hukum kanun pahang

40

Click here to load reader

Upload: azahhalimah

Post on 13-May-2017

306 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum Kanun Pahang

Pendahuluan

Dalam penulisan sejarah yang menjadi bahan atau sumber ialah hasil naskhah Melayu

sebagai rujukan. Ini termasuklah karya yang bersifat sastera sejarah seperti Sejarah Melayu dan

hasil sastera undang-undang seperti Undang-Undang Melayu Lama, Undang-Undang Melaka,

Undang-Undang Kedah dan Undang-undang Pahang. Selain itu, terdapat juga naskhah yang

berbentuk hikayat seperti hikayat Merong Mahawangsa, salasilah seperti salasilah Melayu dan

Bugis, akhbar seperti Bintang Timur, surat seperti dari Adjeng Kartini kepada sahabat di

Belanda. Naskhah-naskhah Melayu lama yang bercorak sejarah ini diambil atau digunakan oleh

para pengkaji dalam membuat kajian hal ehwal masa lalu dengan merujuk dan meneliti sesuatu

peristiwa yang lampau menerusi bahan dokumentasi lalu mentafsirkannya.

Pelbagai undang-undang bertulis tradisional Melayu iaitu bersifat kenegerian

telah muncul sejak zaman pemerintahan dahulu lagi. Kewujudan undang-undang Melayu ini

adalah hasil daripada perkembangan hukum adat yang dapat dilihat melalui karya-karya

tradisional atau klasik. Bagi pemerintah untuk melaksanakan pentadbiran pada zaman dahulu

keperluan undang-undang bertulis mempunyai beberapa kepentingan. Bukan sahaja dapat

memberi gambaran kepada masyarakat kini tentang keadaan seperti sistem pemerintahan,

pentadbiran, susunan masyarakat malah mencerminkan corak pemikiran masyarakat Melayu

pada ketika itu. Undang-undang bertulis dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang bersifat

negeri atau darat dan undang-undang bersifat pelabuhan atau laut. Undang–undang bersifat

negeri adalah seperti Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Kedah dan

Hukum Kanun 99 Perak.

1

Page 2: Hukum Kanun Pahang

Manakala undang-undang bersifat pelabuhan ialah undang-undang laut Melaka, undang-

undang belayar, undang-undang Kedah dan juga undang-undang perahu. Undang-undang ini

dikenali sebagai undang-undang pelabuhan kerana catatannya banyak membicarakan tentang

tatacara ataupun hukum-hukum berdagang dan juga berpelabuhan. Pada keseluruhannya,

undang-undang Melayu klasik ini adalah mengandungi hukum yang berdasarkan 4 perkara

utama iaitu:

i. aspek berkerajaan iaitu kuasa raja dan pembesar dalam pentadbiran.

ii. hukum bagi kesalahan jenayah iaitu mencuri dan menceroboh.

iii. hukum bagi kesalahan bukan jenayah iaitu bergaduh, hukum zina dan riba.

iv. adat istiadat atau larangan istana.

Melalui naskhah-naskhah inilah perbincangan mengenai konsep masyarakat Melayu

tradisi, kaedah masyarakat tersebut menulis sejarah, pandangan dan falsafah terhadap dunia,

pengertian sejarah dan sebagainya akan dapat diketengahkan. Naskhah-naskhah ini tersebar dan

berselerak di beberapa buah bandar besar di dunia, akibat pengalaman sejarah tanah air. Naskhah

ini juga menjadi milik orang perseorangan, disimpan di istana-istana tradisional. Ini disebabkan

bahawa istana menjadi pusat kegiatan intelektualisme Melayu tradisional di rantau alam Melayu

ini.

Pelbagai pandangan sudah diberi sarjana Inggeris untuk memaknakan undang-undang

adat Melayu. Sebahagiannya cuba menyamakan undang-undang adat Melayu dengan istilah code

dalam undang-undang moden Inggeris. Raffles (1816 & 1879) dan Maxwell (1884) dalam

tulisan mereka telah menamakan beberapa buah undang-undang Melayu seperti The Maritime

Code Of The Malays, Malacca Code, Perak Code dan Malays Codes Of Laws. Undang-undang

2

Page 3: Hukum Kanun Pahang

adat Melayu adalah senarai peraturan yang disusun berasaskan adat istiadat, nilai, norma dan

moral atau adab yang menjadi amalan hidup zaman kesultanan Melayu, khususnya sebagai

panduan dan kawalan raja dan pembesar dalam menjalankan pentadbiran negara.

Maklumat tentang negeri Pahang yang terkumpul dalam bentuk manuskrip sangat terhad

apatah lagi manuskrip yang khas membicarakan tentang kerajaan Pahang. Walau bagaimanapun,

trdapat beberapa episod dan anekdot dalam pelbagai teks klasik popular yang menggambarkan

kisah-kisah Pahang yang boleh dikumpul dan dibuat kesimpulan sebagai sesuatu yang berbeza

dengan negeri lain tentang kerajaan negeri Pahang.

Sejarah tradisional yang ditulis merupakan sejarah golongan istana. Pemerian tentang

rakyat biasa amat minimum. Hal ini menimbulkan masalah dalam usaha membina semula

pemahaman sejarah secara wajar. Artikel ini cuba mengumpul beberapa episod dan anekdot yang

seterusnya dibina semula untuk diteliti dan ditafsirkan sebagai bahan bukti tentang kerajaan

Pahang.

Pernyataan Masalah

Kebanyakan khalayak berpendapat bahawa naskhah Melayu lama, lebih-lebih lagi

naskhah undang-undang termasuk Hukum Kanun Pahang sukar difahami atas sebab-sebab

tertentu. Apakah sebab itu? Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? Pembaca juga

beranggapan bahawa diksi atau siratan makna katanya amat menyulitkan. Sejauh manakah tahap

kesukaran bahasa undang-undang tersebut?

