pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial...

29
Isi Kandungan Pengenalan............................................ 2 Pengertian Qadhiyah................................... 2 Pembahagian Qadhiyah.................................. 3 Qadhiyah Hamliyah....................................4 Qadhiyah Syarthiyah..................................4 Pembahagian Qadhiyah Hamliyah.......................5 Sur Qadhiyah Hamliyah...............................7 Pembahasan Qadhiyah Syarthiyah.......................9 Bahagian Qadhiyah Syarthiyah........................9 Tanaqud.............................................. 16 Qadhiyah Aks Mustawi................................. 17 Bibliography......................................... 19 1

Upload: dotuyen

Post on 13-May-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Isi KandunganPengenalan...............................................................................................................2

Pengertian Qadhiyah................................................................................................2

Pembahagian Qadhiyah............................................................................................3

Qadhiyah Hamliyah..............................................................................................4

Qadhiyah Syarthiyah.............................................................................................4

Pembahagian Qadhiyah Hamliyah.....................................................................5

Sur Qadhiyah Hamliyah......................................................................................7

Pembahasan Qadhiyah Syarthiyah.......................................................................9

Bahagian Qadhiyah Syarthiyah..........................................................................9

Tanaqud.................................................................................................................16

Qadhiyah Aks Mustawi...........................................................................................17

Bibliography...........................................................................................................19

1

Page 2: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Pengenalan.Ilmu mantiq ialah satu ilmu yang membicarakan atau membahaskan tentang kaedah-kaedah

pemikiran manusia yang mana dengan adanya keadah tersebut akan dapat mengawal pemikiran

manusia dan mengelakkan mereka daripada membuat kesilapan berdasarkan garis panduan yang

telah diberikan. Untuk mengetahui keberkesanan kaedah tersebut, akal memainkan peranan yang

penting. Oleh itu, di antara keistimewaan manusia daripada sekalian makhluk ciptaan Allah ialah

akal untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah dan disamping itu juga untuk

mengetahui mana yang betul (bermanfaat) dan mana yang salah (memberi mudharat). Dalam

essei ini akan menjelaskan mengenai pengertian qadhiyah dalam mantiq, mengetahui cabang-

cabangnya, perbezaan antara qadhiyah Hamliyah dan qadhiyah Syarthiyah dan mengetahui

bahagian qadhiyah Syarthiyah.

Pengertian Qadhiyah.Menurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi di antara dua

perkara.

Manakala dalam ilmu mantiq qadhiyah membawa erti jumlah (mufidah) dalam ilmu Nahu.

Apabila sejumlah rangkaian kata-kata digabungkan menjadi satu maka ia akan membentuk kata-

kata yang tersusun sekaligus mengandungi makna tersendiri yang mudah difahami. Contohnya:

i. Urusan ini meletihkan.

ii. Sebahagian mahasiswa tidak hadir kuliah.

Qadhiyah juga ialah:

لذاته والكذب الصدق يحثمل مفيد قول

Ertinya: Pernyataan yang sempurna, yang isinya mengandungi kemungkinan benar atau salah.

Dalam sesuatu perkara atau kejadian terdapat dua kemungkinan iaitu adakah ianya benar atau

salah. Contohnya:

i. Tahun depan saya akan menjadi graduan.

2

Page 3: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

ii. Bangunan KUPUSB yang baru dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Kejadian-kejadian seperti ini belum dapat dipastikan adakah ianya akan terjadi ataupun tidak.

Berdasarkan definisi di atas, qadhiyah ialah menghukumkan antara dua perkara yang tidak

diketahui kesahihannya benar atau salah.

Jika salah satu daripada perkara tersebut benar-benar terjadi, maka ianya bukan disebabkan oleh

qadhiyah (kata-kata) itu, akan tetapi ianya disebabkan oleh orang yang mengatakannya kerana

kata-kata itu tidak akan terjadi dengan sendirinya melainkan ada yang melaksanakannya. Begitu

juga sebaliknya, jika salah satu daripada perkara tersebut tidak berlaku, maka ia bukanlah salah

qadhiyah tersebut melainkan orang yang mengatakannya kerana ia tidak melaksanakannya atau

berbohong tentang perkara tersebut. Inilah mengapa perkara atau qadhiyah itu dikatakan

mempunyai dua kemungkinan.

