pengawetan spesimen

12
PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN Pengawetan haiwan dalam cecair Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol (etanol) adalah pengawet dan penetap yang paling umum digunakan. Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini. Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol. Walau bagaimana pun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama sekali dengan haiwan vetebrata. Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya. Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau cengkerang kalsium kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian berkalsium (calcareous). Hal ini dapat diatasi dengan meneutralkan fomalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila. Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya. Ini biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50% dan 60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%. Di bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-bahan pengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan. Spesimen Bahan Pemengsan Atau Membunuh Bahan Pengawet i Coelenterata Bubuhkan hablur mentol ke dalam air. Alkohol 70% ii Annelida Contoh : Cancing tanah, lintah dll. Megnesiunn Klorid 7% Fomalin 5% atau alkohol 70% 1

Upload: fahmi-fuhai

Post on 02-Jan-2016

127 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

X

TRANSCRIPT

Page 1: pengawetan spesimen

PENGAWETAN SPESIMEN-SPESIMEN HAIWAN KECIL DAN TUMBUHAN

Pengawetan haiwan dalam cecair

Semua haiwan mesti dipengsankan dahulu sebelum dibunuh agar ianya dapat diawet dalam keadaan yang sempurna. Formalin dan etil alkohol (etanol) adalah pengawet dan penetap yang paling umum digunakan. Formalin komersial biasanya diperolehi sebagai 40% larutan formaldehid. Semua pencairan fomalin adalah disediakan dari bahan komersial 40% ini.

Formalin mengeraskan tisu dan menghasilkan kerapuhan jika dibandingkan dengan alkohol. Walau bagaimana pun ia adalah pengawet yang sesuai untuk pengawetan sementara terutama sekali dengan haiwan vetebrata. Semua spesimen yang diawet dalam fomalin lambat laun akan menjadi keras dan rapuh jika tidak dipindahkan dalam pengawet alkohol. Jika ini perlu dilakukan spesimen-spesimen boleh terlebih dahulu dibasuh bagi menghilangkan baunya.

Formalin adalah tidak sesuai untuk haiwan yang mempunyai kerangka atau cengkerang kalsium kerana larutan komersil ini biasanya adalah berasid dan akan melembutkan bahagian berkalsium (calcareous). Hal ini dapat diatasi dengan meneutralkan fomalin tersebut. Formalin dapat mengawet warna spesimen-spesimen lebih lama lagi jika dibandingkan dengan alkohol sungguhpun memang diketahui tidak ada satu pun bahan pengawet yang dapat mengekalkan warna asal spesimen sampai bila-bila.

Haiwan yang lembut elok ditetapkan dan diawetkan dalam alkohol. Organisma bergelatin lembut memerlukan penetanan beransur bergantung kepada ketumpatan dan saiznya. Ini biasanya dari dua hingga enam jam bagi setiap kepekatan alkohol dari 30% , 50% dan 60% yang mana selepas itu ianya disimpan dalam alkohol 70%.

Di bawah ini ada diberikan panduan bagi cara-cara memengsan membunuh dan bahan-bahanpengawet yang digunakan keatas spesimen-spesimen haiwan.

Spesimen Bahan Pemengsan Atau Membunuh

Bahan Pengawet

i Coelenterata Bubuhkan hablur mentol ke dalam air.

Alkohol 70%

ii AnnelidaContoh : Cancing tanah, lintah dll.

Megnesiunn Klorid 7% Fomalin 5% atau alkohol70%

iii Mollusca (tidak berangka)Contoh: Lintah Bulan dan Sotong.

Urethane 2% atau beberapa titik propyline klorid

Fomalin 5% atau alkohol 70%

iv MolluscaContoh: Siput dan Kerang

Magnesium klorid 7% Formalin 5% jika besar suntikan dengan 10% formal in dahulu.

v EchinodermataContoh: Gamat, tapak sulaiman

Masukkan terus kedalam air tawar

Formalin 5% jika besar suntikan dengan 10% formal in dahulu.

vi Crustacea (laut) Contoh: Udang, ketam dll.

Masukkan dalam air tawar Formalin 5% jika besar suntikan dengan 10% formal in dahulu.

vii Serangga Contoh: Kumbang

Ethyl Acetat Keringkan dipinkan, larva disimpan dalam alkohol 70-80%.

