pengaruh objektif kurikulum terhadap penguasaan kemahiran

11
E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015 http://WorldConferences.net Page 90 PENGARUH OBJEKTIF KURIKULUM TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM SARJANA MUDA BAHASA ARAB (PSMBA) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MALAYSIA Khairatul Akmar Ab Latif(Corresponding Author) [email protected] Ahmad Redzaudin Ghazali Mohd Rofian Ismail ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah mengenai pengaruh matlamat pembelajaran (هدافا) terhadap para pelajar bahasa Arab, Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 150 orang pelajar yang mengikuti PSMBA pada tahun akhir dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA. IPTA yang terlibat iaitu UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian tinjauan dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Data–data dihuraikan menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, dan sisihan piawai menggunakan perisian SPSS versi 19. Hasil kajian mendapati para pensyarah bersetuju bahawa semua faktor dalaman atau sahsiah pelajar terhadap PSMBA di 5 IPTA di Malaysia adalah positif. Data kecapaian objektif pembelajaran pelajar yang melebihi nilaian 50 peratus menunjukkan 90.8 peratus kekerapan pencapaian objektif secara positif manakala hanya 9.2 peratus adalah negatif. Manakala pencapaian pelajar secara keseluruhan pula adalah sebanyak 66.7 peratus dengan sisihan piawai sebanyak 18.043. ini menunjukkan pencapaian objektif pembelajaran pelajar terhadap PSMBA di IPTA di Malaysia adalah positif dan cemerlang. Beberapa cadangan turut dikemukakan yang melibatkan pencapaian objektif pelajar antaranya ialah penambahbaikan silibus pembelajaran mestilah berlandaskan objektif pembelajaran pelajar selain dari skop silibus PSMBA itu sendiri. Oleh yang demikian, para pelajar - dengan kerjasama pensyarah - mesti memainkan peranan yang lebih aktif dalam berpadu tenaga menentukan objektif pembelajaran di IPTA masing-masing demi meningkatkan kemahiran berbahasa di samping menguasai ilmu-ilmu asas bahasa Arab dalam kurikulum program bahasa Arab di peringkat Sarjana Muda. Kata kunci: sikap, motivasi, persepsi, program sarjana muda bahasa Arab (PSMBA).

Upload: dangnguyet

Post on 30-Dec-2016

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 90

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 90

PENGARUH OBJEKTIF KURIKULUM TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR

PROGRAM SARJANA MUDA BAHASA ARAB (PSMBA) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) MALAYSIA

Khairatul Akmar Ab Latif(Corresponding Author)

[email protected] Ahmad Redzaudin Ghazali

Mohd Rofian Ismail

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pandangan para pensyarah mengenai pengaruh matlamat pembelajaran (األهداف) terhadap para pelajar bahasa Arab, Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 150 orang pelajar yang mengikuti PSMBA pada tahun akhir dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA. IPTA yang terlibat iaitu UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian tinjauan dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Data–data dihuraikan menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, dan sisihan piawai menggunakan perisian SPSS versi 19. Hasil kajian mendapati para pensyarah bersetuju bahawa semua faktor dalaman atau sahsiah pelajar terhadap PSMBA di 5 IPTA di Malaysia adalah positif. Data kecapaian objektif pembelajaran pelajar yang melebihi nilaian 50 peratus menunjukkan 90.8 peratus kekerapan pencapaian objektif secara positif manakala hanya 9.2 peratus adalah negatif. Manakala pencapaian pelajar secara keseluruhan pula adalah sebanyak 66.7 peratus dengan sisihan piawai sebanyak 18.043. ini menunjukkan pencapaian objektif pembelajaran pelajar terhadap PSMBA di IPTA di Malaysia adalah positif dan cemerlang. Beberapa cadangan turut dikemukakan yang melibatkan pencapaian objektif pelajar antaranya ialah penambahbaikan silibus pembelajaran mestilah berlandaskan objektif pembelajaran pelajar selain dari skop silibus PSMBA itu sendiri. Oleh yang demikian, para pelajar - dengan kerjasama pensyarah - mesti memainkan peranan yang lebih aktif dalam berpadu tenaga menentukan objektif pembelajaran di IPTA masing-masing demi meningkatkan kemahiran berbahasa di samping menguasai ilmu-ilmu asas bahasa Arab dalam kurikulum program bahasa Arab di peringkat Sarjana Muda. Kata kunci: sikap, motivasi, persepsi, program sarjana muda bahasa Arab (PSMBA).