Pembahagian Qadhiyah.Tiap-tiap qadhiyah itu mempunyai tiga unsur iaitu:

i. Mawdu (Al-Mahkum ‘alaih).

Contoh: Siti sedang tidur. Yang menjadi mawdu(subjek) ialah siti.

ii. Mahmul (Al-Mahkum bih).

Contoh: Aiman pergi memancing. Yang menjadi mahmul (predikat) ialah memancing.

iii. Rabithah (penghubung).

Contoh: Kamal pergi membeli makanan. Yang menjadi rabithah ialah pergi.

Qadhiyyah terbahagi kepada dua, iaitu:

I. Qadhiyah Hamliyah

II. Qadhiyah Syarthiyah.

3

Page 4: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Qadhiyah HamliyahMenerangkan tentang terjadinya sesuatu ketetapan hukum itu tidak bergantung pada suatu yang

lain. Ianya juga adalah antara mawdu dan mahmul yang tidak terikat dengan mana-mana syarat.

Contohnya jika kita membayangkan tentang sesuatu, lalu kita nilai apa yang kita bayangkan itu

dengan sesuatu yang lain maka, apa yang kita bayangkan pada awalnya itulah yang disebut

sebagai mawdu manakala yang kemudiannya itu ialah mahmul dan yang menghubungkan di

antara keduanya ialah rabithah. Contohnya:

Bulan itu cantik

(Mawdu) (rabithah) (mahmul)

Qadhiyah SyarthiyahApabila dua ayat daripada qadhiyah hamliyah itu dihubungkan dengan suatu perkataan yang

berbentuk syarat seperti jika, kalau, bagaimanapun dan banyak lagi, maka akan terhasil qadhiyah

syarthiyah. Contohnya:

a) Daging direbus.

b) Daging menjadi rapuh.

Ayat yang pertama disebut sebagai muqaddam dan yang kedua pula ialah tali. Apabila

dicantumkan keduanya ia menjadi jika daging direbus, ia menjadi rapuh. Qadhiyah syarthiyah

dibahagikan pula kepada dua bahagian iaitu qadhiyah syarthiyah muttashilah dan qadhiyah

syarthiyah munfashilah. Kedua-dua qadhiyyah di atas saling melengkapi antara satu sama lain

dan daripada penyatuan ini terbentuklah qadhiyah syarthiyah muttashilah.

Adapun qadhiyah syarthiyah yang satu lagi ialah dua qadhiyah yang digabungkan menjadi satu

dengan perkataan seperti adakalanya, mungkin, kadang-kadang dan sebagainya. Akan tetapi

gabungan itu tidak menjadikan qadhiyah itu mempunyai maksud yang sama malah ia berlawanan

antara keduanya disebabkan oleh perbezaan maksud apabila kedua-dua qadhiyah tersebut

dipisahkan. Contohnya:

4

Page 5: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

a) Muhammad di dalam rumah.

b) Muhammad di luar rumah.

Apabila digabungkan ia menjadi adakalanya Muhammad di dalam rumah, adakalanya

Muhammad di luar rumah. Ini adalah contoh qadhiyah syarthiyah munfashilah.

Keistimewaan qadhiyah hamliyah ialah qadhiyah tersebut dapat dibentuk dengan suatu yang

positif dan juga negatif, tidak seperti qadhiyah syarthiyah.

Pembahagian Qadhiyah Hamliyah.Qadhiyah hamliyah dibahagikan seperti berikut:

i. Qadhiyah hamliyah mujibah kulliyah.

ii. Qadhiyah hamliyah mujibah juz’iyah.

iii. Qadhiyah hamliyah salibah kulliyah.

iv. Qadhiyah hamliyah salibah juz’iyah.

Qadhiyah Hamliyah Mujibah Kulliyah.Yang dimaksudkan dengan mujibah ialah qadhiyah yang digabungkan antara muqaddam (benar)

dan tali (salah) adalah merupakan suatu kelaziman (kebiasaan).

Mujibah kulliyah ialah qadhiyah yang diantara muqaddam dan talinya terdapat gabungan dalam

setiap keadaan dan situasi. Contohnya:

i. جماد المفكرين من واحد ال

Tidak ada satu pun dari benda yang berfikir itu mati.

ii. بمفكر الجماد من شيئ ال

Tidak ada satu pun dari benda mati itu berfikir.

