penglibatan usahawan wanita muslim di dalam ... - ukm… kerja iceps/penglibatan usahawan...

22
PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA Oleh: Syadiyah Abdul Shukor 1 Mohammad Noorizzuddin Nooh 2 Abstrak Industri francais berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan auranya hadir dalam skala yang besar di Negara kita pada lewat tahun 80an. Di kebanyakan negara yang membangun di seluruh dunia, industri tersebut telah menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan jumlah jualan runcit. Kertas ini meninjau mengenai penglibatan usahawan wanita Muslim di dalam Industri Francais di Malaysia beserta ulasan kritikal tentang isu persaingan di kalangan wanita dan juga peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dalam membantu usahawan-usahawan ini. Ulasan tersebut akan dibahagikan kepada empat bahagian penting di mana bahagian pertama akan memberi pandangan secara keseluruhan mengenai Industri Francais di Malaysia. Kemudian diikuti dengan kajian ke atas peranan yang dimainkan oleh Kerajaan di dalam membantu usahawan-usahawan wanita. Setelah itu, kertas ini akan mengenalpasti teras sub-industri di mana penglibatan usahawan wanita Muslim adalah yang tertinggi. Kemudian, analisis situasi akan dijalankan untuk mengenalpasti kelebihan kompetitif usahawan wanita Muslim. Bahagian akhir kertas ini akan memberi tumpuan kepada cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan pada masa sekarang. 1 Penulis adalah merupakan seorang tutor dalam bidang Kelakuan Pengguna di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk menghubungi [email protected] 2 Penulis adalah merupakan seorang pensyarah dalam bidang keusahawanan di di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk menghubungi beliau [email protected] Page 1

Upload: ledang

Post on 01-Mar-2018

252 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM

INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA

Oleh:

Syadiyah Abdul Shukor1

Mohammad Noorizzuddin Nooh2

Abstrak

Industri francais berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan auranya hadir dalam skala yang

besar di Negara kita pada lewat tahun 80an. Di kebanyakan negara yang membangun di seluruh

dunia, industri tersebut telah menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan jumlah jualan

runcit. Kertas ini meninjau mengenai penglibatan usahawan wanita Muslim di dalam Industri

Francais di Malaysia beserta ulasan kritikal tentang isu persaingan di kalangan wanita dan juga

peranan yang dimainkan oleh Kerajaan dalam membantu usahawan-usahawan ini. Ulasan

tersebut akan dibahagikan kepada empat bahagian penting di mana bahagian pertama akan

memberi pandangan secara keseluruhan mengenai Industri Francais di Malaysia. Kemudian

diikuti dengan kajian ke atas peranan yang dimainkan oleh Kerajaan di dalam membantu

usahawan-usahawan wanita. Setelah itu, kertas ini akan mengenalpasti teras sub-industri di mana

penglibatan usahawan wanita Muslim adalah yang tertinggi. Kemudian, analisis situasi akan

dijalankan untuk mengenalpasti kelebihan kompetitif usahawan wanita Muslim. Bahagian akhir

kertas ini akan memberi tumpuan kepada cadangan-cadangan untuk memperbaiki keadaan pada

masa sekarang.

1 Penulis adalah merupakan seorang tutor dalam bidang Kelakuan Pengguna di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk menghubungi [email protected] 2 Penulis adalah merupakan seorang pensyarah dalam bidang keusahawanan di di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk menghubungi beliau [email protected]

Page 1

Page 2: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi boleh membawa kebaikan dan mewujudkan peluang

kepada masyarakat sejagat. Melalui globalisasi, barang-barang, perkhidmatan, modal dan mahu

pun idea melangkaui sempadan negara dan memperoleh ‘keperibadian’ transnasional. Prinsip-

prinsip seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan untuk bersuara, kesamaan dan yang

seumpamanya tidak lagi menjadi hak eksklusif bagi sesebuah negara tetapi dikongsi oleh

masyarakat di seluruh dunia. Oleh yang demikian, keadilan dan kesamaan boleh didefinisikan

sebagai ‘keseimbangan’: lelaki dan perempuan mempunyai status yang sama dan oleh itu mereka

mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama.

Bukti-bukti pembentukan undang-undang yang memastikan setiap wanita di dalam Islam

dibenarkan untuk melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan adalah jelas dan nyata. Ini

dapat dilihat melalui isteri kesayangan Nabi Muhammad, iaitu Khadijah yang merupakan seorang

peniaga yang kaya raya. Baginda Rasulullah bekerja dengan Khadijah selama beberapa tahun –

justeru lelaki Muslim seharusnya lebih terbuka untuk melakukannya sekiranya mereka adalah

serius untuk meneladani cara hidup Nabi Muhammad. Nabi Muhammad membawa semua

barang niaga Khadijah ke Sham dengan tujuan perniagaan. Ini adalah salah satu Sunnah

Fi’eliyyah (perbuatan) yang dilakukan oleh Nabi Muhammad3. Terdapat umat Islam yang

menafikan peranan wanita sebagai agen ekonomi adalah bukan kerana takut akan melanggar

ajaran Islam, tetapi mereka khuatir akan menjejaskan adat budaya dan maruah mereka.

Firman Allah di dalam Al-Quran, adalah penting kepada manusia untuk bekerjasama sesama

manusia di pelbagai peringkat ke arah menyumbang kepada masyarakat yang lebih baik. Atas

keyakinan bahawa kedudukan wanita Muslim adalah setaraf, ramai yang menyalahertikan

3 Muhammad Said Ramadhan a-Buti, (1991). Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah. Dar al-Fikr : Beirut. 11th. Edition. m/s:52.

