pengenalan

22
Senarai Kandungan Isi Kandungan Muka Surat 1.0 Pengenalan 1.1 Pengenalan dan Ciri-ciri Undang-undang 1-2 2.0 Hubungan Antara Undang-Undang Dengan Standard Moral 3-4 3.0 Proses-proses Pembentukan Undang-undang 3.1 Proses-proses Individu 3.2 Proses-proses Kumpulan 3.3 Proses-proses Sosial 3.4 Proses-proses Politik 5-7 4.0 Proses Pembentukan Undang-undang Jenayah 4.1 Pentadbiran Undang-undang Jenayah 4.2 Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia 4.3 Faktor yang Meringankan Hukuman Undang- undang Islam 8-11 5.0 Rumusan 12 6.0 Rujukan 13

Upload: alice-chua

Post on 13-Jul-2016

37 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

tugasan OUM

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan

Senarai Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan

1.1 Pengenalan dan Ciri-ciri Undang-undang

1-2

2.0 Hubungan Antara Undang-Undang Dengan Standard Moral 3-4

3.0 Proses-proses Pembentukan Undang-undang

3.1 Proses-proses Individu

3.2 Proses-proses Kumpulan

3.3 Proses-proses Sosial

3.4 Proses-proses Politik

5-7

4.0 Proses Pembentukan Undang-undang Jenayah

4.1 Pentadbiran Undang-undang Jenayah

4.2 Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia

4.3 Faktor yang Meringankan Hukuman Undang-undang Islam

8-11

5.0 Rumusan 12

6.0 Rujukan 13

Page 2: Pengenalan

1.0 Pengenalan

Undang-undang ialah satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang

dibentuk untuk mengawal kelakuan bermasyarakat. Peraturan-peraturan ini diterbitkan

secara meluas diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan. Peraturan yang dibentuk

oleh masyarakat mencerminkan pilihan kolektif ahli masyarakat tersebut berkaitan

sebarang keputusan dan tindakan yang memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat.

Terdapat pertindihan antara standard moral dan tuntutan perundangan dalam masyarakat.

Sebagai contoh, undang-undang persekutuan terhadap rompakan bank dan standard moral

terhadap perbuatan mencuri. Beberapa perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai

ahli yang masyarakat akhirnya akan digambarkan melalui perubahan pada undang-

undang seperti akta amalan rasuah antarabangsa dan akta pengawalan pencemaran udara

persekutuan.

1.1 Pengenalan dan Ciri-ciri Undang-undang

Undang-undang boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan

menyeluruh diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan.

Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan ahli

masyarakat yang lain. Ia adalah keperluan untuk bertingkahlaku yang dinyatakan,

bukannya sekadar harapan atau cadangan atau permintaan. Dalam erti kata lain, undang-

undang adalah apa yang mesti kita lakukan. Undang-undang juga didefinisikan sebagai

set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan.

Undang-undang bersifat secara konsisten. Tuntutan sama ada boleh atau tidak

boleh dilakukan harus konsisten untuk membolehkan diterima sebagai sebahagian

daripada undang-undang. Sekiranya terdapat dua tuntutan yang saling bertentangan,

kedua-duanya tidak boleh diterima sebagai undang-undang kerana jelas orang ramai tidak

mungkin dapat mematuhi kedua-duanya serentak. Undang-undang dilaksanakan secara

menyeluruh. Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, harus menyeluruh atau

boleh diterima oleh semua orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama atau berhadapan

dengan set suasana yang sama.

Page 3: Pengenalan

Undang-undang diterbitkan bermakna tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh

dilakukan, haruslah diterbit dan dicetak menjadikan ia boleh diterima oleh masyarakat.

Sudah pasti tidak semua orang mempunyai masa untuk membaca dan memahami semua

yang diterbitkan itu. Bagaimanapun, ahli-ahli professional terlatih seperti peguam, boleh

menginterpretasi dan menerangkan tentang undang-undang kerana itu tidak

mengendahkan undang-undang bukanlah satu alasan yang boleh diterima. Undang-

undang haruslah diterima oleh masyarakat. Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh

dilakukan harus dipatuhi sekiranya kebanyakkan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi

undang-undang itu secara sukarela maka mereka harus dipaksa mematuhinya.