1

Page 2: pengawetan spesimen

viii Veterbrata daratan reptilia, amphibia dan lain-lain.

Ether, klorofom Suntik dengan alkhol 70% atau fomalin 10% dan disimpan dalam fomalin 10%.

ix Ikan Larutan urethane 10% Formalin 10% (suntik jika spesimen besar)

Cara-cara menyediakan bahan pengawet cecair. Anda boleh menyediakan bahan pengawet dengan mengikuti cara-cara dibawah;

Untuk Formalin – kepekatan 1%:

Formalin (formaldehyde 40%) - 1 mlAir - 99 mlJumlah isipadu - 100 ml

Untuk alkohol – kepekatan 70%:

Alkohol (grade mutlak) - 70 mlAir - 30 mlJumlah isipadu - 100 ml

Alkohol (95%) - 75 mlAir - 25 mlJumlah isipadu - 100 ml

Pengawetan Rangka Haiwan Vertabrata: Satu cara pengawetan ialah pengawetan dalam bentuk penyediaan rangka haiwan (taksidermi). la adalah satu kaedah yang mana tulang-tulang haiwan tersebut diproses untuk diawet dan dibentuk dalam kedudukan yang aslinya. lanya sangat sesuai untuk dijadikan bahan bahan rujukan dan bahan pameran di sekolah. Berikut adalah senarai langkah-langkah yang anda ikuti untuk menyediakan rangka haiwan anda.

a. Mula-mula matikan haiwan dengan menggunakan klorofom dalam bekas yang tertutup.b. Kemudian buangkan kulit atau bulu pada haiwan tersebut.c. Buangkan segala isi perut dan organ-organ dalam badan.d. Lepaskan itu masukkan kedalam air mendidih selama satu jam. (tertakluk pada saiz haiwan)

supaya senang membuang tisu dan otot.e. Keluarkan spesimen tadi dan mula buangkan semua otot (isi) yang melekat pada tulang-

tulang.f. Kemudian rendamkan ke dalam amonium hidroksida (pelarut lemah ) selama 24 jam.g. Keluarkan selepas itu dan rendamkan ke dalam larutan 5% hidrogen prosikda selama 8 jam

untuk memutikkan tulang.h. Lepas itu basuhkan dengan air dan keringkan di bawah cahaya lampu.i. Apabila tulang-tulang telah kering anda gamkan semula tulang-tulang yang tertanggal dan

disamping itu membentuk kedudukan semulajadi haiwan tersebut.Rangka yang telah siap seeloknya dipaku atau dilekatkan pada pelantar untuk mudah dialih dan disimpan.

j. Anda boleh disapuskan tulang-tulang tersebut shelac untuk melindungi daripada kulat atau bakteria.

2

Page 3: pengawetan spesimen

PENGUMPULAN DAN PENGAWETAN SERANGGA

Serangga terdapat di mana-mana di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kumpulan. Setengah spesies-spesies lain tersebar luas di berbagai-bagai jenis lokasi. Ada jenis-jenis afid, sebagai contoh terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah (host) sementara ada yang menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlaianan spesies sebagai perumah,

Cara-cara pengumpulan

Biasanya cara-cara pengumpulan adalah kurang selective (memilih) iaitu kemungkinan speseis -spesies berlainan tidak akan dikutip sekali. Sebagai contoh pengumpulan dengan cara-cara menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan pengumpulan serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut. Serangga-serangga di bahagian bawah tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan. Begitujuga serangga yang terdapat di atas permukaan tanah dan di bawah tidak akan dikutip langsung dengan kaedah begini.

Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net), jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan seperti rimbunan daun-daun, pokok-pokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.

Membunuh dan Mengawet Serangga

Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate. lanya boleh diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam botol pemati (killing bottle). Walaupun ia mudah terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan sianida (cyanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang, walaupun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate.

Serangga-serangga yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi. Sesetengah pengumpul lebih suka menggunakan larutan Hood's yang boleh disediakan dengan cara berikut:

Larutan Hood's

Ethyl alkohol - 1485 mlAir suling - 330 mlAsid asitik glasial - 83 mlBenzol - 83 ml

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95%

Larutan KAAD

Kerosene - 1 bahagianAlkohol ethyl 95% - 10 bahagianasid asetik glacial - 2 bahagiandiaxane - 1 bahagian

3

Page 4: pengawetan spesimen

Menyemat (Pinning) Serangga-Serangga

Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi badannya. Jenis Coleoptera (kumbang) disemat menerusi kepak kanannya. lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa ianya disemat menerusi thorax dan pangkal kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas hujungpin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block). Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading beads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan direntang hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-serangga kecil boleh dilekatkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan gam. Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya menghadap ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin.

