penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

22
Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan 96 5 PENGGUNAAN BUKU-E: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4 Mohamed Ali Mohamed Iqbal [email protected] Sekolah Rendah Bendemeer Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan perisian buku-e sebagai alat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutama pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid darjah 4 di Sekolah Rendah Punggol, Singapura. Perisian buku-e merupakan antara bahan TMK yang telah dikenal pasti sebagai agen perangsang kerana mempunyai elemen-elemen multimedia yang membantu murid mencapai tahap penguasaan dengan lebih optimum. Pada masa yang sama, menjadikan perisian buku-e sebagai bahan penyelesaian terhadap masalah pembacaan murid serta mengeksploitasi kecenderungan murid terhadap teknologi komputer untuk menarik minat mereka dalam aktiviti membaca. Sebelum melaksanakan kajian, kerangka konsepsi telah dilakarkan berdasarkan prinsip pembelajaran Behavioris, Kognitif dan Konstruktivis, dan prinsip model reka bentuk pengajaran Gagne dan ASSURE serta dengan model pembacaan Interaktif- Pengimbangian yang dirujuk melalui metode kepustakaan. Metode pembinaan bahan pula melibatkan siri pengujian bagi menyediakan perisian buku-e untuk digunakan semasa sesi lapangan. Berdasarkan perbincangan dapatan, perisian buku-e yang dibina menepati tujuh ciri multimedia. Nilai-nilai min yang tinggi dalam perbincangan kuantitatif serta pandangan positif oleh pemerhati dalam perbincangan Kata Kunci: Buku-E, Kemahiran Membaca, multimedia, Behavioris, Kognitif, Konstruktivisme, Interaktif, Prinsip Pembelajaran

Upload: ngodiep

Post on 16-Dec-2016

267 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

96

5 PENGGUNAAN BUKU-E: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA

DALAM KALANGAN MURID DARJAH 4

Mohamed Ali Mohamed Iqbal [email protected]

Sekolah Rendah Bendemeer

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan perisian buku-e sebagai alat

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) terutama pengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu

dalam kalangan murid darjah 4 di Sekolah Rendah Punggol, Singapura. Perisian

buku-e merupakan antara bahan TMK yang telah dikenal pasti sebagai agen

perangsang kerana mempunyai elemen-elemen multimedia yang membantu murid

mencapai tahap penguasaan dengan lebih optimum. Pada masa yang sama,

menjadikan perisian buku-e sebagai bahan penyelesaian terhadap masalah

pembacaan murid serta mengeksploitasi kecenderungan murid terhadap teknologi

komputer untuk menarik minat mereka dalam aktiviti membaca. Sebelum

melaksanakan kajian, kerangka konsepsi telah dilakarkan berdasarkan prinsip

pembelajaran Behavioris, Kognitif dan Konstruktivis, dan prinsip model reka bentuk

pengajaran Gagne dan ASSURE serta dengan model pembacaan Interaktif-

Pengimbangian yang dirujuk melalui metode kepustakaan. Metode pembinaan

bahan pula melibatkan siri pengujian bagi menyediakan perisian buku-e untuk

digunakan semasa sesi lapangan. Berdasarkan perbincangan dapatan, perisian

buku-e yang dibina menepati tujuh ciri multimedia. Nilai-nilai min yang tinggi dalam

perbincangan kuantitatif serta pandangan positif oleh pemerhati dalam perbincangan

Kata Kunci: Buku-E, Kemahiran Membaca, multimedia, Behavioris, Kognitif,

Konstruktivisme, Interaktif, Prinsip Pembelajaran

Page 2: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

97

Pengenalan

Era global berteraskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) jelas telah

mempengaruhi landskap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di

peringkat sekolah. Berbezanya penggunaan bahan-bahan bercetak serta tulisan

tangan di papan tulis, kini keberadaan prasarana bagi integrasi TMK telah

merevolusikan strategi konservatif itu kepada penggunaan perisian komputer,

multimedia, pakej pembelajaran secara berkomputer bagi membantu penguasaan

kemahiran-kemahiran murid dalam proses P&P.

Kemahiran membaca dalam bahasa Melayu merupakan salah satu

kemahiran yang disebutkan itu. Lazimnya, kemahiran membaca diasah melalui

penggunaan bahan membaca seperti teks bercetak atau bahan cereka berilustrasi.

Kini, integrasi TMK di peringkat sekolah dapat memberi nafas baru kepada usaha itu.

Misalnya, penggunaan buku-e atau cereka digital sebagai alat TMK dapat

menyediakan pelbagai peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dan

meneroka perisian tersebut di samping membaca bahan bacaan pada kadar

pembacaan individu. Tambahan itu, fitur-fitur buku-e seperti text-to-speech, animasi

serta kemudahan bernavigasi dengan hyperlink dapat meningkatkan tahap

penguasaan kemahiran membaca murid-murid ke tahap lebih tinggi. Oleh itu, para

guru dan pendidik setempat haruslah memanfaatkan kebaikan penggunaan buku-e

ini demi peningkatan dalam penguasaan bahasa Melayu murid-murid.

Pernyataan Masalah

Kanak-kanak yang dilahirkan dalam dunia berasaskan TMK dianggap sebagai IT

natives. Hal ini bermaksud bahawa kehidupan mereka ini dikelilingi teknologi dan

mereka dibesarkan dalam persekitaran teknologi yang menjadi amat akrab pada diri

mereka. Misalnya, kanak-kanak seawal setahun sudah didedahkan kepada aplikasi-

aplikasi interaktif dalam iPad atau iPhone. Hal ini berbeza dengan mereka yang

dibesarkan sebelum kemunculan TMK, iaitu IT foreigners. IT foreigners merujuk

kepada mereka yang telah dibesarkan dengan kaedah pembacaan secara tradisi.

Kaedah ini dianggap berkesan pada masa itu kerana tiada TMK sebagai wadah

alternatif.

Page 3: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

98

Namun demikian, keberadaan aplikasi iPad, telefon bijak, perisian komputer

dan pelbagai format multimedia di internet seperti YouTube, Facebook, Twitter telah

mengubah semua itu. Kanak-kanak masa ini merasakan bahawa aplikasi interaktif

seperti sedemikian mempunyai daya tarikan yang tinggi. Apatah lagi, pergerakan

animasi, warna, suara serta peluang mengendalikan perisian itu secara berautonomi.

Oleh itu, bahan-bahan bercetak tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada diri

murid-murid di sekolah sedangkan peringkat sekolah masih lagi bergantung pada

teks-teks bercetak bagi memupuk minat membaca dan mengasah kemahiran

membaca. Oleh itu, murid-murid mula merasakan masa yang diperuntukkan bagi

aktiviti membaca itu membosankan dan kurang memuaskan berbanding sekiranya

mereka berpeluang menggunakan kemudahan TMK. Oleh itu, guru-guru harus

mengeksploitasi prasarana dan penyediaan TMK sekiranya hendak menarik minat

dan memupuk sikap membaca dalam diri murid-murid. Malahan, pihak perpustakaan

turut boleh memainkan peranan dengan penyediaan koleksi buku-e. Masalah minat

harus diatasi pada tahap awal supaya kemahiran membaca itu boleh dibina dan

dipupuk dengan baik.