Page 2

Page 3: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

maksud ini sehinggakan terdapat sikap dan perlakuan yang bertentangan dengan mesej sebenar

dalam Al-Quran. Justeru, para alim ulama perlu ke depan bagi menjelaskan kekurangan yang

terdapat dalam hadis yang lemah atau adat budaya. Hal ini sangat penting supaya wanita Muslim

mencapai kebebasan seperti maksud asalnya. Dalam mempraktikkan keusahawanan Islam,

terdapat garis panduan yang harus diikuti. Nilai moral Islam yang harus dipertimbangkan adalah:

1. Kerja sebagai Ibadah dan mencari pendapatan yang halal dan ikhlas dengan penuh

tanggungjawab (kasb halal & ikhlas)4

2. Menghargai ilmu dari perspektif Islam dan konvensional (‘ilman nafi’an)5

3. Menghargai kreativiti dan inovasi produk-produk lain (al-Intaj wa al-Ibda’)

Secara keseluruhannya, tidak ada yang menghalang daripada wanita untuk melibatkan diri secara

efektif di dalam perniagaan selagi ianya adalah Halal. Terdapat pelbagai perniagaan di dalam

dunia ini dari multilevel, perniagaan persendirian, konglomerat dan juga francais. Industri

francais berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan auranya hadir dalam skala yang besar di

Negara kita pada lewat tahun 80an. Di kebanyakan negara yang membangun di seluruh dunia,

industri tersebut telah menjadi penyumbang utama terhadap peningkatan jumlah jualan runcit. Di

bawah Rancangan Malaysia ketujuh, Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk membangunkan

1200 francaisi dan 1000 francaisi di bawah Rancangan Malaysia kelapan6. Antara objektif-

objektifnya adalah seperti berikut:

1. Untuk mengenalpasti produk tempatan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan

sebagai francais melalui rundingan dengan pemilik dan melalui bantuan dari segi

kewangan, khidmat nasihat, dan juga rangkaian pasaran.

4 Ali al-Tahtawi. (2001). Kaifiyyah al-Khulas fi Surah al-Ikhlas. Dar al-Raudhah: Cairo. First Edition m/s 5 5 Ali Abdul al-‘Aal al-Tahtawi. 2000. Talbis Iblis ‘Ala al-‘Awwam. Maktabah al-Safa’: Cairo. First Edition. m/s 33 6 Y.Bhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, “Pembangunan Sektor Francais dalam Ekonomi Malaysia” www.mfa.org.my

Page 3

Page 4: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

2. Untuk mengembangkan produk-produk yang mempunyai persamaan dengan produk yang

sedia ada di pasaran sekiranya didapati produk tersebut mempunyai potensi untuk

difrancaiskan.

3. Untuk mengenalpasti francais-francais di luar negara yang mempunyai potensi untuk

dibawa masuk ke Malaysia dan pada masa yang sama mendapatkan hak sebagai master

francaisi.

4. Untuk mengembangkan francais tempatan ke luar negara.

5. Untuk menjalankan kajian dalam usaha untuk membuktikan keberkesanan program

pembangunan francais.

6. Untuk membantu francaisor dan francaisi tempatan dalam memberi latihan berkaitan

operasi sesebuah perniagaan, asas bagi operasi francais kepada usahawan-usahawan, dan

juga khidmat nasihat dan pembangunan kepada konsultan francais.

7. Untuk menyediakan skim pinjaman yang menyeluruh kepada francaisor, master francaisi

dalam bentuk pembelian ekuiti, pinjaman saham, dan juga pinjaman jangka masa pendek

dan panjang.

8. Untuk mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga kebangsaan dengan

tujuan untuk mempromosikan francais kepada usahawan tempatan.

9. Untuk menguatkuasakan Akta Francais 1998 dengan efektif.

Francais merupakan sebuah bentuk perniagaan yang sesuai untuk usahawan yang mahu

mengurangkan kesukaran dalam memulakan sesebuah perniagaan. Menurut Green di dalam buku

beliau yang bertajuk Entrepreneurship : Ideas in Action, beliau telah menyenaraikan empat

kelebihan memiliki sebuah francais seperti berikut:

1. Usahawan disediakan dengan produk dan perkhidmatan yang kukuh.

Page 4

Page 5: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

Di Malaysia, untuk menjadi sesebuah francaisor, produk dan perkhidmatannya perlulah

kukuh dan diterima oleh pasaran selain telah mendaftar dengan Unit Francais, Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Dalam perkataan lain, francaisi tidak perlu risau

apabila melibatkan diri dengan perniagaan francais kerana produk dan francaisor mempunyai

rekod selama 3 tahun.

2. Francaisor memberi bantuan pengurusan, teknikal dan lain-lain.

Apabila seseorang individu memulakan sesebuah perniagaan, individu tersebut akan

dibebankan dengan pelbagai isu seperti pengurusan, operasi dan isu-isu teknikal berkaitan

dengan perniagaan. Dengan memilih perniagaan francais berbanding dengan penubuhan

perniagaan secara konvensional, semua tanggungjawab tersebut akan ditanggung oleh

francaisor di mana di bawah perjanjian francais, ianya adalah tanggungjawab francaisor

untuk menguruskan aspek-aspek tersebut.