5

Page 6: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Qadhiyah Hamliyah Mujibah Juz’iyah.Mujibah juz’iyah ialah qadhiyah yang di antara muqaddam dan talinya terdapat gabungan dalam

beberapa keadaan atau waktu-waktu yang tidak tertentu. Contohnya:

i. حجر الجماد بعض

Sebahagian benda yang mati itu batu.

ii. جماد حجر كل

Setiap batu adalah benda mati.

Qadhiyah Hamliyah Salibah Kulliyah.Yang dimaksudkan dengan salibah ialah qadhiyah yang di antara tali dan muqaddamnya tidak

mempunyai apa-apa hubungan yang lazim.

Salibah kulliyah ialah qadhiyah yang di antara muqaddam dan talinya tidak mempunyai ikatan

dalam segala keadaan dan situasi. Contohnya:

i. Tidak semestinya setiap kali mahasiswa itu rajin, setiap kali pula ia mendapat

penghargaan.

Qadhiyah Hamliyah Salibah Juz’iyah.Salibah juz’iyah ialah qadhiyah yang di antara muqaddam dan talinya tidak mempunyai

hubungan dalam sesuatu keadaan atau waktu yang tidak tertentu. Contohnya:

i. Tidak semestinya setiap kali mahasiswa itu rajin, ia pasti akan menjadi ijazah (keadaan).

ii. Tidak semestinya hanya pada bulan Ramadhan anda boleh berpuasa (situasi).

Qadhiyah hamliyah yang dilihat dari segi mawdu ada empat bahagian iaitu:

i. Syakhshiyah

ii. Muhmalah

iii. Kulliyah

iv. Juz’iyah

Syakhshiyah.

6

Page 7: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Qadhiyah hamliyah yang mana mawdunya adalah merupakan manusia yang tertentu atau

mawdunya itu terdiri daripada salah satu isim-isim (kata nama) ma’rifah. Contohnya: China

mempunyai populasi yang paling ramai di dunia.

Muhmalah.Qadhiyah hamliyah yang mana mawdunya adalah dengan lafaz kulli, tetapi mahmulnya belum

tentu ada pada semua atau sebahagian mawdunya. Contohnya:

Manusia itu bijak. Dikategorikan sebagai muhmalah adalah kerana bijak (mahmul) itu tidak ada

pada semua manusia (lafaz kulli). Tidak dapat dikatakan semua manusia itu bijak kerana ada

sesetengah daripada mereka yang diciptakan oleh allah dalam keadaan yang kurang upaya.

Kulliyah.Qadhiyah hamliyah yang mana mawdunya adalah dengan lafaz kulli manakala mahmulnya

bergantung sepenuhnya kepada mawdu. Contohnya:

Seluruh makhluk yang hidup memerlukan makanan.

Mawdu dengan lafaz kulli Mahmul

Juz’iyah.Qadhiyah hamliyah yang mana mawdunya adalah dengan lafaz juz’i manakala mahmulnya

hanya sebahagian saja yang bergantung kepada mawdu. Contohnya:

Sebahagian benda cair. Perkataan sebahagian benda itu adalah lafaz juz’i yang menjadi mawdu

manakala perkataan cair pula ialah mahmul yang hanya terdapat pada sebahagian benda sahaja.

Sur Qadhiyah Hamliyah.Sur adalah perkataan arab yang bermaksud pagar atau batas. Dari segi bahasa pula ialah

rangkuman. Maksudnya ialah merangkumi semua atau sebahagian sahaja. Seperti lafaz semua,

tiap-tiap atau sebahagian, tidak semua dan sebagainya. Kesemua lafaz sur tersebut apabila ia

berada di awal lafaz atau qadhiyah maka dinamakan ia qadhiyah mahshurah iaitu qadhiyah yang

cukup jelas rangkumannya, semua atau sebahagian.

Manakala dari segi istilah mantik, sur ialah lafaz yang merujuk kepada kamiyah (jumlah) yang

ditentukan yang berlaku kepada mawdu. Contohnya:

7

Page 8: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

i. Berapa banyak peserta yang melibatkan diri dalam persembahan dikir itu?

ii. Sebahagian peserta melibatkan diri.

Sur terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

i. Sur kulli mujabah.

ii. Sur kulli salibah.

iii. Sur juz’i mujabah.

iv. Sur juz’I salibah.