Undang-undang bersifat dikuatkuasakan. Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh

dilakukan harus dikuatkuasakan. Ahli-ahli masyarakat harus memahami dan ia akan

dipaksa untuk mematuhi undang-undang sekiranya mereka tidak ingin mematuhinya

secara sukarela. Mereka juga harus sedar bahawa sekiranya mereka tidak mematuhi

undang-undang dan ia telah dicatat dan dibuktikan, maka mereka akan kehilangan

keselesaan, masa, wang, kebebasan dan hidup mereka. Sesuatu yang wajib ada dalam

undang-undang ialah ia harus menjelaskan kepada rakyay tentang apa yang akan berlaku

sekiranya mereka tidak mematuhi undang-undang.

Apabila masyarakat mempunyai persamaan sama ada dari segi bangsa atau

sempadan negara yang lebih tetap dan terjamin, maka timbullah keperluan untuk

mengadakan undang-undang yang boleh diterima. Undang-undang seterusnya terjalin

dari budaya dan adat resam yang perlu dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan dan

kesejahteraan masyarakat serta negara yang telah ditubuhkan. Undang-undang juga boleh

ditentukan dari sumber hukum agama yang diturunkan Allah melalui para nabi dan rasul

ataupun melalui kepercayaan yang dijuruskan melalui pegangan falsafah atau

kepercayaan masyarakat berkenaan.

Page 4: Pengenalan

2.0 Hubungan Antara Undang-Undang Dengan Standard Moral

Undang-undang mungkin dilihat sebagai satu set peraturan yang menyeluruh dan

konsisten yang mengatur kelakuan menerima peraturan-peraturan ini sebagai mewakili

pandangan moral ahli-ahli masyarakat secara keseluruhannya. Sekiranya kita boleh

menerimanya, maka kita ada ukuran tertentu untuk dijadikan panduan dalam tindakan

dan keputusan pengurusan walaupun ukuran ini mungkin berada pada tahap yang minima

sahaja. Sekiranya kita tidak dapat menerima set peraturan ini sebagai wakil penilaian

moral secara keseluruhan masyarakat, maka kita perlu mencari tempat lain yang sesuai

dengan ukuran kita.

Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan ukuran moral masyarakat,

tetapi ia tidaklah benar-benar sama. Contohnya, seseorang yang melanggar undang-

undang dengan melakukan rompakan juga melanggar ukuran moral kerana mencuri.

Begitu juga, adalah mudah untuk menyatakan bahawa undang-undang berkaitan

perlakuan seksual, penyalahgunaan dadah, penipuan produk dan mematuhi kontrak

adalah saam dengan kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh kebanyakkan orang

dalam masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa masyarakat demokratik, tuntutan

undang-undang menggambarkan banyak nilai-nilai asas yang dipegang oleh masyarkat

dan memang terdapat pertindihan yang wujud antara undang-undang dan morality,

seperti yang ditunjukkan di bawah:

Rajah 1: Persamaan antara Ukuran Moral dan Ukuran Undang-undang

Tetapi kawasan pertindihan ini tidak lengkap. Terdapat sesetengah undang-

undang tidak betul dan tanpa ada konteks etika dari segi moralnya. Tuntutan untuk kita

memandu di sebelah kiri jalan contohnya bukan semestinya “benar” atau “salah”; apa

Ukuran Moral

Ukuran undang-undang

Page 5: Pengenalan

yang penting kita semua mencapai persetujuan tentang sebelah jalan mana ia harus kita

pandu kenderaan kita. Akhir kata, apa juga ukuran moral yang tidak melibatkan undang-

undang sama sekali. Kita semua menentang pembohongan tetapi menyatakan kebenaran

tidak dituntut oleh undang-undang kecuali dalam mahkamah dan ketika membuat sumpah

ataupun dalam keadaan yang khusus seperi dalam kontrek pekerjaan atau jualan harta.

Tuntutan undang-undang biasanya ke arah negatif, manakala ukuran moral

biasanya agak positif. Menurut undang-undang kita tidak boleh menyerang merosak atau

mencemar nama baik antara satu sama lain tetapi tidak semestinya dituntut untuk

menolong orang malah dalam keadaan yang ekstrim sekalipun. Tiada undang-undang

yang menyatakan bahawa kita mesti menolong kanak-kanak yang lemas. Sudah pasti

99.9% warga dewasa di mana-mana negara akan pergi menyelamat seorang kanak-kanak

yang lemas bergantung kepada kemampuan mereka.

Tuntutan undang-undang seringkali ketinggalan di belakang kehendak moral

masyarakat. Perhambaan pastinya satu contoh yang paling menjijikkan tetapi

diskriminasi seks dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh

dinyatakan sebagai masalah moral yang lambat disembuhkan oleh perundangan.

