panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

11
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my Ditulis oleh Mohd Ashraf bin Hj. Shuib http://www.mohdashraf.com

Upload: zaidi-rahman

Post on 18-Dec-2014

3.325 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

Ditulis oleh Mohd Ashraf bin Hj. Shuib

http://www.mohdashraf.com

Page 2: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

Panduan asas ini akan membantu anda memahami asas tanaman cili secara fertigasi.

Anda akan pelajari:

1. Takrif Fertigasi

2. Alatan Asas Fertigasi

3. Pemilihan Benih Cili

4. Penyediaan Anak Benih

5. Pembajaan

6. Penjagaan Pokok

7. Memungut Hasil

8. Rumah Lindungan Hujan

Ebook Panduan Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi adalah percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai memahami Asas Tanaman Cili Secara Fertigasi. Ianya tidak termasuk Panduan Lengkap Tanaman Cili Secara Fertigasi. Anda dibenarkan untuk memberikan ebook ini secara percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah isi kandungan ebook ini. Anda tidak dibenarkan menjual ebook ini secara digital mahupun fizikal.

Sila hantar feedback berkenaan ebook ini ke email [email protected]. >> Lawati blog penulis untuk mengetahui pelbagai teknologi dalam bidang agro di http://www.MohdAshraf.com<<

Page 3: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

TAKRIF FERTIGASI

Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak kepada tanaman. Media yang biasa digunakan dalam teknik fertigasi adalah sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara berkala.

ALATAN ASAS FERTIGASI

Penitis / Dripper

Tiub Mini

Penyambung Tiub Mini

Paip poli 16mm

Paip poli 25mm / 32mm

Penapis

Pam Elektrik

Pengatur Masa Elektronik

Tangki

Page 4: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

PEMILIHAN BENIH CILI

Benih yang digunakan dalam teknik fertigasi dipilih daripada varieti yang berkualiti tinggi. Pada masa sekarang, benih Cili Kulai 568 F1 Hibrid menjadi pilihan para petani kerana buahnya agak besar dan pokok sederhana tinggi.

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Biji benih dirawat sebelum disemai ke dalam dulang semaian yang diisi dengan peatmoss. Peatmoss digunakan kerana mempunyai kandungan baja dan keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih.

Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yang biasa digunakan untuk tanaman cili secara fertigasi adalah 16” x 16” dan berwarna putih.

Perbandingan Cili Kulai 568 F1 Hibrid bersama Cili Kulai biasa. Cili Kulai

568 F1 Hibrid

Page 5: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

PEMBAJAAN

Baja yang digunakan dalam teknik fertigasi mestilah larut dalam air. Selain itu, kandungan baja perlulah sesuai untuk pertumbuhan pokok daripada keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.

Kandungan baja fertigasi untuk tanaman cili adalah Set A (Kalsium nitrat, Zat besi) dan Set B ( Kalium Nitrat, Mono-kalium hydrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat).

Larutan Set A dan Larutan Set B perlu diasingkan ke dalam bekas yang berlainan untuk mengelak berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya mendakan.

Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air bersih dan diukur dengan menggunakan EC Meter untuk dijadikan air baja yang akan dialirkan ke dalam polibeg.

Page 6: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

PENJAGAAN POKOK

Pokok cili perlu dipacakkan kayu pancang/sokongan untuk mengelakkan pokok daripada tumbang jika angin kuat. Selain daripada itu, kayu sokongan juga diperlukan untuk mengikat dahan daripada melentur dan patah jika buah lebat pada sesuatu dahan.

Jadual Pemberian Baja Bagi Tanaman Cili Selepas Dipindah Ke Polibeg

MINGGU MASA EC

1 Antara 9.00am hingga 5.30pm 1.4-1.6

2 Antara 9.00am hingga 5.30pm

1.4-1.6

3 Antara 9.00am hingga 5.30pm 1.6-1.8

4 Antara 9.00am hingga 5.30pm 2.0-2.2

5 Antara 9.00am hingga 5.30pm 2.2-2.4

6 Antara 9.00am hingga 5.30pm 2.4-2.6

7 Antara 9.00am hingga 5.30pm 2.4-2.6

8 sehingga

tamat Antara 9.00am hingga 5.30pm 2.5-2.6

Page 7: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

Pokok perlu dipantau setiap hari untuk mengesan jika terdapat penitis yang tersumbat dan pokok tidak dapat bekalan air baja.

Meracun

Racun yang biasa digunakan adalah racun serangga, ulat dan racun kulat.

