pengaruh ruangan aplikasi dan kerjaya majalah web … · terima kasih di atas nasihat, doa dan...

29

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi
Page 2: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi
Page 3: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB DUNIA

MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

FATIMAH BINTI ABU BAKAR

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 4: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi
Page 5: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

iii

Teristimewa buat ayahanda dan bonda

Abu Bakar Bin Adam dan Zainaba Binti Ali Kunchu

Jasamu memberi dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar yang jitu tidak ternilai

harganya dan tiada tolok bandingnya.

Juga doa dan nasihat ayahanda dan bonda sepanjang anakanda meneruskan

pengajian di

Universiti Teknologi Malaysia.

Akan ku balas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini.

Kepada kekanda-kekanda dan adindaku yang dikasihi,

Mazni, Mazlan, Mazlinda, Maslina dan Shamir

Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan.

Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi dorongan , galakan

serta doa kalian

untuk sama-sama terus Berjaya.

Perjuangan bersama kalian tidak akan ku lupakan hingga ke akhir hayat.

Semoga jasa anda semua diberkati ALLAH s.w.t.

Page 6: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum…

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi berkat kesabaran untuk melaksanakan

tanggungjawab sebagai seorang pelajar, akhirnya Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan.

Saya berpegang kepada pepatah Melayu iaitu ‘sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit’ atau

‘sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain’

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat pensyarah pembimbing yang

dihormati, PM Dr. Zaleha binti Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar, teguran yang

positif, cadangan dan bimbingan dalam menyiapkan projek ini.

Selain itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sekolah di

daerah Johor Bahru yang sudi memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian dan

mengedarkan soal selidik di sekolah. Jutaan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar

Tingkatan 4 di sekolah ini yang sudi memberikan kerjasama yang baik semasa kajian

dijalankan. Tanpa jasa baik daripada mereka, projek ini tidak akan dapat berjalan lancar.

Akhir sekali, ribuan penghargaan yang tidak terhingga buat ayah, dan ibu yang

disayangi dan juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi

teguran, semangat dan perangsang kepada saya dalam menghadapi setiap cabaran semasa

menyiapkan PSM ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu dalam menjayakan projek

penyelidikan ini.

Page 7: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

v

ABSTRAK

Motivasi ialah kecenderungan dari hati nurani dalam diri yang mempengaruhi dan

menggerakkan tingkah laku seseorang. Motivasi juga merupakan salah satu elemen penting

dalam domain afektif. Motivasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu motivasi dalaman atau intrinsik

dan motivasi luaran iaitu ektrinsik. Dalam konteks kajian ini, penekanan dalam Majalah Web

Dunia Matematik, khususnya ruangan Aplikasi dan Kerjaya dikaji dari segi pengaruhnya

terhadap motivasi pelajar dalam membina pengetahuan Matematik. Kajian yang dijalankan

memberi fokus terhadap pengaruh ruangan Aplikasi dan Kerjaya dalam Majalah Web Dunia

Matematik terhadap motivasi pelajar Tingkatan Empat. Majalah Web Dunia Matematik yang

telah dibangunkan lebih tiga tahun menjadi platform untuk membantu pelajar dalam

pembelajaran Matematik secara efektif. Pembangunan Majalah Web Dunia Matematik adalah

berteraskan model ARCS iaitu Attention (Perhatian), Relevance (Relevan), Confidence

(Keyakinan), dan Satisfaction (Kepuasan). Melalui maklumat yang dimuatkan dalam setiap

artikel dan aktiviti-aktiviti Matematik yang menarik, pelajar dapat didedahkan kepada konsep

Matematik yang menjangkau pembelajaran di luar kelas. Kajian ini melibatkan seramai 37

orang pelajar Tingkatan Empat dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Kajian ini

dijalankan selama dua jam dengan menggunakan salah satu edisi yang telah diterbitkan dalam

