hukum kanun melaka

24
KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH DALAM HUKUM KANUN MELAKA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: KESALAHAN-KESALAHAN BERKAITAN HUDUD MOHD FAUZI BIN MD ISA DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARI S YARAT MEMPEROLEH UAZAH SARJANA PENGAJ1AN ISLAM FAKULTIPENGAJIAN ISLAM UNTVERSm KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2004 COPYRIGHT © UiTM

Upload: mohd-zaid-abu-samah

Post on 31-Jul-2015

534 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum Kanun Melaka

KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH DALAM HUKUM KANUN MELAKAMENURUT PERSPEKTIF ISLAM: KESALAHAN-KESALAHAN

BERKAITAN HUDUD

MOHD FAUZI BIN MD ISA

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIANDARI S YARAT MEMPEROLEH UAZAH

SARJANA PENGAJ1AN ISLAM

FAKULTIPENGAJIAN ISLAMUNTVERSm KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2004

COPYRIGHT © UiTM

Page 2: Hukum Kanun Melaka

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.

13Februari2004 M©HD F>ctfZI BIN MD ISAP 13236

COPYRIGHT © UiTM

Page 3: Hukum Kanun Melaka

Ill

PENGHARGAAN

Sctinggi-ringgi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah cazza wa jalla kerana

dengan limpah kumiaNya disertasi ini berjaya disempurnakan. Selawat dan Salam ke

atas RasuINya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Setmggi-tmggi penghargaan dan lenma kasih diucapkan kepada YangBerbahagia Puan Zuliza Binti Mohd Kusrin yang banyak memberi bimbingan dantunjuk ajar sepanjang penyediaan disertasi ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada

semua pensyarab Fakulti Pengajian Islam khususnya pensyarah-pensyarah dari

Jabatan. Syariah yang mencurah Omu tanpa jemu. Juga kepada seraua kakitanganfakulti dan jahat^n Begini juga kepada takait-rakan. sepengajian. dan. rakan-takan di

UiTM.

Disertasi ini diabadikan boat ayahanda dan bonda tercinta, isteri dan anak-anakyang dikasihi. Semoga restu dan sokongan kalian mendapat ganjaran sewajamya dari

RabbulJahl

Akhimya terima kasih kepada UiTM yang telah membiayai pengajian dansemua pihak yang tertibat sehingga disertasi ini disempurnakarL Semoga dikurniakanrahmatdan taufiqhidayahllahi. Amin.

COPYRIGHT © UiTM

Page 4: Hukum Kanun Melaka

IV

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membincangkan mcngcnai kesalahan-kesalahan jenayahdi dalam Hukum Kanim Melaka (HKM) dengan mengkhususkan kq>adakesalahan-kesalahan berkaitan hudud. Fokus kajian adalah metnperjetaskanaspek-aspek adat dalam kesalahan-kesalahan berkaitan hudud HKM tersebutdan membandingkannya dengan undang-undang jenayah Islam serta melihatsejauhmana pengaruh Islam di dalamnya, Metodologi kajian ini menggunakanmetodologi kajian kepustakaan dan penganalisaan data. Kajian ini mendapan'HKM mengekalkan undang-undang adat bagi sebahagian besar kesalahan-kesalahan jenayah berkaitan hudud HKM juga dsHhat memasukkan undang-undang Islam bagi sesetengah kesalahan beiicaitan hudud sebagai pitihankepada hukutnan adaL Bagi sesetengah kesalahan. berkaitan. fyi<iii(f yang lainpula HKM terus mengambil undang-undang syariah Islam dengan tidakmenyertakan undang-undang adat Langkah-langkah ini cHlihal sebagailangkah awal ke arah mempeikenalkan undang-undang Islam di Melaka danAlam Melayu keseluruhannya Perlaksanaan HKM ini menjadi bukti bahawaundang-undang Islam pemah dipraktikkan di negara ini sebehim kehadiranpenjajah Barat dan peiiaksanaan undang-undang mereka.

COPYRIGHT © UiTM

Page 5: Hukum Kanun Melaka

CRIMINAL OFFENCES IN HUKUM KANUN MELAKAACCORDING TO ISLAMIC PERSPECTIVE:

OFFENCES RELATED TO HUDUD

ABSTRACT

The aim of this study is to examine the implementation of Hukum KanunMelaka (HKM) in offences related to hudud. The focus of this Study is tomake clear of the Malay customary law and compares it with Islamic criminallaw. This study also determines the influences of Islamic law in offencesrelated to hudud of HKM. Library research and data analysis were used in themethodology of this study. Analysis shows that HKM maintained the use ofits customary law in most offences related to hudud. However, the Islamic lawwas also used in certain offences as an alternative. In other offences HKMstrictly used Islamic Syariah Law without referring to customary law. Theseappeared to be the initial stage in the introduction of Islamic law in Malaccaand the Malays as a whole. Finally this is an evidence mat the Islamic law hadbeen implemented in our country before the arrival of the colonist and theimplementation of their law.

