pengalaman antarabangsa di dalam pembangunan usahawan wanita luar bandar

32
Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Persoalan mengenai jaringan usahawan telah dibangkitkan kerana ini dianggap penting dalam proses pembangunan usahawan. Adalah disarankan supaya agensi-agensi pembangunan luar bandar menubuhkan kemudahan jaringan (networking) bagi membantu usahawan-usahawan luar bandar mewujudkan interaksi dengan rakan sejawat mereka di dalam mahupun di luar negara. Pengalaman menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada golongan usahawan amat bergantung kepada pengaruh politik dan kuasa untuk mengembang dan memperluaskan jaringan perniagaan mereka. Pendekatan ini dirasakan tidak sesuai. Sebaliknya para usahawan hendaklah mengambil inisiatif sendiri untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka. Banyak pendapat mengatakan bahawa jaringan usahawan merupakan teras kepada kejayaan dan daya saing perusahaan. Oleh demikian usahawan- usahawan perlu meluangkan masa dan tenaga untuk membina pangkalan data mengenai perniagaan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan Takrifan keusahawanan juga turut dibincangkan. Jelas bahawa takrifan atau definasi usahawan yang sediada perlu diperjelaskan lagi berdasarkan ciri-ciri dan parameter-parameter yang lebih seragam supaya ia dapat digunakan dengan berkesan dalam pengubalan dasar atau strategi pembangunan keusahawanan. Tafsiran usahawan yang berbeza-beza menimbulkan kekeliruan bukan sahaja

Upload: aizad-kamarolazlan

Post on 12-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

usahawan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Persoalan mengenai jaringan usahawan telah dibangkitkan kerana ini dianggap penting dalam

proses pembangunan usahawan. Adalah disarankan supaya agensi-agensi pembangunan luar

bandar menubuhkan kemudahan jaringan (networking) bagi membantu usahawan-usahawan luar

bandar mewujudkan interaksi dengan rakan sejawat mereka di dalam mahupun di luar

negara. Pengalaman menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada golongan usahawan amat

bergantung kepada pengaruh politik dan kuasa untuk mengembang dan memperluaskan jaringan

perniagaan mereka. Pendekatan ini dirasakan tidak sesuai. Sebaliknya para usahawan hendaklah

mengambil inisiatif sendiri untuk mengembangkan jaringan perniagaan mereka. Banyak

pendapat mengatakan bahawa jaringan usahawan merupakan teras kepada kejayaan dan daya

saing perusahaan. Oleh demikian usahawan-usahawan perlu meluangkan masa dan tenaga untuk

membina pangkalan data mengenai perniagaan serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan

Takrifan keusahawanan juga turut dibincangkan. Jelas bahawa takrifan atau definasi usahawan

yang sediada perlu diperjelaskan lagi berdasarkan ciri-ciri dan parameter-parameter yang lebih

seragam supaya ia dapat digunakan dengan berkesan dalam pengubalan dasar atau strategi

pembangunan keusahawanan. Tafsiran usahawan yang berbeza-beza menimbulkan kekeliruan

bukan sahaja kepada penggubal dasar tetapi juga kepada pihak-pihak lain seperti institusi-

institusi kewangan, agensi-agensi khidmat sokongan dan penyelidik-penyelidik

Penekanan juga hendaklah diberikan kepada usaha mengumpul maklumat dan pengalaman

dalam bidang keusahawanan daripada negara-negara lain untuk dijadikan contoh. Pihak

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) disaran supaya menubuhkan urusetia yang

dapat berfungsi sebagai depositari atau tempat menyimpan maklumat yang diperlukan itu.

Seterusnya, perancangan pembangunan usahawan perlu membentuk institusi yang dapat

menyelaras dan mengendalikan aktiviti usahawan. Pembentukan institusi ini hendaklah

dijalankan di semua peringkat iaitu negeri, daerah dan bandar. Ia sesuai dilaksanakan oleh para

usahawan sendiri samada dengan mengwujudkan persatuan ataupun kumpulan tindakan. Selain

menjadi penghubung di kalangan para usahawan institusi yang ditubuhkan itu, ia juga boleh

bertindak sebagai pusat sumber, badan khidmat nasihat dan tempat rujukan.

Page 2: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Akhir sekali, aspek gender hendaklah sentiasa ditegaskan dalam program-program pembangunan

keusahawanan yang dijalankan oleh KPLB mahupun agensi-agensi pembangunan yang lain. Ini

bertujuan mengambil kira perbezaan antara gender dan juga bagi memastikan supaya keperluan-

keperluan khusus untuk golongan usahawan wanita dapat dikenalpasti. 

Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar: Pengalaman Malaysia 

Banyak program keusahawanan telah dijalankan di negara ini dan penyertaan usahawan wanita

luar bandar didapati amat menggalakkan. Namun demikian apa yang diperhatikan ialah

sebilangan besar daripada ushawan wanita tersebut terlibat dalam aktiviti perniagaan dan

perusahaan secara kecil-kecilan. Kebanyakan mereka juga tidak mempunyai modal yang

mencukupi dan pasaran yang luas. Jelas bahawa usahawan wanita luar bandar lebih banyak

tertumpu kepada bidang-bidang tradisi dan pertanian yang kurang produktif berbanding dengan

aktiviti perkilangan ataupun perkhidmatan.

Tahap pengetahuan dan kemahiran usahawan wanita luar bandar masih rendah untuk

membolehkan mereka bersaing dan meneroka bidang-bidang baru dengan berkesan. Kekurangan

keupayaan pengurusan dan teknologi menjadi penghalang kepada perkembangan usahawan

wanita diperingkat antarabangsa

Pihak kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai bantuan kepada golongan usahawan

wanita. Ketersediaan kemudahan-kemudahan ini kadangkala menggalakkan sindrom bantuan

sehingga menghalang para usahawan wanita untuk berdikari dan menghadapi cabaran. Adalah

disarankan supaya program-program bantuan membezakan usahawan wanita kepada tiga

kategori; usahawan di tahap tinggi, usahawan di tahap pertengahan dan usahawan di tahap

rendah. Memandangkan setiap kategori tersebut memerlukan jenis bantuan yang berbeza

Kementerian Pembanguanan Luar Bandar (KPLB) merancang untuk menubuhkan Dewan-dewan

Usahawan Industri Desa. Persoalannya, apakah peranan yang boleh dan perlu dimainkan oleh

dewan-dewan berkenaan? Apakah mereka harus terlibat secara langsung ataupun tidak langsung

dalam pembangunan usahawan luar bandar. Persoalan ini dirasakan penting kerana pihak KPLB

Page 3: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

tidak mahu mewujudkan sindrom bantuan dan juga sindrom subsidi di kalangan usahawan

industri desa.