Hasil kesusasteraan seperti Hukum Kanun Pahang adalah cerminan budaya masyarakat

yang melahirkannya. Kebudayaan merujuk langsung kepada cara hidup dan pemikiran

masyarakat. Penelitian terhadap Hukum Kanun Pahang membolehkan kita menyelami pemikiran

3

Page 4: Hukum Kanun Pahang

dan falsafah hidup masyarakat. Apakah perkara yang sering masyarakat fikirkan? Bagaimana

persepsi masyarakat terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka?

Bagaimana masyarakat menyelesaikan masalah yang mengganggu hidup mereka?

Sesungguhnya, undang-undang Melayu lama termasuk Hukum Kanun Pahang agak asing

dan misteri bagi kehidupan masyarakat hari ini. Oleh itu, satu kajian lapangan untuk menyelami

kata dan makna kandungan naskhah berkenaan wajar dilaksanakan demi membongkar falsafah

pemikiran masyarakat di dalamnya.

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti pemikiran dan persoalan dalam kesusasteraan perundangan Melayu.

2. Menjelaskan isi, sikap, sifat dan falsafah pemikiran masyarakat setempat melalui Hukum

Kanun Pahang.

3. Membolehkan hasil penyelidikan digunakan untuk rujukan ilmu bagi pelajar, pensyarah

dan masyarakat umum.

4. Untuk meneliti aspek undang-undang yang terdapat dalam teks undang-undang Melayu

seperti Hukum Kanun Pahang.

Batasan Kajian

Kajian ini merangkumi beberapa aspek yang dianggap berkenaan dengan tajuk yang

dipilih oleh pengkaji. Tugasan ini memfokuskan kepada Hukum Kanun Pahang. Secara

keseluruhannya, aspek kajian ini adalah merangkumi dan penelitian terhadap pemikiran dan

persoalan yang terdapat dalam Hukum Kanun Pahang yang diselenggarakan oleh Yaakub Isa.

Dalam Hukum Kanun Pahang, pengkaji memilih beberapa fasal di dalamnya untuk dikaji dari

4

Page 5: Hukum Kanun Pahang

segi pandangan hidup (world view), amanat dan kepercayaan dan nilai sekaligus mengkritik

masyarakat pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, unsur-unsur nasihat dan pengajaran itu

masih dalam lingkungan pendidikan, iaitu memberitahu masyarakat supaya mengambil

pengiktibaran dari sifat lemah, culas dan pendek akal.

Sumber Kajian

Manuskrip tertua yang memerikan tentang prosedur pelaksanaan peraturan pemerintahan

dan penentuan hukum-hakam kerajaan Pahang ialah Hukum Kanun Pahang. Umum mengetahui

bahawa manuskrip Hukum Kanun bukanlah milik khas sesebuah negeri, melainkan setelah

melalui proses mengubah suai daripada manuskrip yang digunakan oleh Kerajaan Melaka pada

zaman kegemilangan empayar tersebut. Walaupun tidak terdapat tarikh yang tercatat dalam

manuskrip Hukum Kanun Pahang yang dirujuk ini, tetapi ada disebutkan bahawa Hukum Kanun

Pahang dipakai sebagai manual hukum zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin

Syah (1592-1614). Sultan Abdul Ghafur ini ialah sultan Pahang yang ke-12 dalam jurai

keturunan daripada sultan Melaka. Hal ini jelas tercatat dalam Hukum Kanun Pahang, iaitu :

Maka inilah surat risalah … yang menyatakan pekerjaan

segala raja-raja dan segala wazirnya di dalam negeri

Pahang dan Perak dan Johor daripada masa Sultan yang

amat besar kerajaannya iaitu Sultan Abdul Ghafur yang

dikekalkan atas kerajaannya dari dunia datang ke akhirat.

5

Page 6: Hukum Kanun Pahang

Manuskrip yang digunakan bagi menyediakan tulusan ini ialah manuskrip kepunyaan

Lembaga Muzium Negeri Pahang ( Yaakub Isa, 1999:139 – 63).

Sumber kedua yang digunakan ialah manuskrip Hikayat Pahang. Meskipun Hikayat

Pahang dalam bentuk naskhah boleh didapati, tetapi penulis menggunakan manuskrip fotostat

tulisan tangan kepunyaan Lembaga Muzium Pahang yang terdapat di Muzium Sultan Abu Bakar,

Pekan.

Selain itu, beberapa naskhah klasik lain berbentuk hikayat juga dijadikan bahan rujukan.

Hikayat-hikayat ini nyatalah menjadi sumber penting sebagai bahan tentang Pahang. Banyak

perkara mengenai hal yang dibincangkan ini boleh didapati daripadanya: apatah lagi dalam

keadaan kita mengahadapi situasi serba kekurangan bahan. Bergerak ke era yang lebih hampir

dengan zaman kita sekarang. Kisah Pelayaran Abdullah juga mencatatkan keadaan negeri

Pahang sekitar abad ke-19.

Sumber seterusnya berdasarkan tulisan yang terdapat dalam sebuah syair yang berjudul

syair Tanah Melayu iaitu Cerita Perang Pahang dan Johor Bahru. Syair ini dicetak secara

litografi pada tahun Masihi 1900. Hubungan kekeluargaan antara istana kerajaan Pahang dengan

Aceh juga memberikan beberapa episod yang boleh dijadikan bahan bagi kita melihat kedudukan

pemerintah Pahang pada zaman kerajaan Aceh berada di puncak kecemerlangannya di bawah

pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Thani. Rujukan untuk

ini didapati daripada Bustan al-Salatin dan Hikayat Malim Dagang.