Majalah Web Dunia Matematik iaitu Edisi Ogos 2010 bertemakan Matematik Bola. Hasil

kajian menunjukkan ruangan Aplikasi dan Kerjaya Majalah Web Dunia Matematik berjaya

mempengaruhi motivasi pelajar terhadap pembelajaran matematik dari aspek Attention,

Relevance, Confidence dan Satisfaction. Ini menunjukkan bahawa Majalah Web Dunia

Matematik sesuai untuk dimanfaatkan oleh ramai pelajar kerana berpotensi dalam

memotivasikan mereka dalam pembelajaran matematik maka penerbitan artikel harus

dikekalkan untuk kepentingan ramai.

Page 8: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

vi

ABSTRACT

Motivation is the desire from one’s own self that influence and sets into motion that

person’s behaviour. It is the power of within the individual that drives them to do something

to achieve their goals at any cost. Motivation also is an important element of that effective

domain. Motivation comprises into two types which are intrinsic and extrinsic motivation. In

the context of this research, emphasis in the Dunia Matematik Web Magazine, especially in

the sections of Application and Career is investigated based on its influence towards student

motivation in the building of mathematical knowledge. This study focuses on the influence of

the section Application and Career in the Dunia Matematik Web Magazine towards the

motivation of Form 4 students. Dunia Matematik Web Magazine that had been developed

more than three years ago has become a platform to help student to achieve effective

mathematics learning process. The development of Dunia Matematik Web Magazine is based

on the ARCS model which consists of Attention (A), Relevance (R), Confidence (C), and

Satisfaction (S). Through the information that has been included in each articles and

mathematical activity, students are exposed to the concept of mathematics beyond the

classroom. This study was conducted for two hours using one of the editions that have been

published in Dunia Matematik Web Magazine which is Edisi Ogos 2010 with the theme of

Matematik Bola. The findings of this research showed the successful of the sections

Application and Career in influencing student’s motivation towards learning mathematics

according to Attention, Relevance, Confidence and Satisfaction. This result implies that

Dunia Matematik Web Magazine is useful for all to motivate them in learning mathematics

therefore the articles publication need to be sustained for all goods.

Page 9: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.6.1 Majalah Web 12

Page 10: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

viii

1.6.2 Pelajar 12

1.6.3 Guru 13

1.6.4 Sekolah 13

1.6.5 Ibu Bapa dan Masyarakat 13

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Batasan Kajian 14

1.9 Kerangka Teori Kajian 15

1.10 Definisi dan Istilah 18

1.10.1 Pengaruh 18

1.10.2 Majalah Web Dunia Matematik 18

1.10.3 Motivasi 18

1.10.4 Ruangan Aplikasi 19

1.10.5 Ruangan Kerjaya 19

1.10.6 E-pembelajaran 19

1.11 Penutup 20

2 SOROTAN KAJIAN 21

2.1 Pengenalan 21

2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 22

2.3 Hubungan Antara Motivasi Dan Pencapaian 23

Pelajar Dalam Matematik

2.4 Perubahan Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 26

Melalui Kepelbagaian Pendekatan

Pengajaran dan Komputer

2.5 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Populasi/Persampelan 31

3.4 Instrumen Kajian 32

Page 11: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

ix

3.4.1 Data Kuantitatif 32

3.4.2 Data Kualitatif 35

3.5 Prosedur Kajian 35

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Analisis Data 38

3.8 Penutup 40

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 41

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 42

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan 43

Subjek Matematik Pertengahan Tahun

4.3 Analisis Ruangan Aplikasi Dalam Majalah Web 43

Dunia Matematik Berdasarkan Model Motivasi

ARCS

4.3.1 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 44

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Attention (Perhatian)

4.3.2 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 47

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Relevance (Relevan)

4.3.3 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 50

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Confidence (Keyakinan)

4.3.4 Pengaruh Ruangan Aplikasi Ke Atas 53

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Satisfaction (Kepuasan)

4.4 Analisis Ruangan Kerjaya Dalam Majalah 57

Web Dunia Matematik Berdasarkan Model

Motivasi ARCS

4.4.1 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 57

Page 12: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

x

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Attention (Perhatian)

4.4.2 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 60

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Relevance (Relevan)

4.4.3 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 63

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Confidence (Keyakinan)

4.4.4 Pengaruh Ruangan Kerjaya Ke Atas 66

Motivasi Pelajar Dari Aspek

Satisfaction (Kepuasan)

4.5 Aspek Paling Dominan Berdasarkan Model 69

Motivasi ARCS

4.5.1 Aspek Paling Dominan Berdasarkan 70

Model Motivasi ARCS Bagi

Ruangan Aplikasi

4.5.2 Aspek Paling Dominan Berdasarkan 71

Model Motivasi ARCS Bagi

Ruangan Kerjaya

4.6 Komen Responden Majalah Web 72

Dunia Matematik

4.6.1 Komen Responden Terhadap 73

Ruangan Aplikasi

4.6.2 Komen Responden Terhadap 74

Ruangan Kerjaya

4.7 Penutup 75

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN 76

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan Analisis Data 77

5.2.1 Motivasi Pelajar Dalam Ruangan 77

Page 13: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

xi

Aplikasi dan Kerjaya Berdasarkan

Model Motivasi ARCS

5.2.2 Komen Pelajar Dalam Ruangan 83

Aplikasi dan Kerjaya

5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian 85

5.3.1 Capaian Internet 85

5.3.2 Kekangan Masa 86

5.4 Cadangan Penambahbaikan 86

5.4.1 Menambahbaik Capaian Internet 87

5.4.2 Pengurusan Masa Yang Teliti 87

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Implikasi Kajian 89

5.6.1 Pelajar 89

5.6.2 Majalah Web Dunia Matematik 90

5.7 Kesimpulan 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN 99

Page 14: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pemetaan item untuk motivasi pelajar terhadap 33

