pengenalan

Download PENGENALAN

If you can't read please download the document

Upload: cahaya-sakinah

Post on 30-Jun-2015

3.124 views

Category:

Documents


40 download

TRANSCRIPT

IK0IKLK Petanque dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Orang Rom merupakan orang yang pertamamemainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu. Pada zaman pertengahan sukan petanque ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pada kurun ke-17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XV Perancis telah memperkenalkan permainan petanque kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan. Manakala sejarah moden sukan ini telah bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanque tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri. ni merupakan perkara yang menakjubkan. Kemudian permainan ini semakin popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam, Jepun dan lain-lain. Sukan Petanque telah diperkenal di Malaysia oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz yang merupakan Naib Canselor UM dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Tun Razak yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur, Petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara.Dan sampai sekarang sukan petanque ini terus diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA. ni dapat dilihat apabila ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanque antara koperasi sekolah sejak 1995 lagi. Seterusnya pemenang akan dibawa keluar negara untuk bertanding.

fT0 ITK00Iffff !09,36:0 adalah sejenispermainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama permainan adalah untuk membaling atau melempar bola-bola besi yang disebut sebagai 'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yang digelar jek. Permainan ini biasanya dimainkan atas permukaan tanah atau batu kerikil halus. Namun begitu, permainan ini juga boleh dimainkan di atas rumput mahupun permukaan yang berpasir. Denagan kata lain permainan petanque ini dapat dimainkan di mana-mana permukaan. Permainan ini dimainkan dalam tiga jenis konfigurasi yang berbeza iaitu : a.Tiga sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets dengan tiga orang pemain dalam satu kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji bola boule b.Dua sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain dalam satu kumpulan dan setipa pemain menggunakan 3 biji boule c.Perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain menggunakan 3 biji boule

I0LTK ITK00I Peralatan yang digunakan semasa bermain sukan petanque adalah seperti berikut : (a) Bola - mesti menepati The Federation nternationali de Petanq et Jeu Provecal (b) Jek (Cochonnets) - bola bulat kecil dicat dan menentukan bola yang paling hampir (c) Pita Pengukur

0ILK00K0 ITK00I Permainan petanque boleh dimainkan di atas mana-mana permukaan kecuali permukaan konkrit atau jubin kerana ia boleh menyebabkan berlaku keretakkan pada jubin. Pemukaan yang sesuai adalah permukaan yang tidak terlalu lembut seperti di pantai. ni kerana jika petanque dimainkan di pantai yang terlalu berpasir lembut, boule akan terus terlekat dalam pasir tanpa bergerak jauh. Dan tempat yang paling sesuai bermain petanque adalah di permukaan yang berbatu halus. Sebenarnya tiada had untuk gelenggang petanque tetapi saiz minimum sesebuah gelanggang yang diterima pakai adalah 4 m x 12 atau 12 kaki x 39 kaki. Gelanggang dapat dibahagikan kepada tiga iaitu gelanggang terbuka bermakna ukurannya bebas, gelanggang bersempadan (15 mx 4m) dan terrain yang merupakan gelanggang bersempadan lengkap yang dikelilingi oleh penghadang. Lantai gelanggang yang biasanya diperbuat daripada quarry waste dengan dilitupi quarry dust. Permainan hendaklah dimulakan dalam kawasan 15 m x 4 m tetapi diteruskan dalam kawasan 17.6 m x 6.6 m. Bola yang terkena tali 'dead boule line' masih hidup namun bola yang terkeluar dikira mati.

00fMK ITK00I fMfKKKf Bola yang digunakan untuk permainan petanque diperbuat daripadabesi dengan berat antara 650g dan 800 g. Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mmdan 80mm. Jack pula diperbuat daripada kayu ataubahan sintetik dan mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm.Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 m panjang kali 4 meter lebar. Namun keluasan yang minimum adalah tidak kurang dari 13 m panjang kali 4 meter lebar. Pemain yang menang undian lambungan duit syiling hendaklah memulakan permainan dengan membuat bulatan dengan diameter 35-50cm. Kedua-dua kaki pemain yang membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat lemparan. Permainan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam jarak 6 ke 10 meter dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1 meter dari sempadan gelanggang atau apa-apa objek yang menghalang. Jika keadaan ini berlaku jack terpaksa dilemparkan semula. Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin denagn jack. Manakalapemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak boule pertama tadi sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule pihak lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule pihak kedua pula. Permainan ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilempar. Dari segi permarkahan pula, mata akan dikira dengan kaedah, berapa bola boule pasukan yang mendapat mta lebih dekat dengan jack sebelum bola pihak lawan. Permainan ini biasanya dimainkan sehingga mata ke 13. Namun begitu,mata 15 juga ada dimainkan untuk pertandingan akhir-akhir ini.