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 91

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 91

PENDAHULUAN Penguasaan yang baik dalam kemahiran berbahasa dan ilmu-ilmu bahasa Arab sangat

penting bagi pelajar yang mengikuti program pengkhususan bahasa Arab di IPTA. Ini kerana

pelajar menghabiskan tempoh masa yang lama iaitu hampir empat hingga lima tahun untuk

menyempurnakan pengajian mereka sehingga akhirnya dianugerahkan sekeping sijil

menandakan keupaya mereka yang khusus dalam bahasa Arab. Dengan sijil ini juga pelajar

berpeluang untuk melangkah lebih jauh kehadapan bersesuaian dengan kemahiran yang

mereka miliki.

Perancangan pembinaan matlamat pembelajaran PSMBA di IPTA merupakan elemen

yang penting di dalam pembinaan sesuatu program pembelajaran. Ia merupakan asas

pertama dalam pembinaan sesuatu benda dengan dijadikan matlamat pembelajaran

sebagai kayu ukur bagi perancangan seterusnya dalam pembinaan kurikulum pembelajaran.

Dari situlah juga akan dibangunkan pembangunan silibus atau sukatan pembelajaran

yang kemudiannya akan diikuti pula oleh perancangan proses pengajaran dan akhirnya

penilaian pembelajaran.

Semestinya institusi pengajian terutama IPTA di Malaysia mempunyai perancangan

perjalanan yang teliti dalam pembetukan matlamat pembelajara PSMBA di universiti

masing-masing, akan tetapi terdapat persoalan yang timbul mengenai ”adakah matlamat

kurikulum atau program tersebut menepati dengan apa matlamat yang dikehendaki oleh

para pelajar?”.

Terdapat beberapa pentakrifan yang dibuat oleh para pakar dalam bidang

pendidikan. Matlamat adalah menyampaikan sesuatu kepada pelajar yang bertujuan agar

pelajar mencapai apa yang dirancangkan selepas tamat pengajian dalam tempoh tertentu

(Majer 1962). Manakala Tu’aimah (1989) menambahkan bahawa tujuan atau matlamat

pengajian adalah untuk memperbaiki peribadi (السلوك) pelajar melalui pengalaman yang

didapatinya sepanjang tempoh pengajian.

Seorang penganalisis dalam bidang pendidikan pada tahun 1940an yang bernama

Tayler telah menggariskan enam matlamat reka bentuk kurikulum. Enam matlamat tersebut

iaitu memperoleh maklumat, membina sikap bekerja yang baik dan kemahiran

pembelajaran, membina daya pemikiran yang kreatif, keterbukaan dalam sikap, keinginan

dan sensitiviti, mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental. Manakala Goodlad (1979)

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 92

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 92

dan Nowakoski et. al (1985) telah memperbaiki matlamat terdahulu yang dibuat oleh Tayler.

Mereka memperkenalkan tujuh matlamat baru yang mengambil berat terhadap tentang

tujuh perkara iaitu intelektual, emosi, fizikal, kebudayaan, moral, kemahiran dan

kemasyarakatan.

Matlamat utama reka bentuk kurikulum mesti menekankan dua aspek. Aspek

tersebut iaitu logik (logical methods) dan metodologi empirik (empirical methods).

Metodologi logik merangkumi tiga perkara iaitu kesesuaian, keberkesanan dan kesepakatan

matlamat reka bentuk dengan aspek kemasyarakatan dan undang-undang. Manakala

metodologi empirik pula merangkumi empat perkara. Empat-empat perkara tersebut iaitu

matlamat reka bentuk mesti memenuhi matlamat kumpulan yang disasarkan, diterima oleh

pakar pendidik dan masyarakat, mesti diuji keberkesanannya pada khalayak ramai serta

mempunyai kesinambungan yang berterusan.

KEPENTINGAN REKA BENTUK “MATLAMAT” SILIBUS BAHASA ARAB

Tu’aimah (1989) iaitu seorang pakar reka bentuk silibus bahasa Arab, telah mengkhususkan

beberapa kepentingan reka bentuk matlamat kurikulum bahasa Arab. Beliau menegaskan

bahawa silibus mesti menuju ke arah menyempurnakan lima konsep asas pendidikan bahas

Arab. Konsep asas tersebut iaitu memenuhi matlamat yang berorientasikan keislaman,

memajukan masyarakat tempatan, memenuhi matlamat silibus semasa, mempertingkatkan

keupayaan pelajar dan memenuhi matlamat subjek pengajian. Kesempurnaan reka bentuk

“matlamat” silibus bahasa Arab hanya dapat dilihat selepas pelaksanaan silibus berakhir). Ia

dapat dinilai apabila pelajar mencapai matlamat. Bermakna bahawa matlamat yang

digariskan dan dirancang telah berjaya dan tidak sia-sia.

PEMBAHAGIAN “MATLAMAT” REKA BENTUK SILIBUS BAHASA ARAB

Habibi (1998) membahagikan matlamat reka bentuk silibus bahasa Arab kepada dua

bahagian iaitu matlamat umum dan matlamat khusus. Matlamat umum tidak dapat dicapai

melalui mata pelajaran tertentu sahaja. Ianya dapat dicapai selepas selesai mempelajari

kesemua atau sebahagian besar dari kurikulum yang dirancang. Matlamat umum juga

dikenali sebagai matlamat masa panjang. Ia meliputi kebaikan yang didapati oleh individu

dan masyarakat. Matlamat umum juga meliputi matlamat umum pengajian yang digariskan

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 93

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 93

oleh kerajaan. Ia nya dijalankan dalam usaha untuk memajukan, memperbaiki kehidupan

dan meningkatkan tahap intelektual masyarakat .

Matlamat khusus ditumpukan dalam merealisasikan matlamat yang ingin dicapai

dalam subjek tertentu dalam bahasa Arab. Matlamat ini biasanya dikenali sebagai matlamat

peribadi (الهدف السلوكي) yang diperoleh pelajar selepas tamat tempoh pengajian. Hasil yang

diperoleh dalam matlamat khusus lebih tertumpu kepada perubahan pelajar dari segi

keperibadian, tingkah laku, peningkatan kemahiran dan kemampuan menguasai beberapa

kemahiran berbahasa Arab dengan baik. Perbezaan ini dapat dilihat pada pelajar sama ada

semasa proses pembelajaran sesuatu mata pelajaran berlaku atau selepas proses

pembelajaran itu berakhir.

KEBERKESANAN REKA BENTUK “MATLAMAT” SILIBUS BAHASA ARAB

Keberkesanan reka bentuk “matlamat” silibus bahasa Arab dapat dilihat dalam beberapa

perkara. Antara perkara iaitu pelajar mampu melaksanakan tugasnya yang berkaitan dengan

bahasa Arab dengan lebih baik. Ia juga harus mampu memberi khidmat yang terbaik kepada

masyarakat dan mampu menggambarkan perubahan yang berlaku dengan berkesan.

Keberkesanan dapat dilihat dalam tingkah laku pelajar, peribadi dan sahsiahnya. Setiap

matlamat reka bentuk silibus mesti boleh diukur dan dibandingkan. Sebagai contoh

keberkesanan kaedah pembacaan pelajar. Ukuran keberkesanan ditunjukkan oleh

kemampuan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menguasai kaedah pembacaan yang

dipelajari.

Masalah pembelajaran untuk kriteria kognitif adalah disebabkan oleh beberapa

faktor antaranya kekurangan aspek kognitif, pencapaian akademik yang rendah, masalah

penumpuan, hiperaktif dan kekeliruan. Pemahaman terhadap sesuatu tajuk pelajaran

gabungan peringkat domain kognitif merupakan perkara penting. Ia dapat meningkatkan

keupayaan pelajar untuk menguasai tajuk dengan lebih mendalam. Setiap pelajar harus

memahami dengan jelas peringkat awal setiap topik baru pada sesi pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana ianya menjadi teras kepada pembelajaran yang lebih kompleks

bagi setiap topik.

