pengenalan (2)

12
Pengenalan Penggunaan resos dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik merupakan perkara yang terpenting dan semakin diberi perhatian oleh warga pendidik. Menurut Teori Piaget yang berfokuskan aspek konstrukvisme memberikan hujah bahawa pemikiran kanak-kanak mula memanipulatif objek untuk merasa dan membangunkan idea Matematik bermula daripada pra operasi lagi. Pengajaran merupakan satu bentuk komunikasi untuk memberitahu, mempengaruhi dan menghibur murid-murid di bilik darjah. Pembelajaran berjaya dicapai dan dipertingkatkan melalui penerangan guru yang jelas, pengalaman yang bermakna kepada murid dan aktiviti yang dijalankan merangsangkan guru dan murid- murid. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan isi pembelajaran mudah memahami mesej yang disampaikan oleh guru. Penggunaan resos dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat pemudahcara untuk membantu guru menyampaikan isi pembelajaran seperti yang dirancang untuk mencapai objektif pembelajaran. Resos dikenali sebagai bahan bantu belajar. Resos juga merupakan satu kelengkapan dalam proses PdP yang bermakna. Resos bukanlah terhad kepada pengunaan buku teks, papan putih, dan gambar sahaja, tetapi meliputi semua perkara yang melibatkan pancaindera murid iaitu mendengar, melihat, merasa dan menghidu serta pengalaman dan situasi yang dialami. Penggunaan resos mengelakkan proses pembelajaran yang diselubungi kebosanan dan pengajaran satu hala oleh guru. Malah, resos mencungkil kreativiti guru untuk mencapai okjektif PdP dengan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dalam suasana yang seronok di dalam kelas. Pemilihan

Upload: ratha-shegar

Post on 22-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan (2)

Pengenalan

Penggunaan resos dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik merupakan

perkara yang terpenting dan semakin diberi perhatian oleh warga pendidik. Menurut Teori

Piaget yang berfokuskan aspek konstrukvisme memberikan hujah bahawa pemikiran kanak-

kanak mula memanipulatif objek untuk merasa dan membangunkan idea Matematik

bermula daripada pra operasi lagi. Pengajaran merupakan satu bentuk komunikasi untuk

memberitahu, mempengaruhi dan menghibur murid-murid di bilik darjah. Pembelajaran

berjaya dicapai dan dipertingkatkan melalui penerangan guru yang jelas, pengalaman yang

bermakna kepada murid dan aktiviti yang dijalankan merangsangkan guru dan murid-murid.

Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan isi pembelajaran mudah memahami

mesej yang disampaikan oleh guru.

Penggunaan resos dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat pemudahcara

untuk membantu guru menyampaikan isi pembelajaran seperti yang dirancang untuk

mencapai objektif pembelajaran. Resos dikenali sebagai bahan bantu belajar. Resos juga

merupakan satu kelengkapan dalam proses PdP yang bermakna. Resos bukanlah terhad

kepada pengunaan buku teks, papan putih, dan gambar sahaja, tetapi meliputi semua

perkara yang melibatkan pancaindera murid iaitu mendengar, melihat, merasa dan

menghidu serta pengalaman dan situasi yang dialami. Penggunaan resos mengelakkan

proses pembelajaran yang diselubungi kebosanan dan pengajaran satu hala oleh guru.

Malah, resos mencungkil kreativiti guru untuk mencapai okjektif PdP dengan memberi

peluang kepada murid untuk berinteraksi dalam suasana yang seronok di dalam kelas.

Pemilihan

Pemilihan resos yang efektif amat diperlukan sebagai langkah bagi memastikan kejayaan

PdP. Suasana pembelajaran yang kondusif dititikberatkan supaya murid-murid dapat

mengadaptasi isi pembelajaran tanpa gangguan. Pemilihan bahan resos mewujudkan

suasana yang lebih selesa untuk murid-murid. Dalam era teknologi masa kini, resos yang

boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif, perisian komputer serta maklumat

dan komunikasi. Bahan bercetak terdiri daripada buku-kuku, jurnal dan kalendar. Manakala

bahan manipulatif pula, teridiri daripada papan geo, blok denies, rod cruisenaire, blok asas

sepuluh, alat penimbang, alat mengira seperti abakus. Perisian komputer seperti projekter

digunakan sebagai alat tambahan dan pelengkap kepada resos.

Page 2: Pengenalan (2)

Guru memainkan peranan penting dalam menentukan resos yang berkesan. Dalam

matapelajaran Matematik, resos memainkan peranan penting ke arah memahamkan konsep

di dalam proses pengajaran selain daripada menarik minat murid. Menurut Dale (1969),

beliau menyatakan bahawa proses PdP dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan.