3. Peralatan dan pembekalan adalah lebih murah.

Disebabkan francaisor memiliki banyak outlet, kos peralatan dan pembekalan akan menjadi

lebih murah kerana memperolehi skala ekonomi. Sekiranya seseorang individu memulakan

sesebuah perniagaan sendiri, individu tersebut perlu menanggung kesemua kos peralatan dan

pembekalan sendiri tetapi francaisor akan membeli di dalam kuantiti yang banyak dan ianya

akan dapat mengurangkan jumlah kos secara keseluruhan.

4. Jaminan yang berterusan dalam menarik pelanggan.

Page 5

Page 6: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

Apa yang akan kita lihat apabila menjejakkan kaki ke “Mc Donalds” atau “Secret Recipe”?

Ianya dapat disimpulkan dengan satu perkataan iaitu “keseragaman”. Semuanya adalah

seragam; persekitaran, susunan, pakaian seragam pekerja mahu pun rasa makanan. Setiap

outlet akan mempunyai kualiti produk dan perkhidmatan yang sama dan inilah yang menjadi

kelebihan kompetitif jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional.

Penglibatan Kerajaan Dan Badan Yang Berkaitan dan Agensi

Kerajaan dan badan yang berkaitan serta agensi bekerjasama dalam memastikan Industri Francais

di Malaysia berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi pada masa kini. Banyak perkara

yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat yang mana merangkumi pelbagai kemahiran

dan keperluan pembangunan. Kerajaan mempunyai rancangan 10 tahun untuk membangunkan

Industri Francais di Malaysia dengan sasaran untuk mewujudkan Syarikat Pembangunan

Francais7. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk tujuan ini. Menurut

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, terdapat program-program latihan dan

bantuan kewangan dengan sasaran untuk membangunkan usahawan Bumiputera di dalam industri

francais8. Jadual di bawah menunjukkan jumlah program latihan dan bantuan kewangan yang

disediakan oleh Kementerian.

No Program/Bantuan Kewangan

1 Program Pembangunan Francais

2 Skim Kewangan Francais

3 Skim Bantuan Pembangunan Francais

7 New Straits Times (Malaysia) “10-year Master Plan for the Franchise Sector” Mei 21 2002. 8 Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development (2003) Directory of Malaysian Franchisors, m/s 56-77.

Page 6

Page 7: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

4 Program Latihan Francais

Selain dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bantuan yang sama juga

disediakan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Usahawan

wanita Muslim amat bertuah kerana disediakan pelbagai bantuan dari kerajaan dan oleh yang

demikian, mereka mesti mempunyai perancangan rapi dari segi mendapatkan bantuan supaya

tidak berlaku penindanan bantuan kelak. Kementerian telah menetapkan tiga objektif utama

untuk Program Pembangunan Francais seperti berikut:

1. Untuk membangun bisnes Bumiputera dan masyarakat yang mempunyai kestabilan

sejajar dengan Pelan Pembangunan Nasional.

2. Untuk menambah jumlah master fancaisi tempatan, francaisor dan juga francaisi.

3. Untuk Bumiputera mula melibatkan diri di dalam bisnes secara aktif dan juga sektor

perkhidmatan dalam memberi sumbangan terhadap ekonomi negara.9

Bagi tahun 2005, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama dengan Persatuan

Francais Malaysia telah menyediakan lapan Program Latihan Francais.10

1. Kursus Asas Francais

Kursus ini memberi pendedahan mengenai aspek-aspek asas perniagaan francais dan juga

cara-cara penilaian yang mana penting untuk bakal francaisi.

2. Kursus Susulan Untuk Bakal Franchisee

9 Ibrahim, Noraini (2000). “Industri Francais dan Pembangunan” Penerbitan Universiti Malaya. Kuala Lumpur, m/s 50 10 Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development, 2005 Franchise Training Program’s Leaflet

Page 7

Page 8: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

Sebagai sebahagian dari ‘match-making program’, kursus ini dibuka kepada sesiapa yang

telah menghadiri Kursus Asas Francais. Objektif kursus ini ialah untuk membantu bakal

francaisi yang dalam proses menjadi francais seperti dari segi program pembangunan bisnes,

permohonan untuk menjadi francaisi, dan juga panduan untuk mendapatkan bantuan

kewangan.

3. Program Latihan Francaisi

Objektif program ini ialah untuk memberi motivasi dan membantu francaisi yang sedia ada

dalam meningkatkan operasi perniagaan harian mengikut jadual, keutamaan dan juga teknik

pengurusan secara keseluruhan.

4. Program Pembangunan Untuk Bakal Francaisor

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan usahawan dengan konsep francais dan

pengembangan bisnes. Ianya juga adalah untuk meluaskan kemahiran yang diperlukan oleh

bakal francaisor dari segi persediaan, keutamaan dan teknik pengurusan secara keseluruhan.

5. Kursus Pengukuhan Untuk Francaisor

Kursus ini dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak francaisor. Ianya

mempersiapkan francaisor dalam membangunkan persekitaran pengurusan, komunikasi yang

sihat dan interaksi melalui perkongsian pengalaman tempatan dan luar negara di kalangan

francaisi, pelanggan dan persekitaran yang lain.

6. Kursus Pembangunan Konsultan Francais

Page 8

Page 9: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

Program ini dibangunkan untuk mewujudkan konsultan bisnes dan juga broker francais yang

dapat memberi bantuan dalam menyediakan cadangan perniagaan dan juga membentuk

sistem dalam membangunkan perniagaan francais di Malaysia.

