pengenalan berpusat guru murid

4
Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid. Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

Upload: reduan-jamil

Post on 12-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pengenalan berpusat

TRANSCRIPT

PengenalanPengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning)Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.Saya memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakan tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih kaedah mengajar yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177menyebut:Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught.Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari.Konsep ini dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang dikupas daripada teori konstruktivisme. Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi