pengalaman hamdan

6
Pengalaman Hamdan. Di sebuah kampung terdapat seorang budak lelaki bernama Hamdan. Hamdan adalah seorang budak yang nakal dan pemalas. Di sekolah, Hamdan sangat malas belajar. Sewaktu guru mengajar Hamdan asyik bercakap dan mengganggu rakan-rakannya. Dia tidak suka belajar. Di rumah pula dia tidak pernah mengulangkaji pelajaran dan sering kali tidak menyiapkan kerja rumah. Dia hanya suka melastik burung dan bermain. Walaupun ibu bapanya sudah menasihatinya berkali- kali, namun dia tetap begitu juga. Oleh sebab itulah dia selalu gagal dalam ujian dan peperiksaan di sekolah. Walaupun berkali- kali gagal, namun Hamdan tidak juga ingin berubah. Suatu hari, ibu Hamdan menyemak beg sekolah Rosa. Ibu Hamdan mendapati ada dua tiga kerja rumah yang belum disiapkan oleh Hamdan. Ibu Hamdan pun menyuruh Hamdan menyiapkan semua kerja rumah itu. Tetapi Hamdan enggan. Dia pergi berlari menghilangkan diri ke hutan bersama-sama lastiknya untuk melastik burung. Di hutan, Hamdan pun melastik setiap burung dia nampak hinggap di dahan pokok. Namun tidak seperti hari- hari biasa, tidak ada seekor pun yang berjaya mengena buah lastiknya. Namun Hamdan tetap tidak berpuas hati dia terus mencuba dan terus mencuba sehinggalah tanpa dia sedari hari sudah hampir senja dan dia telah masuk ke hutan itu terlalu dalam. Dia tidak pernah sampai ke kawasan itu sebelum itu. Dia tidak tahu jalan pulang untuk kembali ke rumahnya. Dia pun berjalan sahaja di dalam hutan itu mengikut gerak hatinya sehinggalah dia tiba di suatu perkampungan. Pada mulanya dia fikir itu adalah kampungnya. Namun apabila dia melihat orang- orang yang ada di situ, tidak ada sesiapa pun yang dia kenal. Dia pun masuk ke kampung itu untuk mencari pertolongan. Semasa dia berjalan- jalan ke sekitar kampung itu, dia terserempak dengan seorang perempuan.

Upload: mohd-shahrin-basni

Post on 16-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Terapi bercerita

TRANSCRIPT

Page 1: Pengalaman Hamdan

Pengalaman Hamdan.

Di sebuah kampung terdapat seorang budak lelaki bernama Hamdan. Hamdan adalah seorang budak yang nakal dan pemalas. Di sekolah, Hamdan sangat malas belajar. Sewaktu guru mengajar Hamdan asyik bercakap dan mengganggu rakan-rakannya. Dia tidak suka belajar. Di rumah pula dia tidak pernah mengulangkaji pelajaran dan sering kali tidak menyiapkan kerja rumah. Dia hanya suka melastik burung dan bermain. Walaupun ibu bapanya sudah menasihatinya berkali- kali, namun dia tetap begitu juga. Oleh sebab itulah dia selalu gagal dalam ujian dan peperiksaan di sekolah. Walaupun berkali- kali gagal, namun Hamdan tidak juga ingin berubah.

Suatu hari, ibu Hamdan menyemak beg sekolah Rosa. Ibu Hamdan mendapati ada dua tiga kerja rumah yang belum disiapkan oleh Hamdan. Ibu Hamdan pun menyuruh Hamdan menyiapkan semua kerja rumah itu. Tetapi Hamdan enggan. Dia pergi berlari menghilangkan diri ke hutan bersama-sama lastiknya untuk melastik burung.

Di hutan, Hamdan pun melastik setiap burung dia nampak hinggap di dahan pokok. Namun tidak seperti hari- hari biasa, tidak ada seekor pun yang berjaya mengena buah lastiknya. Namun Hamdan tetap tidak berpuas hati dia terus mencuba dan terus mencuba sehinggalah tanpa dia sedari hari sudah hampir senja dan dia telah masuk ke hutan itu terlalu dalam. Dia tidak pernah sampai ke kawasan itu sebelum itu. Dia tidak tahu jalan pulang untuk kembali ke rumahnya. Dia pun berjalan sahaja di dalam hutan itu mengikut gerak hatinya sehinggalah dia tiba di suatu perkampungan. Pada mulanya dia fikir itu adalah kampungnya. Namun apabila dia melihat orang- orang yang ada di situ, tidak ada sesiapa pun yang dia kenal.

Dia pun masuk ke kampung itu untuk mencari pertolongan. Semasa dia berjalan- jalan ke sekitar kampung itu, dia terserempak dengan seorang perempuan.

“Hai mak cik”, sapa Hamdan.

“Hai, siapa kamu ni? Belum pernah mak cik nampak kamu di sini”, balas mak cik itu.

