahulu boros, menggunakan duit janda ini sehingga janda berhutang banyak, tetapi oleh kerana kita hendak juga kepada janda itu, terpaksalah kena tanggung hutangnya sekali. Inilah ibaratnya. Kalau Kedah kita perintah, inilah keadaan yang akan kita hadapi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Mohamad bin Sabu: Dato’ Dungun.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Mohamad bin Sabu: Saya ingin membetulkan kenyataan saya tadi. Sebenarnya, RM1.330 juta, hutang negeri Kedah.

Seorang Ahli: RM1.3 bilion.

Tuan Mohamad bin Sabu: RM1.3 bilion. Jadi, kalau Kelantan, lebih kurang RM700 juta, Terengganu lebih kurang RM700 juta. Bayangkan bila kami memerintah Kedah esok, dalam keadaan negeri yang begitu banyak hutang, tidak tahulah macam mana kami hendak bayar kalau tanpa bayaran Kerajaan Pusat. Melainkan kalau Kerajaan Pusat juga kami berkuasa, itu lainlah. [Ketawa] Jadi, minta komen sedikit daripada Yang Berhormat bagi Dungun.

Dato’ Mustafa bin Ali: Memang jalan yang paling selamat untuk menyelesaikan masalah ini bukan sahaja menguasai negeri tetapi menguasai Pusat. [Ketawa] [Disampuk]

Beberapa Ahli: Insya-Allah!

Dato’ Mustafa bin Ali: Insya-Allah! Jalannya tidak mudah tetapi kita tidak boleh berputus asa. Banyak negeri yang dianggap sebagai negeri yang kuat dan kaya. Johor misalnya, hutang SCDC sahaja, entah berapa bilion, Johor sahaja. Semua negeri berhutang. Termasuk Selangor, termasuk negeri-negeri yang lain. Malah negeri Perlis, Yang Amat Berhormat Menteri Besarnya oleh kerana penat menghadapi keadaan, hendak serah Perlis balik kepada Pusat sebenarnya. Inilah keadaan-keadaan yang berlaku. Dan hutang walau macam mana pun, terpaksa dan mesti dilangsaikan.

DR.27.6.2002 75

Negeri Terengganu kita menghadapi sewaktu kita mengambil alih pemerintahan, kita menerima dan mewarisi hutang sebanyak RM740 juta. Dalam keadaan royalti yang beratus-ratus juga, masih lagi berhutang sebanyak RM740 juta dan kita terpaksa membayarnya sedikit demi sedikit, tetapi tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan, kalau kita lambat bayar sedikit, maka dipotong daripada capitation grant yang diberikan kepada negeri. Inilah yang dilakukan oleh Pusat.

Tuan Husam bin Haji Musa: Macam cetilah!

Dato’ Mustafa bin Ali: Ya, bolehlah ditafsirkan apa sahaja.

Beberapa Ahli: Ceti, ceti!

Dato’ Mustafa bin Ali: Ini sesuatu yang dilakukan oleh Pusat. Kata hendak bantu tetapi yang sedikit itu pun dipotong lagi. Memanglah hutang mesti dan wajib dibayar. [Disampuk] Ya, kita tidak nafikan itu, tetapi seharusnya ada timbang rasa oleh Pusat kepada negeri dan dalam keadaan kita menghadapi suasana yang seperti itu.

Baru-baru ini saya terbaca, Pahang negeri besar tetapi hutang SCDCnya berbilion juga seperti juga negeri Johor. Dan Pahang ini macam-macam yang berlaku. Kalau kita berdasarkan kepada, kalau dibandingkan dengan hasil yang diperolehi oleh negeri-negeri, apa dia selain daripada capitation grant ini – income tax, excise duty, import duty yang lain-lain diambil oleh Pusat. Yang tinggal kepada negeri hanya premium dan cukai tanah, hasil hutan termasuk pembalakan dan air. Itu sahaja yang ada kepada negeri.

Sedangkan sebahagian yang besarnya telah diambil oleh Pusat. Memang saya bersetuju tadi dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kuala Kedah bahawa sepatutnya walaupun capitation grant ini dinaikkan, memang tidak cukup dan perlu dinaikkan lagi.

Apa lagi kalau hasil yang sepatutnya diperoleh oleh negeri berlaku lagi kebocoran, misalnya. Negeri Pahang baru-baru ini, berlaku pencurian balak secara berleluasa. Hasil balak jadi hilang kerana orang curi. Saya tidak tahu sebab apa orang berminat sangat hendak curi balak negeri Pahang, barangkali ada spesies yang baik di negeri itu, barangkalilah saya agak. Negeri lain, barangkali tidak banyak spesies-spesies yang baik. Melaka tidak ada balak pun, pun kena curi juga.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, inilah gambaran bagaimana hasil yang diterima oleh negeri dan apa sumbangan Pusat kepada negeri bagi setiap negeri di dalam sistem federalism yang kita amalkan sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya suka menyebut di sini bahawa capitation grant yang dikemukakan ini saya akui bahawa ada lagi sebagaimana yang disebut tadi, road grant yang juga termasuk dalam perkara-perkara yang biasanya dibayar oleh Pusat kepada negeri.

Tadi saya baca jadual yang diberikan oleh Pusat kepada negeri melalui capitation grant, ada satu lagi yang dinamakan road grant, pemberian dan penyelenggaraan jalan raya. Ini bagi negeri Terengganu. Sepatutnya dibayar tiap-tiap bulan. Dalam tahun 1998 dan 1999, setiap bulan dibayar, bermula daripada Januari tiap-tiap bulan sampailah kepada, biasanya November.

Tetapi bagi negeri Terengganu, pada tahun 2000, saya akui ada dibayar pada bulan Januari. Untuk bulan Januari sahaja, selepas itu tidak dibayar. Sehinggalah sampai bulan Oktober, baru dibayar. Barangkali inilah apa yang disebut oleh Perdana Menteri, ‘Melayu mudah lupa’. Lupa hendak bayar tiap-tiap bulan, bulan Oktober baru teringat, bayar semula pada bulan Oktober dan selepas itu yang terakhirnya pada bulan Disember.

Bagi tahun 2001, ini sudah clear. Bermula pada bulan Ogos, bayaran yang pertama, dilonggokkan bulan-bulan sebelumnya dan 29 November, dua kali sahaja, akhir tahun. Tujuannya tidak ada lain melainkan untuk menyusahkan sebagai suatu…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Dato’ Mustafa bin Ali: Sebagai satu tindakan politik….

DR.27.6.2002 76

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Kubang Kerian berdiri Yang Berhormat. Ada yang berdiri minta penjelasan.

Dato’ Mustafa bin Ali: Ada.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.

Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Dungun, saya ucap terima kasih. Saya ingin sedikit penjelasan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Dungun tadi adalah perkara-perkara wajib. Yang wajib ini biasanya dalam kaedah agama, kalau kita tidak buat, berdosa dan kalau kita buat dapat pahala. Dalam hal ini, perkara wajib telah dinafikan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang akan bersara 16 bulan daripada sekarang pernah memberitahu Dewan ini bahawa Kerajaan Barisan Nasional berasaskan kepada fundamental Islam. Adakah ini perkara yang telah mencabar ataupun melanggar prinsip asas iaitu perkara wajib mesti ditunaikan? Adakah ini sesuai dengan fundamental Islam yang disebut oleh Perdana Menteri, 16 bulan daripada sekarang dia akan bersara, dia tolak dua bulan, 14 bulan lagi dia masih Perdana Menteri dan Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi tinggal dua bulan sahaja jadi Pemangku Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Apa soalannya Yang Berhormat?

Tuan Husam bin Haji Musa: Sekian.

Dato’ Mustafa bin Ali: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Manusia boleh bercakap apa sahaja dia hendak bercakap. Dia sebut fundamentalis tetapi amalannya terlalu jauh dengan apa yang diucapkan. Cakap tidak serupa bikin tetapi yang bercakap itu ialah Perdana Menteri yang sedang bercuti sekarang dan kita harap Pemangku Perdana Menteri tidak macam itulah, insya-Allah. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Harap semualah! Tidak begitu Yang Berhormat?

Dato’ Mustafa bin Ali: Ya. Ini pasal saya respons kepada pertanyaan [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Baik.

Dato’ Mustafa bin Ali: Cuma, masanya terlalu lama, setahun lebih lagi untuk saya melihat perubahan-perubahan itu berlaku.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Mustafa bin Ali: Ya, 'no or yes', saya tidak mahu komen. Mudah-mudahan perkara itu akan menjadi satu realiti. Dan kembali kepada masalah apa yang sebenarnya menjadi satu kewajipan kepada Kerajaan Pusat untuk kerajaan-kerajaan negeri ini, sepatutnya sebagai seorang bapa, yang menyedari bahawa semua negeri menghadapi masalah, dapat memberikan satu perhatian yang sungguh-sungguh untuk kita menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negeri-negeri.

Dan saya mengharapkan, Tuan Yang di-Pertua, supaya amalan tidak sihat dan amalan diskriminasi yang dilakukan, khususnya terhadap negeri Terengganu dan negeri Kelantan yang diperintah selain daripada BN, diberhentikan untuk kepentingan rakyat kita bersama kerana kita menerima amanah. Selain daripada amanah Allah S.W.T, kita menerima amanah rakyat yang memberikan kepercayaan kepada kita untuk memimpin mereka.

Sebagaimana kita menghormati PAS sejak berpuluh-puluh tahun menghormati keputusan rakyat apabila Barisan Nasional menang semua sekali, kita mengiktiraf, itu satu mandat yang diberikan oleh rakyat, kita kata jalan sebagaimana yang sewajarnya tetapi apabila mandat ini diberikan oleh rakyat kepada negeri Kelantan dan Terengganu, konsep Federalism yang menjadi suatu amalan yang sepatutnya diamalkan oleh semua pihak telah tidak dilaksanakan sebagaimana yang sewajar dan sepatutnya.

DR.27.6.2002 77 Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, khusus bagi capitation grant ini hari ini Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan ada bersama. Dahulu saya pernah bercakap dengan Menteri Kewangan yang sudah pun resign dan Setiausaha Parlimen ada saya harap Kementerian Kewangan memberhentikan tindakan diskriminasi yang seperti ini.. [Tepuk] Tidak wajar, tidak patut dilakukan.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: [Bangun]

Dato’ Mustafa bin Ali: Saya bercakap depan, depan dalam Dewan yang mulia ini …..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat, Rantau Panjang.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Cara Yang Berhormat berucap sebentar tadi menampakkan seolah-olah Yang Berhormat merasakan ada keyakinan bahawasanya Kerajaan Pusat akan berubah dengan rayuan-rayuan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Tidakkah Yang Berhormat mengetahui perkara seperti ini telah berlaku di Kelantan setelah sepuluh tahun, tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dengan melambat-lambatkan pembayaran capitation grant ini dan saya telah bercakap di Dewan ini beberapa kali dan saya detail kan setiap tahun berapa kali bayar dan bulan berapa dibayar sehingga sampai ke tunggakan pada tahun lain pun ada. Satu masa pernah berlaku hanya tinggal satu hari sahaja pemberian cek itu akan mati. Tarikh cek itu akan mati satu hari sahaja sehingga terpaksa pegawai kewangan negeri terbang ke Kuala Lumpur masukkan cek itu. Ini hasil permainan politik. Barangkali pegawainya tidak bermasalah cuma orang-orang politik sebagai penghalang kepada urusan-urusan pentadbiran Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Boleh Yang Berhormat beri penjelasan sedikit?

Dato’ Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Rantau Panjang. Saya akui bahawa memang pegawai tidak ada masalah kerana pegawai melaksanakan amanah yang mereka lakukan. Malah dalam setiap kali yang terlibat dalam soal pembayaran ini, pegawai kewangan peringkat negeri malah setiausaha kerajaan peringkat negeri menghubungi pegawai di peringkat perbendaharaan pun peringkat pegawai tidak ada masalah tetapi hendak mengeluarkan cek, hendak menghantar cek itu memerlukan satu directive daripada yang lebih atas.

Yang Berhormat tanya sama ada ini boleh berubah atau tidak, "dhomir" dan conscience manusia ini tidak sama antara satu sama lain. Ada manusia yang hatinya keras seperti batu tetapi manusia juga mungkin ada yang hatinya lembut. Saya tidak bercakap ini across the board bahawa semua manusia seperti itu [Ketawa] Kita harap bahawa yang akan datang ini akan lebih friendly, akan lebih memahami, akan lebih mempunyai "dhomir" yang suci, bersih dan dengan yang demikian hubungan yang lebih baik yang kita kehendaki di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ini dapat kita wujudkan bukan sahaja soal capitation grant, soal bayaran tetapi soal pembangunan yang menyentuh soal rakyat seluruhnya soal pembangunan seluruhnya akan dapat kita lakukan.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat, Kubang Kerian.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih. Yang Berhormat bagi Dungun, pernah atau tidak perkara ini disampaikan secara slow talk dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu?

Dato’ Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini isu kerajaan, jadi kita tidak pergi ikut parti …

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah.

Dato’ Mustafa bin Ali: Saya tidak pergilah ikut Ketua Perhubungan UMNO Terengganu sebab ini soal kerajaan jadi kita kena buat ikut saluran kerajaan, barangkali itu yang dikehendaki walaupun barangkali hubungan di antara itu membantu saya tidak menafikan tetapi dalam banyak keadaan, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri

DR.27.6.2002 78

Terengganu biasanya datang lawatan itu tidak pernah rasmi, selalunya tidak rasmi, jadi payah. Kalau bertemu pun secara bertembung begitu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruslah Yang Berhormat.

Dato’ Mustafa bin Ali: Walaupun hubungan baik tetapi bertembung, tidak secara rasmi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masuk akta Yang Berhormat.

Dato’ Mustafa bin Ali: Jadi, baik Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi yang ingin saya sebut di sini bahawa jumlah kadar yang diberikan mengikut pindaan-pindaan yang telah dibuat tadi, yang telah diterangkan oleh Setiausaha Parlimen yang menyebut purata berdasarkan kepada angka yang diberikan itu bertambah daripada RM10.60 kepada RM14.50. Tetapi kalau kita melihat kadar itu, ‘A’ - RM72 kemudian ‘B’ itu RM10.80 tetapi yang selebihnya constant kepada RM11.40 ertinya negeri yang penduduknya ramai memang akan mendapat satu jumlah yang tinggi. Kalau kita anggapkan bahawa sliding scale harus dibuat berdasarkan jumlah-jumlah penduduk, sepatutnya yang B harus tinggi daripada ‘C’, yang ‘C’ harus tinggi daripada ‘D’ tetapi tidak begitu. Yang ‘D’ itu bertukar menjadi lebih tinggi akhirnya RM11.40 berbanding kepada RM10.80 bagi 500,000 selepas itu.

Jadi ini yang saya tidak faham kenapa scael yang seperti ini dilakukan. Memang tidak dinafikan bahawa negeri seperti Perlis mengalami satu perubahan yang agak besar tetapi base nya kecil. Apabila base kecil, walaupun dia dapat mungkin bertambah RM5 juta baru sahaja RM10 juta. Cukup tidak cukup untuk bayar gaji negeri Perlis itu, saya tidak pastilah tetapi memang saya tahu bahawa Menteri Besar selalu mengeluh tentang perkara ini. Ini yang saya dengar Tuan Yang di-Pertua.

Kemudian soal pemberian bantuan Kerajaan Pusat kepada negeri ini mungkin boleh diatur melalui cara-cara yang lain kalau betul bahawa pusat memang mempunyai peranan. Memang kita tidak nafikan mempunyai peranan terhadap negeri. Segala cukai yang saya sebut tadi; income tax, corporate tax, eksais duti, import duti, cukai jalan, apakah tidak mungkin sebahagian daripada cukai ini yang dikutip dalam negeri yang berkenaan itu dikembalikan direct kepada negeri itu tetapi tidak dalam bentuk capitation grant berdasarkan kadar ini sahaja.

Dengan demikian maka rakyat sesebuah negeri yang menyumbang kepada Kerajaan Pusat mendapat pulangan secara direct dari Kerajaan Pusat kepada negeri yang berkenaan itu dan ini akan dapat membantu sedikit sebanyak kepada negeri-negeri yang berkenaan. Saya menyebut bagi seluruh negeri tanpa kecuali negeri yang diperintah oleh PAS ataupun Barisan Nasional kerana kita dalam konteks Federalism yang anak-anak mempunyai hak terhadap bapanya dan bapa mempunyai tanggungjawab terhadap anak masing-masing. Bagaimana ini boleh dilakukan? Barangkali pegawai-pegawai kita boleh mencari satu formula bagaimana ini boleh dibuat. Barulah barangkali rakyat …..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Kuala Kedah.