Apabila ianya melibatkan sesuatu satu media yang memberikan satu pengalaman baru

kepada pelajar dan sekaligus dapat mengingatkan daya ingatan murid terhadap proses

pembelajaran pada waktu tersebut. Menurut Bottle, keberkesana sesuatu resos boleh

dikenalpasti melalui sejauh manakah pemikiran mental murid dapat dibentuk sama ada

berguna ataupun tidak berguna dalam menstrukturkan pemikiran mereka.

Kebanyakkan alat Matematik berstruktur lebih versatil dan terbuka dalam

penggunaanya. Ia adalah kerana alat-alat Matematik yang direka bukanlah hanya untuk

memberi tumpuan kepada sesuatu konsep yang tertumpu sahaja. Pemilihan kepelbagaian

resos penting untuk memastikan murid tidak salah pemahaman. Alat visual seperti abakus

mendorong murid dalam perhubungan penggiraan kepada pergerakan. Penggunaan imej

abstrak termasuk gambar dengan simbol sistem nombor seperti garisan nombor, kad digit

petak 100 dan garis nilai nombor menjadikan murid mengaitkan simbol nombor dan susunan

kepada imej konkrit tersebut.

Pembelajaran Matematik melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan fakta, kemahiran

dan prosedur lebih tinggi. Ia memerlukan struktur konseptual, tentang penyelesaian, kaedah

penyelesaian, pendekatan untuk menyelesaikan masalah dan sikap penghargaan terhadap

Matematik. Proses PdP yang berlaku mahu mendorong dan mahu meningkatkan minat serta

abiliti murid untuk memahami konsep Matematik secara optimum. Antara contoh resos yang

biasa digunakan dalam perpuluham Matematik ialah penggunaan kad imbasan, blok asas

10 dan abakus. Penggunaan resos ini memeberikan kefahaman yang mendalam kepada

murid untuk mengira dengan cepat secara bertulis dan penggiraan mental. Ini menjimatkan

masa dimana murid dapat mengira dan mendapatkan jawapan dalam masa yang singkat.

Satu modul abakus dan arimetik mental telah diperkenalkan oleh kementerian Malaysia

bertujuan untuk melahiran murid yang dapat menguasai penggiraan mental. Modul

pengiraan abakus merupakan asas kepada perkembangan penggiraan secara mental.

Tujuan kementerian memperkenalkan abakus pada tahap satu sejajar dengan teori belajar

kognitif. Ausubel berpendapat bahawa guru harus dapat mengembangkan potensi kognitif

murid melalui proses belajar yang bermakna. Sama seperti Bruner dan Gagne, Ausubel

beranggapan bahawa aktiviti belajar murid, terutama mereka yang berada di tingkat

pendidikan dasar iaitu tahap satu. Pada tahun 1966, kementerian Pelajaran Malaysia

bersetuju menggunakan abakus dan dalam massa yang sama mengintegrasikan idea

arimetik mental dalam program ini. Program abakus dan arametik mental mula diaplikasi

Page 3: Pengenalan (2)

secara formal di sekolah rendah pada tahun 2004. Strategi pelaksanaan abakus dinyatkan

dalam kurikulum Matematik sekolah rendah. Abakus juga digunakan sebagai model konsep

untuk menguasai pemahaman tentang konsep nombor bulat, tambah dan tolak.

Penggunaan abakus adalah sangat ringkas dan mudah. Manik yang terdpat pada

abakus perlu dinaik dan diturnukan dengan menggunakan tiga jari sahaja iaitu ibu jari, jari

telunjuj dan jari hantu. Ibu jari digunakan untuk menggerakkan manik bawah menghala ke

palang pemisah. Jari telunjuk pula digunakan untuk menggerakkan manik bawah jauh

daripada palang peminsah manakala jari hantu pula menggeraakkan manik attas mendekati

dan juga jauh daripada palang pemisah. Setipa tiang mempunyai empat biji manik di

bahagian bawah manakala satu biji manik di bahagian atas. Setiap manik di bahagian atas

mempunyai nilai lima manakala setiap manik di bahagian bawah bernilai satu. Manik-manik

diambil kira sebagai telah dikira apabila digerakkan menuju ke palang pemisah yang

memisahkan bahagian atas dan bawah. Tiang yang paling kanan mewakili sa, manakala

tiang bersebelahan di kiri mewakili puluh dan seterusnya ke kiri mewakili nilai tempat yang

lebih besar. Selepas semua empat manik di bawah bahagian digunakan, nilainya dibawah

ke bahagian atas. Pengiraan yang melibatkan nombor perpuluahn boleh dijalankan dengan

meletakkan titik perpuluhan di antara 2 tiang. Ini menunjukkan tiang di sebelah kanan titik

perpuluhan mewakili tempat perpuluahan manakala tiang sebelah kiri mewakili nombor

bulat.