COPYRIGHT © UiTM

Page 6: Hukum Kanun Melaka

VI

KANDUNGAN

Ha I a manPENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iiiABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI SINGKATAN ixJADUAL TRANSLITERASI x

PENDAHULUAN xii

BAB I SEJARAH HUKUM KANUN MELAKA

1.1 Pengenalan 11.2 Sejarah Penubuhan Melaka 2

1.2.1 Kedatangan Islam ke Melaka 31.2.2 Sejarah Hukum Kanun Melaka 4

1.3 Fasal-fasal yang terdapat di dalam Hukum Kanun Melaka 71.3.1 Manuskrip-manuskrip HKM 71.3.2 Fasal-fasal di dalam HKM 11

1.3.2.1 Undang-undang Perlembagaan 111.3.2.2 Undang-undang Jenayah 121.3.2.3 Undang-undang Berkaitan Harta 161.3.2.4 Undang-undang Kontrak 191.3.2.5 Undang-undang Keluarga 201.3.2.6 Prosedur Kehakiman 211.3.2.7 Undang-undang Laut 21

COPYRIGHT © UiTM

Page 7: Hukum Kanun Melaka

VII

BAB II PENILAIAN ISLAM MENGENAI KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH DALAM HUKUM KANUNMELAKA: JENAYAH BERKAITAN HUDUD

2.1 Pengenalan 232.2 Jenayah Hudud Mennrut Perspektif Islam 23

2.2.1 Pembahagian Jenayah Hudud Menurut Perspektif Islam 242.3 Kesalahan-Kesalahan Jenayah Di Dalam HKM 252.4 Jenayah Berkaitan Hudud di dalam HKM 25

2.4.1 Jenayah Mencuri Menurut Perspektif Islam 262.4.2 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Mencuri Di Dalam HKM 272.4.3 Jenayah Zina Menurut Perspektif Islam 36

2.4.3.1 Pengertian Zina 372.4.3.2 Pembalasan Had Zina 38

2.4.4 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Zina Di Dalam HKM 402.4.5 Jenayah Qazaf (Menuduh Zina) Menurut Perspektif Islam 52

2.4.5.1 Pengertian Qazaf 522.4.5.2 Pembahagian dan Rukun Qazaf 532.4.5.3 Pembalasan Qazaf 53

2.4.6 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Qazaf (Menuduh Zina)Di Dalam HKM 54

2.4.7 Jenayah MinumArak Menurut Perspektif Islam 562.4.8 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Minum Arak Dalam HKM 592.4.9 Jenayah Murtad Menurut Perspektif Islam 60

2.4.9.1 Konsep Murtad Menurut Islam 602.4.9.2 Pembalasan Bagi Jenayah Murtad 62

2.4.9.2.1 HukumanBunuh 622.4.9.2.2 Taubat 62

2.4.10 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Murtad Di Dalam HKM 632.4.11 Jenayah Merompak Menurut Perspektif Islam 652.4.12 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Merompak Di Dalam

HKM 672.4.13 Jenayah Menderhaka (Bughah) Menurut Perspektif Islam 682.4.14 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Menderhaka Dalam

HKM 69

COPYRIGHT © UiTM

Page 8: Hukum Kanun Melaka

Vlll

BAB III KESIMPULAN

5.1 Rumusan 745.2 Saranan Dan Cadangan 82

RUJUKAN 83

COPYRIGHT © UiTM

Page 9: Hukum Kanun Melaka

IX

SENARAI SINGKATAN

ABIMBhgn.

GetEd.HHKMHim.Jil.JMBRAS

Juz.Ltd.MNo.Pt(pnyt.)S.A.W.Sunt.S.W.T.(terj.)tth.ttpt.ttp.UiTMVol.

Angkatan Bella Islam MalaysiaBahagian.CetakanEdisi

hijrahHukum Kanun Melaka.halaman.

JilidJournal of the Malayan/ Malaysian Branch ofthe Royal Asiatic Society.juzuk.Limitedmasihi.

NomborPartpenyuntingSallallahu calaihi wasallamSuntinganSubhanahu wa Tacalaterjemahantanpatarikhtanpa penerbittanpa tempatUniversiti Teknologi MaraVolume.