Tuan Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, bila kita lihat di sini pindaan rang undang-undang ini kerajaan belanjakan RM90 juta untuk tambah extra kepada geran ini sedangkan dalam Parlimen ini kita luluskan untuk Perwaja sahaja sudah berapa bilion untuk berapa juta rakyat ini RM90 juta sahaja. Patut atau tidak Kerajaan Barisan Nasional ini buat begini kepada rakyatnya? Sebab itulah makin ramai rakyat sekarang menolak Kerajaan Barisan Nasional terutama orang Melayu. Ini RM90 juta bandingkan dengan Perwaja, cuba bandingkan tengok bagaimana kasihan belas kerajaan kepada rakyat jelata?

Dato’ Mustafa bin Ali: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Kedah. Memanglah saya hendak sebut RM90 juta ini bagi seluruh negeri, bukan satu negeri dan RM90 juta ini bukan satu angka yang besar dan saya rasa hendak boleh sampai persetujuan supaya naik RM90 juta ini pun kepada kadar-kadar yang disebut itu bukan main sukar lagi. Saya tidak ingat kali yang terakhir capitation grant ini dipinda, saya tidak ingat tetapi sudah lama tidak dipinda baru sekarang dipinda setelah beberapa tahun.

DR.27.6.2002 79

Dan kalau hendak dibandingkan bagaimana perbelanjaan yang begitu besar diberikan kepada syarikat Perwaja dan yang lain-lain, ini suatu angka yang cukup besar berbanding dengan yang wajib diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya menegaskan bahawa kadar yang diberikan ini kalau kita hendak harap mencukupi, tidak mencukupi, ia boleh dinaikkan dan perlu dinaikkan. Yang keduanya, tidak seharusnya ada diskriminasi di dalam kaedah pemberian ini. Yang ketiganya, perlu ada suatu kaedah yang boleh dimanfaatkan supaya rakyat dalam sebuah negeri ataupun negeri itu mendapat manfaat daripada segala kutipan yang dibuat dalam negeri yang berkenaan, yang diambil dan diangkut ke Pusat dalam pelbagai cukai yang saya sebutkan itu, supaya konsep Federalism yang menjadi amalan kita ini akan kekal menjadi suatu konsep yang boleh membangunkan rakyat kita, negara kita, negeri kita seluruhnya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya bagi Yang Berhormat bagi Tanjong. Sila.

5.51 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi kesempatan ini untuk membahaskan rang undang-undang untuk meminda peruntukan Bahagian I, Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan capitation grant.

Tuan Yang di-Pertua, capitation grant ini seperti dimaklumkan tadi, adalah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, di mana Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini juga menggariskan tanggungjawab-tanggungjawab Kerajaan Pusat ke atas negeri-negeri yang menjadi anggota kepada persekutuan ini, dan vice-versa, iaitu peranan dan tanggungjawab negeri-negeri ini kepada Pusat. Seperti mana dihujahkan oleh Yang Berhormat bagi Dungun tadi, Malaysia ini mengamalkan sistem federation.

Dan secara ringkasnya, persekutuan atau federation ini, ditakrifkan sebagai sebuah badan yang dibentuk oleh beberapa buah negeri, yang mana setiap negeri mengekalkan kawalan atas hal ehwal dalaman masing-masing. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, federation di Malaysia ini cuma wujud atas nama sahaja sebab setiap negeri yang menjadi anggota kepada persekutuan ini, cuma mempunyai sedikit ataupun autonomi yang terhad sahaja, walhal kuasa-kuasa yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan ini, memusatkan kuasa-kuasa ini ke atas Kerajaan Pusat.

Jadi tidak hairanlah selama ini Malaysia dibentuk atas konsep federation ini, nampak banyak masalah mengenai perhubungan di antara Pusat dengan negeri-negeri yang menjadi anggota, khususnya apabila negeri-negeri ini diperintah oleh parti-parti yang berlainan dengan Kerajaan Pusat, seperti Kelantan, Terengganu, pada suatu masa Sabah, Sarawak dan sebagainya. Masalah-masalah berbangkit dalam segi politik, constitutional, ada pun krisis mengenai istana dengan kerajaan dan sebagainya dan untuk menonjolkan percanggahan di antara Kerajaan Pusat dengan Negeri, kita nampak dalam kes Stephen Kalong Ningkan melawan Kerajaan Pusat, yang memberikan kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-undang, walaupun dalam Perlembagaan ini ditakrifkan sebagai state matters.

Jadi dalam federation ini memang ada berbagai masalah, dan dari masalah-masalah berhubung dengan negeri dengan Pusat, saya rasa masalah yang selalu berbangkit adalah mengenai perhubungan kewangan di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, seperti mana dihujah dengan panjang lebar oleh Yang Berhormat bagi Dungun tadi.

Tuan Yang di-Pertua, penggubal perlembagaan negara ini pada masa itu memutuskan bahawa sumber-sumber cukai yang utama dan kebanyakannya, diperuntukkan ataupun diberikan kuasa kepada Kerajaan Pusat, supaya untuk mendapat satu pentadbiran yang efisien dan juga untuk kebajikan ekonomi negara pada keseluruhannya. Oleh kerana dengan memberikan kuasa yang begitu besar untuk mengendalikan sumber-sumber cukai ini telah membawa kesan dan memberi

DR.27.6.2002 80

kesan, di mana Kerajaan Pusat mempunyai kawalan yang begitu besar terhadap ekonomi negara, bukan setakat ekonomi negara sahaja tetapi politiknya.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Perlembagaan Malaysia, capitation grant ini diberikan mengikut bilangan orang yang menjadi rakyat di negara ini, iaitu menggunakan satu konsep sama rata, sama rata sumber-sumber yang dimiliki oleh negeri-negeri yang membentuk negara Malaysia atas satu prinsip “Robin Hood”, di mana melalui cukai-cukai pusat, orang-orang yang mempunyai pendapatan tinggi membayar cukai melalui Federal tax ini, dan kerajaan pula membelanjakan cukai-cukai ini melalui geran dalam negeri-negeri di mana orang-orang yang mempunyai pendapatan yang rendah mendapat geran ini.

Capitation grant dan lain-lain geran diberikan kepada negeri dan kerajaan tempatan kerana mereka memerlukan hasil-hasil ini untuk menguruskan kerajaan dan juga untuk mencapai matlamat pembangunan sosial ekonomi dan sebagainya. Dalam akta ini, dalam Perlembagaan pun, capitation grant ini diberikan, Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan unjuran-unjuran bilangan penduduk bagi negeri itu, seperti mana ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan dikira seperti pada bancian bilangan penduduk yang terakhir.

Jadi pada prinsipnya Tuan Yang di-Pertua, perlembagaan ini mengiktiraf setiap rakyat di Malaysia ini adalah sama rata, mempunyai hak yang sama rata seperti mana yang termaktub juga dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai sama rata, di mana (1) semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

Bahagian (3) mengenai sama rata ini juga menyatakan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan bagi faedah seseorang oleh sebab dia seorang rakyat, raja bagi mana-mana negeri. Maksudnya, kalau dia rakyat kepada Raja Kelantankah, kepada Terengganu, tidak bolehlah mengikut Perlembagaan Fasal 8(3) ini ada perbezaan antara rakyat di negara ini [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan Persekutuan ini juga memaktubkan fundamental liberties, hak-hak asasi setiap rakyat di negara ini, sama ada mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, kebebasan agama, hak-hak berkenaan dengan pekerjaan, hak terhadap harta dan sebagainya, sebab setiap rakyat ataupun setiap kelompok rakyat haruslah dilihat sebagai orang yang mempunyai keperluan untuk menikmati pembangunan pelbagai, untuk memenuhi hasrat menjadi insan yang sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, capitation grant ini diberikan berdasarkan jumlah penduduk setiap negeri, tetapi jangan cuma menganggap rakyat ini sebagai statistics sahaja untuk mengira berapa banyak wang perlu diberikan. Tetapi hendaklah menganggap rakyat sebagai orang yang mempunyai permintaan dan keperluan kerana sifat rakyat yang berbagai dan majmuk dalam masyarakat ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, capitation grant dari segi mengikut jumlah penduduk membayangkan satu falsafah di mana peruntukan diberikan secara adil kepada setiap orang dan setiap negeri. Walaupun tadi Yang Berhormat bagi Kuala Kedah menyatakan perlulah mengkaji need-based allocations di mana tahap pembangunan sosioekonomi setiap negeri itu perlu juga diambil kira tetapi secara purata dasar ini patutlah jadi satu dasar yang adil di mana kerajaan harus juga mengamalkan dasar yang adil apabila membuat pemberian ini dan bukan seperti apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat bagi Dungun, bantuan jadi sebagai menganiayai negeri-negeri yang tidak secocok dengan Kerajaan Pusat.

Tuan Yang di-Pertua, akan tetapi walaupun capitation grant ini berprinsipkan satu dasar yang adil, tetapi kita kesal bahawa Kerajaan Pusat tidak mengamalkan sikap yang adil dan menganggapnya sebagai satu alat politik untuk digunakan untuk mencapai matlamat politik mereka.

Barisan Nasional sedang memainkan politik peruntukan geran (the politic of capitation grants) kerana pemberian peruntukan bukan cuma melibatkan wang sahaja tetapi juga merupakan pemberian kuasa politik. Sejak pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963 Tuan Yang di-Pertua, parti pemerintah telah menggunakan the politic of Federal grants, dengan izin, dan the politic of development funds sebagai satu cara machiavellian untuk memusatkan kuasa di tangan elit politik dalam Barisan Nasional menerusi menghancurkan kuasa-kuasa politik, parti-parti kenegerian dan seterusnya

DR.27.6.2002 81 memencilkan mereka dari pusat kuasa politik dan akhirnya menyerapkan mereka dalam satu power-sharing coalition iaitu Barisan Nasional yang lebih menguntungkan elit politik daripada parti-parti kecil di peringkat negeri-negeri khususnya di negeri Sabah dan Sarawak pada suatu ketika, PBS, PBDS dan lain-lain, dan juga pernah berlaku di ..

.. Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri jalan.

Tuan Chow Kon Yeow: …Pulau Pinang, di Perak – PPP, Pulau Pinang, Gerakan, Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih, saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat, tetapi saya kurang pasti. Lambang Barisan Nasional sekarang ini ialah dacing daripada kapal layar dahulunya. Dacing melambangkan keadilan dan keseimbangan, tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat nampaknya tidak reflect keadilan dacing itu sendiri. Adakah Yang Berhormat berpendapat bahawa simbol dacing itu tidak dihayati oleh Barisan Nasional.

Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Mungkin kita sama-sama mengesyorkan kepada Pengerusi Barisan Nasional yang baru untuk tukarlah simbol dacing itu.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat bagaimana Kerajaan Pusat Barisan Nasional mempermainkan politic of Federal grants apabila ia menarik balik royalti petroleum daripada kerajaan negeri Barisan Alternatif Terengganu sebab ingin membalas dendam ke atas pengundi yang telah menumpaskan kuasa mereka di negeri itu dan sekali gusnya melalui penarikan ini mensabotaj….

Dato' Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Sri Gading ya, sila.

Dato' Haji Mohamad bin Haji Aziz: Yang Berhormat, jadi apakah ini bermakna DAP menyokong PAS. Sedikit soalan dan tolong jelaskan sedikit.

Tuan Chow Kon Yeow: UMNO pun sokong PAS untuk menubuhkan negara Islam di negara ini…, dan sekali gus mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Terengganu untuk menggunakan sumber hasil ini untuk memanfaatkan rakyat jelata di negeri itu. Di samping itu, Kerajaan Pusat juga cuba menggunakan jentera pentadbiran pusat melalui wang ehsan ini untuk menggugat kestabilan politik negeri tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang begitu banyak untuk memastikan parti-parti pembangkang yang memenangi kuasa pemerintahan di peringkat negeri tidak dapat memerintah dengan senangnya. Sebuah parti yang memenangi pilihan raya di Sabah, iaitu PBS di rampas hak pemerintahan mereka kerana politik wang…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat kenapa pergi ke sini Yang Berhormat.

Tuan Chow Kon Yeow: …politik capitation grant, budaya politik melompat parti-parti. Tuan Yang di-Pertua dalam 20 tahun kebelakangan ini Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan politik pembangunan. Capitation grant pun satu jenislah politik pembangunan yang berkesan untuk mengekalkan cengkaman kuasa mereka. Pengundi-pengundi diugut dengan propaganda bahawa rakyat tidak akan menikmati pembangunan sekiranya parti-parti kerajaan kalah dalam pilihan raya. Kerajaan tidak akan menyalurkan peruntukan untuk tujuan pembangunan di kawasan yang memilih parti-parti pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun semangat membuat capitation grant ini adalah menganggap setiap rakyat mengundi sebagai sama rata dan tidak membezakan mereka, tetapi hakikatnya pengundi-pengundi di kawasan pembangkang didiskriminasikan kerana wakil rakyat pembangkang tidak menikmati peruntukan kawasan seperti mana diberikan kepada wakil rakyat dari pihak kerajaan.

DR.27.6.2002 82

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Larut berdiri Yang Berhormat. Ya, sila.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya hendak tanya Yang Berhormat, Perlembagaan mana yang kita tidak ikut, yang kita tidak patuh dan Yang Berhormat mengatakan Kerajaan Barisan Nasional tidak adil, kejam. Cuba sebut negeri mana yang tidak dapat pengagihan, termasuk Kelantan, Terengganu. Yang teruk ini pembangkang, tidak pernah ikut Perlembagaan termasuk PAS itu. Quran kadang-kadang tidak dipatuhi. Cuba Yang Berhormat jelaskan sikit. Jangan cakap tidak serupa bikin.

Tuan Chow Kon Yeow: Yalah, tanya baik, mungkin sikit pun saya tahu. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Yang Berhormat Larut ini tidak dengarlah apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Dungun tadi. Kalau apa yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kewajipan dan tanggungjawab yang harus ditunaikan oleh Kerajaan Pusat pun dimain-mainkan, apatah lagi peruntukan pembangunan yang tidak dengan khususnya termaktub dalam Perlembagaan ini. Jadi saya rasa tidak usahlah Yang Berhormat Larut ini mempertikaikan apa yang kita hujahkan. Saya berharap….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Larut berdiri lagi Yang Berhormat, hendak beri jalan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Yang Berhormat saya tidak mempertikaikan. Yang Berhormat yang mempertikaikan. Tadi Yang Berhormat mengatakan Kerajaan Barisan Nasional tidak adil ya, tidak bertimbang rasa, ini Bukit Mertajam yang sibuk sangat pasal apa, saya bukan tanya Yang Berhormat Bukit Mertajam…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terus, terus.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: …Yang Berhormat, saya ikut peraturan, inilah, kita ikut peraturan tetapi yang sibuk sebelah sana pasal apa? Jadi peruntukan kita bagi sama rata kita agih, yang patut dapat, dapat. Jadi, yang masalah pembangkang tidak mahu terima hakikat, walaupun benda putih bagi dia, hitam saja memanjang, terutama PAS itu. Bagi saya, Dungun cakap itu ada juga yang betul ada juga tidak boleh kita pakai, bukan kesemuanya. Jadi tidak mengatakan bahawa kita tidak faham, kita faham, yang tidak faham ini pembangkang terutama DAP yang selalu dipermainkan oleh PAS terutama berhubung dengan soal Islam. Ha, ini pun satu masalah juga. Saya tidak mahulah hurai panjang lagi, sila Yang Berhormat beri penjelasan.

Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasihlah. Saya cuma tahu erti adil sekiranya apabila saya balik kawasan, saya dimaklumkan saya dapat peruntukan kawasan. Saya cuma erti, makna erti adil kalau Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Pusat tidak menarik balik wang royalti dari negeri Terengganu dan lain-lain lagi, kalau mahu saya erti maksud adil, buat dengan adillah. Saya berharap rakyat jelata tidak didiskriminasikan semata-mata pegangan dan kecenderungan politik mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tumpat berdiri Yang Berhormat. Sila

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang Yang Berhormat sebut tadi apabila kita dengar daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen dia kata untuk Kelantan misalnya dengan peruntukan yang baru ini akan bertambah lebih kurang RM5 juta lagi. Tetapi yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada wakil rakyat ataupun di tempat tidak ada wakil rakyat Parlimen, Ketua-ketua UMNO Bahagian, kalau di Kelantan ada 14 Bahagian, RM7 juta paling kurang. Adakah itu menunjukkan jelas tidak adilnya Kerajaan Pusat dalam pengagihan wang kepada rakyat di seluruh negara? [Tepuk]

Tuan Chow Kon Yeow: Itu adil dalam dictionary Barisan Nasional. Maksud adil begitu sahajalah. Jadi saya rasa rakyat tidak perlu tekan kepada permainan politik wang dan pembangunan ini kerana rakyat boleh menggunakan undi mereka untuk membetulkan keadaan ini. Apatah lagi parti UMNO yang menjadi tunggak kepada

DR.27.6.2002 83 kerajaan hanya memperolehi sokongan kurang dari 50% pengundi sahaja khasnya di kawasan yang mereka tandingi di seluruh Semenanjung Malaysia.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, kita mesti ingat bahawa walau macam mana sempurna sesuatu peruntukan Perlembagaan ataupun bagaimana peruntukan Perlembagaan ini digubal tetapi ia tidak berguna jika diletakkan di dalam tangan yang tidak worthy dan apa pun jaminan-jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan yang suci itu tidak akan memberi makna sebenarnya melainkan ia diamalkan oleh orang-orang yang beramanah, adil dan saksama.