Dalam operasi penambahan guru-guru boleh menggunakan pembilang, abakus dan lain-lain

lagi. Pembilang sesuai digunakan untuk murid-murid tahun 1 dan tahun 2 yang baru mula

untuk membilang.

Kesimpulan

Pengunaan resos dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses PdP. Resos yang sesuai

memberi peluang kepada para pelajar berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam

kumpulan pelajaran. Mereka akan memberikan tumpuan kepada maklumat yang sedang

diterokai. Penggunaan resos juga memberikankan penglaman yang seronok kepada para

pelajar beranding dengan kaedah konvesional yang lebih memfokuskan kaedah syarahan

dan buku teks. Murid akan merasa terhibur jika guru bijak dalam penggunaan resos.

Teknik-teknik pendedahan penggunaan resos yang betul dan berkesan terhadap para

pelajar akan membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan

seharian.

Resos Metamatik yang berteknologi yang tinggi iaitu ICT boleh digunakan dalam

PdP Metamatik. ICT adalh satu teknologi jalur lebar informasi dan komunikasi yang boleh

Page 4: Pengenalan (2)

didapati di sekolah. Dalam topik peratus penggunaan ICT membantu para pelajar untuk lrbih

memahami konsep-konsep terperinci. Antara resos ICT ialah robot program, kalkulator,

televisyen, video, kamera digital, komputer, perisian, pengaksesan internet dan papan putih

interaktif. ICT menyediakan cara yang paling efektif dan berkesan untuk mencapai objektif.

Contohnya penggunaan kalkulator yang mana merupakan alat kognitif yang efektif apabila

mereka ingin menguji pemikiran mereka dalam mendapatkan jawapan. Perisian geometer

skatch pad yang banyak digunakan dalam pengajaran topik graf, bentuk dan pepejal. Selain

itu juga, lama-laman web ataupun blog yang mempunyai nota-nota ringkas turut dipaparkan

untuk murid-murid.

Penggunaan bahan resos di dalam kelas akan memn[bolehkan menggembangkan

daya kreativi dengan pelbagaikan kaedah dan pendekatan ketika proses PdP. Sebagai

contoh, persembahan multimedia boleh dilakukan di peringkat set induksi, untuk menarik

minat murid. Manakala kit-kit manipulatif boleh digunakan ketika melaksanakan aktiviti

kumpulan untuk mendorong murid berkoperatif dengan rakan-rakan.

Penggunaan bahan resos sudah pasti dapat menjimatkan masa. Masa satu jam

diperuntukan untuk subjek Matematik berjalann dengan lancar tanpa perlu menunggu guru

menulis setiap patah perkataan di atas papan putih. Ini boleh digantikan dengan

penggunaan carta lengkap dengan segala maklumat ataupun persembahan slaid.

Penggunaan komputer dalam PdP melibatkan beberapa aplikasi seperti multimedia,

internet dan spreasheet. Tidak dapat dinafikan penggunaan internet sebagai salah satu

resos bahan bantu belajar untuk meneroka alam pembelajaran. Guru perlu bijak

menyelitkan penggunaan ICT supaya murid dapat melibatkan diri secara aktif.

Disamping itu, salah satu penggunaan resos Matematik di jaringan maya yanng

memberi input yang amat berguna kepada murid dan guru ialah National Library Of Virtual

Manipulatif (NLVM). Dengan adanya gedung perpustakaan maya ini guru bebas

memperkayakan bentuk pembelajaran kelas Matemetik. Kaedah interaktif atas talian ini

merangkumi bab nombor dan operasi, algebra, geometri, pengukuran dan data analisis.

Kajian

Page 5: Pengenalan (2)

Saya telah menjalankan satu kajian mengenai penggunaan resos dalam PdP

Matematik di sekolah saya. Kajian ini dijalankan untuk meninjau penggunaan resos dalam

subjek Matematik. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 75% daripada murid sekolah saya

terlibat aktif semasa PdP Matematik dijalankan. Manakala persepsi guru terhadap

kepentingan menggunakan amat memberangsangkan. Lebih daripada 98% responden

setuju bahawa penggunaan resos dapat meningkatkan minat, penglibatan serta kefahaman

murid terhadap konsep Matematik. 95% daripada responden juga setuju bahawa bahan

bantu mengajar dapat juga memupuk perasaan ingin tahu dalam kalangan murid. Setelah

meneleti kajian tersebut, saya turut mempunyai pandangan yang tersendiri. Keberkesanan

sesuatu resos dipilih mestilah mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi minat dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Resos matematik seperti Blok Dienes merupakan suatu alat manipulatif

yang digunakan oleh pelajar untuk belajar konsep-konsep asas matematik Penambahan,

Penolakan, Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam

cara yang berlain untuk mempelajari nombor dan corak. Blok 3-dimensi an dibuat bahan-

bahan yang terpakai dan sebagainya.

