pengenalan

23

Click here to load reader

Upload: nur-hanis-ahmad

Post on 15-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pengenalanesei literasi nombor

TRANSCRIPT

Page 1: PenGenAlan

1.0 PENGENALAN

Menurut kamus dewan edisi keempat, literasi bermaksud kebolehan menulis dan membaca.

Maksud literasi nombor ialah kebolehan seseorang untuk memahami dan menggunakan

matematik. Selain itu, ia juga merupakan keupayaan seseorang untuk menggunakan matematik

bagi mencari punca dan seterusnya menyelesaikan sesuatu masalah dalam matematik.

TUGASAN 1

2.0 PENYELESAIAN MASALAH

Menurut  George Polya (1887 – 1985) penyelesaian masalah boleh dilaksanakan

melalui empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi

penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula

penyelesaian. Berikut adalah masalah yang dilaksanakan dengan menggunakan empat

peringkat dalam model polya.

2.1 Memahami masalah

Apabila musim panas, sebuah rumah menjadi panas disebabkan oleh cahaya matahari

memancar terik kearah lima buah tingkap dan apabila musim hujan, air akan memasuki

melalui lima buah tingkap tersebut dan menyebabkan lantai menjadi basah dan licin.

Apakah tindakan yang perlu di ambil bagi mengatasi masalah tersebut?

2.2 Merancang strategi penyelesaian masalah.

Sebelum membuat keputusan, saya mempunyai dua pilihan sama ada memasang

tingkap dengan menggunakan model yang baru atau memasang awning. Selain itu,

saya juga diberi surat sebut harga bagi kos penukaran tingkap baru dan kos

pemasangan awning. Berdasarkan pilihan tersebut, saya perlu membuat beberapa

kemungkinan tentang penukaran tingkap dan pemasangan awning berserta dengan

pengiraan kos penukaran tingkap baru dan kos pemasangan awning.

2.3 Melaksanakan strategi

Dengan menggunakan kaedah gambar rajah dan jadual, saya telah membuat lima

kemungkinan yang berkaitan dengan penukaran tingkap baru dan pemasangan awning.