Kebanyakan usahawan wanita di negara ini terlibat dengan enterprais mikro yang memerlukan

pembiayaan modal kurang daripada RM10,000. Namun demikian dasar perindustrian dan

pertumbuhan negara tidak mentakrifkan enterprais mikro sebagai kumpulan sasaran dalam

penggubalan strategi. Perkara ini perlu dikaji semula memandangkan terdapat banyak enterprais

mikro, terutamanya diluar bandar, yang boleh memberi sumbangan berkesan kepada kemajuan

negara

Adalah dicadangkan agar institusi-institusi kewangan mengenakan kadar faedah terhadap

pinjaman dan kredit yang disediakan agar usahawan wanita berpeluang menikmati kemudahan

tersebut. Selain daripada itu adalah disarankan supaya institusi-institusi penyelidikan dan

universiti-universiti tempatan meningkatkan lagi penyelidikan dalam bidang teknologi

pengeluaran yang sesuai digunakan oleh enterprais mikro. Selain daripada itu usaha hendaklah

dibuat untuk mengeluarkan alat perkakas yang mudah dan murah untuk kegunaan usahawan

wanita

Ramai usahawan wanita luar bandar tidak mengetahui tnetang program-program latihan

keusahawanan. Jesteru itu adalah dicadangkan supaya agensi-agensi pembangunan usahawan

dan keusahawanan berusaha menyebarkan maklumat mengenai program-program tersebut

dengan lebih agresif lagi

Aspek gender hendaklah sentiasa diambil kira apabila agensi-agensi pembangunan usahawan

membentuk dasar dan strategi mereka. Adalah dicadangkan supaya lebih banyak program yang

sensitif kepada gender dilaksanakan. 

Cabaran Sosial, Kebudayaan & Politik Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar

Bandar 

Memandangkan pembangunan usahawan wanita kini sudah menjadi penting dalam

pembangunan negara maka amat perlu dikenalpasti strategi-strategi khusus bagi merangka

program yang bersesuaian dengan keperluan usahawan wanita termasuk di luar bandar. Selain

Page 4: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

daripada itu garis panduan dasar juga perlu digubal untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang

akan dihadapi oleh usahawan menjelang alaf ke-21. Halacara yang komprehensif hendaklah

dibentuk untuk menjadikan pembangunan usahawan wanita luar bandar lebih efektif dan berdaya

maju.

Aspek jaringan serta rangkaian khidmat sokongan hendaklah diberi perhatian kerana ini dapat

membantu para usahawan wanita dalam mengendalikan kegiatan perniagaan dan perusahaan

mereka. Selain daripada itu keperluan latihan kemahiran berkaitan dengan pengeluaran,

pengurusan dan pemasaran juga hendaklah diambilkira dalam perancangan memandangkan

kritikal kepada kejayaan usahawan.

Pembangunan usahawan wajar membezakan keperluan kalangan usahawan individu, komuniti

usahawan dan peniaga serta keluarga yang terlibat dalam perusahaan. Jelas, bahawa setiap

kategori usahawan tersebut memerlukan asas dan khidmat susulan yang khusus selaras dengan

tahap perusahaan yang dijalankan.

Struktur pembangunan usahawan yang seimbang hendaklah memberi penekanan yang sama rata

kepada empat komponen iaitu kerohanian, fizikal, sosial, dan ekonomi. Tumpuan terhadap aspek

ekonomi sahaja tidak boleh menjamin kejayaan sesuatu perusahaan dan ini juga boleh membawa

kepada sikap materialistik sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial dan sumbangan kepada

masyarakat setempat.

Beberapa masalah utama yang mengekang pembangunan usahawan wanita luar bandar telah

dikenalpasti. Wanita yang telibat dalam perusahaan mikro biasanya tidak berpeluang

memperolehi bantuan kredit daripada institusi kewangan. Oleh demikian mereka terpaksa

bergantung kepada modal sendiri dan ini membantutkan perkembangan perusahaan yang

dijalankan. Selain daripada itu, usahawan wanita luar bandar sering menghadapi masalah

pengurusan dan pemasaran. Program latihan dan bantuan teknikal harus mengambilkira batasan

tersebut.

Kebanyakan usahawan wanita luar bandar juga berperanan sebagai pengendali rumahtangga

Page 5: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

selain daripada melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan perusahaan. Ini menimbulkan

konflik kepada diri mereka kerana terpaksa membahagikan masa dan tenaga kepada kegiatan

yang dijalankan dan juga keperluan rumahtangga.

Sebahagian besar usahawan wanita di luar bandar tidak mempunyai pendidikan formal

berbanding dengan usahawan lelaki. Ini membataskan keupayaan mereka di segi menerapkan

kemahiran dan teknik perniagaan dan perusahaan. Kajian juga menunjukkan ramai usahawan

wanita tidak mendapat peluang latihan dan pendidikan kerana ia lazimnya dijalankan di pusat-

pusat yang lokasinya jauh daripada tempat tinggal mereka. Akibatnya ramai usahawan wanita

yang berpotensi terpaksa mengundurkan diri daripada kursus-kursus yang dijalankan.

Terdapat bukti bahawa tidak ramai pengusaha mikro wanita yang menerima bantuan di bawah

program pembasmian kemiskinan. Pada masa yang sama juga mereka dianggap kurang layak

untuk mendapat bantuan yang ditawarkan di bawah program pembangunan perusahaan kecil

anjuran beberapa agensi kerana perniagaan dan perusahaan yang mereka jalankan masih belum

mencapai tahap yang dianggap layak untuk diberi bantuan.