Pendokong kedaulatan undang-undang akan berkata, bagaimana kelambatan yang wujud

antara muafakat moral dan persetujuan undang-undang tidak menunjukkan hubungan

lemah antara tuntuan undang dan ukuran moral. Mereka akan mendakwa undang-undang

berkaitan pengawalan diskriminasi, pencemaran dan rasuah lambat laun akan disahkan

atau diluluskan juga.

Page 6: Pengenalan

3.0 Proses-Proses Pembentukan Undang-Undang

3.1 Proses Individu

Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan sentiasa berubah-

ubah mengikut masa. Fikirkan tentang perubahan yang telah wujud dalam undang-

undang yang menguruskan pekerjaan, kita akan mendapati bahawa memang wujud

kelambatan masa di antara perubahan dalam ukuran moral dan tuntutan undang-undang.

Contohnya perkara-perkara yang dianggap sah di sisi undang-undang 20 tahun dahulu

(seperti diskriminasi bangsa atau sex dalam pengambilan pekerja atau pembuangan sisa

kimia ke tasik dan sungai) kini dianggap melanggar undang-undang.

Persoalan adakah perubahan dalam undang-undang ini datang dari perubahan-

perubahan dalam standard (ukuran) moral majority rakyat melalui proses sosial dan

poltik, dan seterusnya adalah undang-undang itu mewakili ukuran moral masyarakat kita

secara keseluruhannya. Proses-proses sosial dan politik melalui perubah ukuran moral

manusia diinstitusikan menjadi suatu rangka perundangan yang rasmi untuk masyarakat

adalah proses yang panjang dan kompleks tapi boleh diringkaskan.

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang akan

membentuk ukuran moralnya yang tersendiri. Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah

bagaimana seseorang itu mengharapkan orang lain akan bertindak atau berkelakuan bila

berhadapan dengan sesuatu situasi tertentu. Berdasarkan bentuk ukuran moral,

kepercayaan adalah kriteria pemikiran. Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan

orang lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu. Contohnya, “Saya percaya pada

demokrasi penglibatan dan saya berharap orang lain akan menghargai konsep tersebut

dan menerima sebagai satu bentuk kerajaan.”

Kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak melibatkan tindakan. Ia

adalah satu cara berfikir yang abstrak yang menyokong norma-norma seseorang. Nilai,

bentuk ketiga dalam corak kriteria peribadi, juga membentuk ukuran moral seseorang. Ia

adalah peringkat-peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang terhadap norma-

norma dan kepercayaan-kepercayaannya. Semua orang yang menganggap bahawa semua

norma dan kepercayaan mereka mempunyai tahap kepentingan yang sama. Secara

Page 7: Pengenalan

umumnya, sesetengahnya lebih berbanding yang lain. Norma dan kepercayaan yang

penting adalah apa yang dihargai dan dipegang sepenuhnya oleh seseorang itu.

3.2 Proses-proses Kumpulan

Setiap orang membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui

pendekatan terhadap konteks budaya atau agama, konteks politik atau sosial dan konteks

ekonomi atau teknologi. Konteks di sini bermaksud maklumat latar belakang atau

persekitaran sesuatu suasana. Setiap masyarakat mempunyai latar belakang atau

persekitaran yang tergabungjalin hasil daripada ajaran agama, tradisi budaya, kedudukan

ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial dan proses politik. Jalinan antara

konteks-konteks yang dijadikan pilihan oleh individu terhadap norma, kepercayaan dan

nilai dibentuk bagi memastikan semua faktor saling berhubungkait dan berinteraksi.

Perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan kepada perubahan politik dalam

pentadbiran, yang berterusan menyebabkan perubahan ekonomi dalam corak

perbelanjaan dan percukaian dan akhirnya akan memberi kesan dalam perubahan budaya

dalam gaya hidup.

Rajah 2: Proses-proses Kumpulan

Hubungan antara faktor-faktor ekonomi, teknologi , sosial, politik, budaya dan agama

tidaklah begitu jelas kesannya terhadap norma, kepercayaan dan nilai seseorang, ianya

tidak boleh dijangkakan dengan tepat. Tetapi hubungkait dan kesan itu memang akan

wujud. Perubahan status kaum wanita contohnya yang telah berubah dengan nyata sejak

dshulu iaitu dari era pembuatan atau perkilangan berat dan perlombongan kepada era

industri perkhidmatan dan berasaskan maklumat dalam perkembangan teknologi kaedah

pengawalan kelahiran dan pengembangan sosial terhadap peluang Pendidikan.