COPYRIGHT © UiTM

Page 10: Hukum Kanun Melaka

JADUAL TRANSLITERASI

HurufArab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

ft

vo

o,

CCCJiJj^J"^^J*ittUJJ4JroA

J

< <

t

btthJhkhd

dhrzsshsdtzc

ghf

qk1

mnhwy

J\— sa'alaJoj badalaj£ tamr»j^ thawrahJL?- jamal

C-JJL»- hadith-Ol>- khalidoljjj diwan

^-AX* madhabt>^j OL*^j rahman

^>»3 zamzam<-»*j-. sarab)_rj^ shamsJ>-P sabr

j>— i» damiry»U» tahir_^t zuhrJLJ> *abdv-p ghayb*i» fiqh

,e*>\i qadiyiT ka'sj\i laban

jUj^ mizmarfj* nawm-k-> habataJ^j wasljU-j yasar

COPYRIGHT © UiTM

Page 11: Hukum Kanun Melaka

Vokal Pendek

VOKAL

Xi

Huruf Arab Huruf Latin Contoh Asa! Transliterasifa*ala

hasibakutiba

Huruf Arabk.*

Huruf Arab

J

Huruf Latina

Iu

Huruf Latinaw

ay

iyyuww

Contoh AsalJOcc— J

Contoh Asal

Transliterasikatib, qada

kanmhuruf

Transliterasiqawl

sayf

raj iyy atau raff

aduww atau adu

COPYRIGHT © UiTM

Page 12: Hukum Kanun Melaka

XII

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Islam telah mulai hadir di Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Arab seawalabad ke 7M. Pada abad ke 13M Islam telah memperolehi kekuatan politik dengantertubuhnya kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Perlak, Samudera Pasai, danAcheh . Pada abad ke 15M Islam telah sampai dan bertapak di bumi Melaka. Untukmerealisasikan kerajaan dan pemerintahan Islam suatu bentuk undang-undang telahdigubal oleh Hang Sidi Ahmad pada 1409M. Undang-undang ini ialah Hukum KanunMelaka (HKM) atau nama asalnya Risalah Hukum Kanun.

Dalam membicarakan pengaruh dan sumbangan Islam di Alam Melayu initerdapat pelbagai pandangan mengenainya. Pandangan pertama yang didokong olehsarjana-sarjana Barat seperti CJ.Van Lew menyatakan bahawa Islam sama sepertiagama-agama Hindu dan Buddha sebelumnya hanya mempengaruhi lapisan tipis

masyarakat Alam Melayu seperti dalam kata-katanya, "Both these world religiouswere only a thin, easily flaking glaze on the massive body of the indigenous

civilization". Pandangan Kedua yang didokong oleh kebanyakan sarjana-sarjana

Melayu seperti Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Altas menyatakan bahawa Islamtelah mempenganihi seluruh jiwa dan raga masyarakat Melayu seperti kata-katanya:"Transforming both the soul and body of the Malay-Indonesia society. " Pandangan

ketiga mengambil jalan sederhana di antara dua pandangan yang bertentangan di atas.Pandangan ini yang didokong oleh Prof. Dr. Hamka, Dr. M. Natsir, Siddiq Fadhil dan

lain-lain sarjana melihat pengaruh dan dakwah Islam menekankan sikap darnai danmenyesuaikan diri sehingga menimbulkan sinkretisme atau ltalbis\ Oleh itu kitamasih mendapati amalan-amalan tradisi di amalkan disamping penghayatan terhadapIslam. Dalam kajian ini penulis akan melihat unsur-unsur adat yang didakwabercampur (talhis) di dalam Hukum Kanun Melaka seperti dakwaan pengkaji-pengkaji Barat seperti W.R. Roff dan Alfred P.Rubin, Mereka mengatakan bahawa

COPYRIGHT © UiTM

Page 13: Hukum Kanun Melaka

XIII

pada dasarnya undang-undang Melaka adalah berasaskan undang-undang Islam disamping berpegang kepada hukum akal dan hokum adat. Skop kajian hanya pada

undang-undang jenayah yang terkandung di dalam Hukum Kanun Melaka

Seterusnya penulis akan cuba membuat penilaian dari segi hukum Islam dengan

mengambil pandangan-pandangan ulama' terkemuka Islam.

SOROTAN KESUSASTERAAN

Beberapa kajian berkaitan Hukum Kanun Melaka telah dijalankan sebelum ini.Antaranya ialah kajian yang dflakukan oleh Muhammad Yusuf Hashim (1989).Beliau telah membuat kajian bertajuk, "Kesultanan Melayu Melaka" denganmenumpukan kajian terhadap beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke 15 dan ke

16 dalam sejarah Malaysia. Kajian ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa danPustaka. Kajian ini telah menyentuh mengenai Hukum Kanun Melaka secara umumdalam membincangkan mengenai Islam dalam sejarah perundangan Melaka.

Kajian seterusnya dijalankan oleh Isbak Shaari (1988) dalam latihan ilmiah diUmversiti Kebangsaan Malaysia. Betiau telah melakukan kajian mengenai, "SejarahPerundangan di Negeri Melaka di antara tahun 1400 hingga 1957." Dalam kajiannyabehau telah menyentuh sepintas lalu mengenai Hukum Kanun Melaka sebagaiundang-undang yang pernah digunakan di Melaka dalam period tersebut

Abdul Rashid Bin Haji Othman (1986) telah melakukan kajian mengenaiHKM dalam latihan ilmiahnya di Universid Kebangsaan Malaysia. Kajiannya

bertajuk, "Risalah Hukum Qanun iaitu Undang-undang Melaka: persamaan danpercanggahan dengan Islam." Dalam penulisannya beliau telah melakukan

perbandingan diantara HKM Veseluruhannya dengan perundangan Islam.

Seterusnya kajian mengenai HKM ini telah dilakukan oleh Zaitun BintiAhmad (1983) dalam latihan ilmiah di Umversiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telahmenjalankan kajian bertajuk, "Hubungan antara kitab Fathul Qarib dan teks undang-undang Melaka." Dalam kajiannya behau telah mehliat hubungan di antara HKMdan kitab Fathul Qarib. Kajian ini dflakukan berikutan HKM selalu dikaitkan dengan

COPYRIGHT © UiTM

Page 14: Hukum Kanun Melaka

XIV

khab tersebut di mana kitab Fathul Qarib dikatakan sebagai sumber utama undang-undang Islam di dalam HKM.

Kajian mengenai HKM seterusnya dilakukan oleh Rokiah Bind Ismail (1993)dalam latihan flmiahnya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau melakukankajian bertajuk, "Acara Jenayah dalam Hukum Kanun Melaka: satu perbandingan

dengan Undang-undang Keterangan." Dalam kajiannya beliau telah membuatperbandingan di antara acara jenayah HKM dengan acara jenayah dalam undang-undang keterangan raoden hari ini.

Meskipun paparan dari kajian-kajian mengenai Hukum Kanun Melaka di atasmenunjukkan beberapa unsur persamaan dengan tajuk kajian ini terutamanya darisudut subjek kajian namun kelainan kajian ini ialah kerana ia akan menyentuhmengenai penflaian Islam terhadap jenayah hudud di dalam HKM. Kajian ini akanmengupas satu persoalan baru yang masih belum dilakukan kajian mengenainya.Kajian ini merupakan penyelidikan langsung ke atas jenayah hudud dalam teksHKM. Kajian ini akan mengambil nas-nas al-Quran dan al-Hadith serta pandangan-pandangan ulama> muktabar dalam melihal perspektif Islam mengenai undang-

undang jenayah dalam HKM tadi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini antara lain untuk mengenai pasti unsur-unsur adat Melayu lama didalam kesalahan-kesalahan jenayah hudud HKM. Seterusnya kajian ini akan

memperjelaskan aspek-aspek adat tersebut dan membandingkannya dengan syariahIslam. Kajian ini juga untuk mengenai pasn* sejauhmana pengaruh Islam dalamkesalahan-kesalahan jenayah hudud HKM. Adalah diharapkan dengan kajian ini akanjelaslah kepada kita tentang persoalan mengenai pengaruh Islam di Alam Melayu,

khususnya di Melaka.

Kajian ini juga akan memperjelaskan kepada kita samada HKM boleh menjadirujukan kepada pelajar dan pengkaji undang-undang Islam. Seterusnya periaksanaan

Hukum Kanun ini menjadi bukn" bahawa undang-undang Islam sememangnya sesuai

COPYRIGHT © UiTM

Page 15: Hukum Kanun Melaka

dan pernah dipraktikkan di negara kita sebelum kehadiran penjajah dan perlaksanaanundang-undang mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan aspek yang penting dalam usaha menghasilkan sesuatu

keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Metod sebagai suatu falsafah penyelidikanyang meHbatkan andaian dan nilai yang menjadi kriteria bagi mengukuhkan data dan

membuat kesimpulan. la melibatkan perkara-perkara seperti berikut:

a. Kajian Kepustakaan

Kajian mi bermula dengan merujuk dua teks utama iaitu Hukum Kanun Melaka danSulalatus Salatin. Selain itu penulisan-penulisan berkaitan meliputi buku-buku, kertaskeija, artikel, majalah dan sebagainya turut dirujuk Seterusnya merujuk kitab sucial-Quran, al-Hadis, kitab-kitab fikah dan penmdangan Islam serta pendapat-pendapatulama' untuk menjelaskan pandangan Islam mengenai aspek-aspek adat dalamkesalahan-kesalaban jenayah hudud HKM.

b. Penganalisaan data

Dalam membuat penganaUsaan data yang diperolehi penulis menggunakan tiga

metod utama, iaitu:

i. Metode Induktif

Iaitu dengan cara membuat kesimpulan bagi perkara-perkara yangbersifat khusus bagi mencari kesimpulan yang bersifat umum.

ii. Metode Deduktif

Iaitu cara membuat kesimpulan dengan berpandukan dalil-dalil yangbersifat umum untuk mencari kesimpulan yang bersifat khusus.