7. Akta Seminar Francais 1998

Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada orang awam dan

pekerja mahir di dalam industri francais mengenai kepentingan Akta Francais 1998. Ianya

juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap implikasi penguatkuasaannya

begitu juga dengan kesan Akta tersebut terhadap bisnes.

8. Program Perbincangan Francais

Program ini bertindak sebagai forum perbincangan dan disasarkan untuk ahli-ahli bertukar

dan mengumpul maklumat dan pengalaman.

Antara organisasi dan agensi lain yang dapat membantu usahawan wanita Muslim di dalam

industri francais adalah seperti di jadual ini:

No. Agensi Bentuk bantuan

1 Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1. Latihan dan khidmat nasihat

2. Bantuan kewangan

3. Premis perniagaan

2 Credit Guarantee Corporation Sdn Bhd 1. Bantuan Kewangan

2. Khidmat nasihat pelaburan

3 Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia 1. Bantuan kewangan

2. Khidmat nasihat pelaburan

4 Perbadanan Nasional Berhad 1. Latihan dan khidmat nasihat

2. Bantuan kewangan

5 Perbadanan Usahawan Nasional Bhd 1. Latihan dan khidmat nasihat

Page 9

Page 10: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

2. Bantuan kewangan

6 Malayan Banking Berhad 1. Bantuan kewangan

2. Khidmat nasihat pelaburan

7 Bumiputera-Commerce Berhad 1. Bantuan kewangan

2. Khidmat nasihat pelaburan

8 Malaysian Franchise Associations 1. Latihan dan khidmat nasihat

2. Perniagaan bisnes

9 Small Medium Industries Development

Corporation

1. Latihan dan khidmat nasihat

2. Bantuan kewangan

Kesemua bantuan yang disenaraikan adalah umum di mana ianya adalah bersesuaian untuk

kedua-dua jantina tetapi keutamaan diberikan kepada usahawan Bumiputera melainkan ianya

adalah daripada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat di mana bantuan

adalah dikhususkan untuk membantu wanita Malaysia. Usahawan wanita Muslim perlulah bijak

dalam menggunakan bantuan-bantuan ini kerana Kerajaan begitu serius dalam membantu

usahawan Bumiputera. Adalah amat menyedihkan sekiranya melihat bantuan-bantuan dari

Kerajaan dan badan agensi yang lain tidak digunakan sebaik mungkin. Berdasarkan kepada

pengalaman saya bekerja dengan Kerajaan sebagai pembekal latihan, program latihan yang mana

ianya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan adalah amat menyedihkan terutama di kalangan

Bumiputera manakala Bukan Bumiputera menggunakan kemudahan ini semaksimum mungkin.

Sesetengah berpendapat bahawa untuk memasarkan program latihan yang ditaja sepenuhnya

adalah senang kerana ianya adalah percuma. Walau bagaimanapun persepsi ini adalah salah sama

sekali kerana kebanyakan usahawan Bumiputera masih mempunyai persepsi, “tiada benda yang

percuma di dalam dunia ini” tetapi pada hakikatnya masih ada.

Wanita Muslim Di Dalam Industri Francais Malaysia

Page 10

Page 11: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

Walaupun era perniagaan francais telah berada di Malaysia hampir dua dekad, penglibatan

usahawan wanita Muslim masih di peringkat permulaan dengan pendedahan yang paling

minimum di setiap peringkat. Berdasarkan kepada kerja lapangan, kurang daripada satu perempat

populasi sampel adalah usahawan wanita Muslim. Walaupun terdapat syarikat-syarikat yang

ditemuramah dimiliki oleh orang Islam, terdapat sesetengah daripada mereka yang tidak

mempunyai wanita sebagai wakil di dalam Lembaga Pengarah. Hanya beberapa syarikat sahaja

yang dimiliki atau mempunyai sekurang-kurangnya seorang usahawan wanita Muslim di dalam

Lembaga Pengarah. Ianya adalah seperti berikut:

1. Baguz Food Sdn Bhd – Makanan

2. Cosmopoint – Pusat Pembelajaran Teknologi Maklumat

3. Nineteen O One Sdn Bhd – Makanan

Ini adalah satu contoh yang ingin saya tekankan di dalam kertas ini. Syarikat ini telah

ditubuhkan oleh pasangan Muslim semasa krisis ekonomi Asia. Ketabahan dan kerja kuat

mereka harus dicontohi oleh usahawan wanita Muslim. Sejak penubuhannya pada akhir

tahun 1990 an, sehingga 2005, terdapat 43 outlet di mana 35 daripadanya adalah

difrancaiskan kepada orang awam.

4. Pusat Rawatan Islam (MAIS) Sdn Bhd – Pusat Penjagaan Kesihatan

Adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila mengetahui bahawa penglibatan usahawan wanita

Muslim adalah di tahap yang minimum dan juga penglibatan usahawan wanita secara keseluruhan

tidak mengira agama adalah terhad di dalam industri francais. Menurut Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sub-industri di dalam industri francais yang paling

popular ialah industri makanan tetapi ini adalah sangat berbeza dengan negara-negara

Page 11

Page 12: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

membangun seperti United Kingdom di mana industri francais telah bergerak ke bidang

teknikal.11 Selain itu, berdasarkan kepada projek “Program Siswazah Dalam Industri Francais” di

bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, jumlah graduan wanita Muslim yang

terlibat dengan program ini adalah satu perempat daripada jumlah keseluruhan peserta.12

Secara keseluruhannya, untuk menilai prestasi usahawan wanita Muslim di dalam industri

francais di Malaysia, analisis situasi yang merangkumi kekuatan, kelemahan, peluang dan

ancaman diadakan.