Kedua, masalah pembacaan setiap individu tidak dapat dikenal pasti dan

ditangani secara berkesan melalui strategi pembacaan konvensi seperti choral

reading, pair reading, model reading dan juga individual reading yang berasaskan

teks bercetak. Hakikatnya, setiap murid mempunyai masalah pembacaan yang

berbeza-beza. Tambahan itu, tahap masalahnya juga rencam dan sukar untuk

dilaksanakan dalam sebuah kelas dengan nisbah 30 hingga 40 murid kepada

seorang guru. Justeru, guru menghadapi masalah untuk menilai dan memperincikan

setiap masalah pembacaan bagi setiap murid itu. Lazimnya, guru akan mengatasi

masalah tersebut dengan menggunakan teknik modelling, pair reading atau

intervensi secara individu selepas masa sekolah. Dengan memanfaatkan fitur-fitur

dalam buku-e seperti text-to-speech, word recognition, hyperlink dengan definisi

serta pilihan untuk merakam suara bagi tujuan analisis dan pemberian skor

pembacaan, murid-murid itu sendiri boleh meneroka dan mempertingkatkan

kemahiran membaca diri sendiri. Secara tidak langsung, ini menggalakkan

pembelajaran kendiri yang berpusatkan murid. Guru hanya berfungsi sebagai

pemudah cara dan boleh memberi fokus kepada murid-murid yang berada pada

tahap rendah sekali. Tambahan, buku-e mengasah pergerakan dan koordinasi mata

Page 4: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

99

dengan otak melalui penggunaan animasi dan ini membantu penguasaan semantik

dan pemahaman teks bacaan.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian eksperimen ini dijalankan adalah untuk:

1. mereka bentuk sebuah perisian buku-e untuk digunakan dalampengajaran kemahiran membaca bahasa Melayu;

2. menguji keberkesanan perisian buku-e dalam meningkatkan tahappenguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu; dan

3. menganalisis tahap penguasaan kemahiran membaca murid sekolahrendah darjah tiga melalui penggunaan perisian buku-e.

Kajian Literatur

Kutipan kajian terdahulu akan dibincangkan daripada dua sudut yakni kajian-kajian

asing dan kajian-kajian tempatan.

Kajian Tempatan

Secara dasarnya, kebanyakan kajian tempatan menggunakan pelbagai wadah TMK

untuk memupuk kemahiran membaca. Antaranya, penggunaan bahan CDRI oleh

Abdul Fuad Mohamed Salim dan Izani Hj Daud (2010) di Malaysia. Kajian ini telah

menjalankan dua jenis kaedah P&P, Stand-Alone (berpusatkan pembelajaran kendiri)

dan Bilik Darjah (berpusatkan penyampaian guru). Dalam perbincangan dapatan,

kedua-dua pengkaji mendapati bahawa murid-murid lebih berminat untuk menjalani

kaedah Stand-Alone. Pada masa yang sama, pencapaian murid dalam praujian dan

pascaujian turut membuahkan hasil yang positif, iaitu peningkatan dari segi

penguasaan tahap kemahiran membaca.

Nor Zakiah Arif dan Nurhani Idris (2012) di Singapura pula menggunakan

Portal 10’M Aksara bagi tujuan yang serupa. Bahan tersebut membolehkan murid

mencontohi teks rakaman di samping merakam pembacaan sendiri bagi tujuan

penilaian. Melalui differentiated assignments yang disediakan bagi tiga kumpulan

tahap murid yang berbeza dalam portal ini, murid-murid telah didedahkan kepada

pelbagai genre pembacaan. Dalam pada itu, murid-murid dalam kumpulan lemah

dibantu murid-murid dalam kumpulan yang tahap pembacaannya lebih baik. Jelas

pada akhir sepuluh minggu, kedua-dua pengkaji telah mendapati peningkatan yang

membanggakan dalam tahap pembacaan bagi setiap kumpulan murid.

Page 5: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

100

Walaupun kajian Lokman Abd Wahid (2009) bukan tentang penggunaan

buku-e, kajian beliau telah menjelaskan kepentingan pengintegrasian alat TMK ke

dalam kandungan pedagogi. Dalam kajiannya, beliau telah menyentuh tentang

syarat-syarat yang harus dipenuhi bagi memastikan pengintegrasian TMK yang

lancar. Beliau juga telah membincangkan beberapa model pemprosesan maklumat

yang sesuai seperti ADDIE, Hanaffin & Peck dan model Hipermedia dalam

membentuk pakej pembelajaran berasaskan TMK. Jelas, kajian beliau ini tidak

hanya membincangkan aspek-aspek teori tetapi turut dalam bentuk praktis agar

pengintegrasian TMK, yakni penggunaan buku-e tersebut ke dalam kandungan

pedagogi dalam dilaksanakan dengan berkesan.

Kajian Asing

Kajian-kajian asing pula lebih memberikan fokus kepada buku-e secara total sebagai

bahan TMK utama dalam kajian mereka. Misalnya, kajian oleh Chau (2008) telah

menjelaskan kekuatan dan kelemahan buku-e. Antara salah satu kekuatan buku-e

yang dikupas ialah fitur-fitur multimedia yang pelbagai dapat membantu murid-murid

dalam mendekod, menginferens dan memahami pembacaan mereka.

Kelemahannya dilihat dari sudut jumlah waktu yang panjang menjawab soalan

kefahaman berbanding menggunakan bahan bercetak. Walau bagaimanapun,

kekuatan-kekuatan yang dibincangkan mengarah kepada peningkatan tahap

penguasaan membaca, kemahiran inferens dan perkembangan bahasa. Justeru,

beliau menyimpulkan bahawa buku-e tetap memberikan kesan positif terhadap

pembelajaran murid-murid.

Kajian oleh Roskos dan Brueck (2009) pula memberi fokus dan

menyenaraikan fitur-fitur buku-e serta elemen multimedia penting yang harus wujud

dalam pengkonseptualisasian buku-e. Pada masa yang sama, mereka turut

menyentuh kelebihan penggabungjalinan elemen multimedia yang agar dapat

mengoptimumkan bahan buku-e bagi memupuk tahap pembacaan dalam kalangan

murid-murid. Biancarosa dan Griffiths (2012) pula membincangkan hal yang agak

serupa tetapi berkesempatan mengaitkan keberadaan fitur dan elemen multimedia

tersebut kepada jenis-jenis P&P seperti pengajaran kemahiran asas, pengaktifan

pembaca kendiri dan strategik, pembinaan pengetahuan dan sokongan membantu

membaca, sokongan khusus secara individu dan penilaian.