Pihak Kerajaan Pusat tidak harus memainkan politik apabila menunaikan tanggungjawabnya yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bachok.

6.12 ptg.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambung dan menyertai sama dalam perbahasan kepada Rang Undang-undang Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002 ini. Mudah-mudahan dengan kerjasama dan komitmen ini memberi suatu peluang kepada kita yang hadir pada petang ini sama-sama dapat pahala. Tidak nantikan pengundi PAS dapat pahala, kita sokong benda yang baik begini pun dapat pahala. Insya-Allah, Setiausaha Parlimen dapat memberi perhatian sepenuhnya.

Sebagaimana yang kita telah ketahui dalam usaha untuk membawa suatu kebaikan bersama kepada rakyat dalam seluruh negara ini dan taip-tiap negeri semuanya di atas asas kerjasama dan di atas kebaikan, sebagaimana firman Allah S.W.T. [Membaca sepotong ayat Al-Quran].

Jadi ini adalah satu hujah untuk kita menaikkan penilaian pemberian mengikut bilangan orang sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan ini sebagai suatu asas kerjasama kita dengan nilai takwa yang kita ada, insya-Allah, kebaikan akan hadir bersama.

Sepatutnya dalam praktis untuk pemberian mengikut hak-hak Perlembagaan kepada negeri-negeri ini hendaklah kembali kepada fundamental sebenarnya iaitu prinsip dan semangat Perlembagaan. Sekiranya Perlembagaan berkata perlu diberi dan Majlis Kewangan Negara telah menetapkan pemberian itu mesti berlaku dua kali dalam setahun, dari sudut prinsip dan semangatnya mestilah mematuhi. Tetapi dari sudut amalan praktisnya ia tidak berlaku pada asas fundamental sedangkan Perdana Menteri kita telah mengisytiharkan bahawa beliau seorang yang fundamentalis dalam praktis beliau sebagai seorang Islam.

PM pernah juga membuat kenyataan, Perdana Menteri juga pernah membuat kenyataan di Kelantan semasa beliau pergi berkempen dan sambil-sambil untuk mempengerusikan perjumpaan dengan Ketua-ketua Bahagian UMNO di Kelantan, PM telah membuat kenyataan bahawa hampir RM1 bilion Kerajaan Pusat sekarang ini menyalurkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan, di atas asas untuk mengelirukan rakyat negeri Kelantan yang kononnya Kelantan diberi perhatian lebih dengan nilai yang sedemikian banyak. Tetapi apa yang diperincikan di sebalik kenyataan tersebut membuktikan betapa nilai yang dimaksudkan itu adalah tanggungjawab khusus Kerajaan Pusat kepada jabatan-jabatan Persekutuan di Kerajaan Negeri Kelantan untuk urusan emolumen dan untuk urusan pengurusan jabatan serta mengendalikan projek-projek Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan.

Tetapi apabila meneliti tanggungjawab yang fundamental Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri ,sebagaimana yang telah pun diambil tanggungjawab oleh pihak Yang Berhormat bagi Rantau Panjang sekejap tadi dalam mencelah kepada ucapan Yang Berhormat bagi Dungun, menjelaskan betapa amalan pemberian di atas peruntukan geran ini ataupun Perlembagaan ini tidak berlaku mengikut jadual yang ditetapkan atau prosedur kewangan yang diamalkan secara standard. Ianya dibayar pada penghujung tahun dan pernah berlaku ia diberi kepada pihak Pegawai Kewangan pada 31 Disember, di antaranya ialah pada tahun 2001. Itu satu daripada kes yang membuktikan dari sudut amalannya tidak kembali kepada asas atau prinsip Perlembagaan serta rohnya sekali.

DR.27.6.2002 84

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat]

Demikian juga anak-anak kita diajar di sekolah, anak-anak kecil diajar di sekolah khususnya di dalam mata pelajaran sejarah, betapa hak-hak Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri ialah menyalurkan peruntukan-peruntukan wajib. Jadi ajaran sebegini dipadukan di dalam mata pelajaran seperti yang telah pun termaktub di dalam sukatan pendidikan kita yang meletakkan asas betapa amalan eksekutif dalam negara kita ini adalah mengambil kira prinsip yang digariskan oleh perlembagaan.

Tiba-tiba dari sudut medianya telah mendedahkan kenyataan tidak puas hati, kenyataan tidak puas hati pemimpin-pemimpin daripada Kelantan dan daripada Terengganu serta suara daripada parti pembangkang betapa tidak diamalkan apa yang dipelajari di bangku-bangku sekolah. Ini suatu perkara yang malang dan saya yakin dan percaya dengan amalan begini patriotisme yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara adalah patriotisme yang bias yang meletakkan asas kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat.

Merujuk kepada pindaan yang dibawa pada hari ini kepada Bahagian 1 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan yang telah membutirkan empat perkara di bawah tajuk (a), (b), (c), (d) - pertama sekali asas pindaan yang ingin saya hendak penjelasan alasan sebenar kenapa dinaikkan daripada 50,000 orang pertama itu kepada kadar asalnya ialah RM60 kepada RM72 kepada angka baru ini ialah 100 orang yang pertama.

Pada perkiraan saya secara sepintas lalu asas ini dibuat untuk membolehkan negeri-negeri menerima peruntukan yang besar pada angka bilangan 100,000 pertama. Sekiranya angka lama dikekalkan 50,000 pertama walaupun dinaikkan RM72 mungkin kadarnya adalah rendah. Itu mungkin rasional tetapi mungkin pihak kementerian ada jawapan khusus asas daripada pindaan yang dibuat pada tahun 1992 ialah angkanya 50,000 pertama tetapi pindaan pada 2002 ini ialah 100,000 orang pertama.

Yang keduanya, dari sudut kenaikan kita nampak pada butiran (b), (c), (d) jumlah perkiraan orang yang tidak diubah dikekalkan kepada 500,000 dan (d)nya bagi yang selebihnya adalah dikekalkan tetapi dibezakan ialah kenaikan itu tidak mengikut standard yang asal dari sudut perbezaan.

Pada butiran (b) 500,000 pertama saya nampak kenaikannya daripada asal RM8.50 kepada RM10.20 bermakna kenaikan RM1.70. Perbezaan ini menampakkan kenaikan pada (a)nya ialah RM12 tetapi kenaikan pada (b)nya ialah RM1.70. Kemudian para (c) untuk 500,000 orang berikut kenaikan daripada asalnya ialah RM9 kepada RM10.80 iaitu kenaikan hanya RM1.80.

Apa yang saya hendak musykil ialah pada pindaan tahun 1992, perbezaan penerimaan pada 500,000 penduduk untuk (b) dengan (c) ialah RM1.50 iaitu pada (b)nya RM8.50, pada (c)nya ialah RM9 bermakna RM1.50 jarak perbezaan. Tetapi pada pindaan kali ini ianya hanya perbezaan 60 sen di antara (b) dengan (c). Ini suatu kadar yang saya kira tidak mengikuti kadar asalnya RM1.50.

Begitu juga perbezaan di antara ‘C’ dengan ‘D’ yang lamanya ialah 50 sen, kemudian pada pindaan yang baru hari ini ialah 60 sen iaitu RM1.80 pada ‘C’, ‘D’ nya ialah RM1.90 iaitu RM11.40 bermakna 60 sen perbezaan. Walau apa pun sifir ataupun formula yang dipakai oleh pihak kementerian, meminda butiran-butiran ini apa yang penting untuk kita lihat, persetujuan telah pun dibuat seperti mana yang dibentangkan oleh pihak Setiausaha Parlimen tadi ialah pada 12 Disember 2001 dalam mesyuarat MKN, tetapi sekarang baru dibawa pindaan. Ini suatu kelewatan.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh penguatkuasaannya adalah kepada 1 Januari 2002, ini telah memberi suatu nilai yang positif kepada kerajaan-kerajaan negeri yang akan menerima. Kepada saya, saya memberi suatu perhatian serius. Kelantan turut menerima pertambahan. Sebagaimana diisytiharkan, Kelantan akan menambah kepada RM5.8 juta. Pertambahan RM5.8 juta bermakna, Kelantan akan menikmati suatu tambahan hampir RM130 juta untuk tempoh pemberian tahun ini.

Keseluruhan pemberian geran daripada Kerajaan Persekutuan yang diformulakan mengikut Perlembagaan ini, ada tiga Butiran sebenarnya sebagaimana yang telah pun diperjelas oleh pihak Yang Berhormat bagi Dungun tadi. Iaitu pemberian mengikut bilangan orang sebagaimana yang telah pun kita bahaskan pada

DR.27.6.2002 85 hari ini, iaitu pemberian mengikut bilangan orang, kemudian pemberian untuk menyelenggara jalan negeri dan pemberian kerana pertambahan hasil negeri.

Selain daripada itu juga, Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab iaitu untuk membawa suatu pemberian di atas Butiran pemberian geran keseimbangan ataupun pemberian keseimbangan untuk pihak berkuasa tempatan. Demikian juga pemberian untuk pembinaan infrastruktur, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Yang ketiganya ialah termasuk juga pembiayaan untuk mengurus di jabatan-jabatan di bawah jadual bersama di peringkat kerajaan negeri dan satu lagi ialah pemberian kerana pertumbuhan 5% kos projek ataupun pemberian 5% kos projek Kerajaan Persekutuan yang diurus oleh pihak kerajaan negeri.

Semua pemberian-pemberian itu dari sudut asas pertimbangan dan perkiraan yang dibahaskan ialah kita di negeri Kelantan termasuk juga di Terengganu yang di tadbir oleh Kerajaan PAS yang telah pun mendapat mandat yang sebegitu rupa dengan kapasiti undinya melebihi 60% daripada pilihan raya 1990 di Kelantan, begitu juga di Terengganu, apa yang dibahaskan dan apa yang dizahirkan tidak puas hati oleh pihak dua kerajaan ini adalah amalan yang tidak mengikut formula asas pemberian yang sepatutnya berlaku.

Oleh kerana itu, saya mengambil tanggungjawab ini untuk membangkitkan supaya pihak kementerian boleh memberitahu dari sudut prosedur yang telah dipinda sekiranya ada dipinda, kepada prosedur lama, kenapa pemberian itu boleh dipraktikkan sebagaimana sekarang? Sekiranya ikhlas benar Kerajaan Barisan Nasional ingin melihat Melayu maju, ingin melihat bangsa Melayu ini maju dua buah negeri inilah negeri yang mewakili 95% negeri Melayu.

Kalaulah amalan ini dapat dihayati sebaik mungkin di atas nilai kekecewaan Perdana Menteri kita dalam menghujahkan kegagalannya untuk membuat perubahan orang Melayu, saya dapat hujahkan bahawa ini satu daripada amalan yang telah mencetuskan kegagalan dan kekecewaan Perdana Menteri kita sendiri, yang telah meletak suatu nilai kecewa kerana ekuiti sebenarnya orang Melayu dalam kekayaan negara mengikut pandangan Perdana Menteri hanya 2% sahaja daripada keseluruhan 19% kerana 17% itu adalah dikuasai oleh syarikat-syarikat kerajaan dengan kepentingan-kepentingan orang Melayu.

Oleh kerana itulah, apabila perhatian yang bersifat bias, perhatian yang diamalkan bersifat bias, sudah pasti kesan-kesannya menjejaskan kepentingan orang Melayu. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, sebab saya bercakap ini dalam Melayu sekejap. Biasanya yang bercakap dengan hujah Melayu ini Parit Sulong tetapi Parit Sulong tidak ada hari ini.

Atas sifat kepentingan dua negeri Melayu ini, saya meyakini bahawa di antara faktor kegagalan Perdana Menteri ialah tidak mampu untuk melunakkan perasaan sentimen politiknya, meredakan asas sentimen politiknya untuk mempertimbangkan supaya semua urusan Kementerian Kewangan yang melibatkan pemberian kepada kerajaan negeri ini dapat dipenuhi mengikut jadual yang telah termaktub sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Majlis Kewangan Negara.

Oleh kerana itulah, apabila diteliti kepada peruntukan dalam Perlembagaan ini, Parlimen hari ini memang mempunyai suatu kuasa untuk meminda angka-angka pemberian ataupun kadar bayaran ringgit yang harus diberi di bawah peruntukan-peruntukan ataupun capitation grant ini. Apa yang penting ialah pendahuluan kepada keperluan segera ataupun luar jangka sepatutnya dipraktikkan oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri. Ini adalah kerana di dalam Perlembagaan kita, Perkara 109 atau Perkara 109(5) telah menghujahkan bahawa suatu bayaran pendahuluan kepada keperluan segera ataupun luar jangka daripada keperluan wang yang disatukan kepada kerajaan negeri itu boleh diberi, tetapi dari sudut ini tidak diamalkan.

Oleh kerana itu, dengan nilai sentimen untuk kemajuan negeri yang majoriti 95% Melayu ini dan juga untuk meletakkan suatu asas kelunakan kepimpinan Barisan Nasional dalam menepis segala unsur politik dari sudut pentadbiran eksekutifnya. Saya mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan kerana kita telah pun menghadapi suatu cabaran baru dalam alaf baru dan kita telah pun berada dalam era globalisasi yang telah pun dibayangi dengan suatu kegerunan di penghujung usia Perdana Menteri yang memerintah negara 21 tahun.

DR.27.6.2002 86

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima dalam tempoh-tempoh yang lalu daripada mewarisi Kerajaan Barisan Nasional. Sebagaimana juga yang telah disebutkan oleh pihak Yang Berhormat bagi Dungun tadi, betapa Kerajaan Barisan Nasional telah pun membuat lambakan hutang yang begitu besar untuk menyelesaikan persoalan pentadbiran kerajaan negeri. Demikian juga Kerajaan Barisan Nasional telah meletakkan suatu asas penggunaan wang untuk mengelabui mata dan janji-janji untuk membawa pembangunan. Walhasilnya rakyat juga yang terbeban kerana longgokan hutang sudah pasti ianya mencetuskan suatu beban kepada rakyat kerana rakyat turut sama menanggung beban hutang.

Oleh kerana itulah, berdasarkan kepada peruntukan yang diterima daripada geran ini, kita nampak dari setahun ke setahun kerajaan negeri menerima peruntukan yang bersifat tambahan kerana bilangan orang setiap tahunnya bertambah. Kelantan dalam tahun 1990, penduduknya lebih kurang 1 juta sahaja tetapi sekarang ialah 1.3 juta. Ini bermakna 12 tahun kebelakangan ini, peruntukan di atas perkara dalam Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan ataupun capitation grant ini sudah pasti akan menambahkan pendapatan kepada kerajaan negeri.

Misalnya dalam tahun 1995, kerajaan negeri menerima daripada keseluruhan peruntukan di bawah geran wajib Kerajaan Persekutuan ini RM112.9 juta sahaja, tetapi tahun 1998 ialah RM120.8 juta, penambahan yang begitu ketara dan menghampiri tahun 2002 ini dijangka RM130 juta apabila mengambil kira pertambahan yang diluluskan oleh pindaan pada hari ini ialah RM5.8 juta. Ini bermakna suatu tanggungjawab telah bertambah daripada Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri dari sudut beban nilai ringgitnya.

Oleh kerana itu, pertambahan ini akan meringankan beban negeri bukannya menyeksa kepada urusan kewangan negeri dan juga akan menambahkan wang masuk kepada kerajaan negeri itu sendiri khususnya kepada Kelantan. Yang kita yakin dan kita kasihan kepada Kerajaan Kelantan kerana Kelantan dari sudut wang sumber hasilnya adalah daripada hasil perhutanan dan juga daripada hasil cukai tanah sahaja. Maka oleh kerana itu dengan pergantungan melebihi daripada 70% kepada dua sumber tradisi ini sudah pasti dengan peruntukan ini akan menambah ringan beban kerajaan negeri.

Persoalannya ialah, adakah dengan pertambahan ini memberi suatu keyakinan kerajaan negeri mempunyai suatu komitmen yang baik daripada Kerajaan Pusat untuk meringankan beban, apa yang dipraktikkan selama 12 tahun yang melibatkan Kerajaan Kelantan ianya tidak berlaku dalam erti kata memudahkan urusan kerajaan negeri tetapi menyeksa.