COPYRIGHT © UiTM

Page 16: Hukum Kanun Melaka

XVI

iii. Metode Perbandingan

laitu cara membuat kesimpulan dengan cara perbandingan terhadap

fakta-fakta dan data-data yang diperolehi. Dengan adanya caraperbandingan im sesuatu data dapat dilihat dengan lebih jetas danberkesan.

SUSUNAN KAJ1AN

BAB I

Bab ini membincangkan mengenai sejarah Hukum Kanun Melaka dimulai dengan

sejarah penubuhan Melaka, Kedatangan Islam ke Melaka, sejarah HKM, manuskrip-

manuskrip HKM dan iasal-fasal yang terdapat di dalam HKM.

BAB II

Bab yang kedua ini membincangkan mengenai penilaian Islam temadap kesalahan-

kesalahan jenayah hudud dalam Hukum Kanun Melaka. Bab ini dimulai denganpenilaian Islam mengenai jenayah mencuri, zina, menuduh zina (qazaf), rranum arak.

murtad, merompak dan menderhaka yang terdapat dalam HKM.

BAB III

Bab ini merupakan bab kesimpulan di mana dalam bab ini dikemukakan rumusan dari

kajian ini dan disusuli dengan saranan dan cadangan

COPYRIGHT © UiTM

Page 17: Hukum Kanun Melaka

BAB I

SEJARAH HUKUM KANUN MELAKA

1.1 PENGENALAN

Kedatangan Islam ke Nusantara khususnya Melaka merupakan satu bidang kajian yangmenarik minat ramai sarjana. Para sejarawan Barat dan Islam telah menghasilkanbegitu banyak penyelidikan dan penulisan mengenamya.

Sejarawan Barat mengemukakan pendapat bahawa Islam telah sampai danberkembang di Nusantara semenjak abad ke 13M. Sementara pengkaji-pengkaji

sejarah Islam di Indonesia dalam seminar terakhir di Medan pada tahun 1963 telahmembuat rumusan bahawa Islam telah sampai di Nusantara seawal abad ke 7M lagi.Pengkaji-pengkaji sejarah Islam di Malaysia pula telah mengemukakan bukti-buktibahawa Islam telah bertapak di sini sebelum abad ke 13M lagi. Antaranya, dinar emas

yang dijumpai di Kelantan pada tahun 1914 menunjukkkan bahawa kerajaan Islamtelah berdiri di Kelantan pada abad ke 12M. Batu nisan yang ditemui di Kedah padatahun 1963 yang terteranama dan tarikhiaitu, "Syaikh Abdul Kadir Ibn. SyaikhHusin Syah Alam" 291H bersamaan 903M jelas menunjukkan bahawa Islam telah

lama bertapak di Malaysia.

'Wan Hussein AzmL Islam dt Malaysia. Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7 - 20M)dalam Rhoo Kay Kirn. Tamadun Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980,him 135

COPYRIGHT © UiTM

Page 18: Hukum Kanun Melaka

1.2 SEJARAH PENUBUHAN MELAKA

Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang masyhur dan terkenal bukan sahajadi Nusantara malahan sampai ke merata pelosok dunm. Kerajaan Melayu Melaka

hanya wujud selama 117 tahun sahaja, iaitu dari tahun 1394M hingga 1511M.2 Walaubagaimanapun pengaruh dan kemasyhurannya amat besar dan meluas.

Penubuhan negeri Melaka digambarkan dalam sumber-sumber sejarahtempatan seperti sejarah Melayu, sumber-sumber China dan Portugis. Sejarah Melayumenggambarkan bagaimana Parameswara yang juga dikenali sebagai Sultan Iskandar

Syah, Raja Melayu terakhir di Singapura melarikan diri kerana serangan MajapahitBaginda pergi ke Muar dan beberapa tempat lain seperti Biawak Busuk, Kota Buruk

dan Setang Ujung untuk mendirikan negeri tetapi didapati kurang sesuai. Pada suatuhari baginda berburu di Sungai Bertam, semasa baginda berehat di bawah sepohonkayu baginda terlihat anjing baginda telah diterajang oleh seekor pelanduk putih,Baginda tertarik dengan kejadian itu dan mengambil keputusan untuk mendirikacnegeri di situ lalu baginda menamakan negeri itu "Melaka" sempena nama pokok

tempat baginda berehat.3

Sumber-sumber dari China menyebut bahawa negeri China telah mengadakanhubungan dengan Melaka semasa berada di bawah pemerintahan maharaja Yung Lo1402 - 1424M. Pemerintah Melaka pada masa itu disebut 'Pai - h - mi - sula' atau

Parameswara.