Page 6: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

101

Seterusnya, kajian Mckenna dan Zucker (2009) juga menyentuh tentang

penggunaan buku elektronik atau buku-e dalam pembelajaran dalam kajian mereka

yang bertajuk Use of Electornic Storybooks in Reading Instruction; from theory to

practice. Kedua-dua pengkaji ini menjelaskan bahawa pemilihan buku-buku-e bagi

tujuan pengajaran haruslah berdasarkan objektif dan tujuan pembacaan dan

pengajaran kemahiran membaca. Mereka turut menambah bahawa fitur-fitur buku-e

ini bersifat pengimbangian kerana pelajar boleh memanfaatkan fitur seperti teks

bersuara untuk mendengar sebutan sesebuah perkataan ataupun penggunaan

animasi bagi memahami konteks cerita. Oleh itu, mereka mengusulkan penggunaan

model pembacaan Interactive-Compensatory sebagai model terapan untuk meneliti

hubungan antara buku-e dan penguasaan membaca.

Namun, kajian mereka ini bersifat satu andaian dan projeksi terhadap

kemungkinan besar buku-e ini boleh dijadikan sebagai assistive technology. Kajian

ini hanya telah melakarkan graf andaian bahawa murid akan mencapai prestasi

membaca yang agak baik melalui sokongan pengimbangian yang diberikan oleh

buku-e. Justeru, mereka yakin bahawa penggunaan buku-e ini pasti akan

merapatkan jurang tahap penguasaan membaca antara murid lemah dengan murid

bertahap tinggi. Pada masa yang sama, mereka tidak membincangkan penguasaan

kemahiran membaca itu secara terperinci dan kritis. Walau bagaimanapun, kajian ini

banyak membantu dalam mengasaskan kajian yang akan dijalankan. Perbincangan

mereka yang dilakukan secara teoretis dan berandaian memberikan gambaran

terhadap sejauh mana penggunaan buku-e ini berkesan dalam peningkatan

penguasaan tahap membaca seorang murid itu.

Jelas, kajian-kajian terdahulu telah membantu dalam pembentukan dan

perancangan kajian ini. Hal ini disebabkan kekurangan serta cadangan pembaikan

yang ditimbulkan dalam kajian-kajian terawal telah diambil sebagai iktibar bagi

menjadikan kajian ini lebih menyeluruh dan berbeza dengan kajian-kajian terdahulu.

Kaedah Kajian

Metode yang digunakan dalam sebuah kajian saling bergantung kepada instrumen

yang digunakan. Oleh itu, kedua-duanya itu harus berpadanan agar data yang

dicungkil relevan dan boleh digunakan untuk memastikan pencapaian objektif kajian.

Page 7: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

102

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Kaedah Kepustakaan

Kaedah ini melibatkan rujukan kepada beberapa bahan sekunder seperti buku The

Conditions of Learning oleh Gagne (1977) dan Lenses on Reading oleh Tracey dan

Morrow (2010) bagi memahami aspek teori, model dan implikasi terhadap

pembelajaran dan pembacaan. Beberapa bab dalam buku juga dirujuk seperti The

eBook as a learning object in an online world oleh Roskos dan Brueck (2009) untuk

mendapatkan definisi dan pegangan konsep bagi beberapa istilah penting yang

digunakan dalam kajian ini.

Selain itu, beberapa jurnal dan penulisan akademik bersifat latihan ilmiah,

disertasi dan tesis dirujuk bagi mendapatkan lebih maklumat tentang isu, latar

belakang, metode dan juga hasil kajian yang berkaitan dengan kajian ini. Antaranya,

Keberkesanan Aplikasi TMK dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran

Membaca Murid: satu kajian kes oleh Abdul Fuad Mohamed Salim & Izani Hj Daud

(2010) dan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan: Pengajaran Penulisan Kreatif

Bahasa Melayu di kalangan Murid darjah lima Singapura oleh Norainee Mohd Salleh

(2000).

Kaedah Pembinaan dan Pengujian Bahan

Kaedah ini dijalankan sebelum kaedah lapangan. Kaedah ini melibatkan pembinaan

dan pengujian bahan buku-e untuk memastikan buku-e itu bertepatan, bersesuaian

dan berfungsi tanpa masalah sebelum digunakan dalam sesi lapangan.

Pembinaannya isi kandungan cerita buku-e mencakupi pemilihan dan penyesuaian

kosa kata dengan dan tahap penguasaan kemahiran membaca murid. Pembinaan

aspek teknikal akan dilakukan dengan menggunakan clipart, gifs, motion paths,

custom animations dan audio suara. Kaedah pengujian pula melibatkan sesi

pengujian dengan menyemak silang bahan buku-e yang dibina dengan instrumen

senarai semak bagi aspek keselarasan buku-e dengan elemen-elemen multimedia

yang efektif. Kedua, pengkaji akan menyemak silang kelancaran perisian buku-e itu

dari segi operasi buku-e itu.

Page 8: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

103

Kaedah Lapangan

Kajian ini bersifat penyelidikan tindakan dan menjadi teras bagi mendapatkan data-

data relevan. Secara keseluruhan, kaedah lapangan ini meliputi lima sesi. Sesi

pertama dan terakhir diperuntukkan untuk menjalankan kaedah prapenilaian dan

pascapenilaian manakala tiga sesi pertengahan diperuntukkan untuk menjalankan

pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku-e.

Kaedah Prapenilaian dan Pascapenilaian

Kaedah penilaian pra- dan pasca- bertujuan untuk mencungkil data kuantitatif

berkenaan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid sebelum dan

selepas menjalani sesi penggunaan buku-e bagi tujuan analisis.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Kaedah P&P ini melibatkan tiga sesi pengajaran yang akan dilaksanakan pada

setiap minggu. Setiap sesi tersebut akan dilaksanakan dalam bentuk pengajaran

yang lengkap. Sesi tersebut akan dikendalikan oleh pengkaji sendiri agar

mempunyai autonomi untuk mengawal arah tuju pengajaran serta mengambil

langkah-langkah alternatif sekiranya ada cabaran dan sebagainya.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ini akan dijalankan oleh empat guru bahasa Melayu Sekolah

Rendah Punggol. Guru-guru tersebut berperanan sebagai pemerhati untuk meneliti

dan memberikan tumpuan kepada cara pengajaran dikendalikan dan, interaksi dan

penglibatan murid dengan buku-e.

