pengantar undang-undang di malaysia(hukum kanun melaka)

5
SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 2 2012/2013 JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG KURSUS : PENGANTAR SISTEM UNDANG-UNDANG DI DMALAYSIA ( ASU 2162 ) PENSYARAH : PUAN YUSLIHA BINTI MOHD YUNUS TAJUK : HUKUM KANUN MELAKA PELAJAR: NOR ADILAH FITRI BINTI AZHAR ( PID12112 ) KUMPULAN 3 1.1 Latar Belakang Hukum Kanun Melaka

Upload: nor-adilah

Post on 31-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hukum kanan melaka

TRANSCRIPT

Page 1: Pengantar Undang-undang Di Malaysia(Hukum Kanun Melaka)

SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM

SEMESTER 2 2012/2013

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

KURSUS :

PENGANTAR SISTEM UNDANG-UNDANG DI DMALAYSIA ( ASU 2162 )

PENSYARAH :

PUAN YUSLIHA BINTI MOHD YUNUS

TAJUK :

HUKUM KANUN MELAKA

PELAJAR:

NOR ADILAH FITRI BINTI AZHAR ( PID12112 ) KUMPULAN 3

Page 2: Pengantar Undang-undang Di Malaysia(Hukum Kanun Melaka)

1.1 Latar Belakang Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka yang dirujuk pada hari ini ialah yang diubahsuai oleh Liaw Yock Fang

dalam edisi bahasa melayu. Hukum ini mengandungi 44 fasal. Hukum Kanun Melaka telah

disusun dengan lengkap oleh Hang Sidi Ahmad dibawah perintah Sultan Mahmud Shah.

William A.Roff dan Alfred Rubin memberi pendapat bahawa Hukum Kanun Melaka ialah

undang-undang islam. Ini dapat dibuktikan melalui pendahuluan pada bahagian mukadimah

Hukum Kanun Melaka yang mengatakan : “ Mengikut hukum Allah pada hukum Allah,

menurut dalil al-quran dan menurut amr bi al-ma’ruf wa nahi ani al-mungkar.1

1.2 Hukum Yang Terdapat Dalam Hukum Kanun Melaka

Hukum Kanun Melaka terbahagi kepada dua iaitu undang-ndang Negeri dan undang-undang

laut Melaka. Antara undang-undang yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka ialah yang

melibatkan jenayah, muamalah, keluarga, ketenteraan dan syarat-syarat menjadi sultan.

Hukum yang berkaitan jenayah seperti qiyas, hudud dan takzir. Contohnya fasal 5:1,3, 8:2,3

dan fasal 39 yang menyebut tentang hukuman qiyas ( pembunuhan dan tampar

menampar( mencederakan seseorang) ) yang hukumnya ialah bunuh balas dan menampar

balas. 2

Selain itu fasal 12.3 : menyebut hukum yang berkaitan dengan tuduhan zina hukumnya ialah

hukum Allah iaitu didera lapan puluh kali namun pada Hukum Kanun Melaka didenda

sepuluh tahil. Kesalahan minum arak juga terdapat dalam fasal 42 Hukum Kanun Melaka

akan dikenakan hukuman sebat 40 kali bagi orang yang merdeka dan hamba sebanyak 20 kali.

Hukuman ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan : “ Bahawa Nabi

Muhammad SAW mendera orang yang minum arak dengan menyebat ‘jarid’ dan pelepah

tamar sebanyak 40 kali.3

Disamping itu, fasal 11 dan fasal 7.2 Hukum Kanun Melaka mengatakan sesiapa yang

mencuri akan dipotong tangan berkait rapat dengan firman Allah SWT dalam Surah al-

Maidah ayat 38 yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan

yang mencuri hukumnya juga potong tangan sebagai satu tanda amaran Allah SWT kepada

hambaNya. 4

1 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.117.2 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.117.3 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.119.4 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.120.

Page 3: Pengantar Undang-undang Di Malaysia(Hukum Kanun Melaka)

Tambahan itu juga, Hukum Kanun Melaka juga terdapat bidang jenayah yang berkaitan

dengan merompak. Merompak telah disebut dalam fasal 43.6. Menurut undang-undang islam

merompak hukumnya ialah hukuman bunuh, salib, potong tangan, dan kaki dan buang daerah.

Ini dijelaskan dalam Surah Al-Maidah ayat 33 . Fasal 36.1 menyebut sesiapa yang murtad

akan disuruh bertaubat dengan segera dan sekiranya ingkar hukumannya selaras dengan

undang-undang islam yang diterangkan dalam Surah al-Anfal ayat 39 bermaksud : “dan

peperangi mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadi agama itu seluruhnya

bebas bagi Allah semata-mata “.5

Solat adalah ibadah yang penting sepanjang kehidupan kita didunia sebagai satu tanda kita

bersyukur kepada Allah. Fasal 36.2 menyebut kesalahan meninggalkan sembahyang. Terdapat

dua jenis orang yang meninggalkan sembahyang iaitu orang yang meninggalkan sembahyang