Sumber-sumber dari Portugis juga menyatakan bahawa Parameswara adalahpemerintah pertama bag) negeri Melaka. Somber mi seperti yang dinyatakan oleh

'Zakiah Hanum, Asal-usul negen-negen di Malaysia, Times Book International, KualaLumpur, 1988, hlm.27

^Muhammad Haji Salleh, (pnyt), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yayasan Karyawan danDewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, him 57 - 58, hhat juga Zakiah Hanum, Asal-usulnegen-negen di Malaysia, 1988, him 27 - 29

4 Wang Gung Wu, The first three rulers of Malacca, JMBRAS Vol XII, Bhgn I, 1968, him16

COPYRIGHT © UiTM

Page 19: Hukum Kanun Melaka

Tom Pires dengan disokong oleh pendapat-pendapat Alfonso D'al Bouquerqc6 danEredia7.

Asal nama Melaka juga pemah dihubungkan dengan keadaan semasa, iaitu

pusat perdagangan dengan menggunakan istilah Bahasa Arab 'malakat' atau"mulaqah' yang bermaksud tempat pertemuan.8

Parameswara bersama pengikut-pengikutnya telah ditehma penduduk-penduduk tempatan. Baginda menubuhkan negeri Melaka dan membangunkannyasehingga beijaya mengubahnya dan perkampungan nelayan menjadi pusatperdagangan yang terkenal dan pusat pemerintahan empayar Melayu.9

1.2.1 Kedatangan Islam Ke Melaka

Para sejarawan memberikan pelbagai pendapat dan pandangan dengan hujah masuig-masing tentang tarikh sebenar kehadiran Islam ke Melaka. Sejarah Melayu juga tidakmenyebut tentang tarikh yang tepat bila Islam hadir ke Melaka tetapi hanyamenggambarkan bahawa pada suatu malam Raja Tengah iaitu Raja Melaka yangketiga telah bennimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.. Apabila baginda bangun

dari tidur didapan* baginda sudah berkhatan dan mulutnya tidak putus-putus mengucap

dua kalimab syahadah. Pada waktu Asar hari itu juga Makhdum Sidi Abdul Aziztelah datang dari Jeddah dan mengislamkan baginda. Baginda telah menggunakan

gelaran Sultan Muhammad Syah.

5 Armando Cortesao, The Suma Oriental of Tom Pires, Haklyut Society, London, ] 944, him232

6 W.D G Birch, The Commentaries of the great Alfonso D 'al Bouquerqe, Vol 3, No LXII,Haklyul Society, London, 1880, him. 71-72

7 J.V Mills, (terj ), De Eredia's description of Malacca meridional, India and Cathay,JMBRAS, 1930, Vol 8, Part I, him. 16

8W G. Shellabear, (pnyt), Sejarah Melayu (The Malay Annals), Malayan Publishing HouseLtd, Singapore, 1961, him 82; Ifliat juga Muhammad Yusuf Hashim, Kesultanan Melayu Melaka,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, him 12, Kermal Singh Sandhu & Paul Wheatley,(pnyt ), The Name Melaka dalam Melaka The Transformation of a Malay capital c. 1400. OxfordUniversity Press, Kuala Lumpur, 1983, him 1

**J Kennedy, M A , A History of Malaya, St Martin's Press, London, 1962, him 2mMuhammad Haji Salleh, (pnyt), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). 1997, him 59-60

COPYRIGHT © UiTM

Page 20: Hukum Kanun Melaka

Pengkaji-pengkaji sejarah di Indonesia seperti Muhammad Yunus Jamilmengemukakan pendapat bahawa Sultan Perlak Al-Sultan Makhdum Ala Uddin MaHcMuhammad Amin Syah II Johan Berdaulat yang memerintah Perlak pada tahun 622-662H/1225-1263M telah mengahwinkan puterinya yang pertama bemama PuteriRama Kamala dengan Raja Melaka Sultan Muhammad Syah yang bergelarParameswara Iskandar Syah. Puteri baginda yang kedua iaitu Puteri Ganggangdikahwinkan dengan Raja Samudera Pasai iaitu Sultan Malikussaleh atau Merah Siluyang memerintah dari tahun 659-688H/1261-1289M.11 Kenyataan ini menunjukkanbahawa kerajaan Melaka sezaman dengan kerajaan Samudera Pasai yang pertama.12

Bukti-bukti yang menunjukkan terdapatnya kerajaan Islam yang awal diMelaka ditemui di Pengkalan Kempas, Melaka. Bukti pertama ialah batu peninggalan

^

inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab "<3it". Bukti kedua pula ialah inskripsi Raja

Aditfya Warma, Anno 1378M yang tertulis nama Allah dengan huruf Arab. Tulisandi makam Pengkalan Kempas itu menyerupai tulisan di batu nisan yang ditemui diKomplex Teungku Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertulisan Bahasa Arab,Melayu dan Sanskrit kuno yang masih belum dapat dijelaskaiL B

