pengejaan perkataan d wacana satu huraian satu suku kata ... · pdf fileam lawannya khas....

1
P erbincangan tajuk ini sebenarnya lebih kepada perkataan yang mempunyai satu suku kata tertutup dengan vokal [a] sahaja kerana kata lain yang bersuku kata tertutup dengan vokal [e], [i], [o] dan [u] dieja mengikut kaedah pengejaan Jawi seperti biasa. Biasanya perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup dengan vokal [a], huruf alif [ ] di tengahnya tidak ditulis. Begitu juga dengan kata yang berasal daripada perkataan Inggeris. Contoh : Walau bagaimanapun, perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup dengan vokal [a] yang dimulai dengan huruf waw [ ], hendak- lah ditulis huruf alifnya. Contoh: Perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup dengan vokal [a] yang dipinjam daripada bahasa Arab hendaklah dieja mengikut ejaan bahasa Arabnya yang asal. Contoh: Latihan 1. Wak menaiki bas ke bandar untuk membeli cat. 2. Jam itu khas untuknya. 3. Am lawannya khas. RALAT Penulisan Kata Ganti Singkat Kata Ganti Singkat dalam contoh Rumi sepatutnya ditulis rapat den- gan kata yang hadir selepasnya sama dengan contoh Jawi. Kaedah penulisan kata ganti singkat dalam ejaan Jawi sama sahaja dengan ejaan Rumi. Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008 PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor BH PILIH L4 19 emel Pengejaan Perkataan Satu Suku Kata D alam Bahagian II ren- cana ini, telah dimulakan huraian tentang dua jenis penanda wacana, iaitu penanda leksikal dan penanda rujukan. Berikut disambung huraian ten- tang tiga lagi penanda wacana, iaitu (i) penanda penghubung, (ii) penanda penggantian dan (iii) elipsis atau penanda peng- guguran. Perbincangan diakhiri dengan huraian tentang jenis- jenis wacana. Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang meng- hubungkan perkataan dan frasa dalam ayat lain dalam sesuatu wacana. Penanda penghubung terdiri daripada empat jenis, iaitu (a) penghubung tambahan, (b) penghubung tentangan, (c) peng- hubung musabab dan (d) peng- hubung tempoh. Penanda wacana penghubung tambahan memberikan maklu- mat tambahan kepada yang diper- katakan sebelumnya. Contoh penghubung tambahan ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih- lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Satu contoh: Dia sang- gup membantu kami. Malahan dia sanggup menyumbang wang ring- git, jika perlu. Penanda wacana penghubung tentangan ialah penghubung yang menyatakan pertentangan maklumat antara ayat baharu dengan ayat sebelumnya. Antara contoh penghubung tentangan ialah: tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, dan walau bagai- manapun. Satu contoh dalam wacana: Mereka bersetuju dengan cadangan itu pada prinsipnya. Walau bagaimanapun, mereka kurang bersetuju dengan langkah jangka pendek yang dicadangkan. Penanda wacana penghubung musabab pula menyatakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh pe- nanda wacana musabab ialah kerana, sebab, oleh sebab dan oleh itu. Contoh: Dia berasa sangat lapar. Oleh itu, dia terus menuju ke restoran yang terdekat. Jenis penanda wacana seterus- nya ialah penanda penggantian. Penanda penggantian ialah unsur yang menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat sebelum- nya. Perhatikan contoh berikut: Mereka bertanya tentang berita peletakan jawatan oleh pegawai tersebut. Perkara ini dianggap sangat penting. Dalam wacana ini, ungkapan perkara itu ialah unsur yang menggantikan frasa peletakan jawatan oleh pegawai tersebut. Akhir sekali ialah elipsis atau penanda pengguguran. Elipsis ialah unsur pengguguran, iaitu pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan da- lam ayat sebelumnya. Ini bererti pengguguran perkataan atau fra- sa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteks. Perhatikan contoh berikut: (1) Kami menziarahi nenek di hospi- tal. (2) Demikian juga Pak Hamid. Dalam ayat (2) unsur yang telah digugurkan ialah menziarahi nenek di hospital. Wacana terbahagi kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, yakni melibatkan pembi- cara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan ke- dua-dua pihak, pembicara dan pendengar, secara langsung. Da- lam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara dan gerak badan untuk menyam- paikan mesej kepada pendengar. Pembicara akan mendapat tindak balas daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan ialah perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran radio dan tele- visyen. Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan meli- batkan hubungan antara penu- lis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu hala. Penulis tidak berha- dapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat tin- dak balas secara langsung dari- pada pembaca. Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pe- ngarang atau penulis. Antara con- toh wacana tulisan ialah yang terdapat dalam akhbar, majalah dan buku. Wacana wujud bukan setakat pada peringkat ayat tetapi meli- puti tahap yang besar, iaitu pe- renggan, bab, buku dan majalah. Wacana yang berkesan mengan- dungi ciri-ciri pertautan dan ke- sinambungan yang baik. Ciri-ciri pertautan dan kesinambungan ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat tetapi juga antara perenggan dengan perenggan dan bab dengan bab. Kejayaan seseorang penulis atau pengucap amat bergantung pada bagaimana dia menghasilkan wacana yang berkesan. Wacana Satu Huraian Ringkas (Bahagian III) BAHASA SUKUAN Mudul M udul ialah kosa kata baha- sa suku kaum Iranun yang bermaksud bibir. Kata ini di- ucapkan dalam dua suku kata “mu- dul” . Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat yang berikut; Akibat pukulan yang kuat mudulnya berdarah. Oleh Norzanani Kata KATA KLASIK Oleh Wahyunah Abd. Gani Kapit T akrif: pengiring, pembantu Contoh ayat: Seri Lela Pahlawan jadi panglimanya, Seri Raja Perkasa jadi kapitnya, Jadi ketuha perahu ketujuhnya, Menerima kerja ikut padahnya. servis kilas Servis yang dilakukan dalam per- mainan badminton, pingpong dan sebagainya dengan bahagian belakang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan. servis kuda Teknik hantaran (sepakan) perta- ma bola dalam permainan sepak takraw dengan menggunakan bahagian atas kaki slalom 1. Perlumbaan ski yang melalui la- luan yang bengkang-bengkok serta pelbagai halangan yang sukar. 2. Perlumbaan yang serupa, misalnya dengan menaiki kayak. subakua Berkaitan dengan sukan di bawah permukaan air: kelab subakua tendang duyung Keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dengan gaya kuak kupu-kupu. triatlon Pertandingan olahraga yang meng- hendaki setiap peserta menyertai tiga acara yang berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh. Oleh Zaiton Nasir KOSA KATA BAHARU BIDANG SUKAN Kauberi Kuambil Kaudengar Kuterima Rumi Jawi ISTILAH SEMASA Oleh Raja Shaiful Azizul Azuan BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA parolee orang diparol memory stick jalur ingatan hot tub tab panas; tab mandian panas marbleized bak marmar widget widget blogger pemblog banner web sepanduk web bunting web gegantung web mobile game mainan mudah alih playlist senarai audio video telemovie telefilem Bas Cat Gas Jam Kad Van Rumi Jawi Wad Wak Wang Wat Wau Rumi Jawi Am Bab Hal Khas Rab Zan Zab Rumi Jawi