Peluang Pendidikan dan Latihan Untuk Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar 

Satu aspek yang dianggap kritikal dalam proses pembangunan usahawan wanita di luar bandar

ialah latihan dan pendidikan. Ia perlu dilihat sebagai satu strategi ke arah meningkatkan prestasi

usahawan luar bandar dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka. Dalam konteks ini perlu

diwujudkan program khas bertujuan menerbitkan peluang-peluang latihan, pengembangan dan

pendidikan dikalangan usahawan luar bandar termasuk usahawan wanita. Ini adalah selaras

dengan strategi penyusunan semula masyarakat yang telah disarankan di bawah Dasar Ekonomi

Baru (DEB). Tumpuan latihan dan pendidikan ialah untuk mendedahkan masyarakat usahawan

wanita luar bandar kepada pengetahuan moden disegi perniagaan dan perusahaan serta

mendedahkan mereka kepada perubahan dan cabaran yang berlaku ekoran daripada globalisasi

dan liberalisasi.

Pendedahan ilmu pengetahuan boleh difokuskan kepada tiga komponen. Komponen pertama

ialah di peringkat sekolah di mana boleh diwujudkan program-program specifik seperti program

Page 6: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

usahawan muda. Komponen kedua pula ditujukan kepada institusi pengajian tinggi dan universiti

dan ini boleh mengambil bentuk program pembangunan siswa yang boleh menggunakan

peruntukkan khas yang disediakan oleh bahagian hal- ehwal pelajar masing-masing. Komponen

ketiga merangkumi latihan di kalangan para belia melalui kursus-kursus latihan tertentu yang

boleh diwujudkan mengikut keperluan. 

Aspek pendedahan dan pembudayaann masyarakat luar bandar khususnya usahawan wanita juga

perlu menjadi salah satu teras pembangunan masyarakat perniagaan dan perindustrian luar

bandar. Bagi mencapai matlamat tersebut usaha gigih hendaklan di buat untuk menarik minat

golongan wanita luar bandar kepada aktiviti perniagaaan dan menanamkan sikap berdikari dalam

aktiviti yang dijalankan. Perubahan sikap dianggap penting kerana apa jua aktiviti yang

dijalankan memerlukan pengetahuan asas, konsep perniagaan dan maklumat mengenai bidang

yang diceburi. Hanya melalui pendekatan yang agresif sesuatu kejayaan akan dapat dicapai. Para

usahawan wanita juga digalakkan menambah pengetahuan mereka dalam perkara-perkara asas

perniagaan seperti pengurusan modal, perakaunan, strategi pemasaran dan pembentukan

jaringan. Mereka juga perlu fasih dalam hal ehwal mendaftar dan melaksanakan aktiviti mereka

Dari perspektif latihan, program yang dicadangkan merangkumi tiga peringkat. Kursus Peringkat

pertama merupakan tahap permulaan di mana asas-asas perniagaan diperkenalkan kepada bakal-

bakal usahawan. Jangkamasa kursus ini adalah dalam lingkungan lima hari dan ia menumpukan

kepada pengenalpastian jenis-jenis perniagaan yang berpotensi serta langkah-langkah

susulan. Peringkat kedua pula memberi penekanan kepada perlaksanaan perniagaan yang telah

dikenalpasti. Dalam kursus ini para usahawan akan didedahkan kepada aspek-aspek organisasi

dan pengurusan perniagaan disamping penyediaan akaun serta kawalan mutu dan

perkhidmatan. Peringkat ketiga merangkumi kursus bagi usahawan-usahawan yang sudah

mantap, yakni sudah lama menjalankan perniagaan. Tumpuan kursus di peringkat ini adalah

terhadap peningkatan motivasi pengwujudan daya maju dan daya saing perniagaan mereka

Kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa di antara punca-punca kegagalan perniagaan ialah

kelemahan pengurusan, kekurangan kawalan kewangan dan kelemahan mengendalikan

kakitangan. Justeru itu amat perlu perkara-perkara ini diberi penekanan diperingkat awal

Page 7: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

penubuhan perniagaan yang dijalankan oleh para usahawan.

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempunyai fungsi untuk memenuhi

keperluan latihan dan pendidikan bagi golongan usahawan luar bandar. Program-program latihan

dijalankan melalui agensi-agensi di bawah kementerian seperti FELCRA dan Koperasi-koperasi

Desa bergantung kepada permintaan daripada kumpulan sasaran. Para usahawan disyorkan

supaya membuat permohonan kepada kementerian sekiranya mereka memerlukan program

latihan dan kemahiran ataupun ingin menerima pendedahan praktikal berkaitan dengan

perniagaan masing-masing. 

Sumber Pembangunan Usahawan : Kewangan, Teknologi dan Perkhidmatan Sokongan 

Satu jawatankuasa penyelarasan diperingkat nasional perlu diwujudkan untuk meneliti dasar dan

menentukan halatuju pembangunan usahawan wanita. Ia juga akan menyelaraskan aktiviti agensi

kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) serta kesemua program

pembangunan keusahawanan yang sedia ada. Selain daripada itu sebuah agensi seranta juga

perlu ditubuhkan untuk menyediakan maklumat mengenai sumber-sumber modal, sokongan

teknikal, saluran pasaran, latihan dan lain-lain khidmat sokongan.

Dalam masa yang sama para usahawan wanita juga mestilah berusaha untuk mendaftarkan diri

mereka dengan pertubuhan-pertubuhan yang menyediakan skim-skim bantuan. Mereka juga

hendaklah mengambil inisiatif untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan kesepakaran bagi

membolehkan pertukaran pengalaman mengenai aktiviti yang dijalankan. Ini adalah strategi

perkongsian bijak yang boleh memberi manfaat kepada golongan usahawan wanita.

Pembentukan jaringan dikalangan usahawan wanita juga hendaklah dipergiatkan.