1.2.2 Sejarah Hukmn Kanun Melaka

Sebelum kedatangan Islam undang-undang di Negeri-negeri Melayu ialah undang-

undang tempatan atau undang-undang Adat Selepas kedatangan Islam undang-undangIslam telah diserap masuk di samping undang-undang Adat Undang-undang Islammerupakan undang-undang tubuh negeri-negeri di Tanah Melayu sebelum kedatanganpenjajah British malab hakim-hakini British turut mengakui bahawa undang-undangIslam adalah undang-undang negara ini.14 Perkara mi seperti yang diputuskan

"M.Junus Jamil, Silsilah iawarich radja-radja keradjaan Atjeh, bahan stensil 1968, Mm. 8l2Wan Hussein Azmi, Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7 - 20M)

Dalam Khoo Kay Kirn, Tamadun Islam di Malaysia, 1980, hint 14513ibid., lihatjugaRM-Zainuddin Tarich Atjeh dan Nusantara, celakan pertama, Pustaka

Iskandar Muda, Medan,, 1961, him. 52 dan 67MAhmad Ibrahim, Perundangan Islam: Dasar, matlamat dan perlaksanaannya di Malaysia.

ABIM, Kuala Lumpur, 1981,

COPYRIGHT © UiTM

Page 21: Hukum Kanun Melaka

dalam kes Roman lawan La/on15 . Mahkamah Rayuan telah memutuskanbahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang yang asing di negara inisebaliknya merupakan undang-undang tempatan.16 R.J.Wilkinson juga pernahmenyatakan,"Sekiranya undang-undang Inggeris tidak diterima pakai, maka sudahpasti undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu."17

Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara selepas menganut agamaIslam telah menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang negara Undang-undang Melaka yang pertama ini ditulis oleh Hang Sidi Ahmad. Undang-undang initerbahagi kepada dua bahagian iaitu Qanun Melaka yang dikuatkuasakan di daratannegeri Melaka dan Qanun Laut Melaka yang dikuatkuasakan di atas kapal. Undang-undang ini diandaikan telah ditulis pada tahun 1444M.18

Menurut R.O. Winstedt, Undang-undang Melaka merupakan undang-undangMelayu yang terawal. Walaupun banyak pendapat yang menyatakan Hukum KanunMelaka ini digubal pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), sultan Melakayang terakhir namun tiada hujah untuk menyangkal kenyataan di dalam SejarahMelayu yang menyatakan bahawa ia digubal pada masa pemerintahan SultanMuzafTar Shah yang memerintah di antara tahun 1445-1458M.19

Liaw Yock Fang mengemukakan pendapat bahawa Undang-undang Melakayang asal dan kemungkinan juga Undang-undang Laut mula digubal semasa

pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) dan disempumakan padazaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458M), zaman keemasanKesultanan Melaka. Seksyen mengenai Undang-undang Islam terutama berkaitanperdagangan dan acara mungkin telah disusun selepasnya. Seksyen Undang-undang

13(1927)6FMSLR127.16 Hamid Jusoh, Kedudukan undang-undang Islam dalam perlembagaan Malaysia, Dewan

Bahasa dan Pustaka, KXumpur, 1992, him. 17.17 R.J.Wilikinson, Papers of Malay Subject, undang-undang bahagian 1 (rangka pengenalan),

t.pt., K.Lumpur, him. 49.18Abdul Halim El-Muhammady, Perkembangan undang-undang Islam di Malaysia, Budaya

Ilmu Sdn. Bhd., Petaling Jaya,1993, him. 84I8Richaid Winstedt, (ed.), The Malays a cultural history, Routledge & Kegan Paul

Ltd.,London, 5,1947, him. 99.

COPYRIGHT © UiTM

Page 22: Hukum Kanun Melaka

Negeri dan Undang-undang Johor mungkin disusun pada awal abad ke 16M apabilaPortugis pertama kali sampai ke Melaka. Undang-undang Johor kemungkinan digubal

atas titah Sultan Mahmud Shah (1761-1812M), put era kepada Sultan Abdul Jalil Shah

(1760-1761M).20

Hakikatnya, tarikh penggubalan dan Sultan yang menitahkan penggubalanHukum Kanun Melaka masih belum muktamad kerana Sejarah Melayu tidakmenghuraikan dengan jelas mengenainya. Persamaan di antara Sejarah Melayu dan

Hukum Kanun Melaka ialah berkaitan Adat Istiadat DiRaja Melayu. Dalam SejarahMelayu ada dinyatakan bahawa Sultan Iskandar dan Sultan Muhammad peraah