6

Page 7: Hukum Kanun Pahang

Definisi

Kanun Undang-undang

Kanun undang-undang merupakan salah satu sumber penting untuk mengetahui sistem

pentadbiran istana Melayu zaman silam. Antara lain, kandungan kanun berkisar pada beberapa

peraturan undang-undang, penenentuan hukum-hakam, tugas raja dan pembesar istana serta adat

istiadat yang diamalkan. Hampir semua kesultanan Melayu mempunyai sejarah yang tersendiri

tentang amalan undang-undang. Walau bagaimanapun, sukar untuk ditentukan bagaimana kanun

undang-undang tersebut wujud dan berkembang pada zaman silam. Para pemerintah mempunyai

kuasa mutlak sama ada ingin melaksanakan atau meninggalkannya. Justeru itu, kata-kata seperti

“titah raja ialah undang-undang” menjadi sesuatu yang lumrah dalam masyarakat feudal.

Hukum Kanun Pahang

Banyak tulisan telah diterbitkan tentang manuskrip yang penting ini. Manuskrip ini tidak

syak lagi mempunyai beberapa maklumat tentang corak pemerintahan tradisi di Pahang pada

zaman itu. Maka, untuk kajian ini wajarlah disebut bahawa manuskrip ini telah menggariskan

beberapa maklumat yang memberikan kita gambaran tentang kerajaan Pahang dalam era

pemerintahan sultan-sultan berketurunan dari Melaka.

Manuskrip yang disusun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin

Syah ini disesuaikan daripada manuskrip hukum kanun yang digunakan di negeri-negeri lain,

khususnya di Melaka, dan kitab-kitab fiqah lain sebagai sumber rujukannya. Malahm ada

pendapat yang mengatakan bahawa manuskrip ini merupakan terjemahan dan cedokan daripada

kitab-kitab fiqah menurut mazhab Syafii (Sabarudin Hassan, 1984:150). Manuskrip Hukum

7

Page 8: Hukum Kanun Pahang

Kanun Pahang yang disusun sekitar tahun 1596 merupakan kanun tertua selepas Undang-Undang

Melaka (Mohd Taib Osman dan A.Aziz Deraman.2000:136). Sebagai manuskrip yang dituliskan

lebih terkemudian, Hukum Kanun Pahang didapati lebih lengkap daripada Undang-undang

Melaka yang juga telah dikenali sebagai Risalat Hukum Kanun Melaka, dan lebih banyak lagi

berasaskan undang-undang Islam daripada bergantung kepada amalan adat tempatan sahaja,

yang kebanyakkanya bercanggah dengan undang-undang Islam.

Berdasarkan kandungannya, Hukum Kanun Pahang dikatakan telah digubal berasaskan

Hukum Kanun Melaka. Kumpulan undang-undang itu telah disusun antara tahun 1592-1914

Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyyuddin Syah. Baginda

merupakan Sultan Pahang ke-12 dan berketurunan raja Melaka. Dalam peruntukan Hukum

Kanun Pahang tersebut didapati bahawa pengaruh undang-undang Islam adalah besar jika

dibandingkan dengan undang-undang adat Melayu. Hukum Kanun Pahang terdiri daripada 93

fasal yang tidak tersusun secara sistematik dan tanpa mengikut klafikasinya yang tertentu.

Perlu diingatkan juga bahawa sebagaimana Hkum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang

merupakan hukum kanun yang berkembang. Kandungannya yang awal mencerminkan pengaruh

Hindu iaitu yang terdiri daripada fasal 1 hingga 23, kemudiannya ditambah 66 fasal lagi setelah

menerima pengaruh Islam. Ia berkembang lagi menjadi 67 dan kemudiannya 93 fasal setelah

menerima pengaruh Hukum Kanun Melaka serta mengutip beberapa isi daripada Undang-undang

Johor. Antara perkara yang diperuntukkan adalah seperti berikut :-

8

Page 9: Hukum Kanun Pahang

1. Undang-undang Jenayah

Termasuklah hukuman-hukuman tentang kesalahan membunuh, mencuri, menyamun dan

menceroboh. Diperuntukkan juga kesalahan berhubung dengan zina dan rogol, berjudi, rasuah

dan lain-lain. Kesemua peruntukkan tadi terdapat dalam fasal 4, 5, 6, 7, 8, 22, 46, 47, 48, 50, 51,

52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 63, 70, 72, 74, 79, 84, 86, 90, 92 dan 93.

2. Undang-undang Muamalat

Termasuk peraturan jual beli, sewa-menyewa, gadaian, pinjam-meminjam, hutang-

piutang, upah dan lain-lain lagi. Perkara tersebut diperuntukkan dalam fasal 2, 3,9, 11, 12, 14,

16, 17, 18, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 41, 42, 43, 44, 62, 77, 81,

85, 87 dan 88.

3. Undang-undang Keluarga dan Perkahwinan

Walaupun tidak ada peruntukan undang-undang keluarga Islam dalam teks Hukum

Kanun Pahang, namun beberapa orang sarjana sejarah yang mengkaji teks ini berpendapat

bahawa fasal 67 yang tidak dimasukkan dalam teks tersebut sebenarnya terdiri daripada fasal 25-

27 Hukum Kanun Melaka iaitu bahagian undang-undang keluarga Islam.

4. Perkara Berhubung dengan Kesalahan Agama dan Ibadah

Diperuntukkan dalam fasal 60, 61, 64 dan 65.

5. Undang-undang Adat dan Perlembagaan

Menyentuh tentang tugas serta keistimewaan raja-raja serta para pembesar. Ia terdapat

dalam fasal 1, 12, 20, 21, 23, 56, 57, 75, 76, 82, 83, 89 dan 91.

9

Page 10: Hukum Kanun Pahang

Wilayah Kerajaan Pahang

Wilayah kerajaan negeri Pahang sebelum abad ke-15 nampaknya tidak begitu jelas.