Murid dapat membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa,

terdapat sebuah kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan

berbrcantum serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu

iaitu 100 kiu jika penggunaan dienes digunakan secara optimum. Oleh itu, jika murid sudah

dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan pergiraan.

Guru boleh menggunakan di dalam bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep

model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman mereka sendiri

tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila

menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek - satu teknik

penting dalam pembelajaran prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal

perkembangan kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan alat manipulatif

berkurangan semasa mereka bergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti

ini pelajar menggunakan Dienes blok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka

"membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa dengan istilah lebih besar,

lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada yang paling dekat nilai,digit tempat.

Page 6: Pengenalan (2)

Kebaikan

Penggunaan resos dapat mengatasi masalah seperti disiplin pelajar, kekurangan

masa, kawalan kelas dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru. Resos bukan

sahaja dapat meingkatkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan

variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajran dalam kelas.

Selain itu, proses pembelajaran yang berkesan pada masa yang singkat akan

berlaku di kelas. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media

pengajaraan. Ia juga membantu pdp mencapai objektifnya. Pada masa yang sama ia juga

dapat menarik minat pelajar dalam Matematik.

Daya pengingatan murid dapat dipertingkatkan dengan penggunaan resos yang

berkesan semasa menyampaikan pelajaran. Disamping pelajar, tenaga pengajar juga dapat

dibantu untuk mengubah teknik dan kaedah pengajaran. Pengajar juaga dapat menjelaskan

konsep pelajaran dengan berkesan. Guru-guru dapat mempelbagaikan media pengajaran

boleh menimbilkan minat yang berterusan kepada pelajar. Ia juga menjimatkan masa

pengajar semasa pembelajaran. Media pengajaran juga mendorong daya kreativiti pengajar

dengan pelajar. Guru mempelbagaikan bentuk , warna cara penggunaan resos .

Resos merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar. Ia menyediakan satu dasar

kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan

bergai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. Ia turut membekalkan satu dasar untuk

perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka

lebih kekal.

Di samping itu, resos juga menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi

dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar lebij

mendalam dan pelbagai. Resos juga menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan

perkembangan perbendaharan kata. Resos menawarkan pengalaman yang ebenar dan

dengan demikian merangsang kegiatan seorang pelajar.

Cadangan

Berdasarkan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa cadangan bagi

melaksanakan pdp matematik dengan berkesan.

Page 7: Pengenalan (2)

Guru perlu menghadiri beberapa kursus yang berkaitan dengan resos.guru –guru

perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan mengendalikan resos

supaya dapat memenuhi cirri-ciri yang sepatutnya. Pelaksaanan pengajaran Matematik

dengan resos hendaklah dijalankan dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat

kesan positif.

Pihak sekolah harus peka dengan kewujudan resos berbentuk perisian yang terdapat

di pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi mendapatnya. Pengurusan

sekolah pelu menyediskn kemudahan prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini

terutama media alat pandangan dengar.pihak sekolah juga perlu merancang dan

mengadakan aktiviti penghasilkan resos yang terancang dan berkesan dengan bantuan

guru yang berkenaan.

Page 8: Pengenalan (2)

kesimpulan

Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru terutamanya

untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka mendapat ilmu yang

sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang sangat berguna jika

digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran

semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat

perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid agar lebih

memahami antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan total secara maksimum perlu

digunakan untuk resos yang telah tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat

mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai  kebaikan dan kelebihan tersendiri. 

Secara keseluruhnyapelajar berpendapat Bahan Bantu mengajar yang digunakan

oleh guru berupaya menarik minat mereka. Bbm yang digunakan olehguru telah dapat

mengelak kebosanan pelajar dalam kelas matematik dan menukarkannya kepada suasana

yang memupuk minat yang positif terhadap matematik.

Kesesuaian bahan dengan isi pelajaran yang diajar penting bagi memastikan isi

pelajaran yang disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Tidak kira apa jua

bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran pembelajan , yang perlu

dipastikan ianya mesti dapat menyediakan suasana pembelajran yang memberangsangkan

minat pelajar.

Pelajar berpendapat bahawa penggunaan resos dalam pdp telah memdorong dan

memotivasikan diri mereka supaya lebih rajin belajar.

Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang berbentuk #B

iaitu menbosankan, membingungkan, dan memberatkan pelajar kita. Ia sepatutnya dijadikan

sebagai suatu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar.

Para guru sentiasa berusaha mencari dalam diri pelajar. Untuk itu, penggunaan pelbagai

teknik pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna

dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman , pengalaman dan minat pelajar perlu diambil

kira. Ini supaya minat pelajar dapat dikekalkan selama yang diperliukan baginya untuk

menguasai idea atau isi pelajaran tertentu.