*)*}memberi arahan supaya menggubal undang-undang Melaka. Selqranya hal.ini benarkemungkinan beberapa bahagian dari kandungan undang-undang Melaka ini telahdigubal lebih awal dari zaman pemerintahan Sultan MuzafFar Shah seperti dakwaanWinstedt. la mungkin mula digubal sebaik Melaka dibuka kerana Melaka dibuka olehParameswara yang datang dari Palembang dan kemudiannya mendirikan kerajaan diSingapura sebelum menetap di Melaka. Baginda adalah seorang pemerintah yangberpengalaman, oleh itu tidak menjadi masalah kepada baginda untuk mempunyaisistem perundangan bagi negeri Melaka. Maka adalah dirasakan dakwaan Winstedt

tersebut tidak boleh diterima kerana sukar dibayangkan bagaimana Melaka diperintahtanpa sistem perundangan sebelum era pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.23

Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai tarikh penggubalan HukumKanun Melaka namun kita masih boleh menyelaraskan pendapat-pendapat tersebutdengan membuat rumusan bahawa Hukum Kanun Melaka mungkin mula digubal dariera pemerintahan Melaka mula menerima Islam. Jika menurut Sejarah Melayu SultanMuhammad Shah (1424-1444M) yang mula-mula memeluk Islam.24 Seterusnya ia

"^Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka, Martmus NijbofF, The Hague, 1976, him 38.* Sejarah Melayu, Raffles MS no 18, JMBRAS,Vol XVI, Pt 3, 1938, him 82, 84-88"ibid., him 84-88.^Azizan Abdul Razak, The Law In Malacca Before and After Islam Dalam Khoo Kay Kirn,

lamadim Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980, him 3124Muhammad Haji Salleh, (pnyt), Suialatus Solatia (Sejarah Melayu). 1997, him 59-60

COPYRIGHT © UiTM

Page 23: Hukum Kanun Melaka

disempurnakan pada zaman pemerintahan seterusnya iaitu zaman Sultan MuzaffarShah(J445-1458).25

13 FASAL-FASAL YANG TERDAPAT DI DALAM HUKUM KANUN

MELAKA

Sebelum mengkaji fasal-fasal yang terdapat di dalam Hukum Kanun Melaka, adalahlebih baik diperjelaskan terlebih dahulu mengenai manusknp-manuskrip atau versi-versi Hukum Kanun Melaka ini.

1.3.1 Manuskrip-manuskrip Hukum Kanun Melaka

Bilangan manuskrip Undang-undang Melaka ini amat banyak di mana terdapat tidakkurang dari 44 buah manuskrip. Jumlah ini tidak termasuk manuskrip asal dan sebuahmanuskrip di Jakarta iaitu manuskrip Yon de Wall 55 yang tidak dapat ditemui untukditemuramah. Walau bagaimanapun tidak semua manuskrip mempunyai nilai yang

+itsama, sesetengahnya merupakan salinan dari yang lain. Manuskrip-manuskrip iniboleh dibahagikan kepada tujuh kumpulan manuskrip, iaitu:

(a) Undang-undang Melaka Yang Asal(b) Versi Acheh(c) Versi Patani

(d) Versi 'Panjang*(e) Versi Undang-undang Islam dan versi Johor(f) Versi 'PendeV

^*7(g) Versi-versi lain yang tidak lengkap

^Jjaw Yock Pang, llndang-iuidang MeJaka, 1976, him:"Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka. him 9

ibid27

COPYRIGHT © UiTM

Page 24: Hukum Kanun Melaka

(a) Undang-undang Melaka yang Asal

Kumpulan manusknp pertama ini terdin dari sembilan belas manuskrip,sebelas manusknp dari Leiden, enam dari United Kingdom dan masing-masing satu dari Jerman dan Paris merupakan kumpulan manuskrip yangpenting dan diiktiraf sebagai Undang-undang Melaka yang asal. Manuskrip-

manuskrip ini ialah:Dari Leiden:Cod. Or. 1705(1); Cod. Or; 1706(1), Cod. Or. 3199(1), Cod. Or; 5836,Cod. Or. 5838, Cod. Or. 7077, Cod. Or. 6078, KL. 24, KL, 45, KL.48dan KL. 50.Dari United Kingdom:Cambridge 1364, Dublin 1638, London: Raf. 74, Maxwell 6, Maxwell10,British Museum 12397.Dari Jerman:Schoemann V, 33.

Dari Paris:Bibliomeque Nationnale no.37.28

(b) VersiAcheh

Versi Acheh Undang-undang Melaka ini terdiri dari empat buah manuskrip.Manuskrip-manuskrip ini ialah Von de Wall 59(1), KL. 20, SOAS 40329 danSOAS 40505. Kandungan versi ini sama seperti undang-undang Melaka yangasal kecuali permulaan fasal 8 yang tidak didapati. Selain itu terdapatpenambahan fasal yang menekankan bahawa sesiapa yang membuka

sesebuah kampung mestilah membuka jalan.

28ibid., him. 9-10. ibid., him. 9-10.58 Liaw Yock Fang, him. 10.

COPYRIGHT © UiTM