petaling jaya - manual keselamatan, …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/425/mkkpas...

35
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA ( MBPJ ) MANUAL KKPAS Muka surat : 1 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017 1 MANUAL KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (KKPAS) (DOKUMEN NO: MKKPAS) SISTEM PENGURUSAN OHSAS 18001:2007 & ISO 14001:2015 PERKARA DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DILULUSKAN OLEH NAMA Pn Nazihah Jaafar Pn Hjh Sharipah Marhaini Syed Ali Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain JAWATAN Penolong Pengarah Perancang Bandar Pengarah Perancang Bandar Datuk Bandar TANDATANGAN TARIKH 04hb April 2017 10hb April 2017 18hb April 2017 SALINAN TERKAWAL NO:

Upload: others

Post on 11-Jan-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 1 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

1

MANUAL KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (KKPAS)

(DOKUMEN NO: MKKPAS)

SISTEM PENGURUSAN OHSAS 18001:2007 & ISO 14001:2015

PERKARA

DISEDIAKAN OLEH

DISEMAK OLEH DILULUSKAN

OLEH

NAMA

Pn Nazihah Jaafar

Pn Hjh Sharipah Marhaini Syed Ali

Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain

JAWATAN

Penolong Pengarah Perancang Bandar

Pengarah Perancang Bandar

Datuk Bandar

TANDATANGAN

TARIKH

04hb April 2017 10hb April 2017 18hb April 2017

SALINAN TERKAWAL NO:

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 2 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

2

A. SENARAI EDARAN MANUAL KKPAS

BIL. NO. SALINAN TERKAWAL

PEMEGANG DOKUMEN

1. 01 Datuk Bandar

2. 02 Timbalan Datuk Bandar

3. 03 Timbalan Setiausaha

4. 04 Pengarah Perancang Bandar

5. 05 Pengarah Kejuruteraan

6. 06 Pengarah Kawalan Bangunan

7. 07 Pengarah Landskap

8. Salinan Elektronik

Portal Kakitangan MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 3 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

3

B. KANDUNGAN Muka Surat

a. SENARAI EDARAN MANUAL KKPAS 2

b. KANDUNGAN 3

c. REKOD PINDAAN MANUAL KKPAS 4

BAHAGIAN 1 – PENGENALAN

1.1 Terma dan Definisi 5 1.2 Pengenalan kepada Manual KKPAS 5 1.3 Tujuan Manual KKPAS 6 1.4 Kandungan Manual KKPAS 6 1.5 Pindaan & Mengemaskini Manual KKPAS 6 1.6 Pengagihan Manual KKPAS 7 BAHAGIAN 2 – MAKLUMAT ORGANISASI 2.1 Latarbelakang 8 2.2 Fungsi Organisasi 9 2.3 Visi Organisasi 13 2.4 Misi Organisasi 13 2.5 Dasar Organisasi 13 2.6 Struktur Organisasi 14 2.7 Perkhidmatan Yang Diberikan 17 2.8 Pelanggan Organisasi 17 BAHAGIAN 3 - SISTEM PENGURUSAN KKPAS 3.1 Skop Pelaksanaan 18 3.2 Dasar KKPAS 20 3.3 Objektif KKPAS 21 3.4 Penerangan Mengenai Sistem Pengurusan KKPAS 21 BAHAGIAN 4 – LAMPIRAN 4.1 Polisi KKPAS di dalam versi Bahasa Melayu 35 4.2 Polisi KKPAS di dalam versi Bahasa Inggeris 35

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 4 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

4

C. REKOD PINDAAN MANUAL KKPAS

BIL.

KELUARAN/ PINDAAN

TARIKH

KETERANGAN

PINDAAN

BAHAGIAN/ MUKA SURAT

DILULUSKAN

OLEH

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 5 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

5

BAHAGIAN 1 – PENGENALAN 1.1 Terma dan Definisi

Bagi maksud Dokumen ini, istilah dan takrifan yang ditetapkan dalam OHSAS 18001:2007 & ISO 14001:2015 adalah seperti berikut: 1. ANULAE - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa

Tempatan Semenanjung Malaysia 2. JK KKPAS - Jawatan Kuasa KKPAS 3. KKPAS - Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam

Sekitar 4. KPI - Indek Prestasi Utama (Key Performance Index) 5. SP KKPAS - Sistem Pengurusan KKPAS 6. SOP - Prosedur Operasi Selamat (Safe Operating Procedure) 7. UAK - Unit Audit Keselamatan

1.2 Pengenalan Kepada Manual KKPAS

Manual Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KKPAS) ini menerangkan bagaimana sistem pengurusan KKPAS beroperasi dan menyediakan panduan kepada Sistem Pengurusan KKPAS Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Manual KKPAS ini disediakan untuk memenuhi matlamat serta objektif Sistem Pengurusan KKPAS MBPJ. Sistem Pengurusan KKPAS (SP KKPAS) ini mengandungi dokumen yang disahkan, termasuk Manual, Prosedur, Dasar KKPAS, Objektif KKPAS, SOP KKPAS, penerangan ringkas dan rekod. Dokumen ini memberi panduan kepada semua pekerja termasuk kontraktor, ketika melaksanakan sesuatu tugasan atau perkhidmatan kepada pelanggan MBPJ serta penambahbaikan berterusan pada bidang KKPAS ke atas tugasan dan perkhidmatan.

SP KKPAS ini dibuat bagi menepati keperluan standard antarabangsa OHSAS 18001:2007, Occupational Health & Safety Assessment Series 18001 & ISO 14001:2015, Enviromental Management System Requirements dan juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang diguna pakai seperti Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), Akta Kilang & Jentera 1967, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta-Akta dan Peraturan-Peraturan lain yang berkaitan.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 6 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

6

1.3 Tujuan Manual KKPAS

Tujuan Manual KKPAS ini disediakan adalah untuk :

1. Menerangkan maklumat asas mengenai organisasi KKPAS MBPJ;

2. Menerangkan SP KKPAS dalam Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan Awam selaras dengan kehendak serta keperluan OHSAS 18001:2007, Occupational Health & Safety Assessment Series 18001 & ISO 14001:2015, Enviromental Management System Requirements.

3. Memberi panduan kepada para kakitangan dan kontraktor supaya

melaksanakan tugasan dan perkhidmatan dengan selamat, sihat dan tidak mencemarkan alam sekitar.

4. Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan Awam

oleh MBPJ dengan selamat, sihat dan tiada pencemaran alam sekitar. 1.4 Kandungan Manual KKPAS

Manual ini mengandungi tiga ( 3 ) bahagian seperti yang berikut : Bahagian 1 - Pengenalan. Bahagian 2 - Maklumat Organisasi. Bahagian 3 - Sistem Pengurusan KKPAS MBPJ. 1.5 Pindaan dan Mengemas Kini Manual KKPAS

Tanggungjawab mengemas kini dan menyemak semula Manual KKPAS terletak di bawah Unit Audit Keselamatan dan kemudiannya disemak oleh Pengarah Perancang Bandar dan diluluskan oleh Datuk Bandar. Manual KKPAS disemak semula apabila terdapat perubahan atau sekurang-kurangnya setiap 3 tahun. Ini adalah untuk memastikan bahawa Manual KKPAS adalah sentiasa terkini. Setiap klausa dalam Manual KKPAS boleh di semak secara individu. Rekod Pindaan Manual KKPAS menunjukkan apa-apa pengubahsuaian atau perubahan yang dibuat kepada mana-mana bahagian Manual KKPAS dan kelulusan yang diterima.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 7 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

7

1.6 Pengagihan Manual KKPAS 1.6.1 Am Pengawal Dokumen (UAK) bertanggungjawab mengawal dokumen KKPAS.

1.6.2 Pemberitahuan Kawalan Salinan Manual KKPAS Salinan terkawal Manual KKPAS diletakkan di dalam portal MBJ

1.6.3 Pengagihan Salinan yang tidak terkawal

Manual KKPAS juga boleh diedarkan, dengan persetujuan bertulis Datuk Bandar kepada sesiapa sahaja. Salinan tersebut hendaklah dikira sebagai salinan tidak terkawal.

1.6.4 Pemberitahuan Pindaan atau Semakan Manual KKPAS.

Pengawal Dokumen bertanggungjawab untuk mengedarkan salinan terkini Manual KKPAS kepada setiap anggota yang dinyatakan di dalam senarai edaran.

© Majlis Bandaraya Petaling Jaya – Hak Cipta Terpelihara

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 8 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

8

BAHAGIAN 2 – MAKLUMAT ORGANISASI 2.1 Latar Belakang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

MBPJ bermula sebagai sebuah Lembaga Bandaran yang memiliki autonomi kewangan untuk mentadbir Petaling Jaya. Dalam tempoh sedekad, Petaling Jaya telah berkembang dari segi keluasannya menjangkau 19.9 km persegi manakala jumlah penduduk telah meningkat kepada 35,100 orang.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Taraf baharu ini telah memberi impak yang besar kepada kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai sebuah bandar satelit yang berdaya maju. Kewujudannya sebagai bandar satelit telah merangsang pertumbuhan pesat kawasan sekitar dan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. MPPJ terus maju dan menuju era bandar raya apabila mendapat pengiktirafan sebagai bandar raya pada 20 Jun 2006 dan kini dikenali sebagai MBPJ. Sistem perancangan dan pengurusan yang cekap menjadi teras kepada perubahan serta perkembangan pesat termasuklah yang dialami oleh sektor perumahan dan perdagangan. Pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan disemarakkan menerusi komitmen yang tinggi terhadap usaha-usaha peningkatan dan pemeliharaan kualiti, KKPAS penduduk. Usaha dan komitmen tersebut tercermin melalui langkah MBPJ menyusun beberapa strategi pembangunan merangkumi teknologi maklumat, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta penyediaan prasarana moden yang sempurna serta mesra pengguna.

Kepesatan pembangunan ekonomi merupakan salah satu faktor penarik terhadap pertambahan penduduk yang kini hampir mencecah setengah juta orang.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 9 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

9

2.2 Fungsi Organisasi 2.2.1. Jabatan Kawalan Bangunan

1. Mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan Majlis. 2. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru. 3. Memproses permohonan kelulusan ubah suai bangunan. 4. Mengeluarkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan. 5. Menguatkuasakan kawalan ke atas binaan bangunan tanpa

kebenaran. 2.2.2. Jabatan Landskap

1. Memproses dan meluluskan pelan-pelan dan kerja-kerja landskap. 2. Menyelenggara landskap dan seni taman. 3. Membangunkan pengindahan bandar dari segi landskap dan

kemudahan rekreasi. 4. Merancang dan mengawal pembangunan landskap. 5. Merancang dan melaksana program pembangunan dan

penyelengaraan landskap. 6. Menyediakan kemudahan riadah yang lengkap dan memenuhi

kehendak semasa. 7. Khidmat hiasan dan penyelenggaraan pokok teduhan. 8. Khidmat nasihat teknikal landskap.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 10 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

10

2.2.3. Jabatan Kejuruteraan

1. Pengurusan jalan, lalu lintas dan infrastruktur. 2. Penyelenggaraan dan pembaikan jalan, cerun, perparitan dan lain-lain. 3. Mengawal pembangunan infrastuktur dan aset Majlis.

4. Menguruskan permit, penutupan dan pengorekan jalan serta bahan

binaan. 5. Mengurus dokumen-dokumen kontrak dan spesifikasi tender serta

infrastruktur. 6. Mengurus projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan aset-aset

Majlis. 7. Menyelenggara perabot jalan dan papan tanda lalu lintas. 8. Menguruskan sistem saliran dan jalan raya tetap di kawasan

pentadbiran Majlis. 9. Mengurus dan menyelenggara bengkel. 10. Mengurus dan menyelenggara kenderaan jentera dan mesin Majlis. 11. Mengurus dan menyelenggara lampu-lampu jalan, bangunan, taman

dan sebagainya. 12. Memproses dan meluluskan pelan-pelan lampu jalan. 13. Mengurus bil-bil air dan elektrik. 14. Mengurus dan menyelenggara peralatan elektronik, lif dan

penyelenggaraan perkara-perkara berkaitan. 15. Menguruskan projek-projek pembangunan Majlis. 16. Penyelenggaraan papan-papan iklan majlis dan bangunan-bangunan

Majlis seperti pasar, dewan, surau dan sebagainya.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 11 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

11

2.2.4 Jabatan Perancangan Pembangunan

1. Memastikan perancangan guna tanah yang sempurna di kawasan

MBPJ.

2. Merancang bagi memaju dan mengukuhkan pembangunan fizikal serta ekonomi bandar.

3. Memastikan perancangan pembangunan yang seimbang dari segi

ekonomi, sosial dan alam sekitar.

4. Bertanggungjawab memproses permohonan Kebenaran Merancang berdasarkan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), melaksanakan peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) berkaitan salah guna bangunan.

5. Menyelaras dan memberi input dalam penyediaan Rancangan

Struktur Negeri Selangor. 6. Menyediakan dan mengawasi Rancangan Tempatan Petaling Jaya

dan Rancangan Tempatan Daerah Petaling dan Sebahagian Daerah Klang.