Memandangkan media tanaman yang digunakan adalah bebas daripada penyakit bawaan tanah, maka pokok cili mendapat penyakit hanya daripada serangan serangga, ulat dan kulat.

Terdapat 2 teknik dalam meracun pokok cili:

1. Meracun 3-4 hari sekali dengan mencampurkan semua jenis racun.

2. Melihat pada tanda serangan serangga dan kulat, kemudian meracun serangga dan kulat yang berkenaan sahaja.

Page 8: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

MEMUNGUT HASIL

Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan pucuk baru, bunga, putik dan buah. Setiap hari akan ada buah yang masak, tetapi bergantung pada bilangan pokok. Jika kurang daripada 2,000 pokok, buah cili dipungut setiap 2-3 hari sekali selepas masak pada kali pertama. Anggaran hasil setiap kali pungutan untuk keseluruhan 2,000 pokok adalah 30kg.

Walau bagaimanapun, jika lebih daripada 3,000 pokok, buah boleh dipungut setiap hari.

Pungutan buah cili berterusan sehinggalah hasil yang diperolehi kurang elok untuk dijual. Secara purata, sepohon pokok cili dapat menghasilkan kira-kira 2.5kg hingga 3 kg buah yang elok sepanjang hayat pokok tersebut.

Terdapat 3 keadaan di masa buah cili boleh dipungut:

1. Semasa buah masih hijau

2. Semasa buah sedikit kemerahan

3. Semasa buah sudah merah

Buah yang berwarna sedikit kemerahan akan bertukar merah selepas beberapa hari dipungut. Buah yang sedikit kemerahan ini lebih disukai pemborong kerana tahan lama.

Buah hijau dan buah merah boleh dijual terus kepada kedai makan.

Page 9: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

RUMAH LINDUNGAN HUJAN

Rumah Lindungan Hujan tidak menjadi satu kewajipan dalam tanaman cili. Ramai pengusaha cili yang sudah berjaya tanpa Rumah Lindungan Hujan.

Bergantung kepada cuaca, Rumah Lindungan Hujan amat diperlukan bagi kawasan yang taburan hujannya tinggi seperti di kawasan Cameron Highlands dan Taiping.

Jika tiada Rumah Lindungan Hujan di kawasan tersebut, air hujan akan bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan akan mengurangkan kepekatan air baja untuk kegunaan tanaman dan akan merugikan pengusaha.

Di kawasan utara, dalam masa satu tahun, hujan lebih kurang 3 hingga 4 bulan sahaja. Bakinya dalam setahun tiada hujan. Maka agak membazir jika didirikan Rumah Lindungan Hujan kerana hanya digunakan dalam masa 3 hingga 4 bulan sahaja dan kos untuk membina Rumah Lindungan Hujan pula adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, penggunaan Rumah Lindungan Hujan dapat memberikan hasil yang lebih tinggi terutama pada musim hujan kerana buah yang dihasilkan lebih berkualiti disamping harga cili pada musim hujan adalah tinggi.

Page 10: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

PESANAN PENAJA

Jika anda berminat untuk mencuba teknik fertigasi, sebagai hobi dan sebagai salah satu cara untuk mempelajari teknik fertigasi dengan mudah dan murah, anda boleh dapatkan DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro dengan harga RM170 untuk Semenanjung Malaysia dan RM190 untuk Sabah dan Sarawak. Harga yang dinyatakan termasuk penghantaran.

TEMPAHAN

Untuk mendapatkan DIY Set Mini Fertigasi Abi Agro, sila lawati laman web http://www.abiagro.com.my

Page 11: Panduan asas-tanaman-cili-secara-fertigasi-100309082943-phpapp01

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

BIODATA PENULIS

Mohd Ashraf bin Hj. Shuib adalah seorang yang terlalu meminati bidang perniagaan. Perniagaan yang sedang beliau miliki adalah Abi Agro (RA0010770-X) www.abiagro.com.my dan beberapa perniagaan online. Perniagaan yang telah direalisasikan adalah perniagaan tani, menggunakan teknologi moden dalam pertanian ( fertigasi dan anak pisang tisu

kultur ), selaras dengan hasrat dan harapan negara ke arah negara yang maju dalam pertanian.

Masih lagi menuntut dalam bidang Sarjana di Universiti Putra Malaysia, beliau ingin membuktikan bahawa pertanian bukan lagi untuk golongan bawahan.

Lawati laman web beliau di www.MohdAshraf.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.