1

Page 2: PenGenAlan

PILIHAN 1

AWNING

Gambar Awning yang dipasang pada keseluruhan dinding

awning polikarbonat

Pelan awning

2

Page 3: PenGenAlan

Pengiraan awning

LUAS AWNING KOS PEMASANGAN AWNING

1 kaki = 30.48cm

Lebar awning1200cm 1200 ÷ 30.48cm= 39.37 kaki

anggaran lebar awning= 39.5 kaki

Panjang awning100cm 100 ÷ 30.48=3.281 kaki

anggaran panjang awning= 3.3 kaki

Luas awning= panjang x lebarLuas= 39.37 x 3.281= 129.167 kaki

anggaran luas awning= 39.5 x 3.3= 130.35 kaki

Kos Pemasangan awning = 129.167 x 12= RM 1550.00

Anggaran kos pemasangan awning = 130.35 x 12= RM 1564.20

3

Page 4: PenGenAlan

PILIHAN 2

TINGKAP ALUMINIUM

Gambar Tingkap

Tingkap Aluminium

Pelan tingkap

4

Page 5: PenGenAlan

Pengiraan tingkap baru

LUAS TINGKAP KOS PENUKARAN TINGKAP1 kaki = 30.48cm

Panjang tingkap = 244cm244cm 244cm ÷ 30.48cm= 8.005 kaki

Lebar tingkap yang baru = 61cm61 cm 61 ÷ 30.48 cm=2.001 kaki

Luas permukaan tingkap baru ialah:8.005 x 2.001=16.021 kaki

Kos pemasangan tingkap baru16.021 x 20= RM 320.42

Kos pemasangan 5 tingkap baruLima tingkap baru = RM 320.42 X 5

= RM 1602.10

Anggaran kos pemasangan lima tingkap baru=RM1610

*tiada caj tambahan

5

Page 6: PenGenAlan

PILIHAN 3

Awning

Gambar awning yang dipasang pada setiap tingkap secara berasingan

Pelan awning

6

Page 7: PenGenAlan

Pengiraan awning

LUAS AWNING KOS PEMASANGAN AWNING

1 kaki = 30.48cm

Lebar awning65cm 65 ÷ 30.48cm= 2.133 kaki

anggaran lebar awning= 2.2 kaki

Panjang awning100cm 100 ÷ 30.48=3.281 kaki

anggaran panjang awning= 3.3 kaki

Luas awning= panjang x lebarLuas = 2.133 x 3.281= 6.998 kaki

anggaran luas awning= 2.2 x 3.3 = 7.26 kaki

Kos Pemasangan awning = 6.998 x 12= RM 83.97

Kos pemasangan awning bagi lima buah tingkapRM 83.97 x 5 =RM 419.85

Anggaran kos pemasangan awning = 7.26 x 12= RM 87.12

Anggaran kos pemasangan awning pada lima buah tingkapRM 87.12 x 5=RM 435.60

PILIHAN 4

7

Page 8: PenGenAlan

Tingkap

Gambar Tingkap

Pelan Tingkap

8

Page 9: PenGenAlan

Pengiraan tingkap

LUAS TINGKAP KOS PENUKARAN TINGKAP1 kaki = 30.48cm

Panjang tingkap = 100cm100cm 100cm ÷ 30.48cm= 3.281 kaki

Lebar tingkap yang baru 70 cm 70 ÷ 30.48 cm=2.297 kaki

Luas permukaan tingkap baru ialah:3.281 x 2.297=7.536 kaki

Kos pemasangan tingkap baru7.536 x 20= RM 150.72

Kos pemasangan 5 tingkap baruLima tingkap baru = RM 150.72 X 5

= RM 753.60

Anggaran kos pemasangan lima tingkap baru=RM759

*caj tambahan pembaikian ialah=RM 300Jumlah keseluruhan = RM 1053.60Anggaran jumlah keseluruhan = RM 1059

PILIHAN 5

9

Page 10: PenGenAlan

Gambar tiga pasang awning yang dipasang pada tingkap

Pelan awning

10

Page 11: PenGenAlan

Pengiraan awning

LUAS AWNING KOS PEMASANGAN AWNING

1 kaki = 30.48cm

Lebar awning200cm 200 ÷ 30.48cm= 6.562 kaki

anggaran lebar awning= 6.6 kaki

Panjang awning100cm 100 ÷ 30.48=3.281 kaki

anggaran panjang awning= 3.3 kaki

Luas awning= panjang x lebarLuas = 6.562 x 3.281= 21.53 kaki

anggaran luas awning= 6.6 x 3.3 = 21.78 kaki

Kos Pemasangan awning = 21.53 x 12= RM 258.36

Kos pemasangan awning bagi lima buah tingkapRM 258.36 x 3 =RM 775.08

Anggaran kos pemasangan awning = 21.78 x 12= RM 261.36

Anggaran kos pemasangan lima buah tingkapRM 261.36 x 3=RM 784.08

2.4 Menyemak semula

Berdasarkan tugasan di atas, saya telah membuat lima pilihan yang berkaitan dengan

penukaran tingkap baru dan pemasangan awning. Dalam pilihan yang pertama, saya telah

memilih untuk memasang awning pada keseluruhan rumah manakala pilihan yang kedua saya

ingin menukarkan tingkap dengan menggunakan bentuk dan saiz yang sama. Dalam pilihan

11

Page 12: PenGenAlan

yang ketiga pula, saya memilih untuk memasang awning pada setiap tingkap iaitu pada kelima-

lima tingkap manakala pada pilihan keempat saya juga bercadang untuk menukarkan tingkap

dengan model yang baru dengan saiz yang berbeza. Dalam pilihan yang kelima, saya

bercadang untuk memasang tiga awning yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama bermula

dengan tingkap yang pertama sehingga tingkap yang kelima.

Melalui kelima-lima kemungkinan tersebut, saya dikehendaki membuat pengiraan dan

penganggaran bagi setiap pemasangan awning dan penukaran tingkap berdasarkan kadar kos

yang sama. Berikut adalah kos dan penganggaran bagi setiap pilihan.

Pilihan pertama:

Harga pemasangan awning bagi keseluruhan dinding rumah yang berukuran 39.37 x 3.281 kaki

ialah RM 1550.00 dan kos penganggaran bagi pemasangan awning yang berukuran 39.4 x 3.3

kaki ialah RM1564.20.

Pilihan kedua:

Harga bagi penukaran kelima-lima tingkap yang berukuran 8.005 x 2.001 kaki ialah RM 1602.10

dan kos penganggaran bagi penukaran kelima-lima tingkap itu ialah RM 1610.