7. Menyediakan Pelan Pembangunan Spatial bagi mempertingkat mutu

persekitaran dan reka bentuk bandar sesuatu kawasan di MBPJ.

8. Menjalankan penyelidikan berhubung isu-isu perancangan pembangunan Petaling Jaya.

9. Memberi khidmat nasihat kepada pemilik tanah/Jururancang Bandar

dari segi rancangan pemajuan yang diluluskan.

10. Melaksana dan mengemas kini projek GIS MBPJ.

11. Melaksanakan program Local Agenda 21.

12. Menyelaras perancangan pembangunan mampan.

13. Menjalankan bancian setinggan, penjaja tanpa lesen dan kilang haram untuk merangka serta melaksanakan program penempatan semula.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 12 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

12

14. Mewartakan tanah rezab kerajaan.

15. Menyediakan rangkaian maklumat pengangkutan, memantau dan membuat penambaikan ke atas sistem rangkaian pengangkutan semasa serta perancangan masa hadapan.

16. Membangunkan sistem aplikasi dan teknologi maklumat yang

membantu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Petaling Jaya khususnya dibawah seliaan Majlis.

17. Menyelaras dan membangunkan sistem maklumat bersepadu yang

berkaitan dengan Pengangkutan Awam Bandar (ITIS).

18. Mengkaji dan merancang laluan pengangkutan awam yang sesuai dan strategik di bawah kuasa Majlis Bas Feeder ,BRT, dan berasaskan rel seperti MRT, LRT, Komuter dan laluan ‘tram’.

19. Mengkaji dan menyelaras keperluan dan kesesuaian lokasi terminal,

perhentian bas, perhentian teksi dan kemudahan ‘Park and Ride’.

20. Menilai setiap permohonan pelan pembangunan dengan menyemak keperluan pejalan kaki berbumbung dan berbasikal (Pra-Rundingan KM). Merangka dan melaksana dasar dan polisi pengangkutan awam.

21. Menyelaras dan mengurus program KKPAS di MBPJ.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 13 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

13

2.3. Visi Organisasi

Petaling Jaya Bandaraya Peneraju, Dinamik, Dan Lestari. 2.4. Misi Organisasi

Melaksanakan fungsi utama MBPJ berdasarkan kaedah yang sistematik, cekap dan berkesan dengan penglibatan penuh setiap warga MBPJ dengan menekankan kepada :

a). Melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berteraskan

tadbirurus yang baik, selamat, sihat dan tidak mencemarkan alam sekitar.

b). Memacu pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di samping

melindungi serta memulihara alam sekitar c). Menyediakan prasarana yang sempurna, selamat, sihat dan selesa. d). Memperkasa organisasi melalui penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi tercanggih. e). Membangunkan modal insan ke arah membentuk kakitangan dan

masyarakat yang cemerlang.

2.5. Dasar Organisasi

Komitmen Majlis adalah memberikan perkhidmatan yang selamat, sihat dan mesra alam sekitar untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku kepada pekerja-pekerja, para kontraktor dan orang awam yang terlibat. Ia juga untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada para pekerja dan kontraktor yang terlibat dan pemeliharaan alam sekitar yang berterusan.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 14 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

14

2.6. Struktur Organisasi 2.6.1 Struktur Organisasi MBPJ

JABATAN

KEJURUTERAAN

DATUK BANDAR

TIMBALAN DATUK

BANDAR

JABATAN

PERBENDAHARAAN

JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN

HARTA

JABATAN KHIDMAT

PENGURUSAN

JABATAN PERANCANGAN

PEMBANGUNAN

JABATAN

LANDSKAP

JABATAN

PELESENAN

JABATAN

PENGUATKUASAAN

JABATAN PEMBANGUNAN

KEMASYARAKATAN

JABATAN KAWALAN

BANGUNAN

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN

PEMBERSIHAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN

KESIHATAN &

PERSEKITARAN

UNIT TEKNOLOGI

MAKLUMAT

UNIT KOMUNIKASI

KORPORAT

UNIT PERUNDANGAN

UNIT AUDIT DALAM &

INTEGRITI

UNIT PUSAT

SETEMPAT

UNIT PESURUHJAYA

BANGUNAN

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 15 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

15

Datuk Bandar

Penasihat

Ketua-Ketua Jabatan

Wakil Majikan

Timbalan Datuk Bandar

Pengerusi

Penolong Pengarah Perancang Bandar

Setiausaha

6 Wakil ANULAE

Wakil Pekerja

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan

Timbalan Pengerusi

2.6.2 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa KKPAS

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 16 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

16

2.6.3 Struktur Organisasi Jawatan Kuasa OHSAS 18001 / ISO 14001

SETIAUSAHA PEN. PENGARAH

PERANCANG BANDAR

JABATAN

KEJURUTERAAN

PENGERUSI PENGARAH PERANCANG

BANDAR

PE

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

JABATAN KAWALAN

BANGUNAN

JABATAN

LANDSKAP

BAHAGIAN PERANCANGAN REKA BENTUK

UNIT AUDIT KESELAMATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

MAMPAN

BAHAGIAN KAWALAN

PEMBANGUNAN

BAHAGIAN ASET

BAHAGIAN JALAN

BAHAGIAN SALIRAN

BAHAGIAN MEKANIKAL

DAN ELEKTRIKAL

BAHAGIAN LALULINTAS

BAHAGIAN TENDER DAN

KONTRAK

BAHAGIAN CERUN

BAHAGIAN KAWALAN

PEMBANGUNAN DAN KELULUSAN

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN STRUKTUR

BANGUNAN

BAHAGIAN KAWALAN

PEMBINAAN DAN PENGUATKUASA

AN

BAHAGIAN KAWALAN TAPAK

BINA & PENGURUSAN

PROGRAM

BAHAGIAN KEMUDAHAN

AWAM

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN KAWALAN

BAHAGIAN PENGHIJAUAN

BANDAR

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN

PERSEKITARAN

BAHAGIAN ALAM SEKITAR

BAHAGIAN PERANCANGAN

PENGANGKUTAN

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 17 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

17

2.7. Perkhidmatan yang Diberikan

2.7.1. Memproses permohonan Kebenaran Merancang, pelan-pelan bangunan, pelan tatatur / infra, pelan landskap dan Sijil Layak Menduduki.

2.7.2. Memproses permohonan lesen / permit perniagaan, tred, industri,

hiburan, iklan dan penjaja.

