pengenalan bdminton
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang
pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan
(beregu),yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang
empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui
pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka apabila bulu tangkis dapat melepasi
atas jaring dan jatuh dikawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis
jatuh di atas lantai,dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum
ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang
mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi peringkat yang lebih
tinggi,sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang iaitu pemain
memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga
merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik,
kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.
Badminton telah direka sejak zaman dahulu lagi iaitu satu bentuk sukan
permainan dalam Yunani purba dan Mesir. Badminton datang daripada satu permainan
kanak-kanak dipanggil battledore dan bulu tangkis, di mana dua pemain mencecah satu
bulu tangkis dengan raket-raket kecil. Permainan itu telah dipanggil "POONA" di India
semasa abad ke-18 dan Pegawai Tentera British yang ditempatkan di situ mengambil
versi orang India sekaligus membawanya ke England pada tahun 1860. Tentera lelaki
telah memperkenalkan permainan itu untuk rakan-rakan.Sukan baru itu dilancarkan di
England pada tahun 1873 oleh Duke Beaufort di tempatnya, iaitu "Badminton"di
Gloucestershire. Sepanjang tempoh itu, permainan itu tidak mempunyai nama, tetapi
telah dirujuk sebagai "Permainan Badminton" dan akhirnya Badminton menjadi nama
rasminya.
Sehingga tahun 1887 sukan itu telah dimainkan di England dibawah peraturan
dan undang-undang mengatasi permainan di India. Di India,permainan itu agak
bertentangan dan mengelirukan. Semenjak itu, satu pasukan kecil pemain-pemain
badminton telah direkrut, satu kumpulan terbentuk sendirinya oleh Bath Badminton
Club, diseragamkan peraturan-peraturan,memperkenalkan permainan yang diterapkan
idea-idea Inggeris dan peraturan-peraturan asas dan panduan asas sukan pada 1887.
Pada 1895, Persatuan Badminton England telah dibentuk untuk mengambil alih kuasa
Bath Badminton Club dan membuat peraturan-peraturan yang kini digunakan dalam
permainan sehingga sekarang.
Pada 1934,Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) telah ditubuhkan
dengan sembilan orang ahli - Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland,
Belanda,New Zealand, Scotland dan Wales. Keanggotaan bertambah berterusan dari
tahun ketahun. IBF menjadi tapak sukan badan pentadbiran antarabangsa pada
1981.Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) membuat keputusan dalam Mac
1939,yang masa itu telah tiba untuk pengenalan persaingan antarabangsa.
Presidennya, Sir George A Thomas, Baronet, menawarkan sebuah trofi untuk pasukan
yang menang.Perang dan kekurangan bulu tangkis pasca perang menyebabkan
perlawanan-perlawanan Piala Thomas yang pertama tertangguh sehingga musim 1948-
49.
Idea untuk kejohanan badminton pasukan wanita antarabangsa setaraf dengan
Piala Thomas telah ditimbulkan pada 1950. Ia telah ditolak kemudian disebabkan oleh
masalah kewangan. Topik itu seterusnya menjadi besar dan akhirnya telah diputuskan
untuk diwujudkan perlawanan pada setiap tiga tahun. Puan H S UBER England
menderma trofi, yang dipanggil Piala Uber. Pertandingan pertama diadakan semasa
musim 1956-57. Semenjak itu, jumlah acara-acara dunia telah bertambah sebanyak
tujuh, dengan tambahan Piala Uber (pasukan wanita-wanita), Kejohanan Dunia, Piala
Sudirman (pasukan bercampur), World Juniors, Grand Prix World Finals dan
PialaDunia. Badminton adalah yang pertama dipertandingkan sebagai sukan rasmi
Olimpik pada Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol.
2.0 KEMAHIRAN –KEMAHIRAN ASAS
2.1 MEMEGANG RAKET
Cara memegang raket adalah sangat penting kepada setiap individu
terutamanya kanak-kanak yang sedang dalam permulaan untuk bermain
ataupun sedang menjalani latihan badminton.Cara memegang raket memberi
kesan yang ketara terhadap prestasi pemain sama ada cemerlang ataupun
tidak.Selain itu cara memegang raket yang salah juga turut menyumbang
kepada risiko kecederaan terutamanya di bahagian pergelangan tangan.
Terdapat tiga cara memegang raket dalam permainan badminton iaitu
Pegangan depan (forehand grip)
Pegangan kilas (backhand grip)
Pegangan rata (flatgrip)
Pegangan depan dan pegangan kilas adalah merupakan pegangan yang
selalu digunakan para pemain,manakala pegangan rata jarang digunakan
berikutan kesannya yang tidak memberi keselesaan kepada pemain kerana
pegangannya menggunakan tapak tangan sahaja tanpa bergantung kepada
jari.