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 94

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 94

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini ingin menjelaskan lagi pandangan para pelajar berkaitan dengan perancangan

pembinaan matlamat pembelajaran yang PSMBA. Tumpuan kajian ini dapat dilihat dalam

beberapa persoalan kajian yang telah digariskan iaitu:

1. Apakah pendapat para pelajar tentang objektif PSMBA.

2. Bagaimanakah peratusan objektif pelajar yang dicapai terhadap PSMBA.

3. Apakah cadangan ke arah penambahbakan terhadap PSMBA.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kajian deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan

sisihan piawai menggunakan perisian SPSS versi 19. Para responden terdiri daripada para

pensyarah yang mengajar PSMBA di tahun akhir pengajian di 5 Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) Malaysia yang menawarkan program bahasa Arab iaitu Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putera Malaysia (UPM), Universiti Islam

Antarabangsa Malysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Data-data diperolehi melalui kaedah kajian lapangan yang melibatkan pengedaran

set soalan soal selidik kepada para responden terbabit seramai 40 orang tetapi hanya 37

pensyarah sahaja yang memulangkan semula set soalan soal selidik terbabit dengan

jawapan yang sempurna.

Dalam kajian ini nilai purata kurang daripada 3 adalah menunjukkan sikap yang

positif manakala nilai yang melebihi 3 dianggap sebagai negatif (1 = sangat setuju, 2 =

setuju, 3 = tak pasti, 4 = tak setuju, 5 = sangat tidak setuju). Dapatan daripada data-data

dihuraikan bersama dengan beberapa kajian lepas yang kemudiannya disempurnakan

dengan beberapa cadangan dan penambahbaikan bagi faedah kajian yang akan datang.

HURAIAN LATAR BELAKANG PELAJAR

Mengikut taburan data yang dikumpul daripada lima universiti yang terlibat didapati

bahawa secara keseluruhannya peratus responden (pelajar) yang tertinggi datang dari

USIM dengan 38 peratus, kemudian diikuti oleh UKM 24 peratus, UPM 17.3 peratus dan UIA

serta UM masing-masing sebanyak 10 peratus.

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 95

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 95

Manakala pembahagian dari segi jantina pula didapati sebanyak 75.7 peratus adalah

perempuan dan selebihnya iaitu 24.3 peratus adalah lelaki.

Dari segi umur pula, 83.8 peratus responden terdiri daripada mereka yang berumur 22

hingga 24 tahun, manakala 14.7 peratus pula terdiri daripada mereka yang berumur 25 tahu

ke atas.

Mengenai pengalaman mereka dalam mempelajari bahasa Arab pula, peratusan tertinggi

adalah sebanyak 39.3 peratus iaitu mereka berpengalaman dalam mempelajari bahasa Arab

selama 9 hingga 11 tahun manakala yang paling sedikit ialah sebanyak 0.7 peratus iaitu

mereka mempelajari bahasa Arab kurang dari 2 tahun.

Dalam segi bahasa pertuturan para responden di rumah pula didapati sebanyak 96.7

peratus mereka berhubung dengan menggunakan bahasa Melayu manakala sebanyak 1.4

peratus sahaja yang menggunakan bahasa Arab di rumah. Manakala penggunaan bahasa

pertuturan di universiti pula, sebanyak 84.7 peratus yang menggunakan bahasa Melayu,

manakala 1.3 peratus yang menggunakan bahasa Arab di universiti.

Mengenai latar belakang keluarga pula, sebanyak 75.3 peratus dari kalangan hadir dari

kalangan keluarga yang bukan berpendidikan Arab, manakala selebihnya iaitu sebanyak 23.3

peratus, para responden datang daripada kalangan keluarga yang mempunyai latar

belakang pendidikan bahasa Arab.

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 96

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 96

PENEMUAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Data kekerapan dan peratus jawapan pelajar dari aspek faktor luaran (matlamat kurikulum bahasa Arab)

No.

Pernyataan

PELAJAR Kekerapan jawapan

bawah 50% /Peratus Kekerapan jawapan

atas 50% /Peratus

Peratus Sisihan

piawai

a1 Matlamat umum yang digariskan dalam kurikulum adalah jelas

19/12.7 131/87.3 61.77 19.001

a2 Matlamat khusus dalam setiap subjek yang diajar adalah jelas dan teratur

18/12 132/88 65.05 18.507

a3 Setiap matlamat yang digariskan adalah bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar

15/10 135/90 67.43 18.425

a4 Matlamat khusus yang diigariskan mampu dicapai oleh pelajar selepas tamat pembelajaran.

14/9.3 136/90.7 65.27 16.516

a5 Matlamat yang digariskan mampu diukur iaitu dengan berlakunya perubahan sikap dan kemahiran para pelajar.