2.7.3. Mengutip cukai pintu.

2.7.4. Penyewaan dewan, stadium serta kemudahan sukan.

2.7.5. Menyedia dan menyelenggara kemudahan awam, infrastruktur, kemudahan rekreasi dan sukan.

2.7.6. Menyedia dan menyelenggara pasar basah serta pusat penjaja.

2.7.7. Menerima dan menyelesaikan aduan awam.

2.7.8. Menguruskan pengebumian jenazah dan pembakaran mayat.

2.7.9. Membuat semburan ”fogging” dan menangkap anjing liar.

2.7.10. Melaksanakan program Mesra Rakyat, Majlis Perwakilan Penduduk

dan Hari Bertemu Pelanggan.

2.7.11. Menyediakan Perpustakaan Komuniti dan Pusat IT kepada penduduk.

2.8 Pelanggan Organisasi. 2.8.1. Kakitangan MBPJ. 2.8.2. Pembekal / kontraktor. 2.8.3. Penduduk Tempatan. 2.8.4. Institusi Pendidikan. 2.8.5. Sektor Industri. 2.8.6 Institusi Kerajaan.

© Majlis Bandaraya Petaling Jaya – Hak Cipta Terpelihara

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 18 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

18

BAHAGIAN 3 – SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN, KESIHATAN

PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR MBPJ

3.1 Skop Pelaksanaan

Dokumen ini memperihalkan sistem KKPAS yang perlu dipatuhi oleh warga kerja dan Kontraktor MBPJ. Sistem KKPAS ini disediakan sebagai memenuhi keperluan standard OHSAS 18001:2007, Occupational Health & Safety Assessment Series 18001 & ISO 14001:2015, Enviromental Management System Requirements. Skop persijilan MBPJ merangkumi satu proses utama seperti yang berikut : Proses Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

4 Jabatan yang terlibat secara langsung di dalam skop ini adalah:

1. Jabatan Perancang 2. Jabatan Kejuruteraan 3. Jabatan Kawalan Bangunan 4. Jabatan Landskap

Terdapat juga Jabatan-Jabatan atau Unit-Unit lain yang terlibat secara tidak langsung seperti: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan; Unit Perundangan; Bahagian Bekalan dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan.

Manual KKPAS ini mengandungi dokumen yang merangkumi struktur organisasi, tanggungjawab pengurusan dan rujukan ke atas proses serta prosedur organisasi disokong dengan dokumen seperti SOP juga rekod yang berkaitan.

Manual ini telah disusun mengikut tajuk dan pecahan tajuk yang mewakili klausa dalam standard OHSAS 18001: 2007, Occupational health & Safety Management System Requirements & ISO 14001: 2015, Enviromental Management System Requirements. Setiap pecahan bahagian dimulakan dengan muka surat baru yang secara ringkas menerangkan bagaimana klausa tersebut dikendalikan. Prosedur dan SOP akan dirujuk bagi mendapatkan maklumat terperinci jika perlu.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 19 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

19

Sistem Pengurusan KKPAS MBPJ ini dilaksanakan di alamat seperti berikut:

1. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA, JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA.

2. MENARA MBPJ, JALAN TENGAH, 46675 PETALING JAYA.

3. JABATAN LANDSKAP, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. NO. 3, JALAN PERBANDARAN(LDP), SS 7, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA,

4. BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

LOT 2025, JALAN SS 8/2, SG. WAY, 46200 PETALING JAYA.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 20 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

20

. 3.2 Dasar KKPAS

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaaan dan Alam Sekitar (KKPAS) adalah aspek utama di dalam tanggunggjawab pengurusan kami.

Kami komited untuk:

1. Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk para kakitangan, kontraktor, pelanggan, pelawat dan orang-orang lain yang mungkin akan terjejas oleh operasi kami.

2. Membangunkan dan menggalakkan budaya KKPAS yang positif dengan penglibatan proaktif kakitangan, kontraktor dan penduduk.

Pihak Pengurusan Atasan berhasrat untuk mencapai matlamat ini dengan:

1. Melaksanakan sistem pembaikan KKPAS yang berterusan.

2. Menyediakan sumber yang sesuai dan mencukupi untuk mencapai matlamat KKPAS.

3. Mematuhi peraturan berkanun dan peraturan tempatan yang berkaitan.

4. Menilai risiko KKPAS yang berkaitan dengan operasi dan, jika perlu, mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengawalnya.

5. Menyediakan pendidikan yang mencukupi, maklumat dan latihan kepada pekerja untuk meningkatkan kesedaran KKPAS dan membolehkan mereka sentiasa selamat dan sihat di dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

6. Mewujudkan penunjuk utama prestasi KKPAS dan penyemakan semula untuk penambah baikan prestasi secara berterusan.

7. Mengurangkan pembuangan sampah, mencegah pencemaran alam sekitar dan memastikan pengitaran semula atau melalui kaedah pelupusan mesra alam.

8. Menjalankan pengurusan dan perundingan bersama pekerja untuk mendapatkan komitmen perlaksanaan polisi ini.

9. Pihak pengurusan adalah komited untuk menyemak semula dan, jika perlu, mengemaskinikan polisi ini secara berkala

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 21 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

21

3.3 Objektif KKPAS

1. Memastikan setiap perancangan atau projek yang dilakukan mengambil kira aspek KKPAS.

2. Memastikan kakitangan atau kontraktor yang bekerja dengan Jabatan ini Sifar Kes Kemalangan Kehilangan Masa Bekerja (Zero Lost Time Injury).

3. Memastikan projek-projek yang dilakukan oleh kakitangan atau kontraktor

yang dilantik tidak membahayakan orang ramai atau penduduk MBPJ.

4. Memastikan projek-projek yang dilakukan oleh kakitangan atau kontraktor yang dilantik tidak mencemarkan alam sekitar.

3.4 Penerangan Mengenai Sistem Pengurusan KKPAS

Rajah di bawah menerangkan bagaiman MBPJ akan memenuhi kehendak Standard OHSAS 18001 & ISO 14001 melalui kitaran: Plan, Do, Check & Act (PDCA)

Plan: Mewujudkan Objektif dan proses yang perlu untuk menghasilkan keputusan mengikut Polisi MBPJ.

Do: Melaksanakan proses.

Check: Memantau dan mengukur proses agar selari dengan Polisi, Objektif, Peruntukkan Perundangan dan melapurkan hasilnya.

Act: Mengambil tindakan untuk pembaikan prestasi KKPAS yang berterusan.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 22 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

22

MODEL PDCA OHSAS 18001 & ISO 14001 MBPJ

3.4.1 Dasar/Polisi KKPAS

Adalah menjadi Dasar MBPJ untuk menyediakan, setakat yang praktik, persekitaran kerja yang selamat, sihat dan mesra alam sekitar bagi semua kakitangan, kontraktor, pelawat dan pelanggan dan orang-orang lain yang terlibat. Dalam semangat permuafakatan dan kerjasama, pengurusan dan kakitangan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif dasar ini.