Sur Kulli Mujabah.Lafaz untuk sur kulli mujabah ialah setiap, sekalian, umumnya, seluruhnya dan sebagainya yang

menunjukkan adanya mahmul pada keseluruhan mawdu. Contohnya:

i. Semua yang hidup pasti akan mati.

ii. Semua saudara-mara hadir.

Sur Kulli Salibah.Lafaz untuk sur kulli salibah ialah tidak satu pun, tidak seorang pun, tiada satu pun berupaya,

tiada satu pun yang kuat, tiada seorang lelaki pun dan sebagainya yang menunjukkan tiada

adanya mahmul pada keseluruhan mawdu. Contohnya:

i. Tiada satu pun berupaya melawan takdir Allah

ii. Tidak satu pun murid yang menurutinya.

Sur Juz’i Mujabah.Lafaz untuk sur juz’i mujabah ialah sebahagian, banyak, sebahagian besar, sedikit dan

sebagainya yang menunjukkan adanya mahmul pada sebahagian mawdu. Contohnya:

i. Sebahagian mahasiswa lewat masuk kuliah.

ii. Sedikit saja yang memberikan perhatian.

Sur Juz’i Salibah.Lafaz untuk sur juz’i salibah ialah tidaklah sebahagian, tidaklah setiap, tidaklah semua,

sebahagian tidak dan sebagainya yang menunjukkan tiada adanya mahmul pada sebahagian

mawdu. Contohnya:

8

Page 9: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

i. Tidaklah setiap yang datang itu menyukainya.

ii. Tidaklah semua wanita Islam itu menutup aurat.

Pembahasan Qadhiyah Syarthiyah.Pengertian Qadhiyah Syarthiyah adalah seperti berikut:

Gabungan diantara dua qadhiyah dan dimasukkan didalamnya adat syarat ( شرط (اداةseperti: jika, kalau, bagaimanapun dan sebagainya. Jika dalam Bahasa arab adat syaratnya

ialah lau, in, kullama, mahma dan sebagainya. Dengan dimasukkan adat syarat ini maka

kedua-dua ayat ini menjadi satu qadhiyah baru. Contoh ayat: Sekiranya anda berusaha,

maka anda akan berjaya.

Qadhiyah syarthiyah ini juga adalah tergantungnya suatu hukum yang tidak lengkap itu

kepada suatu hukum yang lain. Contoh ayat: Kalau saya sehat, saya pergi rumah awak.

Qadhiyah Syarthiyah adalah sesuatu penyataan yang mengikat sesuatu hukum dengan

sesuat syarat atau ikatan. (Ab. Latif & Rosmawati, 1997) Contoh: Sekiranya matahari

terbit, siang akan wujud. Oleh itu, seandainya matahari tidak terbit, siang tidak akan

berlaku.

Bahagian Qadhiyah Syarthiyah.Qadhiyah Syarthiyah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

Qadhiyah Syarthiyah Al-Muttashilah

Qadhiyah Syarthiyah Al-Munfasillah.

Qadhiyah Syarthiyah Al-MuttashilahQadhiyah Syarthiyah Muttashilah adalah qadhiyah yang mempunyai hubung kait antara

qadhiyah pertama dan qadhiyah yang kedua, yang mana kedua-duanya diikat oleh adat (kata)

syarat. Qadhiyah syarthiyah juga membawa maksud sesuatu al-Qadhiyah yang dihukumkan

kebenaran sesuatu al-qadhiyah dengan berdasarkan kepada kebenaran satu al-qadhiyah yang lain

ketika membuat ithbat iaitu penetapan atau ijab, iaitu positif. Antara lain juga, bermaksud tidak

benar sesuatu al-qadhiyah itu berdasarkan tidak benar satu al-qadhiyah yang satu lagi.

Contohnya: Jika sekiranya matahari terbenam, maka malam pun menjelang1.

1 (Ab. Latif & Rosmawati, 1997)

9

Page 10: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Juzu’ (جزء)Qadhiyah Syarthiyah MuttashilahQadhiyah Syarthiyah Muttashilah mempunyai tiga unsur atau juzu’ kalimah yang mesti ada

didalamnya, iaitu:

Muqaddam (المقدم) dikenali juga dengan jumlah as-syarat ( الشرط .(جملة

Tali (التالي) dikenali juga dengan jumlah al-jawab ( الجواب .(جملة

Adat As-Syarat ( الشرط (اداة

Contoh ayat:

Jika (adat syarat) matahari terbit (muqaddam), terjadilah siang (tali).