Kekuatan

Adalah dikenalpasti bahawa kelebihan kompetitif usahawan wanita Muslim di dalam industri

francais ialah di sektor makanan, kecantikan dan kesihatan. Dengan kelebihan yang ada di dalam

bidang-bidang ini, usahawan boleh menggunakannya di dalam produk dan perkhidmatan yang

diberikan. Dengan pengetahuan yang ada di dalam kedua-dua sektor, usahawan wanita Muslim

akan dapat mewujudkan rangkaian bisnes yang mana akan membantu usahawan wanita Muslim

di dalam jangka masa panjang. Selain itu, jumlah wanita ibu tunggal yang memasuki industri

francais juga telah bertambah atas galakan daripada Kerajaan terutama daripada Kementerian

Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Kelemahan

Salah satu daripada kelemahan usahawan wanita Muslim ialah kelemahan dari segi aplikasi

teknologi di dalam perniagaan. Perkara ini akan menyebabkan usahawan-usahawan ini

ketinggalan dalam persaingan ke arah globalisasi. Salah satu alasan untuk tidak dapat menguasai

11 Berdasarkan temuramah dengan Puan Norhana, Pegawai Unit Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 12 “Program Siswazah Dalam Industri Franchais”, Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development, Unpublished Unofficial Progress Report.

Page 12

Page 13: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

teknologi adalah disebabkan kekurangan penajaan. Ada yang berpendapat bahawa terdapat

bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan dan ada yang berpendapat bahawa bantuan

tersebut hanya cukup untuk memulakan perniagaan tetapi bukan untuk pengembangan. Pada

masa kini, apabila bercakap mengenai perniagaan, tidak dapat tidak kita akan bercakap mengenai

pengembangan, dan juga isu-isu berkaitan dengan pengembangan secara berkekalan. Selain itu,

ketidaksanggupan usahawan-usahawan untuk menghadiri latihan sekali lagi adalah di tahap yang

paling kritikal. Tanpa keraguan, mereka bersetuju akan kepentingan latihan tetapi mereka lupa

akan kepentingan menghadiri latihan sekali lagi. Latihan adalah penting kerana kemahiran yang

diperlukan hendaklah ditambah dan dipertingkatkan setiap hari sekiranya usahawan tidak mahu

ketinggalan disebabkan kemahiran yang tidak lagi boleh digunapakai. Salah satu dari kelemahan

usahawan wanita Muslim ialah terlalu bergantung dengan bantuan Kerajaan. Secara perlahan-

lahan, sikap seperti ini perlu dielakkan sekiranya mahu menjadi kompetitif atau setaraf dalam

persaingan global.

Peluang

Usahawan wanita Muslim di Malaysia adalah beruntung kerana terdapat banyak perkara yang

telah dilakukan oleh Kerajaan dalam membantu wanita di dalam perniagaan. Sasaran utama

Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah untuk membangunkan wanita

yang berdikari dan berupaya untuk menerajui ekonomi Negara. Ini dibantu oleh sasaran utama

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu untuk membangunkan penglibatan

Bumiputera di dalam ekonomi. Walaupun telah dinyatakan pada awalnya bahawa penekanan

semua negara membangun dalam bidang industri francais telah mula bergerak daripada bidang

makanan kepada bidang yang lebih teknikal, sebaiknya usahawan wanita Muslim di Malaysia

mencari peluang dengan cadangan untuk menjadi sebuah ‘Halal Hab Global’ untuk industri

makanan. Selain itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai program

baru, “Program Wanita Dalam Industri Francais” yang mensasarkan untuk membangunkan

Page 13

Page 14: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

usahawan wanita Bumiputera di dalam industri francais13. Tambahan pula, Kerajaan mempunyai

hubungan rapat dengan industri dan juga agensi dan organisasi yang berkaitan. Melalui

persefahaman ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah bersetuju untuk

bekerjasama dengan Persatuan Francais Malaysia untuk mempromosikan penglibatan tempatan

dalam francais14.

Ancaman

Ancaman adalah elemen di luar organisasi yang dapat diterjemahkan sebagai risiko kepada

organisasi sekiranya ianya tidak diuruskan secara baik. Salah satu ancaman jelas yang perlu

dihadapi oleh usahawan wanita Muslim ialah lambakan francais antarabangsa atau master

francaisi antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia. Sesetengah berpendapat bahawa fenomena ini

sebagai satu peluang tetapi jika tidak ada tindakan daripada pihak Kerajaan, francaisor ini akan

melenyapkan peniaga-peniaga tempatan di dalam industri francais. Keutamaan untuk menjadi

francaisi kepada francaisor-francaisor utama ini akan diberi kepada mereka yang mempunyai

kedudukan kewangan yang kuat dan kemungkinan besar wanita Muslim akan diketepikan dalam

persaingan ini.

Masa Hadapan

Dalam menyediakan usahawan wanita Muslim untuk berjaya di peringkat kawasan dalam era

globalisasi, perubahan-perubahan berikut adalah dikenalpasti.