Saya mengharapkan supaya pihak kementerian khususnya Setiausaha Parlimen yang hadir hari ini supaya memberi suatu ……

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya dengar ramai rakan-rakan daripada pembangkang yang mempertikaikan pelbagai perkara tentang perkara yang sedang kita bahaskan ini untuk memberikan tambahan kepada pemberian mengikut kepala bilangan orang untuk menambah pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Saya ingin hendak bertanya kepada Ahli Yang Berhormat bagi Bachok, hutang kerajaan negeri seperti Terengganu yang kata begitu besar waktu pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dan itu memberikan beban kepada rakyat. Saya tidak faham sebenarnya apakah beban yang dikenakan kepada rakyat atas hutang yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lalu kerana hutang yang dibuat oleh kerajaan negeri itu ialah bagi membiayai pembangunan-pembangunan untuk faedah rakyat dan oleh sebab Terengganu itu begitu pesat pembangunannya waktu pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dahulu, maka adalah perkiraan-perkiraan yang tertentu, hutang-hutang yang diterima atau yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang diberi oleh kerajaan di peringkat Pusat.

Jadi, tidak timbul masalah beban itu seolah-olah beban kepada rakyat, apakah rakyat negeri Terengganu lebih membayar daripada rakyat-rakyat di negeri-negeri yang lain, ini satu cara politik seolah-olah hendak memburukkan kerajaan yang lalu, tanpa hendak berterima kasih kerana mereka berani berbelanja dan berhutang dengan

DR.27.6.2002 87 Kerajaan Persekutuan, maka pembangunan Terengganu dapat diselaraskan ataupun boleh dibanggakan kalau hendak dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.

Jadi, saya harap tidak payah panjang cerita, hendak beri duit pun jadi susah ini, apa halnya ini, saya pun tidak faham. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading yang telah mengungkitkan persoalan itu dan memberi satu ilham baru kepada saya berhubung dengan persoalan hutang ini. Satu ilham baru yang saya maksudkan ialah suatu perasaan paling dukacita, dengan amalan kewangan yang diamalkan oleh pihak Kementerian Kewangan daripada Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri iaitu Kerajaan Kelantan telah menanggung beban RM762 juta peninggalan daripada Barisan Nasional. Daripada peninggalan itu, daripada jawapan yang pernah saya kemukakan kepada Parlimen ini dan jawapan yang saya terima bayaran kerajaan negeri telah buat melebihi RM200 juta sepatutnya hutang itu ialah RM400 juta ataupun RM500 juta tetapi yang kita hanguskan RM600 juta lebih lagi, kenapa berlaku pertambahan dalam erti kata telah bayar RM200 juta, satu perkara kerana hutang itu telah dikenakan interest.

Ini satu perkara yang dianggap membebankan, bila dikenakan interest, maknanya beban membayarnya telah bertambah, bila telah bertambah, kerajaan negeri yang tidak ada sumber kewangan yang sebaik mungkin ini di mana untuk membayarnya tidak lain, tidak bukan ialah memperolehi hasil daripada kerajaan negeri, bila mendapat hasil daripada kerajaan negeri ialah daripada rakyat, rakyat yang membayar hasil dan daripada hasil itu dilonggokkan untuk melangsai hutang Kerajaan Pusat.

Dan paling dukacita lagi ialah amalan Kerajaan Pusat ialah setiap pemberian yang telah diberi kepada Kerajaan Negeri Kelantan di atas capitation grant ataupun apa-apa grant lagi, empat, lima kepala grant lagi itu, ianya dipotong di tengah jalan, ini satu perkara yang dukacita.

Kalaulah sepatutnya Kerajaan Kelantan menerima RM130 juta untuk tempoh tahun 2002 ini, bukan RM130 juta itu diserah kepada Kerajaan Negeri Kelantan tetapi dipotong terlebih dahulu hutang, maka sudah pasti yang menerimanya mungkin dalam sekitar RM112 juta, bermakna lebih kurang RM22 juta ataupun RM28 juta dipotong.

Apabila pemotongan itu dibuat, sudah pasti ia merugikan rakyat negeri Kelantan untuk menerima peruntukan-peruntukan pembangunan yang lebih. Kami di Kelantan untuk Ahli Yang Berhormat ADUN, peruntukan pembangunan tahunan hanya dapat disalurkan kira-kira RM100,000 sahaja seorang, kerana apa, kerana tabung kewangan yang tidak besar.

Tetapi kalaulah grant keseimbangan ini atau capitation grant ini dapat diluluskan dengan selesa tanpa potong di tengah jalan begini, kemungkinan besar peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri untuk pembangunan rakyat dapat ditambah kepada RM200,000 bagi setiap orang bagi satu-satu tahun.

Ini bermakna beban telah dirasai oleh rakyat. Saya ingat Ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading boleh memahami maksud saya.

Di samping itu juga, dengan langkah mengamalkan prosedur bayar hutang dengan cara potong di tengah jalan ini, apakah prosedur ini dianggap standard mengikut persetujuan Majlis Kewangan Negara, kalau dianggap standard saya mengutuk keraslah prosedur ini dan saya tidak bersetuju dan saya mencadangkan supaya tidak diamalkan malah tidak diteruskan untuk tempoh tahun 2002 ini.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi, saya menghayati perasaan sahabat-sahabat kita yang tidak ramai pada petang ini kerana hari ini hari Khamis hari last day untuk kita bersidang, iaitu satu kes yang perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Pusat dalam kes kewangan ini, betapa Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negeri Kelantan pada tempoh sebelum tahun 1990 telah melaksanakan beberapa perkara yang dianggap batal dari sudut pengurusan kewangan.

Pertamanya, ialah membuat urusan pinjaman dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Barisan Nasional Kelantan sebelum tahun 1990 telah membuat beberapa pinjaman dengan Kerajaan Pusat tanpa perjanjian, apakah perkara ini disedari oleh pihak kementerian ataupun oleh Kerajaan Pusat dan telah pun diperbetulkan ataupun tidak.

DR.27.6.2002 88

Mengikut rekod yang saya ada, 12 pinjaman yang diuruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk SEDC Kelantan tidak ada perjanjian, 12 pinjaman SEDC Kelantan dengan Kerajaan Pusat tidak ada perjanjian.

Kemudian, Majlis Perbandaran Kota Bharu satu perjanjian tidak melibatkan juga perjanjian, dan enam pinjaman yang telah diuruskan ada perjanjian tetapi tidak ditandatangani, apakah amalan sebenar pengurusan kewangan Kerajaan Pusat sesama Kerajaan Barisan Nasional dahulu sehinggakan mengabaikan asas-asas kewangan yang begitu rupa, dan saya percaya dan saya yakin dengan komitmen yang ada kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk terus membangunkan orang-orang Melayu di Kelantan.

Untuk terus membangunkan rakyat seluruh negeri Kelantan, termasuk juga negeri Terengganu yang diperintah oleh PAS ini, kita memberi suatu harapan besar, supaya kita kembali kepada fundamental untuk meletakkan prinsip yang disarankan oleh Perdana Menteri sendiri supaya keamanan sejagat ini berteras kepada fundamental, maka atas urusan kewangan, apa yang dibutirkan dalam Perlembagaan maka itulah yang harus dipraktikkan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lagi Ahli Yang Berhormat yang hendak berucap, panjangkah Yang Berhormat?

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Pendek sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okey, Tumpat, silakan.

6.39 ptg.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya juga ingin terlibat dalam perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002.

Saya kecewa dengan kehadiran yang begitu kecil di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat di saat-saat yang terakhir persidangan Dewan Rakyat kali ini, mereka sudah lupa bahawa kadang-kadang di saat-saat yang terakhir inilah yang bersyarah itu mungkin membuat pengumuman-pengumuman yang mengejutkan seperti meletakkan jawatan dan sebagainya. Ini saya fikir masalah di kalangan orang-orang kita yang lupa minggu lalu dalam saat-saat terakhir pengumuman-pengumuman penting boleh dibuat oleh orang yang bercakap.

Walau bagaimanapun, pada hari ini, pengumuman yang akan kita dengar yang dibuat oleh Setiausaha Parlimen hanyalah merujuk kepada penambahan peruntukan bagi rakyat seluruh negara berjumlah lebih kurang RM90 juta sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, RM90 juta ini yang melibatkan suatu perkara yang penting dalam Perlembagaan adalah suatu jumlah yang terlalu kecil sekali. Susah kita hendak takrif dan analisis kenapa hanya RM90 juta ditambah. Kalau hendak dikatakan bahawa ini suatu, dengan izin, parting gift daripada Yang Amat Berhormat Dato Seri Perdana Menteri dalam usaha peletakan jawatannya. Satu cenderamata, cenderahati perpisahan daripada Dato Seri Perdana Menteri, RM90 juta terlalu kecil, dia beri kepada Tajudin Ramli sahaja untuk MAS, sahamnya RM2 hingga RM3 bilion. Itu bukan parting gift, cenderahati perpisahan, begitu besar, yang dia berikan kepada Eric Chia berbilion-bilion ringgit, itu bukan parting gift. Itu ia beri begitu sahaja. Tetapi ini untuk seluruh rakyat 23 juta penduduk Malaysia, parting gift oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan izin, hanya berjumlah sekitar RM90 juta sahaja.

Jadi, inilah yang menyusahkan kita untuk memahami, apakah semangat sebenarnya pemberian wang yang sebegini kecil yang memaksa kita untuk duduk membahaskannya dan memikirkan tentangnya di lewat hari seperti sekarang ini. Jadi, kita berharap untuk mendengar penjelasan yang lebih baik insya-Allah daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, kenapa hanya RM90 juta ditambah, walhal kepada individu-individu yang lain, kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mampu memberi dengan begitu mudah, berbilion-bilion ringgit nilainya. Jadi, saya berharap penjelasan yang lebih kuat, yang lebih tepat diberikan.

DR.27.6.2002 89 Tuan Yang di-Pertua, ini adalah merupakan sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan. Yang Berhormat bagi Dungun tadi telah menjelaskan dengan baik dan juga yang kita dengar daripada Yang Berhormat bagi Tanjung tentang konsep Persekutuan ini. Yang ini sebenarnya capitation grant ini lebih penting lagi, lebih asas lagi daripada bentuk federalism atau Persekutuan. Sebab Persekutuan itu mengandaikan negeri-negeri tetapi ini adalah asasnya rakyat individu, tanpa rakyat tidak ada negara kita ini. Jadi capitation grant ini kalau kita fikir semangat yang mana pereka, penulis, pencipta Perlembagaan kita sudah tentu menganggap capitation grant sebagai satu perkara yang paling penting dalam Perlembagaan kita yang mesti dihormati oleh kerajaan yang memerintah di peringkat Persekutuan. Kerana ianya adalah tanggungjawab Persekutuan.

Oleh itu bukan sahaja jumlah yang kecil yang kita rasa adalah bersifat tidak adil tetapi cara pemberiannya. Oleh kerana ini sebahagian penting dalam Perlembagaan, oleh kerana ini melibatkan rakyat secara direct maka kita ingin mencadangkan supaya masalah capitation grant ini bukan sahaja jumlahnya ditambah tetapi dilakukan review, ulang kaji, kajian yang cara yang tetap maknanya kita cadangkan, misalnya tiap-tiap tiga tahun sekali ataupun tiap-tiap paling kurang lima tahun sekali, di review, dilihat kembali, ditafsirkan kembali jumlah penduduk-penduduk dan dibuat perubahan-perubahan yang tetap, yang berkala dan bukan sesuai untuk dijadikan hadiah selamat tinggal oleh Perdana Menteri ataupun jangkaan pilihan raya akan datang tidak berapa lama lagi, ataupun asas-asas yang remeh yang tidak penting seperti yang saya contohkan tadi.

Seterusnya kalau kita lihat perubahan daripada zaman permulaan Persekutuan ini dibentuk lebih kurang 45 tahun yang lalu dengan keadaan sekarang ini. Kalau dahulu mungkin capitation grant itu nilainya agak mencukupi untuk kerajaan-kerajaan negeri menggunakan wang-wang tersebut, untuk membiayai perjalanan kerajaan-kerajaan negeri. Akhir-akhir ini perubahan telah menjadi sebegitu pesat. Dalam sidang mesyuarat ini sahaja kita terpaksa meluluskan beratus-ratus juta ringgit untuk kerajaan-kerajaan negeri yang jelas tidak boleh mentadbirkan negeri-negeri.

Kerajaan-kerajaan negeri yang biasanya kaya seperti Sabah yang mempunyai wang daripada royalti minyak yang untuk kes Terengganu ditarik tetapi kes Sabah diteruskan, dikekalkan pun memerlukan puluhan juta ringgit untuk diberi oleh Kerajaan Pusat untuk membiayai mereka. Negeri yang secara tradisinya amat kaya, negeri Johor sekarang ini tidak boleh membayar gaji kakitangan kerajaan kena pohon daripada Kerajaan Pusat untuk membiayainya [Tepuk] Jadi ini kita baru lulus dua hari dahulu Yang Berhormat. Jadi ini yang kita lihat sebagai perubahan-perubahan yang besar, yang berlaku dalam negeri-negeri. Negeri Kelantan, Terengganu alhamdulillah walaupun ditarik balik royalti minyaknya, walaupun jumlahnya kecil, kalau Kelantan hutangnya dibayar balik dengan cara yang teratur, yang grant nya dipotong hutangnya dan sebagainya tidaklah seteruk yang dialami oleh negeri-negeri yang pada tradisinya kaya seperti Johor, Sabah dalam kes yang sekarang ini.

Jadi, yang kita hendak sebut di sini bahawa ini menunjukkan betapa perlunya capitation grant ini..

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat bagi Arau bangun. Ya, sila.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Tumpat. Saya melihat penganalisisan Yang Berhormat memberikan penganalisisan kepada negeri-negeri yang mana negeri-negeri memerlukan tambahan peruntukan dianggap negeri yang teruk dan Terengganu, Kelantan dikatakan negeri yang begitu baik dari segi menguruskan peruntukan-peruntukan yang diberikan.

Saya rasa dari segi kalau kita melihat sesuatu cuma melihat dari segi lembaran kewangannya sahaja, di mana kita melihat orang yang tidak mempunyai cash flow misalnya dianggapkan bahawa syarikat ataupun akaun persendirian pun kalau cash flow nya ada masalah, adakah kita anggap orang ini teruk. Sebenarnya tidak. Ada negeri-negeri yang banyak membuat pembangunan, yang banyak membuat usaha-usaha untuk membangunkan rakyat tentulah ia menghadapi cash flow dan memerlukan bantuan kewangan.

DR.27.6.2002 90

Ada negeri tidak langsung membuat pembangunan. Rakyat negeri terpaksa keluar ke negeri lain untuk mencari rezeki dan juga ekonomi tidak berkembang. Jadi saya rasa equation itu tidak kena pada pandangan saya.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Saya tidak berapa bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan tidak penting dianggap cash flow sebagai mewakili kemampuan kerajaan negeri untuk mentadbirkan negeri. Sebab dalam segi cash flow ini menandakan bahawa kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan gagal untuk membuat unjuran-unjuran pendapatan yang kerajaan negeri perlu perolehi untuk paling kurang mentadbirkan ,membayar gaji-gaji dan pembayaran-pembayaran asas atau overhead kalau perbandingan dengan izin, untuk syarikat-syarikat. Kalau kita menggunakan istilah cash flow ia sepatutnya memadai untuk menjaga sekurang-kurangnya over head perbelanjaan perjalanan sesebuah kerajaan negeri.

Kalau misalnya Sabah menghadapi cash flow, kalau sebagaimana terbukti Johor mengalami masalah cash flow, kalau kita lihat begitu, yang sepatutnya menghadapi masalah cash flow ialah negeri Terengganu yang selama lebih kurang 20 tahun menerima lebih kurang RM1 bilion setiap tahun daripada Kerajaan Pusat dalam bentuk royalti Petronas, tiba-tiba dengan tidak ada amaran, dengan tidak ada perjanjian, tidak ada perundingan, tidak ada memberikan tahap waktu dan sebagainya dipotong wang royalti kepada negeri Terengganu. Sepatutnya Kerajaan Negeri Terengganu yang paling tenat menghadapi masalah cash flow tetapi Kerajaan Negeri Terengganu jelas terbukti tidak, walaupun mereka susah mentadbirkan, cuba mencari pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kewangan tetapi alhamdullilah tidak menghadapi masalah yang tenat sebagaimana yang dihadapi oleh kerajaan negeri seperti contohnya Sabah dan Johor dan juga seperti Kerajaan Negeri Perlis yang terpaksa memperkenalkan cukai dusun dan pelbagai cukai untuk mencari sumber kewangan, punca kewangan untuk menjaga dan mentadbirkan kerajaan negeri.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Tumpat. Saya rasa Yang Berhormat bagi Tumpat ini mengambil peluang hendak mengambil satu isu dan cuba dikaitkan kepada kegagalan kerajaan negeri. Sebagai contoh tadi, saya tahu sebelum ini ada kata Perlis tidak cukup income. Ini memang, dari segi pendapatan, Perlis perlu bergantung kepada Kerajaan Pusat. [Disampuk] Sebab itu kebijaksanaan rakyat negeri Perlis, tidak memilih parti pembangkang. [Disampuk] Sebab kita memang memerlukan bantuan daripada Pusat.