Kalau (adat syarat) saya sehat (muqaddam), saya pergi ke rumah awak (tali).

Sur Qadhiyah Syarthiyah Al-MuttashilahSur Qadhiyah Syarthiyah Al-Muttashilah ini terbahagi kepada empat bentuk, iaitu:

1) Kulliyah Mujabah.

2) Kulliyah Salibah

3) Juz’iyah Mujabah

4) Juz’iyah Salibah

Kuliyyah MujabahSur untuk Al-Qadhiyah Al-Syarthiyah Al-Muttashilah Kulliyyah Mujabah ialah: Kullama (كلما) iaitu setiapkali. Mahma (مهما) iaitu bagaimanapun dan mata(متى) iaitu bilapun.

Contoh: Apabila setiap bangsa mendalami ilmu pengetahuan, maka bangsa itu akan maju.

Kulliyah SalibahSur untuk Al-Qadhiyah Al-Syarthiyah Al-Muttashilah Kulliyyah Salibah ialah: Laisa al-Battata (

البتة .iaitu tidak sekali-kali (ليس

Contoh: Tidak sekali-kali apabila setiap bangsa itu mendalami ilmu pengetahuan, maka

keadaan bangsa itu mundur.

10

Page 11: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Juz’iyah MujabahSur untuk Al-Qadhiyah Al-Syarthiyah Al-Muttashilah Juz’iyah Mujabah ialah: Qad yakunu(قد .iaitu kadang-kadang akan berlaku (يكون

Contoh: Kadang-kadang akan berlaku. Bila hujan lebat turun di sesuatu daerah, maka

terjadinya banjir.

Juz’iyah SalibahSur untuk Al-Qadhiyah Al-Syarthiyah Al-Muttashilah Juz’iyah Salibah ialah: Qad La Yakunu (

يكون ال .iaitu kadang-kadang tidak akan berlaku (قد

Contoh: Kadang-kadang tidak akan berlaku. Jika sesuatu itu logam, pasti sesuatu itu emas.

Qadhiyah syarthiyah Al-MunfashilahQadhiyah Syarthiyyah munfashilah itu berbeza dengan qadhiyah syarthiyah muttasilah iaitu

qadhiyah yang menetapkan adanya perlawanan antara dua juzu’nya. Seperti: Laila adakalanya

berjalan, adakalanya berlari.

Kata berjalan dan berlari jelas berlawanan, berlainan dan berpisah. Namun kedua kata-kata ini

diikat oleh kata adakalanya (adat syarat) yand dalam Bahasa arabnya imam, sehingga muncul

menjadi satu qadhiyah. Disebabkan yang diikat itu berlawanan maka ia diberi nama Qadhiyah

Syarthiyah Munfasillah.2 (Munfasillah adalah: berpisah)

Bahagian Qadhiyah Syarthiyah MunfasillahQadhiyah Syarthiyah Munfasillah terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

1) Mani’ah Jam’in,

2) Mani’ah Khuluw,

3) Mani’ah jam’in wa Khuluw

2 (Prof Dr H. Baihaqi, 2012)

11

Page 12: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Mani’ah jam’inDitolak perkumpulannya. Maksudnya Muqaddam dan At-tali tidak dapat dikumpulkan sekaligus,

tetapi boleh jika keduanya dipisahkan sekaligus.

Contohnya: Ali adakalanya duduk dan ada kalanya berdiri. Perbuatan duduk dan berdiri tidak

dapat dilakukan sekaligus tetapi kedua-duanya boleh untuk tidak dilakukan

sebagai contoh ia sedang tidur atau sebagainya.

Mani’ah KhuluwMelarang kosong, melarang tidak ada atau melarang terlepas. Dalam ilmu mantiq mani’ah

Khuluw adalah bahawa muqaddam dan tali dalam qadhiyah syarthiyah munfashilah tidak

mungkin kosong, dipisahkan atau ditidakkan dari sesuatu secara sekaligus.3

Contohnya: Aisyah ada kalanya berada dilautan, adakalanya tidak tenggelam. Perkawa ini

boleh jadi jika Aisyah berperahu misalnya.