Adalah dicadangkan supaya institusi-institusi yang serupa ditubuhkan diperingkat ASEAN. Ini

akan membolehkan kerjasama yang lebih erat dikalangan usahawan-usahawan wanita dalam

berbagai-bagai bidang termasuk perdagangan usahasama dan pelaburan luar pantai.

Bagi mengatasi masalah kredit dikalangan enterprais mikro, sistem pinjaman dan kredit

hendaklah menjadi lebih fleksibel dan menjurus kepada keperluan pengusaha disegi saiz

Page 8: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

pinjaman, tempoh bayaran balik dan kegunaan bantuan. Syarat-syarat pinjaman wajarlah

dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai usahawan wanita yang tidak memiliki cagaran

mendapatkan pinjaman dari kredit.

Setiap program bantuan haruslah mengenal pasti kumpulan sasaran yang utama. Ini bertujuan

menjalinkan peraturan dan aturan pinjaman dan kredit yang lebih sesuai dengan kehendak

kumpulan tersebut.

Aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga harus diberi penekanan untuk menyokong

pembangunan enterprais mikro wanita luar bandar. Kajian-kajian mengenai peralatan dan

teknologi yang selaras dengan kemampuan dan keupayaan usahawan hendaklah dipesatkan.

Kerajaan hendaklah memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita dalam proses

penggubalan dasar pembangunan negara. Ini termasuklah pembangunan industri, pertanian dan

sektor-sektor lain. Tujuannya ialah untuk mengambilkira kepentingan golongan wanita dalam

pembentukan dasar dan strategi pembangunan. Penglibatan wanita juga amat perlu dalam

bidang-bidang tertentu seperti perniagaan francais, pembinaan teknologi, inkubator perniagaan

dan khidmat bimbingan. Secara keseluruhannya kepekaan gender perlu diserapkan ke dalam

proses penggubalan dasar disemua peringkat.

Skim-skim tertentu boleh dipesatkan bagi faedah usahawan wanita. Ini termasuklah program satu

produk satu kawasan yang membuka peluang kepada pengusaha wanita untuk turut serta. Namun

bagi menjayakan program tersebut kemudahan kewangan dan pemasaran hendaklah disediakan.

Dari sudut kewangan pula kebanyakan enterprais mikro tidak mempunyai akses kepada institusi

pinjaman. Ini disebabkan oleh sifat enterprais mikro yang tidak formal dan kurang menyakinkan

kepada institusi pinjaman disegi keupayaannya untuk membayar balik. Adalah juga didapati

bahawa kebanyakan skim-skim pinjaman dan kredit yang disediakan oleh instituti keewangan

tidak mempunyai program menabung untuk para usahawan wanita dan ini membantutkan usaha

mengujudkan satu sistem pusingan modal yang berkesan. 

Page 9: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Keberkesanan Mikro-Kredit dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar :

Pengalaman AIM 

Bagi meninjau keberkesanan program mikro kredit yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar

Malaysia (AIM) satu kaji selidik telah dijalankan keatas 294 peminjam yang mempunyai

pendapatan antara RM400 hingga RM13,000 sebulan dan tertlibat dengan aktiviti pertanian,

perikanan, perniagaan dan lain-lain. Walaupun aktiviti-aktiviti ini diusahakan secara warisan

namun hasil daripada program berpenyeliaan yang diperkenalkan oleh AIM, ia telah berjaya

meningkatkan pendapatan peminjam. 

Menerusi sistem berpenyeliaan rapi dan pinjaman mudah yang diperkuatkan dengan penerapan

disiplin, pihak AIM telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat miskin untuk sama-sama

menikmati arus perdana pertumbuhan negara. Penyeliaan yang rapi serta tunjuk ajar dan

bimbingan yang diberikan oleh AIM telah mempastikan agar para peminjam tidak kembali

semula ke bawah garis kemiskinan. 

Kaji selidik ini telah mendapati bahawa masalah utama kemiskinan ialah kekurangan mdoal dan

disinilah AIM memainkan peranannya dengan menyediakan pinjaman dan kredit. Disamping

menyediakan modal AIM juga memberi latihan secara berterusan kepada peminjam. Penekanan

diberikan kepada aspek disiplin dan tanggungjawab supaya modal yang diberikan oleh AIM

akan digunakan secara berkesan. AIM juga memainkan peranan disegi pembangunan masyarakat

dan kepimpinan di kalangan peminjam. Dalam aspek ini AIM menganjurkan mesyuarat

Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) yang berfungsi sebagai penyelaras kegiatan peminjam.

Bagi memantapkan daya tahan dan daya saing peminjam AIM telah memperkenalkan kursus

sahsiah. Ini dirasakan kritikal memandangkan dunia perniagaan dan perusahaan kini menjadi

semakin bersaing. Selain daripada itu latihan-latihan profesional juga disediakan merangkumi

penyediaan akaun, pemasaran dan organisasi.

Penemuan kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa para peminjam berpuas hati

dengan program AIM. Mereka berpendapat peraturan pinjaman dan kredit AIM amat mudah dan

fleksibel. Mereka juga berpendapat bahawa AIM sememangnya prihatin kepada keperluan dan

Page 10: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

kehendak peminjam. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan daripada peminjam yang

merasakan bahawa tahap latihan dan kursus yang diberikan oleh AIM agak terlalu tinggi

berbanding dengan daya pemahaman mereka 

Impact of Economic & Financial Crises in the ASEAN Region on Microcredit

Programmes 

Sejak pertengahan tahun 1997 beberapa negara dirantau ini telah dilanda krisis kewangan dan

ekonomi ekoran daripada pengapongan mata wang baht. Krisis tersebut telah berlaku kerana

beberapa sebab dalaman dan luaran dan di antara negara-negara yang terjejas termasuklah

Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Korea. Di antara impak yang ketara ialah terhadap

pembangunan sosial akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kenaikan kadar inflasi

dan kemerosotan pendapatan. Kadar pengangguran telah meningkat kepada 23 peratus di