TIKKfK L0KT0K || 1|'1 |^!| Semasa ingin melontar, bola mestilah direnggam dalam keadaan bola berada di bawah tapak tangan. Pertama telentangkan tapak tangan ke atas. Kemudian ibu jari direnggangkan dan rapatkan empat jari yang lain. Seterusnya bola diletakkan di atas tapak tangan dan genggam dengan kemas bola tersebut. Telingkupkan tangan dengan bola ke bawah dan akhir sekali bersedia untuk membaling bola. |)|)|||' |||. Berdiri dalam keadaan kedua-dua kaki berada dalam bulatan lontaran. Semasa membuat lontaran, mana-mana tapak kaki/kasut tidak boleh diangkat sehingga terpisah dari permukaan gelanggang.

!^'||' Terdapat banyak lontaran yang dapat dilakukan oleh pemain semasa melontar boule. Antaranya: Lontaran Tinggi (The High Lob) -Lontaran ini dipanggil lontaran tinggi. Di sini boule akan dilambung dengan tinggi. Lontaran Separuh Tinggi (The Half Lob) Lontaran Golek (The Rolling throw) Lontaran "Point Landai -Dalam kedudukan mencangkung, boule di genggam lembut. Tangan diangkat ke belakang dan di hayunkan ke hadapan.Kemudian boule dilepaskan pada aras yang bersesuaian.Tiada daya tolakan tambahan digunakan.Hanya momentum dan graviti memainkan peranan penting untuk dapatkan jarak leretan boule.Untuk pastikan boule bergerak lurus, tangan dihayunkan secara "Follow Through dengan permukaan tangan dari kekal rapat. Careau bermaksud memukul bola pasukan lawan dengan menggunakan bola dengan tujuan menjauhkan bola lawan dari jack atau membuka laluan bola. a juga untuk memukul jack bagi tujuan yang sama.

I0T00K-I0T00K M LM I0MfKK ITK00I Dalam bermain petanque,semua pemain dikehendaki mengetahui undang-undang permainan. Pertama bola yang dimiliki sendiri mestilah yang telah diluluskan oleh Persatuan Petanque Antarabangsa (nternational Petanque Association). Bola hendaklah mengikut ciri-ciri seperti mempunyai tanda nombor siri dan tanda berat pada bola. Kemudian bola tersebut tidak boleh diubah suai. Bag pemilik bola yang ingin membuat tanda tambahan untuk identiti pasukan, pemilik hendaklah membuatnya di kilang yang diiktiraf oleh PA. Pemain juga mestilah mempunyai lesen pemain apabila menyertai perlawanan yang diiktiraf oleh PA. Dan ianya tidak diperlukan apabila menyertai perlawanan yang tidak diiktiraf nternational Petanque Association. Lesen pemain mestilah mempunyai gambar, cop persatuan yang diwakili, tanda tangan pemain dan kad lesen dikeluarkan oleh persatuan. Seterusnya empayar yang diperlukan dalam satu pertandingan. Perlawanan diurus sendiri oleh pemain kedua-dua pasukan. Tugas empayar ialah menyelesaikan masalah yang gagal diputuskan oleh kedua-dua pasukan. Manakala empayar tidak diperlukan apabila mengadakan pertandingan persahabatan atau suka-suka.