“Saya memang bukan orang di sini. Nama saya Hamdan. Saya sesat di hutan sana sehinggalah saya jumpa kampung ini. Apa nama kampung ini?” tanya Hamdan.

“Kampung ini namanya Kampung Rajin”, balas perempuan itu.

“Oo...bolehkah mak cik tolong saya pulang semula ke kampung saya?”

“Apa nama kampung kamu tu?” tanya mak cik itu.

“Kampung Pinang Sebatang. Mak cik pernah dengar?” tanya Hamdan.

Page 2: Pengalaman Hamdan

“Tak pernah dengar. Tapi tak apa, mari pulang ke rumah Mak Cik dulu. Mesti kamu penat kan?” kata perempuan itu.

“Baiklah”. Hamdan menurut sahaja. Walaupun dia sedih kerana perempuan itu mungkin tidak dapat menolongnya, namun dia tahu dia perlu berehat kerana kepenatan.

Dalam perjalanan, perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Mak Cik Embok. Dalam pada itu, Hamdan sempat memerhatikan penduduk kampung itu. Semua mereka rajin bekerja. Ada yang memotong kayu, ada yang menumbuk beras, ada yang menanam padi dan sebagainya. Anak-anaknya pula rajin membaca buku secara berkumpulan ataupun berseorangan. Ada juga yang mengambil peranan sebagai guru yang mengajar rakan- rakan lain. Dalam hati Hamdan berkata, “Patutlah nama kampung ni Kampung Rajin. Orang-orangnya semuanya rajin”.

Setelah beberapa minit perjalanan, sampailah mereka di rumah perempuan itu. Rumah perempuan itu agak besar. Perempuan itu tidak mempunyai suami. Katanya suaminya telah lama meninggal dunia. Dia mempunyai dua orang anak yang hampir sebaya dengan Hamdan iaitu Laila dan Lola. Laila dan Lola sangat rajin belajar.

Hamdan bertanya, “Kenapa kamu rajin belajar sedangkan hidup kamu sudah senang?”

Laila menjawab, “Memang betul kami senang, tapi duit kami boleh habis bila-bila masa sahaja”.

Lola pula menyambung, “Kalau kami belajar, ilmu itu takkan boleh habis, ia akan kekal bersama kami. Dengan ilmu yang ada, kami takkan senang ditipu orang dan ia juga membantu kami untuk terus hidup senang”.

“Ooo..begitu”, balas Hamdan.

Malam itu Hamdan memikirkan kata- kata Laila dan Lola.

“Memang ada betulnya”. Bisik hati Hamdan.

Pada keesokan harinya, Rosa ingin meminta izin Mak Cik Embok untuk mencari jalan pulang ke rumahnya. Mak Cik Embok pun mengizinkan.

Maka pergilah Hamdan mencari jalan pulang. Dalam perjalanan, Hamdan terserempak dengan seorang lelaki tua yang bertopi dan berjanggut panjang.

Lelaki itu bertanya, “Siapa gerangan kamu ini?”

Hamdan menjawab, “Nama saya Hamdan. Saya tersesat dan hendak pulang semula ke kampung saya”.

“Apa nama kampung kamu?”, tanya lelaki itu.

Page 3: Pengalaman Hamdan

“Kampung Pinang Sebatang. Pak Cik pernah dengar?”

“Emm..pernah- pernah! Mari ikut aku”, kata lelaki itu.

Hamdan agak ragu- ragu untuk mengikuti lelaki itu namun kerana itulah satu-satunya cara untuk pulang ke rumahnya, maka Hamdan pun mengikut sahaja.

Mereka berjalan sampailah tiba di hadapan sebuah rumah di tepi jalan.

“Pak cik cakap nak bawa saya pulang ke kampung saya. Ini bukan kampung saya”, Hamdan mula khuatir.

“Sabar, bawa bertenang. Kita pergi ambil peta dulu. Jom!”, kata lelaki itu.

Hamdan pun mengikut sahaja.

Sampai sahaja di rumah itu, lelaki itu menutup mulut Hamdan dan memasukkan Hamdan ke dalam kurungan.

“Kau tahu aku siapa? Akulah Albert Einstein. Orang paling bijak di dunia. Hahahaha....”,kata lelaki itu seperti kurang siuman.

“Albert Einstein? Orang puteh ka pulak dia ni?”, Hamdan berkata dalam hati.

“Dalam rumah ni, aku mau kau jadi bijak macam aku. hahaha...Jangan kau harap dapat pulang ke kampung kau yang entah di mana tu kalau kau tak dapat jawab soalan ini!”, keras suara lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kertas.

“Kau tahu jawab soalan ini?”, tanya lelaki itu.

“Em...tak tahu”, balas Hamdan.