Mengering Serangga

Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak serangga. Susun serangga-serangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 50oC hingga 60oC, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semut-semut perosak dan lainnya.

Melabel

Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan tarikh pengumpulan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi.

Menyimpan Serangga

Specimen yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau gegat memasukinya. Ubat gegat (Naftalena) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di sebelah tepi kotak . Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa. Sejenis larutan boleh disediakan sebagai rawatan kepada kotak-kotak serangga ini. Ianya disapukan di permukaan dalam kotak dan dijemur sehingga kering. Cara menyediakan adalah seperti berikut:

Bahan Kuantitia. Serbuk Napthelene 3 Ib (1360 g)b. Kloroform 1 Ibc. Beech wood Creosolte 1 lbd. Minyak petrol 4 ½ pts.

Cara menyediakan

Campurkan kloroform dengan 1 ½ Ib serbuk naftalena, kacau hingga sekata dan tambahkan lagi 1½ Ib serbuk naftalena dan diikuti dengan beechwood Cresote. Kacau untuk melarutkan dan kemudian tambahkan petrol.Selepas disapukan pada kotak, keringkan kotak sehingga yang tinggal cuma selapis serbuk halus napthlene.

4

Page 5: pengawetan spesimen

Melembutkan (relex) Serangga

Spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggekkan. Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah. Bubuh sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.

PENGAWETAN TUMBUHAN

1. Lumut Hati dan Lumut Jati

Pengawet secara basah dan kering akan dibincangkan dalam bahagian ini. Kedua-dua cara ini adalah sama penting dan perlu diberikan perhatian. Specimen-specimen boleh diawet dalam jangkan masa tertentu dalam larutan F.A.A. Bermacam jenis larutan yang ditambah dengan kuprum telah disyorkan untuk mengawet serta mengekalkan wama hijau dalam tumbuhan namun demikian tidak terdapat satu pun yang boleh mengekalkan wama hijau selama-lamanya.

Penyediaan Larutan F.A.A. (Formalin-aseto-alkohol solution)

Bahan KuantitiEthyl Alkohol 70% 90 ml Formalin, Formaldehyde 5 mlAsid Asitik glasial 5 ml

Bagi bahan tumbuhan yang lembut digunakan 50%, gunakan 3 ml asid asetik dan 7 ml formalin bagi bahan-bahan keras seperti berkayu (woody)

Kaedah-kaedah berikut ini dapat mengawet dan mengekalkan wama hijau pada tumbuhan dengan berkesan bagi satu-satujangkamasa tertentu. Ini adalah bergantung padajenis tumbuhan pula.

a. F.A.A dengan kuprum sulfatBahan KuantitiKuprum sulfat 0.1 gEthyl alkohol, 50% 90 mlFormalin, 40% formaldehyde 5 mlAsid setik, glacial 5 ml

Cara : Rendamkan spesimen dalam larutan ini selama 3-4 hari. Selepas itu pindahkan ke larutan F.A.A (tanpa CuSo4) untuk disimpan.

b. Lactophenol kuprum

Bahan KuantitiFenol 20 gAsid laktik 20 gGliserin 40 gAir suling 20 ml

5

Page 6: pengawetan spesimen

Kuprik Klorida 0.2 gKuprik asetat 0.2 g

Larutan in dicadangkan untuk alga hijau tetapi sesuai juga untuk lumut hati dan lumut jati. Rendarnkan spesimen dahulu dalam larutan selama 3 hingga 10 hari bergantung pada saiz tumbuhan. Kemudian pindahkan ke dalam larutan F.A.A. untuk disimpan.