Sebagai sebuah negeri yang pernah ditakluki oleh kuasa luar, iaitu Siam dan Melaka. Ini kerana

Pahang mempunyai persempadanan di sebelah barat daya dengan negeri jiran begitu jelas.

Sekitar tahun 1883, dua orang pembesar Jelebu, Ahat dan Raja Balang Long dikatakan berselisih

faham dengan pemimpin setempat berkaitan dengan soal persempadanan Pahang-Jelebu. Bagi

kebanyakkan rakyat tempatan, Jelebu dengan Pahang selamanya merupakan satu … ‘he

understood that ini the time of his ancestors Jelebu and Pahang were one …’ (W.Linehan,

1936:25).

Dalam Hukum Kanun Pahang pula dinyatakan persempadanan Pahang dengan negeri-

negeri jiran di pesisir Laut China Selatan. Sempadan Pahang dengan Johor hingga ke Kuala

Sedili sementara sempadan dengan Terengganu hingga ke Dungun, malah ada juga dicatat

hingga ke Terengganu (maksudnya Kuala Terengganu).

Hubungan Kerajaan Pahang dengan Negeri Luar

1. Pahang Sebagai Sebuah Negeri

Pahang dikatakan mendapat namanya daripada pokok kayu mahang yang sangat besar

kerana hidangan untuk 40 orang dapat dibuat di atas tunggulnya. Kalau pohon mahang itu

dimaksudkan sepsis Macaranga spp. Maka kemungkinan cerita ini benar sangat diragukan kerana

pohon sepsis ini adalah sejenis pokok kecil tanpa teras dan tidak ada kemungkinan boleh

mencapai hingga ke ukuran yang begitu besar. Memang ada sejenis pokok yang bernama pokok

Pahang (Dysoxylum arborescens, Weinmannia sp.) yang dikaitkan dengan pokok yang sangat

pahit, hingga terbit kiasan “pahit Pahang”. Cerita lagenda tentang kewujudan seorang ketua

10

Page 11: Hukum Kanun Pahang

masyarakat yang mendiami negeri ini yang bernama Pahang juga dikaitkan dengan asal negeri

ini mendapat namanya sebagaimana sekarang.

Ada catatan yang menunjukkan negeri Pahang mempunyai nama yang lain. Hikayat Hang

Tuah menyebut Pahang sebagai Inderapura. Nama klasik ini kerap kali dirujuk kepada beberapa

kerajaan lain. Kerajaan Inderapura dikatakan wujud di Campa, dan ini dikaitkan dengan adanya

sebuah Bandar yang bernama Singapura di negeri itu. Ini dikaitkan pula dengan peristiwa tragis

Singapura dilanggar todak itu berlaku di Champa, bukannya di Pahang dan bukan juga di Pulau

Singapura, yang sebelumnya bernama Temasik itu. Meskipun ada pendapat yang mengatakan

Inderapura juga adalah nama lain bagi negeri Siak : namun Hikayat Hang Tuah jelas merujuk

Inderapura itu Pahang, terutamanya dalam kisah serangan ikan todak sebagaimana disebutkan

sebelum ini dan episod penculikan Tun Teja Ratna Benggala, anak Bendahara Seri Buana.

2. Hubungan Pahang dengan Siam

Hikayat Patani ada menyebut tentang hubungan Pahang dengan Patani melalui

perkahwinan seorang puteri Patani yang bernama Raja Ungu dengan raja Pahang. Setelah

suaminya mangkat, raja Patani (seorang raja perempuan) memerintahkan supaya membawa balik

puteri itu ke Patani. Ikut serta ke Patani ialah orang Pahang yang rapat dengan puteri Patani itu.

Hikayat Patani seterusnya menyatakan bahawa mereka ini akhirnya merupakan orang Pahang

yang awal menetap di Patani.

Setelah sudah dibaca surat itu, maka Raja Ungu

pun bersimpanlah lalu turun ke perahu dan segala orang

11

Page 12: Hukum Kanun Pahang

Pahang yang kasih akan Raja Ungu itu semuanya mengikut

Raja Ungu ke Patani; dan barang yang silsilah orang

Pahang sekarang ini orang yang mengikut Raja Ungu

itulah asalnya orang Pahang di dalam negeri Patani nenek

moyangnya. Arakian, maka Raja Ungu pun sampailah lalu

disambut oleh Pera’cau naik ke istana.

( A. Teeuw dan D.K Wyatt, 1970 : 106-07)

Siapakah sultan Pahang yang berkahwin dengan puteri dari Patani itu dan yang

menyebabkan terjalinnya perhubungan antara kedua-dua buah negeri ini? Linehan yang merujuk

kepada Bustan al-Salatin bersetuju bahawa sultan yang berkenaan ialah Sultan Abdul Ghafur

Muhayiddin Syah, apabila beliau menyebut :

Ahmad was a boy when his father Sultan Abdul

Kadir died about the last years of the sixteenth century.

According to the Bustan al-Salatin he reigned for a year

and was then replaced by his elder brother, ‘Abdu’l-

Ghafur, as he was too young to govern the country.

‘Abdu’l-Ghafur who took the title of Sultan Abdu’l Ghafur

Mohaidin Shah had marriage in 1584 a sister of the Queen

of the Pattani.

( W.Linehan, 1936:28)

12

Page 13: Hukum Kanun Pahang

Hubungan Pahang dengan Siam terjalin dalam pelbagai bentuk. Perkahwinan Sultan

Pahang dengan puteri Patani nyata mewujudkan perhubungan kekeluargaan di kalangan kerabat

kerajaan diraja. Kisah ini merupakan salah satu peristiwa penting kerana turut menarik minat

beberapa penulis asing memperkatakannya. Antara penulis yang mencatatkan kisah ini

termasuklah penulis Belanda ; Nieuhoff, Floris dan Netscher.