Mani’ah Jam’in wa Khuluw (Haqiqiyyah)Tidak dapat dikumpulkan dan tidak dapat dipisahkan. Maksudnya muqaddam dan al-tali tidak

dapat dikumpulkan sekaligus dan tidak juda dapat dipisahkan darinya sekaligus.

Contohnya: Muhammad adakalanya mati dan adakalanya hidup, andaikata Muhammad

sekaligus mati dan hidup itu tidak mungkin terjadi, sebaliknya jika ia tidak

mati dan tidak juga hidup maka itupun tidak mungkin.

SUR QADHIYAH SYARTIYAH MUNFASHILAHSur adalah lafaz yang memberi ukuran pengertian hal atau zaman atas satu

qadhiyah ,bertentangan atau tidak antara muqaddam dan tali.

Sur qadhiyah syartiyah munfashilah terbahagi kepada dua iaitu kulli dan juz’i. Sementara itu

kulli dan juz’i pula masing-masing terbahagi kepada dua iaitu kulli ijabi dan salibi, juz’i ijabi

dan salibi.

3 (Prof Dr H. Baihaqi, 2012)

12

Page 13: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Sur Kulli.Sur kulli terbahagi kepada dua iaitu sur kulli ijabi dan sur kulli salibi. Sur kulli ijabi bagi

qadhiyah syartiyah munfashilah ditentukan oleh adanya perlawanan antara muqaddam dan tali-

nya dalam segala keadaan dan waktu. Lafaz untuk itu adalah: selamanya. Dan ia di panggil

da’iman dalam Bahasa arab.

Contoh;

Selamanya adakalanya cuaca musim hujan atau musim kemarau.

Selamanya adakalanya udara bersih atau kotor.

Sur kulli salibi bagi qadhiyah syartiyah munfashilah ditentukan oleh tidak ada perlawanan

antara muqaddam dan tali-nya dalam segala keadaan dan waktu. Lafaz untuk itu adalah: tidak

sama sekali.Dan ia dipanggil laisa al-battah dalam Bahasa arab.

Contoh;

Tidak sama sekali adakalanya bilangan ganjil dan adakalnya tidak dapat dibahagi dua.

Tidak sama sekali manusia itu adakalanya hidup ,adakalanya tidak mati.

Sur Juz’i. Sur juz’i terbahagi kepada dua iaitu sur juz’i ijabi dan sur juz’i kulli. Sur juz’i ijabi bagi

qadhiyah syartiyah munfashilah ditentukan oleh adanya perlawanan antara muqaddam dan tali-

nya dalam beberapa keadaan dan waktu-waktu yang tidak tertentu. Lafaz untuk itu adalah:

kadang-kadang dan dalam Bahasa arab ia dipanggil qad yakunu.

Contoh:

Kadang-kadang adakalanya bunga itu berkembang,adakalanya layu.

Kadang-kadang adakalanya anak itu menangis,adakalanya tertawa.

13

Page 14: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Sur juz’i salibi bagi qadhiyah syartiyah munfashilah ditentukan oleh adanya perlawanan antara

muqaddam dan tali-nya pada beberapa keadaan dan waktu –waktu yang tidak tertentu. Lafaz

untuk itu adalah: kadang-kadang tidak dan dalam Bahasa arab ialah qad la yakunu.

Contoh:

Kadang-kadang tidak adakalanya bangsa Indonesia itu orang Jawa dan adakalanya orang Bugis.

Qadhiyah juga terbahagi kepada muhashalah dan ma’dulah. Qadhiyah muhashshalah adalah

qadhiyah hamliyah yang terdiri dari mawdu ( subjek ) dan mahmul ( predikat ) yang masing-

masing mawdu dan mahmul tidak dimasuki huruf sur. Qadhiyah muhashshalah terbahagi kepada

tiga iaitu qadhiyah muhashshalah mawdu, mahmul dan mawdu& mahmul.

Qadhiyah muhashshalah mawdu adalah qadhiyah yang mawdu-nya tidak mendapat kata

menidakkan.

Contoh:

Udara bersih.

Udara tidak bersih.

Mawdu ( udara ) pada kedua contoh itu tidak mendapat kata-kata tidak. Sedang kata-kata tidak

dalam contoh kedua bukan menidakkan mawdu( udara ) tetapi menidakkan mahmul ( bersih ).