Kalau pembangkang dapat negeri Perlis, memang benarlah dia hendak bagi kepada orang lain sebab tidak mampu hendak mentadbirkan negeri Perlis. Sebenarnya, kita Kerajaan Negeri Perlis tidak mengenakan cukai dusun untuk dapat pendapatan. Sebenarnya tidak banyak pun…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat…

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ….income yang dapat daripada…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, dia sudah berucaplah.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: …Dusun itu sebenarnya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Jadi, Yang Berhormat ini cuba hendak memutarbelitkan keadaan kita. Kita pun kalah, Parlimen Arau satu ketika dahulu kerana PAS cuba putarbelitkan isu ini tetapi jangan putar belitkan di Dewan besar ini kerana ia adalah sebagai satu polisi untuk memberi peluang kepada mereka yang menjalankan dusun itu mengerjakannya dengan baik dan kita hendak jaga alam sekitar sebenarnya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah, Yang Berhormat.

DR.27.6.2002 91

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Kita sekadar menyebut soal cukai dusun itu sebagai contoh betapa kerajaan-kerajaan negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Perlis terpaksa melalui masalah-masalah seperti ini.

Kita mendengar tadi, Tuan Yang di-Pertua, masalah-masalah yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Bachok, ini juga suatu pergolakan yang di Kelantan yang sepatutnya rakyat menerima dan memperoleh nikmat pembangunan ekonominya melalui penemuan minyak di lautan dekat dengan Kelantan yang sepatutnya Kelantan menjadi satu pusat perkembangan industri minyak dan gas tetapi oleh kerana dasar Kerajaan Persekutuan mengalih pendaratan minyak itu daripada negeri Kelantan, daripada seluruh Malaysia ke negara Thailand, maka sekali lagi inilah menjadi satu bukti bagaimana Kerajaan Pusat dengan berbagai-bagai cara cuba menafikan hak rakyat negeri-negeri yang tidak diperintah oleh Barisan Nasional, khususnya Kelantan dan Terengganu daripada menikmati kemungkinan-kemungkinan pembangunan melalui cara-cara yang ada di pihak kerajaan dan kawasan-kawasan tertentu.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: [Bangun]

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Ya, Bachok.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tumpat. Sedarkah Yang Berhormat bagi Tumpat bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu telah pun menyedari bahawa Kelantan mempunyai kaya sumber hasil minyaknya, tetapi disebabkan ketidakyakinan mereka untuk memajukan industri petroleum di Kelantan kerana tidak yakin dengan pendirian politik rakyat negeri, maka mereka sanggup untuk tidak mengeluarkan hasil ini dan sampai sekarang pun, Kerajaan Barisan Nasional dan Kerajaan Pusat pun tidak menyokong usaha ini.

Dato’ Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Bachok. Yang saya dengar dan ini sudah dilaporkan bahawa apabila cadangan untuk mendaratkan gas dan minyak di Songkhla di Thailand, rakyat Thailand secara terbuka berarak untuk menolak rancangan pembangunan, kononnya, yang dihasratkan oleh Kerajaan Malaysia dan Thailand untuk mendaratkan gas dan minyak di Songkhla. Ini adalah jelas menunjukkan bahawa niat yang tidak baik di pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk menafikan hak rakyat Kelantan dalam kes ini, tidak dapat diterima bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi oleh rakyat negara jiran sekalipun.

Jadi, ketidakadilan-ketidakadilan ini yang membawa kita mengharapkan bahawa capitation grant ini boleh mengembalikan sedikit hak kepada rakyat untuk memperoleh sesuatu daripada status kita sebagai warganegara dan sumbangan negeri-negeri dan rakyat kepada negara. Tetapi malangnya hadiah selamat tinggal daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanyalah untuk seluruh negara bernilai sekitar RM90 juta sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kubang Kerian.

6.55 ptg.

Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Selepas ini, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen boleh jawab.

Tuan Husam bin Haji Musa: Nampaknya defence player kerajaan hari ini tinggal Yang Berhormat bagi Sri Gading. [Ketawa] [Disampuk] Saya sentiasa berdoa Yang Berhormat bagi Sri Gading dinaikkan pangkat. [Ketawa] Dan jika ada Kabinet baru di bawah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini tidak ada sangkut paut dengan akta yang kita bangkitkan. [Ketawa]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

DR.27.6.2002 92

Tuan Husam bin Haji Musa: Saya berdoa beliau dijadikan menteri penuh. Tuan Yang di-Pertua, kita membincangkan pindaan Perlembagaan untuk meningkatkan capitation grant. Hujah yang diberikan oleh pihak kerajaan ialah untuk menampung ataupun membantu kerajaan-kerajaan negeri membiayai perbelanjaan mereka yang meningkat.

Ini premis yang diletakkan oleh Kerajaan Pusat sendiri. Mengapa kita memerlukan kajian terhadap Perlembagaan yang memperuntukkan capitation grant dengan menaikkan kadar? Tetapi pada hemat saya, kenaikan yang kita cadangkan pada petang ini adalah tidak seberapa, adalah amat rendah, adalah tidak serius dan tidak menggambarkan kesungguhan kerajaan bagi mengatasi kelemahan ataupun ketidakmampuan kewangan kerajaan-kerajaan negeri.

Kita boleh mengukur ketidakmampuan kerajaan negeri dalam beberapa cara. Satu daripada caranya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Dungun iaitu mengukur berkenaan dengan hutang kerajaan-kerajaan negeri. Sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah hutang ini tidak berkurang, bahkan meningkat.

Hatta bagi negeri maju sekalipun, Perlis tidak usah kiralah, satu-satunya ‘adik bongsu’ kita yang sangat daif yang memerlukan kasih sayang ‘abang-abang’ yang lain. [Ketawa] Tetapi negeri seperti Johor, segagah negeri Johor, negeri-negeri sebesar Pahang, negeri-negeri seluas Sarawak dan negeri-negeri yang hasil mahsulnya banyak seperti Sabah, hutang mereka terus meningkat daripada tahun ke tahun. Sebagai satu contoh, saya menambah apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat bagi Dungun, bagi Johor, hutang bagi tahun 2000 ialah hampir RM1 bilion. Satu jumlah yang sangat besar.Selepas mengambil kira semua geran dan pemberian percuma yang lain, Johor masih lagi mempunyai satu jumlah hutang yang sangat besar. Dua sahaja negeri yang mempunyai hutang yang kecil iaitu Perak dan juga Perlis. Itu pun kerana kekecilan negerinya. Percentage nya masih tinggi tetapi jumlahnya kecil kerana kekecilan dan kekerdilan negeri tersebut.

Gambaran ini menunjukkan bahawa ketidakmampuan ini menyeluruh. Bukan sahaja terhad kepada satu-satu negeri dan daripada satu tahun ke satu tahun tunggakan hutang ini terus meningkat, bukan menurun. Umpamanya, kita ambil contoh negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan. Daripada RM900 juta kepada RM1.05 bilion hutang mereka daripada tahun 1999 kepada tahun 2000.

Ini adalah satu daripada cara kita mengukur bagaimana terdesaknya kedudukan kewangan negeri-negeri. Itu sebab kita membincangkan untuk meningkatkan keupayaan mereka. Tetapi dengan tambahan yang sedemikian kecil yang kita akan luluskan pada petang ini dengan ketiadaan pasukan back-benchers, kami akan menyokong pindaan ini, ia adalah satu jumlah yang sangat-sangat kecil. Apa lagi jika kita membandingkan dengan keperluan satu-satu negeri.

Apabila kita melafazkan akad nikah seseorang lelaki Muslim di hadapan imam dengan bakal isterinya, biasanya dalam khutbah nikah itu, imam akan membacakan bahawa tanggungjawab si suami ialah kepada tiga perkara iaitu ‘mat’am, malabis dan juga maskan’. ‘Maskan’ ialah tempat tinggal. Si suami mesti menyediakan satu tempat tinggal untuk bakal isterinya dan anak-anak yang akan dilahirkan. Si suami juga wajib menyediakan nafkah dalam bentuk pakaian kepada isteri dan anak-anaknya. Si suami juga diwajibkan untuk menyiapkan keperluan makan minum anak-anak dan isterinya mengikut kemampuannya dan kesesuaian keperluan anggota keluarganya.

Kita mengambil kedua-dua aspek ini untuk menentukan kadar yang akan kita cadangkan iaitu kemampuan Kerajaan Pusat dan juga keperluan nafkah rakyatnya melalui saluran negeri-negeri yang kita akan salurkan capitation grant ini.

Saya berpendapat kedua-dua aspek ini tidak memenuhi kadar yang kita cadangkan, jauh daripada memenuhi, dia tidak memenuhi keperluan kewangan sebenar negeri-negeri, ia tidak memenuhi kriteria kemampuan kewangan Kerajaan Pusat berbanding dengan cara yang begitu lavish yang digunakan oleh Kerajaan Pusat melalui Dewan ini kepada badan-badan swasta lain yang tidak ada kena mengena secara langsung dengan kepentingan rakyat jelata. Perwaja adalah satu contoh yang mudah bagaimana berbilion ringgit telah diperuntukkan untuk membiayai kerugian dalam industri besi yang menjadi projek mega Perdana Menteri yang pertama pada tahun 1983. Di akhir pentadbirannya projek ini belum berjaya, gagal.

DR.27.6.2002 93

Kita telah membelanjakan hampir RM9 bilion, RM90 juta satu tahun tambahan ini bagi sepuluh tahun baru hanya RM900 juta, tidak sampai pun RM1 bilion dan kita memerlukan lebih kurang barangkali 100 tahun untuk menyamai perbelanjaan yang telah kita gunakan untuk Perwaja sahaja, tidak mengambil kira agensi-agensi yang lain yang telah mengalami kerugian begitu kecil dengan bilangan penduduk yang begitu besar dengan tiap-tiap negeri dan saya berpendapat kadar ini mesti ditambah.

Hari ini kita tidak boleh menambahnya kecuali saya tidak tahu kalau barisan pembangkang ramai, kita boleh pinda di peringkat Jawatankuasa.. [Ketawa] Tetapi oleh kerana kita gentlemen pada hari ini kita tidak ingin membuat kejutan tetapi saya berharap kadar ini kena tambah, kalau tidak tahun ini, tahun depan kita tambah kadar ini dan kalau Yang Berhormat bagi Tumpat kata ini adalah satu daripada peninggalan terakhir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita alu-alukan peletakan jawatannya dan alhamdulillah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga telah menerima sokongan dari segala macam back-benchers sign, tanda tangan, sokongan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri… [Disampuk] Tandatangan, sokong, duta-duta asing sokong, kerajaan-kerajaan asing sokong, dewan-dewan perniagaan sokong, parti-parti komponen sokong, menteri-menteri Kabinet sokong mengapa kita hendak 16 bulan untuk merealisasikan sokongan ini?

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Saya berharap kadar ini dapat ditambah dengan seberapa segera bagi menggambarkan keseriusan kita menghadap isu ini. Kemudian bukan sahaja kadarnya patut ditambah, item lain juga harus dikaji. Saya berikan contoh ini, saya masuk kepada aspek ini kerana saya melihat bakal masalah kewangan yang besar yang kita hadapi oleh kerajaan-kerajaan negeri ialah akibat daripada proses penswastaan terutama sekali bekalan air iaitu yang menjadi keperluan asasi bagi tiap-tiap rakyat.

Di Johor mereka telah berhutang, Kerajaan Johor kepada syarikat air yang diswastakan lebih kurang RM1 bilion. Pada bacaan saya dalam setahun yang lepas. Di Selangor, seperti yang disiarkan oleh akhbar dua hari berturut-turut, hutang bagi Kerajaan Selangor kepada syarikat air yang diswastakan ialah RM910 juta tunggakan, hampir RM1 bilion dan tiap-tiap tahun mereka kena berbelanja lebih kurang RM300 juta bagi penggunaan penswastaan ini. Ini akan menimbulkan satu masalah kewangan yang sangat serius, kebetulan kami di Kelantan mempunyai sedikit pengalaman apabila pada satu tempoh yang lalu oleh kerana tekanan pihak-pihak tertentu kami telah dipaksa menandatangani perjanjian penswastaan air dan kemudian kita telah mengambil jalan untuk mengambil semula untuk dikorporatkan, bukan di’privatize’kan, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak menerima konsep penswastaan air, kita menerima konsep pengurusan air melalui pengkorporatan. Alhamdulillah, kesan kewangan kerajaan negeri tidak akan dialami. Kita tidak akan mempunyai satu klausa untuk membayar perkhidmatan bekalan air kepada syarikat swasta tetapi di Selangor dan di Johor saya yakin mereka telah menswastakan dan dalam perjanjian konsesi ini lazimnya ada supplementary ataupun apendiks yang akan meletakkan formula pembayaran iaitu bila mana pungutan hasil daripada para pengguna tidak mencapai satu tahap yang telah ditentukan, kerajaan mesti compensate hasil itu daripada hasil kerajaan negeri.

Oleh sebab inilah Selangor terpaksa membayar lebih daripada RM300 juta satu tahun dan mempunyai tunggakan hampir RM1 bilion dan ini mesti diselesaikan iaitu kita mesti review semula terma-terma konsesi penswastaan dan EPU dari Jabatan Perdana Menteri mesti menasihatkan kerajaan-kerajaan negeri supaya mengelakkan penswastaan bekalan air dan menggunakan pendekatan pengkorporatan seperti yang telah ditunjukkan kejayaannya dalam kes Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Saya sebut ini ialah sebagai satu gambaran bagaimana penyelesaian yang kita berikan ini adalah satu penyelesaian yang sangat kecil. Kita tidak melihat kegawatan dan keterdesakan kedudukan kewangan negeri-negeri dalam satu fasa yang lebih besar. Saya berharap oleh kerana konsep ini telah diletakkan sejak daripada mula-mula kita merdeka, kita mengadakan satu review dalam konteks yang lebih menyeluruh bagaimana Kerajaan Pusat harus membantu kerajaan-kerajaan negeri tanpa mengira parti manakah yang memerintah kerajaan-kerajaan tersebut.

Satu daripada caranya pada pandangan saya ialah kita menghapuskan interest terhadap loan yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini, ini satu cara. Kalau Perwaja interest free, kalau e-village interest free, kalau MAS interest free

DR.27.6.2002 94

dan kerugian mereka adalah berbilion ringgit, mengapakah hutang kerajaan negeri yang akan mendapat faedahnya ialah rakyat jelata sama ada mereka pengundi Barisan Nasional atau pun pengundi Barisan Alternatif. Mengapa kita tidak hapuskan interest ini sebagai tanda prihatin bahkan interest sendiri adalah satu exercise yang tidak Islamic. Kerajaan kita berasaskan fundamental Islam, mengapa kita tidak menggunakan fundamental Islam untuk memberikan keihsanan kepada kerajaan-kerajaan negeri dengan menghapuskan interest ini dan selain daripada itu menghapuskan tunggakan hutang-hutang. Kalau kita buat tunggakan pun tidak ada faedahnya kerana pada satu tahun ke satu tahun bukan hutang itu yang dibayar tetapi dia berhutang hutang yang baru dan kerana itu kita hapuskan tunggakan-tunggakan ini daripada dikutip.

Saya telah mendengar pandangan Yang Berhormat bagi Tanjong sebentar tadi yang pada hemat saya adalah menarik walaupun ianya diungkapkan secara ringkas iaitu prinsip-prinsip kesamarataan yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan prinsip kesamarataan inilah juga di antara asas kenegaraan Islam yang sangat penting yang telah diungkapkan oleh Rasulullah dan juga para khalifah Ar-Rasyidin yang lain. Umar berkata siapakah yang melahirkan seseorang manusia itu dalam keadaan terhamba atau pun diperhambakan sehingga kita perlu menindas mereka. Mereka dilahirkan dari perut ibu mereka merdeka dan tidak ada mana-mana kuasa harus menindas dan mendiskriminasikan mana-mana manusia kerana inilah prinsip yang telah kita amalkan dan dengan prinsip-prinsip ini kita berharap bahawa satu kajian yang lebih menyeluruh dapat kita kemukakan pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Setiausaha Parlimen menjawab.

7.08 mlm.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini iaitu Yang Berhormat bagi Dungun, Yang Berhormat bagi Tanjong, Yang Berhormat bagi Bachok, Yang Berhormat bagi Tumpat dan Yang Berhormat bagi Kubang Kerian.