Kaedah Soal-selidik

Borang soal-selidik akan dijawab oleh para guru semasa memerhati, selepas sesi

pemerhatian dan juga pada sesi terakhir. Soalan-soalannya berkaitan dengan

aspek-aspek keberkesanan buku-e, pembelajaran menggunakan buku-e,

penglibatan murid dengan buku-e dan tahap penguasaan kemahiran membaca

melalui penggunaan buku-e. Borang soal-selidik bagi murid-murid akan dilakukan

selepas melalui sesi pengajaran terakhir, iaitu sebelum penilaian pasca-. Data yang

dicungkil dalam kaedah soal-selidik ini akan digunakan bagi tujuan analisis

Page 9: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

104

kuantitatif dan kualitatif. Analisis kuantitatif akan mengambil kira jumlah skor

daripada soalan-soalan tertutup guru dan murid-murid. Analisis kualitatif akan

mengambil kira pandangan dan komen yang dijawab guru-guru dalam soalan

terbuka.

Kaedah statistik

Kaedah statistik melibatkan pengolahan data mentah dalam bentuk jadual dan rajah

supaya bersifat sistematik bagi tujuan perbincangan analisis. Antara metode statistik

yang dirujuk telah dibincangkan secara khusus oleh Majid Konting (2000) dalam

bukunya Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Antaranya yang digunakan ialah teknik

taburan frekuensi, selang kelas dan pengiraan min akan digunakan bagi

memudahkan pemerihalan data dalam perbincangan dapatan.

Subjek dan Bahan Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 12 murid darjah 4 sebagai subjek kajian yang dipilih

daripada kumpulan HA rendah, kumpulan MA dan LA tinggi. Secara keseluruhan,

julat markah pembacaan lantang mereka adalah antara 17 sehingga 12 sahaja.

Murid-murid golongan HA tinggi tidak akan dipilih disebabkan keupayaan tahap

pembacaan mereka yang baik. Murid-murid golongan LA rendah pula sering

memerlukan program intervensi bahasa seperti mengenal suku kata, sight words

dan sebagainya.

Bahan kajian pula terbatas kepada penggunaan perisian buku-e sebagai

bahan bacaan alternatif. Perisian buku-e ni akan memaparkan penggunaan bahasa

yang bersesuaian dengan tahap penguasaan bahasa murid darjah 4. Hanya tiga

sahaja buku-e yang akan digunakan bagi seluruh kajian. Selain itu, terdapat juga

bahan-bahan lain seperti bahan pra- dan pasca-pembacaan serta aktiviti selingan

bagi melengkapi satu masa pembelajaran yang sempurna.

Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen bagi mengumpul dan menilai data bagi

tujuan memudahkan analisis.

Page 10: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

105

Pertama, senarai semak multimedia yakni sebuah senarai semak silang bagi

mengesahkan kehadiran elemen-elemen multimedia dalam perisian buku-e.

Sehubungan itu, senarai ini bertujuan untuk menjamin kelancaran dan kewibawaan

pengoperasian buku-e tersebut. Melalui penggunaan senarai semak itu, pengkaji

dapat memastikan buku-e yang dihasilkan itu efektif dan berkualiti bagi tujuan

meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid. Secara tidak

langsung, instrumen ini membantu mencapai objektif pertama kajian. (Rujuk

Lampiran 1)

Kedua, borang soal-selidik yang akan digunakan bagi mengumpulkan data

bersifat kualitatif dan kuantitatif. Pihak guru sebagai pemantau kajian akan diberikan

soalan-soalan tertutup dan terbuka. Soalan-soalan tertutup akan dibentuk mengikut

skala Likert. Skor setiap borang soal-selidik akan dijumlahkan, dipuratakan dan

digunakan sebagai nilai ukuran untuk meneliti pencapaian objektif kedua. Soalan

terbuka pula akan berlegar sekitar cadangan serta pandangan sebagai seorang guru

yang berpengalaman mengenai penggunaan buku-e tersebut sebagai alat TMK

semasa pengajaran kemahiran membaca. Jawapan-jawapan daripada soalan ini

akan digunakan bagi menyokong lagi pendapat dan hasil dapatan kajian. Subjek

kajian pula diberikan borang soal-selidik ini berbentuk tertutup yang berlegar sekitar

pengalaman mereka semasa menggunakan perisian buku-e tersebut. Skor setiap

borang soal-selidik ini turut akan dijumlahkan, dipuratakan dan digunakan sebagai

nilai ukuran untuk meneliti pencapaian objektif kedua.

Ketiga, ujian pra- dan pasca- yang bertujuan untuk menilai tahap penguasaan

kemahiran murid sebelum dan selepas melalui sesi penggunaan buku-e tersebut.

Ujian ini berbentuk teks yang lazim digunakan dalam ujian kemahiran lisan di

Singapura. Pengkaji akan menilai dengan menggunakan rubrik bagi memastikan

ketekalan pemarkahan bagi setiap murid.

Teori, Prinsip dan Model Dalam Kajian

Sebagai teras dan menjadi pegangan kepada kajian ini, penggabungjalinan prinsip-

prinsip pembelajaran dengan model reka bentuk pengajaran (instructional designs)

dan juga model pembacaan harus dibincangkan.

Page 11: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

106

Dikutip daripada teori-teori pembelajaran, pandangan Piaget (1936) mengenai

skema akan disepadukan dengan prinsip ‘Zone of Proximal Development’ oleh

Vygotsky (1962) pada bahagian awal sesi P&P, iaitu semasa aktiviti induksi dan pra-

pembacaan bagi mengaktifkan skema dan mengaitkan pengetahuan sedia ada

dengan pengetahuan yang akan dipelajari. Seterusnya, kaedah pemprosesan

maklumat Schunk (1996) berasaskan teori kognitif akan dapat diteliti pada tahap

pelaksanaan buku-e. Pandangan beliau ini dikukuhkan dengan prinsip konstruktivis

Vygotsky yang menganggap keberadaan fitur-fitur seperti teks, audio, animasi, grafik

dan keupayaan membaca mengikut kadar pembacaan individu dalam perisian buku-

e sebagai scaffolding. Lantas, mendorong pelajar ke arah zon pembelajaran

optimum. Prinsip ‘pembelajaran melalui penemuan’ atau ‘Discovery Learning’ Bruner

(1960) pula dijadikan sandaran pembelajaran aktif dan kendiri semasa murid

meneroka dan membaca buku-e ini. Akhir sekali, prinsip Skinner (1938) daripada

teori behaviorisme dapat dikesan dalam aspek peneguhan positif dan negatif yang

akan digunakan semasa langkah memberi maklum balas dan menilai penilaian.

Ringkasnya, kajian ini tidak menggunakan satu sahaja prinsip pembelajaran sebagai

teras tetapi memilih untuk menyepadukan dan menyusunkan prinsip-prinsip terpilih

ini menjadi satu formula pembelajaran yang sempurna dan holistik.

Sebagai sandaran daripada teori multimedia pula, kedua-dua model reka

bentuk Gagne (1977) dan model ASSURE (1989) akan dipadankan. Hal ini

disebabkan ‘Sembilan Peristiwa Pengajaran Gagne’ dalam model reka bentuk

Gagne berpusatkan tugas dan lebih bersifat kepada langkah-langkah sistematik

dalam pengajaran bagi mencapai pembelajaran murid yang optimum. Model

ASSURE pula berpusatkan reka bentuk tersebut dan berorientasikan bilik darjah.