Hubungan kedua-dua negeri ini juga telah terjalin dalam bentuk penaklukan. Hubungan

ini bukannya dengan Patani tetapi Ligor. Ligor dikatakan menyerang Pahang atas perintah raja

Siam. Maharaja Dewa Sura mengepalai angkatan Ligor; sedangkan Pahang yang pada masa itu

diperintah oleh Sultan Abdul Hamid menerima bantuan Melaka atas arahan Sultan Mahmud

Syah. Serangan Siam ini dapat dipatahkan.

Seperti mana Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang ini telah banyak

menerapkan ajaran serta hukum Islam. Bahkan dalam peruntukan tentang hukuman jenayah

umpamanya ia telah dihuraikan dengan lebih terperinci menurut hukum syarak. Sementara itu

bagi undang-undang berhubung muamalat dan munakahat pula masih mengandungi sedikit

sebanyak pengaruh hukum adat.

Analisis

Sistem Politik

Sesebuah organisasi memerlukan politik sebagai satu sistem dalam memastikan

pergerakan sesuatu organisasi tersebut. Dalam konteks kebudayaan Melayu, sistem politik

berhubung rapat dengan sistem dalam masyarakat Melayu. Sistem politik ini bertujuan untuk

13

Page 14: Hukum Kanun Pahang

menentukan peraturan siapa yang berkuasa dan siapa pula yang dikuasai, wilayah yang dikuasai,

hak bertindak dan dasar-dasar legitiminasi sesuatu kuasa. Sistem politik itu juga memberi

pengesahan terhadap kuasa undang-undang, corak pemerintahan kuasa, birokrasi, organisasi

menjalankan kuasa dan juga persaingan mendapatkan kuasa. Kemakmuran dan kesejahteraan

dilaksanakan melalui peraturan dan perundangan untuk memastikan kemanusiaan di atas

landasan akhlak, tatasusila, moral dan etika. Oleh sebab itu, kepentingan mempunyai satu sistem

yang kukuh untuk menjalankan jentera pemerintahan.

Dalam pendahuluan Hukum Kanun Pahang jelas disebut fungsi hukum bagi pembesar

selain sultan :

Adapun segala raja-raja hendaklah is menjadikan

orang besar-besar akan gantinya supaya tiada datang

masygul kepadanya. Dan, pertama Raja itu harus

menjadikan Bendahara; kedua Temenggung; ketiga

Penghulu Bendahari; keempat Syahbandar. Maka

terpeliharalah segala raja-raja itu dengan segala

rakyatnya.

Maka dibahagi pula segala hukum itu kepada tiga

bahagi; segala hukum itu tiga: Pertama pada Bendahara:

kedua kepada Temenggung: ketiga pada Syahbandar; iaitu

seperti hukum orang berjawatan dan sida-sida dan anak

orang besar-besar. Adapun Temenggung itu hukum dalam

negeri dan tafahus. Dan adapun Syahbandar itu

14

Page 15: Hukum Kanun Pahang

menghukumkan segala anak dagang dan anak yatim yang

teraniya dan adat segala jong dan baluk dan barang

sebagainya. Adapun adat itu turun pada zaman raja-raja

yang tua, pada adatnya akan ganti raja itu orang tiga

inilah, tiada lagi kurang itu memerintahkan.

Fasal di atas jelas menyatakan bahawa negeri Pahang pada masa itu telah memiliki satu

sistem pemerintahan yang kukuh. Organisasi tersebut yang diketuai oleh raja dan segala

pembesar di bawahnya termasuklah bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan

syahbandar. Walau bagaimanapun, setiap pembesar itu berfungsi dengan tanggungjawab masing-

masing untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Justeru itu, para pembesar bertindak

dengan berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan dalam Hukum Kanun Pahang.

Tambahan pula, undang-undang yang dilaksanakan itu tidak jauh lari dari adat masyarakat

setempat pada masa itu.

Walau bagaimanapun, kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat

yang derhaka akan ditimpa tulah. Oleh itu, pemusatan kuasa berada di tangan sultan manakala

pembesar hanya berkuasa di wilayah di bawah naungannya sahaja. Justeru itu, pembesar dan

rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja atau sultan haruslah dilakukan

tanpa bantahan. Pemikiran masyarakat pada zaman itu telah menjelaskan bahawa kepatuhan

rakyat kepada raja perlu bagi membentuk sebuah organisasi masyarakat yang stabil dan aman.

15

Page 16: Hukum Kanun Pahang

Hukum Kanun Pahang disusun dalam sembilan belas fasal besar, yang tentunya memadai

bagi keperluan jentera kerajaan pada zaman itu. Di samping itu terdapat bab-bab kecil yang

meliputi aspek-aspek perlakuan sosial yang memerlukan tindakan sekiranya berlaku sebarang

penyelewengan daripada norma masyarakat. Fasal-fasal yang terdapat dalam manuskrip Hukum

Kanun Pahang ini ialah :

1. Adat majlis raja dan adat pakaian dan bermain kepada orang besar-besar.

2. Hukum penggunaan lima patah bahasa diraja iaitu “titah”, “patik”, “murka”, “kurnia” dan

“anugerah”.

3. Hukum jikalau mati seseorang raja.

4. Hukum yang terpakai di negeri dan sungai dan dusun pada negeri yang takluknya yang

melihat berbunuh-bunuh, menikam, menetak, memukul dan merampas.