Tuan Yang di-Pertua, rata-rata sungutan ataupun rintihan yang dikemukakan oleh kelima-lima Ahli Yang Berhormat adalah mengenai dua perkara yang pokoknya. Yang pertama ialah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Dungun bahawa bayaran tidak mengikut jadual; dan yang kedua, pemberian ini adalah agak kecil ataupun jumlahnya agak kecil iaitu RM85.5 juta pertambahan daripada kadar yang diberikan dahulu dan lain-lain itu adalah saya rasa isu-isu sampingan yang disentuh oleh kelima-lima orang Ahli Yang Berhormat.

Saya ingin hendak merujuk kepada pandangan Yang Berhormat bagi Dungun, juga dikongsi bersama oleh Yang Berhormat bagi Bachok, Yang Berhormat bagi Tanjong dan juga mungkin Yang Berhormat bagi Tumpat kalau tidak silap saya, tentang bagaimana pembayaran ini tidak dibuat seperti yang diharapkan, iaitu agak lambat, dan Yang Berhormat bagi Dungun menggunakan satu istilah yang agak keras, iaitu 'pengkhianatan'. Tidak adil sebagai suatu 'pengkhianatan'. Saya rasa adalah tidak adil bagi Ahli Yang Berhormat mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak berlaku adil kerana melambatkan pemberian tahunan ini, kerana untuk menghakimi secara rasional sama ada kerajaan itu adil ataupun tidak, kita mesti melihat dari segi gambaran keseluruhannya. Apakah kerana kelewatan dua, tiga bulan ataupun tiga, empat bulan ini, maka terus kerajaan dicap sebagai 'pengkhianat', tidak adil.

Dato' Mustafa bin Ali: Penjelasan.

Tuan Hashim bin Ismail: Nanti Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dahulu ya?

Tuan Hashim bin Ismail: Kerana saya rasa setiap tahun Kerajaan Persekutuan tidak pernah gagal, sebanyak dua kali setahun, tidak pernah gagal menyempurnakan tugasnya untuk membayar capitation grant seperti yang sepatutnya negeri-negeri perolehi, tidak pernah gagal. Sebelum 31 Disember tiap-tiap tahun Tuan

DR.27.6.2002 95 Yang di-Pertua, beres. Jadi, tidak patutlah kerana lambat dua, tiga bulan, itu satu label yang begitu dahsyat – 'pengkhianat' dilabelkan kepada Kerajaan Persekutuan. Maka saya rasa ini ialah suatu yang amat-amat tidak adil, keterlaluan dan saya amat kesali.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberi beberapa contoh, bahawa di bawah heading, di bawah tajuk “Pemberian Pertambahan Hasil” Persekutuan kepada kerajaan negeri, tiap-tiap tahun jika Kerajaan Persekutuan dapat lebihan hasil, maka ini diagihkan kepada negeri-negeri. Saya hendak beritahu bahawa untuk peruntukan tahun 2001, Yang Berhormat, Kerajaan Kelantan dan Terengganu menerima lebih awal daripada kerajaan negeri lain – lebih awal. Saya hendak beri tarikhnya ialah 29 November 2001 negeri Terengganu dan Kelantan sudah dapat pemberian lebihan hasil. Negeri-negeri lain bulan Januari atau Februari baru dapat, dan ini kita harus mengambil kira bahawa kerajaan bukanlah dalam aspek yang kecil iaitu terlambat untuk memberikan capitation grant, maka terus dilabelkan kerajaan sebagai pengkhianat, zalim, penganiaya tetapi dalam konteks ini, Kelantan dan Terengganu menerima lebih awal daripada negeri-negeri lain, apa hendak dikatakan? Ini, dengan itu saya kata bahawa untuk menghakimi Kerajaan Persekutuan, kita mesti tengok gambaran yang menyeluruh, secara menyeluruh. Ini lebih awal sedangkan negeri-negeri lain masih tertunggu-tunggu, kita sudah bagi negeri Kelantan dan Terengganu lebih awal.

Okay, yang kedua, dalam kes Kelantan, bukan sahaja menerima lebih awal malah yang terbanyak sekali di antara negeri-negeri lain, iaitu RM29,055,950.43, lebih banyak, lebih tinggi daripada negeri-negeri lain. Johor dapat RM6.3 juta, Melaka dapat RM3.1 juta, dan negeri-negeri lain semuanya lebih rendah daripada apa yang diperolehi oleh Kelantan. Apakah ini satu penganiayaan? Kerana kita tahu Kelantan sebuah negeri yang masih agak terkebelakang dari segi ekonomi maka kita berikan lebih kepada Kelantan - RM29 juta, dan pada tahun 2000, Kelantan menerima RM32 juta, lebih tinggi dari negeri-negeri lain....

Dato' Mustafa bin Ali: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun ini.

Tuan Hashim bin Ismail: ... kerana kita tahu kita bersimpati dengan Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, hendak bagi jalan atau tidak?

Tuan Hashim bin Ismail: Nanti sekejap. Saya diberi tahu oleh kawan-kawan supaya jangan layan ini kerana masa, time is running short, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, RM32 ribu, melebihi negeri-negeri lain

Beberapa Ahli: RM32 juta.

Tuan Hashim bin Ismail: Oh, maaf saya, RM32 juta Tuan Yang di-Pertua - RM32,918,418.40, yang paling tinggi

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ada ucap terima kasihkah tidak? [Bercakap tanpa pembesar suara][Ketawa]

Tuan Hashim bin Ismail: Kita maklumlah. Memang tidak ada. Apa yang dilabelkan ialah 'pengkhianat, zalim, tidak adil, diskriminasi' dan sebagainya. Tidak adil kalau kita mengatakan kerajaan zalim dan sebagainya. Kita mesti lihat gambaran keseluruhan. Jangan kerana lambat tiga, empat bulan itu maka terus kita katakan kerajaan ini 'zalim, pengkhianat' dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak suka mengungkit, saya tidak suka mengungkit. Selama ini pun kerajaan buat kebaikan, tidak mengungkit-ungkit. Tidak kita ...

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Hendak bagi jalan atau tidak?

Tuan Hashim bin Ismail: Nanti, nanti. Kalau saya ada masa, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jawab, hendak bagi jalan atau tidak? Itu sahaja.

Tuan Hashim bin Ismail: Susah Tuan Yang di-Pertua saya hendak ... Okay, setakat ini belum boleh bagi.

Tuan Husam bin Haji Musa: Kalau tidak bagi jalan, gambaran tidak jelas Tuan Yang di-Pertua.

DR.27.6.2002 96

Tuan Hashim bin Ismail: Habis itu?

Tuan Yang di-Pertua: Ha, jalan.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sedikit penjelasan. Adakah dasar kerajaan memberikan lambat dan adakah satu tahun sahaja kita boleh ukur gambaran diskriminasi ini? Saya menjadi Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan selama enam tahun dan Setiausaha Akhbarnya selama empat tahun. Inilah masalah yang kita hadapi – 30hb Disember kita menerima peruntukan-peruntukan yang telah diwajibkan, kecuali barangkali tahun 2001 ada satu item yang diawalkan. Tetapi yang dikatakan jumlah yang lebih besar tadi ialah kerana di bawah clause Perlembagaan juga, mana-mana kerajaan negeri yang mengalami defisit pengurusan kerana satu-satu sebab, pada waktu itu ialah kerana kita membayar pampasan (compensation), pembatalan perjanjian air, maka kita mengalami defisit pengurusan dan kita entitled untuk memohon kepada Majlis Kewangan Negara, dan ini diluluskan dalam special cases yang tidak boleh digambarkan dengan ukuran yang sedemikian.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi Perlembagaan hanya menyebut bahawa setiap negeri harus mendapat capitation grant berdasarkan kepada kadar yang telah ditetapkan. Tetapi untuk pembayaran dua kali setahun itu ialah budi bicara Kerajaan Persekutuan – budi bicara MKN, di mana Dato' Mustafa bin Ali, Yang Berhormat bagi Dungun juga adalah wakil Terengganu yang mewakili Kerajaan Terengganu dalam MKN. Beliau ialah wakil Kerajaan Negeri Terengganu. Kelantan pun ada wakil, dan ini diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara (MKN).

Yang kedua tadi Yang Berhormat, walaupun ianya adalah mengikut tuntutan Perlembagaan, tetapi itulah yang saya katakan bahawa tidak ada diskriminasi. Apa yang patut dan layak dan berhak untuk Yang Berhormat untuk negeri Kelantan dan Terengganu kita bagi, berdasarkan tidak ada diskriminasi – apa yang sepatutnya dapat, kita bagi. Itu pun lambat tiga, empat bulan ..

Dato' Mustafa bin Ali: Penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua: Hendak bagi jalan atau tidak?

Tuan Hashim bin Ismail: Nanti dahulu Yang Berhormat. Nanti sekejap Yang Berhormat. Dan juga Yang Berhormat, bagi bayaran di bawah bayaran perkhidmatan, Terengganu dalam 2002 ini ada mengemukakan tuntutan sebanyak RM15.6 juta untuk bayaran perkhidmatan, dan sekarang sedang diproses. Negeri lain belum hantar lagi. Terengganu yang paling awal hantar, syabas, dan sekarang ini kita sedang proses itu.

Seorang Ahli: Minta duit cepat.

Tuan Hashim bin Ismail: Tidak ada diskriminasi. Dapat sahaja kita proses dan kita hantar apa yang berhak. Ini Kelantan dan Terengganu dapat. Dan juga untuk makluman Yang Berhormat, satu berita baik Yang Berhormat [Tepuk] [Ketawa] Berita baik, iaitu untuk bayaran pertama ini, pergi check sudah ada duit atau tidak? Bila balik pergi check dalam akaun negeri – sudah ada. Bagi Kelantan Yang Berhormat, RM20,984.336 sudah pun ada [Tepuk] Terengganu – RM62,143.435 sudah ada [Tepuk] Berita baik. Bawa berita baik ini balik ke negeri, ke rumah, ke kampung masing-masing. Duit sudah masuk. Kesemuanya Yang Berhormatnya diluluskan tanpa diskriminasi, cuma saya haraplah kelambatan, kelewatan, dua tiga bulan itu janganlah dijadikan asas untuk menuduh Kerajaan Persekutuan sebagai zalim, pengkhianat dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat: Sila, sila teruskan ya.

Tuan Hashim bin Ismail: Okey, terima kasih langsung tidak ada, terima kasih. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih apa itu.

Tuan Hashim bin Ismail: Yang Berhormat Dungun juga menyentuh tentang pemotongan geran, dia kata kalau ada hutang, potong daripada capitation grant, sekarang ini tidak lagi jadi amalan Yang Berhormat. [Tepuk] Ada hutang atau tidak capitation grant tetap akan sampai mengikut kadar yang ditentukan.

DR.27.6.2002 97

Tuan Yang di-Pertua: Sudah cukupkah Yang Berhormat? Sudah habiskah ucapan?

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat sudah cukuplah itu. Elok sangatlah itu. Dia orang tepuk tu.

Tuan Hashim bin Ismail: Boleh saya berhenti di sini? Saya rasa perkara-perkara pokok telah pun saya sentuh tetapi kalau Dewan mengatakan saya boleh kata itu, saya boleh teruskan.

Beberapa Ahli: Cukup.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah elok dah tu, sudah elok dah tu, cukuplah, jangan tambah lagi. [Ketawa].

Tuan Hashim bin Ismail: Yang lain-lain Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tidak begitu penting kerana, apa itu, saya rasa pun lontaran idea dan sebagainya itu kita akan ambil kira. Yang Berhormat Bachok tadi, Yang Berhormat Bachok ada memberikan satu pandangan, Yang Berhormat Tumpat mengatakan supaya dikaji dari masa ke semasa, insya-Allah kita akan kaji berdasarkan kepada keperluan negeri-negeri. Terima kasih. Yang Berhormat-Yang Berhormat semua janganlah lagi cop Kerajaan Federal sebagai, perkara yang lepas ini hentikanlah Yang Berhormat ya. Sangka baiklah Yang Berhormat sesama sendiri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dan kita jumpa lagi di next session [Tepuk].

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Petua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa.

Fasal 1 hingga 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang

Pendahuluan diperintah jadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL MENTERI LUAR NEGERI

Menteri Luar Negeri akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957 dan disenaraikan di dalam Jadual Kedua Akta tersebut, penutupan akaun Kumpulan Wang Amanah Kebangsaan ASEAN (Kod 59004) diluluskan.”

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua bagi pihak Kementerian Luar Negeri saya ingin membawa satu usul tentang Kumpulan Wang Amanah Kebangsaan ASEAN yang telah ditubuhkan melalui Perjanjian Penubuhan Tabung Untuk ASEAN oleh Menteri-menteri Luar yang terdiri dari Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Singapura pada 17 Disember 1968 di Cameron Highlands, Malaysia.

DR.27.6.2002 98

Perjanjian ini menggariskan bahawa setiap negara anggota dikehendaki menyumbang sebanyak USD1 juta kepada tabung tersebut. Tabung tersebut telah diuruskan di bawah akaun-akaun yang berasingan dengan dikendalikan oleh Urusetia Kebangsaan ASEAN di setiap negara anggota. Dana ini di selenggara oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan Bersama – JMC, dianggotai oleh seorang wakil dari setiap negara anggota ASEAN untuk mengawal selia aktiviti di bawahnya.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak ianya ditubuhkan tabung ini telah tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana mekanisme dan prosedur yang ditetapkan di bawahnya amat rumit dan memakan masa yang panjang untuk diselesaikan. Keadaan tersebut bertambah rumit lagi apabila wujudnya sumber-sumber kewangan yang lain seperti UNDP dan badan-badan antarabangsa yang lain serta pihak ketiga dimasukkan ke dalam tabung ini.

Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat ini, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah menandatangani satu perjanjian baru yang dikenali sebagai Perjanjian Penubuhan Tabung ASEAN pada 23 Julai 1994 bagi memansuhkan perjanjian terdahulu dan memperkenalkan prosedur mekanisme yang lebih praktikal dan operatif.

Tabung ini dikendalikan secara bersepadu oleh Urusetia Tetap ASEAN jumlah sumbangan sama rata sebanyak USD1 juta oleh setiap negara anggota yang telah menjadi enam buah negara selepas kemasukan Brunei Darussalam.

Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk menutup tabung ini lebih awal telah terhalang oleh satu tuntutan bayaran yang belum selesai. Tuntutan tersebut adalah bayaran bagi perkhidmatan dan perbekalan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi projek printing of climatic atlas - dengan izin - yang telah dilaksanakan tahun 1982. Oleh kerana perbezaan masa yang agak lama dari tahun 1982 ke tahun 1994 maka kos penyediaan kerja dan perkhidmatan tersebut telah meningkat sebanyak RM14,888 iaitu dari RM34,000 ke RM48,888.

Pembayaran telah tidak dapat dibuat kerana ianya telah berbeza dengan modal mandat asal yang telah diputuskan JMC tabung ini yang hanya memerlukan RM34,000 sahaja. Dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Jabatan Ukur dan Pemetaan, perkara ini telah diselesaikan dan pembayaran telah dibuat melalui peruntukan mengurus kementerian pada bulan November 1988.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Kebangsaan ASEAN ini tidak lagi diperlukan, Kementerian Luar Negeri telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar tabung ini ditutup dan baki dananya sebanyak RM2,527,085.54 sen dikreditkan dalam Akaun Hasil Yang Disatukan dengan memindahkan penyata terimaan dan bayaran kod amanah 59004 ke dalam Akaun Hasil Kewangan Yang Disatukan.

Sehubungan dengan itu Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 5 Ogos 1999 menyatakan ketiadaan halangannya ke atas permintaan tersebut dan selanjutnya menyarankan supaya peruntukan tabung ini dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Seksyen 10 Akta Prosedur Kewangan 1957 dan seperti yang disenaraikan dalam Jadual Kedua akta tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri pada 29 Mac 2000 telah bersetuju dengan cadangan penutupan dana dan tabung ini. Tuan Yang di-Pertua sehubungan itu perkara ini di bawa ke Dewan yang mulia ini dan mencadangkan bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diletakkan kepadanya oleh Seksyen 10 Akta Prosedur Kewangan 1957 dan disenaraikan di dalam Jadual Kedua dalam akta tersebut, penutupan akaun Kumpulan Wang Amanah Kebangsaan ASEAN (Kod 59004) diluluskan. Sekian, terima kasih.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bagi pihak Menteri Luar Negeri tadi terbuka untuk dibahaskan. Ya, Kepong. Minta jangan panjang sangat ya.

7.31 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak, tidak, tidak, tidak.

Tuan Yang di-Pertua: Ini tidak ada apa-apa. Cuma hendak tutup sahaja.

DR.27.6.2002 99 Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada, tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, ini secara prinsip dengan secara ringkas.

Tuan Yang di-Pertua: Hem.

Dr. Tan Seng Giaw: Secara ringkas. Saya ada dengar ucapan daripada Yang Berhormat tadi mengenai tabung ini dan saya pun kurang faham. Yang pertamanya apakah maksud dan tujuan untuk mengadakan tabung ini pada awalnya.

