pengegalan tanaman fertigasi

Upload: hjamli

Post on 07-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Pengegalan Tanaman Fertigasi

    1/1

    TANAMAN FERTIGASI

    11:54 PMPENGENALAN KEPADA TANAMAN FERTIGASI

    Teknologi pertanian masa kini terus berubah mengikut perubahan zaman. Hasil pengeluaran

    bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapatdipermudahkan, mengelak serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapatdikurangkan. Kaedah Fertigasi kini semakin mendapat tempat di Malaysia dan mula diusahakan

    oleh pelbagai golongan terutama usahawan dalam bidang pertanian.Fertigasiberasal dari dua perkataan Inggeris iaitufertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi

    iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro.Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato,timun jepun,cili

    merah,terung,melon, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan

    tanaman bernilai tinggi dipasaran.Kelebihan Sistem Fertigasi antara lain pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang

    ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh

    pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal seranggaperosak dan merumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis

    serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan.Sistem ini juga tidak

    menggunakan tanah.Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam

    padi,rootwool,perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan

    sekam padi digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.

    Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 RM 180,000 untuk kawasan seluas satuekar.Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas

    kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun.

    BAB 1 : ASAS FERTIGASI

    Penanaman secara Fertigasi ialah kaedah penanaman di mana baja lengkap dalam bentuk larutan

    nutrient diagihkan ke pangkal tanaman tanpa menggunakan tanah.

    Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang sesuai mengandungi media bukan tanah, maka

    ia tiada nutrient yang seimbang. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kadar

    nutrient yang seimbang, kepekatan dan mutu baja yang dibekalkan

    Tujuan utama Fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar

    seperti Phytium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bacteria. Ini semua berasal daripada

    tanah. Penyakit lain yang merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada cil

    http://fertigasi-teknik.blogspot.com/2008/01/tanaman-fertigasi.htmlhttp://fertigasi-teknik.blogspot.com/2008/01/tanaman-fertigasi.html