0 K fILfK IIMI 0I0MfK ITK00I Petanque adalah permainan koperatif. Pemain-pemain dalam satu pasukan mestilah mengurus sendiri permainan pasukannya dan juga saling bantu-membantu menguruskan pihak lawan. Di dalam permainan ini pengadil tidak disediakan kecuali empayar. Hospitaliti juga ditonjolkan denagan begitu ketara dalam permainan Petanque ini. Contohnya, pemain menjemput pihak lawan membuat lontaran atau pemain mengutip bola pasukan lawan. Ketika bermain petanque, pemain tidak boleh menganggu permainan pihak lawan seperti menghalang lontaran pihak lawan.Oleh itu, pemain tidak dibenarkan berada pada jarak kurang dari satu meter dari jack semasa pemain lawan melontar bola. Selain itu, displin yang perlu dipatuhi oleh pemain-pemain petanque adalah pemain tidak boleh menyorak, mentertawa atau memperlekehkan pasukan lawan. ni kerana perkara ini boleh membawa kepada kekecohan semasa bertanding. Sebaliknya pemain diminta menepuk tangan tanda sokongan apabila pihak lawan membuat lontaran. Pemain juga tidak boleh membuang obstacle atau tanda kesan bola sebelum membuat lontaran tetapi boleh membuang bekas kesan bolanya selepas membuat lontaran. Kedua-dua pasukan boleh membuang tanda kesan bola atau obstacle sebelum melontar jack.

LTfHK 0fKTfK0 K IH00TfK0 I0MfKK ITK00I Di sini akan diterangkan 15 latihan untuk pointing dan shooting. ni semua dapat disesuaikan dengan pelbagai cara mengikut banyak mana masa yang diperuntukkan dan jenis latihan yang mahu dibuat. |'|||' ||)|' Golekkan dua biji bola petanque di atas tapak tangan. Dan pusingkan bahu. Kemudian sebelum bermain buatkan beberapa lontaran yang lembut, dan jangan mulakan permainan tanpa memanaskan badan dan membuat lontaran melebihi 10 meter. |||| '^.'.'1 Pertama membuat latihan menggolek, lambung rendah dan lambungan tinggi pada jarak 6, 8 dan 10 m. Gunakan kedudukan mencangkung terutamanya pada jarak yang pendek dan berdiri pada jarak yang jauh. |||| '^^.'1 Letakkkan 3 biji bola berhampiran dengan jek dan tembak salah satu bola yang ditentukan daripada bola tersebut. Lontaran yang dibuat jangan menyentuh jek dan bola yang lain. Latihan mestilah dilakukan dengan menggunakan jarak yang berbeza. |.'| ||'.|' '^.'.'1 Satu kunci kemahiran pointing adalah kebolehan untuk menjatuhkan bola pada tempat yang dikehendaki dengan baik dan tepat. Latihan asas untuk kemahiran ini ialah dengan cara membuat bulatan seluas 50 cm dan membuat balingan yang tepat ke dalam bulatan.

Apabila latihan dimulakan tujuan utamanya adalah hanyalah untuk menjatuhkan bola dengan tepat. Dan apabila lontaran menjadi semakin kemas dan tepat, objektifnya adalah supaya bola itu hampir pada jek. Bagi memastikan kemahiran ini berjaya, pastikan membuat lontaran dengan kedudukan dan jarak yang berbeza. Begitu juga dengan membuat balingan dengan jenis yang berlainan iaitu lambung rendah dan lambung tinggi. |'||'/|!..|' '^.'.'1 Bagi membuat kemahiran ini,letakkan 2 biji bola atau lebih sebagai penghadang di hadapan jek. Contohnya 2 biji bola diletakkan 1 m didepan jek, 50 cm jaraknya setiap satu.Kemudian lakukan latihan melontar bola kea rah jek dan mengelak dari melanggar bola yang menghalang. Teknik ini boleh digunakan untuk balingan golek.Disini juga boleh melakukan lontaran tinggi bagi menghantar bola ke tempat antara dua bola yang menghadang. Pemain mestilah membiasakan membuat balingan bagi menjatuhkan ke kiri atau ke kanan bola yang menghadang. !|||'1 |^!| '1||. |^!| ''1'|)|'1 Letakkan 3 biji bola atas satu garisan atas padang dan mestilah 2 cm di hadapan jek. Kemudian membuat lambungan tinggi mengatasi bola yang menghalang. Sebaik-baiknya pemain memastikan menjatuhkan bola ditempat yang difokus iaitu di hadapan jek tetapi bola tersebut mengatasi bola yang menghalang. !|.'|' ||!.'1 |^!| | )|!| |\| ni adalah satu cara yang sangat baik untuk membina kemahiran melambung bola untuk membuat shooting. Semasa membuat latihan ini, gunakan 3 biji tayar yang diletakkan pada jarak yang berbeza dan seboleh-bolehnya gunakan pelbagai saiz tayar untuk mempelbagaikan latihan.