Tuan Yang di-Pertua: Dia sudah baca tadi Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada, saya tidak ada. Saya tidak .......

Tuan Yang di-Pertua: Dia baca itu tadi Yang Berhormat tidak dengar agaknya.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya tidak begitu mengerti apakah yang dimaksudkannya dan kemudian sekarang ada baki lebih USD2 juta dan dimasukkan di dalam tabung kita. Tetapi walhal sumbangan daripada enam negara kalau tidak silap saya. Kemudian bakinya dimasukkan kepada tabung kita menerusi peraturan Akta Prosedur Kewangan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan sebab kita tidak boleh terima dengan bulat-bulat sahaja tanpa penjelasan yang lebih teliti.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Cukuplah.

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Hem!.

Tuan Hashim bin Ismail: Tujuan tabung ini ialah untuk tujuan pengurusan, Yang Berhormat. Ianya untuk pengurusan Sekretariat ASEAN dan dua juta lebih tadi bukan baki, Yang Berhormat. Kita hendak ambil duit kita yang USD1juta yang bersamaan dengan RM2.5 juta itu mengikut nilai lama, nilai sebelum pegging sebelum kita tetapkan RM3.80 dengan USD1. Ini nilai lama ini. Kita hendak ambil daripada tabung itu kerana ia tidak berfungsi lagi dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Hem, ya.

Tuan Hashim bin Ismail: Kita ambil duit kita balik.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukuplah, fahamlah.

Tuan Hashim bin Ismail: Sumbangan sendiri, sumbangan sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya pun faham juga.

Tuan Hashim bin Ismail: Dia payah sangat hendak faham ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat lain lebih-lebih faham lagilah. [Ketawa]

Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bagi pihak Yang Berhormat Menteri Luar Negeri itu hendaklah dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diletakkan padanya oleh Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957 dan disenaraikan di dalam Jadual Kedua Akta tersebut, penutupan akaun Kumpulan Wang Amanah Kebangsaan ASEAN (Kod 59004) diluluskan.”

DR.27.6.2002 100

USUL-USUL MENTERI KEWANGAN

AKTA KASTAM 1967

(i) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2001 (ST. 59);

(ii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2001 (ST. 60);

(iii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2001 (ST. 61);

(iv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2001 (ST. 62);

(v) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.4) 2001 (ST. 63);

(vi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.5) 2001(ST. 64);

(vii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.2) 2001(ST. 65);

(viii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.6) 2001(ST. 66);

(ix) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.3) 2001 (ST. 67);

(x) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.7) 2001(ST. 68);

(xi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.8) 2001(ST. 69);

(xii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) No.4) 2001(ST. 70);

(xiii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 9) 2001 (ST. 71);

(xiv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.10) 2001(ST. 73);

(xv) Perintah Kastam Duti Anti Lambakan Sementara 2002 (ST. 74);

(xvi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2002 (ST. 75);

(xvii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2002 (ST. 77);

(xviii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2002 (ST. 78);

(xix) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 3) 2002 (ST. 79);

(xx) Perintah Kastam (Duti Lambakan)(Perlanjutan Tempoh) 2002 (ST.82)

Yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas-kertas statut bill. 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 73, 74, 75, 77, 78, 79, 81 dan 82 tahun 2002 disahkan.

DR.27.6.2002 101 7.33 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan[Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen 2, Seksyen 11, Akta Kastam 1967, supaya perintah-perintah berikut :

(i) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal dari Negeri-negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2001 P.U.(A) 42 bertarikh 22 Februari 2001,

(ii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2001 P.U.(A) 43 bertarikh 22 Februari 2001.

(iii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2001 P.U.(A) 57 bertarikh 1 Mac 2001.

(iv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2001 P.U.(A) 68 bertarikh 12 Mac 2001.

(v) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.4) 2001 P.U.(A) 153 bertarikh 24 Mei 2001.

(vi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.5) 2001 P.U.(A) 177 bertarikh 14 Jun 2001.

(vii) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.2) 2001 P.U.(A) 197 bertarikh 5 Julai 2001.

(viii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.6) 2001 P.U.(A) 223 bertarikh 26 Julai 2001.

(ix) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.3) 2001 P.U.(A) 224 bertarikh 26 Julai 2001.

(x) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.7) 2001 P.U.(A) 269 bertarikh 1 September 2001.

(xi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.8) 2001 P.U.(A) 290 bertarikh 27 September 2001.

(xii) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No. 4) 2001 P.U.(A) 291 bertarikh 27 September 2001.

(xiii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 9) 2001 P.U.(A) 326 bertarikh 19 Oktober 2001.

DR.27.6.2002 102

(xiv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 10) 2001 P.U.(A) 410 bertarikh 31 Disember 2001.

(xv) Perintah Kastam Duti Anti Lambakan Sementara 2002 P.U.(A) 74 bertarikh 21 Feb 2002.

(xvi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2002 P.U.(A) 81 bertarikh 1 Mac 2002.

(xvii) Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2002 P.U.(A) 88 bertarikh 1 Mac 2002.

(xviii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2002 P.U.(A) 99 bertarikh 14 Mac 2002.

(xix) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2002 P.U.(A) 103 bertarikh 15 Mac 2002.

(xx) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.4) 2002 P.U.(A) 133 bertarikh 11 April 2002.

(xxi) Perintah Kastam (Duti Lambakan) (Perlanjutan Tempoh) 2002 P.U.(A) 134 bertarikh 11 April 2002.

Yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas-kertas status Bil 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 73, 74, 75, 77, 78, 79, 81 dan 82 tahun 2002 disahkan.

Tuan Yang di-Pertua, Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2001 bertujuan untuk tidak mengenakan duti import ke atas peralatan sukan iaitu sports tapes dan athletic supporters and protectors dengan mewujudkan kod tarif khusus iaitu 5806-31-200 bagi sports tapes dan 6212-90-300 bagi athletic sports supporters and protectors. Ini adalah selaras dengan dasar untuk tidak mengenakan duti import ke atas peralatan sukan.

Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2001 bertujuan untuk menyelaraskan kod tarif dan kadar duti import CEPT ke atas sport tape dan athletic sports supporters and protectors selaras dengan keputusan untuk tidak mengenakan duti import dan mewujudkan kod tarif khusus di bawah Perintah Duti Kastam 2001.

Di samping itu perintah ini juga bertujuan untuk pembetulan dari segi penggunaan huruf besar bagi huruf awal ke atas perkataan “curtain” dan “other” di bawah kod tarif 5806.31 100 dan 5806. 31 900 serta perkataan “sanitary”, “compression” dan “other” di bawah kod tarif 6212.90 100,200 dan 900.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2001 bertujuan untuk mengurangkan

kadar duti import ke atas synthetic lubricant di bawah Kod Tarif 3403-11-000, 3403-19-100, 3403-19-900, 3043-91-100, 3043-91-900, 3043-99-100 dan 3043-99-900 daripada 30% ad-valorem kepada 10% ad-valorem. Penurunan kadar duti import ini dapat mengurangkan kos pengilangan syarikat yang menggunakannya.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 3) 2001 bertujuan untuk mengurangkan duti import 10% ad-valorem dan 15% ad-valorem ke atas alloy, steel, round bars and rocks di bawah Kod Tarif 7227-10-000, 7227-20-000, 7227-90-000, 7228-10-100, 7228-20-100, 7228-30-100, 7228-40-100, 7228-50-100, 7228-60-100, 7228-80-100 dan 7228-80-910 kepada 5% ad-valorem. Penurunan ini bagi membantu mengurangkan kos pengilang tempatan dan memulihkan industri pengeluaran moist and drys di samping dapat bersaing dengan moist dan drys yang diimport.

DR.27.6.2002 103

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 4) 2001 bertujuan untuk menurunkan kadar duti import ke atas beberapa produk berkaitan teknologi maklumat di bawah Kod Tarif 9009-11-000, 8518-29-000, 8536-69-900, 8525-20-100, 8525-20-900, 8527-90-100 dan 8527-99-1000 di antara 20% dan 5% kepada di antara 15% dan 5%. Penurunan ini adalah selaras dengan komitmen negara kepada WTO di bawah Perjanjian Teknologi Maklumat supaya menurunkan kadar duti ke atas produk teknologi maklumat yang disenaraikan ke paras duti terikat 0% di antara tahun 2000 hingga 2005.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 5) 2001 bertujuan untuk menghapuskan duti import ke atas telefon selular dan peralatan transmisi lain di bawah Kod Tarif 8525-20-900. Penurunan kadar duti import ini adalah bagi tujuan mengatasi kegiatan penyeludupan telefon selular yang berleluasa kerana telefon selular amat mudah dibawa masuk ke negara ini.

Perintah Duti Kastam Barang-barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No. 2) 2001 bertujuan untuk meminda kadar CPT bagi telefon selular dan peralatan transmisi kepada 0% selaras dengan keputusan menghapuskan duti import ke atas barangan tersebut seperti dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 5) 2001.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 6) 2001 bertujuan untuk menghapuskan duti import 30% ke atas articles related to baby-feeding yang dikelaskan sebagai lain-lain keluaran plastik di bawah Kod Tarif 3926-90-990. Tindakan ini adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan barangan berkaitan penjagaan bayi murah dan mampu dimiliki semua golongan.

Perintah Duti Kastam Barang-barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No. 3) 2001, bertujuan untuk meminda kadar CPT ke atas articles related to baby feeding yang dikelaskan sebagai lain-lain keluaran plastik di bawah Kod Tarif 3926-90-990 selaras dengan keputusan menghapuskan duti import ke atas barangan tersebut seperti dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 6) 2001.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 7) 2001, bertujuan untuk menghapuskan duti eksport ke atas minyak sawit proses dalam kategori satu dan dua daripada 5% kepada nil. Keluaran yang tergolong dalam kategori satu ialah neutralized, refined palm oil, bleached palm oil dan crude palm oleine. Manakala kategori dua ialah neutralized, refined, bleached palm oil, neutralized refined palm oleine dan bleached palm oleine. Penghapusan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi daya saing minyak sawit Malaysia di pasaran antarabangsa.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 8) 2001, bertujuan untuk menurunkan kadar duti import bagi bola golf di bawah Kod Tarif 9506-32-000 daripada 20% kepada 10%. Pengurangan kadar duti import ini bagi menggalakkan sukan golf dan juga dapat menarik kemasukan pelancong untuk bermain golf di Malaysia.

Perintah Duti Kastam Barang-barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No. 4) 2001, bertujuan untuk menurunkan kadar duti import CPT bagi bola golf daripada 20% kepada 10% selaras dengan penurunan kadar barangan tersebut di bawah Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 8) 2001.

Perintah Duti dikeluarkan dalam negara Kastam (Pindaan) (No. 9) 2001, bertujuan untuk melaksanakan perubahan duti import bagi Belanjawan 2002. Perubahan duti import yang terlibat adalah:

(i) mengurangkan duti import ke atas barangan makanan ke paras bersamaan dengan kadar CPT bagi tujuan meningkatkan penggunaan;

(ii) mengurangkan dan menghapuskan duti import ke atas barangan yang telah lama diberi perlindungan tarif, telah kompetitif dan tiada dan ke atas barangan perantaraan yang duti importnya lebih tinggi daripada barangan siap selaras dengan usaha untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan meningkatkan daya saing;

DR.27.6.2002 104

(iii) menghapuskan duti import 25% ke atas multimedia projektor sebagai langkah untuk menggalakkan ICT;

(iv) menaikkan duti import daripada RM180 sekilogram kepada RM216 sekilogram ke atas rokok dan keluaran tembakau bagi membendung gejala sosial akibat ketagihan merokok; dan

(v) mengurangkan duti import motosikal mewah berkapasiti enjin melebihi 800 c.c. daripada 120% kepada 60% dan motosikal berkapasiti enjin 200 c.c. hingga 800 c.c. daripada 80% dan 100% kepada 60% bagi tujuan menggalakkan rekreasi bermotosikal mewah dan penyelarasan duti bagi motosikal.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.10) 2001 bertujuan untuk menurunkan duti import ke atas daun tembakau di bawah kod tarif 2401 10100, 2401 10900, 2401 20100, 2401 20900 dan 2401 30000 daripada RM50 sekilogram kepada RM40 sekilogram, penurunan ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menurunkan duti import di bawah AFTA CPT.

Perintah Kastam Duti Anti Lambakan sementara 2002 bertujuan mengenakan Duti Anti Lambakan sementara pada kadar 20.4% ke atas self-copy paper yang diimport dari Syarikat P.T Pabrik Kertas Tjiwi Kimia Indonesia bagi melindungi industri tempatan yang mengeluarkan produk serupa.

Duti Anti Lambakan berkenaan dibuat selaras dengan peraturan di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Duti Lambakan 1993 yang berkuat kuasa mulai 21 Februari 2002 sehingga 20 Jun 2002.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2002 bertujuan untuk menstruktur semula kod tarif subkepala dan deskripsi barangan selaras dengan pindaan HS 2002 seperti mana diputuskan oleh World Custom Organization.

Pindaan Perintah Duti Kastam ini melibatkan penambahan 167 tariff lines yang baru dan pengurangan 109 tariff lines yang sedia ada, ini bermakna terdapat penambahan bersih sebanyak 58 tariff lines.

Pindaan HS 2002 ini hanya melibatkan perubatan struktur subkepala dan deskripsi barangan dan tidak melibatkan perubahan duti atau cukai kecuali beberapa nombor kod tarif iaitu berkaitan dengan beberapa jenis tayar dan kertas yang kadar dutinya dipinda.

Perkara ini timbul disebabkan oleh deskripsi dagangan HS 2002 tidak dapat diselaraskan dengan deskripsi dagangan di bawah Perintah Duti Kastam 1996. Perintah Duti Kastam (Barang-barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2002 bertujuan untuk menyelaras perubahan struktur subkepala dan deskripsi barangan CEPT supaya sama dengan pindaan dalam Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2002.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2002 bertujuan untuk menurunkan duti import ke atas produk teknologi maklumat di bawah kod tarif 8536 50990 dan 8536 90900 dari 15% kepada 10%

Penurunan ini adalah selaras dengan komitmen negara kepada WTO di bawah perjanjian teknologi maklumat supaya menurunkan kadar duti ke atas produk teknologi maklumat yang disenaraikan ke paras duti terikat 0% di antara tahun 2000 hingga 2005.

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2002 bertujuan untuk mengena dan menaikkan duti import dari nill hingga 50% ke atas keluaran besi dan keluli di bawah kod tarif 7208, 7209, 7210, 7212, 7211, 7303 dan 7304.

Keluaran besi dan keluli yang terlibat ialah hot/cold rolled coils, cold rolled, electro galvanised iron, galvanised iron serta besi paip.

Langkah ini diambil bertujuan bagi melindungi industri besi dan keluli tempatan daripada kesan negatif akibat daripada lebihan penawaran keluaran ini dipasarkan di pasaran antarabangsa.

DR.27.6.2002 105

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.4) 2002 bertujuan untuk mengenakan duti import 15% ke atas keluaran elektrik motor multiphase di bawah kod tarif 8501 51000 dan 8501 52000 sebagai langkah perlindungan terhadap pengeluar tempatan.

Perintah Kastam (Duti Anti Lambakan) (Perlanjutan Tempoh) 2002 bertujuan untuk melanjutkan tempoh pengenaan Duti Anti Lambakan selama 180 hari ke atas pengimportan self-copy paper dari Kesatuan Eropah (EU) dan Indonesia.

Berlanjutan tempoh ini akan membolehkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memulakan penyiasatan untuk kajian semula pentadbiran bagi menentukan sama ada pengenaan Duti Anti Lambakan ke atas dua negara berkenaan wajar diteruskan ataupun tidak.

Kadar Duti Anti Lambakan yang telah dikenakan adalah di antara 4% dan 23% bagi tempoh mulai 20 April 1997 hingga 19 April 2002. Berlanjutan tempoh ini dibuat selaras dengan peraturan di bawah Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan berkuat kuasa mulai 20 April 2002 hingga 16 Oktober 2002.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato’ S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. Ya, Kepong.

7.58 mlm.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya pun hendak balik juga.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Dan saya akan pendekkan, sebenarnya banyak nota yang saya sudah buat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, jangan panjang daripada menteri pula.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya akan pendekkan, bukan sahaja hendak pendekkan, saya hendak keluar dalam sedikit masa dan saya akan dengar melalui loud speaker kita.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Dan saya akan pendekkan daripada Statut 60 yang disebutkan, kalau hendak sebutkan P.U dan sebagainya memakan masa yang panjang, ST 60 sampai ST 82, ada disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, cuma inilah yang misalnya ST 60 mengenai Sports tapes dan Athletic supporters and protectors. Saya hendak tahu sama ada ini hanya terhad kepada keluaran negara ASEAN ataupun merangkumi semua import untuk Sports tapes dan Athletic supporters and protectors, itu yang pertama.