“Haha..aku dah agak dah. Selagi kau tak dapat jawab soalan ini, selagi tu kau kena temankan aku di sini, jadi murid aku..hahaha...”, kata lelaki itu lalu naik ke tingkat atas rumah dua tingkat itu.

Hamdan menyesal kerana tidak belajar bersungguh- sungguh. Soalan itu pasti boleh dijawabnya sekiranya dia mengambil perhatian ketika gurunya mengajar di kelas.

Maka tinggallah Hamdan dalam kurungan itu selama berhari- hari. Pada setiap hari itulah juga Hamdan dapat melihat dari jauh seorang budak lelaki berkaki ayam berjalan dengan memegang buku dan pensil. Jalan itu jarang digunakan oleh orang. Hanya budak itu yang saban hari menggunakannya. Suatu hari Hamdan membuat isyarat bunyi untuk memanggil budak itu. pada mulanya budak itu tidak dengar. Namun akhirnya dia mendengar dan berjalan ke arah Hamdan.

Hamdan menceritakan hal dirinya dan berkenalan dengan budak itu.

Budak itu memperkenalkan dirinya sebagai Abu, seorang anak pesisir laut. Dia memberitahu perihal dirinya yang miskin dan perlu belajar dengan rajin untuk mengubah hidup keluarganya yang susah.

Page 4: Pengalaman Hamdan

“Walaupun aku miskin, tak bererti aku tak boleh belajar jadi pandai. Aku mesti belajar. Memang betul belajar itu susah, tapi lebih susah lagi kalau tiada pelajaran”, kata Abu.

Abu juga memberitahu bahawa lelaki tuan punya rumah itu sebenarnya orang gila. Namanya Albert Juno, bukannya Albert Einstein. Dia terlalu minat dengan Albert Einstein sehingga belajar 24 jam tanpa henti semata- mata hendak menjadi orang yang paling bijak di dunia. Akhirnya dia menjadi gila.

“Ooo..siapa Albert Einstein tu?”, tanya Hamdan.

“Dia adalah orang yang paling bijak dalam dunia. Dia adalah seorang saintis. Dulu masa dia kanak- kanak dia adalah murid yang paling lemah sehingga cikgunya selalu mengatakannya bodoh. Tapi akhirnya dia berjaya menjadi orang yang berjaya dan terkenal di seluruh dunia”, terang Abu.

“Oo..kalau aku yang bodoh ni belajar rajin- rajin pun mesti boleh jadi macam dia kan? Cita- cita aku pun mau jadi saintis”, kata Hamdan.

“Tiada yang mustahil dalam dunia ni. Yang penting usaha. Tapi jangan pula melebih- lebih macam si Albert Juno tu”, kata Abu.

“Oklah rasanya baik kita cepat. Nanti si Albert tu datang”, sambung Abu.

Abu menggunakan satu alat ciptaannya yang secara kebetulannya dibawanya pada hari itu untuk ditunjukkan kepada cikgunya. Ianya adalah sejenis pisau yang menggunakan elektrik dan boleh memotong besi. Dia menggunakan bateri yang dicasnya semula di bawah cahaya matahari. Dengan alat itu, maka bolehlah Hamdan keluar dari kurungannya dan melepaskan diri daripada Si Albert yang gila itu.

“Baguslah ciptaan kau ni. Mana kau belajar?”, tanya Hamdan.

“Itulah gunanya aku belajar Sains, hehe”, kata Abu.

“Lepas ni aku pun mahu belajar rajin- rajin macam kau la supaya boleh buat ciptaan sendiri, hehe”, kata Hamdan.

“Tapi asalkan jangan jadi macam Albert Juno”, kata Abu kepada Hamdan. Lalu mereka serentak ketawa.

“Ok lah , aku kena balik kampung aku ni. Aku tak tahu la macam mana nak balik”, kata Hamdan.

“Senang ja. Kau baliklah ke hutan tu semula, cuba ingat semula jalan- jalan yang pernah kau lalui dan jangan lupa doa sama Tuhan”, kata Abu.

“Em..kalau macam tu aku akan cuba”, kata Hamdan penuh dengan semangat.

“Macam tu la. Semoga berjaya”, kata Abu.

Masing- masing mengucapkan selamat tinggal.

Page 5: Pengalaman Hamdan

Hamdan pun pulang semula ke hutan itu dan cuba mengingat semula jalan- jalan yang pernah dilaluinya. Akhirnya Hamdan berjaya pulang semula ke rumahnya.

Ibu bapanya cukup risau kerana sebenarnya Hamdan telah hilang selama dua minggu. Hamdan menceritakan pengalamannya dan berjanji akan berubah. Sejak hari itu Hamdan mula rajin belajar, dia mendapat tempat pertama setiap kali peperiksaan dan mendapat 5 A dalam UPSR. 15 tahun selepas itu, Hamdan telah berjaya menjadi saintis seperti Albert Einstein. Sekali lagi seperti Albert Einstein, bukan seperti Albert Juno.