Dasar MBPJ adalah:-

1. Menyediakan dan mengekalkan sistem kerja yang selamat, sihat, mesra

alam, dan untuk terus meningkatkan prestasi KKPAS.

2. Untuk memberi penekanan kepada pencegahan kecederaan, kesihatan dan pencemaran dalam semua aktiviti yang dilakukan.

3. Memastikan objektif dan sasaran KKPAS dikenalpasti, dilaksanakan dan dipantau.

4. Memastikan semua kakitangan dimaklumkan, dididik, dilatih, dan diselia

4.2 KKPAS Policy

4.3 PLANNING 4.3.1 HIRADC & EAI 4.3.2 Legal & Other Requirements 4.3.3 Objective, Target & Programs

4.4 IMPLEMENTATION & OPERATION 4.4.1 Resources, Roles, Responsibilities, Accountability & Authority 4.4.2 Competence, Training & Awareness 4.4.3 Communication, Participation & Consultation 4.4.4 Documentation 4.4.5 Control of Documents 4.4.6 Operational Control 4.4.7 Emergency Preparedness & Response

4.5 CHECKING& CORRECTIVE ACTION 4.5.1 Performance Measurement &Monitoring 4.5.2 Evaluation of Compliance 4.5.3 Incident Investigation, Non Conformity, Corrective Action & Preventive Action 4.5.4 Control of Records 4.5.5 Internal Audit

4.6 Management Review

Continual Improvement

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 23 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

23

bagi melaksanakan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan dan tanpa apa-apa kemudaratan kepada alam sekitar.

5. Untuk menyiasat kemalangan, penyakit pekerjaan dan kejadian pencemaran alam sekitar dan mengambil langkah-langkah pembetulan untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

6. Untuk mematuhi semua Peruntukan Perundangan KKPAS.

7. Untuk menyemak semula polisi ini apabila perlu.

3.4.2 Tanggungjawab terhadap SP KKPAS

1. Datuk Bandar bertanggungjawab untuk mewujudkan dan meluluskan Polisi KKPAS selepas perbincangan dengan Jawatan Kuasa KKPAS.

2. Wakil Pihak Pengurusan JK KKPAS bertanggungjawab memastikan Polisi KKPAS disampaikan kepada semua pekerja termasuk pekerja kontrak dan kontraktor melalui paparan di lobi, di papan kenyataan jabatan dan melalui mesyuarat. Kontraktor akan dimaklumkan melalui taklimat KKPAS.

3. Mana-mana pihak yang berminat termasuk pelawat dan masyarakat sekeliling akan dibekalkan dengan satu salinan Polisi KKPAS jika diminta oleh mereka.

4. Rujuk kepada Polisi KKPAS di Lampiran 1 untuk maklumat lanjut.

3.4.3 Perancangan 3.4.3.1 Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Penentuan

Kawalan (HIRADC)

MBPJ telah menubuhkan dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti bahaya, menilai apa-apa risiko yang berkaitan, dan pelaksanaan langkah-langkah kawalan yang perlu. Prosedur ini termasuk:

i) Aktiviti rutin dan bukan rutin kakitangan dan kontraktor. ii) Aktiviti semua kakitangan memasuki premis (termasuk kontraktor

dan pelawat). iii) Semua kemudahan yang berada di dalam kawalan MBPJ.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 24 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

24

MBPJ akan memastikan bahawa keputusan penilaian ini dan kesan kawalan ini akan dipertimbangkan apabila menetapkan matlamat KKPAS. Butiran lanjut ada dinyatakan di dalam Prosedur HIRADC: PKKPAS-01

3.2.3.2 Aspek Impak Alam Sekitar (AIAS)

MBPJ telah menubuhkan, melaksanakan dan menyelenggara Prosedur Aspek Impak Alam Sekitar untuk:

Mengenal pasti aspek-aspek dan impak-impak alam sekitar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang termaktub di dalam skop persijilan dengan mengambil kira:

i) Rancangan atau pembangunan baru.

ii) Aktiviti baru atau yang diubah suai.

iii) Perkhidmatan baru.

Menentukan aspek-aspek yang telah atau boleh mempunyai kesan yang besar (s) ke atas alam sekitar (iaitu aspek-aspek alam sekitar yang ketara).

MBPJ telah mendokumentasikan maklumat ini dan meyimpan dokumen yang terkini.

MBPJ juga telah memastikan bahawa aspek alam sekitar yang ketara diambil kira dalam menentukan, melaksanakan dan menyelenggarakan SP KKPAS.

Rujuk pada Prosedur Aspek Impak Alam Sekitar: PKKPAS-02 untuk butiran lanjut.

3.4.3.3 Peruntukan Perundangan dan Lain-Lain Keperluan.

MBPJ telah menubuhkan dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti dan mempunyai akses kepada Peruntukan Perundangan KKPAS dan lain-lain keperluan, yang terpakai kepada operasi MBPJ. Maklumat ini akan disimpan untuk dikemaskinikan oleh Unit Audit Keselamatan. Maklumat berkaitan Peruntukan Perundangan KKPAS dan lain-lain keperluan hendaklah disampaikan kepada pihak pengurusan dan pekerja dan juga

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 25 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

25

kepada lain-lain pihak yang berkaitan yang berkepentingan.

Butiran lanjut diperincikan di dalam Prosedur Peruntukan Perundangan & Lain- Lain Keperluan dan Penilaian Pematuhan, PKKPAS-03

3.4.3.4 Objektif, Sasaran dan Program:

1. Okjektif KKPAS

Objektif tahunan KKPAS akan dirangka oleh UAK dan akan dibentangkan di dalam mesyuarat JK KKPAS MBPJ. Setelah dipersetujui, Objektif tersebut perlulah diluluskan oleh Datuk Bandar sebelum boleh dilaksanakan.

Di dalam mengenal pasti Objektif tersebut, MBPJ mengambil kira peruntukan perundangan dan lain-lain keperluan, bahaya dan risiko keselamatan & kesihatan pekerjaan, aspek dan impak alam sekitar, teknologi yang terbaik, paras kewangan, sistem operasi, keperluan perniagaan dan pandangan dari pihak-pihak yang berminat. MBPJ akan memastikan Objektif KKPAS adalah konsisten dengan Polisi KKPAS MBPJ yang bertujuan untuk penambahbaikan KKPAS yang berterusan.