ruangan Aplikasi dan Kerjaya berdasarkan

model motivasi ARCS

3.2 Indeks kebolehpercayaan dan pengkelasan ujian 38

3.3 Nilai kebolehpercayaan antara ruangan Aplikasi 38

dan Kerjaya

3.4 Nilai kebolehpercayaan berdasarkan model 39

motivasi ARCS untuk ruangan Aplikasi

3.5 Nilai kebolehpercayaan berdasarkan model 40

motivasi ARCS untuk ruangan Kerjaya

4.1 Kekerapan, peratus dan min item 1 44

4.2 Kekerapan, peratus dan min item 2 45

4.3 Kekerapan, peratus dan min item 3 45

4.4 Kekerapan, peratus dan min item 4 46

4.5 Kekerapan, peratus dan min item 5 46

4.6 Kekerapan, peratus dan min item 6 47

4.7 Kekerapan, peratus dan min item 7 48

4.8 Kekerapan, peratus dan min item 8 48

4.9 Kekerapan, peratus dan min item 9 49

4.10 Kekerapan, peratus dan min item 10 49

4.11 Kekerapan, peratus dan min item 11 50

4.12 Kekerapan, peratus dan min item 12 51

Page 15: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

xii

4.13 Kekerapan, peratus dan min item 13 51

4.14 Kekerapan, peratus dan min item 14 52

4.15 Kekerapan, peratus dan min item 15 52

4.16 Kekerapan, peratus dan min item 16 53

4.17 Kekerapan, peratus dan min item 17 54

4.18 Kekerapan, peratus dan min item 18 54

4.19 Kekerapan, peratus dan min item 19 55

4.20 Kekerapan, peratus dan min item 20 56

4.21 Kekerapan, peratus dan min item 1 57

4.22 Kekerapan, peratus dan min item 2 58

4.23 Kekerapan, peratus dan min item 3 58

4.24 Kekerapan, peratus dan min item 4 59

4.25 Kekerapan, peratus dan min item 5 59

4.26 Kekerapan, peratus dan min item 6 60

4.27 Kekerapan, peratus dan min item 7 61

4.28 Kekerapan, peratus dan min item 8 61

4.29 Kekerapan, peratus dan min item 9 62

4.30 Kekerapan, peratus dan min item 10 62

4.31 Kekerapan, peratus dan min item 11 63

4.32 Kekerapan, peratus dan min item 12 64

4.33 Kekerapan, peratus dan min item 13 64

4.34 Kekerapan, peratus dan min item 14 65

4.35 Kekerapan, peratus dan min item 15 65

4.36 Kekerapan, peratus dan min item 16 66

4.37 Kekerapan, peratus dan min item 17 67

4.38 Kekerapan, peratus dan min item 18 67

4.39 Kekerapan, peratus dan min item 19 68

4.40 Kekerapan, peratus dan min item 20 69

4.41 Tahap purata skor min 70

4.42 Taburan purata min skor ruangan Aplikasi 71

4.43 Taburan purata min skor ruangan Kerjaya 72

Page 16: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka teori kajian 17

3.2 Prosedur kajian 36

4.1 Bilangan responden mengikut jantina 42

4.2 Peratusan responden mengikut jantina 42

4.3 Bilangan responden mengikut keputusan subjek 43

matematik pertengahan tahun

4.4 Peratusan responden mengikut keputusan subjek 43

matematik pertengahan tahun

4.5 Komen responden terhadap ruangan Aplikasi 73

4.6 Komen responden terhadap ruangan Kerjaya 74

Page 17: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

xiv

SENARAI SINGKATAN

ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction

ICT Information of Communication and Technology

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PBK Pembelajaran Berpandukan Komputer

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

IRC Internet-Relay Chart

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

IT Information Technology

LAN Local Area Network

WAN Wide Area Network

Page 18: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Jadual Kekerapan dan Peratus, Jadual Min Berdasarkan

Model Motivasi ARCS dan Jadual Skor Responden

Bagi Ruangan Aplikasi

B Jadual Kekerapan dan Peratus, Jadual Min Berdasarkan

Model Motivasi ARCS dan Jadual Skor Responden

Bagi Ruangan Kerjaya

C Artikel Ruangan Aplikasi

D Artikel Ruangan Kerjaya

Page 19: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), taksonomi bermaksud kajian

tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan

persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi

adalah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang pendidikan.

Benjamin Bloom (1956) menyatakan terdapat tiga jenis domain dalam aktiviti

pengajaran iaitu kogntif, afektif, dan psikomotor.

Domain kognitif melibatkan pembinaan daya intelek atau keupayaan minda

terhadap fakta, konsep, prosedur dan sebagainya. Manakala domain afektif pula ialah

perasaan emosi seperti penghargaan, semangat, motivasi, nilai dan sikap. Bagi

domain psikomotor pula melibatkan pergerakan fizikal anggota badan sebagai respon

kepada stimuli persekitaran.

Page 20: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

2

Teori kognitif lebih menekankan kepada aspek pengetahuan pelajar. Setiap

pelajar mempunyai kebolehan mental untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan

mengingati kembali teori atau fakta daripada pembelajaran yang lepas. Teori afektif

juga merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran. Di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya berkebolehan menggunakan unsur

afektif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik (David R. Krathwohl,

1964). Pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan dengan adanya

murid yang dapat membentuk sikap positif dan tidak pasif. Tambahan lagi, menurut

Andreatta (2003), apabila guru memberikan maklum balas, pelajar akan merasai

kepuasan dalam pembelajaran tersebut. Komponen maklum balas terdiri daripada

salah satu domain afektif di mana maklum balas dapat meningkatkan motivasi dan

kepuasan pelajar.