Qadhiyah muhashshalah mahmul adalah qadhiyah yang mahmul-nya tidak mendapat kata-kata

tidak

Contoh:

Udara bersih.

Tidaklah udara bersih.

Mahmul (bersih) pada kedua contoh tidak mendapat kata-kata menidakkan. Kata-kata tidaklah

dalam contoh kedua bukan menidakkan mahmul ( bersih ) tetapi menidakkan mawdu ( udara ).

14

Page 15: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Qadhiyah muhashshalah mawdu dan mahmul adalah qadhiyah yang mawdu dan mahmul-nya

tidak mendapat kata-kata menidakkan.

Contoh:

Udara bersih.

Harga meningkat.

Hutang banyak.

Ma’dulah juga terbahagi kepada tiga iaitu qadhiyah ma’dulah mawdu, mahmul dan mawdu &

mahmul. Qadhiyah ma’dulah adalah bila mawdu atau mahmul atau keduanya dimasuki huruf

nafi.

Qadhiyah ma’dulah mawdu adalah qadhiyah yang kata menidakkan merupakan bahagian dari

(atau terdapt pada) mawdu-nya atau sebagian dari satuan mawdu nya ditidakkan.

Contoh:

Sebahagian yang bukan manusia adalah rumah.

Sebahagian yang bukan haiwan adalah manga.

Qadhiyah ma’dulah mahmul adalah qadhiyah yang kata-kata menidakkan merupakan bagian

dari mahmul-nya.

Contoh:

Cuaca tidak cerah.

Cuaca bukan tidak cerah.

Udara tidak sihat.

Udara bukan tidak sihat.

Qadhiyah ma’dulah mawdu dan mahmul adalah qadhiyah yang kata-kata menidakkan

merupakan bahagian ari mawdu dan mahmul-nya.

15

Page 16: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Contoh:

Setiap yang tidak bekerja keras tidak akan berhasil.

Setiap yang tidak jujur tidak akan disenangi.

TanaqudTanaqud adalah dua qadhiyah berlawanan secara positif ( ijab ) dan negatif (salab) sehingga yang

satu benar dan yang lainnya salah.

Contoh:

Kelapa buah ( Q.1 ) ditanaqudhkan ( diperlawankan ) dengan kelapa bukan buah ( Q.2 ) , maka

Q.1 benar dan Q.2 salah.

Untuk menentukan dua qadhiyah bertentangan harus memenuhi 8 syarat:

1- Sama mawdu pada Q.1 dan Q.2.

2- Sama mahmul pada Q.1 dan Q.2.

3- Sama waktu pada Q.1 dan Q.2.

4- Sama tempat terjadi pada Q.1 dan Q.2.

5- Sama dalam hal cara Q.1 dan Q.2 (Antara disengaja dibuat supaya menjadi sesuatu dengan

tanpa disengaja dibuat sehingga menjadi sesuatu tadi dengan sendirinya ).

6- Sama dalam hal sebagian ( juz’i ) dan keseluruhan ( kulli ) antara Q.1 dan Q.2.

7- Sama syarat ( kata ; jika,seandainya,dsb )pada Q.1 dan Q.2.

8- Sama idhafah dalam Q.1 dan Q.2.

16

Page 17: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Tanaqudh (perlawanan) untuk qadhiyah hamliyah syakhsiyah dan qadhiyah syartiyah

makhshushah memadai dengan membuat yang satu mujibah (kalimah positif ) dan yang lainnya

salibah ( kalimah negativf ). Adapun qadhiyah yang diberi sur baik hamliyah mahupun syartiyah

tidak memadai dengan yang mujibah (positif ) disalibahkan (negatif) tetapi harus di lengkapkan

dengan ketentuan lainnya.

Syarat lain untuk tanaqudh:

- Pada qadhiyah syartiyah muttashilah, kedua qadhiyah yang diperlawankan harus sama dalam

hal luzumiyah (keterikatan antara muqaddam dan tali secara keharusan ) dan ittifaqiyah

( keterikatan antara muqaddam dan tali secara kebetulan ).

- Pada qadhiyah syarthiyah munfashilah, kedua qadhiyah yang di perlawankan harus sama

dengan hal inadiyah ( perlawanan antara muqaddam dan tali berlaku dengan sendirinya ) dan

itifaqiyah ( perlawanan antara muqaddam dan tali berlaku secara kebetulan ).