Maka, penyepaduan kedua-dua model reka bentuk ini akan bersifat lebih

menyeluruh dan melengkapi antara satu sama lain. Secara demikian, pemadanan ini

akan meyakinkan keberkesanan dalam perancangan dan pelaksanaan kajian

lapangan.

Model Interaktif-Pengimbangian (1980) pula dipilih sebagai model

pembacaan disebabkan model tersebut bertujuan untuk meneliti proses mental, iaitu

proses pendekodan maklumat yang berlaku semasa murid-murid itu sedang

menjalankan aktiviti membaca. Murid mendekod maklumat secara linear atau

bertahap-tahap ketika membaca bahan bacaan bercetak. Cara mendekod maklumat

Page 12: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

107

ini dianggap sebagai pendekatan top-down atau bottom-up. Sebaliknya, model yang

bersifat interaktif ini memberi peluang kepada pembaca untuk memanfaatkan semua

maklumat daripada pelbagai sumber secara serentak. Oleh itu, pembaca tidak lagi

terikat kepada proses berurutan dan berperingkat seperti dalam pendekatan top-

down dan bottom up itu. Terdapat empat proses yang berlaku secara serentak

semasa pembacaan itu dilakukan:

1. Pemprosesan maklumat sintaksis

Pemprosesan maklumat sintaksis merujuk kepada maklumat yang terkandung

dalam susunan konstituen kata dalam struktur binaan ayat.

2. Pemprosesan maklumat semantik

Pemprosesan maklumat semantik merujuk kepada maklumat yang berkaitan

pembinaan mesej dan objektif komunikasi. Makna yang didukung pada tahap

kata, frasa, klausa ataupun ayat juga diproses oleh pemprosesan tersebut.

3. Pemprosesan maklumat ortografik

Pemprosesan maklumat ortografik merujuk kepada input visual sama ada dari

segi bentuk huruf mahupun ilustrasi.

4. Pemprosesan maklumat leksikal

Pemprosesan maklumat leksikal merujuk kepada pengetahuan kosa kata yang

wujud dalam pengetahuan sedia ada pembaca.

Keempat-empat proses mental ini berlaku secara serentak dan membantu

pemproses tahap tinggi dan rendah dalam mekanisme mental pembaca itu untuk

berinteraksi sesama bagi menghasilkan output, iaitu membaca. Hal ini bermaksud

sekiranya salah satu pemproses teks tidak mampu membantu individu ini

memproses maklumat yang dibacanya dari segi kekurangan maklumat atau juga

pemproses dalam murid itu lemah, pemproses-pemproses lain dapat mengimbangi

proses mental yang berlaku itu. Oleh itu, model Interaktif-Pengimbangan (1980) ini

dianggap sebagai model paling sesuai dan relevan dalam mengkaji penguasaan

tahap kemahiran membaca.

Page 13: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

108

Kerangka Konsepsi

Kerangka konsepsi atau kerangka konseptual merujuk kepada kerangka binaan

berdasarkan konsep-konsep dalam penggabungjalinan teori, prinsip dan model-

model yang saling berinteraksi di antara satu sama lain. Berdasarkan kerangka

konsepsi dalam rajah di bawah ini, konsep-konsep yang digabungjalinkan sebagai

pegangan konseptual jelas tersusun dalam satu dimensi yang berhubungan. Prinsip-

prinsip pembelajaran yang tersenarai daripada kesepaduan ketiga-tiga teori

pembelajaran utama yakni kognitif, konstruktivis dan behavioris mewakili domain

pembelajaran murid. Domain pengajaran pula yang terbentuk daripada gabungan

‘Sembilan Peristiwa Pengajaran Gagne’ (tugas) dan model ASSURE (bilik darjah)

telah menggariskan langkah-langkah sistematik seolah-olah menalakan sebuah

mekanisme pengajaran yang efisien. Model pembacaan itu pula merupakan kunci

utama yang mengikat ketiga-tiga konsep ini kerana model ini berfungsi sebagai

fokus kajian yang berlakunya pemprosesan maklumat dalam sistem kognitif murid itu.

Rajah 1: Kerangka Konsepsi

Impak kepada Murid

Penguasaan Kemahiran Membaca

Prinsip-prinsip Pembelajaran

Kognitif : Skema + Ingatan Bekerja

Konstruktivis : pengetahuan sedia ada + pembelajaran melalui penemuan + scaffolding

Behavioris : Tingkah laku lazim + peneguhan melalui S-R

Prinsip-prinsip Model Reka Bentuk Pengajaran

Sembilan Peristiwa Pembelajaran Gagne + Model

ASSURE

Model Pembacaan

(Model Interaktif-Pengimbangian) Pemprosesan maklumat secara

kognitif

Page 14: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

109

Ketiga-tiga domain itu saling berhubungan seperti diperhatikan melalui

lingkaran tersebut dan menjurus kepada impak terhadap murid, iaitu penguasaan

kemahiran membaca. Pada masa yang sama, ketiadaan salah satu domain sama

ada dari pembelajaran, pengajaran mahupun domain pembacaan itu akan menjejas

pencapaian penguasaan yang dikehendaki. Oleh itu, penting ketiga-tiga domain

konsep ini hadir secara serentak dan saling melengkapi bagi mencapai hasil yang

dikehendaki, iaitu penguasaan kemahiran membaca murid yang optimum dan

sempurna.

Prosedur Kajian

Prosedur kajian dapat dibahagikan kepada dua yakni prosedur persediaan dan

prosedur pelaksanaan.

Prosedur Persediaan

Prosedur awal ini dilakukan sebelum kajian lapangan tersebut. Prosedur ini

melibatkan pembinaan dan pengujian bahan buku-e yang berasaskan MS

PowerPoint. Borang senarai semak yang digunakan telah membantu dalam

memastikan kelancaran dan keberkesanan buku-e sebelum penggunaannya dalam

sesi lapangan.

Prosedur Pelaksanaan

Prosedur pelaksanaan merujuk kepada langkah-langkah yang berlaku semasa

kajian lapangan tersebut. Sebagai langkah pertama, ujian pra- akan dijalankan

sebelum menjalankan sesi P&P untuk menilai pengetahuan sedia ada murid.

Seterusnya, sesi pengajaran pertama yang dimulakan dengan aktiviti rangsangan

akan dijalankan bagi mengaktifkan skema dengan menggunakan soalan rangsangan

dan carta KWL. Selanjutnya pernyataan objektif akan dijelaskan kepada murid-murid

agar tujuan sesi pengajaran menggunakan buku-e itu dapat difahami.

Setelah itu, murid-murid akan mula menggunakan buku-e semasa aktiviti

pembacaan. Pada masa ini, proses kognitif akan berlaku di dalam otak mereka.

