pengeluaran umur 55 tahun - kwsp.gov.my · pdf filetarikh cetakan : v01/01/2018 pengeluaran...

5
Tarikh Cetakan : V01/01/2018 PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 tahun Pengeluaran pada apa-apa amaun dan bila-bila masa (Any Amount, Any Time) KELAYAKAN MEMOHON 1. Ahli bertaraf warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia 2. Ahli berumur di antara 55 tahun hingga umur 59 tahun 3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 55 SYARAT-SYARAT PENGELUARAN 1. Ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP daripada Akaun 55 pada bila-bila masa dan tiada had amaun minimum pengeluaran bagi membantu menyara kehidupan di hari persaraan apabila ahli mencapai umur 55 tahun 2. Bagi permohonan yang dibuat:- 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 55 tahun bayaran akan dibuat selepas ahli mencapai umur 55 tahun Setelah mencapai umur 55 tahun bayaran akan dibuat selepas tarikh permohonan diluluskan 3. Ahli boleh memilih untuk memohon Pengeluaran Umur 55 Tahun secara Kesemua Simpanan atau Sebahagian dan/atau Bayaran Bulanan sehingga ahli mencapai umur 100 tahun KELAYAKAN PENGELUARAN Ahli boleh memilih Pengeluaran Umur 55 Tahun secara fleksibel mengikut kelayakan pengeluaran yang ditetapkan TUJUAN

Upload: trantram

Post on 13-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2018 PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55

Tarikh Cetakan : V01/01/2018

PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55 tahun

Pengeluaran pada apa-apa amaun dan bila-bila masa (Any Amount, Any Time)

KELAYAKAN MEMOHON

1. Ahli bertaraf warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia

2. Ahli berumur di antara 55 tahun hingga umur 59 tahun

3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 55

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

1. Ahli boleh mengeluarkan simpanan KWSP daripada Akaun 55 pada bila-bila masa dan tiada

had amaun minimum pengeluaran bagi membantu menyara kehidupan di hari persaraan

apabila ahli mencapai umur 55 tahun

2. Bagi permohonan yang dibuat:-

1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 55 tahun bayaran akan dibuat

selepas ahli mencapai umur 55 tahun

Setelah mencapai umur 55 tahun bayaran akan dibuat selepas tarikh

permohonan diluluskan

3. Ahli boleh memilih untuk memohon Pengeluaran Umur 55 Tahun secara Kesemua

Simpanan atau Sebahagian dan/atau Bayaran Bulanan sehingga ahli mencapai umur 100

tahun

KELAYAKAN PENGELUARAN

Ahli boleh memilih Pengeluaran Umur 55 Tahun secara fleksibel mengikut kelayakan

pengeluaran yang ditetapkan

TUJUAN

Page 2: PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2018 PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55

Tarikh Cetakan : V01/01/2018

BIL. KELAYAKAN PENGELUARAN WARGANEGARA

BUKAN WARGANEGARA

Menjadi ahli

sebelum 1

Ogos 1998

Menjadi ahli

pada /

selepas 1

Ogos 1998

1. Kesemua simpanan

Boleh memohon pada bila-bila masa

2.

Sebahagian Simpanan

Tiada had amaun minimum

Boleh memohon pada bila-bila

masa

X

3.

Bayaran Bulanan

Pengeluaran minimum RM1,200.00

iaitu RM100.00 sebulan untuk

sekurang-kurangnya 12 bulan

Had tempoh maksimum bayaran

bulanan sehingga umur 100 tahun

X

4.

Kombinasi

(Sebahagian Simpanan dan Bayaran

Bulanan)

*Rujuk kelayakan item 2 & 3

X

5.

Pengeluaran Dividen Tahunan

Permohonan Bayaran Dividen

Tahunan ke atas simpanan tahun

sebelumnya secara sekaligus (lump

sum)

Bayaran Dividen secara Bulanan

Pengeluaran minimum RM600.00

iaitu RM100.00 sebulan untuk

sekurang-kurangnya 6 bulan

Tempoh bayaran minimum 6 bulan

dan maksimum sehingga 12 bulan

X

Nota:

Ahli bukan warganegara akan terhenti tanggungan mencarum selepas membuat Pengeluaran

Umur 55 Tahun

Page 3: PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2018 PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55

Tarikh Cetakan : V01/01/2018

KAEDAH BAYARAN

1. Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN

Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank

Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan

dibuat melalui Cek Jurubank

2. Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-

Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat

matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank

Asing; ATAU

Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam

borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank

Asing

DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Permohonan Di Kaunter

Pemegang MyKad

Permohonan diproses secara ‘Hassle Free’, ahli tidak perlu mengisi Borang

Permohonan

Bukan Pemegang MyKad

Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)

Dokumen pengenalan diri (asal dan salinan)

Maklumat Akaun Bank

(Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau penyata akaun bank atau salinan akaun

bank semasa membuat permohonan pengeluaran bagi memudahkan proses bayaran

pengeluaran)

Page 4: PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2018 PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55

Tarikh Cetakan : V01/01/2018

Borang KWSP 3 (Pindaan) – jika pengecaman Cap Ibu Jari gagal

2. Permohonan Melalui Pos

Borang Pengeluaran KWSP 9B (AHL)

Salinan MyKad / dokumen pengenalan diri

Borang KWSP 3 (Pindaan)

DOKUMEN SOKONGAN

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Umur 50 Tahun / 55 Tahun / 60 Tahun /

Simpanan Melebihi RM1 Juta di laman web KWSP atau Pejabat KWSP untuk semua

dokumen yang diperlukan

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak

lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

NOTA AMARAN

Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen

Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan

dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan

pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda

tidak melebihi RM10, 000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

PERTANYAAN

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini,

sila hubungi:-

Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran

Pusat Pengurusan Perhubungan Tel: 03-8922 6000

Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Page 5: PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN - kwsp.gov.my · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2018 PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan apabila ahli mencapai umur 55

Tarikh Cetakan : V01/01/2018

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang

dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat

www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan

panduan umum kepada ahli