Penekanan dalam bidang matematik mula dirasakan apabila Perdana Menteri,

YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28

Febuari 1991. Justeru itu, kurikulum pendidikan negara telah mewajibkan mata

pelajaran matematik diambil bermula dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat

sekolah menengah.

Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dan harus dipelajari

dan didalami. Kefahaman dalam menguasai mata pelajaran matematik dapat

menyedarkan pelajar tentang keindahan dan kewujudan matematik dalam kehidupan

harian mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengaplikasikan konsep

matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan harian

mereka.

Masih terdapat pelajar yang mendapat keputusan yang lemah dalam mata

pelajaran matematik. Ini disebabkan pelajar tidak dapat menguasai konsep dan

kurang kefahaman dalam matematik. Oleh itu, wujudnya persepsi negatif di kalangan

pelajar ini bahawa matematik adalah salah satu mata pelajaran yang susah dikuasai.

Page 21: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

3

Menurut Robbins, 1986 (dalam kajian Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof

Boon), sikap dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap mata

pelajaran tersebut.

Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil bagi mengubah persepsi ini dan

cara untuk meningkatkan motivasi di kalangan pelajar dalam mata pelajaran

matematik. Motivasi ialah kecenderungan dari hati nurani dalam diri yang

mempengaruhi dan menggerakkan tingkah laku seseorang (Lee,1997). Motivasi

terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi dalaman atau intrinsik dan motivasi luaran

iaitu ektrinsik. Menurut Semiawan (1986), motivasi dalaman ialah keinginan untuk

bertindak tanpa perlu dipengaruhi oleh faktor-faktor dari persekitaran manakala

motivasi luaran ialah tingkah laku terjadi kerana dipengaruhi oleh pengaruh dari luar.

Motivasi adalah arahan yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam

tingkah lakunya samada secara positif atau negatif. Motivasi dapat menentukan

kesungguhan dan ketekalan seseorang dalam tindakan dan secara langsung

membantu dalam menyelesaikan tugasan berikut. Walaupun begitu, satu matlamat

diperlukan dalam mengarahkan tindakan pelajar untuk melaksanakan sesuatu aktiviti

(Brophy, 1998; Pintrich & Schunk, 1996).

Proses pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan adalah perkara penting

bagi pelajar yang mempunyai motivasi belajar yang rendah. Menurut Tan dan Leong

(2003), pelajar akan menjadi lebih seronok untuk belajar dengan menggunakan cara

atau gaya pembelajaran yang tersendiri apabila proses pembelajaran dapat berjalan

dengan menyeronokkan. Pengetahuan yang baru dapat dibina di kalangan pelajar

dengan penggunaan gambar, animasi dan bunyi. Oleh itu, penerapan multimedia

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar lebih

bermotivasi. Tambahan lagi, penggunaan teknologi seperti e-pembelajaran,

komputer, internet dan sebagainya adalah salah satu cara untuk menarik minat

Page 22: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

4

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana ia tidak hanya tertumpu

pada pembelajaran tradisional iaitu ‘chalk and talk’.

Pada abad ke-21, kemunculan dan kepentingan menguasai teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) tidak dapat dinafikan lagi. Sistem pendidikan di Malaysia juga

sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali di mana pelbagai kaedah baru

telah diperkenalkan serta digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, kaedah

pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer (PBK) telah mendapat

perhatian ramai.

Perkembangan dalam teknologi telah menjanjikan potensi besar dalam

mengubah cara seseorang belajar, bersosial, bergaul dan sebagainya. Kemunculan

ICT merupakan faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekad

yang lalu (Chan, 1998). Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah

awal ke arah mewujudkan bangsa Malaysia pada abad ke-21 ini bukan sahaja

menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.