- Kulliyah dengan kulliyah yang memakai sur,begitu juga juziyah dengan juziyah yang memakai

sur, tidak biasa diperlawankan jika mawdu-nya lebih umum daripada mahmul-nya kerana kedua

kulliyah yang diperlawankan akan menjadi masalah dan kedua juziyah yang diperlawankan akan

menjadi benar. Padahal dalam tanaqudh,qadhiyah yang satu harus benar dan yang lainnya harus

salah.

Qadhiyah Aks MustawiTerdiri dari dua kata aks dan mustawi. Dalam terminology ilmu Mantiq aks adalah menjadikan

bahagian pertama dari qadhiyah pertama menjadi bahagian kedua pada qadhiyah kedua dan

bahagian kedua pada qadhiyah kedua menjadi bahagian pertama pada qadhiyah pertama.

Mustawi adalah setelah dua qadhiyah dibalik, pengertiannya tidak berubah. Aks mustawi, kedua

qadhiyah setelah dibalik tetap benar dan mempunyai pengertian yang sama.

Contoh:

Setiap orang Aceh adalah bangsa Indonesia ( Q1 )

Sebagian bangsa Indonesia adalah orang Aceh ( Q2 )

17

Page 18: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Setelah qadhiyah pertama diaks yang lantas memunculkan qadhiyah kedua ternyata keduanya

tetap benar. Dengan demikian aksnya benar.

Aks naqid ertinya lawan atau pertentangan dan ia terbahagi kepada dua iaitu aks naqid nawfiq

bererti memindahkan qadhiyah pada qadhiyah lain, mawdu qadhiyah kedua diambil dari naqid

mawdu qadhiyah pertama. Mahmulnya diambil dari naqid mawdu qadhiyah pertama dengan

syarat sidiqnya dan kaifnya tetap sama dan kedua ialah aks naqid mutakhif yang bermaksud

memindahkan suatu qadhiyah pada qadhiyah lain, mawdu nya qadhiyah kedua diambil dari

naqid mahmul qadhiyah.

Al-aks bermaksud membalikkan, membelokkan dan memalingkan.

Aks qadhiyah hamliyah dilakukan dengan cara menukar mawdu qadhiyah asal menjadi mahmul

qadhiyah aks dan mahmul qadhiyah aks menjadi mawdu qadhiyah asal.

Contoh:

Setiap orang Timur timur bangsa Indonesia ( Q1 )

Sebagian bangsa Indonesia orang Timur timur( Q2 )

Aks qadhiyah syarthiyah muttashhilah dilakukan dengan cara membuat muqaddam pada

qadhiyah asal menjadi tali pada qadhiyah aks dan tali pada qadhiyah aks menjadi muqaddam

pada qadhiyah asal.

Kesimpulannya, Qadhiyah ialah penyataan yang diucapkan oleh seseorang kepada orang lain

yang mempunyai maksud tersendiri yang boleh difahami. Ianya terbahagi kepada beberapa

bahagian dan setiap bahagian tersebut mempunyai makna dan peranan mereka masing-masing.

18

Page 19: Pengenalan. - 12dt067 [licensed for non-commercial …12dt067.pbworks.com/w/file/fetch/78708278/MANTIQ.docx · Web viewMenurut Kamus Al-Munawwir qadhiyah berarti mengadili atau menghukumi

Bibliography

Ab. Latif , M., & Rosmawati, A. (1997). Pengantar Ilmu Mantik. Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur: Pustaka

Salam SDN BHD.

Dr H. A. Basiq Djalil, S. (2010). Logika Ilmu Mantiq. Rawamangun, Jakarta: Prenada Media Group.

Kholisa, N. (2011, September 03). PEMBAHASAN TENTANG QADHIYAH . Retrieved from sekitar dunia

islam:

Prof Dr H. Baihaqi, A. (2012). "Ilmu Mantik" Teknik dasar berpikir logik. Jakarta, Indonesia: Darul Ulum

Press.

http://nurkholisalbantani.blogspot.com/2011/09/pembahasan-tentang-qadhiyah-qadhiyah.html

http://muhammadlatifqohari.blogspot.com/2013/10/hukum-hukum-qodhiyah-mantiq.html

http://eri-belajarbarengyuuk.blogspot.com/2011/07/pembagian-qadhiyah-syarthiyah.html

19