3.3 Proses-proses Sosial

Semua individu tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial,

politik, budaya dan agama yang sama. Pendedahan-pendedahan ini datang dari

T e k n o lo g i P o litik E k o n o m i B u d ay a

Page 8: Pengenalan

kedudukan individu, unit keluarga, rakan sebaya dan organisasi rasmi. Dalam masyarakat

demokratik, perubahan ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu-individu dalam

masyarakat lambat laun akan memberikan kesan ke atas undang-undang. Kesan-kesan ini

adalah hasil dari proses-proses sosial dan politik. Proses-proses sosial pada asalnya

melibatkan pertumbuhan dan perkembangan kuasa.

Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung untuk

bergabung dalam kumpulan-kumpulan kecil, adalah fitrah untuk menyertai orang-orang

lain yang mempunyai pandangan yang sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini umumnya

adalah sebahagian dari organisasi yang lebih besar seperti firma-firma perniagaan,

pertubuhan atau kesatuan sekerja, parti politik, agensi-agensi kebajikkan dan pertubuhan-

pertubuhan veteran. Pertubuhan-pertubuhan besar ini samada akan mencapai kesepakatan

terhadap norma, kepercayaan dan nilai atau berpecah kepada organisasi-organisasi yang

lebih kecil untuk mencapai kesepakatan itu. Terdapat juga teori-teori alternatif sebagai

cara untuk membentuk kesepakatan ini seperti keputusan ortokratik, penyelarasan

birokratik dan gabungan persetujuan atau kolektif pilihan.

3.4 Proses-proses Politik

Proses-proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh

organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu di institusikan menjadi undang-

undang pada asasnya boleh dilihat sebagai kaedah-kaedah untuk menyelesaikan konflik.

Organisasi, kumpulan-kumpulan dan individu-individu sudah pasti mempunyai

pandangan yang berbeza terhadap kepimpinan presiden, tolak ansur institusi, persetujuan

kongres dan tekanan dari pengundi. Dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat

dipertanggungjawabkan ke atas pembentukan undang-undang dalam sistem perwakilan.

Bagaimanapun, perbezaan kawasan pembahagian penduduk dan sektor ekonomi

menyebabkan isu-isu yang timbul tidak akan sama. Maka gabungan harus dibentuk untuk

meluluskan undang-undang. Orang ramai pastinya boleh menyatakan pandangan mereka

terhadap undang-undang yang berpotensi dengan mengundi pentadbir dan penggubal

undang-undang mereka, atau secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat dan

melalui media.

Page 9: Pengenalan

4.0 Proses Pembentukan Undang-undang Jenayah

Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal

kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat. Undang-undang jenayah perlu dibezakan

dengan undang-undang sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang mencuri, maka

undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri

itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah.

Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri

tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat. Berbeza pula dengan keadaan

apabila seseorang membeli barang secara kredit dan kemudian tidak membayar hutang

kepada penjual barang pada tarikh yang dipersetujui. Maka undang-undang yang

mengawal perkara tersebut adalah undang-undang sivil. Undang-undang jenayah tidak

akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana

urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil antara individu. Sumber utama undang-

undang jenayah di Malaysia ialah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Kanun Acara

Jenayah (Criminal Procedure Code). Kedua-dua undang-undang ini adalah Akta

Parlimen.

Perbezaan Di Antara Kesalahan Jenayah Dan Kesalahan Sivil

Kesalahan Jenayah Kesalahan Sivil

Kesalahanan serius. Kesalahan kurang serius.

Libatkan kepentingan dan keselamatan

awam.

Libatkan kepentingan individu.

Pendakwaan dibuat oleh Peguam

Persekutuan.

Tuntutan ke mahkamah dibawa oleh

individu yang terlibat.

Tujuan pendakwaan untuk menghukum

penjenayah.

Tujuan tuntutan untuk dapatkan ganti rugi.

Tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga

dibukti sebaliknya.

Tiada anggapan semikian.

Tiada penyelesaian di luar mahkamah. Penyelesaian di luar mahkamah

digalakkan.