Pegangan Hadapan
Pemain akan menggunakan tangan yang tidak dominan seperti menggunakan tangan
kiri sekiranya pemain tersebut menggunakan tangan kanan untuk bermain.Tangan yang
tidak dominan tersebut mestilah memegang pada bahagian tengah diantara pemegang
dengan bahagian kepala secara menegak.Kemudian pegang bahagian pemegang
dengan tangan kanan secara berjabat tangan.Pegangan pada pemegang juga
janganlah terlalu rapat dan menggunakan jari untuk memegang bahagian rata di sisi
bahagian sisi pemegang raket selari dengan bentuk V antara ibu jari dengan jari
telunjuk .Jari yang tidak memegang raket akan memberikan kekuatan pada
pergelangan tangan bagi medapatkan aksi pukulan yang baik serta kekuatan yang
diperlukan.Jika raket dipegang dengan kuat,ianya akan menghadkan pergerakan pada
pergelangan tangan dan kekuatan akan berkurangan
Pegangan Kilas
Pegangan kilas ini digunakan untuk memudahkan pemain untuk membuat pergerakan
secara kilas pada permukaan kilas raket dan memudahkan pergerakan raket pada sisi
kilas pemain.Pegangan kilas boleh dilakukan dengan cara memusingkan sedikit raket di
dalam jari mengikut arah putaran jam untuk membawa ibu jari kepada bahagian rata
pemegang raket.
Pegangan Rata/Mendatar
Cara membuat pegangan rata atau mendatar ini adalah dengan meletakkan tangan
yang tidak bermain pada raket secara menegak di hadapan badan.Kemudian letakkan
tangan yang bermain di depan dan pegang pada bahagian pemegang raket.Pastikan
permukaan raket adalah berdepan dengan jaring.Pemain yang menggunakan
pegangan ini dapat membuat hantaran ke belakang,hantaran berdekatan dengan jaring
dan meletakkan bulu tangkis ke bawah.Pegangan tangan pada bahagian pemegang
janganlah terlalu kuat.Untuk memukul bulu tangkis,pergelangan tangan adalah sangat
penting bagi menonjolkan pukulan agar bulu tangkis dapat melepasi jaring dengan baik.
2.2 Servis
Semasa pemain ingin melakukan servis,pemain tersebut mestilah berada
dalam keadaan selesa dan bersedia.Kedudukan kaki juga mestilah seluas
bahu dan berat badan dipindahkan pada bahagian kaki.Keadaan lutut juga
mesti dibengkokkan sedikit dan sebelah kaki berada di hadapan tidak
melebihi garisan yang ditetapkan.Selain itu,pemain juga mestilah memberi
perhatian dan memerhati keadaan bulu tangkis serta kedudukan pihak
lawan.Servis mestilah dilakukan dengan keadaan tenang dah tidak tergopoh-
gopoh.Setelah pemain melakukan servis,pemain mestilah bersedia untuk
mengawal setiap kawasan gelanggang apabilaservis tersebut dibalas oleh
pihak lawan.
Antara perkara yang membolehkan servis itu dibatalkan adalah apabila
Kaki pemain yang melakukan servis memijak mana-mana garisan
gelanggang.Selain itu,pemain juga tidak boleh mengangkat kaki semasa
melakukan servis.Servis juga akan dibatalkan sekiranya pemain
memberhentikan pergerakan dalam membuat servis bagi tujuan
memerangkap lawan.Pemain juga tidak dibenarkan memukul bulu tangkis
melepasi pinggang dan raket jugatidak boleh melepasi jaring
semasamembuat pukulan.
Aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam kemahiran membuat
servis adalah
Kedudukan badan dan kaki
Berdiri dengan kaki kiri yang berada dihadapan sedikit dan kedua-
dua kakimestilah berada dalam keadaan 45 darjah ke garisan
dengan bahu kiri mestilah berhadapan dengan jaring.Keadaan lutut
mestilah dibengkokkan sedikit dan berat badan dipindahkan pada
bahagian kaki.
Memegang raket
Pemain perlu memgang raket mengikut keselesaan
sendiri.Sekiranya pemain membuat pegangan hadapan,ibu jari
mestilah mestilah berada pada sebelah depan raket.Jika pemain
tersebut membuat pegangan kilas.ibu jari mestilah berada di
sebelah sisi raket.Walau apa cara pegangan sekalipun,pemain
haruslah memastikan cengkaman pada raket bersesuaian dan
bebas untuk digerakkan.
Memegang bulu tangkis
Bulu tangkis mestilah dipegang di bahagian hujung bulunya.Guna
antara bahagian tapak tangan dengan jari telunjuk dan tangan yang
memegang raket mestilah bersedia untuk memukul.