Kewujudan e-pembelajaran (e-learning) di dalam sistem pendidikan di

Malaysia adalah tidak asing lagi. E-pembelajaran ialah latihan yang dikendalikan

menerusi internet atau rangkaian internet syarikat. Proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih efektif apabila menggunakan konsep

e-pembelajaran. Justeru itu, e-pembelajaran dapat membantu para guru dan pelajar

dalam proses pembelajaran yang fleksibel, pemikiran kritis dan kreatif. Bahan-bahan

yang digunakan di dalam e-pembelajaran untuk menyampaikan isi kandungan adalah

dalam bentuk seperti artikel, forum, video, audio, permainan, animasi dan

sebagainya. Konsep ini dapat menarik minat pelajar untuk memenuhi keperluan ingin

tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu kefahaman. Menurut Mohd

Zaidil, Azizi dan Fadzilah (2002), cara pembelajaran kolaboratif, perbincangan

dengan rakan dan individu lain melalui internet seperti e-mel, Internet Relay Chat

Page 23: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

5

(IRC) dan siding video memainkan peranan yang penting. Dengan cara ini

pembelajaran akan menjadi lebih aktif dan berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan lebih efektif dapat

diwujudkan dengan penggunaan komputer dan internet. Budaya persekolahan

seharusya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang

berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan

teknologi terkini (KPM, 1997).

Selain itu, menurut Cockcroft (1982), beliau menyarankan bahawa penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh

memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh

merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam sukatan pelajaran matematik. Oleh itu,

dengan penggunaan komputer dan internet dapat membantu sukatan pelajaran dalam

pembelajaran matematik menjadi lebih tertarik dan dapat diperkembangkan lagi

Matematik adalah salah satu mata pelajaran yang mempunyai skop yang sangat

luas. Aplikasi dan kerjaya juga tergolong dalam skop tersebut. Kajian menunujukkan

bahawa kebaikkan menggunakan aplikasi dalam kehidupan seharian dalam

pengajaran dapat memotivasikan pelajar dalam pembelajaran matematik (National

Accademy of Sciences, 2003). Ini menunjukkan bahawa pelajar akan lebih

bermotivasi dengan mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan sebenar.

Majalah Web Dunia Matematik merupakan sebuah majalah elektronik yang

terdiri daripada 13 ruangan iaitu Isu Semasa, Statistik, Sejarah, Kesenian, Aplikasi,

Kerjaya, Tokoh, Tahukah Anda, Pelajari Matematik, Permainan Matematik, Perisian

Matematik, Uji Minda, dan Kuiz. Akan tetapi kajian ini hanya memberi penekanan

kepada dua ruangan sahaja iaitu ruangan Aplikasi dan Kerjaya.

Page 24: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

6

Ruangan Aplikasi menyediakan artikel-artikel yang menggambarkan

bagaimana matematik boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ini secara tidak

langsung dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan pemikiran dalam

mengaplikasikan konsep matematik dalam kehidupan mereka. Manakala ruangan

Kerjaya pula merangkumi pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan pengetahuan

konsep matematik dalam kerjaya mereka. Ini dapat menggalakkan semangat ingin

tahu di kalangan pelajar untuk mengetahui kerjaya yang mereka impikan di masa

hadapan.

Secara tidak langsung, kewujudan ruangan ‘Aplikasi dan Kerjaya’ dalam

Majalah Web Dunia Matematik berjaya menarik minat pelajar untuk mengetahui

pelbagai sumber maklumat dengan lebih mendalam lagi terutamanya yang berkaitan

dengan matematik. Selain itu, ruangan ini juga dapat mengubah persepsi negatif

pelajar terhadap matematik dan meningkatkan motivasi mereka dalam mempelajari

mata pelajaran matematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matlamat pendidikan matematik ialah membentuk individu yang berpemikiran

matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan

berkesan dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,

supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan

sains dan teknologi.

Page 25: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

7

Di peringkat rendah dan menengah, matematik merupakan mata pelajaran teras

di mana ilmu pengetahuan kepada pelajar dibekalkan untuk memperkembangkan

kefahaman terhadap konsep dan penggunaan kemahiran asas matematik dalam

kehidupan harian. Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab utama kepada

permasalahan pelajar dalam mata pelajaran matematik.