Page 10: Pengenalan

4.1 Pentadbiran Undang-undang Jenayah

Pentadbiran undang-undang jenayah boleh dilihat dari dua aspek utama iaitu Undang-

undang Substantive dan Undang-undang Prosidur. Undang-undang Substantive berkaitan

dengan perilaku yang dikanunkan sebagai kesalahan jenayah dan dinyatakan hukumnya

sebagai Kanun Keseksaan (KK) manakala Undang-undang prosidur pula berkaitan

dengan tatacara penyiasatan dan perbicaraan kes jenayah yang dikenali sebagai Kanun

Acara Jenayah (KAJ). Jenayah menurut Kanun Keseksaan meliputi kesalahan terhadap

individu, harta benda dan negara. Terdapat beberapa akta lain yang relevan dengan

jenayah seperti Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Rajah 3: Teori Pelaksanaan Hukuman

Balasan atau Retribution merupakan hukuman berdasarkan andaian etika dan

moral bahawa penjenayah sewajarnya menerima balasan yang setimpal dengan apa yang

dialami oleh mangsa. Hampir sama dengan konsep Qisas dalam undang-undang Islam.

Halangan atau Deterrence pula merupakan hukuman berat dijatuhkan dengan tujuan

untuk menghalang berlakunya jenayah. Penjenayah yang dijatuhkan hukuman menjadi

contoh amalan tegas kerajaan dan amaran kepada ahli masyarakat. Pemulihan atau

Rehabilitation mengatakan bahawa hukuman adalah untuk memulihkan penjenayah.

Individu menjadi penjenayah kerana pengaruh faktor persekitaran dalam masyarakat

seperti kemiskinan, tidak mengalami proses sosialisasi sewajarnya dan pengaruh rakan

sebaya. Tujuan hukuman adalah untuk memberi kesedaran bahawa jenayah tidak

berfaedah dan membawa kesusahan. Pencegahan atau Prevention adalah hukuman untuk

mencegah masyarakat daripada melakukan jenayah. Penjenayah dihukum penjara yang

lama bagi tujuan pengasingan supaya sifat jahatnya tidak mempengaruhi ahli masyarakat

yang lain. Penjenayah dipenjarakan supaya hak dan keselamatan masyarakat dilindungi.

Teori Pelaksanaan Hukuman

Balasan Halangan Pemulihan Pencegahan

Page 11: Pengenalan

4.2 Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam Di Malaysia

Mahkamah Syariah di Malaysia hanya mempunyai bidang kuasa yang terhad. Mahkamah

tidak boleh membicarakan kes jenayah hudud. Namun ada Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah Negeri yang memperlihatkan kesungguhan pihak berwajib untuk

menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam dengan memasukkan kesalahan hudud

di bawah kesalahan takzir. Kebanyakan Mahkamah Syariah negeri lebih mengutamakan

hukuman denda daripada penjara atau sebat walaupun hukuman tersebut diperuntukkan.

Akta Mahkamah Syariah 1994 mensyorkan bahawa hakim boleh denda maksimum

RM5000, penjara 3 tahun, sebat enam kali. Hanya Kelantan yang telah menyediakan

garis panduan mengenai bagaimana cara hukuman sebat dijalankan. Berikut merupakan

Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997:

Sumbang mahram.

Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab.

Mempersenda atau menghina ayat Al Quran atau hadis.

Makan, minum, menghisap rokok di bulan ramadan.

Berjudi atau berada di rumah judi.

Lelaki yang berlagak seperti perempuan.

Menjual atau memberi anak kepada orang bukan Islam.

4.3 Faktor yang Meringankan Hukuman Undang-undang Islam

Antara faktor yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah

kemaafan daripada wali darah. Penjenayah yang telah disabitkan kesalahannya

mengikut undang-undang qisas, maka kes si penjenayah tidak dijatuhkan hukuman

tersebut apabila mendapat kemaafab daripada wali darah si mati. Faktor kedua yang

boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah wanita hamil dan

menyusukan anak. Hukuman rejam atau qisas ke atas perempuan yang hamil dan

menyusukan anak hendaklah ditangguhkan sehingga perempuan tersebut melahirkan

anak dan tamat tempoh menyusukan anak. Dalam sesetengah riwayat berpendapat

hukuman sebatan tetap dilaksanakan tetapi menggunakan alat yang lebih ringan. Faktor

Page 12: Pengenalan

ketiga yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah mencuri berulang

kali. Untuk kesalahan mencuri kali pertama dan kali kedua dipotong tangan kanan dan

kaki kiri, tetapi ulama berbahas mengenai kesalahan mencuri kali ketiga dan keempat.

Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat tidak dikenakan hukuman potong tangan

maupun kaki tetapi dikenakan hukuman ta'zir sahaja seperti di penjara sehingga bertaubat

atau sehingga mati. Faktor keempat yang boleh meringankan hukuman undang-undang

Islam ialah orang sakit atau lemah. Sekiranya penjenayah dikenakan hukuman rejam

dalam keadaan sakit, hukumannya ditangguhkan sehingga ia sembuh. Faktor kelima

yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah hilang anggota untuk

dikenakan qisas. Seseorang penjenayah yang hilang anggota yang akan dikenakan

hukuman qisas, setengah ulama berpendapat hukumannya diringankan dengan membayar

diat. Faktor keenam yang boleh meringankan hukuman undang-undang Islam ialah

keraguan. Dalam kes hudud apabila timbul keraguan yang tidak dapat disabitkan

kesalahannya, hukuman terhadap penjenayah akan dipertimbangkan. Contoh kes zina

yang tidak cukup saksi, maka akan dijatuhkan hukuman ta'zir. Faktor terakhir yang boleh

meringankan hukuman undang-undang Islam ialah status hamba. Hukuman ke atas

hamba separuh daripada hukuman orang biasa. Contoh hukuman orang minum arak

adalah sebanyak 80 kali sebatan tetapi sekiranya pesalah itu hamba, hanya dikenakan 40

kali sebatan.

Page 13: Pengenalan

5.0 Rumusan

Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan

definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang didefinisikan

oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku

yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Undang-undang bukan sesuatu

yang mudah untuk ditakrifkan. Apa yang pasti setiap hari dalam kehidupan kita, kita pasti

bertembung dengan undang-undang. Namun begitu undang-undang bukanlah hanya

sesuatu senarai atau peraturan yang perlu dipatuhi. Ia juga dilihat sebagai alat

pengawalan sosial dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertentu.

Undang-undang ialah peraturan yang digubal secara rasmi oleh pihak yang berkuasa

untuk mengawal kelakuan dan tindakan anggota sesuatu komuniti. Undang-undang

dicetak untuk tatapan dan kajian anggota komuniti. Undang-undang mestilah diketuai dan

dipatuhi. Sesiapa yang melanggar undang-undang dikatakan telah melakukan kesalahan,

dia boleh dan patut didenda oleh pihak yang berwajib. Seseorang itu tidak boleh memberi

sebarang alasan"saya tidak tahu" tentang sesuatu undang-undang untuk terlepas daripada

melakukan kesalahan.  Di negara kita, terdapat banyak undang-undang. Misalnya untuk

kepentingan golongan remaja yang belum matang, kerajaan mewujudkan pelbagai

undang-undang seperti Akta Mahkamah Juvarna, Akta Perlindungan Kanak-kanak, Akta

Penjara dan lain-lain. Sesungguhnya, manusia tidak boleh atau tidak mampu hidup

bersendirian. Seseorang individu memerlukan orang lain untuk pelbagai tujuan dan

kepentingan. Tanpa norma komuniti, peraturan dan undang-undang ini, kehidupan

bermasyarakat pasti akan menjadi kucar-kacir, tidak tenang, tidak aman dan tidak

sejahtera. Justeru, kita seharusnya mematuhi norma komuniti, peraturan dan undang-

undang demi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 14: Pengenalan

6.0 Rujukan

Amirrash. (2009). Proses Membuat Undang-Undang: Satu Penerangan Ringkas. Diambil

daripada http://rencahmalaysia.blogspot.my/2009/09/proses-membuat-undang-

undang-satu.html

Abdul Aziz Hussin. (1995). Memperkenalkan Undang-undang. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Hussin. (2010). Panduan Umum Undang-undang jenayah Di Malaysia (Edisi

Ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Ghani Azmi b. Idris. (1997). Undang-undang Jenayah Islam, Mengenal Qanun

Jenayah Islam. Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur.

Ismail. (2011, September 29). Undang-undang Jenayah Di Malaysia. Diambil daripada

http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-jenayah-di-

malaysia

Mahani Abu Bakar. (2008). Jenayah Dan Undang-Undang. Kuala Lumpur: Pustaka

Buana.

Paizah Haji Ismail. (1991). Undang-undang Jenayah Islam. Angkatan Belia Islam

Malaysia (ABIM), Petaling Jaya, Selangor D.E.: Dewan Pustaka Islam, 1991.

Undang-undang Malaysia. (1976). Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan Dan Perluasan).

Diambil daripada

http://www.dmpm.nre.gov.my/files/akta_kanun_acara_jenayah_1976.pdf

Wikipedia. (2014). Mahkamah Malaysia. Diambil daripada

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Malaysia#Mahkamah_Persekutuan