Proses kognitif itu mengaktifkan pemproses-pemproses maklumat dalam Model

Interaktif-Pengimbangian (1980) untuk beroperasi dan mengimbangi antara satu

Page 15: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

110

sama lain bagi membantu mereka menginterpretasi teks. Pada masa yang sama,

pengkaji akan memberikan rangsangan melalui bimbingan dan maklum balas.

Selepas itu, penutup pengajaran akan dijalankan dalam bentuk pengukuhan

dengan menggunakan semula carta KWL. Langkah pengaktifan skema hingga

langkah pengukuhan kemahiran akan diulang bagi sesi pengajaran kedua dan ketiga.

Pada tahap ini, murid sudah dianggap menguasai kemahiran baru yang lebih

mantap disebabkan telah melalui tiga sesi pengajaran. Sebagai langkah terakhir

dalam prosedur ini, penilaian dalam bentuk ujian pasca- akan dilakukan untuk

memastikan hasil kajian tersebut.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bahagian awal dapatan kajian akan membincangkan pencapaian objektif pertama

kajian semasa menjalankan langkah pembinaan dan pengujian.

Setelah menyemak silang bahan buku-e dengan senarai semak elemen

multimedia, ketiga-tiga bahan buku-e ini didapati memiliki tujuh antara lapan elemen

multimedia. Elemen multimedia yang tidak hadir, iaitu elemen video tidak akan

menjejas keberkesanan buku-e kerana elemen ini tidak memainkan peranan penting

dalam pemupukan kemahiran membaca. Tambahan itu, kehadiran tujuh antara

lapan elemen multimedia yang telah digabungkan dalam suatu bentuk perisian

dianggap lebih daripada cukup untuk menjadikan buku-e ini suatu perisian yang utuh.

Hal ini bertepatan dengan pandangan Ally (2005) dalam Encyclopedia of Multimedia

Technology and Networking (2005) bahawa kombinasi sekurang-kurangnya dua

media sahaja sudah memadai untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna

dengan berkesan. Justeru, ketiga-tiga buku-e ini dapat dianggap sebagai perisian

yang mempunyai nilai interaktiviti dan multimedia yang tinggi.

Pengujian pengoperasian buku-e yang menguji kehadiran tiga kriteria

(ketepatan, kelancaran operasi, kewibawaan) mendapati bahawa hanya buku-e 1

sahaja menepati syarat ketiga-tiga kriteria dengan pencapaian jumlah markat 4.

Justeru, buku-e 1 dianggap telah memenuhi syarat dan sedia digunakan bagi sesi

lapangan. Buku-e 2 pula hanya memenuhi kriteria ketepatan dan kewibawaan

sahaja. Oleh itu, kriteria kelancaran operasi hanya menepati jumlah markat 3.

Setelah diteliti, item 3 yakni “Audio kedengaran ketika butang audio ditekan” tidak

Page 16: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

111

dapat ditepati. Justeru, buku-e 2 telah dibaiki sebelum menjalani sesi pengujian

kedua. Buku-e 3 juga tidak memenuhi syarat ketiga-tiga kriteria tersebut. Hal ini

disebabkan item 4 “Butang-butang hyperlink berfungsi dengan sempurna” bagi

kriteria kelancaran operasi dan item 4 “Tahap kepayahan kosa kata bersesuaian

dengan tahap pembacaan pengguna” bagi kriteria kewibawaan tidak dapat ditepati.

Justeru, hanya kriteria ketepatan sahaja menepati syarat jumlah penuh. Maka itu,

masalah-masalah buku-e 3 telah dibaiki agar dapat menjalani sesi pengujian kedua.

Sesi pengujian kedua yang dijalankan terhadap buku-e 2 dan buku-e 3

mendapati bahawa kedua-dua buku-e ini memenuhi syarat ketiga-tiga kriteria. Maka

itu, kedua-dua buku-e boleh digunakan bagi sesi lapangan. Secara keseluruhan,

ketiga-tiga buku-e yang telah dibina telah melalui sesi pengujian untuk memastikan

sama ada buku-e itu sudah lengkap dan sesuai bagi penggunaan dalam sesi P&P.

Kelulusan ketiga-tiga perisian tersebut menunjukkan bahawa objektif pertama yakni

perisian buku-e harus direka bentuk sekiranya hendak mengajar kemahiran

membaca sudah dijawab.

Seterusnya, perbincangan analisis akan menumpukan perhatian kepada

objektif kedua, iaitu menguji keberkesanan buku-e tersebut dalam meningkatkan

tahap penguasaan kemahiran membaca. Justeru, perbincangan akan melibatkan

analisis terhadap dua borang soal-selidik yakni murid dan juga guru yang telah

dijalankan untuk mengutip data kuantitatif dan kualitatif yang relevan dengan

pencapaian objektif tersebut.

Borang soal-selidik murid mempunyai tiga julat kategori, iaitu tidak setuju,

setuju dan sangat setuju. Maka itu, jumlah total min bagi setiap item ialah sebanyak

3.00. Berdasarkan analisis jumlah min bagi setiap item dalam borang soal-selidik

murid, terdapat beberapa pernyataan yang menunjukkan jumlah min kepuasan yang

kurang tinggi seperti item A4, A8 dan A10 (Rujuk Lampiran 2). Walau bagaimanapun,

purata min sebanyak 2.41 yang mewakili seluruh pernyataan dalam borang soal-

selidik telah menunjukkan bahawa tahap kepuasan subjek kajian secara

keseluruhan berada dalam julat kategori sangat setuju.

Borang soal-selidik guru pula mempunyai tiga bahagian soalan; bahagian B

yang memberi fokus kepada proses P&P, bahagian C yang memberi fokus kepada

keberkesanan buku-e terhadap proses pembacaan dan akhirnya bahagian D yang

Page 17: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

112

memberi fokus kepada aspek teknikal buku-e. Selang skala min bagi borang ini pula

terbahagi kepada lima julat kategori, iaitu sangat tidak setuju, kurang memuaskan,

sederhana, memuaskan dan sangat setuju. Maka itu, jumlah total min bagi setiap

item ialah sebanyak 5.00. Berdasarkan analisis jumlah min bagi setiap item dalam

borang soal-selidik guru bahagian B, setiap subjek telah menandakan markat

bersetuju (pilihan memuaskan dan sangat setuju) bahawa perisian buku-e sebagai

alat TMK jelas membantu dalam proses P&P. Secara keseluruhan, purata bagi

keseluruhan min yang diperoleh ialah 4.68 (Rujuk Lampiran 3). Justeru, jumlah itu

tetap meletakkan tahap kepuasan secara keseluruhan bagi bahagian B dalam julat

kategori sangat setuju. Analisis jumlah min bagi bahagian C menunjukkan keputusan