5. Hukum membunuh orang dengan tiada setahu raja atau orang besar-besar.

6. Hukum segala orang mengamuk.

7. Hukum orang menderhaka dan membunuh hamba abdi.

8. Hukum orang menetak orang.

9. Hukum empat martabat orang yang dapat membunuh.

10. Hukum tentang biduanda dan mada-mada, hamba orang dan hamba raja.

11. Hukum orang mencuri.

12. Hukum orang menawar anak bini orang.

13. Hukum orang lari dan menyembunyikan dan mengurungkan hamba orang.

14. Hukum bertuduh-tuduh, bersangkal dan lawan seseorang itu menuduh.

15. Hukum upahan menaik kayu dan menebang pokok kayu perhumaan.

16

Page 17: Hukum Kanun Pahang

16. Hukum fadhul (mengambil tahu hal orang, mengumpat, campur tangan dan fitnah)

17. Hukum orang mengambil upah membunuh orang atau menampar orang atau memalukan

orang.

18. Hukum angkara, iaitu angkara maharajalela dan angkara menawar tunangan orang atau

melakukan barang kehendaknya tiada berkira-kira.

19. Hukum tentang perilaku tentang buah-buahan dalam kampung atau dalam kota negeri.

Hukum Kanun Pahang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan

dengan pengaruh Islam. Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan

tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contohnya, Hulubalang mempertahankan dan melindungi

raja dan negeri daripada musuh. Undang-undang Jenayah pula menetapkan 360 seksaan bagi

kesalahan menderhaka. Selain itu, undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan

perumahan.

Manuskrip Hakum Kanun Pahang juga mencatatkan hal-hal lain seperti hukum orang

yang dititahkan raja-raja mencuri; hukum tatacara menutus ke Benua Siam; hukum larangan

diraja yang nampaknya bukanlah suatu hal yang penting dalam urusan kerajaan sesebuah negeri.

Hukum Kanun Pahang bukanlah khas disusun untuk kegunaan negeri Pahang. Ada tercatat

dalam Hukum Kanun Pahang tentang ketetapan dalam Hukum Kanun tersebut juga dipakai di

negeri Johor, Pahang dan Perak. Ini jelas menunjukkan bukti tentang betapa rapatnya hubungan

antara ketiga-tiga buah negeri tersebut.

17

Page 18: Hukum Kanun Pahang

Memandangkan doktrin undang-undang yang digunakan dalam manuskrip Hukum Kanun

yang dipakai oleh negeri-negeri Melayu di seluruh Nusantara terlalu banyak menggunakan

doktrin fiqah Islamiyah, dapatlah dibuat kesimpulan tentang betapa rapatnya golongan ulama

dengan pihak istana, khususnya sebagai penasihat kepada sultan-sultan dalam hal ehwal agama

Islam. Nasihat para ulama sentiasa diterima pakai oleh pemerintah dan seterusnya dilaksanakan

sebagai undang-undang. Kepercayaan golongan pemerintah kepada ulama merupakan faktor

membolehkan penyebaran dan perkembangan Islam dijalankan dengan lancar di seluruh

Nusantara.

Seterusnya, keutuhan sistem pemerintahan dalam bidang politik dapat dibuktikan

berdasarkan Hukum Kanun Pahang menerusi fasal 31. Fasal 31 ini menerangkan tentang

tanggungjawab ataupun bidang kuasa yang dimiliki oleh seseorang penghulu bendahari dalam

melaksanakan tugasnya. Contoh petikan teksnya ialah:

“Dan dijadikan pula penghulu bendahari, maka

diserahkan padanya dan menyurat daftar segala hambanya

dan mengiring segala hasil yang baik kepadanya dan

memulih segala pekerjaanya yang dalam pagar istana.

Maka ia menetukan dia segala pekerjaanya itu. Dan

dijadikan pula Temenggung. Maka menyerahkannya segala

pekerjaan negeri kepadanya seperti kota parit dan orang

… si mati dan ehwal… negeri atasnyalah tertanggung ...”

18

Page 19: Hukum Kanun Pahang

Selain itu, pada fasal 31 hingga 35 pula menyatakan tanggungjawab dalam sistem politik

masyarakat melayu mengikut susunan dari atas ke bawah seperti Raja, Penghulu Bendahari,

Temenggung, Hulubalang, Syahbandar dan tanggungjawab hamba. Berdasarkan Hukum Kanun

Pahang ini, raja mempunyai hak mutlak ke atas tanah. Hal ini kerana, ianya disifatkan bahawa

tanah adalah milik Tuhan dan Raja pula adalah bayangan Tuhan di muka bumi. Sehubungan ini,

maka dalam fasal 18 ianya menjelaskan tentang konsep perkongsian tanah antara Tuhan dengan

raja. Penjelasan ini mengambarkan bahawa raja yang bertindak sebagai bayangan Tuhan di muka

bumi, maka raja mempunyai hak mutlak terhadap tanah yang ada di muka bumi ini. Situasi ini

termasuklah hasil yang terdapat di muka bumi ini adalah milik raja.

Ekonomi

Selain aspek politik, dalam pemikiran dan persoalan Hukum Kanun Pahang juga dapat

dilihat dalam aspek ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang yang

membicarakan tentang terdapatnya hukum tanah tanaman terbakar, hukum orang bertanam,

hukum orang berjual beli, hukum hasil dan cukai serta sebagainya. Contoh teksnya iaitu:

“Tanah tanaman yang tiada diperhuma oleh

tuannya. Maka barang siapa hendak berbuat dia

dipinjamnya pada tuannya atau disewanya. Kemudinya

jika berkehendak tuannya dikembalikan pada tuannya.

Maka hendaklah kamu segala sekalian menolong saudara

kamu yang se-Islam.”

19

Page 20: Hukum Kanun Pahang

Menerusi Hukum Kanun Pahang ini jelas menyatakan bahawa sekiranya terdapat tanah

tanaman yang tidak diusahakan oleh pemiliknya dan ada individu yang berminat untuk

mengusahakannya maka sistem penyewaan boleh dilakukan menerusi tuannya. Seterusnya, jika

tuannya berhasrat untuk mengambil balik tanah yang disewakan itu maka haruslah individu

menjadi penyewa tersebut mengembalikannya. Seterusnya, lebihan hasil yang diperolehi tersebut

hendaklah disalurkan kepada kaum seislam yang memerlukan pertolongan.