1. Mewujudkan tabung khas untuk membantu wanita Muslim dalam francais / francaisi.

13 “Program Wanita Dalam Industri Francais”, Ministry of Entrepreneur and Cooperative Development, Franchise Unit, Unpublished Proposal (2004). 14 Abd Aziz, Siti Hajar, “ Joint Effort to Promote Franchising” New Straits Times, 30 April 2001.

Page 14

Page 15: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, Kerajaan telah banyak berbelanja dalam membantu

francaisor / francaisi Bumiputera melalui promosi bersama, tajaan dan khidmat nasihat.

Kebanyakan daripada bantuan ini diberi kepada kedua-dua gender di mana layanan yang sama

diberi berdasarkan kepada merit kes individu. Keberkesanan cara ini masih boleh dipersoalkan

dari segi kekurangan semakan. Setelah mengenalpasti sub-industri di mana penglibatan wanita

Muslim adalah paling tinggi, tabung khas ini akan disalurkan untuk mengatasi masalah dan

keperluan bagi sesuatu bidang tertentu berbanding dengan tabung umum di mana ia memberi

penekanan kepada isu-isu yang dihadapi oleh majoriti. Selain itu, tabung ini akan menghapuskan

isu-isu persaingan di mana mereka tidak perlu bersaing dengan jantina yang berlawanan dalam

mendapatkan tajaan.

Selain meliputi saringan dan pemilihan, kajian konsep, persediaan outlet, pakej persediaan

francais, dan pelancaran francais seperti yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan

Usahawan dan Korperasi15, tabung khas ini juga perlu merangkumi bidang kajian pasaran,

penjenamaan, pembangunan pekerja dan juga kajian dan pembangunan. Ini adalah bidang-bidang

yang perlu diberi tumpuan sekiranya fancaisor / francaisi wanita Muslim mahu menjadi lebih

kompetitif berbanding dengan yang lain-lain dari seluruh dunia.

2. Menyediakan francaisor / francaisi wanita Muslim dengan forum untuk mengenalpasti

isu-isuterkini yang relevan, berkongsi idea dan informasi, dan menawarkan cadangan dan

pilihan berkaitan dengan bisnes.

Selain dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Persatuan Francais Malaysia,

dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, masih terdapat ruang

15 Ibrahim, Noraini (2000). “Industri Francais dan Pembangunan” Penerbitan Universiti Malaya. Kuala Lumpur, m/s 59

Page 15

Page 16: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

yang perlu diisi oleh badan atau organisasi yang boleh memenuhi keperluan francaisor / francaisi

wanita Muslim. Isu-isu biasa perlu ditangani secara efektif melalui organisasi ini kerana ahli-ahli

berkongsi keperluan dan masalah yang hampir sama. Dengan pengenalan laman web, maklumat

boleh dikongsi secara mudah melalui emel dan juga forum. Ini bagi memastikan francaisor /

francaisi wanita Muslim sentiasa peka terhadap perubahan bukan sahaja dalam industri tetapi juga

global secara keseluruhannya. Dunia perniagaan adalah dinamik begitu juga industri francais.

Teknologi berkembang setiap hari dan membuatkan sesuatu perkara yang ‘paling terkini’ pada

hari ini akan menjadi lapuk keesokan harinya dan ia bukanlah satu-satunya perkara yang berubah

setiap hari. Idea-idea, cara dan teori bisnes serta pengurusan perlu diadaptasi kepada persekitaran

yang berubah dan melalui forum ini, usahawan wanita Muslim akan membandingkan prestasi

dan/atau pencapaian dengan yang lain. Melalui forum ini, kritikan yang membina adalah

digalakkan dengan semangat untuk membangun satu sama lain. Setiap ahli akan menjadi mentor

kepada yang lain dengan satu objektif, iaitu untuk berjaya sebagai sebuah entiti dan bukan

individu. Dalam kata lain, kejayaan atau pencapaian sebagai sebuah kumpulan wanita Muslim

francais adalah lebih bermakna dari mencapai kejayaan secara solo di dalam industri.

3. Penekanan kepada kelebihan kompetitif melalui program-program latihan keusahawanan

Kelebihan kompetitif ialah sesuatu yang dihargai oleh pengguna dan perniagaan boleh

menggunakannya untuk dieksploitasi16. Francaisor boleh memiliki produk yang bermutu tetapi

sekiranya tidak mempunyai kepakaran dalam atau menukarkan produk kepada keuntungan,

segala usaha akan terbazir. Kemahiran boleh dieksploitasi melalui program latihan. Kerajaan

melalui agensi-agensi telah memainkan peranan penting dalam memastikan francaisor / francaisi

16 Fry, Fred L. (2004) “Business: An Integrative Approach”, 3rd Edition, Mc Graw Hill, New York, m/s 304.

Page 16

Page 17: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

wanita menerima latihan dalam bidang keusahawanan, asas perniagaan, kewangan, pemasaran,

pembungkusan, pelabelan dan juga perancangan bisnes. Walaupun latihan ini adalah disediakan

oleh Kerajaan dan juga agensi-agensi yang terlibat, keberkesanannya masih boleh dipersoalkan.

Latihan adalah penting dalam membentuk industri tetapi tanpa latihan yang terancang, kita akan

mengalami satu situasi yang dipanggil sebagai “tepu maklumat”. Agensi-agensi yang terlibat

perlu memberi keutamaan kepada perkara-perkara penting yang dimahukan oleh peserta-peserta.