11/7.3 139/92.7 67.59 18.527

a6 Kaedah penyampaian dan kandungan kurikulum yang digunakan membantu para pelajar mencapai matlamat umum dan khusus yang

11/7.3 139/92.7

67.44 16.754

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 97

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 97

digariskan.

a7 Setiap matlamat yang digariskan menekankan perubahan samada yang berkaitan mental, fizikal dan spiritual.

10/6.7 140/93.3 68.20 16.011

a8 Penerangan berkaitan dengan matlamat kurikulum yang ingin dicapai akan dijelaskan oleh tenaga pengajar sebelum memulakan sesi pembelajaran pada setiap awal semester.

10/6.7 140/93.3 68.27 19.562

a9 Pencapaian matlamat pembelajaran seseorang pelajar dapat dilihat melalui markah yang diperolehi.

18/12 132/88 68.95 20.459

a10 Matlamat pembelajaran yang diinginkan dalam mengikuti program ini tercapai

12/8 138/92 66.65 16.673

Purata keseluruhan 14/9.2 136/90.8 66.662 18.043

Nota: Nilai jawapan pelajar diberi dalam bentuk peratusan (semakin tinggi peratus yang diberi menunjukkan semakin positif jawapan matlamat tersebut). Aras perbezaan adalah 50. KETERANGAN Melalui data yang diperoleh daripada jawapan pelajar dalam item faktor luaran ”matlamat

kurikulum”, secara umumnya menunjukkan purata sebanyak 14 jawapan yang mempunyai

kekerapan bawah 50% dengan purata peratus sebanyak 9.2 peratus, manakala seramai 136

jawapan daripada para pelajar yang mempunyai kekerapan lebih 50% dengan purata

peratus sebanyak 90.8 peratus.

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 98

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 98

Jawapan para pelajar yang mempunyai kekerapan lebih daripada 50% terbanyak

diperoleh daripada kenyataan Penerangan berkaitan dengan matlamat kurikulum yang

ingin dicapai akan dijelaskan oleh tenaga pengajar sebelum memulakan sesi pembelajaran

pada setiap awal semester dan Setiap matlamat yang digariskan menekankan perubahan

samada yang berkaitan mental, fizikal dan spiritual seramai 140 orang pelajar dengan nilai

sebanyak 93.3 peratus. Kemudian diikuti pula oleh kenyataan Matlamat yang digariskan

mampu diukur iaitu dengan berlakunya perubahan sikap dan kemahiran para pelajar dan

Kaedah penyampaian dan kandungan kurikulum yang digunakan membantu para pelajar

mencapai matlamat umum dan khusus yang digariskan seramai 139 orang pelajar yang

mewakili sebanyak 92.7 peratus.

Manakala jawapan para pelajar yang mempunyai kekerapan kurang daripada 50%

terbanyak diperoleh daripada kenyataan Matlamat umum yang digariskan dalam kurikulum

adalah jelas seramai 19 pelajar telah menjawab jawapan yang sama dengan nilai sebanyak

12.7 peratus. Kemudian diikuti pula dengan kenyataan Matlamat khusus dalam setiap

subjek yang diajar adalah jelas dan teratur dan Pencapaian matlamat pembelajaran

seseorang pelajar dapat dilihat melalui markah yang diperolehi dengan 18 orang pelajar

yang mewakili sebanyak 12 peratus.

Secara keseluruhannya juga, kajian menunjukkan bahawa semakin tinggi peratusan

jawapan diperoleh pada Matlamat Kurikulum Bahasa Arab, maka semakin tinggi peratusan

matlamat pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar tercapai. Dalam kajian ini

menunjukkan nilai matlamat yang dicapai secara keseluruhannya adalah sebanyak purata

66.662.

Kajian menunjukkan peratus tertinggi terdapat dalam pendapat pelajar bahawa

pencapaian matlamat pembelajaran seseorang pelajar dapat dilihat melalui markah yang

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 99

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 99

diperolehi (peratus = 68.95), serta mereka juga berpendapat bahawa penerangan berkaitan

dengan matlamat kurikulum yang ingin dicapai akan dijelaskan oleh tenaga pengajar

sebelum memulakan sesi pembelajaran pada setiap awal semester (peratus = 68.27) dan

mereka juga bersetuju bahawa setiap matlamat yang digariskan menekankan perubahan

samada yang berkaitan mental, fizikal dan spiritual (peratus = 68.20).