Cara ini biasanya sangat popular dalam kalangan kanak-kanak tetapi ia merupakan satu latihan yang sangat baik untuk sesiapa sahaja yang ingin memajukan asas teknik shooting. '^^ |1|')| Letakkan dua biji bola pada dua sudut. Kemudian membuat shooting dengan sasaran menembak kedua-dua biji bola dengan satu tembakan. Cara ini memerlukan latihan yang mantap kerana ianya begitu susah untuk dilakukan tetapi tidak mustahil untuk pemain yang ingin menguasainya. Di sini, pemain mestilah memastikan bola di hadapan dipukul pada sudut yang betul. '11||||' )| Letakkan bola target di depan jek. Kemudian buat latihan pointing untuk menggerakkan jek ke bola hadapan.'^.'.'1 '11||||' )| Letakkan jek sebelah bola dan gerakkan jek ke atas bola sendiri. '^.'.'1 |.| '|!|'1|' Unrtuk melakukan kemahiran ini, letakkkan tiga biji bola di atas satu garisan di hadapan jek. Kemudian buat latihan melencongkan bola dari arah kiri dan kanan menuju ke jek.

IK0f0K MT Sekali lontaran jek yang berjaya sahaja dibenarkan. Jika gagal dibenarkan membuat lontaran kedua. Jika lontaran kedua turut gagal dapat diteruskan dengan lontaran yang ketiga. Namun, jika gagal tiga kali hak lontaran jek maka hendaklah diserahkan kepada pihak lawan dan pihak lawan berhak mengubah bulatan lontaran. Kemudian jika pihak lawan juga turut gagal sebanyak tiga kali hak lontaran jek akan dikembalikankepada pasukan lawannya semula tetapi tidak boleh mengubah bulatan lontaran lagi. Dalam satu end, bola yang paling dekat dengan jek akan memberi satu mata kepada pasukan pemiliknya. Dalam satu end satu pasukan berpeluang memperolehi lebih dari satu mata jika lebih dari satu bola miliknya lebih dekat dengan jek berbanding bola pihak lawan. Jika terdapat dua bola atau lebih dari kedua-dua pasukan kelihatan sama jarak dengan jek yang boleh meragui jaraknya maka bola-bola itu hendaklah diukur dengan pengukur khas. Ukuran dikira dari tepi bola ke tepi jek. Bola-bola yang berkedudukan sama jarak dari jek akan dikira tiada mata. Pasukan yang menang dalam end ini akan memulakan end seterusnya dengan melontar jek dari bulatan yang dibina pada kedudukan jet terakhir.Pusingan end akan berulang seperti ini sehinggalah permainan tamat.

C0KT0H IK0f0K MT KLUE: BOLA MERAH MEWAKL PA8UKAN A BOLA BRU MEWAKL PA8UKAN B Gambar menunjukkan pasukan A mendapat 1 mata Gambar menunjukkan pasukan A mendapat 2 mata

0MI T0 I0MfKK TMT Satu permainan akan tamat apabila salah satu pasukan mencapai 13 mata atau 9 mata dan pasukan itu dianggap sebagai pemenang. Kedua-dua pasukan boleh memilih untuk bermain permainan13 mata atau pun 9 mata. Satu papan skor hendaklah disediakan di tepi gelanggang untuk memudahkan mata dicatatkan. Jika tiada papan skor mata hendaklah dicatatkan di atas kad skor bagi memastikan pengiraan mata tercatat dengan betul. ITfK IMKfK IIMI 0I0MfK ITK00I Pemain hendaklah berpakaian kemas seperti ditunjukkan dalam gambar di atas.Pemain digalakkan memakai seluar panjang, t-shirt dan berkasut.