2. Alga

Pengawetan dalan cecair2.1 Alga air tawar : larutan-larutan yang disebut di bawah adalah dicadangkan untuk semua jenis kecuali yang berbentuk unicellular lembut (delicate) penambahan sedikit kuprum sulfat munkin dapat membantu mengekalkan sedikit warna alga hijau.

a. Formalin-chroma alum

Bahan KuantitiKalium-kronalum 10 gFormalin 4% 5 mlAir 500 ml

b. Formalin - asid asetik glacial

Bahan KuantitiAir 72 mlFormalin (40% Fornaldehyde) 5 mlGliserin 20 mlAsid asetik glacial 3 ml

c. Transean' s solution

Bahan KuantitiAir 60 mlEthyl alkohol 30 mlFormalin 10 mlGliserin 5 ml

2.2 Alga Laut

a. 3 % Formalin

Bahan KuantitiFormalin 3 mlAir laut 97 ml

(Untuk alga yang besar gunakan 5 ml formalin)

b. Ethly alkohol

Bahan KuantitiEthyl alkohol 70 mlAir laut 30 ml

(Untuk menetapkan warna hijau dalam alga laut, larutan ini adalah dicadangkan.)

6

Page 7: pengawetan spesimen

3. Kulat

Pengaweatan dalam cecair, kulat-kulat segar (freshy) seperti cendawan, kulat bracket dan kulat cup serta bahagian-bahagian yang dijangkiti parasit-parasit kulat boleh diawet untuk jangkasmasa tertentu dengan menggunakan bahan-bahan pengawet di bawah ini.

a. 5 % formalin (tambahkan 5 ml formaldehde kepada 95 ml air suling.

b. F.A.A. (Formalin-asid asetik alkohol)Formaldehde (larutan 40%) - 50 mlAsid asitik galcial - 50 mlAlkohol 60 % (ethanol atau isopropil)- 900 ml

(Bagi mengawet kulat berwama formulasi-firmulasi nerikut adalah disyorkan.)

3.1 Kulat yang terdapat pigmen larut air

Asid asetik glacial - 10ml Mercuric acetat - 1.0mlPlumbum asetat neutral - 10.0mlEthy alkohol 90 % - 1000ml

3.2 Kulat yang terdapat pigmen tak larutAsid asetik glacial - 5 mlMercuric asetat - 10 mlAirSuling - 100ml

PENGAWETAN KERING:

Tumbuhan dengan parasit kulatnya boleh dikeringkan dalam penekan tumbuhan (plant press) dan disimpan di atas kertas herbarium. Kulat segar, termasuk cendawan, bola puf, kulat cup, dan lain-lain boleh dikeringkan dibawah matahari atau bawah pencahayaan terang. Spesimen yang kering ini akan disimpan di dalam beka-bekas yang mana dimasukkan sedikit hablur paradichlorobenzena bagi menghalang serangga memasuki dan merosakkannya.

Pengawetan spesimen tumbuhan dengan cara kering,

Kebanyakkan tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunnya untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini dalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda.

Bahan atau alat-alatnya seperti di bawah ini diperlukan:a. Alat penekan (plant press)

Diperbuat daripada kayu berukuran setiap 1cm x 3 cm x 48 cm panjang. Kayu-kayu ini kemudian dipaku dengan teguh untuk membentuk pengapit. Anda perlu menyedikan dua belah alat ini.

b. Tali pengikatTali ini adalah untuk mengikat alat pengapit. Boleh diperbuat daripada nylon ataupun jerami dan cukup panjang untuk diikat dikeliling alat pengapit.

7

Page 8: pengawetan spesimen

c. Kadboard (corrigated boards)Sediakan beberapa keping berukuran 33 cm x 50 cm. Kadbod ini digunakan untuk mengapit spesimen yang telah disusun di antara helaian kertas sebelum dikapit dengan pengapit.

d. Lapisan kertasKertas ini adalah untuk menyusun dan mengapit spesimen. Anda boleh gunakan kertas surat khabar untuk tujuan ini.

e. Kertas herbariumKertas ini tebal, berukuran 16 1/2" x 10 1/2" dan berwama putih. Penyediaan spesimen herbarium melibatkan proses mengutip, menekan (mengapit) melekat, melabel dan akhimya mengecamkan spesimen. Disini saya tidak akam membincangkan kaedah pengecaman spesimen.