yang lebih memberangsangkan terutama bagi item C2, C6, C7, C8, C9 dan C10

yang mendapat jumlah min penuh, yakni 5.00. Setelah dipuratakan, jumlah min

keseluruhan yang diperoleh masih agak tinggi, iaitu 4.80 (Rujuk Lampiran 4). Justeru,

jumlah tersebut tetap meletakkan tahap kepuasan secara keseluruhan bagi

bahagian C dalam julat kategori sangat setuju. Analisis jumlah min bagi bahagian D

turut menunjukkan keputusan yang memberangsangkan kerana hanya item D7 dan

D8 sahaja yang tidak menepati jumlah total 5.00. Hal ini bermaksud setiap subjek

kajian amat bersetuju bahawa aspek teknikal yang membentuk buku-e tersebut

seperti elemen-elemen multimedia bertepatan dan berkesan dalam menyokong

penguasaan kemahiran membaca. Jumlah purata keseluruhan min bagi setiap

pernyataan yang dapat diperhatikan dalam Lampiran 5 ialah 4.91. Justeru, jumlah

tersebut tetap meletakkan tahap kepuasan secara keseluruhan bagi bahagian D

dalam julat kategori sangat setuju.

Jelas, semua item pernyataan kuantitatif bagi borang soal-selidik murid dan

guru telah dianalisis dan dijumlahkan bagi tujuan kupasan. Jelas, skor min bagi

setiap bahagian itu mendapati perisian buku-e amat berkesan sebagai bahan dalam

meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid.

Analisis dan perbincangan soalan-soalan kualitatif pula melibatkan soalan-

soalan terbuka dalam bahagian E bagi borang soal-selidik guru. Antaranya, hasil

dapatan kualitatif merupakan kekuatan buku-e, kelemahan buku-e, faktor

ketersauran (feasibility factor) sebagai bahan P&P dan pengintegrasian perisian

buku-e dalam program pembacaan meluas. Tiga aspek telah dikenal pasti sebagai

kekuatan buku-e. Pertama, penggunaan animasi dalam buku-e dikecam sebagai

Page 18: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

113

daya perangsang dan menjadikan bahan pembacaan itu bersifat interaktif. Kedua,

kebolehan teks bersuara yang boleh diulang dengar telah memberi peluang kepada

murid untuk mencontohi pembacaan yang tepat dari segi kelancaran, sebutan dan

juga intonasi. Ketiga merupakan penyediaan pembacaan yang sistematik dengan

penggunaan huruf (a), (b), (c) sebagai penanda urutan dialog.

Kelemahan buku-e pula dilihat dari segi kelantangan ulang dengar audio teks

yang agak rendah semasa pelaksanaan sesi lapangan kedua. Walau bagaimanapun,

masalah teknikal ini tidak menjejaskan kelancaran buku-e kerana murid masih dapat

mendengar audio teks tetapi hanya pada kelantangan yang rendah. Selain itu,

terdapat cadangan agar elemen ulang dengar dapat disediakan bagi tahap kata

berbanding tahap ayat atau dialog pada setiap muka surat. Jelas, penyediaan

opsyen ini merupakan sesuatu yang akan lebih memanfaatkan murid dan boleh

diambil kira dalam pembinaan buku-e pada masa akan datang.

Seterusnya, faktor ketersauran atau kebolehlaksanaan perisian buku-e

sebagai bahan P&P telah mendapat pandangan yang positif daripada semua

pemerhati. Hal ini disebabkan penggunaan buku-e ini menggalakkan pembelajaran

aktif dan kendiri. Penggunaan buku-e bukan sahaja membina keyakinan murid-murid

tetapi memberikan peluang kepada guru untuk menjadi pemudah cara dan

menumpukan perhatian kepada murid-murid yang lebih lemah. Pandangan-

pandangan lain juga menjelaskan kemampuan perisian buku-e ini yang boleh

diubahsuai mengikut tahap pembacaan murid-murid itu bagi menjalankan

differentiated learning. Mark, Cornebise dan Wahl (1997:7) turut mengongsi

pandangan yang sama bahawa penyediaan pembelajaran yang berbeza-beza boleh

dicapai melalui kemudahan TMK seperti perisian buku-e. Hal tersebut akan

mengoptimumkan masa P&P di samping daya pembelajaran murid itu sendiri dalam

masa yang singkat. Justeru, subjek kajian tersebut berpendapat bahawa perisian

buku-e ini haruslah digunakan dalam pengajaran kemahiran membaca.

Akhir sekali, semua guru dalam subjek kajian bersetuju bahawa perisian

buku-e ini harus diintegrasikan dalam program pembacaan meluas agar boleh

dijalankan secara holistik pada tahap sekolah. Mereka berpendapat bahawa

kelebihan buku-e seperti aspek visual, mesra pengguna, kebolehan buku-e

disesuaikan mengikut tahap pembacaan murid dianggap dapat mengatasi

Page 19: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

114

kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam program pembacaan meluas yang

sedia ada (menggunakan bahan bercetak) yang sifat one size fits all dan statik.

Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka berpendapat bahawa

pengintegrasian seperti yang diinginkan ini bukan mudah untuk dicapai. Hal ini

disebabkan kepakaran diperlukan bagi menghasilkan buku-e yang banyak, rencam

dan pelbagai mengikut peringkat. Sekiranya, pangkalan katalog buku-e seperti yang

disebut dapat disediakan maka pengintegrasian yang holistik pada peringkat sekolah

pasti dapat dicapai tanpa apa-apa halangan.

Jelas, jumlah-jumlah min yang diperoleh melalui analisis kuantitatif dan

perbincangan positif yang diraih daripada analisis kualitatif menyokong hipotesis dan

tujuan kajian kedua bahawa buku-e merupakan alat berkesan bagi

memberangsangkan tahap pembacaan murid-murid. Seterusnya, analisis ujian pra-

dan pasca- telah menilai tahap pembacaan murid sebelum dan selepas sesi P&P.

Berdasarkan jumlah penuh 20, setiap murid menunjukkan peningkatan paling

rendah, iaitu satu markah dan peningkatan paling tinggi sebanyak tiga markah.

Namun, terdapat dua murid yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan

langsung (Rujuk Lampiran 6). Sekiranya dianalisis jumlah min dari sudut kumpulan

tahap pembacaan, kumpulan LA menunjukkan kenaikan paling tinggi, iaitu 1.60

manakala kumpulan MA dan HA pula menunjukkan kenaikan yang sama, iaitu 1.00.

Justeru, dapat dirumuskan bahawa kumpulan LA merupakan kumpulan yang paling

manfaat daripada keberkesanan buku-e. Dari sudut setiap individu pula, kenaikan

tertinggi yakni sebanyak tiga markah telah diraih oleh murid daripada kumpulan LA.