LT-LT TM0HK LM ITK00I 1.Alat ukur khas - Bagi mengukur jarak bola dengan jek ketika pengiraan mata 2.Kain -untuk membersih bola atau tangan 3.Topi -bagi mengelakkan dari kepanasan berada di bawah cahaya sinaran matahari 4.Bola dan jek simpanan (Spare) -bagi mengelakkan berlaku kekalutan dalam permainan 5.Pen dan Kad Skor -bagi mencatat mata

0ILK00K0 ITK00I K IK00 MT

MIM00T L0KT0K 0fKT LKf C0 MIK00K00 MT C0 MIM00T 0LfK0K

Petanque mula dapat perhatian ramai

ARENA petanque di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur yang memiliki 16 gelanggang dibina untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2001. Gelanggang ini digunakan untuk kejohanan kebangsaan anjuran Persatuan Petanque Malaysia (PPM) dan kejohanan terbuka anjuran badan-badan lain sambil menjadi tempat bermain kepada pemain sekitar Kuala Lumpur hampir setiap hari. Bagi yang berminat untuk menyertai acara ini boleh menghubungi persatuan negeri berhampiran. Peminat di sekitar Lembah Klang boleh menghubungi pegawai di kompleks ber kenaan di AU2, Taman Keramat. Sukan petanque berasal dari Perancis dan menjadi satu kegiatan lebih 100 tahun lalu. Diperkenalkan di kawasan Asia Tenggara seperti Kemboja, Laos, Vietnam dan Thailand lebih 40 tahun lalu dan sudah menjadi salah satu sukan utama di negara berkenaan. Sukan ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1989 oleh Prof Diraja Ungku A Aziz di Kompleks Angkatan Koperasi Negara (ANGKASA), Kelana Jaya. Mula berkembang pada tahun 1992 dan diminati penggiat sukan di Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

0f0Lf000ff Kuliah dan Nota Kursus Kejurulatihan Asaas Petanque BPG/MPTI/PPM, MaktabPerguruan Temenggong brahim, Johor Bharu Kerja kursus GERKO Pelajar Program KPLI, nstitut Perguruan poh, Hulu Kinta, poh, Perak Blog Archieve, Faktor Kejayaan by Fajar Subuh. Dimuat turun pada pada 5 Februari, 2009 di http://www.blogger.com/comment-iframe.g? Blog Archieve,Imbas Kembali.SUKMA Terengganu'08. Dimuat turun pada 31 Januari2009 by PEPSAR di pepsar.blogspot.com/2009_01_01_archive.html Blog Archieve, Jom Main Petanque.by Fina. Dimuat turun pada 29 May 2009 ditettyias.google pages.com/mypetanquediary

0IfLIKIf Secara keseluruhannya,semasa membuat kerja kursus Petanque ini saya mendapat banyak input yang begitu berguna sekali. Saya dapat mengetahui apa itu sebenarnya Petanque.Sebelum ini, saya menganggap permainan ini sangat mudah untuk dimainkan kerana ianya hanyalah satu permainan membaling bola namun semasa saya mencari maklumat tentang Petanque barulah saya mengetahui untuk bermain permainana ini haruslah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknik-teknik membuat lontaran. Selain itu,walaupun saya tahu yang kerja kursus ini amat membebankan saya kerana untuk mencari maklumat yang lebih mendalam tentang petanque begitu susah sekali namun ianya telah mengajar saya erti kesabaran dan secara tidak langsung membuatkab saya lebih berminat untuk mempelajari permainan Petanque. Saya mengambil masa yang begitulama dalam mencari maklumat. Namun pencarian saya tidak mensia-siakan kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan apa yang dikehendaki.Kerja kursus ini juga banyak membantu saya mempelajari kemahiran dalam bermain petanque seperti shooting dan pointing.Secara tidak langsung ianya dapat membantu saya mengubah kelemahan yang saya ada semasa bermain petanque ketika waktu GERKO. Akhir sekali, pada pendapat sayamembuat kerja kursus ini sangat menarik dan ianya dapat mengajar saya mendalami permainan petanque.Saya menganggap membuat kerja kursus ini sebagai satu input untuk saya belajar petanque dengan cara saya tersendiri.Kesimpulannnya, permainan petanque adalah satu sukan yang berfaedah dan menarik. Jadi marilah kita bersama-sama memajukan permainan ini agar dapat setanding dengan sukan-sukan yang lain.