Menurut Kroll dan Miller, 1993 (dalam kajian Johari Bin Hassan & Yeong Wai

Chung, 2010), penyelesaian masalah adalah satu tujuan yang sangat penting dalam

matematik di mana ianya telah dipersetujui oleh ramai pendidik. Pendidik-pendidik

matematik telah memberikan keutamaan dalam usaha untuk memperkembangkan

lagi kebolehan menyelesaikan masalah (Farivar dan Webb, 1994, dalam kajian Johari

Bin Hassan & Yeong Wai Chung, 2010 ). Oleh itu, punca kepada kemerosotan dalam

keputusan matematik di kalangan pelajar adalah disebabkan keupayaan

menyelesaikan masalah matematik yang rendah.

Menurut W.F Connel (1981), terdapat sesetengah pelajar sering menggunakan

pendekatan hafalan dalam proses pembelajaran khususnya dalam sains dan

matematik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam

matematik iaitu apabila mereka tidak dapat menguasai konsep dan persoalan yang

diutarakan serta penggunaan teknik penyelesaian masalah (Abu Osman Md Tap,

2009). Apabila pelajar hanya menggunakan teknik hafalan, secara tidak langsung

akan menyebabkan mereka tidak dapat memahami konsep dalam mata pelajaran

matematik. Keadaan ini berlaku kerana pelajar tidak dapat menghubungkaitkan

pengetahuan lampau dengan pembelajaran baru berdasarkan pengusaan konsep serta

fahaman yang jelas. Secara tidak langsung ianya akan menyebabkan pelajar akan

merasa bosan dan kurang meminati pembelajaran tersebut.

Page 26: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

8

Menurut Jamalludin (2003), interaksi antara pelajar dan guru akan terbatas

akibat jumlah pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas. Justeru itu, tahap

penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan sukar dinilai kerana

kurangnya interaksi yang wujud antara guru dan pelajar.

Pembelajaran berpandukan buku teks yang diajar oleh guru akan menyebabkan

pemikiran pelajar kurang berfungsi dan tidak kreatif. Pernyataan diatas telah

disokong oleh Fauziah Hashim (2002), bahawa pelajar terlalu didedahkan dengan

cara hafalan rumus tanpa mengetahui konsep yang sebenarnya. Oleh itu, proses

pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dengan penerapan dan

penggunaan perisian multimedia.

Menurut Zaidatol Akmaliah (2005), pelajar yang lemah dalam akademik atau

berisiko menjadi kurang bermotivasi terhadap sesuatu pembelajaran adalah

disebabkan kaedah pengajaran yang tradisional. Justeru itu, penggunaan teknologi

harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah salah satu

cara untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran tersebut.

Menurut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional yang bertunjangkan

kepada kaedah kuliah di mana maklumat dan penerangan idea atau prinsip

disampaikan secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi

satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan komputer, proses penyampaian

maklumat dapat dipersembahkan dengan lebih menarik serta mampu merangsang

minda pelajar dan dapat mengelakkan pelajar menjadi pasif dan bosan.

Page 27: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

9

Menurut Mat Jizat (2005), guru tidak dapat mempelbagaikan kaedah

pengajaran matematik di kelas adalah kerana kekurangan kemahiran teknologi di

kalangan guru. Lantaran itu, guru seharusnya berperanan sebagai pengantara yang

sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum (Noor Azlan, 2004). Oleh itu,

tugas seorang guru bukanlah hanya perlu mendedahkan pengetahuan tentang

komputer tetapi melahirkan pelajar yang mahir dalam penggunaan komputer.