Justeru itu, undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang itu sendiri

telah membentuk pemikiran masyarakat dalam membantu kestabilan ekonomi negeri tersebut.

Undang-undang yang dibuat bukan sahaja menguntungkan sebelah pihak tetapi setiap individu

mendapat kebajikan daripadanya. Goloangan rakyat pula sedia maklum dengan peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, antara golongan pemerintah dan rakyat telah sama-

sama membantu menjana ekonomi dengan lebih pesat lagi.

“Hukum bertanam pula ialah, maka hendaklah

segala kamu yang bertanam tanaman itu kamu perbuat

pagarnya, jangan kamu taksir pada menuggui dia. Bermula

pada tanam-tanam itu atas dua perkara. Suatu tanam

berpagar. Jika masuk kerbau atau lembu, maka tertikam

pada malamnya, menyilih, sebelah harga tanaman pada

kaul sah menyilih suatu harganya tanaman itu di sebelah

umpanya kerbau itu.”(fasal keenam).

20

Page 21: Hukum Kanun Pahang

Berdasarkan teks ini ianya menunjukkan bahawa sekiranya seseorang individu tersebut

mengusahakan tidak kira apa sahaja tanaman, maka ianya hendaklah menjaga tanamannya

sebaik mungkin jika menginginkan hasil yang baik. Penjagaan tanaman tersebut seperti

membuat pagar bagi mengelakkan daripada binatang yang boleh memusnahkan tanaman

tersebut.

Selain itu, dalam Hukum Kanun Pahang terdapat upah menenun kain. Harga upahan

hendaklah diberi jika hanya selesai kain tersebut ditenun seluruhnya. Perkara ini dapat

menggalakkan si pengambil upah bersungguh-sungguh bekerja. Ini menjelaskan bahawa

undang-undang yang ditetapkan itu bukan sahaja menjamin kestabilan ekonomi malah menjamin

kebajikan rakyat jelata. Tambahan pula, memberi kesedaran kepada rakyat seterusnya memupuk

kesetiaan dan kepatuhan rakyat dengan menghormati undang-undang.

Berdasarkan beberapa teks undang-undang yang diketengahkan ini iaitu banyak

menyentuh tentang penanaman, pelabuhan dan juga perdagangan ataupun perniagaan. Maka

jelaslah bahawa masyarakat melayu pada masa dahulu sudah mengalami perubahan

ketamadunan jika dilihat dari aspek ekonomi walaupun melalui aktiviti sara diri yang mereka

lakukan. Penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan pencarian

hasil hutan dalam meneruskan hidup seharian mereka. Oleh yang demikian jelaslah

menunjukkan bahawa ketertinggian kebudayaan Melayu dapat dibuktikan dengan kehadiran

Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis sejak abad ke-15 lagi.

21

Page 22: Hukum Kanun Pahang

Sosial

Aspek sosial merupakan satu item penting dalam membuktikan ketertinggian kebudayaan

Melayu dengan kehadiran Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis iaitu sejak abad ke-15

lagi. Hal ini kerana, aspek sosial secara umumnya merupakan satu aspek yang menjadi

pelengkap kepada sesebuah kebudayaan mahupun undang-undang. Berdasarkan undang-undang

Melayu tradisi ini maka ianya dapat membuktikan bahawa pemerintah pada ketika itu sudah

mengambil berat tentang keadaan sosial masyarakatnya. Situasi ini dapat dilihat melalui

penelitian yang dilakukan terhadap fasal nikah kahwin yang mana ianya menunjukkan

keprihatinan penggubal undang-undang tentang mewujudkan institusi kekeluargaan dengan

sempurna.

Sistem sosial masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu

golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja

atau sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. Golongan

diperintah pula ialah orang merdeheka dan hamba. Institusi perhambaan telah lahir di kalangan

orang Melayu lebih awal daripada kedatangan agama Islam. Oleh itu adalah salah jika kita

katakan bahawa institusi ini datangnya bersama-sama dengan agama Islam. Akan tetapi

kemudiannya undang-undang Islam banyak mempengaruhi sastera undang-undang mengenai

undang-undang perhambaan ini (Maxwell 1890: 247).

Raja atau sultan dilambangkan sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.

Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam juga

memastikan peraturan Islam dilaksanakan. Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian

di dalam negeri baginda. Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina

22

Page 23: Hukum Kanun Pahang

istana dan sebagai tentera. Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat contohnya mengetuai

segala upacara diraja seperti pertabalan.

Golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas dan

merdeheka. Rakyat biasa seperti petani, nelayan, dagang dan tukang. Golongan ini tidak

mempunyai kuasa politik dan jawatan dalam pentadbiran. Selain itu, mereka mengamalkan

tradisi gotong-royong. Walau bagaimanapun, terdapat tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang

dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir. Mereka ini

bebas menjalankan kegiatan ekonomi dalam bidang pertanian, perikanan, perlombongan dan

perdagangan.

Dalam masyarakat Melayu golongan hamba terbahagi kepada dua iaitu hamba abdi dan

hamba berhutang. Jika dipandang dari kaca mata sastera undang-undang, hamba jenis pertama

nyatalah paling rendah kedudukannya. Hamba jenis ini dapat diklafikasikan seperti barang.

Seseorang hamba itu dapat dijual atau dipinjamkan oleh tuannya kepada orang lain, iaitu

mengikut sesuka hati tuannya. Hamba yang dibeli itu jika didapati cacat dapat dipulangkan

semula kepada tuannya. Contohnya, dalam Hukum Kanun Pahang, fasal 26 :-

“Pertama hamba itu pelari dan pemukah dan

pencuri dan gila dan busung dan burut dan buta larangan

dan tuli dan sopak dan kelu atau hamba itu bersuami atau

aib yang terbunyi kemudian kelihatan beberapa lamanya

pun, dapat dikembalikan.”