Manakala peratus yang paling sedikit diperoleh daripada kenyataan pelajar bahawa

matlamat umum yang digariskan dalam kurikulum adalah jelas (peratus = 61.77). Ini diikuti

pula dengan kenyataan bahawa matlamat khusus dalam setiap subjek yang diajar adalah

jelas dan teratur (purata = 65.05) dan mereka juga tidak bersetuju dengan kenyataan

bahawa matlamat khusus yang digariskan mampu dicapai oleh pelajar selepas tamat

pembelajaran (purata = 65.27).

Dapat dirumuskan bahawa secara keseluruhan bahawa matlamat pembelajaran

pelajar dalam mempelajari bahasa Arab ini adalah positif memandangkan ia melebihi

daripada 50 peratus (diambil sebagai tanda aras pertengahan).

PENUTUP

Sebagai penutupnya dinyatakan bahawa tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat

sumbangan objektif pembelajaran terhadap pembelajaran para pelajar dalam PSMBA di 5

IPTA di Malaysia yang menawarkan program tersebut.

Jelas sekali sekiranya silibus pembelajaran yang dirancang menepati dengan objektif

pembelajaran para pelajar, ini akan memberi kesan dan sumbangan yang besar terhadap

kemajuan dan kejayaan para pelajar dalam setiap bidang yang diceburi terutama dalam

bidang pembelajaran. Pelajar yang belajar mengikut objektif pembelajaran yang

dikehendakinya akan bersikap rajin serta mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai

sesuatu yang diusahainya.

Di samping itu, ia juga turut menggambarkan bahawa kelemahan yang dihadapi oleh

para pelajar dapat disimpulkan antaranya adalah berpunca dari silibus yang tidak menepati

E-Journal of Arabic Studies & Islamic Civilization E-ISSN: 2289-6759 Volume 2 - 2015

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 100

h t t p : / / W o r l d C o n f e r e n c e s . n e t

Page 100

dengan objektif yang diingini mereka. Apabila objektif pembelajaran para pelajar tidak

memenuhi kehendak pembelajaran mereka, ia menyebabkan para pelajar akan bersikap

dengan sikap yang negatif seperti malas, cuai, dan sebagainya serta mempunyai tahap

motivasi yang rendah dengan semangat yang lemah serta persepsi yang negatif akan

menjauhkan lagi mereka untuk turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan oleh institusi pengajian.

Sikap, motivasi dan persepsi yang cemerlang perlu dibajai dan disemai sentiasa serta

mendapat galakan yang berterusan di dalam hati para pelajar dengan menanam minat

terhadap perkara yang mereka ingin pelajari serta memahami matlamat pembelajaran

mereka.. Ini adalah untuk memastikan supaya segala yang baik tidak luntur daripada para

pelajar yang mengharungi PSMBA dalam tempoh pengajian selama 3 atau 4 tahun dan

supaya dapat memastikan ia kekal berpanjangan sepanjang hidup mereka.

RUJUKAN

Abdul Halim Mohamed. 2009. Tahap komunikasi dalam bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 1(1). 1-14. UKM. Ahmad Atory Hussain. 2002. Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Crow, L.D. & Crow, A. 1983. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Husaini, Muhd Harun. 2007. Tahlil Kutub Ta’lim Al-Lughah Al-Arabiah Bil Muassasat At-Ta’limiah Al-‘Ulya Al-Khassah. Tesis Dr Fal, Universiti Malaya. Ismail Suardi Wekke. 2008. Amalan pendidikan bahasa Arab berasaskan kepelbagaian budaya di pesantren Sulawesi Selatan, Indonesia. Tesis Dr Fal. UKM. Jaseem, Ali Jaseem. 1992. Fi Turuqta’lim Al-Arabiah Li Ghai An-Natiqinbiha. Kuala Lumpur Rahimi, Nik Mohd. 2005. Penilaian kemahiran mendengar dalam kurikulum bahasa Arab komunikasi di Sekolah-sekolah Agama kerajaan negeri. Tesis Dr Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia Rozmi Ismail. 2011. Psikologi Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Fatimah & Ab. Halim. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar

berasaskan teknologi multimeda dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and

Arabic Education, 2(2) 2010 53 – 64.