Pilihan ketiga:

Bagi pilihan yang ketiga, harga pemasangan lima pasang awning bagi setiap lima tingkap yang

berasingan dengan ukuran sebanyak 2.133 x 3.281 kaki ialah RM 419.85 dan kos

penganggaran bagi setiap pemasangan lima pasang awning pada setiap lima tingkap yang

berukuran sebanyak 2.2 x 3.3 kaki ialah RM435.60.

Pilihan keempat:

Dalam pilihan keempat pula harga bagi penukaran lima tingkap yang berbeza saiz dan bentuk

daripada asal yang berukuran sebanyak 3.281 x 2.297 kaki ialah RM 753.60 bersama dengan

caj tambahan penyelenggaraan sebanyak RM300 dan kos penganggaran bagi lima tingkap

yang berukuran ialah RM 759. Oleh itu, jumlah keseluruhan pembaikian itu ialah RM 1053.60

dan kos penganggaran bagi keseluruhan pembaikian ialah RM 1059.

Pilihan Kelima:

12

Page 13: PenGenAlan

Dalam pilihan yang kelima, harga pemasangan tiga pasang awning yang berukuran 6.562 x

3.281 kaki bagi lima tingkap ialah RM 775.08 dan kos penganggaran pemasangan tiga pasang

awning yang berukuran 6.6 x 3.3 kaki pada setiap lima tingkap ialah RM 784.08.

3.0 PERBANDINGAN KOS

Sebelum membuat keputusan dalam pemilihan di atas, saya bercadang untuk membuat

perbandingan kos antara beberapa kemungkinan diatas. Berikut adalah perbandingan kos

antara kemungkinan di atas:

3.1 Perbandingan kos pilihan satu

Kos pilihan satu dengan kos pilihan kedua

Kos pilihan satu = RM RM 1550.00

Kos pilihan kedua = RM 1602.10

RM 1550.00– RM1602.10

= - RM 52.10

Kos pilihan satu dengan kos pilihan keempat

Kos pilihan satu = RM 1550.00

Kos pilihan keempat = RM 1053.60

RM1550 – RM1053.60

= RM 496.40

Kos pilihan satu dengan kos pilihan ketiga

Kos pilihan satu = RM RM 1550.00

Kos pilihan ketiga = RM 419.85

RM1550.00 – RM419.85

= RM 1130.15

Kos pilihan satu dengan kos pilihan kelima

Kos pilihan satu = RM 1550.00

Kos pilihan kelima = RM 775.08

RM1550 – RM775.08

= RM774.92

3.2 Perbandingan kos pilihan kedua

Kos pilihan kedua dengan kos pilihan ketiga

Kos pilihan kedua = RM 1602.10

Kos pilihan ketiga = RM 419.85

RM 1602.10 – RM 419.85

= RM 1182.15

Kos pilihan kedua dengan kos pilihan keempat

Kos pilihan kedua = RM 1602.10

Kos pilihan keempat = RM 1053.60

RM1602.10 – RM1053.60

13

Page 14: PenGenAlan

= RM 548.50

Kos pilihan kedua dengan kos pilihan kelima

Kos pilihan kedua = RM 1602.10

Kos pilihan kelima = RM 775.08

RM1602.10 – RM775.08

= RM827.02

3.3 Perbandingan kos pilihan ketiga

Kos pilihan ketiga dengan kos pilihan keempat

Kos pilihan ketiga = RM419.85

Kos pilihan keempat = RM 1053.60

RM419.85 – RM1053.60

= - RM 633.75

Kos pilihan ketiga dengan kos pilihan kelima

Kos pilihan ketiga = RM 419.85

Kos pilihan kelima = RM 775.08

RM419.85 – RM775.08

= - RM355.23

3.4 Perbandingan kos pilihan keempat

Kos pilihan keempat dengan kos pilihan kelima

Kos pilihan keempat = RM 1053.60

Kos pilihan kelima = RM 775.08

RM1053.60– RM775.08

= RM278.52

4.0 PEMILIHAN DAN JUSTIFIKASI

Berdasarkan kajian yang saya laksanakan ke atas kelima-lima kemungkinan di atas, saya telah

membuat keputusan untuk memilih kemungkinan dalam pilihan yang ketiga. Saya telah memilih

14

Page 15: PenGenAlan

pemasangan awning pada setiap tingkap secara berasingan adalah disebabkan beberapa

factor. Antara factornya ialah:

4.1 Harga yang murah dan berpatutan

Dalam pilihan yang ketiga, kos pemasangan awning secara berasingan pada setiap

tingkap adalah lebih murah berbanding dengan penukaran tingkap dan pemasagan

awning yang lain. Selain itu, saya juga perlu bijak dalam berjimat untuk memilih kos

harga pemasangan awning yang murah tetapi berpatutan.