dengan beriktikad solat ini tidak difardukan keatasnya. Kedua ialah orang yang meninggalkan

solat kerana sakit bukan segaja meninggalkan solat tersebut. Hukuman yang dikenakan keatas

mereka ialah disuruh bertaubat sebanyak 3 kali dan apabila dia menunaikan bersolat maka

dia di ampunkan manakala jika dia ingkar dia akan dihukum sama seperti orang murtad iaitu

hukuman bunuh.6

Fasal 11 menyebut hukuman takzir kesalahan mencuri yang gugur hukuman hudud seperti

kesalahan mencuri tanaman. Hukuman yang dikenakan adalah denda 10 emas dan digantung

barang yang dicuri di leher pencuri dan diarak keliling bandar. Apabila barang yang dicuri

habis makan, bayaran hendaklah dibuat.7

Undang-Undang keluarga yang terdapat Hukum Kanun Melaka adalah seperti perkahwinan

misalnya hukum wali pada fasal 25, rukun nikah pada fasal 25, kedudukan perkahwinan pada

fasal 24, penceraian pada fasal 28 dan hukum khiyar pada fasal 27.8

Dalam surah Al-Baqarah ayat 282 dan 283 yang bermaksud : “ Janganlah saksi-saksi itu

enggan memberi keterangan apabila dipanggil dan jangan kamu menyembunyikan kesaksian

dan siapa menyembunyikan maka sesungguhnya ia orang yang berdosa. Hal juga disebut

dalam fasal 37 yang mengatakan seseorang saksi hendaklah mengetahiu yang halal sunat,

5 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.120.6 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.121.7 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.122.8 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.122.

Page 4: Pengantar Undang-undang Di Malaysia(Hukum Kanun Melaka)

haram dan fardu. Seorang saksi juga perlulah islam, baligh, berakal dan jauh daripada dosa

besar dan kecil.9

Hukum Kanun Melaka juga mempunyai undang-undang yang berkait dengan Undang-undang

Perlembagaaan. Misalnya fasal 1.3, ketua atau raja mestilah seorang yang pemaaf, pemurah,

perkasa dan menjatuhkan hukuman mengikut kesalahan yang dilakukan. Manakala fasal 43.1

menceritakan mengenai tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang yang di gelar

pemimpin. Ini dapat dilihat daripada pemerintahan Sultan Melaka yang dilantik kerana

sifatnya yang bertanggungjawab terhadapa rakyatnya.10

Bidang muamalah juga terdapat dalam Hukum Kanun Melaka seperti kontrak jual beli yang

melibatkan orang yang yang membeli dan menjual dan barang yang dijual. Ini memberi

persamaan dengan undang-undang Islam berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bersabda:

“Diangkat kalam dari tiga jenis orang, dari kanak-kanak sehingga baligh, orang yang tidur

sehingga terjaga dan orang gila sehingga sembuh “. Fasal 32.5 dan fasal 15.4 berkaitan

dengan kontrak pinjaman.11

Firman Allah dalam Surah An- Nisa ayat 58 : “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu

menyampai amanah kepada yang berhak menerimanya”. Ayat ini menjelaskan hukum amanah

yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka. Contoh hukum amanah ialah mengembalikan

barang amanah yang telah dipinjam kepada pemiliknya dan mempunyai saksi atau ditulis

ketika berlakunya pinjaman.12

1.3 Antara percanggahan Hukum Kanun Melaka dengan Undang-Undang Islam.

Antara percanggahan yang berlaku antara Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Islam

ialah yang berkaitan dengan keistimewaan institusi raja misalnya konsep daulat, konsep taat

setia dan konsep derhaka. Ini disebut dalam fasal 5, seorang suami tidak boleh membunuh

pesuruh raja yang mengambil isterinya atas perintah raja. Suami perlulah menyerahkan

isterinya dengan rela hati sebagai tanda taat setia kepada raja. Hal ini bercanggah dengan

islam kerana seorang suami perlu mempertahankan isterinya dan isteri adalah hak suami.

Selain itu diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman memberi penjelasan yang tdak adil

kerana kesalahan yang dilakukan pembesar lebih berat berbanding rakyat biasa padahal di sisi

Allah kita adalah sama dan konsep adil perlu dilaksanakan bagi melahirkan undang-undang 9 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003. H.123.10 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.122.11 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.124.12 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.124

Page 5: Pengantar Undang-undang Di Malaysia(Hukum Kanun Melaka)

yang berteraskan syariat islam. Fasal 14 yang menyebut bersumpah melalui cara ‘ordeal’ iaitu

berlawan menyelam dalam air. Siapa yang paling lama berada dalam air dialah yang dianggap

benar atau mencelup tangan ke dalam tembikar yang berisi minyak atau timah yang sedang

cair. Orang yang melecur tangan dikira orang yang benar. Hal ini bertentangan disebabkan

undang-undang islam yang memerlukan bukti dan saksi yang kukuh dalam menjalankan

sesuatu hukuman.13

13 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang Islam.Pts Publication & Distributors Sdn.Bhd.Pahang.2003.H.125.