Indonesia, 6 peratus di Malaysia, 7.7 peratus di Filipina dan 8.8 peratus di Thailand. Kadar

inflasi dan kemiskinan telah meningkat dengan hebat di Indonesia berbanding dengan negara-

negara lain. Kegawatan ekonomi yang berlaku turut menjejaskan program-program mikro kredit

yang dilaksanakan di negara-negara berkenaan. Umpamanya, satu kajian berkaitan dengan

program mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menunjukkan bahawa keperluan

pinjaman telah meningkat. Ini merupakan petanda bahawa krisis yang berlaku telah mendorong

para peminjam untuk memohon amaun kredit dan pinjaman yang lebih besar bagi mengatasi

masalah pembiayaan dan modal aktiviti mereka yang teruk terjejas akibat krisis tersebut. Selain

daripada itu terdapat juga penambahan dalam pinjaman untuk tujuan pendidikan yang mana ini

menggambarkan kenaikan dalam perbelanjaan persekolahan dan pendidikan anak-anak

peminjam. Rumusan yang boleh dibuat ialah program-program berbentuk jaring keselamatan

(safety nets) hendaklah dilaksanakan untuk membantu para usahawan termasuk di luar bandar

menghadapi cabaran-cabaran yang terbit daripada krisis kewangan dan ekonomi itu.

Conclusion

The combination of weakening economic fundamentals and poor management of Iiberalisation

process has contributed to the current economic and financial crisis in ASEAN. The socio-

economic impact of the crisis is undoubtedly painful. However, at the micro level, microcredit

programmes are useful and important in cushioning the negative impact of the crisis on the

Page 11: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

poor. Since some economic sectors such as agriculture including food and tourism have

continued to grow despite the crisis, it thus appears imperative to micro-credit practitioners to

concentrate on these strategic areas. Available evidence has shown that at least in Malaysia,

microcredit borrowers have already developed their entrepreneurship and probably also niches in

these clusters. It is during the recession that the poor must be given more attention and support.  

Entrepreneurship Development for Rural Women and Poverty Alleviation Through the

ACLEDA Activities 

Kemboja telah lama menghadapi peperangan dan pemerintahan yang silih berganti dan ini telah

mengakibatkan ketidakstabilan sosial dan politik serta kemunduran ekonomi. Banyak

infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam telah musnah akibat peperangan yang

berlaku. Menerusi bantuan masyarakat antarabangsa berbagai-bagai program pemulihan telah

dirancang dan dilaksanakan. Salah satu daripada inisiatif-inisiatif tersebut ialah pembangunan

sosio-ekonomi oleh Association of Cambodian Local Economic Development Agencies

(ACLEDA). Matlamat utama persatuan ini ialah untuk menjana peluang-peluang pekerjaan dan

pendapatan menerusi penyediaan kewangan dan bantuan teknikal serta latihan dalam bidang

pengurusan untuk perniagaan-perniagaan kecil. Tumpuan program ACLEDA ialah terhadap

wanita luar bandar memandangkan golongan ini merupakan penjana pendapatan keluarga-

keluarga desa. Sehingga kini ACLEDA telah menjalankan aktivitinya di sebelas jajahan dan 22

daerah. Program kredit yang dianjurkan oleh ACLEDA merangkumi mikro kredit untuk

perkhidmatan, kredit untuk perniagaan dan perusahaan kecil dan kredit untuk firma

sederhana. Dalam melaksanakan aktivitinya ACLEDA telah menjalinkan rantaian dengan

beberapa institusi kewangan dan kredit antarabangsa termasuk dari Jerman, Kanada, Amerika

Syarikat dan New Zealand. Institusi-institutsi tersebut telah memberi sumbangan di antara

US$0.1 juta hingga US$1.3 juta kepada dana yang diwujudkan. Di antara aspek-aspek bantuan

teknikal yang disediakan oleh ACLEDA termasuklah pengurusan perniagaan, maklumat pasaran,

penubuhan kumpulan, anjuran bengkel serta pemantauan projek. Ini bertujuan menerapkan ciri-

ciri keusahawanan dan kemahiran asas perniagaan atau perusahaan. ACLEDA sentiasa menilai

dan mengawas prestasi para peminjam untuk memastikan agar kredit dan pinjaman yang telah

diberi dapat digunakan dengan berkesan. Di dapati 66 peratus daripada mereka memperolehi

keuntungan yang baik daripada aktiviti yang dijalankan manakala 60 peratus daripada enterprais

Page 12: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

pertanian telah menunjukkan peningkatan produktiviti yang ketara. Kejayaan ACLEDA

bergantung kepada personaliti dan motivasi peminjam selain daripada jenis-jenis kegiatan yang

dijalankan. Salah satu kumpulan sasaran yang penting ialah usahawan pertanian wanita. Ini

memandangkan mereka kekurangan maklumat dan kemahiran mengenai sistem pertanian. Dalam

konteks ini ACLEDA telah mewujudkan satu program latihan khas untuk meningkatkan

kemahiran pertanian di kalangan mereka. Rancangan jangka panjang ACLEDA ialah untuk

mengembangankan pinjaman dan kredit ke kawasan-kawasan baru dan kepada kumpulan-

kumpulan yang berisiko seperti keluarga terpinggir dan belia lepasan sekolah. Wawasan

ACLEDA ini ialah untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat miskin tanpa mengira

latarbelakang gender dan etnik mereka.

Concluding Remarks

The evidence so far suggests that ACLEDA has played a significant role and has made a useful

contribution to promoting entrepreneurs in Cambodia. This to a large extent has helped to reduce

the incidence of poverty especially among the rural population and women. Through its training

programmes ACLEDA has successfully developed a core of small and medium scale enterprises

and entrepreneurs who have contributed to the socio-economic development of the country. 

It is ACLEDA' s plan to expand its scope of activities geographically and functionally. The plan

is to extend its loan and credit schemes to new areas, productive sectors and vulnerable groups

such as the school leavers and single parents. The vision is to eradicate poverty among the poor

irrespective of their background, gender and ethnicity.