2. Program KKPAS

Pihak Pengurusan perlu mewujudkan, melaksanakan dan menyelenggara program KKPAS untuk memastikan pencapaian Objektif dan Sasaran KKPAS dengan mengambil kira: 1. Pengenalpastian tanggungjawab untuk mencapai objektif dan

sasaran pada setiap fungsi dan peringkat. 2. Kaedah dan tempoh masa yang mana objektif dan sasaran

KKPAS perlu dicapai. Objektif, Sasaran dan Program KKPAS akan di kaji semula di dalam setiap Mesyuarat JK KKPAS dan juga di dalam Mesyuarat Penyemakan oleh Pengurusan setiap penghujung tahun. Maklumat terperinci berkenaan Objektif, Sasaran dan Program boleh didapati di dalam Prosedur, Objektif, Sasaran & Proram KKPAS, PKKPAS-04.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 26 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

26

3.4.3.5 Pengurusan Perubahan

MBPJ telah menubuhkan Prosedur Pengurusan Perubahan, PKKPAS-05 untuk menguruskan apa-apa perubahan besar di dalam aktiviti atau proses yang boleh mendatangkan bahaya keselamatan dan kesihatan kepada kakitangan, kontraktor atau orang awam atau yang boleh mencemarkan alam sekitar atau merosakkan hartabenda MBPJ atau awam.

3.4.4 Pelaksanaan dan Operasi

3.4.4.1 Sumber, Peranan, Tanggungjawab, Kebertanggungjawaban dan

Kuasa Peranan, Tanggungjawab, Kebertanggungjawaban dan Kuasa KKPAS Kakitangan Utama ada dinyatakan di dalam Prosedur Sumber, Peranan, Kebertanggungjawaban dan Kuasa, PKKAS-06.

Pengurusan tertinggi MBPJ komited untuk menyediakan sumber-sumber penting untuk pelaksanaan dan pengawalan SP KKPAS. Semua keperluan sumber-sumber tersebut akan dibincangkan di dalam mesyuarat Penyemakan oleh Pengurusan. Ini termasuk sebarang latihan untuk memperolehi kemahiran khusus, pilihan teknologi, dan sumber kewangan. Mana-mana keperluan sumber yang penting atau terdesak, bolehlah dibawa ke perhatian pihak pengurusan atasan melalui Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Datuk Bandar atau Mesyuarat JK KKPAS. Di dlam usaha untuk memastikan penubuhan, pelaksanaan dan penyelenggaraan SP KKPAS yang lancar, JKKKPAS akan ditugaskan untuk membantu kakitangan UAK dalam mewujudkan semua dokumen seperti Prosedur dan SOP yang diperlukan oleh Standard-Standard OHSAS 18001 & ISO 14001. Pengurusan tertinggi MBPJ telah melantik Pengarah Perancang Bandar sebagai Wakil Pengurusan untuk SP KKPAS yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab seperti berikut: i) Memastikan bahawa keperluan Sistem Pengurusan KKPAS ditubuhkan, dilaksanakan dan diselenggarakan mengikut kehendak Standard OHSAS 18001 dan ISO 14001. ii) Melaporkan prestasi SP KKPAS kepada pihak pengurusan atasan

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 27 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

27

untuk semakan dan digunakan sebagai asas untuk penambahbaikan Sistem Pengurusan KKPAS. Semua kakitangan terutamanya pihak pengurusan atasan perlu menunjukkan komitmen mereka untuk penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan KKPAS MBPJ.

3.4.4.2 Kompetensi, Latihan dan Kesedaran

Keperluan latihan KKPAS untuk kakitangan yang bekerja, perlulah di kenal pasti oleh Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian masing-masing dengan bantuan UAK atau AJK OHSAS/ISO 14001. Ketua Jabatan dan Ketua Bahagian bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kerja teoritikal atau praktikal untuk memastikan kakitangan yang terlibat dengan bahaya-bahaya KKPAS memahami peranan mereka dan apakah kesan-kesan bahaya atau pencemaran yang boleh terhasil dari kerja-kerja mereka. MBPJ telah mewujudkan satu prosedur untuk memastikan bahawa Ketua Jabatan/Bahagian masing-masing akan melatih kakitangan mereka mengenai: i) Kepentingan mematuhi Polisi, Prosedur dan SOP KKPAS dan

Sistem Pengurusan KKPAS. ii) Kesan ketara yang boleh berlaku daripada aktiviti kerja kakitangan

atau kontraktor mereka dan manfaat yang boleh didapati daripada program KKPAS.

iii) Peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mencapai

matlamat Polisi dan Objektif KKPAS dan kehendak Sistem Pengurusan KKPAS, termasuk persediaan pelan tindakan kecemasan.

iv) Kesan yang berpotensi dialami akibat dari ketidakpatuhan kepada

Prosedur dan SOP KKPAS. MBPJ akan memastikan semua kakitangan yang melaksanakan kerja-kerja yang boleh menimbulkan risiko atau impak KKPAS, adalah kompeten berdasarkan pendidikan, latihan, pengalaman, tanggungjawab, kebolehan, kemahiran bahasa dan literasi.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 28 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

28

Penerangan lanjut mengenai proses latihan dan jenis-jenis latihan ada dinyatakan di dalam Prosedur Kompetensi, Latihan dan Kesedaran, PKKPAS-07.

3.4.4.3 Komunikasi, Penyertaan dan Perundingan

MBPJ telah menubuhkan dan melaksanakan prosedur untuk memastikan maklumat penting KKPAS yang perlu diberikan kepada kakitangan atau dari kakitangan kepada Pihak Pengurusan atau dari pihak-pihak lain, didengari atau diambil kira. Untuk memastikan komunikasi dua hala yang berkesan, MBPJ telah mewujudkan Jawatan Kuasa KKPAS dan JK OHSAS 18001/ISO 14001. JK KKPAS dipengerusikan oleh Timbalan Datuk Bandar dan dianggotai oleh Ketua-Ketua Jabatan sebagai Wakil Majikan dan Wakil ANULAE sebagai Wakil Pekerja. Mesyuarat JK KKPAS akan diadakan setiap 3 bulan sekali. JK OHSAS 18001/ISO 14001 pula dipengerusikan oleh Pengarah Perancang Bandar dan dianggotai oleh Wakil-Wakil Pegawai Kumpulan A dan B dari setiap Bahagian dari 4 Jabatan iaitu Jabatan Perancang, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Landskap. Mesyuarat JK OHSAS 18001/ISO 14001 akan diadakan setiap 2 bulan sekali. Isu-isu dan kejadian KKPAS yang kritikal, Polisi, Prosedur, SOP, Proses dan isu lain yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan KKPAS akan dibincangkan dan diambil tindakan. Setiausaha Jawatankuasa akan menyiapkan minit mesyuarat ini yang mesti dikeluarkan dalam masa 2 minggu dari tarikh mesyuarat. Butir-butir terperinci berkenaan proses ini dinyatakan di dalam Prosedur Komunikasi, Penyertaan dan Perundingan, PKKPAS 08.