Kenaikan daripada 11 hingga 14 markah dapat dicapai oleh murid I tersebut

disebabkan keterlibatan dirinya yang sungguh aktif dalam ketiga-tiga sesi P&P. Bagi

murid C dan E yang markah tahap penguasaan kemahiran membaca mereka yang

statik, iaitu pada jumlah 15 pula boleh disebabkan beberapa faktor asing atau

extraneous yang tidak dapat dikawal. Misalnya, tahap keyakinan diri berhadapan

dengan ujian atau kesihatan diri pada masa mengambil ujian tersebut. Walau

bagaimanapun, jumlah murid ini masih kecil dan tidak akan menjejaskan

peningkatan dalam tahap penguasaan kemahiran membaca secara keseluruhan.

Secara keseluruhan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa analisis bagi

pembinaan dan pengujian menjelaskan bahawa ketiga-tiga buku-e ini merupakan

bahan TMK yang lengkap dengan pelbagai elemen multimedia. Pada masa yang

Page 20: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

115

sama, pengujian yang dilakukan mengesahkan kelancaran operasi supaya tidak

menjejaskan hasil pembacaan positif yang diinginkan. Skor-skor min yang

memberangsangkan dalam analisis kuantitatif serta perbincangan kualitatif telah

memberikan nilai tambah dari sudut kekuatan buku-e, ketersauran yang positif dan

kemampuan perisian buku-e diintegrasikan dalam program pembacaan meluas.

Tambahan lagi, kenaikan yang diraih dalam ujian pra- dan pasca- jelas menyokong

dan mengesahkan perisian buku-e sebagai bahan yang amat efektif dalam

meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid.

Kesimpulan

Secara tuntas, tidak boleh dinafikan bahawa keberadaan teknologi pada hari ini

adalah untuk kemaslahatan manusia agar dapat membantu mereka dalam pelbagai

aspek kehidupan. Penggunaan TMK dalam sistem pendidikan secara meluas sahaja

mengesahkan bahawa TMK ini amat bermanfaat kepada proses P&P yang berkesan.

Sememangnya penggunaan buku-e sebagai salah satu alat TMK yang diusulkan

dalam kajian ini adalah untuk menjawab permasalahan yang timbul dalam proses

P&P, iaitu masalah dalam meningkatkan kemahiran membaca bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, penggunaan buku-e ini sebagai bahan TMK sahaja tidak

mencukupi. Sebaliknya, prinsip pembelajaran, prinsip reka bentuk pengajaran dan

model pembacaan harus diadunkan menjadi satu pegangan yang mendasari

penggunaan buku-e agar dapat digunakan sebagai bahan P&P dengan optimum.

Berdasarkan perbincangan dapatan dalam kajian ini, jelas bahawa perisian

buku-e yang bertepatan dengan ciri-ciri TMK harus dibina agar dapat mengajar

kemahiran membaca dengan berkesan. Keberkesanan dan kewibawaan perisian

buku-e ini pula sebagai bahan pengajaran kemahiran membaca telah disahkan oleh

analisis kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan. Dalam pada itu, keberkesanan dan

kewibawaan bahan TMK jelas menyumbang kepada peningkatan tahap penguasaan

kemahiran membaca murid seperti yang didapati dalam analisis kuantitatif ujian pra-

dan pasca-. Oleh itu, hipotesis-hipotesis yang telah disarankan dalam kajian ini jelas

dapat dijawab. Pada masa yang sama, objektif-objektif yang mengawal arah kajian

ini juga telah tercapai di akhir kajian ini.

Page 21: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

116

Natijahnya, perisian buku-e amat efektif dalam merubah landskap pengajaran

dan pembelajaran kemahiran membaca kerana potensinya yang begitu tinggi dan

dinamik. Oleh itu, guru-guru seharusnya menggunakan segenap peluang untuk

menarik minat dan meningkatkan kemahiran membaca murid melalui penggunaan

buku-e. Lantas, langkah-langkah harus diambil untuk mengintegrasikan perisian

buku-e ini dalam sistem pendidikan Singapura agar dapat merekayasa proses

pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

Rujukan

Abdul Fuad Mohamed Salim & Izani Hj Daud (2010). Keberkesanan aplikasi TMK dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid: satu kajian kes. Jurnal Bahasa, 10(2), 223-241.

Ally, M. (2005). Multimedia information design for mobile devices. Dlm M. Pagani (Peny.), Encyclopedia of multimedia technology and networking (ms. 704-709). Hershey, PA: Idea Group Reference.

Biancarosa, G. dan Griffiths, G.G. (2012). Technology tools to support reading in the digital age. The Future of Children, 22(2), 138-160.

Bruner, J. (1960). The process of education. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Chau, M. (2008). The effects of electronic books designed for children in education. Essays of the Design of Electronic Text, 1(1), 1 – 12.

Gagné, R.M. (1977). The conditions of learning. (4th ed.). New York: Holt, Rinehart & Winston, Inc.

Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives of Psychology 140, 1–55.

Lokman Abd Wahid (2009) Integrasi TMK dan Pengetahuan Kandungan Pedagogi [PKP(PCK)]: Ke arah pemerolehan bahasa yang lebih berkesan. Konvensyen Pedagogi Bahasa Melayu Serantau (ms. 263-285). Seremban, Negeri Sembilan.

Majid Konting. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mark, J., Cornebise, J. dan Wahl, E. (1997). Community technology centres : Impact on individuals and their communities. Waltham, MA: Education Development Centre, Inc.

McKenna, M.C dan Zucker, T.A. (2009). Use of electronic storybooks in reading insruction. Dlm Bus, A. G. (Peny.), Multimedia and literacy development : improving achievement for young learners (ms. 254-272). New York: Routledge.

Nor Zakiah Arif & Nurhani Idris. (2012) Penggunaan ICT bagi meningkatkan kemahiran membaca murid. Seminar Bahasa Melayu, MLCS Bishan, Singapura.

Piaget, J. (1936). Origins of intelligence in the child. London: Routledge & Kegan Paul.

Roskos, K. dan Brueck, J. (2009). The eBook as a learning object in an online world. Dlm Bus, A. G. (Peny.), Multimedia and literacy development: Improving achievement for young learners (ms. 77-88). New York: Routledge.

Page 22: penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid darjah 4

Perkongsian Profesional Bagi Guru-Guru Permulaan

117

Schunk, D.H. (1996). Learning theories (2nd ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Merrill, an imprint of Prentice Hall.

Skinner, B.F. (1938). The behavior of organisms: An experimental analysis, New York: Appleton-Century-Crofts.

Smaldino, S.E., Rusell, J.D., Heinrich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional technology and media for leaning (8th ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Stanovich, K.E. (1980). Toward an interactive-compensatory model of individual differences in the development of reading fluency. Reading Research Quarterly, 21, 360-407.

Tracey, D.H, & Morrow, L.M. (2012). Lenses on reading: An introduction to theories and models (2nd ed.). New York: Guilford Press.

Vygotsky, L.S. (1962). Thought and language. Cambridge [Mass]: M.I.T. Press.