Replication of the Grameen Bank Model in Mitra Karya East Java (KKEJ) Indonesia 

Pada tahun 1992 Pusat Penyelidikan Universiti Brawibowo (UNIBRAW) telah menerima

tawaran daripada Institut Bank Indonesia untuk menyediakan bantuan kepada golongan miskin

melalui perlaksanaan model Bank Grameen. Susulan kepada tawaran ini dan berasaskan kajian

susulan projek mikro kredit UNIBRAW telah dilancarkan pada bulan Oktober 1993 dengan

modal awal sebanyak 7 juta Rupiah. Projek ini telah dinamakan Projek Mitra Karya East Java

(MKEJ). Menjelang tahun 1994 seramai 75 peminjam telah terlibat dalam projek mikro kredit

yang dijalankan. Matlamat-matlamat projek MKEJ ialah untuk memperbaiki kebajikan golongan

Page 13: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

miskin dengan menyediakan pinjaman mudah, memberi bantuan kepada wanita miskin,

melaksanakan pembangunan sumber manusia melalui perkhidmatan pendidikan, menjana

peluang-peluang pekerjaan di luar bandar dan meningkatkan penglibatan keluarga miskin dalam

kegiatan ekonomi. Pendekatan utama projek MKEJ merangkumi penubuhan sebuah yayasan

untuk mengendalikan projek, pembentukan jaringan dikalangan institusi-institusi mikro kredit

dan kewangan, penganjuran sesi pertemuan untuk pihak-pihak yang terlibat dan pengujudan

sistem maklumat di semua peringkat perlaksanaan projek. 

Model Bank Grameen telah digunakan dengan beberapa perubahan untuk menyesuaikannya

dengan situasi tempatan menerusi projek yang dijalankan. Pinjaman-pinjaman jangka pendek

dan panjang telah diberikan kepada usahawan. Selain daripada itu satu skim pinjaman

perumahan juga telah dilaksanakan namun ia tidak dapat dipertahankan kerana prestasi

membayar balik yang rendah. Beberapa perkhidmatan sampingan juga turut disediakan dibawah

projek MKEJ seperti bantuan perubatan, permbangunan kemahiran, pengembangan pemasaran,

promosi produk dan kemahiran komunikasi. Pemantauan dijalankan dengan tegas oleh pengurus

cawangan MKEJ untuk memastikan supaya usahawan menjalankan kegiatan mereka dengan

baik. Prestasi yang dicapai setakat ini adalah menggalakkan di mana cawangan-cawangan MKEJ

telah berjaya mencatatkan lebihan pendapatan bersih. Keseluruhannya projek MKEJ dianggap

telah mencapai matlamatnya. Namun demikian beberapa batasan dan kelemahan telah

dikenalpasti dan pihak pengurusan MKEJ kini dalam proses menyediakan langkah-langkah

strategik untuk mengatasinya.

Conclusions and Recommendations

Overall the MKEJ project has achieved its objectives. Through a stringent self-assessment

procedure, the project has been able to identify its constraints and thereon find the solutions.

Having said that, it is paramount that for it to remain viable, the project has to be able to generate

incomes that can adequately cover its operation and ancillary costs.

Foremost, hard work is needed to ensure that the project can proceed. In addition, there

should be enough seed money or initial capital in order to support a basic minimum number of

beneficiaries. Staff motivation is also crucial as this can enhance their commitment and

Page 14: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

dedication to the project | top | 

Current Microcredit Practice and Microenterprise Development and Their Contributions to

Malaysia Development - Mohd. Asri Abdul Bahagian Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia 

Abstrak

Sepanjang sebelas tahun yang lampau Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berjaya

menyediakan bantuan kredit kepada 54,000 keluarga miskin di negara ini. Bantuan tersebut

merangkumi 15,920 pinjaman SPI 2 (RM5,000 – RM9,900) dan 1,334 pinjaman SPI 3

(RM10,000 atau lebih). Pemberian kredit ini telah berjaya mengeluarkan keluarga-keluarga

berkenaan daripada lingkaran kemiskinan. Daripada jumlah sahabat yang menerima bantuan

AIM dianggarkan lebih kurang 3,000 dijangka akan berjaya melonjak untuk menjadi usahawan

mikro. Golongan inilah yang akan diberi fokus khusus dalam konteks pembangunan

keusahawanan anjuran AIM. Adalah dirasakan bahawa keperluan-keperluan yang dikenakan

terhadap para sahabat AIM pada masa ini amat sesuai dan perlu diteruskan sebagai asas

penyediaan mereka untuk menjadi usahawan mikro. Ini termasuklah keperluan sahabat menjadi

ahli sesebuah kumpulan dan menghadiri mesyuarat di peringkat kumpulan. Bagi tujuan ini juga

AIM merancang untuk mengujudkan pakatan-pakatan strategik dan usahasama serta projek-

projek berkumpulan sebagai alat untuk meningkatkan saling bergantungan di kalangan

sabahat. Salah satu aspek yang diberi penekanan dalam perancangan AIM seterusnya ialah isu

gender. AIM akan terus memberi tumpuan bukan sahaja kepada pembangunan usahawan wanita

malahan juga pembangunan keluarga. Fokus bantuan akan bermula dengan golongan wanita

namun matlamatnya ialah supaya impak bantuan yang diberikan kepada mereka akan beransur-

ansur berkembang kepada keseluruhan keluarga melalui penglibatan ahli isirumah dan

keluarga. Peralihan juga akan dibuat untuk meningkatkan program kredit mikro yang bertujuan

menjanakan pendapatan kepada pembentukan enterprais mikro yang berdaya maju dan berdaya

tahan. 

Concluding Remark 

As the thrust of micro credit programme shifts from income generating activities to micro

enterprises, some revision will need to be made in respect of certain micro credit conventions as

Page 15: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

well as to the roles of husband and wife in enterprise development and scaling-up. 