23

Page 24: Hukum Kanun Pahang

Terdapat juga hamba raja yang dipaksa berkhidmat dengan raja atau masuk ulur kepada

negara lantaran mengelakkan daripada sesuatu hukuman. Hukum Kanun Pahang juga

menyatakan dalam fasal 19 bahawa hamba raja juga tidak boleh dipalu dengan sewenang-

wenangnya. Jika seseorang merdeheka berbuat demikian, dia akan masuk ulur kepada raja dan

jika abdi berbuat demikian, abdi itu akan dikerat lehernya. Jika perbuatan abdi itu dengan setahu

tuannya, tuannya akan didenda sebanyak satu kati lima tahil.

Hamba berhutang pula disebabkan seseorang yang berhutang itu tidak sanggup

menjelaskan hutang-hutangnya. Hukum Kanun Pahang dalam fasal 12 ada menyebut bahawa

seseorang yang berhutang yang ditentukan tempoh masa pembayarannya. Jika seseorang itu

terlewat walaupun sehari sahaja untuk menjelaskan hutangnya dia akan bekerja dengan tuan

emas.

Sebenarnya dengan kewujudan hierarki atau lapisan dalam masyarakat Melayu

tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang

diperintah dalam membezakan kedudukan dan penghormatan. Tambahan pula, dapat

menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu, susun lapis ini mengalami

perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

Pahang diisytiharkan sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin

Shah (1592-1614) sebagai Khalifah. Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya

peraturan berdasarkan hukum Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan

terjemahan daripada undang-undang fiqh mazhab Shafi‛e. Menurur pendapat W.Linehan, selepas

tahun 1450-an Masihi, agama Islam dijadikan agama rasmi di negeri itu. Berpandukan kepada

24

Page 25: Hukum Kanun Pahang

fakta sejarah bahawa penerimaan agama Islam di Pahang, dikatakan berlaku abad ke-15 Masihi

atau lebih tepat selepas negeri itu ditakluki oleh Melaka.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, naskhah-naskhah Melayu yang bercorak sejarah dan tidak

bercorak sejarah boleh digunakan sebagi sumber sejarah Melayu. Walaupun kadang kala sukar

untuk menilai unsur dan kualiti sejarah tersebut kerana banyak strategi penulisan yang

mengelirukan, bukanlah menjadi alasan untuk par ilmuan menolak seratus peratus naskhah

tersebut sebagi naskhah bukan bercorak sejarah. Pada hal, sejarah itu sendiri merupakan disiplin

yang amat luas yang meliputi aspek ilmu, budaya, filologi, sosiologi, antropologi, ethologi,

falsafah dan sebagainya. Untuk Pengkajian naskhah Melayu perlu bagi pengkaji dan penyelidik

mengetahui latar belakang sejarah seterusnya menggunakan sdisiplin sejarah agar dapat

membuat tafsiran

Kewujudan sejumlah besar manuskrip undang-undang adalah manefestasi kesedaran raja-

raja Melayu yang cuba mengamalkan keadilan dalam pemerintahan.dan menyempurnakan

kajian. Konsep keadilan undang-undang Melayu semakin diperkukuhkan lagi dengan kemasukan

nilai-nilai keadilan pemerintahan dalam agama Islam. Ketertinggian kebudayaan Melayu dapat

dibuktikan dengan wujudnya Undang-undang Melayu Tradisi iaitu bertulis sejak abad ke-15 lagi.

Hal ini kerana undang-undang itu dibentuk adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran

yang hendak dijalankan dalam setiap organisasi tertentu. Sekiranya undang-undang tidak

dilaksanakan oleh setiap bangsa mahupun negara tersebut maka ianya tidak akan mencapai

25

Page 26: Hukum Kanun Pahang

kesepakatan yang menyeluruh. Oleh itu, Undang-undang Melayu bertulis merupakan aspek

utama wujudnya ketertinggian ketamadunan kebudayaan Melayu sehingga ke hari ini.

Pemikiran tentang persamaan undang-undang antara golongan raja dengan rakyat jelata

tidak wujud sama sekali. Rakyat yang cuba mencerobohi, menentang dan mengancam

kedudukan raja akan dituduh sebagai penderhaka dan dijangka menerima hukuman yang berat.

Walaupun terdapat sesetengah hukuman dikenakan mempunyai unsur kekerasan ianya sengaja

digubal sebagai cara untuk menghalang daripada kedudukan raja itu digugat oleh rakyat. Jika

masih ada rakyat yang melanggar peraturan, melakukan kesalahan dan menentang raja mereka

perlu bersiap sedia dengan segala hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka.

26

Page 27: Hukum Kanun Pahang

Bibliografi

Abdullah Siddik, Pengantar undang-undang adat di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit

Universiti Malaya, 1975.

Jalilah Sharif dan Jamilah Ahmad, Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara: Kajian Mengenai Sumber,

Penghayatan, Masalah Dan Tafsiran Naskhah-Naskhah Terpilih Sejarah Melayu, Kuala

Lumpur : Teks Publising Sdn Bhd. 1998.

Muhd Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

1971.

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan Dan Pensejarahan: Ketokohan

Dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1998.

Rogayah A. Hamid dan Maryam Salim, Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2006.

Othman Ishak, Hubungan antara undang-undang Islam dengan undang-undang adat, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997

Yaakub Isa Hukum, Kanun Pahang: manuskrip agung Negeri Pahang, Lembaga Muzium

Negeri Pahang, 2003.

Zaini Nasohah, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia: sebelum dan menjelang

merdeka, Utusan Publications, 2004.

27