Dari segi sumber manusia, pakar-pakar memberi penekanan kepada ‘kepentingan meletakkan

orang yang betul kepada pekerjaan yang betul’ dan di dalam kes latihan, analisis keperluan

laithan perlu diadakan sebelum sesuatu latihan dijalankan. Ini adalah untuk memastikan

penerima latihan akan dapat menerima, mengadaptasi dan melaksanakan kandungan latihan.

Latihan pada masa sekarang lebih berbentuk umum dan tidak khusus kepada sesuatu perkara.

Dalam hal ini, pembezaan adalah pendekatan unik kerana terdapat perbezaan aspek bagi masalah

yang dihadapi oleh jantina yang berbeza, begitu juga masalah yang dihadapi oleh mereka yang

berbeza agama dalam pelbagai industri.

Kuantiti program boleh menyebabkan kualiti program terjejas. Di mana-mana sahaja, program

latihan keusahawanan telah membanjiri industri. Terdapat banyak penganjur selain daripada

agensi kerajaan dalam industri latihan. Konsep untuk memberi latihan dan pembangunan yang

berterusan adalah perlu oleh usahawan wanita Muslim. Kursus latihan intensif 6-hari adalah

singkat untuk memastikan usahawan-usahawan ini mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk

berjuang ke arah mencapai pengembangan yang berterusan dalam bisnes. Dalam kursus-kursus

latihan seperti ini, peserta-peserta hanya dapat menimba sedikit sahaja daripada keseluruhan

objektif kursus. Walaupun kebanyakan usahawan mempunyai kelulusan akademik, menjalani

latihan sekali lagi adalah penting bagi tujuan menyegarkan semula minda mereka.

Page 17

Page 18: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

4. ‘Lubuk emas’ vs. kerjaya

Mengubah persepi seseorang individu adalah sesuatu yang merumitkan. Menurut Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, terdapat dua sebab mengapa individu melibatkan diri

menjadi fancaisor iaitu:

a. Perniagaan pada masa sekarang berpotensi untuk berkembang dan (Kategori

pertama)

b. Perniagaan pada masa sekarang tidak mendatangkan keuntungan, oleh yang

demikian kerugian yang dialami boleh ditanggung secara sama rata di kalangan

francaisi (Kategori kedua)

Perkara tersebutlah yang menyebabkan beberapa francaisor tidak lagi berada di dalam bisnes.

Terdapat individu yang berminat untuk menjadi francaisi kerana melihat industri tersebut sebagai

lubuk emas di mana mereka boleh melabur dan mengembangkan pendapatan. Perkara ini dapat

dibuktikan di dalam forum Persatuan Francais Malaysia. Soalan seperti:

“Saya mempunyai RM100,000. Sesiapa boleh membantu memilih francais yang paling baik?”

“Saya bekerja sepenuh masa tetapi saya mempunyai modal untuk melabur ke dalam perniagaan

francais. Sila beri khidmat nasihat tentang francais yang bagus tetapi memerlukan penyeliaan

yang sedikit”.17

Sekiranya usahawan wanita Muslim melibatkan diri dalam industri francais, mereka perlu faham

bahawa francais bukan sebuah ‘lubuk emas’. Seharusnya mereka melihat francais sebagai sebuah

kerjaya. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Seseorang individu boleh melabur di dalam unit 17 Laman Web Persatuan Francais Malaysia, “www.mfa.org.my”. Rujuk bahagian forum.

Page 18

Page 19: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

amanah dan menunggu pulangan setelah beberapa tahun tetapi ianya adalah berbeza dengan

mereka yang melabur secara francais.

5. Penekanan terhadap kepentingan rangkaian bisnes

Menurut Rayman Kao di dalam bukunya, Entrepreneurship and Enterprise Development in Asia,

rangkaian untuk membantu usahawan-usahawan di Asia akan dapat dicapai melalui:

a. Sentiasa membina hubungan yang baik

b. Menyertai organisasi di mana aktiviti-aktivitinya melibatkan bisnes

c. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti dan mengenalpasti perniagaan dengan

komuniti

d. Mengenalpasti diri sendiri dengan bisnes

e. Menghadiri persidangan yang relevan dengan bisnes18

Apa yang dimaksudkan oleh Kao melalui “Sentiasa membina hubungan baik” boleh disimpulkan

sebagai memenuhi asas sosiologi manusia seperti menjadi lebih ikhlas, kebertanggungjawaban,

menepati masa, bersedia untuk bertanggungjawab dan sikap yang positif. Perkara ini adalah lebih

mudah untuk diperkatakan daripada dilaksanakan. Terdapat juga konsep yang lebih bersesuaian

dengan kehidupan usahawan wanita Muslim. Kadangkala kita lupa dengan perkara yang kita

dengar setiap hari. Penyataan Kao boleh diperbaiki lagi sekiranya kita menambah perkataan

18 Kao, Raymond (2001) Entrepreneurship and Enterprise Development in Asia, Prentice Hall, Singapore, m/s 106

Page 19

Page 20: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

seperti “Sentiasa membina dan mengekalkan hubungan yang baik”. Pada pendapat saya, kita

boleh membina kondominium bertaraf 7 bintang yang cantik tetapi tanpa sebarang

penyelenggaraan untuk mengekalkan kecantikannya, ia akan dilihat seperti flat kos rendah.

Dalam erti kata lain, memiliki ramai kawan adalah tidak sama dengan mempunyai seorang rakan

baik. Di dalam bisnes, kita berjumpa dengan pelbagai manusia dan mereka datang dan pergi.