Country Paper -TSPI Development Corporation Microcredit Practice, Microenterprise

Development and Their Contributions to National Development : The TSPI Kadar kemiskinan di

Filipina telah menurun daripada 36.5 peratus pada tahun 1994 kepada 32.1 peratus pada

1997. Namun demikian bilangan warga miskin telah meningkat daripada 4.53 juta kepada 4.55

juta dalam tempoh masa yang sama dan daripada bilangan ini isirumah miskin di luar bandar

telah bertambah daripada 3.0 juta kepada 3.3 juta. Keadaan ini telah menggesa pemerintah untuk

meningkatkan usaha membasmi kemiskinan dengan menggalakkan sektor swasta dan juga rakyat

supaya turut serta dalam program pembasmian kemiskinan. Tumpuan diberikan kepada

pembangunan enterprais mikro sebagai saluran utama untuk meningkatkan pendapatan dan

gunatenaga sebilangan besar keluarga miskin. Pada bulan Oktober 1991 TSPI Development

Corporation, sebuah badan bukan-Kerajaan, telah ditubuhkan untuk menyediakan peluang-

peluang kepada golongan miskin untuk membantu diri mereka mengatasi belenggu

kemiskinan. Sejak penubuhannya, TSPI telah melaksanakan berbagai-bagai skim dan program ke

arah meningkatkan pendapatan dan gunatenaga rakyat miskin. Falsafah yang digunakan dalam

perlaksanaan programnya ialah menjadikan rakyat miskin sebagai rakan kongsi yang mempunyai

tanggungjawab dan kecenderungan untuk menjayakan enterprais mereka. Sehingga kini TSPI

telah berjaya meningkatkan pendapatan 30,000 usahawan di tiga kawasan utama iaitu Metro

Manila, Kabuhayan dan Sakbayan. Sebanyak P468 juta atau USD11 juta telah

dibelanjakan. Program TSPI Kabuhayan merupakan satu kes pembangunan usahawan melalui

pemberian kredit yang di dapati berjaya. Dimulakan pada November 1991 TSPI telah

menerapkan model Bank Grameen tetapi dengan melakukan beberapa pengubahsuaian untuk

keperluan masyarakat tempatan. Di antara ciri-ciri utama program ini ialah tumpuannya terhadap

golongan wanita yang miskin terus (hardcore pure), latihan yang dimestikan, pembentukan

kumpulan-kumpulan, penggunaan pinjaman untuk projek yang menjanakan pendapatan sahaja,

bayaran balik setiap minggu, penubuhan tabung simpanan kumpulan dan penerapan ciri-ciri

pembangunan sosio-ekonomi. Sehingga bulan Jun 1998, 10 buah cawangan dan 8,462 ahli

terangkum di bawah program ini yang melibatkan jumlah pemberian kredit dan pinjaman

sebanyak P120 juta. Kini program ini sedang dikembangkan ke lain-lain kawasan dan

matlamatnya ialah untuk menjadikan setiap cawangan yang melaksanakannya mampu berdaya

Page 16: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

maju. Matlamat jangka panjang program ini ialah untuk meliputi seramai 21,000 orang dan

tambahan 10 buah cawangan lagi. Pengalaman program TSPI ini menunjukkan beberapa faktor

kejayaan yang utama. Di antaranya ialah perlunya dilaksanakan pemantauan dan penyeliaan

yang ketat; sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku; motivasi kakitangan terutamanya

diperingkat cawangan; penglibatan penuh oleh peminjam dan pengupayaan

(empowerment). Program ini juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan prestasinya

dengan memperkenalkan inovasi terhadap skim pinjaman, mempiawaikan proses dan amalan di

peringkat cawangan, pemberian kuasa kepada pegawai pelaksana skim dan pembentukan sistem

maklumat pengurusan

Conclusion

After much has been said about what works and what does not work in approaches to poverty

alleviation, we remain mystified by the unavailability of an exact formula to successful

implementation of programs for the poor. What is certain is that what we do and have done so far

is yet modest compared to the magnitude of the task. Microlending such as ours, providing credit

accessibility to develop micro enterprises, is just one of many ways to solve the global issue of

poverty. 

We still need to do much more to expand our outreach and make a significant impact on the face

of poverty in the Philippines. We need to discard practices and methods which hinder us from

implementing our programs efficiently and effectively. Most of all, we need to prepare to meet

the challenges of helping the poor lift themselves out the poverty. 

Pelan Tindakan 

Pendahuluan - Salah satu tujuan Seminar Kebangsaan Pembangunan Usahawan Wanita Luar

Bandar Ke Arah Pembasmian Kemiskinan ialah membentuk Pelan Tindakan yang mengandungi

strategi dan program pembangunan usahawan, khususnya usahawan wanita luar bandar. Pelan

tindakan ini dirumuskan daripada pembentangan kertas kerja, perbincangan bengkel dan

persembahan laporan antarabangsa, dan mengambilkira dimensi serta aspek utama yang

dianggap kritikal kepada pembangunan usahawan wanita.

Page 17: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Rasional - Selaras dengan tema Wanita Dalam Pembangunan yang didokong oleh Kerajaan maka

Pelan Tindakan ini menggesa supaya dilaksanakan perancangan dan pembangunan usahawan

wanita secara lebih agresif bagi menjamin penyertaan aktif mereka dalam proses pertumbuhan

negara. Memandangkan usahawan wanita berpotensi menjadi sumber pembangunan nasional

maka Pelan Tindakan ini menyokong pembentukan dan pelaksanaan dasar yang menonjolkan

peranan mereka dalam masyarakat.

Matlamat - Menjamin peruntukan yang saksama dalam penyediaan kemudahan sumber dan

maklumat, penjanaan peluang-peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada usahawan

wanita bagi membolehkan mereka memberi sumbangan yang berkesan kepada pembangunan

negara. Mengintegrasikan usahawan wanita dalam semua sektor pembangunan negara bagi

membolehkan mereka mempertingkatkan kualiti hidup, membasmi kemiskinan, menghapuskan

kejahilan dan menjanakan kesejahteraan

Prinsip dan Garis Panduan - Perkembangan dan pengintegrasian usahawan wanita ke dalam arus

perdana pertumbuhan negara hendaklah tidak terbatas kepada sektor-sektor tradisional sahaja,

malah hendaklah menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi, perniagaan dan perusahaan.