4.2 Masa penyelenggaraan yang di ambil adalah singkat.

Di samping itu, masa yang di ambil untuk melakukan penyelenggaraan pada awning

adalah lebih singkat berbanding dengan masa yang diperuntukkan untuk melakukan

penukaran tingkap.

4.3 Jenis Polikarbonat

Untuk mengelakkan rumah menjadi panas apabila cahaya matahari memancar terik ke

arah tingkap, saya telah memilih jenis awning yang diperbuat daripada polikarbonat.

Awning polikarbonat ini juga dapat mengelakkan rumah menjadi gelap walaupun dapat

menahan cahaya matahari. Selain itu, awning ini juga dapat mengelakkan tempias air

hujan masuk melalui tingkap yang akan menyebabkan lantai menjadi basah dan licin.

4.4 Tiada caj tambahan

Selain itu, untuk pemasangan awning ini hanya kos pemasangan sahaja yang

diperuntukkan dan tiada caj tambahan bagi pemasangan awning berbanding dengan

penukaran tingkap yang memerlukan caj tambahan bagi menukar saiz tingkap.

4.5 Ketahanan

Selain itu, awning polikarbonat juga lebih tahan berbanding dengan awning-awning yang

lain. Awning polikarbonat ini tidak mudah pecah. Di samping itu, awning polikarbonat

juga mempunyai lapisan anti UV yang menyebabkan ia menjadi kuat dan tahan lama

terhadap sinaran cahaya matahari. Tambahan pula, awning polikarbonat ini lebih cantik

berbanding dengan jenis awning yang lain.

15

Page 16: PenGenAlan

Kesimpulannya, saya telah membuat keputusan untuk memilih awning bagi

menyelesaikan masalah tingkap yang di masuki air ketika hujan dan menahan cahaya daripada

masuk yang menyebabkan rumah menjadi panas. Oleh itu, saya memilih untuk memasang

awning pada setiap tingkap adalah disebabkan kos pemasangannya lebih murah berbanding

dengan kos penukaran tingkap dan pemasangan awning yang lain serta ketahanannya yang

lebih tinggi.

TUGASAN 2 : PENULISAN REFLEKTIF

16

Page 17: PenGenAlan

“Sejauh manakah literasi nombor membantu saya membuat keputusan yang lebih

bijak”

Nama Guru Pelatih: SITI NUR HANIS BINTI AHMAD

No. Matrik : IPGKB: S11M-1006-0636

No. K/P : 920206-03-5156

Literasi nombor merupakan kebolehan seseorang itu untuk memahami dan menggunakan

matematik. Dalam literasi nombor, terdapat pelbagai kaedah yang sistematik, antaranya ialah

penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran, ruang, dan analisis dan interpretasi

data. Dalam kehidupan seharian, kita dikehendaki membuat keputusan yang lebih bijak dalam

mengatasi masalah berpandukan kaedah dalam literasi nombor.

Berdasarkan tugasan 1, masalah yang di hadapi oleh saya ialah masalah kerosakan

tingkap yang menyebabkan lantai menjadi basah dan licin apabila tiba musim hujan. Selain itu,

keadaan tingkap yang lama menyebabkan rumah menjadi panas apabila tiba musim panas

yang disebabkan cahaya matahari memancar terik melalui tingkap-tingkap tersebut.

Berdasarkan masalah di atas, saya telah diberi dua pilihan iaitu memasang tingkap dengan

menggunakan model yang baru atau memasang awning bagi mengantikan tingkap yang lama

itu. Sebelum membuat keputusan, saya telah merujuk beberapa kaedah dalam literasi nombor,

antaranya kaedah penyelesaian masalah. Menurut Torrance (1973) mendefinisikan

penyelesaian masalah sebagai “ Proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah

dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian, membuat andaian,

mengubah hidup, dan akhirnya melaporkan silapnya”. Justeru, penyelesaian masalah ini

sangat penting untuk saya membuat keputusan yang bijak sama ada untuk memilih memasang

tingkap dengan menggunakan model yang baru atau memasang awning.