Proses Pengapitan/Penekanan

Anda perlu memilih spesimen yang sesuai seeloknya yang mempunyai daun yang tidak dimakan ulat, bunganya ataubuahnyajika terdapat. Kemudian susunkan spesimen ini di antara lapisan kertas. Pastikan keratan spesimen ini tidak melebihi kertas kadbod (33 cm x 50 cm) yang akan digunakan untuk mengapitnya nanti. Sisihkan daun-daun supaya tidak bertindih dan jika terlalu banyak daun buangkanya jika perlu, cukup sekadar mempamerkan bahagian batang, daun, dan bunga. Selepas itu anda perlu susun spesimen di dalam kertas ini di antara dua kadbod dan alat pengapit kayu. Dengan menggunakan tali dengan kuat kepitan spesimen ini seelok-eloknya tali dikelilingkan beberapa kali pada pengapit tadi.

Mengering Spesimen

Apabila spesimen selesai dikapit ianya sudah sedia untuk dikeringkan. Terdapat dua cara anda dapat mengeringkan spesimen tersebut. Pertama dengan cara cahaya matahari dan kedua adalah dengan menggunakan ketuhar yang mana suhu boleh dikawal. Dengan cara pertama spesimen dalam alat pengapit perlu didedahkan di bawah cahaya matahari. Pada keesokan harinya anda perlu membukannya pengapit ini dan pindahkan spesimen-spesimen ke lapisan kertas-kertas baru. Betulkan dan atur semula daun-daun atau bunga yang terlipat semasa proses pengapitan terdahulu. Proses ini perlu dilakukan sehingga spesimen betui kering. Cara mengering dengan cahaya matahari ini akan mengambil masa satu minggu.

Kaedah pengeringan dengan menggunakan haba dari ketuhar adalah sangat sesuai dan cepat. Jika terdapat edaran udara yang elok maka ianya adalah satu cara paling sesuai menerusi pengeringan cepat bagi mengawet warna tumbuhan. Spesimen yang dikapit dimasukkan terus kedalam ketuhar pada suhu 45 C hingga 60 C. Proses pengeringan cara ini biasanya mengambil masa 3 hingga 7 hari. Dalam pada itu jangan lupa menukar lapisan kertas bila-bila perlu.

Merentang Spesimen (Mounting)

Selepas anda telah melakukan proses pengapitan dan pengeringan, spesimen tadi adalah sedia untuk direntang ke atas kertas herbarium. Kertas herbarium yang standard adalah berukuran 161/2" x 101/2". Tujuan utama bagi spesimen ini dilekatkan adalah untuk memudahkan penyimpanan. Oleh itu adalah penting bagi anda memastikan spesimen dilekatkan dengan kuat pada kertas serta diatur dan dipamer dengan jelas. Sebolehnya-bolehnya kedudukan asal bahagian tumbuhan mestilah dikekalkan dan anda tidak perlu mengubah mana-mana bahagian untuk mendapatkan kedudukan yang anada rasa elok. Pamerkan bahagian atas dan bawah daun-daun terutama sekali bagi tumbuhan seperti pakupakis supaya dapat dilihat perbezaanya.

Batang tumbuhan boleh dilekatkan ke atas kertas herberium dengan menggunakan

8

Page 9: pengawetan spesimen

benangjahitan. Anda perlu menebuk kertas herberium ini dan jahitkan benang dengan mengguakan jarum. Disamping itu juga anda boleh gunakan kertas jalur bergam atau gam resin/emulsi. Pastikan selepas menjahit anda mematikan jahitan dengan membuat satu ikatan di belakang kertas herberium. Daun-daun pada kertas lebar boleh juga dijahit di batangnya atau digam terus pada kertas. Setiap tumbuhan mestilah dilekatkan pada kertas herberium yang berasingan.

Melebel spesimen

Sesudah melekatkan spesimen yang telah kering tadi perlu melebelkannya selepas ini. Biasa lebel ini dilekatkan pada bahagian bawah kertas. Maklumat yang difikirkan perlu adalah seperti nama saintifik,nama amnya, nama family, tempat dimana ia dikutip, habitatnya, nama pengutip, tarikh ianya dikutip dan nombor herberiumnya bagi tujuan rekod atau rujukan ( sila lihat contoh ).

Vaskulum (Vasculum)

9

Herbarium IPG Kampus Raja Melewar

Specimen number 100Collector : Ahmad Albab

16/09/2012Determinator : Dr. Kassim Baba

20/4/2011Common name : MelinjauSpecies : Gnetum gnemanFamily : GnetaceaeLocality : Kota, RembauAltitude : 300 metreNotes : - folium simplex incompletus

- margo integer - folium green - fruit/fructus: green red - Gymnospermae - no resin - economic plant