Usaha pengintegrasian usahawan wanita ke dalam pembangunan negara hendaklah menjadi

tanggungjawab bersama semua pihak - Kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan

bukan-Kerajaan (NGOs) - dan perlaksanaan dasar, strategi dan program usahawan wanita

hendaklah dijadikan satu usaha bersama. Dasar pembangunan usahawan wanita perlu

mempertahankan hak asasi dan keistimewaan mereka di segi tanggungjawab keluarga, nilai serta

kehormatan diri, dan sebarang diskriminasi yang berasaskan gender dan kaum wanita hendaklah

dihapuskan.

Tindakan

Tindakan-tindakan spesifik diperlukan dalam sektor-sektor yang berkait rapat dengan kemajuan

dan pembangunan usahawan wanita, seperti berikut

Rangka Sosio-Politik

Menyediakan suasana perundangan dan aturan pentadbiran bertujuan memberi laluan kepada

Page 18: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

usahawan wanita mengambil peluang dan melibatkan diri dalam proses pertumbuhan ekonomi

Menentukan penyertaan usahawan wanita yang lebih berkesan pada peringkat penggubalan dasar

di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan supaya perwakilan gender yang lebih saksama

dapat dicapai.

Kerajaan hendaklah juga menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap

kemunculan lebih lebih ramai usahawan wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif di

peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. 

Meningkatkan komitmen politik di kalangan agensi dan pegawai pembangunan usahawan

wanita, termasuk memberi latihan kepada mereka untuk meningkatkan kepekaan gender serta

mengintegrasikan isu gender dalam latihan pegawai berkenaan. 

Strategi Makro 

Membentuk dan menyokong dasar-dasar makro yang menyokong pertumbuhan aktiviti ekonomi

dan menjana peluang-peluang perniagaan dan perusahaan khususnya dalam industri kecil dan

sederhana, terutamanya dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan kepada golongan

usahawan wanita. 

Menggubal dasar-dasar yang mendokong pertumbuhan berdaya kekal untuk membolehkan

peluang-peluang pelaburan dan pengeluaran yang berterusan di kalangan usahawan wanita. 

Menggesa agensi-agensi perancang pembangunan supaya mengambilkira kepentingan wanita

dalam pembangunan dalam dasar, pelan dan rangka rancangan termasuk Dasar Pertanian Negara

(DPN), Pelan Induk Pelancongan, Dasar Teknologi Maklumat dan Pelan Induk Perindustrian

(PIP). 

Susunatur dan Peranan Institusi 

Mempertingkatkan keupayaan Bahagian Hal-Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera induk

pembangunan usahawan wanita bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya dengan lebih

Page 19: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

bersepadu, meluas dan berkesan. 

Menubuhkan ragkaian institusi di antara HAWA dengan Kementerian-Kementerian dan

Kerajaan-Kerajaan Negeri supaya pembangunan usahawan wanita dapat dilaksanakan dengan

lebih integrasi. 

Menubuhkan Dewan-Dewan Industri Desa di semua peringkat - persekutuan, negeri dan daerah -

bertujuan menjalankan fungsi penyelarasan, pemantauan dan penilaian usahawan wanita luar

bandar di samping bertindak sebagai pusat sumber dan pusat pakar 

Menggalakkan penglibatan pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan (NGOs) dalam usaha

membangunkan usahawan wanita luar bandar dan pengintegrasian mereka ke dalam

pembangunan negara 

Menubuhkan satu badan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang

bertanggungjawab tentang keperluan teknikal, pengeluaran, kawalan mutu dan pembangunan

produk usahawan-usahawan wanita. 

Menggalakkan agensi-agensi pembangunan usahawan wanita membentuk sistem maklumat dan

pangkalan data bagi memantapkan fungsi mereka di segi peraturan, pelaksanaan dan

pemantauan. 

Pendidikan dan Latihan 

Memperluaskan lagi peluang-peluang latihan dan kemahiran dalam berbagai-bagai bidang

kepada para usahawan wanita termasuk yang di luar bandar bagi memudahkan mereka

menceburi sektor perniagaan dan perusahaan. 

Menggemblingkan sumber-sumber pendidikan di luar bandar untuk menyediakan kemudahan-

kemudahan pendidikan, latihan dan pengembangan kepada golongan usahawan wanita luar

bandar. 

Page 20: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Membentuk program dan modul latihan yang fleksibel dan sesuai dengan kehendak dan

kemampuan usahawan wanita. 

Memberi latihan secara berterusan kepada pegawai pengembangan di agensi-agensi

pembangunan usahawan wanita bagi membolehkan mereka memberi bimbingan dengan

berkesan dan secara berterusan. 

Menggalakkan sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan-Kerajaan turut serta secara aktif

dalam meningkatkan peluang-peluang pendidikan kepada pengusaha wanita. 

Khidmat Sokongan 

Menggesa institusi-institusi kewangan memperuntukkan lebih banyak sumber modal dan skim

pinjaman dan kredit yang mudah kepada usahawan wanita luar bandar. 

Membentuk tabung pembangunan usahawan luar bandar untuk membantu projek usahawan

wanita yang berdaya maju mengambil faedah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kementerian

Pembangunan Usahawan (KPU) 

Menggalakkan institusi-institusi pinjaman dan kredit menawarkan khidmat-khidmat sokongan

seperti bantuan teknikal, maklumat pasaran serta pemantauan prestasi enterprais usahawan

wanita. 

Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur untuk menyokong kegiatan usahawan wanita,

termasuk perhubungan, pengangkutan, pasaran, pusat latihan dan ameniti sosial, oleh pihak

sektor awam dan juga swasta. 

Menggalakkan penyertaan usahawan wanita dalam program penyelidikan dan teknologi bagi

menjamin penemuan teknologi yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan mereka. 

Menggalakkan sektor swasta memudahkan pemindahan teknologi kepada para usahawan wanita

termasuk menyediakan latihan dan skim pemilikan teknologi yang mudah dan murah. 

Page 21: Pengalaman Antarabangsa Di Dalam Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar

Membentuk direktori perusahaan mikro bagi menggalakkan pembentukan jaringan dan pakatan

strategik di kalangan usahawan dan enterprais mikro wanit.