Berdasarkan tugasan di atas, saya telah menggunakan empat peringkat dalam kaedah

penyelesaian masalah di mana saya telah menerangkan bagaimana cara saya merancang

strategi dengan membuat lima kemungkinan. Kelebihan penyelesaian masalah adalah

pelaksanaan strategi di mana terdapat pelbagai kaedah dalam pelaksanaan strategi seperti

kaedah teka dan uji, gambar rajah, jadual dan sebagainya yang boleh menyelesaikan pelbagai

masalah terutamanya masalah bukan rutin. Berdasarkan pengalaman yang saya alami iaitu

pengalaman dalam menyelesaikan masalah bukan rutin di mana saya mempunyai masalah

17

Page 18: PenGenAlan

menanam pokok bunga. Berdasarkan masalah tersebut, saya dikehendaki menanam lima baris

pokok bunga di mana setiap baris di tanam empat batang pokok bunga. Selain itu, saya diberi

lima batang pokok bunga raya dan lima batang pokok bunga cempaka di mana saya harus

menanam pokok bunga raya di tengah setiap baris. Dengan menggunakan kaedah

penyelesaian masalah, saya telah berjaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan

strategi teka dan uji secara inferens di mana saya telah meneka dan menguji batas yang

berbentuk bintang untuk menanam pokok bunga. Selain itu, terdapat juga kelemahan dalam

penyelesaian masalah di mana kelemahannya ialah ia tidak sesuai dilaksanakan dalam

penyelesaian masalah rutin. Hal ini kerana masalah rutin merupakan masalah yang sering

berlaku dalam kehidupan seharian. Pada pendapat saya, untuk membuat keputusan yang tepat

dalam mengatasi masalah saya bercadang agar menggunakan kesemua kaedah yang sesuai

dalam pelaksanaan strategi penyelesaian masalah di mana kaedah yang paling cepat dan tepat

akan di pilih.

Dalam tugasan ini, kaedah penganggaran juga sangat penting di mana ia membantu

saya membuat andaian secara kasar tentang pengiraan kos bagi setiap kemungkinan

terutamanya kemungkinan untuk pemasangan awning. Justeru, penganggaran pengiraan

merupakan proses menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan kita membuat

keputusan yang bijak tanpa melakukan pengiraan yang tepat. Tambahan pula, kemahiran ini

juga sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian di mana ia membolehkan saya

melakukan pengiraan secara fleksibel dan menambahkan kecekapan dalam menggunakan

kalkulator. Menurut Hilary Shuard (1989) yang berpendapat bahawa kalkulator akan memberi

kesan kepada strategi mental tanpa pengajaran formal di dalam algoritma di mana individu itu

akan mencari dan menyiasat nombor dengan kaedah mereka sendiri menggunakan kalkulator.

Oleh itu, kalkulator merupakan satu alat yang boleh meningkatkan kemahiran dalam membuat

pengiraan yang cepat dan tepat. Berdasarkan pengalaman yang saya alami iaitu semasa

melakukan pemasangan langsir, saya telah membuat penganggaran tentang panjang dan lebar

langsir tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya penggunaan ruang yang tidak cukup.

Di samping itu, terdapat banyak kelebihan dalam penganggaran, antaranya ialah dapat

membuat perancangan awal sebelum membuat keputusan. Melalui pengalaman saya dalam

menguruskan kewangan, saya perlu menganggar beberapa perancangan awal dalam

perbelanjaan isi rumah supaya ia tidak melebihi bajet. Selain itu, terdapat juga kelemahan

dalam penganggaran, antaranya ialah tidak membantu membuat keputusan yang tepat. Hal ini

kerana pentaksiran awal ini belum tentu sesuai dengan keadaan sebenar yang berlaku dalam

18

Page 19: PenGenAlan

kehidupan seharian. Oleh itu, saya bercadang agar melakukan analisis awal dengan teliti

terlebih dahulu sebelum membuat penganggaran.

Kesimpulannya, penggunaan literasi nombor memberi banyak impak dalam kehidupan

seharian. Oleh itu, ia juga sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta dijadikan

rujukan apabila menghadapi sebarang masalah.

(700 patah perkataan)

19