Hanya sebilangan yang akan menjadi pelanggan setia dan pembekal yang baik. Ini berlaku

kerana kita mengekalkan hubungan baik dengan mereka. Hubungan sebagai kawan diperluaskan

sebagai kawan rapat dan seterusnya menjadi sebahagian dari ‘keluarga’ di dalam perniagaan.

Inilah keindahan dalam rangkaian perhubungan.

Dengan menyertai organisasi di mana aktiviti-aktivitinya berkaitan dengan bisnes adalah salah

satu cara untuk mengukuhkan rangkaian bisnes. Usahawan wanita Muslim tidak sahaja

digalakkan untuk menyertai organisasi usahawan tetapi juga organisasi-organisasi yang berkaitan

dengan bisnes utama seperti makanan, persatuan pengilang, persatuan untuk kesihatan dan

kecantikan atau Persatuan Francais Malaysia. Usahawan wanita juga perlu melibatkan diri

dengan aktiviti-aktiviti komuniti yang dijalankan oleh francaisor seperti KFC dan McDonals.

Dalam kata lain, menyumbang semula kepada masyarakat. Sesetengah mungkin akan

mempersoalkan bahawa kita telah mengambil sesuatu dari masyarakat dan kemudian

memulangkannya semula? Jawapannya ialah kita telah mengambil masa, kepercayaan dan juga

duit mereka. Dengan memulangkan semula kepada masyarakat, perbuatan kita bukan sahaja

berterima kasih kepada mereka tetapi juga meluaskan rangkaian bisnes kita. Seperti peribahasa

Melayu, “sambil menyelam, minum air”.

Mengapa manusia melibatkan diri dengan perniagaan? Salah satu sebab ialah kerana mereka

penat bekerja untuk orang lain. Walaupun membina perniagaan sendiri adalah tidak terkenal

seperti menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, pulangannya tidak dapat digambarkan

Page 20

Page 21: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

dengan kata-kata. Sesetengah usahawan, terutama wanita malu untuk mengakui yang mereka

telah memulakan sebuah perniagaan. Mereka sepatutnya bangga dengan perniagaan yang telah

dimulakan. “Saya adalah pemilik kepada syarikat yang saya miliki”. Tidak kira betapa kecil

syarikat tersebut, ia adalah tetap milik anda. Adalah menjadi kepuasan diri melihat usahawan-

usahawan ini berjaya bukan sahaja sebagai wanita tetapi juga sebagai usahawan wanita Muslim.

Untuk memecah dunia yang didominasi oleh jantina yang berbeza adalah sukar tetapi boleh

dicapai sekiranya usahawan wanita Muslim ini berusaha ke arah tersebut.

Seperti yang telah dinyatakan, terdapat banyak program latihan untuk usahawan wanita Muslim

disediakan sekiranya mereka ingin mencapai kelebihan kompetitif di dalam bidang yang diceburi.

Selain progam latihan, salah satu cara untuk memperbaiki rangkaian bisnes ialah dengan

menghadiri seminar-seminar yang berkaitan dengan teras perniagaan mereka. Seminar-seminar

dan peluang-peluang dalam industri francais boleh diperoleh semasa Konvensyen Industri Kecil

dan Sederhana yang dianjurkan oleh Kementerian Usahahawan dan Pembangunan Koperasi.

Semasa konvensyen dan seminar seperti ini, usahawan wanita Muslim akan bertemu dengan

rakan-rakan dari industri yang sama dan dapat berkongsi permasalahan yang dihadapi seterusnya

dapat menguatkan rangkaian hubungan perniagaan mereka.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai bentuk perniagaan daripada enterprise, konglomerat, usahasama, pembekal dan

juga francais. Dalam Islam, perniagaan dan perdagangan telah bermula sejak zaman dahulu dan

amat digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Penglibatan usahawan wanita Muslim di dalam

industri francais masih di peringkat permulaan walaupun industri ini telah mengalami

pembangunan yang pesat. Pelbagai perkara telah diadakan untuk menggalakkan wanita untuk

Page 21

Page 22: PENGLIBATAN USAHAWAN WANITA MUSLIM DI DALAM ... - ukm… kerja iCEPs/Penglibatan Usahawan Wanita... · Bukti-bukti pembentukan undang-undang ... Menghargai kreativiti dan inovasi

melibatkan diri ke dalam industri ini tetapi pada masa yang sama pelbagai perkara juga telah

diambil untuk mengekalkan penglibatan mereka yang telah terlibat di dalam industri ini.

Industri Francais di Malaysia akan berkembang pada masa akan datang dengan penglibatan

daripada Kerajaan dan juga organisasi-organisasi lain. Melalui kertas ini, kita telah

mengenalpasti sub-industri di mana penglibatan usahawan wanita Muslim adalah paling tinggi

dalam sub industri makanan dan juga kesihatan dan kecantikan. Seperti yang telah dinyatakan,

kebanyakan negara membangun, kedua-dua industri ini tidak berkembang atau statik sementara di

Malaysia, ia paling digemari oleh usahawan wanita Muslim.

Berdasarkan kepada situasi sekarang dan potensi industri francais, lima cadangan yang telah

diberikan adalah untuk memastikan Industri Francais di Malaysia akan diwakili oleh usahawan

wanita Muslim. Berada di dalam industri ini bukanlah tujuan utama. Tujuan utama ialah untuk

perkembangan untuk generasi akan datang dan kerja-kerja permulaan perlu dilakukan sekarang.

Page 22