Upload: vuongkiet

Post on 07-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengejaan Perkataan D Wacana Satu Huraian Satu Suku Kata ... · PDF fileAm lawannya khas. RALAT Penulisan Kata Ganti Singkat ... Kaedah penulisan kata ganti singkat dalam ejaan Jawi

Perbincangan tajuk ini sebenarnya lebih kepada perkataan yang mempunyai satu suku kata tertutup dengan vokal [a] sahaja kerana kata lain yang bersuku kata tertutup dengan vokal [e], [i],

[o] dan [u] dieja mengikut kaedah pengejaan Jawi seperti biasa. Biasanya perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup dengan vokal [a], huruf alif [ ] di tengahnya tidak ditulis. Begitu juga dengan kata yang berasal daripada perkataan Inggeris. Contoh :

Walau bagaimanapun, perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup dengan vokal [a] yang dimulai dengan huruf waw [ ], hendak-lah ditulis huruf alifnya. Contoh:

Perkataan yang terdiri daripada satu suku kata tertutup dengan vokal [a] yang dipinjam daripada bahasa Arab hendaklah dieja mengikut ejaan bahasa Arabnya yang asal. Contoh:

Latihan1. Wak menaiki bas ke bandar untuk membeli cat.2. Jam itu khas untuknya.3. Am lawannya khas.

RALAT Penulisan Kata Ganti SingkatKata Ganti Singkat dalam contoh Rumi sepatutnya ditulis rapat den-gan kata yang hadir selepasnya sama dengan contoh Jawi.

Kaedah penulisan kata ganti singkat dalam ejaan Jawi sama sahaja dengan ejaan Rumi.

Halaman Empat BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008

PEDOMAN BAHASABersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

PEDOMAN EJAAN JAWI Bersama Wan Mohd SaophyAmizul Wan Mansor

BH PILIH L4 19 emel

Pengejaan PerkataanSatu Suku Kata

Dalam Bahagian II ren-cana ini, telah dimulakan huraian tentang dua jenis

penanda wacana, iaitu penanda leksikal dan penanda rujukan. Berikut disambung huraian ten-tang tiga lagi penanda wacana, iaitu (i) penanda penghubung, (ii) penanda penggantian dan (iii) elipsis atau penanda peng-guguran. Perbincangan diakhiri dengan huraian tentang jenis-jenis wacana.

Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang meng-hubungkan perkataan dan frasa dalam ayat lain dalam sesuatu wacana. Penanda penghubung terdiri daripada empat jenis, iaitu (a) penghubung tambahan, (b) penghubung tentangan, (c) peng-hubung musabab dan (d) peng-hubung tempoh.

Penanda wacana penghubung tambahan memberikan maklu-mat tambahan kepada yang diper-katakan sebelumnya. Contoh penghubung tambahan ialah dan, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu dan selanjutnya. Satu contoh: Dia sang-gup membantu kami. Malahan dia sanggup menyumbang wang ring-git, jika perlu.

Penanda wacana penghubung tentangan ialah penghubung yang menyatakan pertentangan maklumat antara ayat baharu dengan ayat sebelumnya. Antara contoh penghubung tentangan ialah: tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, dan walau bagai-manapun. Satu contoh dalam wacana: Mereka bersetuju dengan cadangan itu pada prinsipnya. Walau bagaimanapun, mereka kurang bersetuju dengan langkah jangka pendek yang dicadangkan.

Penanda wacana penghubung musabab pula menyatakan sebab berlakunya sesuatu. Contoh pe-nanda wacana musabab ialah kerana, sebab, oleh sebab dan oleh itu. Contoh: Dia berasa sangat lapar. Oleh itu, dia terus menuju ke restoran yang terdekat.

Jenis penanda wacana seterus-nya ialah penanda penggantian. Penanda penggantian ialah unsur yang menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat sebelum-nya. Perhatikan contoh berikut: Mereka bertanya tentang berita peletakan jawatan oleh pegawai tersebut. Perkara ini dianggap sangat penting. Dalam wacana ini, ungkapan perkara itu ialah unsur yang menggantikan frasa peletakan jawatan oleh pegawai tersebut.

Akhir sekali ialah elipsis atau

penanda pengguguran. Elipsis ialah unsur pengguguran, iaitu pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan da-lam ayat sebelumnya. Ini bererti pengguguran perkataan atau fra-sa melibatkan maklumat yang telah diketahui oleh pembaca atau pendengar berdasarkan konteks. Perhatikan contoh berikut: (1) Kami menziarahi nenek di hospi-tal. (2) Demikian juga Pak Hamid. Dalam ayat (2) unsur yang telah digugurkan ialah menziarahi nenek di hospital.