3.4.4.4 Sistem Pengurusan Dokumentasi KKPAS.

Sistem pengurusan dokumentasi KKPAS dimodelkan mengikut sistem piramid dokumen yang mempunyai 4 peringkat seperti di bawah.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 29 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

29

Keberkesanan pelaksanaan sistem ini dicapai melalui;

1. Peruntukan tanggungjawab dan kuasa. 2. Mesyuarat Jawatankuasa KKPAS 3. Audit dalaman secara berkala. 4. Sistem kawalan dokumentasi yang menyeluruh

a) Tahap 1

Manual KKPAS mentakrifkan perancangan dan objektif KKPAS dan menggariskan struktur dokumentasi yang digunakan dalam Sistem Pengurusan KKPAS.

Ia juga meringkaskan polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Atasan bagi memastikan Sistem Pengurusan KKPAS MBPJ selaras dengan Standard OHSAS 18001 & ISO 14001.

b) Tahap 2

Prosedur KKPAS menggambarkan bagaimana keperluan setiap klausa Standad OHSAS 18001 & ISO 14001 akan dilaksanakan di Jabatan dan Bahagian yang berkaitan.

Prosedur akan disemak semula jika diperlukan untuk mencerminkan maklumat yang terkini.

c) Tahap 3

Arahan bertulis yang terperinci yang mengandungi langkah-langkah keselamatan, bagi memberi panduan kepada organisasi dan individu untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau aktiviti dengan selamat dan

Tahap 1 – Manual KKPAS

Tahap 2 – Prosedur KKPAS

Tahap 3 – SOP KKPAS

Tahap 4 – Rekod KKPAS

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 30 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

30

sihat dan tidak mencemarkan alam sekitar seperti berikut:

1. Prosedur Operasi Selamat (SOP – Safe Operating Procedure) & Prosedur Operasi Alam Sekitar (EOP – Environmental Operational Procedure)

2. Dokumen-dokumen luaran seperti Kod Amalan, Garis Panduan, dan Manual Operasi sesuatu jentera atau mesin dari pihak pengeluar.

d) Tahap 4

Ini adalah bukti bertulis menunjukkan bahawa aktiviti atau kerja tersebut telah dilaksanakan bagi mematuhi keperluan Sistem Pengurusan KKPAS organisasi.

Dokumentasi Sistem Pengurusan KKPAS MBPJ adalah seperti berikut: 1. Polisi KKPAS. 2. Objektif, Sasaran dan Program KKPAS 3. Manual KKPAS. 4. Prosedur KKPAS 5. SOP teknikal bagi 4 Jabatan:

1) Perancang 2) Kejuruteraan 3) Kawalan bangunan 4) Landskap

6. Rekod yang dikehendaki oleh SP KKPAS untuk menyediakan bukti kepatuhan dan keberkesanan kepada Standad OHSAS 18001 & ISO 14001

3.4.4.5 Proses Kawalan Dokumen

MBPJ telah mewujudkan prosedur untuk mengawal semua dokumen dalaman dan dokumen-dokumen luaran yang diperlukan oleh Standad OHSAS 18001 and ISO 14001.

Penerangan lanjut tentang pengawalan dokumen yang berkesan boleh didapati dari Prosedur Proses Kawalan Dokumen, PKKPAS-09

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 31 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

31

3.4.4.6 Kawalan Operasi MBPJ telah mengenalpasti semua operasi dan aktiviti yang boleh menimbulkan risiko KKPAS dimana langkah-langkah kawalan perlu diwujudkan. MBPJ akan memastikan bahawa proses ini dijalankan dibawah syarat-syarat berikut: 1. Dokumen SOP/EOP diwujudkan untuk mengawal proses dimana

ketiadaan SOP/EOP boleh menyebabkan berlakunya kemalangan, kecederaan, penyakit dan pencemaran alam sekitar.

2. Penetapan kriteria operasi dan mesra alam di dalam SOP/EOP.

3. Mewujudkan dan mengemaskinikan SOP/EOP yang berkaitan dengan risiko KKPAS barangan, peralatan, jentera dan perkhidmatan yang digunakan oleh MBPJ dan maklumat SOP/EOP ini kepada Kontraktor, Pembekal dan Pihak Ketiga seperti IWK, TNB, SYABAS, dan lain lain.

4. Mewujudkan dan mengemaskinikan SOP/EOP untuk mereka bentuk tempat kerja yang selamat dan sihat, proses, pemasangan, jentera, prosedur operasi dan organisasi tempat kerja yang selamat dan sihat untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko KKPAS di puncanya.

5. Penerangan lanjut mengenai Prosedur Kawalan Operasi dinyatakan di dalam Prosedur Kawalan Operasi, PKKPAS-10 dan juga di dalam SOP/EOP.

MBPJ hendaklah menilai dan memilih pembekal dan sub-kontraktor yang akan mematuhi kehendak SP KKPAS MBPJ dan prestasi KKPAS pembekal dan sub-kotraktor mestilah dipantau.

3.4.4.7 Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan – ERP)

MBPJ telah menyediakan prosedur untuk mengenalpasti potensi kejadian kecemasan dan tindakan yang perlu diambil ketika situasi kecemasan. Prosedur ini juga menerangkan tentang tindakan yang perlu diambil untuk mencegah dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar serta kecederaan dan penyakit yang berkemungkinan timbul disebabkan oleh situasi kecemasan tersebut.

MBPJ akan mengkaji dan menyemak semula, jika perlu, kesediaan kecemasan dan prosedur tindak balas selepas berlakunya situasi

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 32 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

32

kecemasan tersebut, sebarang kemalangan yang telah berlaku dan selepas simulasi latihan.

Persediaan dan prosedur tindakan kecemasan akan diuji secara berkala dan hendaklah mengambilkira penglibatan pihak berkuasa yang berkepentingan dan berkaitan.

Butir-butir terperinci diterangkan di dalam Prosedur Pelan Tindakan Kecemasan (ERP); PKKPAS-11.