Membuat pukulan
Kepala raket perlu dipastikan berada di bawah aras tangan serta
raket dihayunkan ke belakang dan dibawa ke bawah siku yang
dibengkokkan.Selain itu, pergelangan tangan mestilah menegak
apabila gerakan hampir tamat.lengan kanan mestilah dihayunkan
sehingga bulu tangkis dapat digerakkan oleh raket.
2.3 Jenis Servis
Terdapat dua jenis servis dalam badminton iaitu
Servis rendah
Servis rendah hadapan
Untuk melakukan servis rendah hadapan kita mestilah
menolak bulu tangkis melepasi jaring serendah dan serapat
yang boleh.Cara melakukan servis ini adalah dengan berdiri
di belakang garis depan dan hampir dengan garis tengah
kawasan sendiri.Kemudian kaki kiri mestilah didepankan
sedikit dan badan menghala ke jaring. Pegang bulu tangkis
pada tangan kiri dan lepaskan secara menjunam.Pastikan
kepala raket menghala ke bawah dan di bawah pemegang
raket semasa memukul serta arahkan servis ke kawasan
depan petak lawan iaitu sama ada ke kiri atau ke
kanannya.Selain itu,kita juga mesti berlatih membuat servis
di kedua-dua petak servis iaitu kiri dan kanan.
Servis rendah kilas
Cara untuk melakukan servis rendah kilas adalah dengan
berdiri berhampiran dengan garis depan petak
servisnya.Kemudian, bahagian badan atau kedudukan
mestilah mengiring ke jaring.Bahagian pemegang raket pula
mestilah mengarah ke atas.Jari pada belakang pemegang
raket akan memberikan tenaga dan tekanan untuk
kilas.Selain itu,pastikan bulu tangkis tidak berada di atas
pinggang semasa memukul dan pegang bulu tangkis pada
hujung bulunya dan lepaskan untuk segera dipukul dengan
cara menguisnya.
Servis tinggi
Servis tinggi adalah servis yang menjadikanbulutangkis dihantar di
bahagian hujung gelanggang lawan.Bulu tangkis akan meluru jauh
dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam.Servis ini juga amat
sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.
Antara cara untuk melakukan servis tinggi adalah tangan yang
memegang raket akan membuat satu pusingan penuh lengan dan
raket dengan pergelangan melepaskan kunci tangan sebelum bulu
tangkis dipukul.Seterusnya,tangan mestilah dihayunkan bersama
raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan pada bahagian
kepalanya ke bawah.Kedudukan kaki dan badan mestilah seperti
ingin melakukan servis yang deras serta pastikan bulu tangkis
melepasi gelanggang iaitu pada bahagian hujung gelanggang pihak
lawan.
2.4 pukulan
terdapat beberapa jenis pukulan dalam permainan badminton iaitu pukulan
hadapan,pukulan kilas,pukulan lob dan pukulan smesy.
Pukulan hadapan
Cara melakukan pukulan hadapan adalah dengan memegang
raket mengikut teknik pukulan depan dan bawa raket kebelakang
bersama siku.Seterusnya pergelangan tangan mestilah dikunci dan
hayunkan raket ke hadapan dengan memukul bulu tangkis separas
jaring.
Pukulan kilas
Untuk melakukan pukulan kilas.pemain mestilah berada dalam
keadaan bersedia dan pegang raket mengikut teknik pegangan
kilas.Seterusnya kilaskan bahagian pinggang sambil siku berada
dalam keadaan fleksi iaitu menyilang di dada.Hayunkan raket ke
hadapan dan pukul bulu tangkis pada paras bahu.
Pukulan lob
Antara kelebihan pukulan lob adalah untuk menyukarkan pihak
lawan melakukan serangan.Pukulan ini juga dapat memberi masa
dan kesempatan untuk pemain kembali kepada posisi
besedia.Cara melakukan pukulan lob adalah pegang raket
mengikut teknik pegangan hadapan.Bawa raket ke belakang di
bahagian atas kepala dan kepala mestilah didongakkan.Siku
mestilah berada dalam keadaan fleksi.Pukul bulu tangkis apabila
ianya berada di atas kepala.
Pukulan smesy
Mata mestilah memandang bulu tangkis dan berdiri sisi.Bahagian
kaki mestilah sebelah kaki di hadapan untuk
keselesaan .Seterusnya, hayunkan raket ke belakang dan siku
dibengkokkan.Akhir sekali,hayunkan raket ke hadapan dengan
lengan yang lurus.
3.0 KEMAHIRAN ASAS DALAM BENTUK GAMBARAJAH
BIL TAJUK PENERANGAN GAMBARAJAH
1 Memegang
raket