Oleh itu, didapati bahawa pengajaran secara tradisional ternyata tidak mampu

menarik minat pelajar terhadap pembelajaran matematik. Kajian terhadap

keberkesanan Majalah Web Dunia Matematik dalam membantu memotivasikan

pelajar terhadap pembelajaran matematik telah dilakukan. Menurut kajian Norulhuda

(2010), beliau telah mengkaji perubahan sikap pelajar terhadap matematik dan

majalah web tersebut setelah menggunakannya selam 10 minggu. Kajian tersebut

melibatkan kesan terhadap Majalah Web Dunia Matematik secara menyeluruh tetapi

tidak menggambarkan pengaruh bagi setiap ruangan yang terkandung dalam majalah

web ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Permasalahan dalam pembelajaran matematik masih menjadi isu utama di

kalangan pelajar sekolah. Ini dapat dilihat melalui kemerosotan mata pelajaran

matematik pada keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian

Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi memastikan

pelajar mahir dan cemerlang dalam matematik, motivasi yang tinggi terhadap

matematik perlu dipupuk dikalangan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan dengan lancar. Punca kepada permasalahan ini ialah gaya

pembelajaran yang membosankan membuat pelajar merasai kesusahan dalam

Page 28: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

10

mempelajari matematik. Apabila mereka tidak dapat menguasai setiap sukatan

pelajaran dengan baik, maka wujudlah ketidakfahaman dalam subjek matematik.

Selain itu, kurangnya motivasi dalam diri seseorang pelajar apabila wujudnya

persepsi negatif terhadap subjek matematik. Pada era teknologi yang pesat

membangun, pelbagai kaedah direka bagi menangani masalah ini. Malahan KBSM

turut menekankan pembelajaran matematik haruslah melahirkan pelajar yang dapat

menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Maka Majalah Web Dunia

Matematik telah dibangunkan untuk memaparkan matematik yang menjangkau bilik

darjah dengan menyajikan pelbagai maklumat dan aktiviti matematik. Kesemua

ruangan majalah web ini telah dibangunkan oleh ramai pihak. Bagi tahun 2010,

ruangan Aplikasi dibangunkan oleh Mohd Rahimi manakala bagi ruangan Kerjaya

dibangunkan oleh Nadiah.

Tambahan lagi, kajian lepas telah dilakukan oleh Norulhuda (2010),

menunjukkan bahawa penyertaan pelajar dalam Majalah Web Dunia Matematik telah

mampu meningkatkan motivasi pelajar sekolah menengah. Namun begitu, kajian

tersebut tidak dapat mengenalpasti ruangan manakah yang mempengaruhi motivasi

terhadap pembelajaran matematik. Oleh itu, kajian seterusnya haruslah menumpukan

pengaruh setiap ruangan terhadap motivasi pelajar. Laporan ini mengutarakan

pengaruh ruangan Aplikasi dan Kerjaya Majalah Web Dunia Matematik ke atas

motivasi pelajar Tingkatan Empat dalam pembelajaran matematik.

Page 29: PENGARUH RUANGAN APLIKASI DAN KERJAYA MAJALAH WEB … · Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan moral yang diberikan. Buat teman-teman seperjuangan yang juga sentiasa memberi

11

1.4 Objektif Kajian

Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan berdasarka Model Motivasi

ARCS yang merangkumi aspek:

i. Attention (Perhatian)

ii. Relevance (Relevan)

iii. Confidence (Keyakinan)

iv. Satisfaction (Kepuasan)

Objektif kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh dua ruangan Majalah

Web Dunia Matematik iaitu Aplikasi dan Kerjaya ke atas empat aspek motivasi

dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menentukan motivasi pelajar setelah melayari

ruangan majalah web Dunia Matematik mengikut model motivasi ARCS. Antara

persoalan kajian yang timbul adalah

i. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek Attention (Perhatian)?

ii. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek Relevance (Relevan)?

iii. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek Confidence (Keyakinan)?

iv. Adakah ruangan Aplikasi dan Kerjaya mempengaruhi motivasi pelajar dari

aspek Satisfaction (Kepuasan)?