3.4.5 Pemeriksaan dan Tindakan Pembetulan

3.4.5.1 Pengukuran dan Pemantauan Prestasi KKPAS

Satu prosedur untuk memantau dan mengukur ciri-ciri utama proses yang boleh menimbulkan risiko dan kesan KKPAS telah ditubuhkan. Prosedur ini juga termasuk pemantauan prestasi, pemantauan kawalan operasi yang relevan dan selaras dengan objektif, sasaran dan KPI KKPAS. Jika ada peralatan yang digunakan untuk memantau atau mengukur prestasi KKPAS seperti pengesan gas atau pengukur paras kebisingan, peralatan tersebut mestilah di tentukur (Calibrate) dan rekodnya disimpan. Rekod-rekod penentukuran dan penyelenggaraan mestilah disimpan mengikut Prosedur Kawalan Rekod. MBPJ akan memastikan data pemantauan dan pengukuran dinilai atau disemak semula secara berkala untuk memastikan sama ada proses atau aktiviti MBPJ adalah mematuhi peruntukan perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan KKPAS. Butiran terperinci mengenai proses ini dinyatakan di dalam Prosedur Pengukuran dan Pemantauan Prestasi KKPAS, PKKPAS-12.

3.4.5.2 Penilaian Pematuhan

MBPJ telah menubuhkan dan mengemaskinikan prosedur untuk melaksanakan secara konsisten, penilaian pematuhan kepada perundangan dan lain-lain keperluan yang berkaitan untuk semua aktiviti-aktiviti di pejabat dan di tapak. Penilaian pematuhan akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun semasa aktiviti audit dalaman. UAK dan Setiausaha JK KKPAS akan membentangkan status pematuhan di dalam mesyuarat

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 33 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

33

JK KKPAS. Wakil Pengurusan, iaitu Pengarah Perancang Bandar akan membentangkan status pematuhan di dalam mesyuarat Penyemakan Pengurusan pada setiap tahun. Butir-butir mengenai proses ini dinyatakan di dalam Peruntukan Perundangan & Lain-Lain Keperluan dan Penilaian Pematuhan, PKKPAS-03.

3.4.5.3 Penyiasatan Insiden, Ketidakpatuhan, Tindakan Pembetulan dan

Tindakan Pencegahan.

MBPJ telah menubuhkan dan melaksakan prosedur untuk menyiasat insiden, kemalangan & ketidakpatuhan, pelaksanaan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan. Prosedur ini mentakrifkan tanggungjawab dan kuasa untuk: 1. Menguruskan dan menyiasat kemalangan, kejadian nyaris

(nearmiss) penyakit pekerjaan, kejadian berbahaya, kebakaran, ketidakpatuhan dan lain-lain.

2. Mengambil tindakan bagi mengurangkan atau mencegah apa-apa

kesan yang timbul daripada kemalangan, insiden atau ketidakpatuhan.

3. Memulakan dan menyiapkan tindakan pembetulan dan pencegahan.

4. Pengesahan keberkesanan tindakan pembetulan dan pencegahan yang diambil.

Prosedur ini memerlukan semua tindakan pembetulan dan pencegahan yang dicadangkan mestilah disemak terlebih dahulu melalui HIRADC atau proses Aspek Impak Alam Sekitar sebelum pelaksanaanya. MBPJ hendaklah memastikan bahawa semua tindakan pembetulan dan pencegahan yang diambil untuk menghapuskan punca-punca sebenar atau berpotensi ketidakpatuhan, bersesuaian dengan tahap masalah tersebut dan setimpal dengan kesan dan risiko KKPAS yang dihadapi. Apa-apa perubahan yang terhasil daripada pelaksaan tindakan pembetulan dan pencegahan akan dapat dilihat di dalam dokumen yang terlibat.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 34 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

34

Penerangan terperinci tentang proses ini boleh didapati dari Prosedur Penyiasatan Insiden, Ketidakpatuhan, Tindakan Pembetulan & Tindakan Pencegahan, PKKPAS-13.

3.4.5.4 Kawalan Rekod

MBPJ telah menubuhkan dan melaksanakan prosedur untuk pengenalpastian, penyelenggaraan, perlindungan dan pelupusan rekod-rekod KKPAS. Rekod-rekod termasuk rekod latihan, keputusan audit, minit mesyuarat, pemeriksaan kesihatan dll. Semua rekod mestilah mudah dibaca, boleh dikenalpasti dan boleh dikesan. Rekod akan disimpan di dalam cara yang mudah untuk dicari dan dilindungi dari kerosakan, kemerosotan, atau kehilangan. Tempoh penyimpanan rekod-rekod tersebut ada diletakkan di dalam prosedur yang sama. Butiran terperinci tentang proses ini boleh didapati dari Prosedur Kawalan Rekod, PKKPAS-14.

3.4.5.5 Audit Dalaman

MBPJ telah menubuhkan dan melaksanakan prosedur untuk mengaudit SP KKPAS secara dalaman untuk: a) Menentukan sama ada SP KKPAS:

1) Mematuhi SP KKPAS MBPJ termasuk mematuhi Standard OHSAS 18001 & ISO 14001.

2) Telah dilaksanakan dengan baik dan dijaga dengan sempurna. 3) Berkesan di dalam memenuhi kehendak Polisi dan Objektif

KKPAS. b) Menyemak semula keputusan audit terdahulu. c) Memberi maklumat mengenai keputusan audit kepada pihak

pengurusan atasan. Program dan kekerapan audit adalah berdasarkan kepada: Keputusan HIRADC dan Aspek Impak Alam Sekitar aktiviti yang

berkenaan. Keputusan audit terdahulu.

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

( MBPJ )

MANUAL KKPAS

Muka surat : 35 dari 35 Keluaran : 1 Tarikh : 19.4.2017 Pindaan : 0 Tarikh : 19.4.2017

35

Butiran terperinci tentang proses ini dinyatakan di dalam Prosedur Audit Dalaman, PKKPAS-15.

3.4.6 Semakan Oleh Pengurusan.

Pengurusan tertinggi MBPJ akan menyemak semula Sistem Pengurusan KKPAS sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan yang berterusan. Semua maklumat yang relevan berkaitan dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan KKPAS akan dikumpulkan, dirumuskan dan dibentangkan oleh UAK kepada Pihak Pengurusan Atasan untuk dinilai dan disemak. UAK akan menyediakan minit mesyuarat Semakan oleh Pengurusan dan menyimpan minit mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun. Panel mesyuarat Semakan oleh Pengurusan sekurang-kurangnya dianggotai oleh kakitangan berikut: 1. Datuk Bandar dan Timbalan 2. Ketua-Ketua Jabatan 3. Pengerusi JK OHSAS/ISO 14001 4. Unit Audit Keselamatan Kakitangan lain yang berkaitan atau pihak lain boleh menghadiri mesyuarat ini jika dijemput.

Butiran terperinci mengenai proses ini dinyatakan di dalam Prosedur Semakan Oleh Pengurusan, PKKPAS-16.

4 LAMPIRAN

4.1 Lampiran 1 – Polisi KKPAS di dalam versi Bahasa Melayu. 4.2 Lampiran 2 – Polisi KKPAS di dalam versi Bahasa Inggeris.