Yang keduanya, mengenai itu …..

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw: Memang, saya suka ….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya memang mengambil perhatian, jangan ganggu, kita hendak pendekkan masa sekarang, mengenai syntactic lubricants ini, sebenarnya kerana saya kurang faham apa yang dimaksudkan oleh syntactic lubricants ini daripada negara-negara mana dengan ringkaslah dan yang menarik perhatian saya ada dua Statut tadi yang Yang Berhormat sebutkan mengenai besi keluli, misalnya alloy steel rubber dan sebagainya, misalnya dikurangkan duti daripada 15% kepada 5%.

Ini menarik perhatian saya kerana kerajaan sudah pun dan ditandatangani oleh Yang Berhormat bahawa dikenakan import duti steel 50%, ini pun sudah menimbulkan masalah, walaupun kementerian itu ada mengatakan bahawa dipihak kilang-kilang downstream hiliran boleh membuat appeal, rayuan dan sebagainya, saya

DR.27.6.2002 106

berpendapat bahawa ini susah hendak dilaksanakan macam mana kita hendak pilih kilang-kilang dan sebagainya untuk dikecualikan daripada 50% duti ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan hal ini kerana ini akan menjejaskan kilang-kilang kita, terutamanya kilang perabot besi dan saya diberitahu bahawa sebilangan mereka sudah pun berhasrat untuk pergi ke negara China untuk membuka kilang di negeri China dan ini memang satu perkara yang saya tidak dapat faham kecuali dasar kerajaan hendak memelihara Mega Steel (Msteel). Itu sahaja.

Seterusnya mengenai telefon selular memang satu perkara yang baik. Kita sambut kerana kita boleh mengelakkan daripada penyeludupan yang semakin hari semakin berleluasa dan mengenai artikel related to baby-feeding memang satu perkara yang baik dan hendak menggalakkan ibu menyusu sendiri kepada anak-anak dan ini memang satu perkara yang baik cuma adakah ini terhad kepada ASEAN ataupun dibuka kepada semua produk-produk negara untuk dikecualikan duty dan seterusnya mengenai proses palm oleine. Saya memang sentiasa mencadangkan supaya kita memberi layanan yang khas untuk oliene chemical kerana kita perlu menggunakan minyak kelapa sawit kita di dalam hiliran untuk menggalakkan oliene chemical untuk dieksport untuk digunakan bagi value-added di negara ini dan ini memang satu perkara kita mengalu-alukan dan seterusnya saya banyak perkara hendak disentuh tapi ada urusan lain dan saya berharap walaupun saya tidak dapat menyentuh lagi beberapa perkara dua tiga step di sini ada disebutkan. Walau bagaimanapun, saya berharap Yang Berhormat dapat menjawab soalan-soalan saya yang dikemukakan tadi terutamanya mengenai steel kerana steel products, steel sheets and all that, steel pipes yang dikenakan import.

Saya berharap Yang Berhormat dapat menyelesaikan masalah ini kerana banyak kilang akan ditutup, itu bukan maksud kita, kita hendak memelihara industri kecil dan sederhana (IKS) jangan kita tutupkan kilang-kilang seumpama ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Menteri menjawab.

8.04 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Chan Kong Choy]: Untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi Kepong mengenai sama ada duty import ke atas sport tapes dan athletic supporter dan protector sama ada dihapuskan untuk diimport daripada ASEAN sahaja ataupun daripada negara lain. Untuk makluman Yang Berhormat ini adalah merangkumi semua import daripada semua negara di dunia. Oleh kerana kita memang menggalakkan kegiatan sukan bagi synthetic ke lubricant di turunkan daripada 30% kepada 10%. Ini juga merangkumi import dari semua negara di dunia.

Tentang besi dan keluli, pihak kerajaan mengambil tindakan untuk mengenakan duty import daripada nil hingga 50% adalah bertujuan untuk melindungi industri besi dan keluli tempatan daripada kesan negatif akibat lebih penawaran di pasaran antarabangsa. Bukan Malaysia sahaja yang mengambil langkah ini tetapi negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan juga negeri Thailand telah mengambil langkah ini untuk melindungi industri tempatan. Walau bagaimana pun terdapat juga beberapa industri sudah diberikan pengecualian daripada duty import termasuk industri automotif, electrical dan electronic, minyak dan gas, perkapalan, perabot besi dan keluli.

Kerajaan juga sedar bahawa peningkatan ataupun berkenaan duty import ini mungkin akan menjejaskan kegiatan di peringkat SMI. Maka pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga dengan Perbendaharaan sama dengan persatuan yang berkenaan telah menubuhkan satu jawatankuasa supaya semua kesan ini kepada pihak IKS akan ditinjau secara menyeluruh dan mendalam. Selepas kajian dijalankan jawatankuasa ini akan mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan selanjutnya. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya

DR.27.6.2002 107 ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 6 yang telah dibentangkan sebagai kertas-kertas statut bilangan 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 73, 74, 75, 77, 78, 79, 81 dan 82 tahun 2002 disahkan, hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11, Akta Kastam 1967 supaya perintah-perintah berikut” :

(i) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2001 (ST. 59);

(ii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2001 (ST. 60);

(iii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.2) 2001 (ST. 61);

(iv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.3) 2001 (ST. 62);

(v) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.4) 2001 (ST. 63);

(vi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.5) 2001(ST. 64);

(vii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.2) 2001(ST. 65);

(viii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.6) 2001(ST. 66);

(ix) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) (No.3) 2001 (ST. 67);

(x) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.7) 2001(ST. 68);

(xi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.8) 2001(ST. 69);

(xii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) No.4) 2001(ST. 70);

(xiii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 9) 2001 (ST. 71);

(xiv) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No.10) 2001(ST. 73);

(xv) Perintah Kastam Duti Anti Lambakan Sementara 2002

(ST. 74);

(xvi) Perintah Duti Kastam (Pindaan) 2002 (ST. 75);

(xvii) Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) (Pindaan) 2002 (ST. 77);

(xviii) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 2) 2002 (ST. 78);

(xix) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 3) 2002 (ST. 79);

DR.27.6.2002 108

(xx) Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 4) 2002 (ST. 81)

(xxi) Perintah Kastam (Duti Lambakan)(Perlanjutan Tempoh) 2002 (ST.82)

Yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas-kertas statut bill. 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 73, 74, 75, 77, 78, 79, 81 dan 82 tahun 2002 disahkan.

AKTA CUKAI JUALAN 1972

(1) Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai)

(Pindaan) 2002 (ST. 76)

8.08 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972 supaya perintah berikut:

(1) Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai (Pindaan) 2002 P.U (A) 82 bertarikh 1 Mac 2002;

Yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. 76 tahun 2002 disahkan.

Tuan Yang di-Pertua, Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai) (Pindaan) 2002 bertujuan untuk menyelaraskan kod tarif sub-kepala dan deskripsi barangan berikutan dengan pindaan kod HS 2002 di bawah perintah Duti Kastam (Pindaan) 2002.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah sekarang ini terbuka untuk dibahaskan.

[Tiada perbahasan]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 7 yang telah dibentangkan sebentar tadi sebagai kertas Statut bil. 76 tahun 2002 disahkan, hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa-kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 15, Akta Cukai Jualan 1972 supaya perintah berikut:

(1) Perintah Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai (Pindaan) 2002 P.U (A) 82 bertarikh 1 Mac 2002;

DR.27.6.2002 109

Yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. 76 tahun 2002 disahkan.

AKTA EKSAIS 1976

(1) Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2001 (ST.72)

8.10 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Chan Kong Choy]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 perintah berikut:

(1) Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2001 (ST.72)

yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. 72 tahun 2002 disahkan.”

Tuan Yang di-Pertua, Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2001 bertujuan untuk menguatkuasakan kenaikan kadar eksais ke atas perokok dan keluaran tembakau di bawah kod tarif 2402 20900 daripada RM40 sekilogram kepada RM48 sekilogram yang diumumkan dalam Belanjawan 2002 bagi tujuan membendung gejala sosial akibat ketagihan merokok.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah perkara 8 yang telah dibentangkan sebentar tadi sebagai Kertas Statut Bil. 72 tahun 2002 disahkan dan hendaklah dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa- yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 6, Akta Eksais 1976 s perintah berikut:

(1) Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2001 (ST. 72)

yang telah dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut Bil. 72 tahun 2002 disahkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul telah selesai. Saya minta menteri membawa usul. Sila.

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT

DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 16(3)

8.12 mlm.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;

DR.27.6.2002 110

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.”

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sokongan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

UCAPAN PENANGGUHAN

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Oleh kerana Ahli yang berucap tidak ada, saya berpindah kepada yang kedua.

Projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang

8.13 mlm.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih. Tanggungjawab mesti ditunaikan juga [Ketawa] [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Pulau Pinang telah menyuarakan pandangan mereka terhadap Projek Penang Outer Ring Road (PORR). Pihak kerajaan harus menjalankan kajian semula terhadap projek ini.

(a) kajian semula perlunya PORR. Projek PORR dikatakan perlu untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Akan tetapi pakar perunding yang menerbitkan Penang Urban Transport Study Halcrow Report berpendapat bahawa PORR hanya boleh berkesan selama 8 tahun sahaja dan selepas itu PORR akan menjadi sesak juga;

Saya menyeru kerajaan mengadakan kajian semula PORR.

(b) kajian semula penswastaan PORR. Projek ini dirancangkan sebagai projek Kerajaan Persekutuan. Memandangkan sumbangan negeri Pulau Pinang kepada pembangunan ekonomi, pembinaan PORR sepatutnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan bukan diswastakan di mana tol akan dikutip selama 30 tahun;

(c) kaji semula tawaran kepada Peninsular Metroworks. Kerajaan harus mengkaji semula tawaran kepada Peninsular Metroworks Sdn. Bhd. Macam mana syarikat ini yang tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran membina lebuh raya dan tebus guna laut boleh dipilih mengendalikan projek bernilai RM1.2 bilion. Adakah kerana syarikat ini dimiliki oleh tokoh-tokoh politik parti UMNO?;

(d) perlunya kajian impak sosial. Lembaga Lebuhraya Malaysia menyatakan hanya 76 buah premis persendirian akan terlibat dan perlu ditempatkan semula. Akan tetapi hakikatnya, hampir 10 ribu unit perumahan dan 40 ribu penduduk menduduki berdekatan PORR akan menerima impak sosial projek ini. Syarikat konsesi harus menjalankan kajian impak sosial;

(e) perlu ada kajian impak budaya. PORR akan membabitkan bangunan warisan, tanah perkuburan, tokong dan kuil. Saya menyeru kajian semula alignment jalan untuk mengelakkan tempat-tempat ini;

(f) perlunya pendengaran awam mengenai laporan kesan alam sekitar. Saya menyeru supaya laporan kesan alam sekitar

DR.27.6.2002 111

projek ini dikeluarkan dan satu pendengaran awam diadakan. Perjanjian dengan syarikat konsesi harus ditangguhkan sehingga laporan kesan alam sekitar diluluskan. Memandangkan kesan alam sekitar ke atas Gurney Drive, saya menyeru cadangan untuk menebus tanah di Gurney Drive dibatalkan;

(g) perlunya kajian semula pakej kewangan kepada syarikat konsesi. Saya menyeru kerajaan mengkaji semula pakej kewangan termasuk memberi hak kepadanya menebus tanah di Gurney Drive dan hak membangunkan enam bidang tanah kerajaan negeri kerana ini telah mengorbankan kepentingan rakyat. Mengapa tol masih dikutip?; dan

(h) perlu kajian semula aspek-aspek teknikal. Saya mendapati keperluan sack bag sebanyak 19 meter tidak dipatuhi. Oleh itu PORR akan dibina terlalu dekat dengan kawasan perumahan, misalnya Changkat Delima 1, Jalan Chor Sing Keng, Zoo Road, Reserver Crescent dan Taman Jesathon. Alignment jalan harus dipinda supaya premis-premis persendirian tidak perlu diambil alih untuk projek ini.

Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.

8.16 mlm.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Tanjong, pada dasarnya kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pembinaan Lebuhraya Penang Outer Ring Road ataupun dengan izin, PORR, secara penswastaan.

PORR adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang begitu sesak di laluan pusat bandar Georgetown dan untuk mewujudkan satu rangkaian jalan dan hubungan terus dari Jambatan Pulau Pinang ke bahagian utara pulau. PORR juga bertujuan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur negeri Pulau Pinang supaya pembangunan dan pertumbuhan ekonomi boleh meningkat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memutuskan Syarikat Peninsular Metroworks Sdn. Bhd. sebagai syarikat konsesi bagi melaksanakan projek ini dan syarikat ini merupakan konsortium yang terdiri daripada tiga syarikat iaitu Nadi Senandung Sdn. Bhd., Kumpulan Pinang Sendirian Berhad dan Setegap Berhad.

Ketiga-tiga syarikat di atas merupakan syarikat yang berpengalaman dan berkepakaran dalam melaksanakan projek lebuh raya. Berhubung dengan pertanyaan adakah syarikat ini dimiliki oleh tokoh-tokoh politik dari parti tertentu, ingin dimaklumkan perkara ini tidak menjadi asas penilaian kerajaan untuk melantik sesebuah syarikat tersebut melaksanakan projek penswastaan, tetapi faktor yang diteliti adalah aspek kewangan dan pengalaman dalam melaksanakan projek supaya projek dapat dilaksanakan dalam masa yang dirancang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebelum sesuatu lebuh raya bertol dilaksanakan, kaji selidik untuk mendapatkan pandangan orang ramai akan dilaksanakan terlebih dahulu. Begitu juga dengan pelaksanaan PORR, kaji selidik bagi mendapatkan pandangan orang ramai terhadap pelaksanaan lebuh raya ini telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan perunding bebas yang dilantik oleh syarikat konsesi.

Kaji selidik ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan supaya pandangan orang ramai diperolehi terlebih dahulu sebelum pembinaan lebuh raya bertol dilaksanakan. Maklum balas tersebut kini sedang dibuat penilaian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan perunding bebas yang dilantik. Kerajaan akan meneliti hasil kajian tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat. Selain daripada itu, syarikat konsesi telah diminta untuk menjalankan kajian impak sosial budaya dan alam sekitar sebelum lebuh raya ini dilaksanakan.

DR.27.6.2002 112

Berhubung dengan kajian semula aspek-aspek teknikal pula, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan syarikat konsesi akan mempamerkan cadangan konsep PORR selama 10 hari dan pihak awam bolehlah menyuarakan pendapat dan maklum balas berhubung dengan cadangan pelaksanaan lebuh raya ini. Maklum balas yang diperolehi berhubung dengan cadangan konsep akan dikaji dan dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum pelaksanaan projek dimuktamadkan.

Pihak syarikat konsesi juga mengadakan perjumpaan dengan pihak yang terlibat dengan jajaran PORR dan mengkaji balik jajaran, dengan izin, refined alignment, dan seterusnya berjumpa balik penduduk yang terlibat untuk mendapatkan persetujuan.

Berhubung dengan cadangan mengkaji semula penswastaan PORR, kerajaan berpendapat kos pembinaan lebuh raya adalah tinggi. Dengan demikian, projek ini akan dilaksanakan secara bina, kendali dan pindah iaitu syarikat konsesi akan membina dan membiayai kos pembinaan lebuh raya tersebut termasuk bayaran pampasan penghuni yang terlibat, manakala kerajaan akan membiayai kos pengambilan tanah.

Apabila projek ini siap kelak, syarikat akan dibenarkan mengurus, mengoperasi dan mengutip tol bagi suatu tempoh konsesi yang ditetapkan. Mengenai memberi hak kepada syarikat menebus tanah di Gurney Drive dan hak membangunkan enam bidang tanah kerajaan negeri dan tol masih dikutip oleh syarikat konsesi pula, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, segala kos pelaburan projek tebus guna yang melibatkan tanah pesisiran pantai seluas 500 ekar iaitu 100 ekar di kawasan Persiaran Gurney, 220 ekar di kawasan Middle Bank dan 150 ekar di Tanjung Bungah adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi dan kos yang terlibat adalah sangat tinggi.

Bagi meringankan beban kewangan awalan yang akan ditanggung oleh syarikat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju supaya enam lot tanah kerajaan negeri diberi kepada syarikat untuk dimajukan dengan syarat, pihak syarikat perlu ganti balik kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tanah seluas 75 ekar daripada tanah pantai ditebus guna.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dan pihak Tuan Yang di-Pertua dan rakan saya, Timbalan Yang di-Pertua mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Kabinet, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan kerajaan yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik bagi menyelesaikan mesyuarat kita kali ini. Kami mengucapkan selamat pulang ke kawasan masing-masing bagi menjalankan tugas-tugas seterusnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan Majlis Mesyuarat kali ini hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 8.22 malam.