Wacana terbahagi kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan.

Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, yakni melibatkan pembi-cara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ialah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan ke-dua-dua pihak, pembicara dan pendengar, secara langsung. Da-lam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara dan gerak badan untuk menyam-paikan mesej kepada pendengar. Pembicara akan mendapat tindak balas daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan ialah perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran radio dan tele-visyen.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan meli-batkan hubungan antara penu-lis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu hala. Penulis tidak berha-dapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat tin-dak balas secara langsung dari-pada pembaca. Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pe-ngarang atau penulis. Antara con-toh wacana tulisan ialah yang terdapat dalam akhbar, majalah dan buku.

Wacana wujud bukan setakat

pada peringkat ayat tetapi meli-puti tahap yang besar, iaitu pe-renggan, bab, buku dan majalah. Wacana yang berkesan mengan-dungi ciri-ciri pertautan dan ke-sinambungan yang baik. Ciri-ciri pertautan dan kesinambungan ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat tetapi juga antara perenggan dengan perenggan dan bab dengan bab. Kejayaan seseorang penulis atau pengucap amat bergantung pada bagaimana dia menghasilkan wacana yang berkesan.

Wacana Satu Huraian Ringkas (Bahagian III)

BAHASA SUKUAN

Mudul

Mudul ialah kosa kata baha-sa suku kaum Iranun yang bermaksud bibir. Kata ini di-

ucapkan dalam dua suku kata “mu-dul”. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat yang berikut; Akibat pukulan yang kuat mudulnya berdarah.

Oleh Norzanani Kata

KATA KLASIK

Oleh Wahyunah Abd. Gani

Kapit

Takrif: pengiring, pembantuContoh ayat:Seri Lela Pahlawan

jadi panglimanya,Seri Raja Perkasa jadi kapitnya,Jadi ketuha perahu ketujuhnya,Menerima kerja ikut padahnya.

servis kilas Servis yang dilakukan dalam per-mainan badminton, pingpong dan sebagainya dengan bahagian belakang tangan yang memegang raket atau pemukul menghala ke pemain lawan.

servis kudaTeknik hantaran (sepakan) perta-ma bola dalam permainan sepak takraw dengan menggunakan bahagian atas kaki

slalom 1. Perlumbaan ski yang melalui la- luan yang bengkang-bengkok serta pelbagai halangan yang sukar. 2. Perlumbaan yang serupa, misalnya dengan menaiki kayak.

subakua Berkaitan dengan sukan di bawah permukaan air: kelab subakua

tendang duyung Keadaan apabila kedua-dua kaki serentak turun bengkok dan naik lurus semasa berenang dengan gaya kuak kupu-kupu.

triatlon Pertandingan olahraga yang meng-hendaki setiap peserta menyertai tiga acara yang berlainan, iaitu renang, lumba basikal dan larian jarak jauh.

Oleh Zaiton Nasir

KOSA KATA BAHARUBIDANG SUKAN

Kauberi

Kuambil

Kaudengar

Kuterima

Rumi Jawi

ISTILAH SEMASA

Oleh Raja Shaiful Azizul Azuan

BAHASAINGGERIS

BAHASAMALAYSIA

parolee orang diparolmemory stick jalur ingatanhot tub tab panas; tab mandian panasmarbleized bak marmarwidget widgetblogger pemblogbanner web sepanduk webbunting web gegantung webmobile game mainan mudah alihplaylist senarai audio videotelemovie telefilem

Bas

Cat

Gas

Jam

Kad

Van

Rumi Jawi

Wad

Wak

Wang

Wat

Wau

Rumi Jawi

Am

Bab

Hal

Khas

Rab

Zan

Zab

Rumi Jawi